Sunday, May 19, 2019

25 Feb.2019 – PESAKIT DI SIHIR BAPA SENDIRI (7)



Malam tadi si ibu message ada gangguan lagi pada tengah malam pada jam 12.00. Dah takboleh buat apa, set temujanji selepas zohor.

Kata ibu dan mertua adiknya seorang doktor yang turut menemani memberitahu dari dalam kereta pesakit diam dan keras je badannya. Pesakit tak banyak cakap kerana menanggung sakit dan terus baring.

Selepas membaca Doa Pembuka, saya menekan bahagian2 tertentu agar jin2 tu bangkit. Bermula di bahu nampak ketidakselesaannya. Saya beralih ke sisinya dan memicit setiap sendi tangan dan kakinya yang keras dan kejang.

Berikut messaga pada ibunya yg ambil half day kerja bersama doktor tu :

* Ni area yg sakit kat badan i
* Seems that kaki kiri i tak leh angkat higher than knee level,
sakit
* Tgn kanan sakit dia if tido pon kena luruskan, if not susah
nak luruskan
* Tekak kiri dgn blkg tengkuk sakit
* Tulang dayung both
* Perut and dada tu forever cramp, takleh nak tegakkan bdn
terus, kena slowly.. tu pon sakit
* Sakit here bukan sakit luka tu, but sakit lenguh teramat sgt
mcm dh nak cramp
* Kaki kiri i kalo baring, tak leh angkat sbb peha kiri i dh mcm
cramp
* So if nak bgn katil, i kena roll abit and bgn slowly
* Muka i smlm menjelang magrib panas sblh kanan, tapak
kaki kiri kanan terasa panas
* Paha kanan pon terasa panas smlm
* Smlm masa i tido mlm, ada 2 kali i rasa mcm jarum dicuck
ibu jari kaki kanan i dgn tumit kiri i
* Tumit kiri dua kali dicucuk
* Ada muka baru muncul mlm smlm
* Muka lebar mcm jawa, pakai topi jawa, ada misai
* Yg pendekar thghri tu malamnya dia dh ketawa
* Then appear yg jawa tu

Ada di sertakan lakaran tempat sakit seperti di lampiran.

Saya picit tempat berkenaan dengan "niat" membuka segala kuncian dan pasak. Niat je ....baca BISMILLAH sahaja takde ruqyah bagai pun.

Marah makhluk tu . " Ko tak habis-habis kacau aku"

"Kau ni siapa pulak?"

"Aku dari Jawa.....dihantar untuk membunuhnya"

" Lupakan la...selagi aku ada, kau takkan mampu apa-apakan dia. Walau silih berganti tuan kau hantar pembunuh upahannya, kau takkan mampu apa-apakan dia kerana kau tak mampu hadapi aku"

Sambil melayannya, aku tekan je perutnya dengan ibu jari, kuasa elektrik voltan tinggi mengalir masuk merenjatnya. Takde baca apa-apa pun macam puak syirik peruqyah bingai.

" Tapi aku dah ambik upahnya, aku mesti bunuh dia sebelum harijadinya pada 1hb Mac" katanya sambil menangis.

" Jika kau berkeras, aku juga. Kau tak keluar kau yang akan terbunuh...." kataku.

" Baik....aku akan keluar tapi tuan aku akan hantar yang lebih kuat" katanya.

" Takde hal....biar aku yang uruskan, selamatkan dirimu dulu"

" Mengaku kalah dengan mudah je, berapa minit?" tanyaku pada ibunya. " Tak sampai 10 minit ustaz"

Pesakit sedar dan bangun duduk dengan agak selesa, dah hilang segala sakit2 dan dapat duduk dah. Isteriku dari bilik sebelah memberi isyarat dan ibunya juga berkata, kita tunggu dulu kot2 ada lagi.

Ku picit2 lagi dan bangkit yang lain pula. Tapi yg ini tak ingin berbicara , hanya bertahan dan akhirnya keluar.

Pesakit bangun dan duduk sambil bersembang ceritakan kesakitannya semalam yg dah hilang. Saya duduk di sisinya dan berkata pada ibunya untuk provoke jika ada jin2 lagi.

Bila tgk mukanya semacam saya tolak badannya berbaring dan tekan perutnya. Pompuan pulak menari2 ....
" Oooo ini yg dulu masa dengan cikgu tu. ada lagi"kata ibunya.

" Kau hendak apa ni, keluar aje lah" kataku

" Aku keluar, aku keluar "katanya

Aku provoke lagi dengan menekan2 perutnya. Bangkit pula "bapanya " sendiri.

" Anak sial, tak guna . Aku nak bunuh ko , bagi makan jin2 aku" katanya. " F......... mana anak-anak aku, semua melarikan diri dari aku" katanya pada isterinya.

" Anak mana nak duduk dengan kau, macam ni punya jahat. Patutnya kau bertaubat dan baiki diri, baharu anak-anak kau akan cari kau" kata ku.

" Mana anak jantan aku F......... mana waris aku. Aku sakit ni, takde sapa anak-anak aku nak tengok aku" katanya sambil nangis. Mengalir airmata dari mata pesakit (anaknya).

" Kan dah makan diri kau....." kataku.

" Mana anak-anak aku ......." ini pertanyaan untukku sebab semua pembunuh upahan belaannya hilang tak kembali. Aku telah menghantar mereka ke penjara ghaib Sunan.

" Kalau aku tak bagi mereka makan kau, aku yg kena makan" katanya . Mungkin ni akibat perjanjian tarik duit yg melibatkan nyawa dengan seorang USTAZ. Ustaz tu....ingat korang. Sebelum berubat dengan muridku di Jengka, si ibu berulang setiap minggu ke Darul Syifa tetapi tade apa-apa kesan dan berulang sakit tak hilang pun. Orang berpelajaran memang akan mencari Ostaz jugak tapi bila "indah khabar dari rupa" pasti semua lari dan mencari YG Haq. Muridku di Pantai Timur pula merawat satu kes, pesakit yg ku hantar padanya. Semua dah ok tapi perawat Darul Syifa yg dah gagal, perasan bagus datang kerumah pesakit utk merawat, tak tergamak untuk di halaunya. Sejurus itu jin2 masuk kembali selepas mereka membaca ruqyah memanggil jin2 tersebut kembali. Perawat ini memberitahu ku jika dia layan lagi Perawat Darul Syifa tu dia akan lepas tangan. Ketara ruqyah syariyyah menyeru jin.

Bapanya pun tak mampu hadapi aku. Menangis seolah merayu bila semua belaannya hilang......ilmunya akan makan dirinya bila " buku bertemu ruas" Yg batil takkan dapat mengalahkan Yg HAQ.

Akhirnya bapanya (JIN) keluar juga, tak tahan arus elektrik dari jariku merenjatnya. Pesakit agak sedih kerana dia mendengar perkataan bapanya tadi yg tergamak mahu membunuhnya sebelum tarikh lahirnya.

Ada 3 hari lagi dan kata ibunya selagi di ganggu, akan di bawanya kepada saya. InsyaaAllah.....ilmu sihir bapa pesakit telah nampak mula memakan dirinya sendiri.