Sunday, May 19, 2019

8hb.Mac 2019 - Di sihir rakan sepejabat (3)



Malam ni ku invite jemaah ku untuk menyaksikan sekali lagi kaedah rawatanku yg tiada SOP khusus dan tiada ruqyah di bacakan bila berdepan dengan jin2 penyihir.

Rawatan kali ni berlangsung selama 3 jam di mana saya, isteri dan salah seorang jemaah membantu saya dalam menyeksa jin2 tersebut agar keluar dari badan pesakit.

Memanglah jin Islam berusia 100 tahun ni degil kerana tiada perawat ruqyah mampu mengusirnya keluar malah jin2 ni seronok mempermainkan mereka. Dengan saya, dia fed up kerana tak reti surrender dan tak dapat di permainkan. Berkali-kali ia berlakon seolah keluar dah tetapi saya tekan lagi bagi menguji keberadaannya. Dan dia mengeluh juga kerana kami seolah tahu di mana ia berada dan bila di picit atau tekan, dia meraung kesakitan.....

Bagaimana jin2 ni sakit? Duduknya di dalam darah di dalam urat saraf. Kerana itu berpuasa akan menyempitkan urat saraf dan mengusir jin2 keluar kerana......darah berehat dari mengalir dengan kuat kerana supply makanan tak masuk untuk ia bekerja. Ibarat kilang yang takde produk untuk di hasilkan hari tu tetapi kilang tetap di buka kerana pekerja perlu bersedia anytime bila job masuk.

Bila saya tekan saraf tersebut , akan menyempitkan laluannya dan memusnahkan rumah2nya serta pancaran panas gelombang zikirku dari tapak tanganku menyentuh pesakit membahang membakarnya membuat ia kepanasan dan terjerit2. Bila perawat memakai sarung tangan getah menyentuh pesakit, sekalipun ia punya getaran ataqu gelombang dari bacaan zikirnya namun ia tersekat dari sampai kepada pesakit. Getah adalah penebat dan ia menghalang kuasa elektrik dari sampai keluar sepertimana kabel elektrik di balut dengan getah. Dan air adalah pengalir elektrik yg terbaik yg mana tubuh kita 70% air dan ia akan mengalirkan kuasa elektrik Cahaya Rohku yg berjuta voltan dengan cepat dari sentuhan tangan yg tiada lapik getah kepada pesakit yg di rasuki jin2.

Ia ( jin2 ni) berusaha juga keluar tetapi tak mampu cari jalan kerana dah lama katanya duduk dalam . ia minta ku menolong tariknya keluar namun masih tidak nampak jalan untuknya keluar. Ku suruhnya minta tolong dengan Allah SWT sendiri kerna dia masuk pun dengan izinNya dan keluar pun kena dengan pertolonganNya juga.

Keadaannya yg tersiksa susah untuk di gambarkan , kerna itu ku takkan sesekali postkan video pesakitku kerana mengaibkan mereka. Keadaannya seperti orang nak mati yg nazak, roh yang dipegang jin2akibat pengamalan ilmu sihir dan batil yang tersiksa dan susah sekali untuk keluarc@ mati. Begitu lah jin2 ini di dalam badan tersiksa utk di keluarkan kerana kesalahannya sendiri juga.....

Akhirnya, ia merayu2 kepada Allah SWT agar keluarkannya. Sungguh ia tak tahan lagi dengan seksaan dari kami yg hanya menyentuhnya bukan membakarnya dengan ayat-ayat ruqyah. Dan akhirnya....ia sedar dan seolah tiada sakit dan ia senyum kerana segalanya dah berakhir.

Ia bangun dan sembang seperti biasa seolah ia sedang melihat dirinya sendiri tersiksa di dalam kaca TV. Tiada kesakitan pada tubuhnya di tempat2 yg kami picit2 dan tekan2 tadi. Tak seperti di rotan dengan kayu ranting nona sehingga lebam luar dan dalam.

Sebelum ia dapat keluar, ku bacakan surah AL Mulk, As Sajdah dan Yaasin agar Allah SWT permudahkan keluarnya, sepertimana kita bacakan AL Quran serta Yaasin bagi orang yg dah nazak kerana Rohnya tersangkut dengan jazbah jin akibat ilmu2 batin dan hikmah.

Alhamdulillah rawatan 3x selesai untuk kes ini. Harap2 tamat sudah permainan sihir ini. Aamiin.