Sunday, May 19, 2019

18 /4/2019 - BUNIAN PENCULIK ACAP MENYERAH KALAH - susulan rawatan ke 3.



Pesakit dan adiknya menyatakan kesediaan untuk rawatan susulan bagi memastikan jin saka dan bunian keturunan mereka sudah tiada atau masih bersama. Saya pun nak memastikan Bunian Raja Jawa ni tunaikan janjinya utk lepaskan Acap kea lam nyata.

Pesakit pertama si kakak berbaring dahulu untuk saya periksa kehadiran jin2 di dalam tubuhnya. Semalam jin hulubalang yg hadir dengan menggenggam penumbuk kelihatannya seperti mahu menumbukku tetapi tiada daya kerana ku menekan perutnya sehingga tak tertahan ia kesakitan dan akhirnya keluar. Sebelum tu saya picit tempat sakit si sakit di bahunya untuk menderanya, memang ketara kesakitannya tetapi sakit yang di tahan bukan meraung seperti lakonan jin2 yg biasa di perdaya perawat2 lainnya.

Alhamdulillah, tiada tanda-tanda adanya lagi jin di dalam tubuhnya. Pesakit memberitahu mereka anak beranak ada ambik ijazah ILMU GERAK I……….M dan abang mereka yg turut sama ambil ijazah Silat ni semalam teruk di serang dan muka kelihatan buruk sekali. Mereka berkata akan suruh adik beradik lain turut datang buang khadam jin silat ni serta saka nenek mereka.

Tiba giliran si adik yang di masuki saka jin nenek dan Bunian keturunan mereka semalam. Selepas doa pembuka, saya seru makhluk2 di dalam tubuhnya bangkit perkenalkan diri. Untuk makluman, saya tidak membaca ruqyah atau mantera, hanya berdoa dan seterusnya berzikir, jika ada jin2, mereka akan bangkit, jika tiada , saya akan bacakan Surah AL Mulk atau Al Waqiah atau Yaasin untuk membersihkan dalaman tubuh daripada penyakit dan bekas2 pendudukan setinggan jin2 tersebut.

Pertama yang bangkit adalah jin khadam Ilmu Silat Gerak . Jin tu tak mampu hadapi saya kerana semalam kawannya yg duduk di tubuh kakaknya pun teruk kena dera dengan saya. Sekejapan sahaja dlm 5 minit ia keluar. Saya seru lagi……” siapa lagi yg ada….bangkit cepat”

Kedua yang bangkit adalah Pawang yg cari pasal denganku, jelas ilmunya di salahgunakan untuk mengambil kesempatan keatas pesakit ni yg mempunyai batu rantai di lehernya yg kononnya punya kuasa. Dah macam filem Avengers 4 End Game – Thanos yg mencari batu utk top up kuasanya. Aku sindirnya, “ Kata ilmu tertinggi, hebat bagai tapi masih mensyirikkan Allah dengan benda2, batu ni takde kuasa pun. Engkau tu dah la memfitnah keturunanku sebagai pendosa tetapi engkau sendiri membuat kejahatan yg tiada ampunannya”.

Minta ampun bagai la dia, aku bukan la zalim untuk menyiksanya walau ia masuk ketubuh pesakitku. Dia mengadapku sudah cukup satu kelemahannya , yg mungkin di paksa oleh leluhurku Sunan-sunan untuk tunjukkan diri sepertimana jin2 di Kelantan tempohari, kesemua bangkit masuk kedalam tubuh pesakit, sedang aku niat mengusir bukan memanggil. Bila masuk aku ugut,”keluar dengan baik atau aku siksa sehingga kau terbakar” dan di panggil kesemua jin2 lain utk bersama nya lari dari berhadapan dengan Tentera Allah yang tak mampu mereka tangani atau attack.

Pesakit sedari dari siang lagi, Pawang bersaudara ini mengikutinya semasa di pejabat lagi kerana tidak puashati dia berurusan denganku dan membongkar kegiatannya. Manusia ni selagi tak bertemu ruas, lagak tinggi melangit. Dakwa diri hebat bagai, pertontonkan kehebatan mcm la semua manusia ni bodoh dan jahil. Sedang apa yg di pertontonkan menzahirkan kelemahan diri bagi yg arif mengenainya. Aku sergahnya, kau hilangkan diri, jgn lagi buat video dan delete segala tulisan mu.

Dia terkesima…..aku tau kau ngubat di mana-mana, aku cari. “Ampun Sayyid, ampuun Sunan….” Katanya.

Selepas dia keluar, aku tanya “siapa lagi yg ada ni, sila bangkit perkenal diri!”

“Ni Tok Samad…..yg hilang masa ambil wuduk kat sungai” kata jelmaan yg baru muncul ni.

“Oooo…ni lah Tok Samad, bapak ada citer tok yang hilang tu ye?” kata pesakit si kakak.

“Tok ni masuk alam bunian ye?” tanyaku?

“Tok hilang di ghaibkan, Sunan (KALIJAGA) ambil dan jaga Tok” katanya. Ia seperti tak mengaku bunian, tetapi manusia yg di ghaibkan yakni yg hidup di alam ghaib kita panggil orang bunian la, bukannya jin bunian seperti kata ustaz bahlol dan pengikutnya yg baghal.

Tok Samad pun mula mencertakan kisahnya sehingga cucunya ni mengakui cerita itu. Dia melihat semua kehidupan cucunya ni dan sedih tidak dapat menolong dan marah kepada suami pesakit kerana mengabaikan cucunya.

“ Kau ni ada daulat, kerabat Raja juga” kata Tok Samad kepada suami pesakit dan menunjuk kepada pesakit. “Tapi kau……………..lain kali kau buat lagi aku sepak. Jangan terkejut kalau tiba2 kau jatuh atau tersadung, aku yg sepak kau” kata Tok Samad kepada suami pesakit. Dah masuk bab keluarga , saya diam je ….taknak campur tetapi tak seronok juga melihat pesakit memalingkan muka dan menangis.

Untuk meredakan keadaan saya menyampuk, “ Tok, tolong tanya kan pada Tok Sunan, budak Acap tu Raja Jawa tu dah pulangkan ke?”

“Ini kena tanya Tok Raden sendiri (Bunian Raja Jawa Majapahit 5)” kata Tok Samad. Rupanya Bunian Raja Jawa dan tok Samad adalah kerabat juga, sama-sama bunian yg bersama leluhurku Sunan Kalijaga. “Nanti Tok panggil “ katanya.

Bila Tok Raden muncul, saya tanyakan pasal Acap. Terkesima dia…..”alamak” katanya.

“Kau main-main dengan anak cucu Sunan Kalijaga ye Tok Raden?” aku mula tunjuk rasa marah. “Netizen mula maki aku tak tentu pasal kerana kau mungkir janji. Kata dah bertaubat, tau tak setitik dosa pun kita terhalang utk masuk syurga”kataku lagi.

Dia mengangkat tangan meminta ampun dan terus di buatnya gaya membuka pintu alam ghaib. Kalau jin , dah pasti Sunan kurung di penjara tetapi Tok Raden adalah kerabatnya yg di sumpahnya dahulu dan di pantaunya. Dia terpaksa akur tidak mengganggu lagi keturunan yakni membuat anak cucunya sakit supaya berdamping dengannya agar dia dapat membantu manusia….mungkin nak buat amal dengan menolong merawat orang sakit sebagai dampingan perawat tetapi anak cucunya ini tidak mengetahui dan tidak tahu bahawa ia adalah bunian keturunannya. Caranya seperti memaksa tetapi salah tetap salah.

Kita sebagai manusia pun kalau ada manusia menceroboh rumah kita, kuasa di tangan kita bila penceroboh berada di wilayah kita. Gunakanlah budi bicara agar tuan rumah melepaskan si penceroboh, bukan memaksa atau mengugut….salah penceroboh bukan salah tuan punya rumah.

Netizen yg baghal ni kalau aku jahat, aku cari dan santau je, dah la takde adab, masuk wall kita kutuk bagai., Followers lama tau aktiviti ku, korang baru masok , kutuk dan kecam bagai………manusia baik pun boleh jadi jahat akibat mulut jahat dan takde adab malaun2 ni.

Saya lupa bagaimana tertanya mengenai khadam Jin silat tu. Kata Tok Samad. penumbuk tu kalau kena muka kau boleh pecah berderai….jurus pukulan Ilmu Silat Gerak I…..m tu. “Tok saya juga ada Ilmu Gerak tok , yg haq” kataku dari Tok Sunan.

“Ya ….” Kata Tok Samad. “ Engkau ada semacam “shield” yg menutupi sehingga penumbuk tu tak kena pada engkau. Cahaya engkau kuat dan memancar jauh” jelas Tok Samad. Aku tersenyum lebar, penjelasan yg jelas nyata bagaimana aku selama ni terselamat dari pelbagai serangan dan kecederaan.

“ Waahhh…Tok speaking” kata pesakit.

“ Ya tok hidup zaman British. Masa tu siapa yg tak pandai berbahasa Inggeris, susah nak hidup” katanya. Pastu ia betul2 “speaking”…..marahkan cucu menantunya…….aku tersenyum. Memang lancar dan cair tetapi cakap melayu pelat, Tok Samad Jawa ni.

Dah puas bercakap dan berleter pada cucu menantunya, ia minta diri dan pesakit rebah pengsan. Aku ambilkan air dan basahkan mukanya. Ia tersedar dan mengucap 2 Kalimah Syahadah.

Aku tinggalkan mereka sebentar bagi ruang keluarga ini berbicara. Suami pesakit panggil bgtau tangan isterinya sakit tiba2 sehingga menangis menanggung sakit. Sakit di tempat khadam jin silat tu duduk. Ku pegang tangannya dan niat tarik bisa tu keluar berkali2 sambil memandang wajahnya. Bila ku lihat airmatanya berhenti mengalir dan raut mukanya tenang, ku lepaskan tangannya.

Baharu mereka menceritakan, mereka 6 beradik ada ambil ijazah Silat Gerak dengan guru itu, now dah uzur sakit. Ramai dari pesakitku sendiri mendedahkan bukan guru silat sahaja malah tok syeikh toriqat dan ustaz2 perawat menggunakan jin dalam menberi khidmat mereka kepada pesakit….

Akibatnya secara tak langsung , murid2 yg berbaiah dan berubat ni di beri khadam jin yg akan jadi saka mereka nanti. Ilmu berkhadam ni adalah ilmu yg terputus sanad, biasanya mereka yg banyak belajar ilmu dan gabungkan. Nasib korang la labu…..nak cari guru yg nampak hebat dan suka menunjuk2…..demo sana demo sini, salah korang jugak….bila nak berubat , jgn la berkira berapa fidyah rawatan yg di kenakan.

SALAH KORANG JUA…..