Mlm ni selepas maghrib tadi, ibu pesakit message bgtau nak
datang, sebab anaknya nampak lain mcm. Dlm kereta membebel2...lepas maghrib tak
ngaji mcm selalu dan tak ceria kata ibunya.
Seperti biasa lah saya baca Doa Pembuka, memohon
pertolonganNya jua. Kemudian berpindah duduk di sisinya. Kata ibunya sendi2
berat lagi, jadi saya niat bukakan ikatan di sendi2 tu.
"Bangunla....." kataku. " Siapa engkau berani
datang lagi?"
" Aku la...di upah utk membunuhnya. "
" Kau dari Jawa ya....kau nak tunggu atok aku datang,
Mbah Sunan Kalijaga, tahu lah ko nanti" kataku.
Ini pawang dari Jawa tu. Mendengar nama Mbah Sunan terus
senyap. Raut wajah pesakit nampak kendur tanda dia dah pergi.
Aku seru lagi..." Siapa lagi, bangkit cepat."
" Aku la..." katanya sambil tangannya melentuk2
gaya menari. " Aku di upah supaya dia mati. Dah 3 hari aku makan isi
perutnya"
"Kau tak nampak ke wali2 songo denganku, nak tunggu
mereka kerjakan kau ke? Aku ugut saja2 ☺.
" Aku takuuuttt..aku keluar...." katanya.
Aku check lagi siapa lagi yg ada ..." bangkit siapa
lagi yg ada.."
" Aku...yg duduk kat tulang belakangnya"
" Keluar la...tak guna kau tunggu pun".
Pesakit tenang je...ku lihat jari telunjuknya bergerak2.
" Ahmad K..... kau tak serik ya?"
" Belum mampus lagi dia ni....."
Perbualan agak panjang tapi dia fokus pada isteri dan
anaknya shj menyatakan rasa tak puashatinya. Nak kembali kerumah mereka dulu
...." dulu aku dihalau sehelai sepinggang" katanya.
" Aku dah sakit sekarang, aku nak pulang ke
rumahku" katanya.
" Kalau rumah engkau, takkan kena halau. Perangai pun
mcm setan dah berkawan pun dengan setan" kataku.
" Kau balik aje lah. Bertaubat, masa kau pun dah tak
lama. Engkau sendiri yg cari pasal beramal dgn ilmu sihir dan membela jin2.
Engkau akan terima padah segala perbuatan kau ini" nasihat aku la.
Kata pesakit, wataknya tadi masa kat rumah watak bapanya la.
Ibunya lihat jari2 bergerak2 dan merenungnya tanda tak puashati. Kata ibunya
dah bercerai takkan nak duduk bersama, kena keluar la. Kata anaknya ( pesakit)
segala barang2nya dah dibawanya, apa yg sehelai sepingang, marah juga anaknya
tuduh bukan2.
Menantuku yg turut merawat berkata, kita attack kat
puncanya. Dgn "niat" utk melihat, dia
nampak penyihir di tempatnya dan menyerang dgn jurus shj.
Duduk bersila didlm gelap dgn keminyan dan mangkuk di depannya sptmana gambaran
didlm movie.
Tak mampu melawan pun penyihir ni dengan bantuan bala
tentera Allah dari kalangan wali2 songo. Dalam setengah jam je rawatan malam
ni. Pesakit pun beritahu nampak penyihir dlm keadaan yg sama.
Esok mlm buat mandi bunga utk bersih aura dan buat
pendinding . Mudah2an kali ke 9 ni tamat lah segalanya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
LA ILAHA ILLALLAH.
MUHAMMAD RASULULLAH.
LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH.