Sunday, May 19, 2019

6hb.Mac 2019 - PESAKIT KERASUKAN ROH GENTAYANGAN

Khamis, mendapat panggilan dari jemaahku meminta bantuan. Anak rakannya kerasukan dan ganas malah sudah beberapa hari. Datangnya dalam jam 7 mlm dan ku lihat ia diam shj di dalam kereta. Lalu ku arahkan jemaahku ke surau bersama pesakit dan keluarganya untuk solat sementara pesakit masih pasif.
Selepas maghrib, pesakit mula di bawa masuk. Ku lihat ia tidak lah ganas ( mungkin berhadapan denganku kerana kebanyakkan begitu) dan ku suruh baring. Dengan bacaan Doa pembuka, dia tidak menunjukkan respons "bangkit" dari rasukan jin. Aku, isteri dan menantu ku tahu bahawa ia bukan rasukan jin tetapi kemasukan Roh Gentayangan yang belum di ketahui puncanya.
Aku berbual dengannya untuk mengetahui hajatnya namun sukar di mengerti kerana percakapannya berterabur. Masakan tidak jasad ini bukan jasad asalnya jadi programnya sudah tidak "ngam" dengan "komputer barunya".
Namun dari kesimpulan yg ku dapat adalah semasa pengajiannya di Indonesia di Pesantren, gurunya/mudirnya berbuat sesuatu yang salah/dosa yg tidak sepatutnya dan ajarannya mungkin menyeleweng. Dan kemungkinan "Roh" ini adalah roh gentayangan dari seseorang yg pernah di kenalinya di Pesantren sana.
Pengakhirannya ku ajak pesakit bersamaku membaca Surah Al Mulk dan Yaasin. Pesakit hanya diam shj malah ku dengar ibunya yg turut sama membaca.
Ku nasihatkan ibubapanya membawa ke Balai Polis untuk buat lapuran minta pertolongan untuk di bawa ke Hospital. Dan Hospital akan uruskan rawatannya sehingga ia tenang kembali untuk di bawa pulang.
Nasihat ku ini adalah untuk kebaikan pesakit ini andai ia terlepas dan membahayakan orang lain apatah kalau sampai mencederakan, Polis dan Hospital sudah ada rekod untuk mengesahkan pesakit ini ada masalah mental.
Dari pengalaman yg lepas, ada orang tua yang tak dapat di kendali baik perawat2 ruqyah yg di panggil malah mereka ketakutan kerana pesakit ini ganas. Mursyidku juga mengatakan pesakit ini tidak akan dapat di ubati, ini adalah kerana kifarah di atas dosa2nya semasa zaman remajanya dahulu yg di sumpah orang alim dan juga suka memecahkan tokong2 di tepi jalan serta mengamalkan ilmu2 dari kitab2 hikmah (kuning).Tetapi berhadapan denganku pesakit ini tenang malah takut. Kata isterinya hanya aku shj yg dapat mengawal emosinya, jiran2 ada yg di kejar dengan parang.
Kerana malu untuk kerap meminta pertolonganku yg tidak di kenali di Malaysia ini sedang yg terkenal tersohor pun gagal menghadapi pesakit ini, ku nasihatkannya untuk memanggil polis membantu membawa ke hospital dan Polis dengan cepat datang kerana kes2 sebegini banyak sebenarnya.
Kes yg kedua budak berusia 15 tahun yg benci ibunya dan menyepak ibunya di depan mataku. Ini adalah kerana rasukan jin2 belaan neneknya semenjak dari usia lahirnya yg tinggal bersama neneknya yg marah kerana ia menceritakan dampingan neneknya kepada ibunya dan dari ibunya kepada suaminya anak nenek itu. Akhirnya si ayah mengalah bila ia asyik ingin memukul ibunya dan lari keliling meja yg berat bila ku kejar.....beliau panggil polis dan 2 buah kereta datang membawa anak ini ke Balai dan Hospital.
Akhirnya kedua insan malang ini bertemu dan berkawan di hospital Kuala Lumpur bila keduanya "menjadi ganas". Isteri orang tua ini bertanya anak itu, kenapa ada di sini? Katanya, ia tidak boleh lihat ibunya, akan di sepaknya dan dia berjanji akan jaga pakcik semasa mereka bersama.
Itu lah resam dunia akibat kesalahan sendiri dan kesalahan orang lain yang mengakibatkan bala kepada orang sekelilng.