Sunday, May 19, 2019

7hb.Mac 2019 - PESAKIT DISIHIR BAPA SENDIRI (10)



Malam ni janji untuk mandi bunga buat pesakit dan pengisian kuasa pendinding dari kategori Ilmu Pawang warisanku dari Raja Bunian Riau.

Ku suruh pesakit baring dahulu untuk di periksa keberadaan jin2 suruhan bapanya. Clear, cucuku pun datang duduk bersebelahan ibu pesakit berbual. Ku tanya cucuku, " ada hantu lagi tak aqish?" " Takde dah" katanya . kalau ada cucuku pasti menyorok di belakang pintu walau dia tak takut untuk melihatnya.

Pesakit di mandikan oleh isteriku. Semasa nak mula terbayang di badan pesakit lebam2 di didalam badannya, dan selepas di mandikan, hilang kesan lebam2 itu.

Ku isi kuasa pendinding bagi melindungi pesakit dari gangguan mendatang, dengan kerjasama dengan makhluk2 halus dari kalangan bunian sebagai bodyguard. Jgn tersentap dengan kata-kata ostaz yg memandai2 memfitnah bunian sebagai jin2. Tunjukkan kebolehan mengubat kes-kes sihir dan saka kalau kenyataan kamu benar wahai ulama suuk.

Para Waliyullah yg "dah mati sebelum mati" bila matinya akan berpindah ke alam Bunian untuk meneruskan tugasannya membimbing golongan mukmin manakala golongan munafik di bimbing oleh golongan setan2 menafikan kalimah Isbat "Allah" dan membenarkan kalimah "Nafi" dalam syahadah palsu kalian. Wali Ghaib tetap mati bila sampai ajalnya walau duduk dialam ghaib. Guru Ghaibku yg mengijazahkan Ilmu Syahadah ini pun meninggal beberapa tahun lepas di khabarkan oleh orang2nya yg di tempatkan bersamaku, dan ia memberitahu kepada pesakitku yg sedang ku ubati dan ia memberitahu aku akan berita itu. Nyata benar bila ku tanya rakan seperguan ku sekaligus mantan guru zahirku.

Alhamdulillah, segalanya lancar. Mudah2an sihir bapanya telah memakan dirinya sendiri sehingga di akui ia kini sedang sakit dan ingin pulang kerumah melihat anak-anaknya.