Sunday, May 19, 2019

9hb.Mac 2019 - Anak di sihir bapa sendiri yg dah arwah (3)



Malam ni pula temujanji dengan pesakit dan abangnya, 2 beradik yatim piatu yang di sihir arwah ayahnya yg di hidupkan oleh saka jin pengikut dajjal di dalam tubuhnya.

Malam ni sungguh dahsyat permainan jin2 sihir ini menunjukkan wataknya yang sebenar setelah semua jin2 suruhan telah di musnahkan habis. Berlangsung selama 3 jam seperti malam tadi juga iaitu kes " di sihir rakan sepejabat". Sebagaimana pesakit kehabisan tenaga meronta ingin lari dan ingin keluar dari jasad, kami yang memegang pun mengeluarkan tenaga menahan rontaannya yg begitu kuat. Nasib baiklah ada abangnya yang boleh memegangnya dengan baik tanpa sakit, kalau bukan muhrim dah tentu terpaksa gunakan kuncian untuk lock pesakit dan pastinya ada kesakitan pada tubuhnya nanti.

Saya dan isteri merawat dengan memicit bahagian2 tempat duduknya dan abangnya memegang kaki serta tangannya yg meronta dan cuba menepis tangan kami yg memicitnya.

Ia sungguh angkuh dengan mengatakan " kamu belum pernah menghadapi situasi seperti ini kan?" katanya. Bukan tidak pernah malah selalu juga, sombong ia seolah ia berhadapan dengan perawat ruqyah yg berjaya di permainkannya berulang kali dan di mana sahaja.

Ia juga mengugutku akan mengganggu keluarga ku dengan beraninya sedang ia tahu dan nampak wali-wali songo turut ada sama di situ. Katanya..." Bakri ada di luar, keluar sahaja budak ini dari rumah ini, Bakri akan masukkan semula segala jin2 ni katanya" Bermakna ia mengakui secara tidak sengaja bahawa jin2 suruhannya telah keluar dan telah di tangkap para wali songo. Malah katanya juga " Hafiz, sihir kamu telah musnah. Kamu kena lakukan semula" jeritnya kepada abang yg sulong yg turut menyihir adiknya ini.

Ia bercakap dengan nada sombong dan angkuh tetapi menceritakan bahawa ia duduk di bahagian kanan badan bila isteriku berjaya mencari kunci duduknya. Katanya, " ibu budak ini pun aku sihir di bahagian kanan badannya iaitu kanser payudara dan akhirnya sentuhan bapaknya juga telah membunuh nya semasa menemuinya di hospital". Pengakuannya secara tak langsung mengakui bahawa kami berjaya mengusir mereka keluar dan memusnahkan sihir serta jin2 suruhan bawahannya.

Kali ini kami terus berdepan dengan Penyihir iaitu arwah bapanya yg dikuasai saka Jin keturunan Dajjal. Bagaimana kuatnya ia meronta tetapi bukan mahu melawanku , hanya tak tahan sakit dan mahu menepis tangan ku dan sentuhan isteriku sahaja. Jangan nak temberang dan sombong la kataku.

Sehandal mana dan setua mana pun jin2 sihir ini, belum lagi yg ada dapat menyerangkku sekalipun ia cuba. Di baca manteranya dengan jelas sekali dan di bukanya jurus2 batinnya, tiada apa-apa pun. malah nak bangun pun tak terdaya apatah lagi nakmenyerang.

Akhirnya ku bacakan Surah Al Mulk, As Sajdah, Ar Rahman , AL Waqiah dan Yaasin bila ku lihat ia tidak lagi meronta dan cubaannya untuk keluar dari mulut seperti pesakit nazak. Setelah ia tenang bila jin2 itu keluar, sungguh ia tak terdaya, di bangunkan utk minum air, ia kembali tumbang berbaring semula.

Ku biarkan beberapa ketika untuk kami berehat dan minum dan bangunkan pesakit semula. Pesakit nak ke toilet katanya, di papah abangnya. Sungguh ia belum sedar sepenuhnya kerana tenaga nya kehabisan.

Hari ni ( 10hb.Mac) , pesakit message mengucapkan terimakasih pada saya dan isteri dan minta maaf kerana semasa balik pun ia masih belum sedar sepenuhnya. Dan pesakit juga mengiyakan gambaran lelaki sakai yg terlihat oleh isteriku sepertimana ia dan arwah ibunya nampak semasa bapa mereka bersama dahulu.

Ia mengirim gambar bapanya dan abangnya yg telah menyihirnya. Seorang profesional engineer abangnya sipenyihir dan wajah arwah bapanya yg diisi jasadnya oleh saka jin yg pucat lesi tiada darah seperti mayat. Dan pesakit akui kali terakhir melihat bapanya menziarahi ibunya di saat2 akhir, memang pucat lesi dan menakutkan. Sungguh ia telah pun tiada dan telah di kuasai dan di isi oleh saka jinnya di dalam badannya