Sunday, May 19, 2019

17 April 2019 – BUNIAN PENCULIK ACAP MENYERAH KALAH.



Rawatan dari semalam iaitu pada 16 April adalah mengenai sakit2 badan pada si pesakit 2 beradik ini. Rawatan pada si kakak adalah pada bahagian tangannya yg sakit dan pesakit terlena semasa di rawat. Rawatan kedua pada si adik, muncul sang nenek saka dari si ibunya yg tinggal di Batu Caves. Saka nenek dari Jawa , menyerah tak lama sebab tau saya dari keturunan Wali SOngo yg di geruninya.
Selepas rawatan kami bersembang dan di dapati mereka adik beradik bakal mewarisi saka dari ibunya yg berasal dari Jawa, maka saya sarankan untuk membuat rawatan membuang saka. Maka janji seterusnya iaitu malam esok adalah rawatan buang saka.

17 April….mereka datang seperti di janjikan.
Rawatan pertama adalah pada si kakak. Selepas di terapi dengan Doa dan zikir…si kakak terlena juga. Selepas di kejutkan, katanya berat badannya untuk bangun. Saya terus duduk di sisinya dan tekan perutnya…..hah bangkit jin yang merasuknya…”sakit lah”. Ku lihat susuk nya seperti hulubalang dengan tangan pesakit ku lihat cukup sasa dan tegap menggenggam penumbuk. “Sekiranya penumbuk ini kena muka ku, siap engkau” kataku kerana aku menekan perutnya dan begitu dekat dengan penumbuknya.

Akhirnya ia mengalah dan keluar dan pesakit kelihatan menangis. Ku biarkan mereka bertenang dahulu dan keluar dari bilik sebentar.

Rawatan kedua pula pada si adik yang semalam di masuki saka ibunya. “ AKu dengar dan tunggu “ katanya. Ku tak perlu seksa makhluk halus ini kerana ia bersedia untuk bercakap dan menerangkan semuanya.

Ia adalah manusia yang di ghaibkan yang di sumpah oleh Wali2 Songo kerana kejahatannya dahulu yang banyak membunuh rakyatnya di Jawa. Ia telah bertaubat kerana telah di buang jauh dan kalau kembali ia pasti di cari oleh keturunan2 yang di zaliminya. Sebelum ni berubat dengan seorang perawat yg “konon’nya dari Raja Bunian dan telah memindahkannya atau menempatkannya di Gua Tempurung, tempat tinggalnya yang baru. Konon pemutus saka tetapi….masih ada lagi pun, hanya berpindah rumah sahaja, tetap ada pada pesakit. Dan pesakit bagitau, mereka hanya mahu ambil kesempatan darinya sahaja, mengajak masuk ke dalam Kumpulan Pemain Pedang yg entah apa-apa tu…..

Bila dia sebut Gua Tempurung, aku segera bertanya, “si Acap budak yang di culik tu engkau punya kerja ke? “ Ya..” katanya. Mereka ramai2 bising2 kat situ kenapa? “Tempat tu tempat aku beribadat, dia pi kencing kat situ kena aku pulak, mana aku tak marah” katanya. “ Aku ni muslim hanya banyak buat dosa je, aku sorok dia kat situ je…bagi makan siput je, bukan aku bagi makan babi pun”.

“Baik, aku mahu kamu kembali Acap ke dunia nyata. Hantar dia ke Balai Polis” kataku. Si Bunian Raja Jawa ini akur dan akan menurut kataku, mudah2an esok Acap akan di hantar ke Balai Polis Ipoh, kita tunggu.

Aku tanya lagi,” Wali Songo ada di sini?” “ Ada” katanya…..”Ni…sebelah kamu” Dia lalu mengadap ke arah wali songo dan meminta ampun. “ Kamu ikut Wali Songo pulang ke sana, jangan ganggu lagi keluarga ini” arahku kepada Bunian Raja Jawa ini.

Selepas pesakit sedar setelah tumbang tadi, beliau menangis tersedu. “ Tak sangka mereka cuma nak pergunakan saya ( perawat konon dari Raja Bunian tu). Ajak masuk kumpulan pedang mereka tapi ada agenda untuk gunakan saya” katanya. Raja Bunian Jawa tadi pun tahu yang saya amat marah dengan perawat tu, kerana menghina dan memfitnah Tok saya Datok Laksamana Hang Tuah.

“Gambar apa tu ustaz, dari semalam saya terasa sesuatu” Tanya nya pada lukisan yang tertutup di bilik rawatan tu. “ Ini lakaran Datok Pendita Adi Putra dan Tok Jebat menurut lakaran pelukis yg melihatnya”. Dia mengangguk, “Betul?” tanyaku…….dia mengangguk mengiyakan. Banyak lagi perbualan tapi tiada yang penting utk di tulis….namun yang menarik, kedua pesakit ini pernah bertawasul dengan namaku sebelum ini semasa di ganggu dan sakit dan gangguan hilang.

Mereka berhajat mahu berjumpa pada tahun 2016 lagi namun semasa itu saya sedang mengerjakan Umrah bersama isteri. Tiap kali sakit mereka sebut nama saya dan Alhamdulillah….baik adanya. Kerana itu mereka rasa perlu jumpa empunya badan sebagai utk ucap terimakasih

Janji rawatan susulan pada malam esok. Harap2 Raja Bunian Jawa itu menunaikan arahan saya pada esoknya….…..INSYAA ALLAH.