Sunday, May 19, 2019

28 Feb.2019 – PESAKIT DI SIHIR BAPA SENDIRI (8)



Malam ni siri ke 8 rawatan untuk anak gadis ini yang mahu di bunuh oleh bapanya sendiri setelah enggan mewarisi sakanya.

Seperti biasanya, setelah saya sentuh tempat duduknya, tunggu je muncul sekor2 jin di dalam badannya.

Pertama : Jin dari Sabah, jauh datangnya merayu supaya jangan di ganggu kerjanya kerana upahnya sudah di ambil. Tak mampu bertahan, tak sampai 5 minit keluar.

Kedua : Entah jin mana pulak, menari2 dengan lenggok tangannya, talk sampai 5 minit juga keluar.

Ketiga : Jin Harimau yg tak bertenaga kena karan dari sentuhan jejariku, lembik je nampak tangan nya ....keluar juga tak sampai 5 minit.

Keempat : Jin Pawang dari Jawa Barat, di upah untuk membunuh anak gadis ini. Merayu juga sebab dah terima upahnya. Tak tahan dia nak lawan den, keluar juga tak sampai 5 minit.

Ke lima : Ku seru bapaknya datang. Marah bebenor nampaknya. Kalau saka ni tak di pindahkan kepada anaknya ni, dia akan mati. Katanya " kalau dia ambik, keje engkau selesai, kerja aku selesai" katanya. Dulu katanya sampai 1 hb Mac je aje tempohnya, kali ni katanya ada seminggu lagi. Dia dah sakit tapi masih mengupah bomoh2 untuk membunuh anaknya ni. Kata maknya, " dia tak putus asa, kita pun takkan putus asa melawan". Dengan den, mudah sahaja jin2 ini di tumbangkan, tak macam Ustaz Eri yg glamour tu sembang je lebih, Darul Syifa pulak, cakap je besar tapi tong kosong. Den marah sebab ustaz2 ni menyusahkan orang ramai dengan ilmu batil mereka, menyalahgunakan ayat2 suci Al Quran untuk di jaja ilmunya dan mensyirikkan Allah SWT dengan kekuatan ayat2 AL Quran.
Bengap sangat ustaz2 ni sampai tak boleh beza, mukjizat, karomah, maunnah dan sihir. Mukjizat pada Rasul, Karomah pada Waliyullah, maunnah pada golongan mukmin dan soddiqqin dan sihir pada korang la yang mensyirikkan Allah Azzawajalla.

Bila tuan punya jin2 ni dan samseng2 upahannya dah datang, bermakna dah habis lari lah semuanya. Terpaksa lah bossnya datang ngadap ambo, merayu agar tidak di ganggu kerjanya. Ambo seksa jugak dgn karan ambo ni....bagi warning "jangan cari sakit dan jgn cari penyakit".

Selesai tak sampai sejam. Dah lemah sangat dah tapi bapaknya takde pilihan, untuk terus hidup kena korbankan anak2nya. Tu la....main lagi ilmu2 berkhadam. Tanggung la akibatnya dunia akhirat.