Tuesday, October 24, 2017

14/10/2017 - SIHIR DARI GURU AGAMA


Hari ni jam 3 ptg, pesakit dari pantai timur dtg atas urusan buang sihir dan saka.
Kalau tak silap 18 tahun dah menderita gangguan jin sihir dan saka ni. Sihir dari ustaz ngajar agama, di rawat pula oleh perawat2 ruqyah yg kesemuanya surrender. Mana tidaknya ruqyah vs ruqyah, manusia 40 thn vs jin2 ratusan tahun, mana nak menang....ruqyah pun guna khidmat jin.....sihir ustaz ni pun guna jin.....yg mana otai la akan menang. 😎
Mlm sebelumnya merawat seorang pesakit perempuan dari Bangi. Kerana saya masih di Mekah, dia gi tempat sohor kat sana dan kata ustaz2 Darul tu santau angin. Cara rawatannya masuk bilik gelap😨 pastu kena bukak baju ( separuh bogel😕) dan di tepuk2 belakang. Maka keluar lah kaca bertaburan😃😄. 3x dirawat gitu takde perubahan pun🤒😷....malah katanya ada pesakit yg dah lapan tahun dirawat gitu😂....ilmu tokbomoh dikata perubatan Islam, bila menipu ilmu tak berkat😀🙄.
Pesakit baring, ambo syahadah......tak sampai seminit bangkit. Mula 2 tgnnya cuba tepis tangan ambo. Lepas suami pegang, ambo niat kunci. Dia mcm terikat dan merengek kesakitan....bukang meroyang dan maki hamung ambo😋. Ambo pesan kat suami dan adiknya tgk jam. 10 minit settle.
Pastu ambo minta air. Tgh berdoa, pesakit yg dah bangun pegang tgn ambo.....
" Ko jgn ganggu aku....."
" Ko nak buat apa?" Kataku.
Ambo tepis tangannya dan tekan dan lagi satu ambo pegang. Tgn knn ambo cengkam kepalanya. Meraung2 dia....tak lama surrender.
Ambo doakan semula air dan bg minum.
Giliran adik pompuannya pulok. Ambo baru nak start....pesakit tadi pegang lagi tgn ambo. Ambo tepis dan tekan mcm tadi ......." jgn ganggu aku".
"Nape? Mu nak lawan aku? Mari lah....."
Ambo lepas tgnnya dan kami mengadap sambil bersila. Dia bukak jurus......gaya pendekar lelaki( guru agama tu lelaki yg kemudiannya menikahi ibu pesakit ni dan meninggal kemudiannya)
Sebab tak berbekas pd ambo jurus2nya, ambo cengkam kepalanya. Meraung lagi pastu surrendur.
Lepas sedar, dia kata sakit bahu. Ambo cengkam bahunya.....meraung lagi. Kesian ambo tgk ....menangis kesakitan. Sekejap je.
Ambo suruh adiknya baring semula. Pesakit bersuara...." mu ni tak reti putus asa". " Mu ingat aku sapa" " Tipudayu mu tak makan dgn aku"
Ambo terapi adiknya, dia pun sakit. Ambo cengkam bahu adiknya, dia pun meraung. Dua2 nangis dan muntah2. Kata adiknya, kat ibujari. Ambo picit, meraung2 nangis. Kesian pulok.
Ambo bg mereka berehat dan gi rawat pesakit lain. Menantu ambo pulok di jurusnya, tetapi dia yg kepanasan sambil membaca ruqyahnya. Tersungkur dia....menantu ambo cuma berdoa je.....tetapi aura menantu ambo yg kuat berpuasa ni membakarnya.
Settle kat luar ambo masuk semula bilik rawatan. Rawat adik pesakit...ibujari sakit. Ambo picit lagi.....Allah, kasihannya. Dua2 kesakitan dan menangis2. Reda si adik, pesakit bangkit lagi....katanya di lutut. Meraung sakitnya. Dia dah keluar tapi dihantar semula.
Bila keduanya dah reda, adiknya masuk toilet muntah2. 3 jam berperang dgn jin2 islam ustaz peruqyah ni. Ambo minta suaminya updates bila pulang nanti .....
So......napok nape ambo memerangi perawat2 ruqyah ni? Mereka mangsa tipudaya jin2 Islam yg berkhidmat utk menyesat kan sptmana pendakwah2 penjual agama yg menjual pakej ilmu kesukaan pelanggan bukan mengikut tuntutan Tuhan.

16 Oktober, 2017 - PESAKIT NAZAK SELAMAT KEMBALI KE RAHMATULLAH.


Alhamdulillah, semalam di datangi anak kepada pesakit yang sedang tenat, terlantar di wad HKL yang sebelumnya di pindahkan dari Hospital Tawakkal. Sudah rasanya puluhan ribu kos membiayai rawatan di Tawakkal yang tiada tawakal sebenarnya malah banyak sandaran kepada benda-benda .
Cerita dari si anak dan melihat kepada wajah arwah yang bersih bercahaya menunjukkan arwah tersangkut dan terganggu perjalanannya. Bekas Pengerusi sebuah Masjid namun sakitnya misteri. Firasat ku tak lain tak bukan adalah gangguan yang menjadi penghalang sedang doktors buntu sudah.
Rupa-rupanya arwah murid kepada arwah juga.....yang di semadikan jauh di negeri asing yang ilmunya amat di ragui. Akibat pengamalan ilmu yang berkhadam jin, ini lah bahananya yang menanti. Satu petunjuk di zahirkan kepada orang baik-baik dan dahulunya kes lain sampai tahap membunuh anak sendiri, cukup lah.....bertaubatlah. Jangan sampai korang juga melalui saat-saat sukar ini.
Seperti yang di janjikan , saya buat Solat hajat dan tahlil serta hadiahkan bacaan Surah Yaasin buat arwah pada malamnya dan sekali lagi pada jam 5 pagi tadi. Sebentar tadi dapat berita pemergian Allahyarham. Inna lillah wainna ilahi raajiuun.
Semuga Allah SWT mengampuni dosa-dosa arwah dan menempatkan Rohnya bersama orang-orang soleh di syurganya. Aaminn...Ya Rabbal Aalamiin.

IBADAH HAJI & UMRAH BERSAMA ISTERI 2017 @ 1438H





Saat menunggu pendaftaran di Kelana Jaya 28 Ogos, 2017. Penerbangan terakhir khas tambahan.




Di Airport KLIA 28/8/2017

Di Airport Jeddah 29/8/2017 saat tiba di Tanah Suci Arab Saudi.

Penginapan di Tanah Suci Mekkah , Land Premium Hotel

Taklimat untuk perjalanan ke Arafah, Muzdalifah dan Mina 29/9/2017 selepas Isyak .

Setibanya di Padang Arafah 30/9/2017


Khemah penginapan di Padang Arafah.

Saat makan malam 31 Ogos, 2017

Selepas waktu Subuh di Muzdalifah 1 September 2017, Hari Raya Aidil Adha

Melontar Jamrah Kubra pada Hari Raya pertama Aidil Adha.

Ibadah melontar pada 12 Zulhijjah 14388bersamaan 3 September 2017.

Rakan-rakan se bilik di Land Premium Hotel

Pasangan-pasangan kami.

Saat menikmati hidangan melayu - indonesia setelah berminggu menikmati hidangan nasi Arab di Hotel.

Saat selepas Ibadah Tawaf Sunat selepas waktu Isyak.

Makan malam di D'Saji Restaurant selepas Ibadah Tawaf Sunat.





Ibadah Tawaf Wada' sebelum meninggalkan Mekkah menuju Madinah Al Munawwarah.

Selamat tinggal Land Premium....

Ziarah Makam /Perkuburan Baqi' sejurus sampai waktu pagi di Madinah.

Bersama jemaah GFSK yang turut bersama mengerjakan Ibadah haji 1438H

Saat menunggu untuk menikmati hidangan Nasi Arab berlauk daging unta ....

Bersama Mutawif Jemaah Indonesia juga pelajar Universiti Al Azhar yang merupakan kenalan Facebook kami yang di temukanNya di Masjid Madinah AL Munawwarah. Menikmati hidangan makan tengahari di Rumah Makan Indonesia berhadapan Pintu 27 Masjid Madinah.

Saat menunggu pulang di Airport Jeddah .

Debaran menunggu Kapalterbang yang akan membawa kami pulang ke Tanah Air tercinta 4 Oktober, 2017.



















17/10/2017 - PESAKIT STROKE YG DI SYAKKI DOKTOR BUKAN STROKE


Setelah sebulan di Pusat Rehabilisasi Cheras, pesakit keluar tanpa perubahan bahkan kata doktor disyakki bukan stroke. Something else🤔🙄.
Memang bukan stroke ku lihat. Tgn kirinya hanya lemah walau dah setahun tetapi tidak mengeras. Bermaksud darah masih berjalan. Namun dia kelihatan memeluk tubuh shj. Selepas terapi di kepala, ku sentuh tangannya dan alirkan tenaga RohKu, tenaga elektrik yg lebih berkuasa dari Mesin Ceragem mahupun ECP. Tangannya boleh lurus dan melurus dalam ia tidor.
Kemudian terapi bahagian kaki kiri....tenaga RohKu yg berjuta voltan tenaga elektriknya di alirkan ke bahagian kaki sehingga ke hujung yg bengkak air.
Sedang pesakit berdengkur dibuai mimpi2 indah. Sesungguhnya bila di bacakan ayat2 Allah, hati menjadi tenang sehingga tertidor kebanyakkan pesakitku.
Tetapi ada perawat membaca ruqyah, pesakit mula meroyan memaki2 mereka. Beza ayat2 suci yg dibaca mendatangkan fadhilatnya yg menenangkan dan menyembuhkan penyakit berbanding ayat2 ruqyah yg mendatangkan jin dan merasuk pesakit😎😋😊.
Perubatan moden dgn ubat2an kimia, bukan menyembuhkan penyakit tetapi menambahkan penyakit dari........
Darah tinggi kpd.....
Kencing manis kpd....
Rosak buahpinggang kpd...
Sakit jantung dan tersumbat kpd.....
Parkinson.
Apakah hati buta utk melihat kemudaratan ubatan moden yg bertujuan "membabikan" manusia? Babi punca segala penyakit menjadi perniagaan yg berjaya mengkayakan Barat dan melemahkan umat Islam. Selagi dna babi penuh dlm darah, penyakit akan hidup subur dlm tubuh dan pesakit akan jadi PENAGIH RACUN DAN NAJIS DADAH seumur hidup. t
Ku perhatikan pelanggan tetap najis dadah spt penagih dadah lalok dan khayal tanpa kesudahan.
Pelanggan dan perawat ruqyah tiada ketenangan hidup. Hidup susah mati pun susah.
KENAPA ENGGAN BERPEGANG KPD AL QURAN DAN SUNNAH? FAHAM 1/73 YG SELAMAT BUKAN LAGI PILIHAN🤔😶😐..?

ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?


Kisah seorang persara (bukan group ini) bermusykil seorang Ustaz:
"Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkannya?"
Ustaz pun menjawab: "Ooooh... Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."
"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"
Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.
- Dicari diantara kumpulan solat Dhuha tak ada.
- Dicari diantara kumpulan solat Tahajjud tak ada.
- Dicari diantara kumpulan puasa sunnah juga tak ada.
- Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.
- Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana.
- Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.
- Dicari diantara orang2 yang khusyuk solatnya, tak ada.
- Dicari dimajlis Maulidur Rasul dan majlis Selawat tak ada.
- Dicari diantara yang menuntut ilmu agama pun tak ada.
Allah SWT nak mencari tuan dimana?
Cuba tuan beritahu?
Maka menangislah si persara sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.
Segeralah kembali kepada Allah. Dekatkan dirimu pada Allah. Hanya Allah SWT sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita.
PASTIKAN NAMA KITA SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT.
Selamat berjuang saudaraku.
In shaa Allah... Allah akan kurniakan rahmat bagimu.
PENAWAR DALAM ISLAM:
✿ Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis.
✿ Wajah gelap = solat Tahajjud.
✿ Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qur'an.
✿ Tidak bahagia = solatlah tepat pada waktunya.
✿ Cepat marah = berwudhuk dan perbanyakkan istighfar.
✿ Gelisah = perbanyakan berdoa.
✿ Tertekan = perbanyakan berzikir "Lahaula walaquwwata illa billah".
✿ Rezeki kurang barakah = sering berdoa untuk orang tuamu.
✿ Hidup miskin= perbanyakan bersedekah jariah.

22/10/2017 – KHADAM JIN ILMU PERAWAT KETAKUTAN BILA TUANNYA MELARIKAN DIRI


Appointment pada ahad petang dengan pesakit belasan tahun yang di dakwa bapanya, si anak mendakwa dirinya malaikat dan Imam Mahdi. Dan ada masa si anak (pesakit) mengatakan akan membunuh semua orang dalam rumahnya. Ini yang merisaukan si bapa.
Setelah menyelesaikan kes sihir dari Guru Agama terhadap anak-anak tirinya yang juga guru AL Quran, saya memberitahu bapa pesakit agar datang pada petang ahad agar masa rehat saya mencukupi , rehat dari kepenatan merawat sihir Guru Agama selama 5 jam, iaitu pagi sabtu dari 10 am sehingga 1.30 tengahari dan bersambung pada malamnya dengan di bantu pelajar saya seramai 11 orang dalamasa 2 jam.
Pesakit berumur 17 tahun dan mengatakan (mendakwa) anak gadis depan rumah yang menyihirnya. Saya bertanya ada belajar apa-apa tak , Silat atau menghafal apa-apa ruqyah. Kata abangnya yang ikut serta, dia ada ikut Selempang Merah. Kata si adiknya pula (Pesakit) , itu hanya latihan silat bukan ada amalan apa-apa.
Pesakit saya terapi dalam 15 minit dan tiada apa-apa yang bangkit dan terkesan pada dirinya. Usai si anak, si ibu pula menceritakan beliau ada pergi belajar mengurut di Puncak Alam dan di ijazahkan dengan bersalam oleh gurunya. Dia keberatan kerana ingat pesan saya namun bersalam juga yang akhirnya membawa padah. Dia menunjukkan gambar guru Urut Saraf nya bersama isteri, berjanggut panjang dan kelihatan alim sekali. Namun selepas itu , setelah sekian lama SAKA nya di buang oleh saya juga, rasa bersaka tu datang semula selepas bersalam dengan Guru Urut itu.
Saya menyatakan Ilmu Berkhadam ni baik ilmu silat atau ilmu perubatan, sekali kamu dah berbaiah dengan bersalam atau apa jua kaedah yang memeterai perjanjian kamu dan guru, makanya kamu sudah mengambil khadam2 jin itu dan jin2 itu sedia berkhidmat bila2 masa ikut niat kamu. Sekali pun kamu tak amal apa-apa amalan yang di beri. Padah menanti bila kamu beramal soleh dan cuba mendekati Tuhanmu dengan mengikuti jalan yang lurus.
Tiba-tiba si ibu bersuara “ Kalau tak tahu apa-apa jangan cakap” katanya dalam nada dan suara yang berlainan.
“Apa yang aku tak tahu? Engkau ingat ko siapa? Engkau kenal aku siapa?
Tanya aku dalam nada keras kerana aku tahu bukan si ibu yang berseuara malah jin2 dalam badannya.
Oleh kerana dia menunjukkan jari kepadaku memberi amaran, maka aku cengkam tangannya dan terus dia melolong sakit.
“Engkau ingat aku siapa? Baik engkau berambus sebelum aku kerja kan engkau cukup2”
“Aku takut…..tuan aku sedang memerhati tu” katanya. “Siapa tuanmu?” tanyaku.
“ Tu …yang kat Puncak Alam” katanya.
“Baik engkau keluar, kalau tidak dengan engkau, dengan tuan engkau aku kerjakan” aku pula memberi amaran.
“ Tuan aku sudah lari……..aku mahu kemana ? katanya yang dalam ketakutan.
Wahhh…..agaknya tuannya sempat google kot siapa agaknya Haji Wan Zul Al Qubra ni hehehe. Sekejapan melarikan diri membuatkan khadamnya ketakutan di tinggalkan seorang diri.
“Baik….kalau begitu kamu pergi ke Mekah. Duduk di sana bertaubat dan belajar agama. Jangan buat kerja mungkar ini lagi” kataku.
“Baik..baik katanya. Tolong keluarkan aku”.
Khadam ilmu perawat ni tak ramai. Mungkin baharu lagi, jadi jin2 tu belum beranak pinak lagi. So dengan anggota yang sedikit, tak berani langsung nak berlawan atau melawan . maka surrender awal-awal adalah langkah terbaik, Ko tak sakit dan aku pun tak penat.
Sebelum ni ada kes si ibu bila baca posting yang saya share pasal ada perawat tunjukkan gambar Habib Umar kepada Jin namun takde apa sangat pun. Jin tu masih meroyan dan tiada tanda-tanda akan pergi. Si ibu ini ada masalah anaknya yang di rasuk Jin Asyik. Beberapa kali minta saya tengokkan semasa di Mekah. Jadi semasa Jin Asyik tu merasuk semula, di tunjukkan gambar profile saya tu. Pucat lesi anaknya ibarat bagai luruh jantung nya ketakutan. Terdiam terkedu dan mungkin terus sedar bila jin tu terus lari melihat wajah “tampan” yang di tunjukkan kepadanya heheh. Mungkin jin tu rasa tak mampu nak melawan ketampanan wajah itu kah kah kah. Melawak sikit ye……nanti ada yang kato den ujub, sombong, takabur…………………….LANTAK KORANG LAH.
Pokoknya…ambo nak kobarkan, ambo tiado masalah nak berhadapan dengan sapo2 atau dengan jin mano2 pun. Ini “kepakaran” ambo anugerah Tuhan untuk ambo jalankan tugas dakwah ambo. Bila ado yang pertikaikan faham ambo, ambo akan minta si dia tunjukkan bukti kebenaran faham dia pula. Mana redha Tuhan dengan Jalan mu itu??? Mana anugerah Allah SWT dan Baginda Junjungan untuk mu bagi menunjukkan CINTA KAMU kepada ALLAH DAN RASUL mendapat balasan. Cinta mu tidak bertepuk sebelah tangan. Jangan jadi MAT PERASAN@MAT OVER sudah.

21/10/2017 – PESAKIT DI SIHIR GURU AGAMA (BAPA TIRI) – RAWATAN SUSULAN


Rawatan bermula jam 10 am dan berlangsung selama 3 jam. Si kakak yang di rawat terlebih dahulu, jin2 di dalam nya mengalah setelah arus gelombang pemusnah mengalir berterusan membakar kewujudan mereka di dalam tubuh pesakit perlahan-lahan.
” Tuan Haji Wan Zul Al Qubra………saya mengaku kalah” raungnya.
“Tolong tarik aku keluar…….” Katanya.
Pesakit sendiri menunjukkan tempat di mana duduknya jin2 itu dan saya tekan satu2 untuk mengeluarkannya. Namun kesakitan yang di tanggung pesakit buat saya rasa serba salah juga untuk meneruskan. Isteri saya pula datang membantu, lagi lah bertambah sakitnya bila 2 orang serentak menekan tempat2 tertentu, biarpun tidak kuat namun kesakitan yang di rasai pesakit membuat airmatanya mengalir.
Isteri saya menyarankan berhenti dahulu dan sambung pada malamnya, bagi pesakit masa untuk berehat .
Hajjah Ibu Guru (isteri den la) menyuruh saya memanggil pelajar2 GFSK untuk sama-sama membantu sambil dapat belajar dan menyaksikan sendiri Kebesaran Allah SWT yang hendak kami tunjukkan melalui jalan ini.
Sambil2 tu, Hajjah Ibu Guru bertanya soalan tentang mereka dan pelbagai rahsia dan cerita keluar dari mulut suami pesakit. Tiba-tiba pesakit (si kakak) menjerit….”Ani” di belakang Hajjah…..”Ani” datang dan marah sungguh dengan Hajjah Ibu Guru kerana rahsianya di bongkar. Hajjah menyarankan malam nanti, focus rawat si adik pula, kerana automatic ia akan memberi kesan kepada jin2 di dalam tubuh si kakak.
MALAM SELEPAS ISYAK
Sejurus kami selesai menunaikan Solat Isyak berjemaah (beberapa pelajar sudah sampai awal2 lagi), pesakit pun sampai juga bersama pelajar2 lain. Rawatan bermula dalam jam 9 lebih kurang dan berakhir dalam jam 11 lebih.
Saya mulakan rawat si adik, jin2 dalam tubuh kakak mula meroyan manakala si adik masih berdiam diri. Dalam 15 minit si adik masih diam, saya serahkan rawatan kepada si adik kepada Tabib kanan dan saya beralih kepada si kakaknya pula.
Pesakit (si kakak) bertanya, “ Siapa ramai2 ni Tuan Haji Wan Zul?”
“Mereka semua pelajarku” jin tu tak berkata apa-apa. Aku mula menekan tempat tertentu , mula lah jeritan dan raungan yang bergema silih berganti kakak dan adiknya. Masing2 mengalir airmata dan di sapu dengan towel kecik oleh suami (sikakak) dan adik (adik lelaki pesakit). Masing2 juga muntah silih berganti.
Setelah menyerah jin2 itu, ku serahkan kepada Tabib kanan untuk menguruskan mereka dan terjadi lah tazkirah di antara pesakit (jin2) dan Tabib Kanan GFSK. Jin2 itu menyaksikan Kebesaran Allah SWT dan Cahaya Rasulullah, Islam Jin itu dank u beri nama Hindun.
Setelah pesakit sedar dan di beri minum dan rehat seketika, Tabib Kanan GFSK di beri ilham untuk tazkirah suami pesakit. Rupa-rupanya pesakit dan suami serta adiknya adalah Guru Quran. Hmmm…yang menyihirnya adalah bapa tiri yang mendakwa setelah mengahwini isteri orang “ilmunya” tambah power. Bercerai ibu mereka untuk mengahwini guru agama ini juga bekas Askar yang ada lesen membawa pistol kemana2. Polis yang menahan Guru Agama ini pun melepaskannya semula dan menyerahkan kembali pistolnya dan angkat tangan juga. Perawat2 Islam di sana pun bila melihat dan bertemunya apatah lagi bila cuba merawat, surrender juga.
Boleh tahan ilmunya sehingga tiada yang sanggup berhadapan dengannya. Polis yang mulanya keras pun jadi kelu bila berdepan dengannya. Entah la bagaimana kalau berdepan dengan ambo yg kerdil ni pula namun beliau sudah meninggal dunia. Yg ada hanya jin2 saka peninggalannya yang menguasai persada.
Hmmmm…bila dapat menundukkan jin2 nya, sudah tentu manusia penyembah Jin tu pun akan tersungkur kerana kekuatan dan kehabatan mereka bersandar kepada kekuatan jin2. Alhamdulillah, selesai sudah kesengsaraan mereka selama 12 tahun, mudah2an.
Drama selama 5 jam ni tak dapat ambo nak detailkan penceritaannya, mungkin tiada kebenaran olehNya jua kerana malam tadi semasa mengarang, elektrik terpadam sebanyak 3 kali. Jin2 ini memang dapat menjejak dan mengintai melalui FB , internet dan saluran2nya.
Jadi sapa-sapa yang mengaku manusia2 hebat akhir zaman, kalau benar adanya, memang takkan dapat hidup lama. Mereka kuncu-kuncu Dajjal ada di mana-mana dan merata-rata hanya dengan menggunakan saluran internet, FB dan Instagram terutamanya. Dulu dah ada Jin Siam yang mengaku, mereka meredah satu Malaysia melalui internet mencari di mana Imaml Mahdi. Bermaksud………..IMAMUL MAHDI memang berada di Malaysia. Wallahu a’lam.