Saturday, July 31, 2010

SILAT BATIN WARISAN SUNAN KALIJAGA (GERAK FAQIR)


Pengenalan : GERAK FAQIR.(1)

Seseorang Hamba adalah Faqir dimana Gerak dan Diam adalah takluk dalam Kudrat dan Iradat ALLAH. Kita hanya mempunyai kudrat memohon tetapi tiada kudrat melakukannya....walaupun hanya mahu meminun secawan air atau mengerakkan hujung jari, melainkan datangnya gerak Kudrat dan Iradat dari ALLAH. Justeru itu gerak dan jurusnya hanya dimohon kepada ALLAH.

Para pengamal Gerak Faqir yang benar pelajarannya akan memiliki kunci rahsia Nafas dan rahsia memohon qudrat ALLAH. Dengan kunci tersebut serta keyakinan yang benar, para ahli Gerak Fakir mampu menggunakannya dengan pelbagai hajat, samaada untuk dirinya atau membantu orang lain seperti perubatan dan lainnya.

Para pengamal Gerak Faqir wajib sentiasa Syuhudkan dirinya di dalam keFaqiran disisi ALLAH, tiada baginya Ilmu, adapun segala kehebatan dan kekuatan adalah milik ALLAH. Sesungguhnya ALLAH cinta kepada hambaNya yang merendah diri dan menyeru padaNya memohon pertolongan. ALLAH akan makbulkan segala permohonan hambaNya dalam apa jua perkara kebaikan, insya Allah.

Ahli Gerak Faqir dilarang bertuhan pada kekuatan diri, ilmu atau amal melainkan wajib melatih diri kepada Tauhid Syuhudiah atau Tauhid Wujudiah dengan segala kelebihan yang dimiliki.

"Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh memecahkan pintu takdir ALLAH."
(petikan kalam Hikam Syeikh Ibnu Athoillah As-Sakandari(r.a) )



Mukaddimah: GERAK FAQIR.(2)

GERAK FAQIR adalah latihan menfanakan diri dalam gerakan silatnya sehingga mencapai Syuhudiah atau Wujudiah. Ianya merupakan satu cabang daripada amalan Tarekah Syatariah yang di susun oleh beberapa orang Syeikhnya ketika dahulu bagi digunakan sebagai ilmu duniawi dan diajar kepada pejuang-pejuang Islam dalam menentang kuasa penjajah di Nusantara.

Ia juga bermatlamat menzahirkan kehebatan ilmu ALLAH dalam menundukkan segala ilmu yang batil sama ada daripada manusia, syaitan atau jin. Ia diajar secara terbuka kepada umun yang mempunyai semangat untuk memperjuangkan agama dan mempertahankan tanah air. Peraturannya tidaklah seketat sebagaimana mengamalkan amalan Tarekah Syathariah.

Para ahli Gerak Faqir terlebih dahulu diajar menguasai rahsia perjalanan nafas dan selawat diri ke alam nufus. Ia suatu latihan mematikan diri dan membangkitkan tenaga alam nur. Dengan jalan makrifat dan rahsia nafas, para pengamal Gerak Faqir melatih dirinya denga teknik tertentu dari satu tahap ke satu tahap sehingga mereka benar-benar boleh memahami dan menguasainya. Insya Allah pada tahap tertentu , mereka mampu melakukan perkara-perkara luar biasa mengikut keperluan tanpa melalui amalan, wirid atau hizib tertentu.

Namun hal tersebut bukannya boleh dijadikan pertunjukan kerana tiada jaminan ianya boleh berlaku setiap masa, sebaliknya bergantung kepada kehendak ALLAH.


Dasar-Dasar: GERAK FAQIR(3)

Asas Gerak Faqir adalah Tauhid Tasawuf. Dasar Gerak Faqir terbahagi pada tiga bahagian, iaitu:

a) Tauhid I'tiqadiah
b) Tauhid Syuhudiah
c) Tauhid Wujudiah

Tauhid I'tiqadiah adalah Tauhid Ilmu KeTuhanan Ahlu Sunnah Wal Jamaah aliran Asya'irah dan Al-Maturudiah. Ianya telah dihurai dalam perbahasan ilmu tauhid yang dikenali dengan sifat dua puluh. Tauhid ini adalah tauhid ilmu yang mengesahkan pegangan seseorang dengan akidah Ahlu Sunnah Wa Jamaah.

Seseorang mukmin tidak sepatutnya hanya berhenti pada tauhid ini kerana mereka amat mudah tergelincir kepada iktikad muktazillah atau qadariah dalam pengamalan dan kehidupan. Ini disebabkan hati mereka terhijab dengan diri dan hukum asbab sehingga tiada wujud Tuhan, baik dari sudut perkataan dan pengamalan.

Tauhid Syuhudiah adalah tauhid yang berasaskan cahaya hati dimana hati mereka sudah tersyuhud kepada Allah dalam setiap gerak dan perlakuan. Tauhid ini menyempurnakan seorang itu dalam akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah. Tauhid ini diperolehi hasil dari amalan tareqah yang menghimpunkan zikir, mujahadah, muraqabah dan tawajuh.
Tauhid Wujudiah ialah perasaan keleburan yang tinggi sehingga fana ia daripada melihat wujud yang lain melainkan wujud Allah semata-mata. Ia adalah hasil dari latihan zikir dan musyahadah di bawah bimbingan mursyid. Sampai pada peringkat ini, maka barulah seorang itu mencapai kesempurnaan tauhid Ahlu Sunnah Wa Jamaah yang hanya melihat satu wujud saja, yakni wujud Allah semata-mata. Maka hancurlah Ananiahnya (keAkuan dirinya), tiada baginya terhijab dengan amal dan pergantungan pada asbab. Ia juga di kenali dengan Wahdatul Wujud dalam Dzauqiahnya.


3 Langkah: GERAK FAQIR.(4)

Mempelajari ilmu Gerak Faqir bukan silat semata2, tapi ia adalah ilmu atau jalan Makrifah menuju pada ALLAH. Guru dan Ulama dahulu mengolah ilmu yang sesuai dengan keadaan semasa itu sehingga diberi ilham dan kekuatan untuk tujuan berjihad kejalanNya. Kaedah ilmu ini mendzahirkan kehebatan ilmu ALLAH dlm menundukkan segala ilmu yang batil baik dari ilmu hitam, jin dan syaitan atau boleh digunapakai untuk ilmu perubatan dan sebagainya.(baca pengenalan dan mukaddimah gerak faqir).

Gerak Fakir adalah gerakan yang berasaskan kepada 3 LANGKAH.

1.Niat (IRADAT)
2.Makrifat(HUBUNGAN DGN ALLAH)
3.Gerak(KUDRAT/ILMU)

Gerak Faqir adalah datang dari Gerak Allah setelah seseorang berjaya memahami ILMU NAFAS, dan memahami ILMU mnFANAkan dirinya.

Gerak Fakir juga menjalani 4 TAHAP.

1.Mematikan diri(PENUMPUAN)
2.Gerak Silat.
3.Mengetahui Gerak Musuh.
4.Kebal tubuh dari segala senjata.

Segala pelajaran 4 tahap ini bukan berdasarkan amalan, wirid atau petua tertentu tapi berdasarkan pada MAKRIFAH kepada ALLAH.

Untuk mencapai makam makrifat perlu pada ilmu TAUHID TASAWWUF.(baca dasar2 Gerak Fakir). Sesungguhnya seseorang yang benar benar mencapai makrifat kepada ALLAH, dia adalah raja dunia dan akhirat. padanya akan keluar segala ilmu, hikmah dan barakah.
Dalam Gerak Fakir bukan buah, bunga atau gerak tari yang menjadi ukuran, tetapi paling penting ialah ia benar-benar berada dalam GERAK ALLAH.

"Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh memecahkan pintu takdir ALLAH"
(petikan kitab Hikam Syeikh Ibnu 'Athoillah).



Makrifat, Niat dan Gerak. GERAK FAQIR(5)

Makrifat adalah ilmu pengenalan dengan Allah. Seseorang itu wajib mengenal Tuhannya. Awal pengenalan dengan Tuhannya adalah dengan mengenali DIRInya sendiri. Ringkasnya pengenalan mengikut Gerak faqir adalah memahami 7 SIFAT MAA'NI iaitu:

1: Kudrat(kuasa)
2: Iradat(kehendak)
3: Ilmu(ilmu)
4: Hayat(hidup)
5: Sama'(mendengar)
6: Basar(melihat)
7: Kalam(berkata-kata)

Ketahuilah bahawa sifat AL-HAYAT adalah 'ketua' bagi segala sifat, manusia boleh hidup tanpa 6 sifat (melihat, mendengar, berkata-kata, ilmu, kuasa, kehendak) tetapi tanpa al-Hayat, maka manusia akan mati. NAFAS adalah dari Ruh al-Hayat.Hidup jasad dengan nafas, hidup nafas dengan sifat al-Hayat Allah.

Niat adalah gerak hati. Gerak hati adalah kuasa pilihan yang diberi oleh Allah pada setiap manusia. Setiap Gerak(IRADAT) hati akan datang kudrat Allah. Manusia (hakikatnya) tiada kudrat, segala gerak perbuatanya adalah gerak Allah(KUDRAT). Allah mengurniakan kudrat tetapi ada kudrat yang diredai dan ada kudrat yang tidak diredai-Nya.

Para pelajar Gerak Faqir wajib mendalami gerak hatinya. Gerak hati wajib dikawal oleh ilmu dan akal yang tunduk kepada wahyu. Gerak faqir adalah datang dari gerak Allah setelah para pelajar berjaya memahami ilmu mematikan dirinya. Maka setelah seorang pelajar itu benar-benar berada pada maqam tiada dirinya (fana), maka akan timbullah disana gerak Allah yang berdasarkan Kudrat, Iradat dan Ilmu-Nya mengikut apa saja niat atau permintaan.

Para pelajar Gerak faqir wajib memdalami dan memahami Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah yang telah disusun dalam pengajian Sifat 20, wajib juga memahami Tauhid Syuhudiah dan Wujudiah dan juga memahami ilmu rahsia diri(nufus).

Tauhid Syuhudiah dan Wujudiah adalah maqam yang dikurniakan Allah bagi mereka yang bersungguh-sungguh berjalan kepadaNya untuk menyucikan jiwa. Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Barang siapa yang bersungguh-sungguh pada jalanKu, nescaya Aku buka jalan baginya".

walLahhualam.(Baca, pengenalan, mukaddimah, dasar-dasar dan 3 langkah Gerak faqir).


'Mati sebelum mati (hakikat nafas) GERAK FAQIR(6)

Berkata Arifbillah,

'Matikan dirimu sebelum kamu mati'. Maka 'mati yang pertama' itu seolah-olah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya, hanya Allah jua yang berkuasa, kamudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya. Maka mati diri sebelum mati itu ialah dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu ruhaniah jua.

Ditarikkan 'nafas' itu dengan hakikat memulangkan dzat, sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang bathin (Ruh). Dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya kepada Wujud Yang Qadim.

Maka selepas sempurna 'mematikan diri yang pertama' hendaklah melakukan 'mikraj' iaitu 'mematikan diri peringkat kedua' yang dinamakan mati maknawi, iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu malainkan hanya berhadap pada Allah jua. Dengan meletakkan nafas kita melalui alam 'ampas' iaitu antara dua kening merasa penuh limpah dalam alam kudus kita iaitu dalam kepala kita hingga hilang segala ingatan pada yang lain melainkan hanya hatimu berhadap pada Allah jua.

'Mati pada peringkat ketiga' adalah mati segala usaha ikhtiar dan daya usaha diri kerana diri kita ini tidak boleh melakukan sesuatu dengan kekuatan sendiri sebab manusia itu sebenarnya memiliki sifat 'Fakir, Dhaif, lemah dan hina'.

Dinaikkan 'tanafas' hingga ditempatkannya dengan sempurna di 'nufus' dengan melihat pada matahati itu dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.

Dari Allah mengerakkan Ruhaniah, dari ruhaniah mengerakkan Al-Hayat, dari al-hayat mengerakkan Nafas, dari nafas mengerakkan Jasad dan pada hakikatnya itu Allah jualah yang mengerakkan sekeliannya. Pada pandangan dzahir perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua. Maka Syuhud akan Allah pada kosadnya (niat) dan segala gerak dan diamnya sebagaimana firmanNya,

"Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontar........." .

Wallahhualam.



Kaedah Pengamalan Zikir Nafas GERAK FAQIR(7)

Gerak fakir menyambung perbahasan dengan Ilmu dahulu sehingga benar benar memahami Ilmu Akidah dan perjalanan Rahsia Tajjali Allah. Tanpa kefahaman ilmu ini maka perjalanan seorang murid itu seperti orang yang mengembara tanpa peta yang tepat untuk ditujui, ibarat belayar dengan tiada mengetahui pulau mana yang mahu di tuju. Dengan itu murid mesti menguasai kefahaman Tauhid Syuhudiah A'faal di dalam sifat 20 dan juga Ilmu Martabat Tujuh yang disusun oleh para ulama Sufi untuk menjadi panduan dan mempercepatkan proses ke'Pana'an berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kamudian murid akan ditalqinkan Zikir Nafas dan Perjalanan Rahsia Solat. Dari perjalanan maqam nafas tersebut maka guru akan membuka rahsia solat dan bagaimana mahu mencapai hakikat solat. Maka solat adalah pintu untuk membuka Makrifat A'faal atau Tauhid A'faal dan pengenalan Rahsia Diri. (Lihat: mati sebelum mati, hakikat nafas). Jika para murid itu benar benar nafasnya berada pada martabat yang dikehendaki, maka kesannya ialah boleh berlaku pergerakan anggota badan diluar kawalan dari gerak akal dan hati. Ia dapat digunakan dalam peperangan, pertempuran, perubatan atau apa juga tujuan keduniaan yang baik, namun tidak boleh di buat pertunjukan.

Kesan kekuatan dan kehebatan yang bersifat RABBANIAH itu melimpah pada mereka seperti tidak akan merasa sakit, tidak binasa, kebal, kasyaf, ilmu ladunni, dapat menembusi alam ghaib, dilihat hebat, gerun, kaseh sayang dan kadang kala rupa jasadnya dlihat muda, tua, cantik mengikut Nur yang ada manusia disisinya dengan Izin Allah. Para mursyid dahulu telah mendalamkan rahsia perjalanan nafas ini kepada para pejuang mereka untuk tujuan peperangan. Namun hal tersebut bukanlah matlamat tapi boleh digunakan dalam keadaan memerlukan sahaja. Matlamat hakiki mereka mengajar para murid kepada hakikat Makrifatullah. Wallahualam.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mimpi Bertemu Rasulullah SAW - Habib Umar

Demi kecintaan kepada Rasulullah saw, di bawah ini dipanjangkan petikan daripada pondokhabib untuk dikongsi bersama….

Semoga bermanfaat, insya Allah….

Sabda Rasulullah saw:

من رآني في المنام فسيراني في اليقظة
ولا يتمثل الشيطان بي

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
‘Siapa yang melihatku dalam mimpi,maka beliau akan melihatku secara yaqozoh (dalam keadaan sedar) dan syaitan itu tidak menyerupai aku.’
~Riwayat Imam Bukhari :Hadis Sohih.

Sejak kebelakang ini asyik mendengar cerita2 para solihin mimpi Rasulullah dari mulut para masyayikh kami. Bila dengar saja, berguguran airmata…terasa ‘Ya Allah,bila aku akan dikurniakan kurniaan sebegitu?’

Sememangnya kurniaan itu terlalu besar.

Bagaimana engkau ingin perolehinya sedang matamu sendiri maseh melihat perkara2 yang DIA tidak redhai.

Usahamu terlalu kerdil dan kecil untuk mendapatkannya…

Tahu tidak engkau mahu melihat siapa???

Siapa??

Insan yang paling istimewa di sisi Allah.

Habib Husain As-Saqqaf menceritakan dalam pengajian online kitab Bidayah Al-Hidayah:

Ada salah seorang dari masyayikh (guru) kami, setiap hari beliau akan mimpi Rasulullah.Pada suatu hari, setelah beliau duduk menonton berita bersama keluarga dan tidak disengajakan pembaca berita itu merupakan seorang perempuan yang tidak memakai tudung… kemudian pada malamnya,beliau tidak melihat Rasulullah dalam mimpinya dan berlarutan hingga beberapa hari. Beliau menangis2 hingga 1 hari Rasulullah saw datang dalam mimpinya dan menegur: ’Aku tidak hadir dalam mimpimu kerana pada malam itu matamu melihat pembaca berita itu.’

Ya Allah…bagaimanalah mata ini tidak dihijabkan dari melihatnya…

Kita akan dapati bahawa ada diantara ulama yang tidak mahu melihat wanita secara direct walau dalam jemaah besar. Kekadang kita ingat mereka buat sedemikian untuk ‘menjaga’…bagi alfaqir bukan itu saja… mungkin juga kerana mereka itu ingin menjaga mata mereka yang pernah melihat Rasulullah saw agar tetap terus tidak diharamkan untuk melihat Rasulullah saw.

Habib Umar pernah menceritakan kepada kami dalam sebuah pengajian:

Cerita (1):

Kira2 dalam 20 tahun yang lalu, kami bertemu sendiri seorang lelaki menangis-nangis bagaikan kehilangan anak2 dan keluarga.

Jadi kami pun bertanya kepadanya…

‘Apa yang membuatkan engkau menangis sebegini?’

Lelaki itu pun berkata:

‘Sudah 3 hari, aku tidak lihat Rasulullah saw.’

Kemudian ditanya semula…

‘Jadi, engkau hari2 mimpi Rasulullah saw?!’

Beliau pun berkata: ‘Setiap hari Rasulullah saw hadir dalam mimpi aku. Setiap hari aku akan berselawat sebanyak 12,000 kali tapi sejak dari hari yang aku tidak mimpi Rasulullah, aku menambahnya hingga 15,000 kali.’.

Ya Allah… Bagaimana mereka boleh berselawat hingga mencapai ratusan ribu dalam sehari??? Lalainya aku dalam mengingatinya…

Amat menyedihkan lagi…

Bila disebut Rasulullah saw, sama sekali tidak menggerakkan hati dan mulut kita pun untuk menyambut sebutan itu dengan selawat. Kedekutnya KITA! Kita fikir menyebutnya seperti menyebut orang lain.

Cerita(2):

Pada suatu hari, seorang lelaki soleh mentarbiyah anaknya dengan menahan anaknya dari mendapatkan air. Ke sana ke mari untuk mendapatkan air, tetap tidak berjaya. Untuk beberapa hari beliau hidup dalam kehausan. Kemudian, pada satu ketika sedang beliau bangun dari tidurnya… ayahnya melihatnya dia melakukan sesuatu yg seolah-olah beliau itu memegang bekas air dan meminumnya sepuas-puasnya (mcm mengigau).

Tanya si Ayah: ’wahai anakku, apa yang engkau buat ini?’

Si anak berkata: ’Aku ternampak seolah-olah di depanku bekas air yang besar, jadi aku meminumnya.’

Kata si Ayah: ’Begitulah keadaannya jika engkau mahu melihat Rasulullah saw (sama ada secara mimpi/yaqozoh).’

Kesimpulan:

Kalau kita mahu mimpi Rasulullah saw …maka hati kita perlu ta’alluq (terpaut) yang tersangat kepada Rasulullah saw sepertimana budak itu begitu dasyat memerlukan air, tiada lain di fikirannya kecuali air sehinggakan terbawa-bawa dalam sedarnya.

Cerita (3):

Dari Habib Muhammad Al-Haddar (guru habib Umar), Al-Habib Ismail Al-Hami berkata:
‘Setiap minggu tak lihat (samada mimpi atau yaqozoh) Rasulullah saw? Tolibul ‘ilm (penuntut ilmu) tak lihat Rasulullah sw setiap minggu? !Pelik!’

Ya Allah… jauhnya kami dari Rasulullah saw…

Tadi, Sheikh Yusri Al-Hasani menceritakan kami dalam pengajian kitab Muwatto’:

Ade seorang ulama Al-Azhar (alfaqir tak ingat namanya) menjadikan wirid sehariannya selawat ke atas Rasulullah sebanyak 300,000 kali. Beliau setiap hari berjumpa Rasulullah saw secara yaqazoh (dalam keadaan sedar).

Allah…

Pada beberapa hari yang lalu pula…

Sheikh Ahmad Hajin menceritakan dalam pengajian syarah kitab Syamail Muhammdiyah .
Seorang alim murabbi ini tahu akan seorang anak didiknya yang setiap hari mimpi Rasulullah saw …jadi,setiap kali jika sheikh ini berjumpa anak didiknya itu…beliau akan bertanya: ‘Kaifa Hal Rasulillah alyaum? ’(Bagaimana keadaan Rasulullah saw hari ini).

Sheikh Usamah Al-Azhari pula menceritakan kami dalam pengajian Sirahnya:

‘Sheikh Ali Jumaah membaca lebih dari 40 kitab tentang Rasulullahsaw hingga beliau dikurniakan mimpi Rasulullah saw.’

Tanya diri…

‘Berapa banyak kitab tentang Rasulullah saw yang engkau telah baca???’

Sungguh lain peribadi seseorang yang telah berjumpa Rasulullah saw…

Perhatian!!!

Cerita2 ini bukan rekaan semata. Jangan kerana kita merasa pelik atau merasakan suatu yang tidak boleh terima akal, kita menolak terus dan menginkarinya. Pemberian Allah itu tiada batasnya dan melampaui jangkauan akal kita. DIA Maha Berkuasa. Siapa kita untuk menghadkan pemberianNYA terhadap hamba-hambaNya yang soleh? !Ingat, KITA hanya HAMBANYA!!! Dia memberi kelebihanNYA kepada sesiapa saja yang DIA kehendaki.
Ya Allah, dengan segala kelemahan yang ada pada diri kami, kurniakan kami kurniaan itu walau saat2 akhir hayat kami di dunia ini…

RAHSIA ZIKIR

Dalam sebuah firmanNya Allah mengingatkan dan menjelaskan, sesungguhnya orang yang berzikir itu mendapat keuntungan. Allah tidak sengaja memberi penjelasan itu apa lagi bertujuan untuk menipu kerana Dia terpelihara dari sifat-sifat keji begitu. JanjiNya adalah tepat dan benar. Sudah tentu orang yang mengingatiNya (berzikir) itu akan mendapat keuntungan dan pahala yang besar, baik di akhirat ataupun di dunia ini.

FirmanNya…….
“Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat.”
Al-A’laa 14-15

Bila mengingatkan kepada peringatan itu sudah tentu kita mahu mengetahui apakah keuntungan yang dijanjikan itu. Menjadi fitrah manusia ia mengharapkan penjelasan terhadap sesuatu yang dijanjikan itu serta mahu huraian yang memuaskan sebelum ia cenderung untuk menerimanya. Seperti perihal zikir ini semua manusia mahu mengetahui kedudukan yang sebenarnya. Apakah yang dikatakan keberuntungan itu? Cuma satu menjadi masalah bila mengetahui keberuntungan itu, kadang-kadang manusia dengan tiba-tiba menjadi rajin untuk melakukan sesuatu. Apakah janji itu hanya sebagai pancingan untuk meransang manusia agar rajin mengingati Allah?

Dalam hal ini perlu diingatkan, jangan pula setelah mengetahui keberuntungan yang bakal diperolehi itu, menyebabkan kita menjadi rajin dan mengharap-harapkan kepadanya. Kita menanti-nanti akan keberuntungan itu dengan berzikir. Kalau kita sudah berkelakuan begitu, kita sudah tidak ikhlas lagi dalam beramal. Keadaan itu telah merosakkan tujuan dan juga matlamat kita beramal (berzikir).

Firman Allah Ta’ala…….
“Dan serulah Ia (Allah) dengan mengikhlaskan agama bagiNya.”
Al-A’raaf 29

Sebenarnya banyak rahsia ataupun keuntungan yang bakal diperolehi oleh seseorang yang kuat berzikir kepada Allah. Seperti yang telah diterangkan dalam bab-bab terdahulu, keuntungan itu satu realiti yang tidak boleh dinafikan.

Antara firmanNya…….
“Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”
dan lagi…….

“Kerana itu ingatlah kepadaKu nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan jangan kamu mengingkari nikmatKu.”
Al-Baqarah 152

Bagaimanapun dalam bab ini kita tidak bercadang untuk menceritakan perihal keberuntungan itu lagi, tetapi dikhususkan untuk mendedahkan rahsia-rahsia yang terdapat dari zikir, di mana rahsia ini semua menjadi idaman dan impian semua manusia. Kita sudah tahu apakah kesan-kesan yang diperolehi oleh syariat jika kita mengingati Allah (berzikir)? Sekurang-kurangnya ada lapan keistimewaan yang diperolehi oleh ahli zikir. Perkara ini kita sudah bincangkan dalam bab “Keistimewaan Orang Berzikir”.

Di sini akan diterangkan mengenai “hakikat” rahsia ataupun rahsia peribadi yang diperolehi oleh seseorang yang berzikir itu. Lebih tepat lagi rahsia-rahsia kerohanian dan juga pembukaan “Sungai Ladunni” oleh seseorang yang telah sampai pada makam zikir yang sebenarnya.

Dalam bab yang lalu kita telah sama-sama mengetahui serta mempelajari bagaimana zikir itu berperanan menyucikan diri seseorang itu. Dengan pengalaman itu dapat kita mengerti bahawa natijah sesuatu zikir itu bukan setakat untuk mengawal syariat manusia itu agar betul dan bergerak di atas paksi Tauhid kepada Allah semata-mata. Tetapi ia juga bertujuan untuk mempastikan kita agar sentiasa mengingati dan berikhtiar untuk melekatkan diri kita dengan sifat-sifat yang ada kepada Allah.
Tetapi peranan zikir lebih jauh daripada itu. Ia juga merupakan penawar untuk mengubat batin, membersih batin, menyuci batin, menggemuk batin dan paling penting membuka “Nur Qalbi” serta menghancurkan ketulan darah kotor yang bergantung/bergayut di hujung jantung, yang dinamakan “Istana Iblis” itu. Itu yang lebih penting. Kuasa yang ada kepada zikir ia boleh menerangi seluruh hati kita dengan Cahaya Allah (Nurrullah). Ini akan berlaku apabila kita sudah memperolehi apa yang dinamakan “Piala” zikir.

Apabila seluruh batin kita sudah diselimuti oleh zikirilah, maka seluruh batin kita akan cerah dan dapat berfungsi dengan baik seperti malam hari diterangi oleh bulan purnama. Orang yang mencecah kepada zikir itu akan memperolehi mata batin (Basirun), telinga batin (Sami’un) dan sebagainya lagi. Apabila hati sudah disuluhi dan diterangi oleh cahaya Allah, maka batinnya akan berfungsi dan di kala inilah diri kita dapat mema’rifatkan kepada Allah. Proses pemancaran (wujud) cahaya zikir itu seperti proses pemancaran cahaya matahari yang tertimpa keatas bulan dan memancarkan (refleksi) cahaya yang nyaman, lembut dan romantik ke bumi.

Apabila sampai ke tahap atau makam ini maka seseorang ahli zikir itu dapat mengetahui sesuatu yang tidak dapat ditangkap oleh anggota zahir. Misalnya apa yang tidak dapat diketahui oleh mata, dapat ditangkap oleh mata batinnya. Sesuatu yang tidak dapat didengar oleh telinga zahir tapi boleh didengar oleh telinga batin dan begitulah seterusnya. Keistimewaan mereka yang sudah dapat menguasai hakikat zikir ini menyebabkan dia dapat mendengar dan faham segala gerak-geri alam, haiwan, serangga dan juga deseran dedaun kayu, ombak, hembusan angin dan sebagainya. Orang yang menduduki makam ini juga kadang-kala bercakap-cakap sendiri (padahal dia bercakap dengan isi alam)! Matanya dapat melihat pada waktu malam atau di kala alam gelap-gelita. Dirinya dapat mengetahui sesuatu yang berlaku meskipun dia berada di alam tidur. Dia juga dapat maklumat tepat mengenai apa- apa yang akan berlaku ke atas dirinya dan dunia dalam sekitar tempoh 40 hari, seperti tarikh kematian dirinya. Pendeknya segala rahsia Allah yang tidak dapat disingkap oleh anggota batin dapat diketahui oleh diri batin.

Keistimewaan ahli zikir yang sampai ke peringkat itu bukan setakat itu sahaja, dia juga dapat bertahan lapar, haus dan menahan sakit dan penderitaan-penderitaan zahir yang lain. Tubuh mereka menjadi “kebal” daripada rasa sakit dan pedih. Zikir itu sebenarnya menjadi penebat pada tubuh mereka. Kerana itulah kita selalu mendengar para Wali Allah itu adakalanya tidak makan bertahun-tahun dan tidak sakit bertahun-tahun. Sesetengahnya pula sangat merindui kepada kesakitan dan mahu kepada kematian.
Seseorang Wali Allah yang telah sampai ke peringkat zikir yang memecahkan rahsia itu boleh hidup untuk beribu tahun tanpa makan dan minum. Kisah ataupun hakikat ini bukan dongengan atau merupakan satu “kempen” untuk mendorong kita memiliki ilmu zikir ini, tetapi merupakan satu kenyataan yang disurat-lipatkan dalam Al-Quran. Mungkin anda pernah mendengar kisah “Pemuda Ashabul Khafi” di dalam Al-Quran, di mana tujuh orang pemuda yang semuanya anak raja tidur selama 309 tahun kerana beramal kepada Allah. Mereka adalah Wali Allah, yang merupakan ahli zikir kelas satu (first-class).

Kalau diukurkan kepada logik, mustahil seorang manusia itu dapat tidur selama beratus tahun tanpa makan dan minum, tentu mereka akan mati. Menurut pendapat pakar perubatan moden (medical specialist), manusia hanya dapat bertahan selama lapan hari sahaja tanpa makan dan minum, selepas itu dia akan mati kebuluran. Tetapi tujuh orang Pemuda Ashabul Khafi” itu bukan lapan hari, tetapi selama 309 tahun mereka berada dalam gua (Khafi), yang pintunya ditutup rapat dan tanpa memakan apa-apa makanan.

Apakah rahsia maka mereka dapat bertahan dan hidup begitu lama. Apakah yang mereka makan bagi meneruskan hayat mereka? Jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah zikir. Mereka berzikir (ingat kepada Allah) dan menjadikan zikir sebagai santapan rohani. Dari kisah itu jelas membuktikan kepada kita, bahawa bila sampai ke satu peringkat, zikir itu boleh mengenyangkan kita. Ia boleh melapangkan dada kita. Caranya bila kita asyik dan “zauq” (Mabuk Ketuhanan), kita hanya akan ingatkan Tuhan sahaja, tanpa yang lain, termasuk melupai penderitaan zahir seperti lapar, haus, sakit, takut atau bimbang kepada sesama makhluk.

Lagi pun bila kita sudah tidak putus-putus mengingatkanNya maka Dia juga begitu. Jadi bila Dia sudah ingatkan kita tak hairanlah dengan segala perilaku salah adat itu, seperti tak makan, tak mengantuk, tak lapar dan sebagainya adalah perkara “kacang” sahaja.

FirmanNya……
“Jika engkau ingatkan Aku, Aku ingatkan engkau.”
“Dan hanya pada Tuhanlah hendaknya kamu berharap.”

Demikian juga dengan apa yang berlaku ke atas Wali-wali dan para Nabi. Kenapa mereka memperolehi kelebihan, keistimewaan dan juga kemuliaan, (karamah hidup) kerana mereka benar-benar menguasai “Zikir Ma’rifat”. Nabi Ibrahim a.s. walaupun dicampak ke dalam api, baginda tidak mengalami apa-apa walaupun seurat bulu roma pun tidak hangus. Apa menyebabkan Baginda kebal ialah tak lain dan tak bukan kerana dia berzikir (ingat) kepada Allah. Nabi Nuh a.s. walaupun seluruh kaumnya mati kelemasan kerana bah (banjir) besar, tetapi dia selamat. Apakah rahsia menyebabkan dia selamat, jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana dia sentiasa berzikir (ingat) akan Allah. Zikir-zikir Nabi Nuh a.s. menyebabkan air tidak masuk ke dalam bahteranya.

Demikianlah hikmah dan juga rahsia zikir terlalu besar sekali ia boleh menjadikan seseorang itu dikatakan karamah dan punya kelebihan yang jarang dimiliki oleh orang ramai. Terpulanglah kepada kita apakah kita ingin ataupun tidak memiliki segala rahsia itu, tepuk dada tanya selera. Walau bagaimanapun suka diingatkan, dalam hal ini jangan pula kerana mengetahui akan rahsia-rahsia itu maka kita berzikir semata-mata mengharapkan segala kekeramatan itu. Niat begitu sudah salah. Dan yakinlah kalau kita buat dengan memasang niat begitu segala apa yang kita hajati tidak menjadi. Konsep dalam beramal itu tidak boleh ghairah dan mengharapkan apa-apa ganjaran.

Lagi pun berzikir dengan mengharapkan sesuatu, jelas amalan itu sudah tidak ikhlas lagi. Amal yang tidak ikhlas tahu sendirilah natijahnya, ia seperti berusaha untuk memerangkap angin dalam bekas yang berlubang. Sia-sia sahaja.
Sebaliknya berzikirlah sebagai satu tanggungjawab kita terhadap Allah dalam usaha untuk “Kamil-mukamil” denganNya.

“Kekeramatan atau kemuliaan itu datang tanpa disedari. Yang nampak karamah seseorang itu adalah orang lain yang berada di luar kehidupannya.”

Wallah hu ta’ala a’lam…….

TEKNOLOGI DAJJAL VS TEKNOLOGI ZIKIR (BAHAGIAN 2)

oleh Ibnuyaacob

Kegagalan eskperimen Philadelphia yang dibina Dajjal terus gagal hingga sekarang tetapi masih ada usaha-usaha yang dilakukan agar hasrat ini tercapai kelak.
Kemampuan teknologi Zikir pula masih pada carta teratas dan masih tiada tandingan dengan mana-mana teknologi lain. Teknologi ini khusus kepunyaan ahli tasawuf (sufi) dan tidak mungkin dimiliki oleh ulama’ fekah atau hadith sekiranya tidak diamalkan.
Antara ulama’ fekah yang dalam masa yang sama memiliki keramat tasawuf ialah Imam Al-Ghazali dan Imam As-Syafie.

Signifikan Zikir dan Kejadian Kubah Terbang

Pada artikel lepas telah pun ditunjukkan akan kemampuan ahli tasawuf dari Pulau Maluku menerbangkan objek dari suatu lokasi ke lokasi lain tanpa sebarang alat, mesin atau jentera atau tenaga cahaya.

Pergerakan kubah tersebut lambat dan terapung meyakinkan semua orang akan kemampuan ahli tasawuf berikut. Tapi apakah jangkaan kita selepas kejadian itu? Apa yang pasti apabila kejaidian itu berlaku orang awam lebih tertarik mengenali ahli tasawuf berikut daripada mengenali alat (zikir) yang digunakan untuk menerbangkan kubah.
Begitulah rakusnya manusia dalam menghargai kejadian, sedangkan zikir itulah punca objek kubah itu terbang. Dan ahli tasawuf itu hanya sebagai “Pengguna” alat tersebut.
Begitu juga apabila kita melihat orang kaya menaiki sportcar, apa yang disanjung ialah pemandu sedangkan pencipta sportcar yang bertungkus lumus menghasilkan teknologi dilupakan malah tidak diendahkan langsung.

Kecepatan Pemindahan Objek Dengan Zikir

Sekiranya ahli tasawuf itu boleh memindahkan Kubah dengan melayang-layangkannya, apakah ia mampu mengubah kubah itu dengan lebih cepat, lebih pantas atau kurang dari satu saat?

Jawapannya , Ya.

Ia bergantung kepada kaedah penggunaan zikir, cara ia diniatkan, siapa yang mengucapkannya dan martabat kesufian seseorang itu. Atau lebih ringkasnya anda perlu mempelajari ilmu tarekat tasawuf (sufi) untuk mendapat pelbagai kaedah dan pelbagai kegunaan zikir.

Kebenaran Teknologi Asif Bin Baqriya

Teknologi yang dimiliki oleh Asif bin Baqriya bukanlah dicipta dan dimiliki oleh beliau seorang. Teknologi memindahkan objek ini dipunyai oleh semua ulama tasawuf dan semua ulama’-ulama’ bidang ini tahu selengkapnya tentang eksperimen jenis ini.
Kemampuan Asif ada diceritakan di dalam kitab-kitab karangan ulama’ Tanah Melayu. Malah Asif amat terkenal akan kekuatan batinnya melebihi kekuatan Ifrit.

Pertandingan kekuatan membawa istana Balqis bukanlah pertandingan pertama, sebelum itu telah pun berlakunya pertandingan menyelam di laut dalam antara Ifrit dan Asif.
Selain Asif, terdapat seorang ulama dari Pattani yang memilikinya. Ulama tasawuf termasyur itu ialah Syeikh Daud Abdullah al-Fatani yang berasal dari Pattani, Selatan Thai. Beliau adalah ulama’ termasyur yang mengarang banyak kitab. Kitab-kitab karangannya adalah yang terbanyak dicetak di Malaysia dan Indonesia.
Antara kitab termasyurnya ialah Muniyatul Musolli, Bulaghatul Mahram, Fawaid dan sebagainya.

Eksperimen Pemindahan Barang oleh Syeikh Daud Abdullah

Saya gunakan perkataan eksperimen agar ia kelihatan terkini dan segar. Biasanya kejadian pelik yang dilakukan oleh seseorang Islam yang berpakaian jubah dan serban akan diandaikan sebagai sihir dan mistik.

Sedangkan kejadian pelik yang dilakukan oleh orang barat yang berkot dan bertali lahir akan dipangil eksperimen atau ujikaji. Begitulah sikap masyarakat Islam sekarang berat sebelah terhadap agama sendiri.

Syeikh Abdullah al-Fatani sudah terkenal dengan karamahnya sebagai ulama’ dan kekasih Allah. Tidak hairanlah apa yang dihajatkan akan tercapai dalam sekelip mata.
Dalam buku karangan allahyarham Wan Mohd. Abdullah Saghir berkenaan Biografi Ulama Nusantara, beliau menjelaskan tentang suatu kejadian karamah (future technology) yang dilakukan oleh Syeikh Daud.

Untuk melengkapkan ilmu tasawufnya, beliau dan seorang rakannya telah mengembara ke Afrika Utara kerana dikatakan di sana terdapat seorang ahli tasawuf yang terkenal. Sesampainya mereka berdua berjumpa orang alim tersebut, ulama’ Afrika itu menguji dahulu kealiman kedua-duanya.

Ulama’ Afrika itu meminta Syeikh Daud Abdullah ‘menghadirkan’ buah tembikai di hadapan ulama’ tersebut. Setelah melakukan solat sunat, dan berdoa, maka muncullah tembikai dari Tanah Melayu itu di hadapan Syeikh Afrika tersebut dan yakinlah syiekh itu akan kealiman Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.

Perbezaan Tahap Teknologi Ahli Tasawuf

Ahli tasawuf juga memiliki perbezaan karamah mengikut tahap kewalian masing-masing. Jika dilihat kepada 3 individu yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu

Asif Bin Barkhiya (Ahli Kitab Zaman Nabi Sulaiman)
Syeikh Daud Abdullah (Zaman Kesultanan Melayu)
Kiyai-Kiyai di Pulau Maluku (tahun 2008)

Kecepatan objek berpindah berbeza mengikut taraf ulama’-ulama’ dan martabat kewalian. Berdasarkan tiga individu di atas, Ahli Kitab zaman Nabi Sulaiman itu adalah paling ekstrem teknologinya. Manakala Syeikh Daud juga menghampiri kemampuan tetapi masih perlu mengambil masa untuk bersolat sunat.

Manakala Kiyai-kiyai di Pulau Maluku pula mengambil masa agak lama dan terpaksa pula mengumpul 3000 orang kiyai untuk memindahkan objek. Namun begitu, kiyai-kiyai mampu melakukan sama juga seperti Asif bin Barqiya jika mereka berkehendak.
Kesimpulan teknologi di atas ialah kesemua mereka mengambil ilmu tasawuf itu dari kitab Allah.

Bolehkah Kita Mempelajarinya?

Sekiranya teknologi ini benar-benar boleh dipelajari dengan mudah dan dimiliki oleh orang bukan Islam, maka hancurlah dunia kerana bom nuklear tidak perlu lagi alat pelancar, hanya perlu dihilangkan dan dimunculkan sahaja di tempat musuh.
Dan jika benar teknologi ini akan dimiliki orang bukan Islam maka tidak perlulah Dajjal bersusah payah ke Makkah untuk mengepung dan membunuh Isa Ibnu Maryam.
Teknologi tasawuf adalah hadiah khusus dari Allah kepada umat Islam untuk mencapai kemenangan peprangan akhir zaman.

Kita boleh mempelajari ilmu tasawuf ini dengan menyertai tarekat-tarekat yang dipimpin ulama’-ulama’ mursyid. Di Malaysia ada beberapa tempat yang masih wujud tetapi tdak dihebahkan kerana bimbang masyarakat menganggap ia ajaran sesat.
Kesimpulan

Saya amat berkeyakinan tidak akan sesekali Allah membenarkan teknologi ini dimiliki oleh Al-Masikh Ad-Dajjal. Dan Dajjal sendiri tahu ia tidak mampu mengatasi teknologi ini dan seperti yang saya sebut dalam artikel sebelum ini, cara Dajjal menghapuskan teknologi ini ialah dengan membunuh ulama’-ulama’ tasawuf.

Atau dengan cara terbaik menghapuskan sistem pengajian pondok yang mana kitab tasawuf adalah kitab wajib dipelajari khususnya kitab Syarah Hikam. Kita sendiri dapat melihat bagaimana kurangnya minat ibu bapa sekarang menghantar anak ke sekolah-sekolah agama rakyat.

Friday, July 30, 2010

Teknologi Dajjal VS Teknologi Zikir

Hasil tulisan : Ibnu Yaakob dan Ustaz Badri

Dalam al-Quran diberitkan bahawa pada ketika Nabi Sulaiman a.s. bertanyakan sesiapa di antara rakyatnya yang mampu membawa istana balqis ke Palestin, maka bangunlah seorang ahli kitab dengan mendakwa mampu membawa istana tersebut dengan sekelip mata.
Kemampuan ahli kitab itu yang dikatakan bernama Asif bin Barkhiya mengatasi kemampuan bangsa jin sendiri . Hatta jin afrit yang terkenal sebagai jin terkuat dikalangan jin juga tidak mampu.

Oleh itu, cara atau kaedah yang dilakukan oleh ahli kitab tersebut masih lagi dikaji dan diperdebatkan oleh ulama’. Namun saya secara peribadi percaya ia adalah teknologi milik ahli-ahli pengamal tareqat dan sufi.

Dajjal Meneroka Teknologi Ahli Kitab

Mengikut teori Muhammad Isa Dawud, Dajjal dilahirkan seratus tahun sebelum kelahiran Nabi Musa a.s. Maka dapat disimpulkan bahawa Dajjal tidak sempat hidup pada zaman Nabi Sulaiman .a.s. atau Nabi Daud.Sekiranya Dajjal hidup pada zaman Nabi Sulaiman maka Dajjal boleh diandaikan menyaksikan peristiwa pemindahan Istana Balqis itu.

Semua ini pendapat ini berdasarkan kisah dalam ayat al-Quran dalam Surah An-Naml
“Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”

“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai.

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”

“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (An-Namli, ayat 38-40)

Memandangkan ia (Dajjal) tidak melihat kejadian itu, maka harus baginya meneroka sendiri ilmu itu mengikut kaedah yang difikirkannya sendiri atau berdasarkan maklumat dari jin-jin sendiri.

Ujikaji dan eksperimen Dajjal yang diperturunkan kepada agen-agennya telah menghasilkan suatu teknologi prototaip tetapi masih belum berjaya. Misi eskperimen adalah untuk ‘memindahkan’ objek dengan cara menghilangkannya.

Teknologi Ciptaan Dajjal

Untuk cuba meniru, menandingi atau mengatasi ‘kemampuan’ ahli kitab tersebut, Dajjal melalui konco-konconya di makmal U.S. Navy, Philadephia, Pennyslavinia telah menjalankan suatu ujikaji skala besar. Eksperimen dijalankan pada 8 Oktober 1943. Ujikaji ini diberi nama “Eksperimen Philadephia”

Eksperimen ini sudah pun masyur dan diketahui umum sejak berpuluh tahun dulu. Objektif eksperimen ini ialah memindahkan sesuatu objek berjisim dari suatu lokasi ke lokasi yang lain tanpa mencacatkan bentuk fizikal objek tersebut.

Kegagalan Eskperimen Philadephia

Kapal USS Eldridge berjaya dihilangkan pada masa eksperimen tersebut melalui penggunaan suatu generator elektrik yang paling tinggi. Malangnya, ia tidak muncul kembali dan sejak itu pelbagai laporan-laporan palsu tercipta di dada-dada akhbar.

Kegagalan projek itu cuba diselindungi melalui desas-desus kesasksian sesetengah rakyat Amerika (yang diupah) menyatakan ternampak kapal tersebut 40 kilometer dari tempat eksperimen. Ada yang lebih eksptrem mengatakan ianya telah merentasi masa melalui teleportasi yang dilakukan.

Akhirnya berita misteri eksperimen itu berjaya menaikkan imej tentera Amerika di mata dunia. Sedangkan pada era tersebut Jerman dan Rusia telah mendahului teknologi Amerika.

Percubaan Saintis Islam

Muhammad Isa Dawud mendedahkan bahawa Dr. Yahya Said Al-Mahjari (moga Allah merestui usahanya) dari Mesir juga telah melakukan pelbagai eksperimen berkaitan pemindahan objek jarak jauh ini. Pelbagai eksperimen telah dilakukan tetapi tidak berjaya. Objek hanya berjaya dihilangkan tetapi tidak berjaya dikembalikan ke bentuk asal apatah lagi untuk diletakkan ke lokasi lain.

Kesimpulan akhir yang diperoleh oleh beliau ialah ahli kitab ketika itu mempunyai pengetahun tentang teknologi kepantasan cahaya. Maka pemindahan dilakukan menggunakan kemampuan cahaya.

Sekarang Dr. Yahya Said bertugas sebagai konsultan di UNESCO, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumber Teknologi Ahli Kitab

Saya kurang setuju dengan pendapat bahawa ahli kitab menggunakan Teknologi Kelajuan Cahaya untuk memindahkan sesuatu objek. Ini kerana untuk menggunakan elemen cahaya kemungkinan seuatu alat perlu digunakan untuk mengeksploitasikan cahaya. Sedangkan pada ketika Nabi Sulaiman a.s. memberitahu hasratnya untuk melihat istana Balqis, baginda tidak memberitahu sehari atau seminggu lebih awal. Hasratnya dimaklumkan secara spontan sahaja. Dan jawapan dari Jin Ifrit dan Ahli Kitab juga terkeluar secara spontan. Jawapan yang dikeluarkan juga secara spontan menunjukkan si pemberi jawapan (Ifrit dan Ahli Kitab) sememangnya sudah bersedia dan mampu secara hakiki tanpa memerlukan sebarang alat.

Kemampuan Ifrit membawa Istana kerana sememangnya jin itu dianugerahkan kekuatan semula jadi. Manakala kemampuan ahli kitab adalah kemampuan yang dibina sendiri hasil pembelajaran atau amalan ibadat khusus. Lihat ayat ini…

“….berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-kitab,” (An-Naml, 40)
Jika kita ingin mengkaji teknologi yang digunakan jangan kita mengkaji kalimah ’seorang’, kita perlu melihat sumber teknologi tersebut iaitu kalimah…
“..ilmu dari al-Kitab”.

Maka, teknologi yang sebenar ialah Teknologi Zikir. Kita harus ingat, Al-Kitab ialah kalam Allah, dan kalam itu mengandungi kata-kata Allah secara terus. Saya amat berkeyakinan bahawa konsep Zikir dari kitab Zabur (kalam zaman itu) telah digunakan oleh Asif Bin Barkhiya.

Kita harus ingat perbezaan antara kemampuan cahaya dan kemampuan zikir. Cahaya adalah makhluk ciptaan Allah, makhluk bernama cahaya ini walaupun hebat tetapi terbatas atas waktu-waktu dan situasi-situasi tertentu.

Manakala Zikir adalah ungkapan pujian terhadap Allah sendiri dan Zikir diambil pula dari kata-kata Allah dalam kitab (Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran).Tetapi saya bersetuju sekiranya kemampuan elemen cahaya adalah salah satu teknologi yang juga mampu memindahkan posisi sesuatu objek. Namun kemampuan cahaya tidak dapat menandingi kemampuan zikir.

Kemampuan Teknologi Ahli Tasawuf

Kejadian yang berlaku di Indonesia di Pulau Haruku, Maluku Tengah ini (moga Allah merahmati ulama’ negara ini) tidak lama dulu (Mac 2008) telah membuktikan kemampuan yang dimiliki oleh Asif bin Barkhiya. Kejadian ini juga membuktikan Zikir juga berfungsi sebagai sebuah teknologi tanpa jisim.

(*pemahaman manusia sekarang apabila menyebut perkataan teknologi, terus saja terfikirkan sebuah mesin, alat atau jentera. Sungguhlah Dajjal telah memesongkan pemikiran manusia sejak zaman Renassaince dulu)

Di Pulau Haruku dimana seorang ulama’ telah diminta bantuan oleh penduduk kampung untuk memindahkan sebuah kubah masjid dari suatu lokasi ke lokasi yang lain. Video ini bukanlah baru dan sudah pun diketahui umum. Dalam rakaman tersebut, ulama’ berkenaan hanya meminta orang-orang tertentu yang terpilih agar berzikir secara terus menerus. Kalimat zikir yang digunakan juga cukup mudah iaitu Laa ilahaa illallah.

(Berita lanjut tentang peristiwa tersebut, anda boleh saja dapati di internet dengan mudah)

Namun, penggunaan teknologi zikir dan kemakbulan dari Allah adalah bergantung kepada “SIAPA yang mengucapkan zikir tersebut” dan bagaimana dekatnya iman individu tersebut dengan Allah.

Dajjal tahu hanya ahli tasawwuf mampu berbuat demikian, tetapi ia mahu ‘kemampuan’ itu dimiliki oleh orang awam tanpa perlu mendekatkan diri kepada Allah. Maka caranya ialah mencipta alat atau teknologi agar orang bukan Islam juga mampu menggunakannya.

Alangkah baik jika kita berperang dengan menggunakan teknologi ahli tasawuf. Mudah dan berkesan malah lebih ramai tentera akan menjadi alim seperti komander-komander Chechen.

KERAMAT DUNIA KE 19

Bagaimana Asif Memindahkan Istana Balqis?

Oleh : IbnuYaacob

Sebelum menjawab soalan di atas adalah lebih baik kita renung semula ayat al-Quran berikut:

“Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”

Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, "aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. "

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”

“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (An-Namli, ayat 38-40)

Jawapannya ialah;

Cara Asif memindahkan Istana Balqis cukup mudah iaitu dengan niat di dalam hati sahaja. Walaupun Asif hanya sekadar berniat, tetapi “niat” yang dicetuskan dalam hati Asif tidak sama dengan cara kita orang biasa berniat.

Niat yang didetikkan oleh Asif sebenarnya “berkaedah”. Dan ia sejenis kaedah teknologi yang berkaitan amalan-amalan tarekat dalam ilmu tasawuf. Niat beliau telah disokong oleh suatu teknologi tasawuf yang diberi nama Keramat Dunia Ke-19.

Dalam kitab Lum’atul Aurad karangan Wan Ali Bin Abdul Rahman Al-Kelantani ada membahaskan bahawa ketika Asif berniat ‘menghadirkan’ istana Balqis, Asif telah menyertakan sekali dalam niatnya kalimah “Yaa zaljalaa..liwal ikram…”.

Ulama’-ulama’ tasawuf keseluruhannya menyetujui bahawa martabat teknologi yang dimiliki Asif adalah antara tertinggi dikalangan manusia biasa (tidak termasuk Nabi & Rasul). Teknologi keramat Asif sudah berada di puncak teknologi tasawuf yang dinamakan capaian akhir “Kun fayakun”.

Perbahasan panjang lebar tentang martabat-martabat keramat seperti ini juga boleh didapati dalam kitab Syarah Hikam dan Sairus As-Salikin.

Apakah Keramat Dunia KE-19?

Keramat Dunia Ke-19 atau ringkasnya KDK-19 ialah suatu martabat ilmu yang dianugerahkan Allah SWT kepada insan-insan yang telah mencapai tahap kekasih Allah. Sesiapa sahaja boleh memperolehnya asalkan bertaqwa, berzuhud, bertarekat dan beramal soleh.

KDK-19 tidak boleh diperoleh hanya dengan kuat beribadat dan berzikir. Terdapat kaedah-kaedah tertentu yang mesti diikuti dan dipandu oleh guru tarekat yang mursyid untuk memperolehnya.

Keramat Dunia Ke-19 bermaksud sesiapa yang memilikinya akan mampu menghadirkan atau mengadakan sesuatu benda, kejadian atau tingkahlaku hanya dengan niat di dalam hati. Dalam erti kata lain apa yang terlintas di hati akan dimakbulkan Allah.

Peringkat-Peringkat Keramat Dunia

Di dalam kitab tasawuf telah diterangkan dengan nyata akan KDK-1 hingga KDK-20. KDK boleh diringkaskan sebagai visi akhir seseorang ahli tarekat. Tetapi ada juga ahli tarekat yang tiada langsung mendapat KDK ini, cuma sekadar mendapat keramat-keramat yang biasa seperti menyembuhkan penyakit, berkomunikasi jarak jauh atau berjalan di atas air.

Berikut ialah senarai teknologi KDK yang menjadi rebutan ahli-ahli tarekat:

KDK-1 : Peringkat ini Allah amat kasihkan dan memuji-muji nama mereka (ahli tasawuf). Alangkah bertuah dan mulianya mereka ini kerana sentiasa dipuji Allah.

KDK-2 : Allah sendiri mengucap terima kasih kepada mereka. Sekiranya kita diucap terima kasih oleh seorang yang hina pun sudah cukup baik, apatah lagi jika Allah sendiri yang mengucapkannya.

KDK-3 : Allah Taala sangat kasih dan cinta akan mereka. Jika seorang raja mencintai kita sudah cukup untuk kita bermegah dan mendapat faedah, apatah lagi raja sekian alam sendiri yang cintakan kita.

KDK-4 : Allah Taala sendiri menjadi wakil untuk mengurus urusan mereka.

KDK-5 : Allah Taala menjamin rezeki ke atas mereka ke mana sahaja mereka pergi.

KDK-6 : Allah Taala mengawal tubuh badan mereka dari disakiti musuh.

KDK-7 : Allah Taala menjadi sahabat teman setia mereka.

KDK-8 : Ahli sufi berjiwa besar dan tidak terasa terhina membuat kerja-kerja yang tidak disukai orang. Malah mereka tidak suka ditolong orang hatta raja sekalipun.

KDK-9 : Tinggi hemah dan kezuhudan seta tidak sedikit pun ternoda dengan kemegahan dunia.

KDK-10 : Kaya hati, tenteram dan aman. Tidak terkejut dengan kekayaan baru yang datang dan tidak pula susah hati bila ditimpa kemiskinan.

KDK-11 : Bersinar-sinar nur hati mereka hingga dapat memberi petunjuk kepada orang ramai tentang ilmu-ilmu rahsia, hikmat-hikmat yang tidak dapat diberi oleh manusia biasa.

KDK-12 : Sentiasa berlapang dada sehingga bala yang besar tidak mampu langsung menggundah-gulanakan jiwa mereka.

KDK-13 : Wajah mereka sentiasa terpancar sinar kehebatan dan mampu merebahkan orang yang melihat atau musuh yang mendekati hatta raja yang zalim sekali pun.

KDK-14 : Allah Taala melimpah keberkatan pada segala pergerakan tubuh dan perilaku mereka seperti tempat tidur, bekas makan dan tempat duduk sehingga diambil orang untuk keberkatan. Malah yang bersahabat dengan mereka juga mendapat tempias ilmu-ilmu keramat mereka.

KDK-15 : Mereka menguasai lipat jalan bumi, udara dan air sehingga jika dikehendaki terbang di udara atau menyelam di laut dalam nescaya diperkenankan Allah.

KDK-16 : Mereka dapat menunduk dan menjinakkan segala jenis binatang buas malah binatang itu dapat dijadikan khadam suruhan pula.

KDK-17 : Mereka dianugerahkan perbendaharaan bumi. Sekiranya mereka mengkehendaki harta karun itu timbul dari perut bumi nescaya berlaku. Mereka juga mampu mendatangkan rezeki (makanan) sendiri jika terasa kelaparan.

KDK-18 : Mereka menjadi tumpuan orang ramai Kepada orang yang berhajat berkasih kepada Allah wajarlah dijadikan mereka ini sebagai wasilah. Berkhadamlah dengan mereka ini mudah-mudahan akan sampai makrifat kepada Allah.

KDK-19 : Apa sahaja yang terlintas di hati atau tergerak lidah untuk meminta sesuatu hajat nescaya tercapailah hajat mereka.

KDK-20 : Terjatuh mesra kasih orang ramai apabila terpandang mereka.

Kesimpulan

Dajjal tahu siapa Asif bin Barqiya, apa kehebatannya dan ini bukan sesuatu jangkaan kerana Dajjal mampu mendapat maklumat berikut melalui Iblis laknatullah. Cuma Dajjal itu tidak mampu meniru dan mencipta ilmu tasawuf kerana ia ilmu makrifat yang berkaitan kezuhudan hati.

Dajjal tidak mampu mencipta teknologi ini kerana ia berasaskan wirid dan zikir. Zikir tidak boleh dilihat kehebatannya, ianya hanya boleh didengar.Menyedari kekurangan ini Dajjal terpaksa berhempas pulas menggunakan tenaga elektrik dan cahaya untuk menandingi ilmu tasawuf ini. Eksperimen Phildephia sudah menjalani beratus-ratus ujian tanpa diketahui.

Ini bukanlah bermakna Dajjal masih diperingkat tenaga elektrik, Dajjal sudah pun mempunyai teknologi cahaya yang digunakan UFO. Cuma Dajjal belum bersedia menimbulkan teknologi itu di tengah-tengah masyarakat sekarang kerana ia belum sesuai.

Kejayaan menggunakan cahaya akan berlaku juga seperti kejayaan memunculkan gambar di skrin televisyen zaman dahulu. Idea teknologi ini akan didetikkan di otak salah seorang terpilih (the chosen one) tidak lama lagi.

Dengan terhebahnya teknologi itu kelak maka hampirlah saat perang dunia akhir zaman.

ANAK KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT DAN BUMI




GEDUNG ILMU, GEDUNG REZEKI, GEDUNG UBAT-UBATAN, GEDUNG SEGALA-GALANYA.

Meliputi langit dan bumi yang dijadikan Allah s.w.t untuk manusia, mohonlah keizinan daripadanya, mohonlah pertolongan daripadanya ( Allah ) dalam segala apa-apa juga perlaksanaan manusia, bertawaqal kepada Allah dan berusahalah bersungguh-sungguh .

PROLOG :-

*Cintailah kepada semua orang dan janganlah benci kepada sesiapa pun

*Merasa senang dengan ucapan-ucapan saja tidak memberi manfaat.

*Berbicara tentang keTuhanan dan,keagamaan dalam kata-kata sahaja tidak membawa anda kemana-mana,

*Timbulkan semua kuasa terpendam dalam diri anda dan zahirkan kegemilangan diri anda yang hakiki itu.

*Penuhkan dirimu dengan kesentosaan dan kebahagiaan.

*Taburkan bibit-bibit kedamaian dan kebahagiaan itu dimana sahaja anda berada dan kemana jua anda pergi.

*Jadikan diri anda api kebenaran yang menyala-nyala, jadikan bunga cinta yang semerbak indah.

*Jadikan ubat kedamaian yang menyamankan, dengan cahaya kerohanian, hapuskan gelap kejahilan.

*Padamkan api permusuhan dan peperangan.

*Suburkan kedamaian dan keharmonian dikalangan manusia.

*Jangan sekali-kali menerima pertolongan dan bantuan dari sesiapa, kecuali Allah.

*Jangan anda pergi kehadapan pemerintah, jangan enggan membantu fakir miskin, janda, anak yatim, jika mereka datang kepintu rumahmu.

Inilah tugas dan misi kita – khidmat kepada manusia, laksanakan tugasmu dengan penuh tanggungjawab dan berani agar guru-guru ( Mursyid ) tidak terasa malu tentang kekuranganmu dihadapan Allah s.w.t dan dihadapan guru-guru kita yang terdahulu dalam salasilah sufi dihari pengadilan.

ANAK KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT DAN BUMI

" Jika kamu hitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya "

(Al-Quran : Ibrahim ; 14:34)

Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang-orang Sufi, namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manfaatnya, seperti yang dikemukakan disini, yang digelar "Maqalad as-Samawi wal-Ard" yang bererti "Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi". Meskipun khas untuk menyembuhkan penyakit - mengelakkan penyakit pada sehari bacaan itu diamalkan - faedah dari sebutan itu bukan terhad kepada penyakit badan sahaja tetapi juga penyakit yang lain, seperti tersebut dalam hadith.

Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Afan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah langit dan bumi ( yang tersebut beberapa kali dalam al-Quran), Nabi Muhammad s.a.w berkata kepadanya : ” Kamu bertanya kepada saya , yang orang lain belum bertanya, kunci pembuka khazanah Langit dan Bumi itu adalah sebagai berikut:-

Lailaha illa llahu wa-llahu akbar
Wa subhan Allahi wal-hamdulillahi
Wastaghfirullah alladhi la illaha illa hu
Wal awwalu, wal-akhiru, waz-zahiru wal batinu
Yuhyi wa yumit Wa Hua Hayyun la yumutu
Bi-yadihil-khayr wa huwa ala kulli shay’in Qadir

Ertinya :

Tiada yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar,Maha Suci engkau segala puji bagi Allah. Aku mohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan dia. Dia yang awal, dia yang akhir, dia yang zahir,dia yang bathin, yang menghidupkan, yang mematikan. Dia yang hidup tanpa mati, padanya segala kebaikan dan ia berkuasa atas segala sesuatu.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda. ” Wahai Uthman ! – Barang siapa membacanya 100 kali sehari akan dikurnia 10 faedah:-

PERTAMA : Segala dosanya yang lalu akan diampun.

KEDUA : Terlepas dari siksaan neraka.

KETIGA : Dua orang Malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan kesiksaan.

KEEMPAT : Dia dikurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat.

KELIMA: Dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a.

KEENAM : Dia diberi pahala seperti membaca seluruh al-Quran, Zabur, Taurat dan Injil.

KETUJUH : Sebuah rumah akan didirikan untuknya disyurga.

KELAPAN : Dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga.

KESEMBILAN : Dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan.

KESEPULUH : Permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

Wahai Uthman !, kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari, kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu.

Tuesday, July 27, 2010

Saiyid Hussein & Shaik Thanauddin Jamadil Kubra



WALI 7Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.


Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama 'Jiddah' terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.


Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.


Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini 'tersorok' dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang.


Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400.


Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu.


Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.


Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU SEJARAH DI SEKOLAH.


1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.


2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.


3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.


4. Keturunan beliau adalah kesultanan Kelantan.


5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.


6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.


7. Beliau ketua Wali 7.


8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul sebelum ke Jawa.



"Sesiapa yang menentang AhlulBait bererti Kekafiran" ......


Whoever, opposed AhlulBait that means they are kafir.......(Hadith Rasulullah SAW)


Mahu mengenal AhlulBait wajib tahu sejarah AhlulBait dahulu dan adab-adab dengan AhlulBait .


To know AhlulBait, first of all we should know the history of AhlulBait and their custom


(sila rujuk Kitab Keutamaan Keluarga Rasullulah SAW keluaran Klang Book Store. Sdn. Bhd.)
(Pls refer to the book of the importyance of Rasulullah s.a.w. family published by Klang Bookstore. Sdn. Bhd.)


Raja-Raja Melayu adalah Ahlulbait. Nak mengenal AhlulBait perlu mengenal Raja-Raja Melayu;


Dan nak mengenal Raja-Raja Melayu perlu kenal orang Melayu dahulu.


The Malay’s king is Ahlulbait. To know AhlulBait you should know the Malay’s king and to know the Malay’s king we should first know the Malays.


Raja-Raja Melayu adalah AhlulBait (zuriat Rasulullah SAW) yang berbeza dengan 'keturunan' lain kerana mereka tidak boleh memakan wang zakat, sedekah atau apa-apa pemberian kecuali ditukarkan niatnya kepada 'HADIAH'. Apabila AhlulBait yang menjadi Raja (Penaung-Payung Negara), Insyaallah maka akan aman sentosalah negeri itu. Tidak ada bala bencana seperti Tsunami, penyakit berjangkit seperti Chikigunya, selsema Babi atau sebagainya selagi Raja itu masih berpegang pada prinsip-prinsip AhlulBait sentiasa berpegang dengan AlQuran dan menjadi pemerentah yang adil dan bertaqwa kepada Allah.


Malay’s king is ahlulBait (the ancestors from Rasulullaqh s.a.w.) which is different from any other descendent because they could not received any of the zakat’s money, alms or any other donation except they change their wish or intention to ‘GIFTS’. When AhlulBait became the King (under the country’s shelter) InsyaAllah, the country will be in good condition, peaceful and harmony. No disasters, such as tsunami, spreading diseases, such as chikigunya, H1N1 or others till the King still using the AhlulBait principles that is they still using Al Quran and govern the country in good justice and taqwa to Allah.


Firman Allah:


"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim (AHLULBAIT) dan keluarga Imran MELEBIHI di atas orang-orang di dalam alam; Mereka itu SATU KETURUNAN (Ahluilbait), setengahnya anak dari yang lain: dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(alImran 3:33-34)


God did choose Adam and Noah, the family of Abraham(AhlulBait), and the family of ‘Imran above all people. Offspring, one of the other; and god heareth and knoweth all things. (Ali Imran verse 33-34)


Kemudian Kami 'wahyu'-kan kepada kamu:"Ikutlah agama Ibrahim, sesungguhnya ia bukan daripada orang-orang yang musyrik." (an Nahl 16:123)


Thus have We placed leaders in every town, its wicked men, to plot (burrow) therein; but they only plot against their own souls, and they perceive it not. (An nahl verse 123)


AhlulBAit Nusantara adalah berasal dari titihan zuriat Yang Mulia iaitu Syed Hussein JamadiKubra ibni Syeikh Ahmad Jalal dari Kesultanan Deccan (selatan India) (titihan dari syaidina Hussein as bi Ali KWJ), yang belayar ke Tanah Melayu (timur) sebagai 'misi dakwah pada sekitar 1300M, yang mana di masa itu , di sebelah barat, Salahuddin AlAyubi (khalifahtul'mukmin) sedang berusaha menakluk Palastine dari tangan Yahudi.


YM Syed Hussein JamadilKubra belayar bersama dengan enam orang adik-beradiknya yang lain dan tujuh orang lagi ditinggalkan di bumi kelahirannya, Deccan, kerana YM Syed Hussein JamadilKubra mempunyai 14 orang adik-beradik.Beliau merupaknan abang yang sulong dan kerana itulah keturunannya diberi dengan pangkal nama 'LONG' pada eranya yang bererti 'SULONG' atau anak yang sulong.


YM Syed Hussein JamadilKubra juga dikenali dengan nama 'WALI TUJUH' di kalangan masyarakat Kelantan dan Nusantara sampai sekarang ini.Daripada titihan bagindalah lahirnya zuriat keturunan Kesultanan AhlulBait Nusantara atau 'Raja-Raja Melayu'.


Sebelum sempat mendarat di bumi berkat Tanah Melayu, YM. Syed Hussein JamadilKubra dan saudara-saudaranya telah diuji oleh Allah dengan satu ujian yang besar sehingga kapal yang mereka naiki hampir 'KARAM' di laut sehingga YM baginda Syed Hussein JamadilKubra hampir-hampir berputus asa dan beliau bersungguh-sungguh berdoa supaya diselamatkan dari bencana itu dengan berikrar akan mendirikan sebuah 'rumah Allah' (masjid)jika mereka terselamat dari bencana karam itu.Alhamdulillah, diizinkan Allah, secara tiba-tiba terjadilah 'Karamah WaliAllah' iaitu doanya telah makbul (rujuk buku Penghantar Ilmu Tarekat &; Tasauf karangan Prof. Abu Bakar Adtjeh)iaitu telah datang pertolongan Allah (Nasrum'minallah) berupa sekawan 'ikan kekacang' @ kekacang fish', telah datang menolong dengan menyumbat diri masing-masing pada tempat yang terdapat lubang-lubang air di kapal itu. Manakala sekawan yang lain telah menolak kapal itu sehingga selamat sampai ke daratan iaitu di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.


Apabila selamat dari bencana itu, YM Syed Hussein JamadilKubra terus sujud syukur dan bersembahyang dua rakaat bersama-sama yang lain.
Fenomena ini menjadi satu 'keganjilan' pada penduduk setempat yang datang menolong kerana di masa itu penduduk di situ masih beragama Hindu dan Budhha yang belum mengenal agama Islam lagi.


Dalam keadaan itu, tiba-tiba satu lagi 'petunjuk' dari Allah datang apabila seekor Tupai Putih melompat di hadapan baginda YM Syed Hussein JamadilKubra dan terus menuju ke serumpun pohon buluh 'Betong' yang berada tidak jauh dari angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra berehat. Tupai putih itu lalu memakan 'umbut' pokok buluh Betong itu dan berlalu dengan kenyangnya.Memandangkan angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra memang dalam keadaan lapar dan dahaga selepai diamuk badai di lautan, maka berkeinginanlah lanta bagi YM Syed Hussein JamadilKubra untuk mencuba apa yang dimakan oleh Tupai putih itu lantaran laparnya.


Ekoran dari peristiwa ikan Kekacang dan rebung buluh Betong itu,YM Syed Hussein JamadilKubra telah bersumpah dan mewasiatkan anak-cucu dari zuriat keturunanya supaya tidak boleh lagi memakan 'ikan Kekacang' dan rebung buluh Betong.


Sesiapa yang melanggar pantang itu, biasanya akan terkena penyakit kulit, gatal-gatal atau hilang ingatan. Sengaja YM Syed Hussein JamadilKubra mewasiatkan dua perkara itu supaya dapat dikenal akan keturunanya dan supaya anak-cucunya sentiasa berkeadaan berhati-hati di dalam sesuatu perkara dan jangan bermain-main dengan 'WASIAT' atau amanah. bagai tanda menghormati dan menghargai 'pertolongan' yang telah diberi oleh Allah melaui ikan kekacang dan rebung buluh Betong itu.Realiti daripada peristiwa 'Karam Di Laut' itu, maka telah terdirinya Lagenda Masjid Kampung Laut yang pertama; yang kemudiannya dipindahkan oleh kerajaan ke Nilam Puri, Kota Bharu sehingga sekarang ini.


Setelah siap dibina masjid Kg. Laut, maka Syed Hussein bersma tujuh saydaranya belayar mudik ke hulu sungai sehingga bertemu dengan sebuah bukit yang dip[anggil 'Bukit Panau'. Setelah mudik di muka kuala sungai (sungai Kelantan), maka Syed Hussein dan rombongannya mula mendaki Bukit Panau itu sehinggalah sampai ke puncaknya pada waktu hampir maghrib. Kemudian dari maghrib Syed Hussein JamadilKubra mula beribadat secara 'Suluk' (ritual keagamaan) sehinggalah pada waktu hampir dinihari, tiba-tiba bumi jadi bergoyang, angin bertiup kencang dan terasa ada sesuatu yang bakal terjadi. Subhanallah! Dengan kebesaran Allah sekali lagi Allah menunjukkan 'kekeramatan' wali-walinya.


Bumi yang malamnya gelap tiba-tiba bercahaya dengan satu kilauan yang pelik dan menakjubkan. Hal ini menuimbulkan kegemparan penduduk setempat, lalu mereka beramai-ramai mendaki Bukit Panau untuk melihat apa yang berlaku. Dalam keadaan aneh, pelik, bingung dan cuba untuk tahu; Penduduk setempat tiba-tiba menjadi lebih terkejut apabila hampir sampai ke puncak bukit apabila satu lagi dentuman yang amat kuat seolah-olah 'petir' yang cahayanya adalah putih berkilau dan memancar terus dari angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra menuju ke langit dan membentuk satu imej seolah-olah 'Tudung Saji'.Dari mulut penduduk setempatlah keluarnya perkataan 'KILAT..KILATAN' sehingga menjadi KELANTAN sampai sekarang ini.


Selepas peristiwa cahaya 'Tudung Saji' itu, YM Syed Hussein JamadilKubra telah meninggalkan enam orang saudaranya di Bukit Panau itu untuk menjaga 'keberkatan negeri Kelantan' yang baru 'disucikan' oleh YM Syed Hussein JamadilKubra supaya menjadi negeri yang berkat, aman dan berdaulat.


Kemudian beliau dan beberapa orang lain telah belayar ke Champa dan kemudiannya berkahwin dengan empat orang puteri Raja Champa yang mana keempat orang puteri raja itu telah melahirkan empat dinasti kesultanan AhlulBait yang utama di Nusantara ini iaitu kesultanan Pattani-Kelantan, kesultanan Mindanao, kesultanan Brunei (Borneo) dan kesultanan Demak (wali songo).


Beliau kemudian wafat di Kalimantan dan dimakamkan di sana.Daripada beliaulah lahirnya titihan keturunan Raja-Raja Melayu di Nusantara ini. Manakala adiknya yang ketiga iaitu Syeikh Thanauddin atau dikenali sebagai 'Sang AdiPutera' merupakan guru kepada Hang Tuah yang tersebut di dalam sejarah itu.


()Sila rujuk Perpustakaan Awam Kelantan.

Monday, July 26, 2010

PENGENALAN RINGKAS NUR SYIFA`

PERUBATAN ISLAM NUR SYIFA` ( Bahr Al Qudr )


Di asaskan pada tahun 2007 setelah di ijazahkan ILMU TITIK SEMBILAN (ilmu penyembuhan melalui tapak tangan), merupakan pusaka ilmu warisan turun temurun dari keturunan Syeikh Sayyid Thana`uddin /Sheikh Abdul Karim As Samman Al Madani/Syeikh Sayyid Pendita Adi Putra. Beliau adalah adik kepada Syeikh Hussein Jamadil Al Kubra (Maulana Hussein). Di antara anak muridnya yang terkenal tercatat di dalam buku sejarah adalah Laksamana Hang Tuah, Raja Sulu Buansa (Ewansa), Sunan Bonang dan Sunan Giri. Direkodkan juga Sunan Kalijaga dan Syeikh Sutabris pernah bertemu dengan beliau.


Ilmu yang di turunkan pada LAILATUL QADAR (malam yang penuh berkah) kini di warisi oleh generasinya yang ke 11. Penulis juga di anugerahi ilmu pada malam Qadar, di datangi oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada malam itu dengan mengijazahkan Doa Kunci Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi yang mana doa ini dapat di gunakan khusus untuk tujuan perubatan selain hajat-hajat yang lain dan Doa ISMULLAH AL A`DZHAM yang mana barangsiapa berdoa dengannya, doanya pasti akan di makbulkan.



Penulis sebelum di anugerahi ilmu di atas juga mengamalkan SILAT BATIN WARISAN SUNAN KALIJAGA (Perubatan dan Silat Kebatinan) dan kaedah perubatan Islam berasaskan 10 ayat-ayat syifa` dari seorang guru yang bertugas di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di samping kaedah pengubatan Surah Yaasin dari seorang pendakwah bebas.


Penulis juga pernah mempelajari kaedah perubatan dan urut tradisional dari seorang Pawang yang berasal dari Selayang . Pengalaman dalam bidang perubatan tradisional Islam selama 15 tahun telah banyak membuktikan bahawa kaedah rawatan secara TRADISIONAL dan MUKJIZAT AL-QURAN adalah yang terbaik.

BALASAN KEMURKAAN ALLAH KEPADA HARIMAU SAKTI

Published by TuanKelarias under on Sabtu, Jun 19, 2010

PERGURUAN HARIMAU SAKTI LUMPUH DISERANG HENDAP NUR MALAIKAT.

Saya mendapat perkhabaran ghaib baru baru ini bahawa salah sebuah perguruan besar Harmas di Indonesia diserang hendap oleh sekumpulan rijalul ghaib nusantara melayu. Apa yang saya dapat lihat dua orang manusia ghaib bersama beberapa orang pegawai rendahnya telah melewati angkasa raya lautan selat Melaka tetapi apa yang mereka perbuat tidak saya fahami. Jarang benar angkatan rijalul ghaib itu saya temui dalam masa terdekat bergerak ke arah tanah jawa kepulauan Indonesia. Bergerak saja angkatan itu maka tentu ada sesuatu di arah yang dituju.

Saya menantikan khabar berita berhari hari berminggu minggu dari waktu kejadian. Baru baru ini saya baru dapat beritanya bahawa ada sebuah perguruan besar di Indonesia telah dihujani peluru atom bergelombang merah yang berarti gelombang rendah bukan tinggi. Peluru bersifat cahaya berwarna merah kekuningan adalah suatu tenaga gelombang merbahaya yang tidak menyakiti dan melukai bangunan atau diri manusia tetapi akan membakar segala jenis jin syaitan jahat yang berlindung atau bersembunyi di sebalik rumah, bangunan atau tanah sekalipun. Termasuklah lubang tanah atau lubang di dalam pergunungan. Cahaya atau nur ini dihasilkan dari sifat malaikat muqarrabiin kelas tenaga bawahan.

Jadi, pada perkiraan saya jika warnanya merah kekuningan mampu menghancurkan sekelompok besar jin jin sakti besar bagaimana kalau enam warna menggerunkan itu dilepaskan. Apa yang akan terjadi..Maka jawab saya , jika setingkat tenaga atasannya dilepaskan maka akan mampu membakar bangunan. Kalau setingkat lagi..maka bukan sahaja terbakar malah jungkar walik jadinya. Jungker walik itu ya roboh seperti WTC. Jika setingkat lagi apa yang terjadi..wallahu a'alam bissawab barangkali itu adalah tenaga yang menggerakkan tsunami pada pandangan saya. Jika setingkat lagi..bagaimana pak..mungkin itu tenaga gelombang sebesar gambaran 2012 movie. Apa akan berlaku jika tenaga seterusnya dilepaskan dengan sengaja..maka mungkin kiamat agaknya.

RAHSIA GELOMBANG TUJUH LEBIH BERTENAGA DARI PUKULAN NUKLEAR.

Saya pernah bertanyakan dari arwah almarhum Gusti Sang Prabu walaupun baginda itu bukan ahli yang melaksanakan perkaranya tetapi baginda adalah pemilik rahsia ilmu pengetahuannya. Sebab itulah beberapa kumpulan yahudi secara terang terangan memang sengaja ingin berjumpa dengan baginda bertempat di Pulau Pinang beberapa tahun lalu semata mata ingin mempelajari kata dasar ilmu ini. Mereka juga tahu rahsia keberadaan dan kehebatan ilmu martabat tujuh tetapi mereka ketandusan pengetahuannya. Jika benar apa yang saya ceritakan ini maka umat islam adalah pemilik rahsia tenaga gelombang besar yang boleh menghasilkan tsunami beratus kali ganda besarnya. Lalu dijawab pertanyaan saya yang berbunyi " Ampun paduka ayahanda, di dunia ini tenaga nuklear adalah satu tenaga yang tiada tolok bandingnya jika diperkirakan kekuatan dan keampuhannya untuk membinasakan.. Adakah ada lagi suatu tenaga yang lebih besar dari itu selayaknya paduka ayahanda yang mengetahui ilmu dan sifatnya.." Lalu dijawab oleh paduka ayahanda.." Memang ada, itulah yang disebut tenaga segala tenaga iaitu tenaga gelombang yang dihasilkan dari unsur sebatian gelombang berbeza beza dari tubuh ini, mengikut kemampuan diri roh dan keizinan tuhanku.." Tenaga gelombang martabat tujuh mampu mengawal gelombang nuklear dengan pengepungan dari seluruh arah sehingga mampu dikumpulkan lalu diarahkan ke langit atau dikembalikan sekalian gelombang atom nuklear itu kepada pengirimnya.

MARTABAT TUJUH DAN KEANGKUHAN KETUHANANNYA YG MENYESATKAN FIKIRAN MANUSIA AWAMI.

Ilmu martabat tujuh adalah ilmu warisan rahsia dari Saiyidina Khidir a.s yang ambilannya juga dari jalan rahsia ketuhanan lalu pengetahuannya adalah disisi baginda rasul saw amat hampir sekali terutama para sahabat baginda saw. Keilmuan ini harus diiringai dengan pengusaan ilmu jirim dua belas dan disudahi dengan penjernihan oleh keilmuan penjernihan hati tarikat naqsyabandi yang berbai'at dan berwasilah perguruannya. Saya bukan menggalakkan ilmu perguruan besar lagi terahsia ini dicari, tiada ada gunanya..kerana ilmu ini hanyalah tinggal kenangan sahaja dizaman ini.

Apa yang ada di dalam internet atau buku buku baru atau di dalam blog yang tersebar meluas sekarang hanyalah ilmu dibibir penulis semata mata!!! Juga ilmu kedai kopi yang diperbualkan bukan pada tempatnya. Pada keseluruhannya hanyalah bualan kosong seolah olah diri itu menguasai perkaranya tetapi hampa kosong seperti ruangan hampagas di dalam tong vakum yang tidak bererti apa sekalipun. Kepada yang baru mengenal ilmu martabat tujuh, hafal hafalkanlah jika ada terbaca di internet atau di mana sahaja. Saya mendapat khabar beritanya bahawa ilmu ini tertutup dan mula diangkat kelangit semenjak 1400Hijrah dulu. Jika ada lagi yang memilikinya itu hanya bacaan sahaja, kerohaniannya sudah diangkatkan kelangit tujuh. Maksud kerohaniannya ialah tenaga besarnya seperti yang dimaksudkan di atas tadi. Pemiliknya sekarang hanya para rijalulghaib tersembunyi yang pernah saya temui secara nyata lewat beberapa waktu dahulu.

KENAPA HARMAS DIPUKUL RIBUT GELOMBANG.

Saya tidak mengenali siapa dan apakah itu perguruan Harmas, tetapi setelah saya teliti baru saya teringat Harmas adalah singkatan Harimau Sakti yang berasal dari sekumpulan jin jin ifrit sakti yang membantu para murid perguruan itu termasuk guru guru besarnya. Saya tidak pasti ilmu sakti apakah yang diajarkan oleh perguruan itu. Saya juga kurang pasti atas sebab apa Harmas dikerjain begitu sekali, entah benar entah tidak. Kalau ada sesiapa yang tahu perkaranya tolonglah khabarkan kepada saya peristiwa sebenar yang telah berlaku di sana.

Ternyata para rijalul ghaib yang jumlahnya hanya tujuh orang itu mampu menguasai sebesar perguruan Harmas. Begitu tangguh keilmuan para auliya' sehingga mampu menguasai perkara yang besar dalam sekelip mata. Terfikir oleh diriku bahawa agaknya begitulah bantuan dari Allah jika benar ada tentera islam beriman dan bertaqwa jika turun dalam suatu peperangan akan mendapat bantuan dari tuhan sekalian alam. Berbeza pula tentera yang lengkap bersenjata, tetapi munaiq bahkan ada yang kafir, bagaimana harus Allah mengirim para pembantu rijaalul ghaibnya. Benar atau tidak, saya kurang pasti beritanya yang sebenar. Cubalah tanyakan dengan rekan rekan saudara semuslim di seberang sana yang merupakan tanah asal kelahiran saya sendiri.

Adalah dikhabarkan , kesan kerosakan hanya melibatkan diri jin syaitan termasuk jin islam munafik semata mata dan dalam masa yang sama meninggalkan sedikit kecederaan dalaman kepada lebih lima puluh orang manusia termasuk guru besarnya dengan panggilan Z********* dengan kesan kesakitan paling teruk , kalau tidak salah saya. Orang kedua yang terselamat bernama M***** dan orang ketiga bernama M****** terkena tempiasnya sudah mulai sembuh dari demam gigilnya. Yang pasti kesan kesakitan itu akan berpanjangan sampai mati kerana turut melibatkan kecederaan dalaman yang tidak terlalu parah tapi tidak akan dapat sembuh ila yaumil qiyamah. Kesakitan tubuh roh seseorang yang fasiq hanya akan didapati kesembuhannya hanya dengan pengampunan dari diri tubuh wali Allah yang dihinakan saja.

Berdasarkan khabar itu baru saya memahami bahawa telah berlaku suatu peristiwa sudi menyudi diantara Harmas dengan salah seorang wali Allah besar di suatu tanah berbahagia beberapa waktu dahulu. Sebagai akibat dari perbuatan terkutuknya turunlah kemurkaan Allah ke atas bumi itu lewat semalam sahaja dihampiri oleh sepasukan tentera ghaib yang mengerikan pandangan mereka yang memandang. Khabarnya tiada berkuda tetapi diiringi pasukan berkuda. Yang lain hanya memerhatikan saja yang berbuat hanya salah seorang daripadanya. Alangkah celakanya kalau seluruhnya berbuat demikian.

AWASI PARA WALI ALLAH YANG MENYAMAR DAN BERSEMBUNYI..

Ini adalah zaman bermulanya tenaga ritual ganjil mula berlaku dikalangan tentera berkuda dari langit tujuh, langit keenam, langit kelima, langit keempat dan seterusnya langit pertama yang sentiasa mengiringi pergerakan para auliya'nya. Terutama dalam waktu waktu terdekat ini , saya peringatkan kepada para pemilik ilmu dunia yang tidak seberapa seperti apa yg saya turut lakukan ini supaya berwaspada jangan sampai tersalah langkah. Amatlah buruk padahnya kerana jika benar imam mahdi atau ketua pemimpin rakyat jelata yang telah mendapat petunjuk dari tuhan mula muncul di mana mana , harus diingat janganlah hendaknya dihina hinakan. Balasannya amatlah buruk dan menghinakan sama sekali, tidak akan pernah terjumpa sebelumnya dan pada masa akan datang kesan dari pembalasan tuhan yang telah dan akan terjadi. Mungkin ini hanya pandangan saja.

Ingatlah bahawa janji tuhan akan berlaku jika para pemimpin berkerohanian tinggi muncul di awal permulaan akhir zaman ini dengan misinya menyelamatkan daulah islam akan diiringi dengan kekuatan karamah yang tidak terhitung besarnya. Sesungguhnya mereka hanya membawa senjata lama yang sering menjadi igauan ngeri para syaitan dan manusia. Tiada senjata automatik akan dipakai oleh mereka, untuk apa itu semua..walaupun pedang atau pelepah tamar tetap pukulannya membunuh seramai manusia sekali hayunan. Manusia biasa tetap dengan senjatanya. Satu hayunan satu peluru satu musuh , itu pun jika mengenai tepat ke sasarannya.Sungguh tidak akan terduga kekuatan mereka yang disertai oleh rijalul ghaib dan para malaikat terpilih di dalam peperangan. Pada pandangan saya umat islam akan dapat menguasai dunia dalam sedikit masa sahaja, tidak akan sampai bertahun tahun malah berpuluh tahun pada sangkanya. Itulah peperangan yang ditakuti oleh syaitan jin dan syaitan manusia yang pernah mendengarkan perkhabarannya melalui bible asli, injil asli dan melalui perkhabaran yang dicuri oleh sang bapa kepada Michael de Nostradamus Perancis yang gila.

MATI AKIBAT SAKIT PARU-PARU BERAIR JUGA ADALAH KESAN KEJAHATAN ANGIN SYAITAN

Published by TuanKelarias under 80 - MATI AKIBAT SAKIT PARU PARU BERAIR JUGA ADALAH KESAN KEJAHATAN ANGIN SYAITAN. on Jumaat, Mei 28, 2010


KEMATIAN YANG DISEBABKAN OLEH PARU PARU BERAIR ADALAH PETANDA TIDAK BAIK, BEGITU JUGA SERANGAN SAKIT JANTUNG tetapi bukan lemah jantung.

Sebagai peringatan kepada seluruh umat muslim, ini lah suatu andaian yang negatif di dalam menentukan kedudukan sebenar di sebalik apa yang berlaku dan nasib yang menimpa ke atas manusia yang meninggal dunia disebabkan jangkitan paru paru berair dan serangan sakit jantung secara tiba tiba. Kejadian ini amat banyak berlaku malah menjadi satu igauan ngeri kepada seluruh manusia di planet bumi ini khususnya para pengamal perubatan tradisional dan moden. Ia adalah satu masalah besar dan menakutkan para pakar jantung di seluruh dunia. Hampir sama hal keadaan sakit yang mengenai sesorang yang terkena serangan sakit jantung dan jangkitan kuman di paru paru. Tetapi berbeda pula dengan kes lemah jantung. Ini pandangan saya dari kacamata ahli ahli sufi itu yang melihat perkara rahsianya. Walaupun begitu pendapat ini tidak boleh dijadikan pegangan hidup kerana tiada bukti yang nyata.

Saya terbaca diakhbar dan di I.J.N baru baru ini, kes ini sangat menjadi jadi terutama saat akhir zaman atau awal permulaan akhir zaman terutama ke atas umat islam khususnya. Setiap hari lebih dari tiga hingga lima orang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara. Sebenarnya kejadian ini ada kaitan dengan angin yang masuk ke dalam tubuh badan manusia melalui beberapa saluran urat darah yang ada di dalam tubuh manusia itu sendiri. Terutama jari jemari manusia, sebab itulah kita umat islam disarankan supaya membasuh tangan untuk makan, wudhu dan sebagainya (sunat dilakukan) sebelum melakukan sesuatu pekerjaan yang baik dan sesungguhnya semua adalah pekerjaan yang baik. Kerana ia dapat menghilangkan kesan dan pengaruh angin atau kuman yang dimaksudkan.

Tidak pula disuruh berwudhu untuk melakukan zina dan sebagainya. Mungkin kerana ada hikmah tertentu yang boleh menyelamatkan individu dari dimasukki oleh angin jahat melalui jari jemarinya. Memang sudah pasti setiap liang seni yang boleh dimasukki oleh angin syaitan akan tertutup. Ia akan terbuka semula apabila dirinya sedang melayan rasa getar dan gigil marah, takut, amat berahi dan amat seronok keterlaluan. Sebab itu Rasulullah SAW menyeru kepada orang orang yang sedang naik marah supaya segera berwudhu agar tidak berlaku perkara perkara yang tidak diingini.

Jika kita ingin melihat keadaan ini dari sudut pandangan islam dan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud; " Sesungguhnya angin syaitan itu masuk ke dalam tubuh manusia melalui laluan darah ( masuk melalui urat darah) yang kita sendiri tidak pernah menyaksikan kebenaran hadith ini. Tidak pernah seorang pun dapat membuktikan kebenaran sabda Rasulullah SAW sejak ribuan tahun lalu dengan mendedahkan bahawa syaitan atau angin angin jahat itu masuk perlahan lahan dari arah jari tangan atau kaki dan menembusi kulit lalu terus menerobos ke dalam urat darah manusia sebagai laluan mudah yang boleh sampai ke jantung atau paru paru manusia. Dua tempat ini adalah lokasi terpenting dan terbaik bagi golongan angin jahat yang ingin mengambil kesempatan untuk mendapatkan tempat berlindung dan makanan mewah, banyak lagi mencukupi.

Jalan laluan termudah bagi angin angin jahat ini biasanya melalui jari jemari kita yang sememangnya mempunyai banyak saluran urat darah yang terdedah dengan risiko dimasukki atau diresapi olah angin syaitan jahat tidak mengira tempat masa dan waktu. Lebih lebih lagi jika seseorang sedang marah sehingga hilang kawalan diri, maka terbukalah seluas luasnya pintu atau lubang seni yang tersedia semenjak ciptaan manusia yang pertama dahulu. Mungkin saja liang seni itu tersebar diseluruh tubuh manusia tetapi saya hanya ingin menyebutkan sebahagian kecil daripadanya yakni yang berada di celah celah jari tangan dan kaki. Angin jahat yang berjaya memasuki liang seni dijari jemari terutama dicelah jari telunjuk ,jari hantu dan jari manis biasanya angin tersebut akan terus menuju ke dada. Kesan daripada kemasukan angin angin ini, biasanya jari dan urat darah akan membengkak dan agak sengal dan sakit apabila dipicit. Dada pula akan terasa seperti cucukan jarum yang mencucuk halus tidak kira dibahagian mana tapi bertanda di bahagian dada manusia. Angin ini berupaya mengoyak urat darah dan menimbulkan kesan kesan yang amat membahayakan kesihatan diri seseorang.

Apabila ia memilih untuk tinggal menetap di paru paru, maka jadilah kesan aktiviti hidupnya melahirkan kuman bakteria yang akan menjangkiti paru paru dan merosakkannya. Apabila ia masuk dan menyelinap ke dalam saluran koronari jantung maka hadirlah risiko serangan sakit jantung yang mengakibatkan kematian secara tiba tiba yang diiringi rasa sakit dada dan sesak nafas serta terasa urat belakang bagai ditarik tarik keras. Itu semua adalah hasil dari aktiviti angin angin jahat tersebut.

KUMAN , BAKTERIA , VIRUS DAN APA JUA YANG SENI.

Adalah makhluk Allah yang disifatkan sebagai angin syaitan jika menurut kepada salah satu dari mafhum hadis Rasulullah saw yang bermaksud," Sesungguhnya (angin) syaitan itu, mengalir masuk ke dalam tubuh manusia adam ini melalui jalan urat darah (yang tersedia)''.
Angin angin ini ada yang berterbangan di udara bergerak melalui tiupan angin yang disebut di sisi kami sebagai gelombang negatif yang aktif bergerak di sekeliling kita. Oleh itu cara yang paling mudah untuk menghindarkan gelombang negatif selain dari menutup mulut dan hidung yang amat merimaskan itu ialah dengan memasang setanggi atau membakar kemenyan di dalam rumah pada setiap masa. Kami amat yakin dan pasti dengan ilmu pengetahuan ini kerana perkaranya telah disaksikan oleh para masyaikh yang pandangan matanya tiada terhijab oleh suatu apa pun . H1N1 juga amat mudah dikawal hanya dengan membakar kemenyan, setanggi atau menyemburkan minyak wangi yang baik dan tidak mengandungi alkohol.

Seperti yang kita sedia maklum,kuman juga sering menjadi masalah dalam kehidupan kita sekeluarga. Pakar perubatan pada zaman serba moden ini sering mengingatkan kita agar selalu membasuh tangan sebelum makan supaya kuman bakteria yang terlekat dijari jemari dapat dibersihkan sebelum ia masuk ke dalam mulut. Sebenarnya kuman dapat memasuki liang rongga seni dijari jari lebih lebih lagi sewaktu jantung kita berdegup kuat dengan mengepam darah dengan laju. Liang seni rongga tubuh akan segera terbuka kerananya. Mungkin kerana diri kita sedang amat takut atau amat marah ketika itu. Jadi bersegeralah membasuh tangan dan sekalian anggota wudhu seperti yang disarankan oleh Rasulullah saw. Begitu juga angin angin syaitan kuman yang lain termasuk angin syaitan jin yang wujudnya lebih seni dari kuman bakteria itu sendiri.

ANGIN SYAITAN AMAT MEMUDHARATKAN TUBUH PENAGIH DADAH.

Sesiapa pun tidak menyangka kecuali mereka yang pernah berhadapan dengan masalah seorang penagih dadah. Apa yang berlaku ialah, apabila seseorang yang hanya ingin mencuba menghisap dadah setelah dipelawa oleh rakan rakannya terutama dadah yang telah diproses dengan kaedah tapaan atau dengan mencampurkan bahan yang amat digemari syaitan seperti najis dan lain lain, ia dengan sengaja telah mengundang rasa stim yakni khayal.

Rasa khayal dan lalok dalam istilah mereka ketika itu ialah suatu keadaan di mana seekor jin kuning atau beberapa ekor sedang cuba memasuki liang seni rongga dan mengkhayalkan pelakunya. Keadaan ini sama dengan orang yang mengalami histeria atau halkusinasi akibat tidak tidur lebih dari tiga hari. Bukannya ada apa apa di dalam dadah itu, tapi bahan bahannya sama seperti membakar kemenyan khas untuk memanggil hantu atau jin jahat yang diniatkan. Malang sekali jin kuning ifrit adalah penggemar bahan dadah yang menyebabkan rasa tagih berulang yang tidak dapat dihalang dan akhirnya boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri dan orang lain jika sewaktu jin jin kuning itu meminta dadah lalu gagal mendapatkannya maka berlakulah kemarahan si jin jin kuning yang melampau. Jin kuning ifrit meminta disediakan dadah tertentu dengan menimbulkan rasa ketagih yang amat luar biasa.

Kami bermohon kepada Allah atas kejahatan jin dan syaitan yang terang sebagai musuh seteru kita yang amat nyata, walaupun tidak dapat dilihat oleh pandangan mata manusia biasa. Mudah mudahan kita semua terselamat dari fitnah mereka selama lamanya.

SENGGUGUT DAN MANDUL ADALAH PERBUATAN JIN MEMAKAN JANIN

Published by TuanKelarias under - SENGGUGUT ADALAH PERBUAT DAN MANDUL AN JIN MAKAN DARAH DAN JANIN. on Isnin, Mei 03, 2010

JIN PENUNGGU PERUT WANITA BERTABIAT MEMAKAN JANIN DAN DARAH HAIDH.

Ahad 2hb Mac 2010 malam, saya didatangi oleh sepasang suami isteri dari pekan Sabak Bernam. setelah selesai mengeluarkan angin syaitan yang menetap sekian lama di kanan dan kiri mata anak anak En. Mat dari Kuala Lumpur seramai empat orang saya cuba pula membantu salah seorang bekas tok imam yang dikatakan telah lupa untuk solat semenjak sepuluh tahun yang lalu dan sentiasa meracau racau terkadang mengamuk dengan menyepak dan menerjang ahli keluarganya yang lain. Menurut khabar dari anak lelaki bekas tok imam salah sebuah masjid di sebuah pekan kecil dan ternama di negeri Perak itu, ayahnya sudah tidak dapat mengenal tandas atau bilik mandi. Isterinya terpaksa berhenti kerja demi kebaikan ayahnya yang perlu penjagaan rapi sekian lama.Saya meminta bekas tok imam itu berbaring di bilik berlangsir dalam masa setengah jam, dan dalam masa yang sama saya menyelesaikan masalah pesakit yang lain pula.

SAKIT MATA.

Dua dari empat orang anak En Mat telah terkena penyakit bengkak dan merah mata seperti penyakit mata kebiasaan itu semenjak dari berumur 3 tahun sehinggalah anaknya hampir tamat sekolah rendahnya. Begitu juga adik lelakinya yang baru berusia dua atau tiga tahun , sudah mula menunjukkan akan terkena sidrom yang sama. Hospital kerajaan dan klinik swastasudah menjadi tempat keluar masuknya setiap kali mengambil ubat mata. Ada di antara ubat yang dibeli tidak dapat dihabiskan kerana bertambah sakit kalau dimakan. Akhirnya dengan nasihat En Rashid yang banyak mengajak rakan dan kenalan termasuklah saudara maranya datang menemui saya En. Mat bersetuju datang berkunjung ke rumah saya sambil merawat penyakit anak anaknya. Saya dapati, gejala penyakit matanya amat berlainan sekali kerana gelombang yang keluar dari tubuhnya menunjukkan itu adalah gelombang syubhat dari jin jin yang tinggal dan menyakiti mata anaknya. Syukur kedua dua anaknya dapat dirawat pada malam itu. Saya berpesan kepadanya supaya kedua belah mata anaknya dititiskan dengan air madu yang ternyata dapat membantu memulihkan kesihatan mata manusia.

Saya serukan angin di kedua dua belah matanya lalu terus masuk ke tubuh Us Azman yang telah pun bersedia dari awal lagi. Ternyata benar ada tiga pasang jin biasa telah menetap dibahagian kedua dua belah mata kedua dua anaknya itu sekian lama. Segera saya menyarungkan sebentuk cincin pemberian dari seorang manusia misteri yang amat terahsia orangnya baru baru ini. Setelah cincin itu tersarung, jin yang masuk ke tubuh Us. Azman berteriak kesakitan sambil meminta dilepaskan cincin ghaib yang dipakaikan kepadanya. Saya segera mengambil janji daripadanya dan dia bersetuju membawa keluar semua angin yang ada bersama sama.

SAKIT URAT DAN SAKIT KEPALA LUAR BIASA.

Anaknya yang ketiga mengalami sakit sakit di tangan hingga ke paras bahu termasuk di kedua belah kakinya yang sering sengal dan sakit. Mereka menyangkakan angin urat biasa, tetapi setelah diperiksa ternyata angin angin itu juga yang mengganggu. Setelah saya selesaikan masalahnya mudah mudahan saya beralih kepada anaknya yang ke empat yang sering mengadu sakit kepala. Pengamal perubatan moden sering mengaitkan sakit kepala itu dengan penyakit migraine yang amat ramai pengidapnya. Kadang kadang migrain ini boleh disembuhkan dengan terapi rawatan moden termasuk akar akar kayu tradisional. Jika berbetulan dengan sukatan dan khasiat akar akarannya inshaallah penyakit angin kepala seseorang akan sembuh beransur ansur. Alhamdulillah angin di kepala anak En. Mat yang baru berumur belasan tahun dapat dikeluarkan melalui ubun ubunnya dengan izin dari Allah. Anaknya terpaksa merebahkan ke pangkuan ibunya setelah bertahan menahan kesakitan yang amat sangat sewaktu angin itu keluar terus dari ubun. Seperti juga Kak Hasbi beberapa hari sebelum itu yang terpaksa dikeluarkan dari dahinya menggunakan tongkat saya.

* Saya baru mendapat e-mail dari anak En Mat yang telah saya usahakan mengeluarkan anginnya, angin yang dikeluarkan belum habis semua. Mungkin kerana kecuaian diri saya yang kurang memerhatikan bilangan angin yang menetap di kepalanya. Inshaallah saya akan cuba usahakan dari jauh mudah mudahan dapat memecahkan saki baki angin anginnya yang saya agak lebih kurang dua atau tiga lagi. Jika gagal juga terpaksa saya jemput mereka datang sekali lagi. Mudah mudahan , amin.

ANGIN SENGGUGUT.

Saya baru kali pertama merawat seorang perempuan yang mengalami senggugut semenjak sembilan tahun yang lalu. Saya terdiam mendengar cerita suaminya pada malam itu setelah saya meminta penjelasan apa sebenarnya yang berlaku disebalik peristiwa kesakitannya. Menurut suaminya , dia selalu berbual secara misteri bersama isteri sewaktu isterinya tidur. Seolah olah ada satu suara lain disebalik isterinya yang sedang tidur, tapi dia kenal itu adalah suara isterinya. Apabila bangun pagi nanti dia akan menceritakan semula pengalamannya berbual bual mengenai diri yang satu lagi semalaman itu. Sehingga akhirnya suami dapat meneka ada sesuatu keganjilan telah berlaku dan perkara itu tidak boleh dibiarkan.

Isterinya selalu menafikan dirinya berbual sewaktu tidur, sehingga dua tiga malam yang sudah,mereka berjumpa saya, saya rasa isterinya masih belum menerima apa yang diperkatakan oleh suami. Suaminya menceritakan satu persatu pengalamannya berbual dengan makhluk ghaib yang menumpang suara isteri setiap kali isteri tidur itu sudah berlalu dan bermula semenjak sembilan tahun yang lalu. Ini satu perkara yang tahyul dan benar benar dongeng saya rasa. Eloklah kalau saya yang menceritakan di sini, memang di sini ruangan berdongeng. Suaminya pernah berkata dengan saya budak perempuan itu berumur sekitar enam belas tahun dan dia tidak pernah memberutahu kepadanya siapakah nama sebenarnya. Kenapa dia datang dan apa yang dia lakukan semua dia beritahu kepada suaminya.

BERCAKAP DENGAN JIN SENGGUGUT.

Saya terus meminta izin dengan suaminya meminta izin untuk menyoal siasat isteri yang saya lihat semenjak dari tadi tidak memandang ke arah saya. Cara dia duduk pun dapat saya rasakan mungkin dia ada masalah batin dengan saya. Rupa rupanya benar, dia mengakui. Semenjak dari awal tadi dia sudah merasa gelisah dan risau dan bimbang, tak tau pula apa yang dirisaukan. Tapi saya lama lama dengar satu suara halus." Abang, jom lah balik..jom la bang, kita balik..Ustaz ni jahat tau .." saya pun hairan tiba tiba dia bersuara kepada suaminya dengan mengajak pula suaminya balik ke rumah.

Saya agak inilah suara suara yang selalu mengajak suaminya berbual sepanjang malam sebelum suaminya sendiri tertidur. Suaminya itu sebenarnya anak bekas tok sidang di BNO yang bekerja di Kuala Lumpur. Saya pernah berkawan dengan adik adik lelakinya termasuk Mamat. Kalau Farid saya pernah berjumpa di rumah Wak Juki Parit Baru sewaktu di jemput datang melihat anaknya yang terkena isim akibat mengamalkan ayat ayat perang. Saya seru jin yang berada di dalam perut isterinya keluar sebahagian supaya dapat bercakap dengan saya dan membuat sedikit perjanjian kalau boleh. Saya minta Kak Hasbi yang kebetulan pula datang pada malam itu untuk menjadi sarung kepada jin senggugut ini.

JIN SENGGUGUT MAKAN JANIN DAN DARAH.

"Kenapa kamu ganggu saya, kenapa kamu kacau aku nak duduk dengan dia" meracau racau marah suara keras itu memarahi saya." aku tahu kamu dah tipu kawan kawan aku, kamu perdaya dia dengan bermacam macam cara, tapi jangan ingat boleh perdaya aku..ha ha ha ha.." Terkedu saya mendengar kata katanya, seolah olah dia mengikuti perkembangan diri saya merawat dan berunding dengan jin. Memang saya memilih berunding kerana itu adalah pesan guru. Jadi pasti ada kebaikan jika menurut pesan guru. Tetapi individu lain, lain pula haknya, saya tidak boleh menghukum mereka. Kenapa saya berunding dengan mereka , sebab saya dibenarkan menyembelih mereka kalau mereka mendustakan Allah dan rasul itu sahaja.

Saya beri tawaran istimewa yang sangat sukar diperoleh jika tidak mendapat kerjasama dari bangsa jin yang sama. Kepada jin pemakan janin itu saya tawarkan makanan janin dari alam jin setiap hari semangkuk besar. Saya jemput salah seorang dari bangsa yang sama dengannya yang sememangnya suka makan darah dan janin membawakan semangkuk penuh janin di dalam pandangan jin. Setelah hidangan itu sampai, terjelir jelir lidahnya bersegera untuk menghirup darah yang ada. " Nanti dulu, saya benarkan kamu memakannya selepas kamu keluar dari tubuh ini. Dia pun bersetuju lalu dia menjerit dan perlahan lahan dia mengendurkan diri keluar dari tubuh Kak Hasbi. Saya faham ada permainan menguji kecekapan akal waktu itu sebagai tanda kebijaksanaan sang jin penipu. Dia keluar memang dah keluar tapi keluar dari tubuh Kak Hasbi masuk semula ke sarung tubuhnya yang asal juga.

Dengan izin Allah saya terus bangun dan mendekati isteri si Fadil, meminta dengan menghadapkan diri ke arah kiblat dan meluruskan kedua belah kakinya. Tidak lama selepas itu isteriny terjatuh ke lantai simen, segera dipapah oleh suaminya yang kebetulan pun memang ada disebelahnya. Tidak lama kemudian isterinya kembali pulih dari lemah dan ingatannya pulih segera, dia bercerita kepada saya banyak angin telah keluar sebenatar tadi. Senak perutnya selama ini tiba tiba hilang serta merta. tetapi badannya terasa amat lemah sekali. Saya bersyukur ke hadrat Allah saya dapat berunding dan mengeluarkan jin pemakan darah dan janin wanita itu selama ini. Hanya dengan bantuan dari Allah..