PENGENALAN :
Perubatan Islam Nur Syifa’ wujud bersumberkan Ilmu Mengenal Diri.”Barangsiapa mengenal diri, maka kenallah ia akan Tuhannya”. “Diri” ialah jasad ghaib dan tidak nyata yang duduknya didalam jasad kasar kita ini. Ianya selain dari ghaib, juga bercahaya, bergelombang dan mempunyai jisim seperti arus elekrik iaitu positif dan negatif. Arus elektrik ini yang merupakan gelombang cahaya juga dikenali sebagai “Nur Ilahiah” mempunyai kelebihan yang tidak dapat di bayangkan oleh akal manusia, yang dapat dimanafaatkan untuk membantu sesama manusia didalam menyelesaikan masalah mereka, baik dalam masalah kesihatan maupun dalam masalah kehidupan. Kepada mereka-mereka yang telah mengenal diri ini, akan berupaya untuk mengalirkan tenaga “Nur Ilahiah” tersebut kepada pesakit mereka dan dengan izin Allah swt dapat menyembuhkan penyakit dan juga dapat mengatasi masalah kehidupan mereka hanya bersandar kepada niat, doa dan tawakkal kepada Allah Azza wajalla.
KAEDAH PENYEMBUHAN :
Perubatan Islam Nur Syifa’ tidak menggunakan apa-apa bahan alami ( seperti ubatan herba ), tidak menggunakan sebarang teknologi moden dan tidak meminta pertolongan jin atau khadam. Kaedah pengubatan Nur Syifa’, penyembuh akan mengalirkan tenaga “Nur Ilahiah” @ “Nur Syifa’” kepada pesakit melalui tapak tangan yang terlebih dahulu dibasahi dengan air wudu’. Sebagaimana hebatnya ciptaan teknologi komputer, tidak akan mampu berbuat apa-apa sekiranya tidak ada tangan yang menggerakkannya dan melaksanakan program yang telah direkacipta khusus untuknya. Begitu juga dengan kehebatan ciptaan Allah swt, yang tiada bandingan, kehebatan teknologi RUH yang Allah Azzawajalla tiupkan kedalam jasad manusia. Hidupnya jasad manusia dengan adanya RUH. RUH yang telah kembali mengenal Tuhannya setelah terpisah dari alam ruh, memasuki alam rahim ibu dan dilahirkan ke alam nyata akan berupaya melakukan sesuatu yang mencarik adat atau perkara luarbiasa, yang biasa terjadi kepada para Nabi dan Rasul melalui mukjizat, para waliullah melalui karomah dan kepada orang-orang soleh yang mendapat rahmat dan keredhaan Ilahi melalui maunah. Penyembuhan Nur Syifa’ adalah percikan rahmat Ilahi kepada penyembuh yang menyalurkannya melalui tapak tangan dengan kekuatan doa dan zikir asma ul husna.
RAHSIA WUDU’ DAN TAPAK TANGAN
Wuduk adalah pembukaan untuk penyembuhan segala macam penyakit. Tanpa wuduk, kesan penyembuhan penyakit itu akan minima. Dengan berwudu’, kita menggosokkan kedua belah tangan kita, Allah swt sedang memberitahu kita bahawa kita sedang mengaktifkan kekuatan kita dari 99 asma’ul-husna yang terletak di tapak tangan kita. Dengan menggosokkan itu kita menggunakan proses seperti untuk membuat api dengan menggosokkan 2 batang kayu. Menggosokkan ( batang kayu ) menghasilkan tenaga ( energi ). Jadi menggosokkan tangan menghasilkan energi.
Air mencegah energi itu dari merembes keluar lalu membekukannya. Dengan berwuduk, dimulai dengan menggosokkan kedua belah tangan dibawah pancuran air, akan mempertahankan energi itu didalam tubuh untuk digunakan kemudian. Pada tapak tangan kanan terdapat angka 18 ( Arab - /A ). Lihat pada nama Allah ke 18, Al-Fattah ( Maha Pembuka ), Lihat pula kepada nama Rasulullah saw ke 18, Rahmah ( Utusan Rahmah ). Jadi untuk membuka Rahmah, kita harus tahu nama-nama ini yang menjadi busana tangan kanan. Satu dan delapan bersamaan 9, asma Allah ke 9 adalah Al-Jabbar ( Maha Pemaksa ). Nama ke 9 Rasulullah saw adalah Aqib, Nabi terakhir Sempurna diantara semua CiptaanNya. Ahli neraka akan memanggilnya dengan nama ini untuk mendapatkan syafaat. Surah ke 9 adalah At-Taubah ( Ampunan ). Pada tapak tangan kiri terdapat angka 81, Al-Muntaqim ( Maha Penyeksa ). Nama Rasulullah ke 81, Dhul Fadl ( Sumber Kebaikan ).
“Allah akan menghukum mereka melalui tanganmu , menyelimuti mereka dalam malu, menolong kamu ( untuk menang ) mengungguli mereka, menyembuhkan dada orang beriman.”
( Surah At-Taubah : Ayat 14 )
Penyaluran energi dari tapak tangan kanan membakar penyakit ( virus, bacteria , gula berlebihan, kolestrol, tumor, lemak yang menyelaputi urat saraf dan sebagainya ) manakala energi dari tapak tangan kiri menyembuhkannya. Energi negatif dari tangan kiri merupakan percikan bahang api neraka, digunakan untuk menghapuskan energi negatif didalam tubuh yang menyebabkab tubuh sakit termasuk kesan akibat gangguan jin dan sihir.
KEKUATAN ASMA’UL-HUSNA
Para ulama ilmu tauhid dan tasauf hampir sepakat mengatakan Asma’ul-husna termasuk sumber ajaran Ilmu Tauhid dan Tasauf Ketuhanan. Lalu dikenalilah apa yang mereka sebutkan dengan kata”Tauhidul Asma”. Dalam Kitab AD DURRUN NAFIS yang disusun oleh Syeikh Muhammad Nafis bin Idris Al Banjari, dijelaskan tentang TauhidulAf’al, Tauhidul Asma, Tauhidus-Sifat dan Tauhiduz-Zat.
Di sana dijelaskan bahawa apabila seseorang sudah sampai pada tingkat TAJALLI ASMA ( Tampak nyata rahsia Asma-asma Allah ) bererti orang itu telah termasuk tingkat tinggi dalam keimanannya. Allah swt memerintahkan agar berdoa dengan nama-nama Allah dalam Asma’ul-husna. Setiap kali berdoa untuk sesuatu hajat, dianjurkannya dengan meneyebutkan nama Tuhan yang ada hubungannya dengan kepentingan itu dan ini adalah salah satu kunci keberhasilan dari doa yang disampaikan kepada Allah swt.
Selain dari Asma’ul-husna, ada pula yang dinamakan “ISMULLAH AL A’ZHAM” ( Nama Allah Yang Teragung ) yang dijelaskan oleh Rasulullah saw , sesiapa sahaja yang berdoa dengan Nya, doanya diperkenankan oleh Allah swt. Ada beberapa pendapat ulama’ tentang ini :-
a) Ismullah Al A’zham adalah suatu nama yang diberikan Allah kepada seseorang hamba yang dicintaiNya. Hal itu adalah suatu rahsia yang tersembunyi antara seorang hamba dengan Allah swt.
b) Ismullah Al A’zham itu bukan hanya satu tetapi untuk setiap orang yang telah diberikanNya adalah berbeza-beza, dan untuk setiap orang yang mendapat itu adalah dengan peribadinya sendiri.
c) Ismillah Al A’zham tidak berupa satu nama yang boleh diucapkan dengan lisan atau tulisan, tetapi adalah hakikat dari suatu nama Allah, yang ada pada hamba tanpa disedarinya.
APAKAH KESIHATAN ?
Firman Allah menyebut bahawa mungkin apa yang disangka tidak baik oleh anda itu sebenarnya baik bagi anda, dan apa yang baik pada sangkaan anda itu sebenarnya tidak baik bagi anda. Imam Al-Ghazali, pernah mentafsirkan idea itu seperti berikut : “Penyakit itu adalah satu daripada bentuk pengalaman yang dengannya manusia dapat sampai kepada Allah, kerana Allah berfirman bahwa penyakit itu hambaNya dan disertakanNya dengan orang-orang pilihanNya.
Punca Penyakit :-
1. Ada urat saraf yang putus, keras, kering, kesejukan, telah berjangkit, membusuk, disaluti lapisan lemak ( asid linoleic dan sebagainya )
2. Terdapat saluran darah yang aliran darahnya tidak lancar, tersekat, mengecil, putus, tidak cukup lembut disebabkan dilapisi oleh asid linoleic.
3. Terdapat saluran lendir dan cecair tubuh yang tersumbat.
4. Fikiran, kalbu dan nafsu yang tidak seimbang.
5. Warisan atau keturunan.
Pembahagian Sistem Saraf :-
Dalam ilmu kedoktoran, system saraf dibahagi kepada 2 bahagian, iaitu :
1. Sistem saraf pusat atau tunjang yang terdiri daripada tulang punggung ( ruas tulang + sumsum tulang ) dan otak ( CPU , pengawal semua aktiviti , subsistem dan organ dalam tubuh kita.
2. Sistem saraf periferi yang merangkumi system saraf spina dan saraf kranium dan menyebar kesetiap organ tubuh kita untuk menghantar maklumat bagi tubuh melakukan pergerakan.
Urat saraf berfungsi sebagai penghantar isyarat ( cabling/transmission system ) yang bertugas menghantar isyarat infra merah dari sel otak kita kehujung saraf yang membolehkan otak mengawal, menggerakkan subsistem pada tubuh kita. Jika difikirkan , urat saraf sangat canggih jika dibandingkan dengan fiber optic cable yang ada pada system elektrik. Cuba bayangkan sel otak yang sangat kecil dan hampir cair dapat menggerakkan tubuh kita. Ini bererti setiap satu gerakan yang diperintah oleh otak tidak mungkin dilakukan oleh hanya satu sel otak sahaja. Mungkin berjuta-juta sel otak yang akan bertindak dan sudah tentu terdiri daripada berjuta-juta serat saraf. Dan cuba fikirkan, bagaimana system pemanas ditubuh kita dapat menghasilkan suhu yang sama rata keseluruh tubuh.
Keistimewaan Saraf Manusia :-
1. Dapat menyimpan elektrik negatif.
2. Sangat tegang, elastik dan kuat.
3. Boleh tumbuh dan berkembang.
4. Bertindak sebagai sensorik dan monorik serta pengalir tenaga ( power cable )
5. Memiliki system penahan atau pencegah ( blocking ) yang bertindak untuk mencegah kerosakan sel otak ( CPU ).
6. Boleh menghasilkan haba yang sangat tinggi, melampaui kepanasan api.
7. Boleh menghasilkan frekuensi radio.
8. Boleh menyebarkan radiasi sehingga dapat menyebabkan gangguan elektronik pada saraf individu lain ( menyebarkan virus )
9. Mempunyai program yang telah ditetapkan dan boleh dipertingkatkan lagi tahapnya bergantung pada amalan dan perbuatan seseorang.
10. Boleh menyimpan memori.
11. Saraf yang mengendalikan organ tubuh kita seperti jantung, paru-paru, buahpinggang, hati, hempedu, limpa dan perut.
12. Kerosakan system saraf diyakini dapat diturunkan kepada generasi atau anak kerana struktur saraf mereka jelas sama seperti orang tua mereka.
ILMU PENGETAHUAN PENYEMBUHAN SPIRITUAL
Proses penyembuhan spiritual meremajakan kekuatan hidup tubuh melalui beberapa titik focus didalam tubuh. Teknik spiritual menghasilkan suatu kesan neuro psychological yang mengakibatkan system saraf pusat menghasilkan suatu orkestra endoktrin untuk menjadikan pengurangan rasa sakit , menyembuhkan penyakit padatempat-tempat sakit dan menyeimbangkan seluruh tubuh.
TENTANG ENERGI DAN BAGAIMANA PENYEMBUHAN SPIRITUAL BEKERJA
Penyembuhan spiritual bukan suatu proses yang misteri, tetapi merupakan hal yang langsung, meskipun terkadang cukup kompleks. Teknik penyembuhan spiritual meliputi medan energi yang ada disekitar kita. Setiap orang memiliki medan energi atau aura yang mengelilingi dan masuk kedalam tubuh fisik. Medan ini secara dekat berhubungan dengan kesihatan manusia.
Pada budaya yang berbeza, energi ini memiliki nama-nama yang berbeza seperti :
Ki dalam bahasa Jepun
Chi dalam bahasa Cina
Prana dalam bahasa Hindi
Qudra dalam bahasa Arab
1/ Energi adalah nafas kehidupan yang dianugerahkan pada kitaoleh Yang Maha Kuasa – Allahu Azzizul Hayyul Qayyum, untuk menjaga manusia dan semua ciptaan.
2/ Energi mengatur pola piker kita dan emosi, merupakan sumber kekuatan hidup dan merupakan factor penggerak untuk semua makhluk hidup. Energi berputar pada badan kita dan dapat dikumpulkan untuk penyembuhan.
3/ Hal ini merupakan sumber penggerak alam semesta. Ketika manusia meninggal dunia, maka energi asal ( atau kekuatan hidup ) pergi sehingga badan dapat terurai.
4/ Badan kembali keasalnya dibumi dan spirit menuju alam spiritual energi malaikat.
5/ Energi ini tidak pernah hilang dan keberadaan energi ini susah dimengerti oleh sains dan kedoktoran moden.
Energi spiritual yang tidak diketahui ini berada dibalik setiap titik darah makhluk-makhluk yang bergerak, berada dibalik setiap sel hidup, dan merupakan daya penggerak system tatasurya dan galaksi. Energi penyembuhan spiritual juga analog dengan air terjun . Apabila air terjun tersalurkan dengan cara yang benar, maka dapat digunakan untuk menghasilkan energi elektrik dan memberi cahaya.
ASAL MUASAL KAEDAH PENYEMBUHAN SPIRITUAL
.
Penyembuh spiritual mewarisi kaedah yang digunakan oleh Rasulullah saw. Kata Rasulullah pada sahabat, “letakkan tangan engkau keatas bahagian yang sakit pada badan engkau, baca Bismillah 3 kali dan bacakan 7 kali akan ( doa perlindungan ini ) : “ Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasanNya daripada keburukan apa yang aku rasakan dan aku bimbangkan.”
Dalam rawatan ini terdapat beberapa hal, diantaranya : Menyebut nama Allah, menyerah urusan kepadaNya, memohon perlindungan dengan kemuliaan dan kekuasaanNya dari bahaya rasa sakit. Semuga cara itu dapat menghilangkan rasa sakit, kemudian diulang-ulang agar lebih mujarab dan lebih mengena. Sama halnya dengan meminum ubat yang juga mesti berulang-ulang agar boleh mengeluarkan zat penyakit. Bilangan yang 7 itu mengandungi keistimewaan tersendiri.
Didalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan bahawa Nabi pabila menjenguk keluarganya yang sedang sakit, baginda mengusap tubuhnya dengan tangan kanan baginda sambil berkata :
“Ya Allah, Tuhan sekelian manusia, lenyapkanlah rasa sakitnya, berikanlah kepadanya kesembuhan kerana Engkau Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kerana pertolongan Mu; kesembuhan yang tidak diiringi dengan sakit yang lain.” Ruqyah seperti ini mengandungi tawassul kepada Allah melalui kesembuhan rububiyyah dan rahmatNya dengan memberi kesembuhan, sebab memang Allah satu-satunya yang boleh memberi kesembuhan. Sesungguhnya kesembuhan itu hanya berasal dari Nya. Lalu ruqyah ini sudah mengandungi tawassul kepada Allah melalui tauhid, ihsan dan keyakinan kepada Rububiyyah Allah.