Friday, July 26, 2019

MUKJIZAT AIR YANG DI DOAKAN


12/07/2019 – Sihir Bomoh Buddha dari majikan dan keluarga



Kes ni berlaku di Peringat, Kota Bharu di mana rawatan ini adalah susulan ke 4.

Rawatan pertama kali adalah gangguan saka nenek. Susulan kedua baharu muncul jin-jin sihir dari majikannya.

Susulan ke 3 muncul pula sihir-sihir dari keluarga sendiri akibat tamakkan harta pusaka. Rawatan kali ke 3 turut di sertai beberapa Jemaah GFSK yg turut sama membantu mengusir jin-jin saka nenek dari rumahnya dan jin-jin sihir dari hantaran keluarga sendiri dan sekaligus jin-jin tersebut mengakui kematian tuan-tuannya iaitu bomoh-bomoh siam Buddha.

Kali ini rawatan susulan ke 4 di mana jin-jin siam majikan kembali menyerang dengan perantaraan produk-produk jualan yang di sentuhnya. Walau pesakit dah berhenti kerja namun jin2 tersebut dapat menembusi melalui produk2 kecantikan yg turut di sihirnya. Pesakit masih berhubung dgn syarikat tersebut dgn membuat sales online dan akibat nya dinding dapat di tembusi juga.

Rawatan hanya berlangsung selama ½ jam di mana jin2 tersebut tak mampu bertahan walau datang dari siam dari tokong2 besar namun berdepan dengan anak cucu keturunan Rasulullah dari Yaman ni dan juga berdarah dari dua Panglima Agung MELAYU iaitu Tok Tuah dan Tok Jebat dengan di dampingi 10 wali songo yg di akui jin2 itu sendiri, maka mereka berundur kerana tak mampu melawan.

Rawatan berlangsung selepas waktu asar sebaik kami sampai dan berehat sebentar di hotel. Perjalanan jauh membuat badan penat dan bila jumpa tilam, langsung tak sedar dah…lena sampai pagi di bawah hembusan air cond yg begitu sejuk. Pagi esoknya saya lihat ada message memberitahu ada “missed call” dari nombor yg tidak di ketahui. Bila di semak rupa2nya nombor suami pesakit dan panggilan di buat 3 x. Sahla jin-jin tersebut dah block talian sehingga panggilan tak sampai , salah satu kemampuan jin selain dapat mematikan enjin kenderaan juga.

13/07/2019 - Selepas zohor kami kesana dan mendapati kerasukan semula adalah dari jin-jin yang menghuni tubuh anaknya pula. Selain jin2 yg di hantar kepada anaknya , ada juga jin2 lain muncul iaitu yang di hantar oleh keluarganya iaitu pakciknya yang mahukan hartanya. Iaitu jin “minyak mati terbunuh” yang di calit di dnding rumah dan pokok2 di luar. Semuanya tak mampu bertahan, saya bagi pilihan samada mati terbakar atau masuk penjara sunan. Penjara juga menjadi pilihan agar dapat terus hidup. Rawatan berlangsung pun tak lama, dalam sejam lebih dan kami pulang ke hotel sebelum asar utk berehat. Malam nanti nak follow up lagi.

Selepas Isyak kami ke sana lagi dan pesakit masih di rasuk oleh jin-jin yg masih bersembunyi di dalam rumah. Bila pesakit ke dapur utk menghidangkan minuman tetiba ia kerasukan, jin2 ni gementar tiap kali saya datang tetapi yg kena cekup yg dekat duulu lah. Jin-jin ni pula memberitahu ada jin2 lain juga yang di hantar oleh makciknya yg juga tamakkan hartanya. “ Aku tengok je , aku tak campur. Makcik dia tuang minyak mati bunuh kat pokok luar tu nak sihir makdia bagi mati. Dia pulak yg kena” kata jin itu.

“ Kau panggil semua jin-jin tu dan ajak lari dari sini” kataku. “Nahas kalau masih ada , aku akan bakar semua”. Di seru semua jin2 itu dan mereka lari katanya. “ Mung pung keluar jugak, kalau tak aku bakar”. “ Keluar gi mana” tanya jin tu. “ Masuk penjara Sunan “ kataku.” Mu tipu aku, ingat aku tolong mung, takyah masuk penjara”. “ Mung dah buat salah kan, 6 tahun kan engkau duk dalam tubuh dia ni kan?”

Takleh ngelak dan takde sebab , samada mati atau penjara. Mereka keluar juga.

Aku berdepan dengan jin-jin kafir ni takde baca apa-apa ruqyah atau mantera sakti mahu pun bacaan AL Quran. Jin-jin dah kenal hamba-hamba Allah yg terpilih yg di damping oleh rijalulghaib yang merupakan bala tentera Allah yg membantu bila diperlukan. Bukan menyeru Rijalulghaib, “ Allah jua tempat meminta”, di datangkan bala tenteranya membantu.

Baca mantera syirik atau meruqyah dengan iktiqad yg syirik iatu mantera dan ruqyah berkuasa membakar dan melemahkan jin-jin,akan mengundang jin-jin datang bukan mengusir. Lihat sahaja ruqyah massal yg di buat oleh ustaz2 peruqyah, kenapa dah tahu nak di rawat, jin2 tu duduk lagi di situ kalau tahu perawat tu mampu memusnahkan mereka. Pada hakikatnya bacaan ruqyah itu lah yg memanggil jin2 tu datang dan berlakon hysteria dan kerasukan bila iktiqad mereka bahawa bacaan mereka adalah mantera sakti. Sakti sangat pergi lah ruqyah banduan2 di penjara tu, usir semua jin2 yg menghasut mereka kejalan maksiat dan kejahatan, baharu aman dunia ni dari jenayah.

Begitu juga kalau sakit, bergantung dengan ubat. Mensyirikkan Allah dgn benda dgn iktiqad mampu menyembuhkan. Walau pun produk sunnah tapi tak kena gaya dan iktiqad akan jatuh haram juga. Dalam diam-diam ustaz2 kita mengajak kita kepada kesyirikan dengan bergantung kepada ubatan , bukan terus meminta kepada Allah Azzawajalla bila sakit…….” Apabila aku sakit, Dia yg menyembuhkan”

DIA tu Allah bukan ubat.

16/07/2019 – ANAK DI SIHIR BAPA SENDIRI ( PINDAH SAKA ) – Siri 14



Message di terima tak sampai sejam untuk pesakit bersama ibunya berhajat untuk datang. Kata ibunya ada sakit sikit2 lagi dan mimpi pelik2. Kebetulan saya bersama beberapaorang Jemaah sedang berurusan dengan ejen hartanah untuk penyewaan rumah dibuat Markas dan Homestay GFSK D’Syifa.

Maka saya mempelawa 3 orang Jemaah ini untuk menjadi saksi pengubatan ini agar penceritaan saya nanti tidak menjadi tanda tanya bagi pembaca apatah lagi perawat lain yg memang tidak pernah jumpa kaedah dan cara yg berbeza kerana saya bisa menundukkan dan mengalahkan jin-jin dengan mudah .

Pesakit dan ibunya sampai pada jam 10 malam dengan wajah yg ceria keduanya. Si ibu turut membawa tongkat senjata peninggalan arwah bapanya yg turut di minati oleh bekas suaminya yg merupakan penyihir anaknya. Saya melihatnya dan membersihkannya dari isian-isian yg batil.

Pesakit berbaring dan saya berdoa di kepalanya macam biasa. Selepas berdoa, saya membaca ayat-ayat tertentu sementara menunggu jin-jin tu bangkit.

Jin yang pertama bangkit adalah jin dari Sabah. Bila saya tekan, dia menjerit memanggil bapanya kemudian ibunya, mereka enggak datang. Dalam 5 minit dia pun caabut.

Ku seru lagi, bangkit jin yg kedua dari Jawa. “Aku kenal engkau, aku bukan datang nak lawan engkau tapi nak bertanya khabar je” katanya. Kami pakat ketawa dengan perkataannya yg lucu itu. “Aku tak mampu nak lawan engkau dengan 10 wali songo dengan engkau….aku pergi dulu ya”

Ku seru lagi, walau pesakit kelihatan diam dan mengucap 2 kalimah syahadah, ianya bukan boleh di percayai. Ku tekan lagi, kali ini bangkit bapanya sendiri. Ia marah-marah kerana kerana aku kerap ganggu kerjanya sehingga ia gagal untuk melaksanakan misinya. “Kalau engkau nak khianati anak sendiri, biar aku yg jaganya dari kedurjanaan engkau”. “ Mengganggu dia seperti mencari pasal dengan aku” kataku. Dengan marah dan ancaman nya terhadapku namun ia nyata keluar juga tak mampu hadapi Cahayaku.

Biasanya kalau bapaknya yg keluar selesailah…..namun isteriku tahu masih ada yg menyembunyi kat dalam tu. Dia duduk bersila mengadap Jemaah, aku di belakangnya memeriksa. Rupanya duduk di kepala….ku tekan, degil tetap degil. Isteriku mencari juga ada di bahagian kakinya. Marahnya bukan main “ kau tau je kat mana aku duduk ya”. “Kau nak kena bakar ya” kata isteriku.

“Kau mengugut aku” herdiknya pada isteriku. “ Kau nak lawan aku ke?” Aku pula herdiknya. “ Kau lain la…..” katanya. Akhirnya ia keluar juga. Takde lah lama sesi ni, mereka and the gang dah berkali-kali kena belasah dgn aku dan di kurung di penjara sunan. Baharu lah pesakit berkata merasa lega di bahagian badan dan kepalanya, rasa ringan. SI ibu nya berkata, “ ada hari itu dia kata nak cekik saya, risau juga kami berdua je, apa jadi kang….”

Selagi bapanya tu masih hidup, dia akan berusaha juga utk memindahkan dan membunuh anaknya ni, apa lah busuk punya hati manusia ni. Lebih kurang kes sebelum ni Cuma bezanya yg itu bapanya dah mati tetapi di huni oleh Iblis Laknatullah yg menyamar sebagai bapanya.

HATI-HATI DENGAN ORANG YG MENYAMAR SEBAGAI SAYA

Hati-hati dengan penipuan ini, wak ni menggunakan gambar saya untuk busines tarik nombor dan harta.
Agaknya jin-jin tu bagi syarat supaya dapat izin saya ke atau wak ni sengaja nak memburukkan saya...



15/07/2019 – ANAK DI SIHIR BAPA SENDIRI ( Siri 3 )



Kes ini merupakan rawatan ulangan kerana selagi penyihir masih hidup, risiko berulang serangan sihir adalah pasti.

2 beradik yatim piatu yang di sisih keluarga sendiri yakni oleh bapa dan abang2 serta kakak2nya yang memihak kepada bapanya yang sebenarnya tidak mengetahui apa perbuatan jahat bapa mereka ini. Mujur ada dari kalangan saudara iaitu pakcik mereka yang mengetahui perbuatan jahat si bapa dan menasihati kedua beradik ini agar berubat dengan orang yg benar dan arif.
Si abang seorang Jurutera dan si adik masih belajar di UITM dalam rangka bercuti dan kerana kesibukan masing2, rawatan ulangan ni terlalu jauh jaraknya dan lambat untuk di selesaikan. Biasanya kes2 saka dan sihir saya minta rawatan selama 3 hari berturut2 agar dapat di selesaikan terus apatah lagi jika pesakit datang dari luar kawasan. InsyaaAllah tak lama lagi kami akan sediakan Homestay, kemudahan bagi pesakit untuk di sewakan yang datang dari luar KL dan Selangor agar dapat menginap dan meneruskan rawatan selama 3 hari berturut2. Bagi pesakit yang tak dapat datang dan meminta saya pula untuk ketempat mereka, insyaaAllah boleh di uruskan dengan pembiayaan yangberpatutan.
Si pesakit berbaring dan saya memulakan Doa dan bertawasul dengan Nama-Nama Allah Yg Agung. Tak sampai seminit pesakit ( anak gadis berusia 23 tahun ) menunjukkan reaksi muka yg kurang elok. Jin2 di dalam badannya mula resah kepanasan dan menunjukkan diri mereka dgn aksi diri mereka iaitu jin monyet yang pertama muncul.
Seperti biasa lah, saya tekan di tempat tertentu untuk menyiksanya. Menjerit kesakitan, melolong kuat betul. Risau takut jiran2 datang bertanya pulak. Kalau tak di sakiti mereka akan diam , nak lari keluar pula takut melanggar arahan tuannya. Akhirnya keluar juga jin monyet ni dalamasa 5 minit .
Seterusnya saya menyeru lagi, “ siapa lagi yang ada, sila bangkit”. Bangkit lagi jin yang seakan monyet , berbicara…..selepas menanggung kesakitan akhirnya dia berbicara dengan lembut. “ Aku tahu siapa engkau, aku tak mampu nak lawan engkau. Dengan engkau ada 10 Wali-songo yang membantu. Aku takut dengan wali songo” katanya.
Dia dengan sukarela menceritakan asal nya dan kelemahan sihir ini dan di mana puncanya dan bagaimana untuk di lemahkan dan di hancurkan. Dia di letakkan bersama anak gadis ini semenjak ia di lahirkan dan di kunci di beberapa tempat iaitu di kaki, bahu , ubun2 dan bahagian rahimnya. Dia sendiri benci dengan kezaliman si bapa anak gadis ini namun kerana ia adalah kerjanya dan mudah , ia laksanakan juga. Namun bila berdepan dengan saya , dia dan jin2 yang lain tak mampu untuk melawan malah menderita jika terus bertahan.

Dia menunjukkan di jari kaki tempat yang perlu di bukakan kunci dan mengeluarkan mereka. Di pandunya saya dengan cara dan kaedah yang betul. “ Tuan syeikh hanya focus dan jangan bimbang Syeikh Siti Jenar bersama tuan membuka kuncian ini”. “ Jika syeikh focus, syeikh akan nampak bahawa bapa anak ini sedang menyucuk2 jari2 itu dan tau apa tuan sedang lakukan”. “ Syeikh boleh nampak mereka dan mereka juga sedang tengok syeikh dengan jin2 sakai ni”. Sementara saya focus mengalirkan energy zikir dan berzikir dengan khusyuk, jin itu berbicara pula dengan si abang dan menasihatinya. Di larangnya kedua beradik ni dari balik ke kampong jumpa bapa mereka kerana si bapa akan menambah lagi kekuatan sihir ini pada anaknya. Sedang si bapa dan adik beradiknya dah fitnah macam2 kepada mereka berdua kerana tidak lagi pulang ke kampong. SI BAPANYA SEBENARNYA TELAH PUN MATI DAN YG HIDUP DI JASADNYA ADALAH SYAITAN DARI KETURUNAN DAJJAL YANG MENGGUNAKAN ILMU SAKAI. Si ibu telah pun di bunuh oleh syaitan ini dengan sentuhan sahaja semasa di hospital akibat kanser payudara, kanser ini adalah sihir yg mana jin2 tersebut duduk di tempat itu bertompok2. Namun rawatan hospital seperti bedah dan kimo belum mampu membunuhnya kerana zikirnya, maka ia sendiri lah yg terpaksa lakukan demi menjaga rahsia ilmunya yang hanya di ketahui oleh kedua beradik ini dan saya.
Kerana saya mempercayai apa yg berlaku berbanding ustaz-ustaz sebelum ni yg gagal merawatnya kerana tidak percaya apa yg berlaku tu memang benar2 wujud. Kegagalan rawatan ustaz2 sebelum ni adalah kerana tidak percaya kpd yg ghaib yg mampu di lakukan oleh syaitan2 ini dan lemahnya iman serta iktiqad yang salah. “ Kau mampu menyelamatkan anak gadis ini kerana keyakinan engkau , kepercayaan engkau kepada yg ghaib2 dan sifat engkau sendiri yg tidak kenal putus asa”. “ Malah bersama engkau 10 wali songo yg tak mampu kami hadapi”. Pesakit sendiri pernah cerita, rawatan dengan ustaz2 sebelum ni tak macam ni, seolah tak power langsung. Kini pesakit hanya percayakan saya malahan segala rahsia terbongkar di ceritakan oleh jin2 itu sendiri malah di nasihati pula oleh jin2 tu yg kasihan pula akan mereka, walau pun mereka jin tetapi masih ada hati perut namun syaitan manusia ni memang hilang aqal dan dah tak waras.
Setelah selesai buka kuncian di jari kakinya, kami berehat sebentar untuk memberi peluang pesakit memulihkan tenaganya. Jin2 itu bercerita penuh emosi, sehingga mengalir air mata pesakit dan penuh dengan penyesalan. Begitu lah bila datang yg Haq, musnah lah yg batil. Perawat lain gagal menundukkan jin2 tersebut kerana tiada back up dari Rijalul Ghaib, hanya gi belajar dan kursus tanpa mewarisi apa-apa dari keturunan yg baik2, macamana nak lawan jin2 yang beratus tahun umurnya? Yg punya ilmu dajjal sedang engkau hanya membaca ayat2 ruqyah tetapi kemukjizatan AL Quran sendiri tidak terbukti dalam dirimu baik para ulama sendiri, sakit bergantung dengan ubatan dan doctor, TUHAN MASIH TIADA DI HATI KALIAN.
Sesi kedua untuk membuka kuncian di bahu kanannya. Kali ini penghuni jin2 ini lebih kuat dan banyak. Jenuh abangnya sekuat tenaga memegang adiknya dan saya pula menekan bahunya dengan bacaan zikir yg berterusan. Rawatan ini tiada bacaan ruqyah mahupun bacaan apa-apa surah dari AL Quran. Takperlu pun sebab jin2 di dalam badannya segera bangkit kepanasan dengan sentuhan tangan saya yg mengalir tenaga zikr yg kuat. Terasa kekuatan jin2 ini bila tangan saya dan pesakit bertaut, kuatnya ia menggenggam tangan saya seolah tangan seorang bodybuilder.
Setelah gagal melawan dan sengsara kepanasan, ia keluar sedikit demi sedikit mengambil masa sejam juga . Setelah keluar jin2 itu dari bahagian ini dan pesakit di sedarkan, saya ke dapur untuk mengambil air sejuk dan doakan agar dapat memberi kesegaran dan tenaga padanya.
Dalam keadaan duduk , ada jin yg bangkit dengan tenang dan berbicara dengan saya dengan baik. Menasihati saya agar teruskan usaha ini untuk menyelamatkan gadis ini kerana saya punya kemampuan untuk menundukkan mereka dan memusnahkan penyihir itu, katanya sudah terbau kebusukan jasad penyihir yg dah mati lama tu dan si abang juga di nasihati agar menjaga adiknya baik2.
Jin2 ini akhirnya akur dengan saya dan berbicara dengan jujur walau mereka kafir, kata mereka. Kerana meraka boleh menilai hati-hati manusia yg jujur dan punya keampuhan ilmu serta ketinggian iman. Malah mereka membantu saya menunjukkan punca serta mengajar cara mengatasinya.
Alhamdulillah, DIA Belaka. DI tunjuki siapa yg di kehendakiNya dan di berikanNya bantuan kpd hambaNya yg di kehendakiNya.
Rawatan susulan saya minta datang selepas seminggu agar pesakit dapat pulih dari kesakitan di tubuhnya. Ada 3 tempat masih perlu di buka kuncian dan di musnahkan sihir2nya.

*KENAPA BANYAK YANG BERDZIKIR TAPI MEMBUAT DIA SEMAKIN DEKAT DENGAN SYAITAN*


Seorang Murid Bertanya Kepada GURUnya (Imam Al Ghazali)
“Syeikh, “ Bukankah Dzikir Bisa
Membuat Seorang Beriman Lebih Dekat Dengan Allah Ta’ala
Dan Syaitan Akan Berlari Jauh Darinya ?
“Benar,”
Jawab Imam al-Ghazali.
“Namun Kenapa Ada Orang Yang Semakin Rajin Berdzikir Justeru Malah Semakin Dekat Dengan Syaitan ?” Lanjut Sang Murid.
Gurunya Yang Diberi Gelar
Hujjatul Islam Inipun Bertutur.
“Bagaimana Pendapatmu,
Jika Ada Orang Yang Mengusir Anjing, Namun Dia Masih Menyimpan Tulang Dan Berbagai Makanan Kesukaan Anjing Disekitarnya ?”
“Tentu, Anjing Itu Akan Kembali
Datang Setelah Diusir.”
Jawab Sang Murid.
Imam al-Ghazali Menjelaskan,
Demikian Juga Dengan Orang-Orang Yang Rajin Berdzikir
Tapi Masih Menyimpan Berbagai Penyakit Hati Dalam Dirinya.
Syaitan Akan Terus Datang
Dan Mendekat Bahkan Bersahabat Dengannya.
Penyakit - Penyakit Hati Itu Ialah :
Seperti Kesombongan,
Irihati, Dengki, Syirik,
Bersikap /berucap Kasar, Riya,
Merasa Sholeh, Merasa Suci,
Ghibah, Marah
Dan Berbagai Penyakit Hati Lainnya.
Ketika Penyakit-Penyakit Itu Menghinggapi Diri Seorang Hamba, Maka Syaitan Terlaknat
Akan Senantiasa Datang,
Mengakrabkan Diri,
Kemudian Menjadi Sahabat Karibnya

Sunday, May 19, 2019

25 Feb.2019 – PESAKIT DI SIHIR BAPA SENDIRI (7)



Malam tadi si ibu message ada gangguan lagi pada tengah malam pada jam 12.00. Dah takboleh buat apa, set temujanji selepas zohor.

Kata ibu dan mertua adiknya seorang doktor yang turut menemani memberitahu dari dalam kereta pesakit diam dan keras je badannya. Pesakit tak banyak cakap kerana menanggung sakit dan terus baring.

Selepas membaca Doa Pembuka, saya menekan bahagian2 tertentu agar jin2 tu bangkit. Bermula di bahu nampak ketidakselesaannya. Saya beralih ke sisinya dan memicit setiap sendi tangan dan kakinya yang keras dan kejang.

Berikut messaga pada ibunya yg ambil half day kerja bersama doktor tu :

* Ni area yg sakit kat badan i
* Seems that kaki kiri i tak leh angkat higher than knee level,
sakit
* Tgn kanan sakit dia if tido pon kena luruskan, if not susah
nak luruskan
* Tekak kiri dgn blkg tengkuk sakit
* Tulang dayung both
* Perut and dada tu forever cramp, takleh nak tegakkan bdn
terus, kena slowly.. tu pon sakit
* Sakit here bukan sakit luka tu, but sakit lenguh teramat sgt
mcm dh nak cramp
* Kaki kiri i kalo baring, tak leh angkat sbb peha kiri i dh mcm
cramp
* So if nak bgn katil, i kena roll abit and bgn slowly
* Muka i smlm menjelang magrib panas sblh kanan, tapak
kaki kiri kanan terasa panas
* Paha kanan pon terasa panas smlm
* Smlm masa i tido mlm, ada 2 kali i rasa mcm jarum dicuck
ibu jari kaki kanan i dgn tumit kiri i
* Tumit kiri dua kali dicucuk
* Ada muka baru muncul mlm smlm
* Muka lebar mcm jawa, pakai topi jawa, ada misai
* Yg pendekar thghri tu malamnya dia dh ketawa
* Then appear yg jawa tu

Ada di sertakan lakaran tempat sakit seperti di lampiran.

Saya picit tempat berkenaan dengan "niat" membuka segala kuncian dan pasak. Niat je ....baca BISMILLAH sahaja takde ruqyah bagai pun.

Marah makhluk tu . " Ko tak habis-habis kacau aku"

"Kau ni siapa pulak?"

"Aku dari Jawa.....dihantar untuk membunuhnya"

" Lupakan la...selagi aku ada, kau takkan mampu apa-apakan dia. Walau silih berganti tuan kau hantar pembunuh upahannya, kau takkan mampu apa-apakan dia kerana kau tak mampu hadapi aku"

Sambil melayannya, aku tekan je perutnya dengan ibu jari, kuasa elektrik voltan tinggi mengalir masuk merenjatnya. Takde baca apa-apa pun macam puak syirik peruqyah bingai.

" Tapi aku dah ambik upahnya, aku mesti bunuh dia sebelum harijadinya pada 1hb Mac" katanya sambil menangis.

" Jika kau berkeras, aku juga. Kau tak keluar kau yang akan terbunuh...." kataku.

" Baik....aku akan keluar tapi tuan aku akan hantar yang lebih kuat" katanya.

" Takde hal....biar aku yang uruskan, selamatkan dirimu dulu"

" Mengaku kalah dengan mudah je, berapa minit?" tanyaku pada ibunya. " Tak sampai 10 minit ustaz"

Pesakit sedar dan bangun duduk dengan agak selesa, dah hilang segala sakit2 dan dapat duduk dah. Isteriku dari bilik sebelah memberi isyarat dan ibunya juga berkata, kita tunggu dulu kot2 ada lagi.

Ku picit2 lagi dan bangkit yang lain pula. Tapi yg ini tak ingin berbicara , hanya bertahan dan akhirnya keluar.

Pesakit bangun dan duduk sambil bersembang ceritakan kesakitannya semalam yg dah hilang. Saya duduk di sisinya dan berkata pada ibunya untuk provoke jika ada jin2 lagi.

Bila tgk mukanya semacam saya tolak badannya berbaring dan tekan perutnya. Pompuan pulak menari2 ....
" Oooo ini yg dulu masa dengan cikgu tu. ada lagi"kata ibunya.

" Kau hendak apa ni, keluar aje lah" kataku

" Aku keluar, aku keluar "katanya

Aku provoke lagi dengan menekan2 perutnya. Bangkit pula "bapanya " sendiri.

" Anak sial, tak guna . Aku nak bunuh ko , bagi makan jin2 aku" katanya. " F......... mana anak-anak aku, semua melarikan diri dari aku" katanya pada isterinya.

" Anak mana nak duduk dengan kau, macam ni punya jahat. Patutnya kau bertaubat dan baiki diri, baharu anak-anak kau akan cari kau" kata ku.

" Mana anak jantan aku F......... mana waris aku. Aku sakit ni, takde sapa anak-anak aku nak tengok aku" katanya sambil nangis. Mengalir airmata dari mata pesakit (anaknya).

" Kan dah makan diri kau....." kataku.

" Mana anak-anak aku ......." ini pertanyaan untukku sebab semua pembunuh upahan belaannya hilang tak kembali. Aku telah menghantar mereka ke penjara ghaib Sunan.

" Kalau aku tak bagi mereka makan kau, aku yg kena makan" katanya . Mungkin ni akibat perjanjian tarik duit yg melibatkan nyawa dengan seorang USTAZ. Ustaz tu....ingat korang. Sebelum berubat dengan muridku di Jengka, si ibu berulang setiap minggu ke Darul Syifa tetapi tade apa-apa kesan dan berulang sakit tak hilang pun. Orang berpelajaran memang akan mencari Ostaz jugak tapi bila "indah khabar dari rupa" pasti semua lari dan mencari YG Haq. Muridku di Pantai Timur pula merawat satu kes, pesakit yg ku hantar padanya. Semua dah ok tapi perawat Darul Syifa yg dah gagal, perasan bagus datang kerumah pesakit utk merawat, tak tergamak untuk di halaunya. Sejurus itu jin2 masuk kembali selepas mereka membaca ruqyah memanggil jin2 tersebut kembali. Perawat ini memberitahu ku jika dia layan lagi Perawat Darul Syifa tu dia akan lepas tangan. Ketara ruqyah syariyyah menyeru jin.

Bapanya pun tak mampu hadapi aku. Menangis seolah merayu bila semua belaannya hilang......ilmunya akan makan dirinya bila " buku bertemu ruas" Yg batil takkan dapat mengalahkan Yg HAQ.

Akhirnya bapanya (JIN) keluar juga, tak tahan arus elektrik dari jariku merenjatnya. Pesakit agak sedih kerana dia mendengar perkataan bapanya tadi yg tergamak mahu membunuhnya sebelum tarikh lahirnya.

Ada 3 hari lagi dan kata ibunya selagi di ganggu, akan di bawanya kepada saya. InsyaaAllah.....ilmu sihir bapa pesakit telah nampak mula memakan dirinya sendiri.






28 Feb.2019 – PESAKIT DI SIHIR BAPA SENDIRI (8)



Malam ni siri ke 8 rawatan untuk anak gadis ini yang mahu di bunuh oleh bapanya sendiri setelah enggan mewarisi sakanya.

Seperti biasanya, setelah saya sentuh tempat duduknya, tunggu je muncul sekor2 jin di dalam badannya.

Pertama : Jin dari Sabah, jauh datangnya merayu supaya jangan di ganggu kerjanya kerana upahnya sudah di ambil. Tak mampu bertahan, tak sampai 5 minit keluar.

Kedua : Entah jin mana pulak, menari2 dengan lenggok tangannya, talk sampai 5 minit juga keluar.

Ketiga : Jin Harimau yg tak bertenaga kena karan dari sentuhan jejariku, lembik je nampak tangan nya ....keluar juga tak sampai 5 minit.

Keempat : Jin Pawang dari Jawa Barat, di upah untuk membunuh anak gadis ini. Merayu juga sebab dah terima upahnya. Tak tahan dia nak lawan den, keluar juga tak sampai 5 minit.

Ke lima : Ku seru bapaknya datang. Marah bebenor nampaknya. Kalau saka ni tak di pindahkan kepada anaknya ni, dia akan mati. Katanya " kalau dia ambik, keje engkau selesai, kerja aku selesai" katanya. Dulu katanya sampai 1 hb Mac je aje tempohnya, kali ni katanya ada seminggu lagi. Dia dah sakit tapi masih mengupah bomoh2 untuk membunuh anaknya ni. Kata maknya, " dia tak putus asa, kita pun takkan putus asa melawan". Dengan den, mudah sahaja jin2 ini di tumbangkan, tak macam Ustaz Eri yg glamour tu sembang je lebih, Darul Syifa pulak, cakap je besar tapi tong kosong. Den marah sebab ustaz2 ni menyusahkan orang ramai dengan ilmu batil mereka, menyalahgunakan ayat2 suci Al Quran untuk di jaja ilmunya dan mensyirikkan Allah SWT dengan kekuatan ayat2 AL Quran.
Bengap sangat ustaz2 ni sampai tak boleh beza, mukjizat, karomah, maunnah dan sihir. Mukjizat pada Rasul, Karomah pada Waliyullah, maunnah pada golongan mukmin dan soddiqqin dan sihir pada korang la yang mensyirikkan Allah Azzawajalla.

Bila tuan punya jin2 ni dan samseng2 upahannya dah datang, bermakna dah habis lari lah semuanya. Terpaksa lah bossnya datang ngadap ambo, merayu agar tidak di ganggu kerjanya. Ambo seksa jugak dgn karan ambo ni....bagi warning "jangan cari sakit dan jgn cari penyakit".

Selesai tak sampai sejam. Dah lemah sangat dah tapi bapaknya takde pilihan, untuk terus hidup kena korbankan anak2nya. Tu la....main lagi ilmu2 berkhadam. Tanggung la akibatnya dunia akhirat.

1HB.Mac 2019 - DI SIHIR RAKAN SEPEJABAT



Malam ni kes baru, katanya dah lama follow saya dan yakin kemampuan saya untuk mengatasi masalah gangguannya yang menguasainya sekian lama.

Untuk datang sahaja bermacam dugaan, terutama dari si suami yang mungkin fed up dengan cara dan kegagalan ustaz2 terdahulu.Janjinya pagi tetapi suaminya terpaksa masuk kerja dahulu dan tiba2 terpaksa masuk mesyuarat. Lalu saya tetapkan sebelah malam pula sebab ada urusan anak-anak2.

Masa di bacakan Doa Pembuka sahaja, pesakit dah semacam yakni jin2 badannya terus bangkit. Meraung menjerit sakit dan buat macam2 gaya .....saya melihat dengan perasaan tidak senang, firasat hati mengatakan ia adalah lakonan semata.

Pelbagai tempat saya cucuk dengan jari , dia menjerit dan marah2 dengan kuat. Risau saya kot jiran2 datang menjenguk tengah2 malam ni.....

" Kau jangan berlakon la..." kataku.

"Kau ni memang tau ye, dah ramai ustaz2 terpedaya dengan lakonan ku. Mereka ingat aku dah keluar ha ha"
"Aku memang degil, takkan keluar, ko nak buat apa?
" Kau bunuh je aku, kalau aku keluar pun kena marah dengan tuan aku" katanya.

"Siapa tuan kau" aku bertanya.

" .......... kerja setempat dengan dia. Dah ada bini, anak tapi bodah nakkan bini orang"

Pelbagai kenyataan jin2 ni berkenaan penyihir, suami dan keadaan pesakit yang di ceritakannya. Pasal penyihir tu saya nampak kebenarannya kerana walau pesakit isteri orang namun kecantikannya memang mempersonakan lelaki gatal. Tentang suaminya, sama sahaja dengan orang lain, kadang2 fed up dan tak percaya kerana situasi yg sama dan kadang-kadang buat pasangan marah dengan keadaan sakit dan mood nya yang tak menentu.

Pasal saya pun di ceritakannya. Pesakit dah baca dan follow artikel saya dah lama. Di mohonnya petunjuk dan di yakini saya lah jalan penyelesaian untuk belenggu masalahnya ni. Pesakit rajin membaca Quran, rajin Solat Tahajud dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan orang di sekelilingnya, iaitu suami, anak-anak dan ibunya. Si jin ni memuji ketaatannya pada si suami dan kesabarannya menghadapi situasi sakit dan mood suaminya yang tak menentu.

Dan lakonannya seolah sakit dan membuat gaya mcm terseksa buat saya rasa nak marah pun ada. Firasat saya kuat mengatakan semuanya lakonan semata.

"Kau memang tak tahu putus asa ya dan tau aku berlakon ya. Kau nak tunggu sampai bila...bunuh je aku" katanya." Ustaz2 lain mudah je aku tipu pastu suruh balik, datang hari lain"

"Aku tunggu bantuan Allah swt. Kau pun Islam juga, tak terkesan dengan zikir dan bacaan ayat2 suci. Bantuan Allah pasti datang untuk menangkap dan mengurung kau" kataku." Tak payah la berlakon dengan aku....."

" Kau berundur lah dahulu, biar pesakit ni balik dahulu. Dia ada anak kecil yg di jaga orang. Mlm esok kita jumpa lagi, aku pun nak tengok sejauh mana kau dapat bertahan" kataku.

Sekejapan pesakit sedar dan normal. Arahan ku yg ni dia ikut pula. Pesakit sedar dan senyum dan berkata mendengar segalanya. Mereka akan datang lagi dan terus berusaha....

Ini lah cabaran merawat kes-kes sihir, cabaran dan dugaannya. Tetapi kalau pergantungan hati takde pada Allah Azzawajalla, nescaya akan gagal . Bersandar pada ayat-ayat dan benda2 yg mempunyai kuasa. Konon kayu ranting nona, garam, kayu kokka , air bidara dan bagai " berkuasa" melumpuhkan makhluk2 halus. Halusnya syirik yg tersembunyi.

Jangan kemana-mana , ikuti sambungan kes ini nanti

2 Mac. 2019 - SYAITAN BERSARUNG MANUSIA MENYIHIR ISTERI DAN ANAK SENDIRI (3)



PERBUALAN DGN IBLIS LANGIT KE 7

Malam ni sambungan rawatan kali ke 3 anak gadis dari Perak ni, di temani abangnya. Pada sesi lepas, kehadiran 10 wali songo yg menemani saya membuatkan jin2 dlm badannya surrender tanpa melawan, "bangkit" utk mengenalkan diri dan keluar mengikut arahan saya tanpa soal. Malam ni 10 iblis, jin2 dan siluman bangkit dengan bantuan Syeikh Siti Jenar yang amat di takuti para makhluk halus ini dan ke 9 Wali2 Songo.

Setelah Doa pembuka di baca....ku teruskan dengan membaca Surah AL Mulk. Aku penat dah melayan makhluk2 halus ni berborak dan bercadang menyeksanya terus dengan aliran gelombang Nur Syifa ( tenaga Ilahiyyah) yg berkuasa voltan tinggi membakar dan menyeksa makhluk2 halus di dalam tubuhnya. Bukan ayat-ayat ruqyah yang membakar jin2 kafir tu tetapi Saintis telah membuktikan gelombang bacaan ayat-ayat suci Al Quran mempunyai pengaruh untuk "restructured" atau membina atau membaikpulih sel-sel yang rosak secara fizikalnya dan secara hakikatnya , penyakit2 ini adalah di sebabkan duduknya jin2 di tempat2 yang berpenyakit dan bila ayat-ayat suci AL Quran yg "khusus" di baca kepada pesakit , gelombang bacaan itu menyerap masuk dan kepanasannya membakar penyakit dan mengusir jin2 tersebut dan seterusnya sel2 tubuh sendiri memulihkan tempat2 tersebut dengan keajaiban sistem yg telah di cipta oleh Maha Pencipta.

Ku lihat perutnya makin membesar. Pesakit ada cakap kemudianya bahawa perut mula membusung. Ku bangkit dan duduk di sisinya dan menekan bahagian perut tersebut.

(1) Lantas bangkit makhluk pertama berupa siluman babi.

Memek mukanya dan hengusan nafasnya memang seperti babi. Hanya meraung kesakitan yg amat. Ku bertanya tak nak jawab lalu ku suruh keluar je. Tak sampai 5 minit, keluar.

(2) Bangkit yang kedua , siluman juga. Tak lama keluar juga.

(3) Ku mula tekan bahagian sensitif dengan siku. Bangkit yang ganas betul. Meraungnya sakit teramat sakit, bukan seperti jin semalam yang berlakon sakit memperdaya setiap perawat sebelum. Dengan ambo, dah boleh beza antara lakonan dan realiti insyaaAllah.
"Bakriiiiiiiii...mana kau. Kau yang letak aku di sini....mana kau" katnya.
"Kau tak habis kacau aku. Aku dah duduk dengan budak ni dari darah merah lagi" katanya.
"Kau siapa?" tanyaku
"Aku iblis.......pengikut dajjal" katanya
"Aaahhhh...sakit Syeikh Siti Jenar...."katanya.

Pesakit memberitahu kemudiannya bahawa dia nampak dan merasa tangan S.Siti Jenar masuk ke dalam badannya merentap dan menarik makhluk ni keluar.

(4) Keluar si iblis ni...bangkit pula yang lain di bahagian ni juga. " Kerja aku merosakkan bahagian ini. Bapak budak ni nak rogol anak dia ni"
"Bapak dia masa hidup lagi dah amal ilmu perosak perempuan ni. Anak sendiri pun jadi mangsa" katanya.
"Kome lihat dia ni alim, pergi surau dan solat, ngaji , pakai songkok bagai tetapi akulah tu. "
"Bapak budak ni dah lama mati. Sekarang ni dok memerhatikan ko."
"Aku tengok jasad dia dah mula membusuk" katanya.

Nah...bila datang yg haq, maka musnahlah yg batil.

" Budak ni sorang yang tak pernah was-was dengan setiap kebenaran yang datang padanya. Memang Allah SWT jaga budak ni dan bawa pada engkau yang di jaga 10 wali-wali songo yang banyak membantu mcm budak ini juga, di bantu oleh wali-wali keturunannya. Itu sebab dia di bawa kepada engkau, Allah SWT menjaganya dan menyelamatkannya dari tipudaya aku, tak seperti 3 abang2nya yg dah dalam genggaman aku.

Akhirnya ia keluar dengan arahan aku. SSJenar amat di takutinya, yang di tuduh sesat oleh masyarakat Jawa ( sebenarnya fitnah penjajah) sedang SSJenar punya ilmu yang lebih tinggi dari wali lainnya.

(5) Aku tanya bahagian mana lagi yang sakit. Katanya di pinggang. Ku picit2 pinggangnya...
"Sakit lah......aku duduk sini nak rosakkan buah pinggangnya dan hampir berjaya dah kalau ko tak kacau"
Ku tekan2 bagi menyeksanya dan menyuruhnya keluar. Tak sampai 5 minit keluar.

(6) Aku tanya bahagian mana lagi, katanya di tulang belakang. Ku tekan tulang belakangnya.
Bangkit sakanya dari Gajah Putih, keluar juga tak mampu bertahan.

(7) Katanya ada lagi....ku tekan lagi bahagian tulang belakangnya. Bangkit pula siluman babi , memek mukanya menyerupai babi. Keluar juga sekejapan.

(8) Bahagian bawah leher.
"Aku lah Iblis yg duduk dalam jasadnya berlakon sebagai Bakri. Dia dah lama mati, aku lah yang duduk dengan jasadnya yang pergi surau solat dan ngaji." katanya .

Saya agak lupa perbualan dengan Iblis ni, dia marah2 juga dan mencabar aku. Dia mencabar akan memusnahkan budak ini bukan aku, dia tahu tak mampu nak apa-apakan aku namun dia cuba juga nak musnah budak ini walau di jaga wali-wali keturunannya.

Aku suruh keluar dengan pelbagai cabaran, keluar juga. Cakap je besar Iblis ni.....

(9) Bahagian leher. Tak lama keluar tak dapat bertahan.

(10) Bahagian ubun-ubun.
Kata pesakit nampak macam wali-wali songo jolok dan tolak makhluk ni keluar. Sekejapan sahaja.

Pesakit rasa nak muntah dan ku suruhnya ke tandas. Muntah sikit je , sisa-sisa yang ada. Kami dah keluar dari bilik dan cucu perempuan aku pun ada melayan adiknya yg di dukung ayahnya.
Ku tanya cucuku, " Aqish, tengok kakak ni, ada lagi tak hantu tadi?"
Cucu buat gaya simbol "takde" pusing2 tangannya. 3 kali ku tanya jawapan cucuku sama "takde dah".

Ku pesan kepada pesakit, kembali susulan rawatan pada malam sabtu depan. Ku invite pelajar2 ku untuk menyaksikan rawatan ini sebagai saksi ku dan melihat bagaimana Iblis dan Jin dapat di kalahkan dengan Rohani yg dah sedia "kuat" dan "bertenaga" bukan dengan bacaan ruqyah yang tidak memberi bekas dan mensyirikkanNya dengan benda2 yang dianggap berkuasa.

4hb.Mac 2019 - PESAKIT DI SIHIR RAKAN SEPEJABAT (2)



Mlm ni susulan kedua. Pesakit membawa anak-anaknya sekali, tidur di dalam kereta, manakala suaminya duduk di luar bilik memerhati keduanya.

Mlm ni saya tak sembang dan tak bagi peluang. Niat seksa sehingga tak mampu bertahan dan keluar. Memang takde lakonan dah malam ni, sakitnya nampak sungguh sampai muntah2.

Pesakit ni dan yang sebelum juga memberitahu semasa di tekan tu memang jin2 tu sakit dan mengalah tetapi selepas sedar takde pun sakit2.

Saya dah tak layan apa-apa dah dengan Jin Islam perasuk ni, lu langsi lu mati. Lagi la ketakutan dia bila saya kata nak seksa sampai mati. Tapi jeritnya buat kami risau, sampai suaminya tutup pintu bilik kerana jeritannya kuat sangat.

Akhirnya, keluar juga. Saya tanya suaminya berapa lama sejak datang tadi? Katanya dalam sejam 20 minit.

Susulan ketiga nanti untuk pastikan tiada lagi dan bersihkan bekas-bekas yang ada. Alhamdulillah DIA belaka.

6hb.Mac 2019 - PESAKIT DISIHIR BAPA SENDIRI (9)



Mlm ni selepas maghrib tadi, ibu pesakit message bgtau nak datang, sebab anaknya nampak lain mcm. Dlm kereta membebel2...lepas maghrib tak ngaji mcm selalu dan tak ceria kata ibunya.

Seperti biasa lah saya baca Doa Pembuka, memohon pertolonganNya jua. Kemudian berpindah duduk di sisinya. Kata ibunya sendi2 berat lagi, jadi saya niat bukakan ikatan di sendi2 tu.

"Bangunla....." kataku. " Siapa engkau berani datang lagi?"

" Aku la...di upah utk membunuhnya. "

" Kau dari Jawa ya....kau nak tunggu atok aku datang, Mbah Sunan Kalijaga, tahu lah ko nanti" kataku.

Ini pawang dari Jawa tu. Mendengar nama Mbah Sunan terus senyap. Raut wajah pesakit nampak kendur tanda dia dah pergi.

Aku seru lagi..." Siapa lagi, bangkit cepat."

" Aku la..." katanya sambil tangannya melentuk2 gaya menari. " Aku di upah supaya dia mati. Dah 3 hari aku makan isi perutnya"

"Kau tak nampak ke wali2 songo denganku, nak tunggu mereka kerjakan kau ke? Aku ugut saja2 .

" Aku takuuuttt..aku keluar...." katanya.

Aku check lagi siapa lagi yg ada ..." bangkit siapa lagi yg ada.."

" Aku...yg duduk kat tulang belakangnya"

" Keluar la...tak guna kau tunggu pun".

Pesakit tenang je...ku lihat jari telunjuknya bergerak2. " Ahmad K..... kau tak serik ya?"

" Belum mampus lagi dia ni....."

Perbualan agak panjang tapi dia fokus pada isteri dan anaknya shj menyatakan rasa tak puashatinya. Nak kembali kerumah mereka dulu ...." dulu aku dihalau sehelai sepinggang" katanya.

" Aku dah sakit sekarang, aku nak pulang ke rumahku" katanya.

" Kalau rumah engkau, takkan kena halau. Perangai pun mcm setan dah berkawan pun dengan setan" kataku.

" Kau balik aje lah. Bertaubat, masa kau pun dah tak lama. Engkau sendiri yg cari pasal beramal dgn ilmu sihir dan membela jin2. Engkau akan terima padah segala perbuatan kau ini" nasihat aku la.

Kata pesakit, wataknya tadi masa kat rumah watak bapanya la. Ibunya lihat jari2 bergerak2 dan merenungnya tanda tak puashati. Kata ibunya dah bercerai takkan nak duduk bersama, kena keluar la. Kata anaknya ( pesakit) segala barang2nya dah dibawanya, apa yg sehelai sepingang, marah juga anaknya tuduh bukan2.

Menantuku yg turut merawat berkata, kita attack kat puncanya. Dgn "niat" utk melihat, dia
nampak penyihir di tempatnya dan menyerang dgn jurus shj. Duduk bersila didlm gelap dgn keminyan dan mangkuk di depannya sptmana gambaran didlm movie.

Tak mampu melawan pun penyihir ni dengan bantuan bala tentera Allah dari kalangan wali2 songo. Dalam setengah jam je rawatan malam ni. Pesakit pun beritahu nampak penyihir dlm keadaan yg sama.

Esok mlm buat mandi bunga utk bersih aura dan buat pendinding . Mudah2an kali ke 9 ni tamat lah segalanya.

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
LA ILAHA ILLALLAH.
MUHAMMAD RASULULLAH.
LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH.

6hb.Mac 2019 - PESAKIT KERASUKAN ROH GENTAYANGAN

Khamis, mendapat panggilan dari jemaahku meminta bantuan. Anak rakannya kerasukan dan ganas malah sudah beberapa hari. Datangnya dalam jam 7 mlm dan ku lihat ia diam shj di dalam kereta. Lalu ku arahkan jemaahku ke surau bersama pesakit dan keluarganya untuk solat sementara pesakit masih pasif.
Selepas maghrib, pesakit mula di bawa masuk. Ku lihat ia tidak lah ganas ( mungkin berhadapan denganku kerana kebanyakkan begitu) dan ku suruh baring. Dengan bacaan Doa pembuka, dia tidak menunjukkan respons "bangkit" dari rasukan jin. Aku, isteri dan menantu ku tahu bahawa ia bukan rasukan jin tetapi kemasukan Roh Gentayangan yang belum di ketahui puncanya.
Aku berbual dengannya untuk mengetahui hajatnya namun sukar di mengerti kerana percakapannya berterabur. Masakan tidak jasad ini bukan jasad asalnya jadi programnya sudah tidak "ngam" dengan "komputer barunya".
Namun dari kesimpulan yg ku dapat adalah semasa pengajiannya di Indonesia di Pesantren, gurunya/mudirnya berbuat sesuatu yang salah/dosa yg tidak sepatutnya dan ajarannya mungkin menyeleweng. Dan kemungkinan "Roh" ini adalah roh gentayangan dari seseorang yg pernah di kenalinya di Pesantren sana.
Pengakhirannya ku ajak pesakit bersamaku membaca Surah Al Mulk dan Yaasin. Pesakit hanya diam shj malah ku dengar ibunya yg turut sama membaca.
Ku nasihatkan ibubapanya membawa ke Balai Polis untuk buat lapuran minta pertolongan untuk di bawa ke Hospital. Dan Hospital akan uruskan rawatannya sehingga ia tenang kembali untuk di bawa pulang.
Nasihat ku ini adalah untuk kebaikan pesakit ini andai ia terlepas dan membahayakan orang lain apatah kalau sampai mencederakan, Polis dan Hospital sudah ada rekod untuk mengesahkan pesakit ini ada masalah mental.
Dari pengalaman yg lepas, ada orang tua yang tak dapat di kendali baik perawat2 ruqyah yg di panggil malah mereka ketakutan kerana pesakit ini ganas. Mursyidku juga mengatakan pesakit ini tidak akan dapat di ubati, ini adalah kerana kifarah di atas dosa2nya semasa zaman remajanya dahulu yg di sumpah orang alim dan juga suka memecahkan tokong2 di tepi jalan serta mengamalkan ilmu2 dari kitab2 hikmah (kuning).Tetapi berhadapan denganku pesakit ini tenang malah takut. Kata isterinya hanya aku shj yg dapat mengawal emosinya, jiran2 ada yg di kejar dengan parang.
Kerana malu untuk kerap meminta pertolonganku yg tidak di kenali di Malaysia ini sedang yg terkenal tersohor pun gagal menghadapi pesakit ini, ku nasihatkannya untuk memanggil polis membantu membawa ke hospital dan Polis dengan cepat datang kerana kes2 sebegini banyak sebenarnya.
Kes yg kedua budak berusia 15 tahun yg benci ibunya dan menyepak ibunya di depan mataku. Ini adalah kerana rasukan jin2 belaan neneknya semenjak dari usia lahirnya yg tinggal bersama neneknya yg marah kerana ia menceritakan dampingan neneknya kepada ibunya dan dari ibunya kepada suaminya anak nenek itu. Akhirnya si ayah mengalah bila ia asyik ingin memukul ibunya dan lari keliling meja yg berat bila ku kejar.....beliau panggil polis dan 2 buah kereta datang membawa anak ini ke Balai dan Hospital.
Akhirnya kedua insan malang ini bertemu dan berkawan di hospital Kuala Lumpur bila keduanya "menjadi ganas". Isteri orang tua ini bertanya anak itu, kenapa ada di sini? Katanya, ia tidak boleh lihat ibunya, akan di sepaknya dan dia berjanji akan jaga pakcik semasa mereka bersama.
Itu lah resam dunia akibat kesalahan sendiri dan kesalahan orang lain yang mengakibatkan bala kepada orang sekelilng.

7hb.Mac 2019 - PESAKIT DISIHIR BAPA SENDIRI (10)



Malam ni janji untuk mandi bunga buat pesakit dan pengisian kuasa pendinding dari kategori Ilmu Pawang warisanku dari Raja Bunian Riau.

Ku suruh pesakit baring dahulu untuk di periksa keberadaan jin2 suruhan bapanya. Clear, cucuku pun datang duduk bersebelahan ibu pesakit berbual. Ku tanya cucuku, " ada hantu lagi tak aqish?" " Takde dah" katanya . kalau ada cucuku pasti menyorok di belakang pintu walau dia tak takut untuk melihatnya.

Pesakit di mandikan oleh isteriku. Semasa nak mula terbayang di badan pesakit lebam2 di didalam badannya, dan selepas di mandikan, hilang kesan lebam2 itu.

Ku isi kuasa pendinding bagi melindungi pesakit dari gangguan mendatang, dengan kerjasama dengan makhluk2 halus dari kalangan bunian sebagai bodyguard. Jgn tersentap dengan kata-kata ostaz yg memandai2 memfitnah bunian sebagai jin2. Tunjukkan kebolehan mengubat kes-kes sihir dan saka kalau kenyataan kamu benar wahai ulama suuk.

Para Waliyullah yg "dah mati sebelum mati" bila matinya akan berpindah ke alam Bunian untuk meneruskan tugasannya membimbing golongan mukmin manakala golongan munafik di bimbing oleh golongan setan2 menafikan kalimah Isbat "Allah" dan membenarkan kalimah "Nafi" dalam syahadah palsu kalian. Wali Ghaib tetap mati bila sampai ajalnya walau duduk dialam ghaib. Guru Ghaibku yg mengijazahkan Ilmu Syahadah ini pun meninggal beberapa tahun lepas di khabarkan oleh orang2nya yg di tempatkan bersamaku, dan ia memberitahu kepada pesakitku yg sedang ku ubati dan ia memberitahu aku akan berita itu. Nyata benar bila ku tanya rakan seperguan ku sekaligus mantan guru zahirku.

Alhamdulillah, segalanya lancar. Mudah2an sihir bapanya telah memakan dirinya sendiri sehingga di akui ia kini sedang sakit dan ingin pulang kerumah melihat anak-anaknya.

8hb.Mac 2019 - Di sihir rakan sepejabat (3)



Malam ni ku invite jemaah ku untuk menyaksikan sekali lagi kaedah rawatanku yg tiada SOP khusus dan tiada ruqyah di bacakan bila berdepan dengan jin2 penyihir.

Rawatan kali ni berlangsung selama 3 jam di mana saya, isteri dan salah seorang jemaah membantu saya dalam menyeksa jin2 tersebut agar keluar dari badan pesakit.

Memanglah jin Islam berusia 100 tahun ni degil kerana tiada perawat ruqyah mampu mengusirnya keluar malah jin2 ni seronok mempermainkan mereka. Dengan saya, dia fed up kerana tak reti surrender dan tak dapat di permainkan. Berkali-kali ia berlakon seolah keluar dah tetapi saya tekan lagi bagi menguji keberadaannya. Dan dia mengeluh juga kerana kami seolah tahu di mana ia berada dan bila di picit atau tekan, dia meraung kesakitan.....

Bagaimana jin2 ni sakit? Duduknya di dalam darah di dalam urat saraf. Kerana itu berpuasa akan menyempitkan urat saraf dan mengusir jin2 keluar kerana......darah berehat dari mengalir dengan kuat kerana supply makanan tak masuk untuk ia bekerja. Ibarat kilang yang takde produk untuk di hasilkan hari tu tetapi kilang tetap di buka kerana pekerja perlu bersedia anytime bila job masuk.

Bila saya tekan saraf tersebut , akan menyempitkan laluannya dan memusnahkan rumah2nya serta pancaran panas gelombang zikirku dari tapak tanganku menyentuh pesakit membahang membakarnya membuat ia kepanasan dan terjerit2. Bila perawat memakai sarung tangan getah menyentuh pesakit, sekalipun ia punya getaran ataqu gelombang dari bacaan zikirnya namun ia tersekat dari sampai kepada pesakit. Getah adalah penebat dan ia menghalang kuasa elektrik dari sampai keluar sepertimana kabel elektrik di balut dengan getah. Dan air adalah pengalir elektrik yg terbaik yg mana tubuh kita 70% air dan ia akan mengalirkan kuasa elektrik Cahaya Rohku yg berjuta voltan dengan cepat dari sentuhan tangan yg tiada lapik getah kepada pesakit yg di rasuki jin2.

Ia ( jin2 ni) berusaha juga keluar tetapi tak mampu cari jalan kerana dah lama katanya duduk dalam . ia minta ku menolong tariknya keluar namun masih tidak nampak jalan untuknya keluar. Ku suruhnya minta tolong dengan Allah SWT sendiri kerna dia masuk pun dengan izinNya dan keluar pun kena dengan pertolonganNya juga.

Keadaannya yg tersiksa susah untuk di gambarkan , kerna itu ku takkan sesekali postkan video pesakitku kerana mengaibkan mereka. Keadaannya seperti orang nak mati yg nazak, roh yang dipegang jin2akibat pengamalan ilmu sihir dan batil yang tersiksa dan susah sekali untuk keluarc@ mati. Begitu lah jin2 ini di dalam badan tersiksa utk di keluarkan kerana kesalahannya sendiri juga.....

Akhirnya, ia merayu2 kepada Allah SWT agar keluarkannya. Sungguh ia tak tahan lagi dengan seksaan dari kami yg hanya menyentuhnya bukan membakarnya dengan ayat-ayat ruqyah. Dan akhirnya....ia sedar dan seolah tiada sakit dan ia senyum kerana segalanya dah berakhir.

Ia bangun dan sembang seperti biasa seolah ia sedang melihat dirinya sendiri tersiksa di dalam kaca TV. Tiada kesakitan pada tubuhnya di tempat2 yg kami picit2 dan tekan2 tadi. Tak seperti di rotan dengan kayu ranting nona sehingga lebam luar dan dalam.

Sebelum ia dapat keluar, ku bacakan surah AL Mulk, As Sajdah dan Yaasin agar Allah SWT permudahkan keluarnya, sepertimana kita bacakan AL Quran serta Yaasin bagi orang yg dah nazak kerana Rohnya tersangkut dengan jazbah jin akibat ilmu2 batin dan hikmah.

Alhamdulillah rawatan 3x selesai untuk kes ini. Harap2 tamat sudah permainan sihir ini. Aamiin.

9hb.Mac 2019 - Anak di sihir bapa sendiri yg dah arwah (3)



Malam ni pula temujanji dengan pesakit dan abangnya, 2 beradik yatim piatu yang di sihir arwah ayahnya yg di hidupkan oleh saka jin pengikut dajjal di dalam tubuhnya.

Malam ni sungguh dahsyat permainan jin2 sihir ini menunjukkan wataknya yang sebenar setelah semua jin2 suruhan telah di musnahkan habis. Berlangsung selama 3 jam seperti malam tadi juga iaitu kes " di sihir rakan sepejabat". Sebagaimana pesakit kehabisan tenaga meronta ingin lari dan ingin keluar dari jasad, kami yang memegang pun mengeluarkan tenaga menahan rontaannya yg begitu kuat. Nasib baiklah ada abangnya yang boleh memegangnya dengan baik tanpa sakit, kalau bukan muhrim dah tentu terpaksa gunakan kuncian untuk lock pesakit dan pastinya ada kesakitan pada tubuhnya nanti.

Saya dan isteri merawat dengan memicit bahagian2 tempat duduknya dan abangnya memegang kaki serta tangannya yg meronta dan cuba menepis tangan kami yg memicitnya.

Ia sungguh angkuh dengan mengatakan " kamu belum pernah menghadapi situasi seperti ini kan?" katanya. Bukan tidak pernah malah selalu juga, sombong ia seolah ia berhadapan dengan perawat ruqyah yg berjaya di permainkannya berulang kali dan di mana sahaja.

Ia juga mengugutku akan mengganggu keluarga ku dengan beraninya sedang ia tahu dan nampak wali-wali songo turut ada sama di situ. Katanya..." Bakri ada di luar, keluar sahaja budak ini dari rumah ini, Bakri akan masukkan semula segala jin2 ni katanya" Bermakna ia mengakui secara tidak sengaja bahawa jin2 suruhannya telah keluar dan telah di tangkap para wali songo. Malah katanya juga " Hafiz, sihir kamu telah musnah. Kamu kena lakukan semula" jeritnya kepada abang yg sulong yg turut menyihir adiknya ini.

Ia bercakap dengan nada sombong dan angkuh tetapi menceritakan bahawa ia duduk di bahagian kanan badan bila isteriku berjaya mencari kunci duduknya. Katanya, " ibu budak ini pun aku sihir di bahagian kanan badannya iaitu kanser payudara dan akhirnya sentuhan bapaknya juga telah membunuh nya semasa menemuinya di hospital". Pengakuannya secara tak langsung mengakui bahawa kami berjaya mengusir mereka keluar dan memusnahkan sihir serta jin2 suruhan bawahannya.

Kali ini kami terus berdepan dengan Penyihir iaitu arwah bapanya yg dikuasai saka Jin keturunan Dajjal. Bagaimana kuatnya ia meronta tetapi bukan mahu melawanku , hanya tak tahan sakit dan mahu menepis tangan ku dan sentuhan isteriku sahaja. Jangan nak temberang dan sombong la kataku.

Sehandal mana dan setua mana pun jin2 sihir ini, belum lagi yg ada dapat menyerangkku sekalipun ia cuba. Di baca manteranya dengan jelas sekali dan di bukanya jurus2 batinnya, tiada apa-apa pun. malah nak bangun pun tak terdaya apatah lagi nakmenyerang.

Akhirnya ku bacakan Surah Al Mulk, As Sajdah, Ar Rahman , AL Waqiah dan Yaasin bila ku lihat ia tidak lagi meronta dan cubaannya untuk keluar dari mulut seperti pesakit nazak. Setelah ia tenang bila jin2 itu keluar, sungguh ia tak terdaya, di bangunkan utk minum air, ia kembali tumbang berbaring semula.

Ku biarkan beberapa ketika untuk kami berehat dan minum dan bangunkan pesakit semula. Pesakit nak ke toilet katanya, di papah abangnya. Sungguh ia belum sedar sepenuhnya kerana tenaga nya kehabisan.

Hari ni ( 10hb.Mac) , pesakit message mengucapkan terimakasih pada saya dan isteri dan minta maaf kerana semasa balik pun ia masih belum sedar sepenuhnya. Dan pesakit juga mengiyakan gambaran lelaki sakai yg terlihat oleh isteriku sepertimana ia dan arwah ibunya nampak semasa bapa mereka bersama dahulu.

Ia mengirim gambar bapanya dan abangnya yg telah menyihirnya. Seorang profesional engineer abangnya sipenyihir dan wajah arwah bapanya yg diisi jasadnya oleh saka jin yg pucat lesi tiada darah seperti mayat. Dan pesakit akui kali terakhir melihat bapanya menziarahi ibunya di saat2 akhir, memang pucat lesi dan menakutkan. Sungguh ia telah pun tiada dan telah di kuasai dan di isi oleh saka jinnya di dalam badannya

2 April 2019 - Pesakit di sihir bapa sendiri (11)



Si ibu menelefon pada petang memaklumkan utk datang pada malamnya selepas mendapat message dari anaknya yang semakin sakit menanggung sihir yang di hantar lagi oleh bapanya.

Kali ke 10 , rawatan semakin mudah kerana selain ilmu pendinding yg di isi pada pesakit pada rawatan ke 9, juga kerana penyihir semakin lemah dan juga sakit2 .

Si bapa tak berputus asa untuk membunuh anaknya namun si ibu juga tidak berputus asa juga setelah menemui saya yang mampu menangani setiap sihir yg di hantar bekas suaminya yg turut memudaratkannya jua. Darul Syifa yang sering di kunjungi nya dahulu saban minggu gagal memulihkan dan mengusir serta memusnahkan sihir2 tersebut, sungguh memalukan.

Aku kalau tidak di hina dan di perlekehkan oleh orang2 Darul Syifa, pasti boleh berkawan dan bekerjasama namun bak kata omputih, "kalau tokleh berkawan, lawan !!!" Jangan nak berlagak bagus kalau ilmu separas lututku sahaja. Kau sanggup mati di belah dada oleh Kafirun dari berubat dengan anak cucu Nabi SAW ini.

Kali ini 4 ekor jin yg muncul setelah ku arahkan bangkit, nenek tua, iblis tanah, monyet dan entah apa yg last tu....semuanya tak mampu melawan malah tak kenal aku tetapi mengatakan melihat " Cahaya yg amat terang". Kata emaknya bomoh mana pulak yg di cekupnya, main suruh je hantar jin2nya menyerang dan memakan tubuh pesakit. Jin2 terdahulu habis semua aku kerjakan....tak berani datang dah.

Dalam setengah jam je berlangsung rawatan, aku hanya berbual dan menyuruhnya keluar dengan gertakan, lu langsi lu mati. Mereka berkata, "aku akan keluar tetapi tuan aku akan hantar yang lain pula" "Takde hal " kataku,

Mereka yang pernah datang takkan mahu kembali, potong jari pun takkan mahu datang daa....ketakutan ketara.

Rawatan kali ini di saksikan muridku yang membawa anaksaudaranya, bakal seorang doktor bersama ibunya. Lihat betapa mudah bila ilmu haq menghadapi ilmu batil, mereka mengakui tak mampu menghadapi Cahaya Mukmin, bukan ada baca apa-apa ruqyah pun, sembaaaang yo.

Teringat masa bersama anak-anak GFSK makan tengahari di Fraser Hill, ada kumpulan yang berkhemah di sana mendapati seorang dari mereka hilang di culik jin. Pagi tu penuh anggota Bomba dan Polis mencari dan berkumpul pada tengahari di tempat makan di sana. Kata makcik gerai, mereka mabuk2 dan membuat bising di hutan, mana jin2 tak marah.

Tiba-tiba muridku yg nampak kelompok jin2 berkumpul di langit sehingga langit menjadi gelap berkata, " pulangkan lah, cukup lah korang sorok dia semalaman". " SIapa kamu nak campur urusan kami?" tanya jin2 tersebut. Murid ku berkata, " kami anak-anak Hj.Wan Zul Al Qubra".

Sekejapan langit menjadi terang benderang kembali. Takut ye ko dengar nama tu......

SESUNGGUHNYA HATI YANG TAKUT DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA, ALLAH ZAHIRKAN KETAKUTAN PULA MAKHLUK KEPADA NYA......

17 April 2019 – BUNIAN PENCULIK ACAP MENYERAH KALAH.



Rawatan dari semalam iaitu pada 16 April adalah mengenai sakit2 badan pada si pesakit 2 beradik ini. Rawatan pada si kakak adalah pada bahagian tangannya yg sakit dan pesakit terlena semasa di rawat. Rawatan kedua pada si adik, muncul sang nenek saka dari si ibunya yg tinggal di Batu Caves. Saka nenek dari Jawa , menyerah tak lama sebab tau saya dari keturunan Wali SOngo yg di geruninya.
Selepas rawatan kami bersembang dan di dapati mereka adik beradik bakal mewarisi saka dari ibunya yg berasal dari Jawa, maka saya sarankan untuk membuat rawatan membuang saka. Maka janji seterusnya iaitu malam esok adalah rawatan buang saka.

17 April….mereka datang seperti di janjikan.
Rawatan pertama adalah pada si kakak. Selepas di terapi dengan Doa dan zikir…si kakak terlena juga. Selepas di kejutkan, katanya berat badannya untuk bangun. Saya terus duduk di sisinya dan tekan perutnya…..hah bangkit jin yang merasuknya…”sakit lah”. Ku lihat susuk nya seperti hulubalang dengan tangan pesakit ku lihat cukup sasa dan tegap menggenggam penumbuk. “Sekiranya penumbuk ini kena muka ku, siap engkau” kataku kerana aku menekan perutnya dan begitu dekat dengan penumbuknya.

Akhirnya ia mengalah dan keluar dan pesakit kelihatan menangis. Ku biarkan mereka bertenang dahulu dan keluar dari bilik sebentar.

Rawatan kedua pula pada si adik yang semalam di masuki saka ibunya. “ AKu dengar dan tunggu “ katanya. Ku tak perlu seksa makhluk halus ini kerana ia bersedia untuk bercakap dan menerangkan semuanya.

Ia adalah manusia yang di ghaibkan yang di sumpah oleh Wali2 Songo kerana kejahatannya dahulu yang banyak membunuh rakyatnya di Jawa. Ia telah bertaubat kerana telah di buang jauh dan kalau kembali ia pasti di cari oleh keturunan2 yang di zaliminya. Sebelum ni berubat dengan seorang perawat yg “konon’nya dari Raja Bunian dan telah memindahkannya atau menempatkannya di Gua Tempurung, tempat tinggalnya yang baru. Konon pemutus saka tetapi….masih ada lagi pun, hanya berpindah rumah sahaja, tetap ada pada pesakit. Dan pesakit bagitau, mereka hanya mahu ambil kesempatan darinya sahaja, mengajak masuk ke dalam Kumpulan Pemain Pedang yg entah apa-apa tu…..

Bila dia sebut Gua Tempurung, aku segera bertanya, “si Acap budak yang di culik tu engkau punya kerja ke? “ Ya..” katanya. Mereka ramai2 bising2 kat situ kenapa? “Tempat tu tempat aku beribadat, dia pi kencing kat situ kena aku pulak, mana aku tak marah” katanya. “ Aku ni muslim hanya banyak buat dosa je, aku sorok dia kat situ je…bagi makan siput je, bukan aku bagi makan babi pun”.

“Baik, aku mahu kamu kembali Acap ke dunia nyata. Hantar dia ke Balai Polis” kataku. Si Bunian Raja Jawa ini akur dan akan menurut kataku, mudah2an esok Acap akan di hantar ke Balai Polis Ipoh, kita tunggu.

Aku tanya lagi,” Wali Songo ada di sini?” “ Ada” katanya…..”Ni…sebelah kamu” Dia lalu mengadap ke arah wali songo dan meminta ampun. “ Kamu ikut Wali Songo pulang ke sana, jangan ganggu lagi keluarga ini” arahku kepada Bunian Raja Jawa ini.

Selepas pesakit sedar setelah tumbang tadi, beliau menangis tersedu. “ Tak sangka mereka cuma nak pergunakan saya ( perawat konon dari Raja Bunian tu). Ajak masuk kumpulan pedang mereka tapi ada agenda untuk gunakan saya” katanya. Raja Bunian Jawa tadi pun tahu yang saya amat marah dengan perawat tu, kerana menghina dan memfitnah Tok saya Datok Laksamana Hang Tuah.

“Gambar apa tu ustaz, dari semalam saya terasa sesuatu” Tanya nya pada lukisan yang tertutup di bilik rawatan tu. “ Ini lakaran Datok Pendita Adi Putra dan Tok Jebat menurut lakaran pelukis yg melihatnya”. Dia mengangguk, “Betul?” tanyaku…….dia mengangguk mengiyakan. Banyak lagi perbualan tapi tiada yang penting utk di tulis….namun yang menarik, kedua pesakit ini pernah bertawasul dengan namaku sebelum ini semasa di ganggu dan sakit dan gangguan hilang.

Mereka berhajat mahu berjumpa pada tahun 2016 lagi namun semasa itu saya sedang mengerjakan Umrah bersama isteri. Tiap kali sakit mereka sebut nama saya dan Alhamdulillah….baik adanya. Kerana itu mereka rasa perlu jumpa empunya badan sebagai utk ucap terimakasih

Janji rawatan susulan pada malam esok. Harap2 Raja Bunian Jawa itu menunaikan arahan saya pada esoknya….…..INSYAA ALLAH.

13 April 2019 - PESAKIT DI SIHIR MAJIKAN DGN BOMOH SIAM



Selepas berehat di Chalet Su, Kg Rusila Marang Trengganu, kami bertolak ke Keterah untuk meneruskan rawatan kali ke 3 untuk pesakit serangan bomoh siam ini.

Kami sampai selepas isyak dalam jam 9.00 mlm. Pesakit tau saya sampai, menjerit2 la. Si suami pegang dan baringkan . Selepas saya membaca Doa Pembuka dan merawat sekejap, saya serahkan kepada pelajar2 saya untuk teruskan rawatan sebagai pelajaran praktikal buat mereka.

Bila kena serang dan sergah dengan pelajar2 saya dan Puan Guru, jin2 tu stress, " korang ni sapa hah....mana ketua korang, tu yang pakai baju merah tu ketua" heheh mcm tak suka pelajar2 saya marah2nya.

Bila saya masuk mengadapnya, " kau tahu siapa aku kan?" " Tau....engkau Tentera Allah, bersama mu ada lagi 70,000. Ampuuunnn anak buah Sunan..." katanya.

Ada ketika tu dia mengaku dia Raja Jin dan habis semua bala tenteranya saya kurung, hanya tinggal dua katanya. Saya ajak bertarung.....katanya " aku nak lawan dengan yg baju pink tu yang nampak aku" Semua pakat gelak ketawa....tu cucu aku baru 3 tahun umurnya, pengecut betul, kataku.

Lain2 tak berapa ingat sebab dah serah kat Puan Guru dan pelajar2 untuk handle.

Saya sertakan laporan masing2 yg ada bersama semasa merawat, kalau ngikut saya memang kena belajar dan buat laporan ........

HASROL …. rawatan yg seronok dan mencabar. Macam2 ado. Hari pertama rawat. Kami sampai je. Tak masuk rumah pesakit menjerit. Abi mulakan rawatan. Mcm2 jin yg keluar. Tu yg ckp siam. Sy mcm biasa lah dok saje. 不不不. Dok dekat dgn abi. Jin tu ckp dia tak boleh buka mata. Mlm tu dirawat. Mcm2 dia ckp. Mcm2 yg muncul. Cuma ada satu part sy duduk dikaki. Masa tu niat nk tembak tok sami. Sebelum tembak sy sebut apa yg dia buat salah. Tak sama apa yg buddha ajarkan. Bila dia mula nk lawan. Sy tembak. Nmpk sekujur tubuh terbaring. Lps tu sy terbayang rumah seperti dikelilingi tali api sekeliling rumah. Bila tny. Dia ckp ye. Dia marah knp kami semua tahu ttg dia dan apa dia buat. Dan sy juga terbayang mcm mne minyak mati bunuh diproses. Mayat tu disalai dan diperam dlm tempayan. Minyak dan air dr mayat tu digunakan. Ruh simati diikat dan dipuja. Jd bila hati tergerak nk ruh tu syahada. Maka sy lafaz syahada tersebut. Jin tu marah sgt sbb sy nk lepaskan ruh tu. Selain jin tu, muncul plak rimau. Terbuka cerita pasal kakak pesakit. Muncul plak seolah perempuan. Lps tu bila sy ckp ummu sibyan. Ye dia ngaku. Lps bila sy ckp zaman sulaiman ko nk lari zaman ni ko tak blh lari. Lps tu lesap. 不不不. Dia bg tahu dia dok dlm perut. Nk gugurkan bayi dalam kandungan. Harimau tu tarik semua geng dia yg ada dlm bdn. Seksa tgk. Tgh tarik tu. Kakak pesakit muncul. Terus dia merangkak nk terkam kakak pesakit tu. Mlm tu abi rawat akak pesakit. Pesakit agresif masa tu. Tak bg abi rawat kakak tu.

Sambungan cerita.
Kisah bermula..
Utk sesi kedua. Ia dilakukan sebelah petang. Iaitu pd petang ahad lps asar. Pg ahad tu lps sarapan kami bergerak keluar jln2. Masuk muziam n shopping sikit kat pasar siti khadijah. Sewaktu nk pegi ke pasar. Abi dpt call dr suami pesakit. Sbb pesakit dirasuk. Benda tu nk ckp dgn abi. Dia ngaku dia raja. Adalah sikit sesi berbual disitu. Tiba2 benda tu senyap.
Seperti dijanjikan kami dtg petang tu. Utk sesi rawatan dan mandi bunga. Pesakit tidak berapa agresif. Tu yg semasa rawat dia ckp nk lawan dgn aqis. 突��. Semasa proses rawatan tu. Sy dgn umi n abi berbincang. Utk kerumah nenek pesakit. Sbb dikatakan nenek pesakit ada sesuatu. Lps pesakit sedar. Umi arahkan abg azri, abg amer, raja azfar dan sy pegi kerumah tersebut. Kami pun bergerak. Dimana suami kpd pesakit antar kami kesana. Setiba disana suasana agak suram. Mungkin dpt petg sgt kami kesitu. Abg azri n abg amer meronda sekeliling rumah. Mereka rasa akan ada sesuatu. Sewaktu dibahagian luar bilik nenek tersebut abg azri bg tahu nmpk muka perempuan separuh buruk separuh elok. Lps tu kami berbincang. Nk masuk rumah. Sy minta izin kpd bapa pesakit utk masuk. Kami masuk dan dgr suara nenek sedang bercakap seorg diri. Sedangkan td dia senyap. Lps tu sy minta izin dpn bapa pesakit utk jumpa nenek tersebut dan utk rawat. Pertama kali tgk wajahnya tidak berkedut. Tegang kulit muka. Difahamkan nenek tersebut sgt garang dan selalu marah.
Tp yg jd pd kami sebaliknya. Dia lemah lembut. Pada awal tidak pakai tudung. Bila kami dtg. Dia cari tudung pakai. Masa tu bila tgk muka. Berkedut kedut. Nmpk tua. Kami pun lakukan sesi rawatan. Dia pun Alhamdulillah. Cuma sebelum kami balik. Sy pesan kat nenek tu jgn tinggal zikir. Nenek tu angguk2. Org umo 90 lebih. Jd kena sabar melayan sbb dia nk bercerita. Usai azan mahgrib. Kami pulang ke rumah pesakit. Bila tiba disana. Umi cerita sewaktu kami diumah nenek pesakit. Pesakit jd lagi. Tp kali ni pelik. Utk citer itu. Biar mereka yg disitu bercerita. 滕滕 . Sbb sy takde.
Bila tiba disana. Umi minta sy mandikan pesakit. Terkejut kita. 突突. Tiba2 kena mandikan org. Hihihi. Tp masa nk mandikan tu rasa sesuatu. Tp tak tahu apa. Sy ajk umi sekali dan masa tu pesakit ditemani suami. Sewaktu dibilik air. Umi meminta pesakit bc alfatihah n 3 qul. Pesakit baca. Tp ada yg tak kena. Bila disuruh duduk dia taknk. Ditolak air bunga tu. Mujur masa tu sy pegang. Sbb risau juga jatuh. Sy paksa duduk dan jirus air. Dgn pesakit menjerit. Sy mandikan lagi. Lagi menjd membebel. Lps tu sy minta ais dan garam utk ditambahkan dlm air tersebut. Bila dia tgk sy campur ais.. Dia menjerit kuat. Masa tu pesakit dh mula muntah lendir. Sy tak peduli terus jirus. Tgh menjerit sy suap garam dlm mulut. Sy suh minum air bunga tersebut. Lg menjd. Sy tepuk belakang supaya muntakan bisa2 dlm badan. Teruk juga lah pesakit masa tu. Bila pesakit dh sedar sy pun keluar.
Masa tu tgn rasa berat dan sakit2. Sy terua keluar rumah dan buang bisa ketanah. Bru lah lega tgn sy. . Lps tu sesi terapi utk pesakit dan kakak pesakit. Bila
Yg pelik mlm tu tido. Sy mimpi. Ada org bawak sy pegi dua buah rumah. Lelaki tu ckp. " kita kena selesaikan mlm ini juga hasrol. Tak boleh tangguh2. " dlm mimpi tu sy bakar dua rumah. Hny halakan tapak tgn kerumah tu. Rumah tu terus terbakar. Api menjulang tinggi.. bila selesai sy sedar. Tgk jam pukul 2:55 pg.
Itu lah serba sedikit. Maaf lah klu ada yg terlupa n tertinggal.
Mengarang sambil batuk.

AZFAR…
Next..
Bermula kisah
Ketika sampai di homestay. Solat Mahgrib berjemaah yg diimamkan oleh Abi. Pd ketika itu sy diperlihatkan aura cahaya ungu disekitar kami. Sampai dirumah pesakit. Sy duduk sebelah pesakit. Ketika sy buka gerak utk merawat pesakit. Sy terlihat kelibat harimau dia luar rumah. Sy mohon pertolongan dan perlindungan drNYA dan diperlihatkan tempayan. Dalam tempayan tu ada pasu kecil yg mengandungi seolah seperti pasir atau habuk.(mungkin abu mayat). Lps tu terbit niat utk menjurus. Ketika itu terlihat anak panah cahaya (yg cantik dan tajam sekali). Anak panah itu tepat menembusi tempayan tersebut dan kelihatan seperti pasir yg keluar dr situ. Lps itu sy bertny kepd ummi. 'Ada tempayan ke kat luar tu' tak semena-mena pesakit menjerit.
Slps tu kelihatan harimau seprti kucing. Ketika itu aqis berada ditepi sy. Dan sy tny aqis ada nmpk harimau tak. Aqis kata ada, kecik. Lps tu br pesakit mengaum seperti rimau. (Tak ingat dh. Lotih boh)
Mlm tu ketika sy tido. Sy terkejut ada yg menghadirkan diri di homestay. Seprti sekumpulan lelaki bebaju putih dan bertanjak. Abg azri abg amer pun rasa seprti ada sesuatu yg hadir. Abg amer ckp wali Allah yg hadir. Dan diluar rumah pun ada. Sy bg salam dan hadiahkan alfatihah. Kemudian sy sambung tidur.
Mlm tu mimpi abi ajk pegi naik gunung. Dan mlm td. Mimpi seseorg dtg ajk bermain bersilat pulut. Dua pusingan kami berlawan. Pusingan pertama kami bermain dgn kekuda tinggi. Org tersebut kalah. Kemudian dia tak puas hati. Ajk bertarung lagi. Kali ini dia ajk bermian kekuda rendah. Tp dia kalah juga dlm permainan kedua ,walaupun menggunakan pelbagai helah.
Dia ajak bermain pusingan ketiga tetapi sy menolak perlawanan tersebut. Lps tu sedar.
Masa dikolam td. Sewaktu sy n aqis dipelantar air ternmpk buaya digigi air.

Puan Guru…

panglima perang dr pesakit ajak bertarung satu lawan satu tapi yg diajak bertarung tu si kecik baju pink (aqish).....ramai² tu aqish yg dipilih ....lucu tak 不不不 semua gelak

Hasrol: Tu lah . Lawak kat. Umo 250 tahun
Hasrol: Tp nk lawan aqis
Puan Guru : da tua panglima tu beratus tahun gak
Puan Guru : kali kedua sampai tu aqish sorang je yg duk depan pintu masuk, dia da menjerit tgk aqish siap menyorok celah kusyen aqish lak berani je masuk....org lain sume kat luar lagi masa tu
Azfar: Masa Tu dia minta ampun sunan. Sbb abi tny NK lawan sapa. Sbb dia ajk lawan. Taknak lawan sunan Dan Hulubalang sunun tp nk lawan yg paling kecik tu yg pakai baju warna pink. Sbb dia nmpk aku. (Semula gelak)不不不

Wira .....

Hari pertama rawatan

cerita dri sy ringkas jer sebab xpandai karang cerita pjg2. merawat pesakit di Kelantan.Apabila sampai jer kami kat rumah pesakit.tiba2 pesakit menjerit ketakutan bila tgok abi, ummi,dan para jemaah gfsk.ramainya dtg bersama kami(tentera ghaib Allah s.w.t) sy duduk jauh sikit dri pesakit dan buka gerak sambil bersila.tiba2 terasa seram sejuk bulu roma berdiri macam benda ghaib memerhatikan sy.bila dpt arahan dri abi pegang pesakit baru sy pegang sambil merawat.pada awalnya abi merawat pesakit dibantu para jemaah.ketika merawat pesakit sy hanya bykkn berdoa dlm hati.ketika abi lepaskan tugas merawat kepada para jemaah.pesakit ketakutan xnk bgi abi merawat.takut benar kalau abi merawat dia(pesakit). alhamdulillah selesai rawatan pertama di Kelantan.

Hari ke-2 rawatan.

Pesakit yang sama. Apabila abi, ummi, aqis, para jemaah naik atas rumah pesakit mula menjerit ketakutan. rawatan dimulai oleh abi di bantu para jemaah.slps selesai merawat. hasrol, azfar, abg amer, azri dan suami pesakit pergi rumah nenek pesakit merawat disana. tinggal kat rumah pesakit itu abi, ummi, sy, abg Zulkifli, kak jannah dan aqis.slps barang milik pesakit yg disyaki disihir spti ketuhar, sejadah,kain telekung solat dll telah ditawarkan oleh abi.tiba2 pesakit kerasukan cuba melarikan diri sambil membawa ketuhar keluar rumah tetapi dihalang.abi tahan pesakit itu dri lari sambil abi merawat.jin yg merasuk pesakit itu, masih muda berumur 20thn.abi suruh jin tu keluar tetapi jin itu degil xmahu keluar.ummi kata mahu bakar ketuhar dan semua brg itu. jin itu menangis dan menjerit tanda xmahu.jin itu bgtau ade kawan2 dia yang lain iaitu jin2 tggl dlm brg milik pesakit itu ade berumur paling tua 85thn.abi suruh jin itu keluar kalau x kena bunuh.jin itu tarik semua kwn2 dia yg menyorok dlm brg tersebut.Dan jin muda itu tarik semua jin2 dlm rumah pesakit sekali apabila di arah oleh ummi.jin tu pada mulanya menipu, kata dh tarik semua kwn dia(jin) tetapi sebenarnya masih ada lagi jin tertinggal kat dapur rumah pesakit. ummi dengan tegas suruh jin tu tarik semua kawan 2 jin tersebut.maka jin berumur 20 thn kata kat kwn2 dia(jin2) tu bahawa dia minta maaf sebab. dia xnk masuk penjara sorang, dia tarik kwn2 dia(jin2 lain) masuk sekali dlm penjara.sy fikirkan semua dh selesai.jin dh kluar badan pesakit tetapi jin muda itu belum keluar sebenarnya masih ade dlm badan pesakit tetapi kwnnya dh di masukkan semuanya dlm penjara.akhirnya jin itu xdpt menipu abi apabila bangkit.abi bertanya kenapa xmahu keluar sdgkn yg lain dh keluar hanya tinggal dia (jin muda).jin itu bgtau dia dh lama duk dlm brg milik pesakit.jin itu minta dgn abi supaya dia dpt tggl dgn pesakit sebab suka pesakit.kalau suka kata ummi kenapa menyakiti pesakit,kata jin itu arahan tuan dia bukan dia.abi suruh jin muda itu keluar dan jin itu dengar kata abi. sambil ucap selamat tinggal kepada pesakit dengan suara mcm bernyanyi.slps rawatan tu, hampir maghrib pesakit sekali lgi kerasukan jin rumah jiran sebelah.pesakit hampir melarikan dri rumah tetapi sy halang. amaran telah di beri awal oleh abi dan ummi agar sy tgok kn pesakit takut kerasukan lagi. slps abi dan abg Zulkifli dtg pegang pesakit. abi berbicara dgn jin.abi suruh jin itu keluar tetapi jin itu x mahu.abi sergah jin itu baru jin itu keluar.sebab jin itu byk la dia bercerita kisah jiran sebelah dengan keluarga pesakit.Dan jin itu kata ini kali pertama dia rasuk pesakit nie selepas tgok ramai jin lain rasuk pesakit.selepas maghrib pesakit dimandikan bunga.ketika pesakit diterapi oleh abi.jin bangkit tetapi tidak melawan akhirnya dpt dikeluar mudah oleh abi.alhamdulillah sesi rawatan dah selesai kali ini.wajah pesakit naik seri sebelum ini pucat.itu shj cerita.sy minta maaf kpd nama dan mereka yg ada dlm cerita ini kalau cerita ini tersalah/ tersilap yer dan sila betulkan.sebab sy xpandai bercerita

Sekian laporan dari perawat2 yang bersama saya.......begitu lah adanya . Sesungguhnya DIA belaka.

LA ILAHA ILLALLAH.
MUHAMMAD RASULULLAH.
LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH....