Friday, July 26, 2019

16/07/2019 – ANAK DI SIHIR BAPA SENDIRI ( PINDAH SAKA ) – Siri 14



Message di terima tak sampai sejam untuk pesakit bersama ibunya berhajat untuk datang. Kata ibunya ada sakit sikit2 lagi dan mimpi pelik2. Kebetulan saya bersama beberapaorang Jemaah sedang berurusan dengan ejen hartanah untuk penyewaan rumah dibuat Markas dan Homestay GFSK D’Syifa.

Maka saya mempelawa 3 orang Jemaah ini untuk menjadi saksi pengubatan ini agar penceritaan saya nanti tidak menjadi tanda tanya bagi pembaca apatah lagi perawat lain yg memang tidak pernah jumpa kaedah dan cara yg berbeza kerana saya bisa menundukkan dan mengalahkan jin-jin dengan mudah .

Pesakit dan ibunya sampai pada jam 10 malam dengan wajah yg ceria keduanya. Si ibu turut membawa tongkat senjata peninggalan arwah bapanya yg turut di minati oleh bekas suaminya yg merupakan penyihir anaknya. Saya melihatnya dan membersihkannya dari isian-isian yg batil.

Pesakit berbaring dan saya berdoa di kepalanya macam biasa. Selepas berdoa, saya membaca ayat-ayat tertentu sementara menunggu jin-jin tu bangkit.

Jin yang pertama bangkit adalah jin dari Sabah. Bila saya tekan, dia menjerit memanggil bapanya kemudian ibunya, mereka enggak datang. Dalam 5 minit dia pun caabut.

Ku seru lagi, bangkit jin yg kedua dari Jawa. “Aku kenal engkau, aku bukan datang nak lawan engkau tapi nak bertanya khabar je” katanya. Kami pakat ketawa dengan perkataannya yg lucu itu. “Aku tak mampu nak lawan engkau dengan 10 wali songo dengan engkau….aku pergi dulu ya”

Ku seru lagi, walau pesakit kelihatan diam dan mengucap 2 kalimah syahadah, ianya bukan boleh di percayai. Ku tekan lagi, kali ini bangkit bapanya sendiri. Ia marah-marah kerana kerana aku kerap ganggu kerjanya sehingga ia gagal untuk melaksanakan misinya. “Kalau engkau nak khianati anak sendiri, biar aku yg jaganya dari kedurjanaan engkau”. “ Mengganggu dia seperti mencari pasal dengan aku” kataku. Dengan marah dan ancaman nya terhadapku namun ia nyata keluar juga tak mampu hadapi Cahayaku.

Biasanya kalau bapaknya yg keluar selesailah…..namun isteriku tahu masih ada yg menyembunyi kat dalam tu. Dia duduk bersila mengadap Jemaah, aku di belakangnya memeriksa. Rupanya duduk di kepala….ku tekan, degil tetap degil. Isteriku mencari juga ada di bahagian kakinya. Marahnya bukan main “ kau tau je kat mana aku duduk ya”. “Kau nak kena bakar ya” kata isteriku.

“Kau mengugut aku” herdiknya pada isteriku. “ Kau nak lawan aku ke?” Aku pula herdiknya. “ Kau lain la…..” katanya. Akhirnya ia keluar juga. Takde lah lama sesi ni, mereka and the gang dah berkali-kali kena belasah dgn aku dan di kurung di penjara sunan. Baharu lah pesakit berkata merasa lega di bahagian badan dan kepalanya, rasa ringan. SI ibu nya berkata, “ ada hari itu dia kata nak cekik saya, risau juga kami berdua je, apa jadi kang….”

Selagi bapanya tu masih hidup, dia akan berusaha juga utk memindahkan dan membunuh anaknya ni, apa lah busuk punya hati manusia ni. Lebih kurang kes sebelum ni Cuma bezanya yg itu bapanya dah mati tetapi di huni oleh Iblis Laknatullah yg menyamar sebagai bapanya.