Sunday, May 19, 2019

13 April 2019 - PESAKIT DI SIHIR MAJIKAN DGN BOMOH SIAM



Selepas berehat di Chalet Su, Kg Rusila Marang Trengganu, kami bertolak ke Keterah untuk meneruskan rawatan kali ke 3 untuk pesakit serangan bomoh siam ini.

Kami sampai selepas isyak dalam jam 9.00 mlm. Pesakit tau saya sampai, menjerit2 la. Si suami pegang dan baringkan . Selepas saya membaca Doa Pembuka dan merawat sekejap, saya serahkan kepada pelajar2 saya untuk teruskan rawatan sebagai pelajaran praktikal buat mereka.

Bila kena serang dan sergah dengan pelajar2 saya dan Puan Guru, jin2 tu stress, " korang ni sapa hah....mana ketua korang, tu yang pakai baju merah tu ketua" heheh mcm tak suka pelajar2 saya marah2nya.

Bila saya masuk mengadapnya, " kau tahu siapa aku kan?" " Tau....engkau Tentera Allah, bersama mu ada lagi 70,000. Ampuuunnn anak buah Sunan..." katanya.

Ada ketika tu dia mengaku dia Raja Jin dan habis semua bala tenteranya saya kurung, hanya tinggal dua katanya. Saya ajak bertarung.....katanya " aku nak lawan dengan yg baju pink tu yang nampak aku" Semua pakat gelak ketawa....tu cucu aku baru 3 tahun umurnya, pengecut betul, kataku.

Lain2 tak berapa ingat sebab dah serah kat Puan Guru dan pelajar2 untuk handle.

Saya sertakan laporan masing2 yg ada bersama semasa merawat, kalau ngikut saya memang kena belajar dan buat laporan ........

HASROL …. rawatan yg seronok dan mencabar. Macam2 ado. Hari pertama rawat. Kami sampai je. Tak masuk rumah pesakit menjerit. Abi mulakan rawatan. Mcm2 jin yg keluar. Tu yg ckp siam. Sy mcm biasa lah dok saje. 🤣🤣🤣. Dok dekat dgn abi. Jin tu ckp dia tak boleh buka mata. Mlm tu dirawat. Mcm2 dia ckp. Mcm2 yg muncul. Cuma ada satu part sy duduk dikaki. Masa tu niat nk tembak tok sami. Sebelum tembak sy sebut apa yg dia buat salah. Tak sama apa yg buddha ajarkan. Bila dia mula nk lawan. Sy tembak. Nmpk sekujur tubuh terbaring. Lps tu sy terbayang rumah seperti dikelilingi tali api sekeliling rumah. Bila tny. Dia ckp ye. Dia marah knp kami semua tahu ttg dia dan apa dia buat. Dan sy juga terbayang mcm mne minyak mati bunuh diproses. Mayat tu disalai dan diperam dlm tempayan. Minyak dan air dr mayat tu digunakan. Ruh simati diikat dan dipuja. Jd bila hati tergerak nk ruh tu syahada. Maka sy lafaz syahada tersebut. Jin tu marah sgt sbb sy nk lepaskan ruh tu. Selain jin tu, muncul plak rimau. Terbuka cerita pasal kakak pesakit. Muncul plak seolah perempuan. Lps tu bila sy ckp ummu sibyan. Ye dia ngaku. Lps bila sy ckp zaman sulaiman ko nk lari zaman ni ko tak blh lari. Lps tu lesap. 🤣🤣🤣. Dia bg tahu dia dok dlm perut. Nk gugurkan bayi dalam kandungan. Harimau tu tarik semua geng dia yg ada dlm bdn. Seksa tgk. Tgh tarik tu. Kakak pesakit muncul. Terus dia merangkak nk terkam kakak pesakit tu. Mlm tu abi rawat akak pesakit. Pesakit agresif masa tu. Tak bg abi rawat kakak tu.

Sambungan cerita.
Kisah bermula..
Utk sesi kedua. Ia dilakukan sebelah petang. Iaitu pd petang ahad lps asar. Pg ahad tu lps sarapan kami bergerak keluar jln2. Masuk muziam n shopping sikit kat pasar siti khadijah. Sewaktu nk pegi ke pasar. Abi dpt call dr suami pesakit. Sbb pesakit dirasuk. Benda tu nk ckp dgn abi. Dia ngaku dia raja. Adalah sikit sesi berbual disitu. Tiba2 benda tu senyap.
Seperti dijanjikan kami dtg petang tu. Utk sesi rawatan dan mandi bunga. Pesakit tidak berapa agresif. Tu yg semasa rawat dia ckp nk lawan dgn aqis. 😬😬��. Semasa proses rawatan tu. Sy dgn umi n abi berbincang. Utk kerumah nenek pesakit. Sbb dikatakan nenek pesakit ada sesuatu. Lps pesakit sedar. Umi arahkan abg azri, abg amer, raja azfar dan sy pegi kerumah tersebut. Kami pun bergerak. Dimana suami kpd pesakit antar kami kesana. Setiba disana suasana agak suram. Mungkin dpt petg sgt kami kesitu. Abg azri n abg amer meronda sekeliling rumah. Mereka rasa akan ada sesuatu. Sewaktu dibahagian luar bilik nenek tersebut abg azri bg tahu nmpk muka perempuan separuh buruk separuh elok. Lps tu kami berbincang. Nk masuk rumah. Sy minta izin kpd bapa pesakit utk masuk. Kami masuk dan dgr suara nenek sedang bercakap seorg diri. Sedangkan td dia senyap. Lps tu sy minta izin dpn bapa pesakit utk jumpa nenek tersebut dan utk rawat. Pertama kali tgk wajahnya tidak berkedut. Tegang kulit muka. Difahamkan nenek tersebut sgt garang dan selalu marah.
Tp yg jd pd kami sebaliknya. Dia lemah lembut. Pada awal tidak pakai tudung. Bila kami dtg. Dia cari tudung pakai. Masa tu bila tgk muka. Berkedut kedut. Nmpk tua. Kami pun lakukan sesi rawatan. Dia pun Alhamdulillah. Cuma sebelum kami balik. Sy pesan kat nenek tu jgn tinggal zikir. Nenek tu angguk2. Org umo 90 lebih. Jd kena sabar melayan sbb dia nk bercerita. Usai azan mahgrib. Kami pulang ke rumah pesakit. Bila tiba disana. Umi cerita sewaktu kami diumah nenek pesakit. Pesakit jd lagi. Tp kali ni pelik. Utk citer itu. Biar mereka yg disitu bercerita. 🙏🏼🙏🏼🙏🏼 . Sbb sy takde.
Bila tiba disana. Umi minta sy mandikan pesakit. Terkejut kita. 😬😬😬. Tiba2 kena mandikan org. Hihihi. Tp masa nk mandikan tu rasa sesuatu. Tp tak tahu apa. Sy ajk umi sekali dan masa tu pesakit ditemani suami. Sewaktu dibilik air. Umi meminta pesakit bc alfatihah n 3 qul. Pesakit baca. Tp ada yg tak kena. Bila disuruh duduk dia taknk. Ditolak air bunga tu. Mujur masa tu sy pegang. Sbb risau juga jatuh. Sy paksa duduk dan jirus air. Dgn pesakit menjerit. Sy mandikan lagi. Lagi menjd membebel. Lps tu sy minta ais dan garam utk ditambahkan dlm air tersebut. Bila dia tgk sy campur ais.. Dia menjerit kuat. Masa tu pesakit dh mula muntah lendir. Sy tak peduli terus jirus. Tgh menjerit sy suap garam dlm mulut. Sy suh minum air bunga tersebut. Lg menjd. Sy tepuk belakang supaya muntakan bisa2 dlm badan. Teruk juga lah pesakit masa tu. Bila pesakit dh sedar sy pun keluar.
Masa tu tgn rasa berat dan sakit2. Sy terua keluar rumah dan buang bisa ketanah. Bru lah lega tgn sy.😊 . Lps tu sesi terapi utk pesakit dan kakak pesakit. Bila
Yg pelik mlm tu tido. Sy mimpi. Ada org bawak sy pegi dua buah rumah. Lelaki tu ckp. " kita kena selesaikan mlm ini juga hasrol. Tak boleh tangguh2. " dlm mimpi tu sy bakar dua rumah. Hny halakan tapak tgn kerumah tu. Rumah tu terus terbakar. Api menjulang tinggi.. bila selesai sy sedar. Tgk jam pukul 2:55 pg.
Itu lah serba sedikit. Maaf lah klu ada yg terlupa n tertinggal.
Mengarang sambil batuk. 😆😆😆

AZFAR…
Next..
Bermula kisah
Ketika sampai di homestay. Solat Mahgrib berjemaah yg diimamkan oleh Abi. Pd ketika itu sy diperlihatkan aura cahaya ungu disekitar kami. Sampai dirumah pesakit. Sy duduk sebelah pesakit. Ketika sy buka gerak utk merawat pesakit. Sy terlihat kelibat harimau dia luar rumah. Sy mohon pertolongan dan perlindungan drNYA dan diperlihatkan tempayan. Dalam tempayan tu ada pasu kecil yg mengandungi seolah seperti pasir atau habuk.(mungkin abu mayat). Lps tu terbit niat utk menjurus. Ketika itu terlihat anak panah cahaya (yg cantik dan tajam sekali). Anak panah itu tepat menembusi tempayan tersebut dan kelihatan seperti pasir yg keluar dr situ. Lps itu sy bertny kepd ummi. 'Ada tempayan ke kat luar tu' tak semena-mena pesakit menjerit.
Slps tu kelihatan harimau seprti kucing. Ketika itu aqis berada ditepi sy. Dan sy tny aqis ada nmpk harimau tak. Aqis kata ada, kecik. Lps tu br pesakit mengaum seperti rimau. (Tak ingat dh. Lotih boh)
Mlm tu ketika sy tido. Sy terkejut ada yg menghadirkan diri di homestay. Seprti sekumpulan lelaki bebaju putih dan bertanjak. Abg azri abg amer pun rasa seprti ada sesuatu yg hadir. Abg amer ckp wali Allah yg hadir. Dan diluar rumah pun ada. Sy bg salam dan hadiahkan alfatihah. Kemudian sy sambung tidur.
Mlm tu mimpi abi ajk pegi naik gunung. Dan mlm td. Mimpi seseorg dtg ajk bermain bersilat pulut. Dua pusingan kami berlawan. Pusingan pertama kami bermain dgn kekuda tinggi. Org tersebut kalah. Kemudian dia tak puas hati. Ajk bertarung lagi. Kali ini dia ajk bermian kekuda rendah. Tp dia kalah juga dlm permainan kedua ,walaupun menggunakan pelbagai helah.
Dia ajak bermain pusingan ketiga tetapi sy menolak perlawanan tersebut. Lps tu sedar.
Masa dikolam td. Sewaktu sy n aqis dipelantar air ternmpk buaya digigi air. 😁😁🤫

Puan Guru…

panglima perang dr pesakit ajak bertarung satu lawan satu tapi yg diajak bertarung tu si kecik baju pink (aqish).....ramai² tu aqish yg dipilih ....lucu tak 🤣🤣🤣 semua gelak

Hasrol: Tu lah . Lawak kat. Umo 250 tahun
Hasrol: Tp nk lawan aqis
Puan Guru : da tua panglima tu beratus tahun gak
Puan Guru : kali kedua sampai tu aqish sorang je yg duk depan pintu masuk, dia da menjerit tgk aqish siap menyorok celah kusyen aqish lak berani je masuk....org lain sume kat luar lagi masa tu
Azfar: Masa Tu dia minta ampun sunan. Sbb abi tny NK lawan sapa. Sbb dia ajk lawan. Taknak lawan sunan Dan Hulubalang sunun tp nk lawan yg paling kecik tu yg pakai baju warna pink. Sbb dia nmpk aku. (Semula gelak)🤣🤣🤣

Wira .....

Hari pertama rawatan

cerita dri sy ringkas jer sebab xpandai karang cerita pjg2. merawat pesakit di Kelantan.Apabila sampai jer kami kat rumah pesakit.tiba2 pesakit menjerit ketakutan bila tgok abi, ummi,dan para jemaah gfsk.ramainya dtg bersama kami(tentera ghaib Allah s.w.t) sy duduk jauh sikit dri pesakit dan buka gerak sambil bersila.tiba2 terasa seram sejuk bulu roma berdiri macam benda ghaib memerhatikan sy.bila dpt arahan dri abi pegang pesakit baru sy pegang sambil merawat.pada awalnya abi merawat pesakit dibantu para jemaah.ketika merawat pesakit sy hanya bykkn berdoa dlm hati.ketika abi lepaskan tugas merawat kepada para jemaah.pesakit ketakutan xnk bgi abi merawat.takut benar kalau abi merawat dia(pesakit). alhamdulillah selesai rawatan pertama di Kelantan.

Hari ke-2 rawatan.

Pesakit yang sama. Apabila abi, ummi, aqis, para jemaah naik atas rumah pesakit mula menjerit ketakutan. rawatan dimulai oleh abi di bantu para jemaah.slps selesai merawat. hasrol, azfar, abg amer, azri dan suami pesakit pergi rumah nenek pesakit merawat disana. tinggal kat rumah pesakit itu abi, ummi, sy, abg Zulkifli, kak jannah dan aqis.slps barang milik pesakit yg disyaki disihir spti ketuhar, sejadah,kain telekung solat dll telah ditawarkan oleh abi.tiba2 pesakit kerasukan cuba melarikan diri sambil membawa ketuhar keluar rumah tetapi dihalang.abi tahan pesakit itu dri lari sambil abi merawat.jin yg merasuk pesakit itu, masih muda berumur 20thn.abi suruh jin tu keluar tetapi jin itu degil xmahu keluar.ummi kata mahu bakar ketuhar dan semua brg itu. jin itu menangis dan menjerit tanda xmahu.jin itu bgtau ade kawan2 dia yang lain iaitu jin2 tggl dlm brg milik pesakit itu ade berumur paling tua 85thn.abi suruh jin itu keluar kalau x kena bunuh.jin itu tarik semua kwn2 dia yg menyorok dlm brg tersebut.Dan jin muda itu tarik semua jin2 dlm rumah pesakit sekali apabila di arah oleh ummi.jin tu pada mulanya menipu, kata dh tarik semua kwn dia(jin) tetapi sebenarnya masih ada lagi jin tertinggal kat dapur rumah pesakit. ummi dengan tegas suruh jin tu tarik semua kawan 2 jin tersebut.maka jin berumur 20 thn kata kat kwn2 dia(jin2) tu bahawa dia minta maaf sebab. dia xnk masuk penjara sorang, dia tarik kwn2 dia(jin2 lain) masuk sekali dlm penjara.sy fikirkan semua dh selesai.jin dh kluar badan pesakit tetapi jin muda itu belum keluar sebenarnya masih ade dlm badan pesakit tetapi kwnnya dh di masukkan semuanya dlm penjara.akhirnya jin itu xdpt menipu abi apabila bangkit.abi bertanya kenapa xmahu keluar sdgkn yg lain dh keluar hanya tinggal dia (jin muda).jin itu bgtau dia dh lama duk dlm brg milik pesakit.jin itu minta dgn abi supaya dia dpt tggl dgn pesakit sebab suka pesakit.kalau suka kata ummi kenapa menyakiti pesakit,kata jin itu arahan tuan dia bukan dia.abi suruh jin muda itu keluar dan jin itu dengar kata abi. sambil ucap selamat tinggal kepada pesakit dengan suara mcm bernyanyi.slps rawatan tu, hampir maghrib pesakit sekali lgi kerasukan jin rumah jiran sebelah.pesakit hampir melarikan dri rumah tetapi sy halang. amaran telah di beri awal oleh abi dan ummi agar sy tgok kn pesakit takut kerasukan lagi. slps abi dan abg Zulkifli dtg pegang pesakit. abi berbicara dgn jin.abi suruh jin itu keluar tetapi jin itu x mahu.abi sergah jin itu baru jin itu keluar.sebab jin itu byk la dia bercerita kisah jiran sebelah dengan keluarga pesakit.Dan jin itu kata ini kali pertama dia rasuk pesakit nie selepas tgok ramai jin lain rasuk pesakit.selepas maghrib pesakit dimandikan bunga.ketika pesakit diterapi oleh abi.jin bangkit tetapi tidak melawan akhirnya dpt dikeluar mudah oleh abi.alhamdulillah sesi rawatan dah selesai kali ini.wajah pesakit naik seri sebelum ini pucat.itu shj cerita.sy minta maaf kpd nama dan mereka yg ada dlm cerita ini kalau cerita ini tersalah/ tersilap yer dan sila betulkan.sebab sy xpandai bercerita 🙏 🙏😊

Sekian laporan dari perawat2 yang bersama saya.......begitu lah adanya . Sesungguhnya DIA belaka.

LA ILAHA ILLALLAH.
MUHAMMAD RASULULLAH.
LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH....