Thursday, October 28, 2010

KONSEP ULAMA DAN KEPIMPINANNYA

“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul.

“Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan.
Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan bahawa Ulama seperti itu hanya seperti sebutir pasir di tepian pantai di hari ini. Terlalu sukar untuk dicari calon yang memenuhi kriteria seperti yang dinukilkan.

Kesulitan itu bertambah lagi apabila Ulama mahu diangkat sebagai pemimpin. Timbul pula persoalan berkaitan kesarjanaan, apakah ia sinonim dengan kepimpinan?

KELUASAN TAKRIF

Mungkin pendapat-pendapat yang pelbagai tentang takrif Ulama itu, adalah sebagai petanda kepada luasnya cakupan makna bagi kalimah Ulama, yang disebut dua kali di dalam al-Quran, tetapi tidak diperincikan seperti Allah memperincikan perihal harta pusaka atau wanita mahram, di dalam al-Quran. Ruang yang diberikan tanpa perincian itu bertujuan untuk menyediakan unsur keanjalan pada mendefinisikan Ulama sesuai dengan peredaran zaman, tahap keilmuan dan ketamadunan manusia serta keperluan-keperluan yang diperlukan dalam urusan awam merentas masa.
Hanya satu sifat yang melangkaui segala perubahan zaman dan keadaan, bahawa Ulama adalah manusia yang takut kepada Allah:

“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28]
Bagaimanakah soal takut kepada Allah ini dapat diukur untuk menentukan siapa yang Ulama dan siapa yang bukan Ulama? Justeru kita bertemu dengan himpunan definisi yang pelbagai oleh sarjana Islam sepanjang zaman yang kesemuanya menjurus kepada makna komitmen penuh seorang hamba kepada segala kehendak, perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta’aala.

KRITERIA NABI

Namun, Ulama sebagai pewaris para Nabi, bagaimanakah kualiti yang ada pada seorang Nabi, untuk pewarisan itu menepati kriterianya?
Allah Subhanahu wa Ta’aala membantu kita mengungkai persoalan ini melalui dua kisah yang terdapat di dalam al-Quran tentang Musa dan Yusuf ‘alayhima al-Solaatu wa al-Salaam.

Tatkala dua orang anak perempuan Nabi Shuaib menemukan Musa dengan bapa mereka berdua, salah seorangnya berkata kepada ayahanda mereka dengan ungkapan yang diabadikan di dalam al-Quran:

“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah (Shuaib), ambilah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang QAWIYY, lagi AMEEN” [al-Qasas 28: 26]

Penjelasan tentang kriteria Musa yang menjadikan beliau sebagai manusia yang paling berkelayakan untuk diupah bekerja diungkapkan sebagai Qawiyy dan Ameen. Pembahagian kualiti Musa kepada dua dimensi Qawiyy dan Ameen ini sangat berguna dalam memahamkan kepada kita apakah yang Allah Subhanahu wa Ta’aala kehendaki dari seorang hamba berkaitan dengan kelayakan dirinya.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahaskan perkara ini di dalam kitabnya, al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`i wa al-Ra`iyyah sebagai memudahkan kita mengukur kelayakan.

QAWIYY itu bermaksud kekuatan, keupayaan, kemahiran dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya. Di dalam bahasa semasa, kalimah Qawiyy ini boleh difahami sebagai nilai KOMPETENSI.

AMEEN pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlaq seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai INTEGRITI.

Sudah tentulah di dalam suatu pekerjaan, kelayakan tertinggi ialah pada seseorang yang memiliki nilai integriti dan kompetensi yang sama tinggi. Namun realitinya, manusia ada pasang surutnya pada kedua-dua dimensi kelayakan ini. Ada tugasan yang memerlukan keutamaan integriti, ada tugasan yang mesti mengutamakan kompetensi.
Bagi tugasan menguruskan gembala kambing seperti yang bakal dilakukan oleh Musa ‘alayhi al-Salaam, QAWIYY (kompetensi pada kekuatan fizikal dan kemahiran menggembala) disebut dahulu sebagai yang utama, berbanding sifat AMEEN (integriti).
Akan tetapi bagi tugasan yang bersangkutan dengan menguruskan harta dan wang, integriti dan kompetensi sama penting, dengan keutamaan diberikan kepada integriti berbanding kompetensi. Lalu tatkala Yusuf ‘alayhi al-Salaam meminta agar dirinya diposisikan kepada pengurusan perbendaharaan negara, beliau berkata:

Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku adalah seorang yang teliti dalam penjagaan (HAFEEZ), lagi mengetahui cara mentadbirkannya (ALEEM)” [Yusuf 12: 55]

HAFEEZ itu adalah soal integriti manakala ALEEM pula merujuk kepada ilmu serta kemahiran sebagai nilai kompetensi baginda.


Di sinilah jawapan kepada kayu mengukur kriteria Ulama’ iaitu pada keupayaannya mematuhi seluruh hukum Tuhan pada Syariatullah dan Sunnatullah. Seorang alim yang takutkan Allah bukan hanya takut melanggar hukum Syariat malah juga hukum Sunnatullah. Bukanlah seorang itu dikatakan takutkan Allah apabila dirinya berilmu tinggi tentang halal dan haram, tetapi tidak berasa apa-apa melanggar hukum alam pada pekerjaan dan kehidupannya sedangkan hukum alam itu adalah Sunnatullah yang juga merupakan tuntutan Allah ke atas kita.

Justeru, sebelum Allah Subhanahu wa Ta’aala mengisytiharkan bahawa manusia yang paling takut kepada-Nya adalah para Ulama, Allah Subhanahu wa Ta’aala menjelaskan terlebih dahulu senario-senario yang tidak mungkin difahami kecuali oleh manusia yang menjunjung Syariatullah bersama Sunnatullah.

"Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu, (maka yang demikian itu tidaklah menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul masing-masing), mereka telah didatangi Rasul-rasulNya dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta Kitab-kitab (Syariat) yang terang jelas.

Kemudian Aku timpakan orang-orang kafir itu dengan azab yang membinasakan, maka perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu.

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun." [Faathir 35: 25-28]

Ya…

Keterangan itu menjelaskan bagaimana seluruh hidupan di alam ini patuh kepada ketetapan-ketetapan Allah Subhanahu wa Ta’aala. Itulah cara mereka takut dan khusyu’ kepada Allah, iaitu dengan menjalani kehidupan ini sesuai dengan hukum alam iaitu hukum Allah ‘Azza wa Jalla yang Maha Esa. Jika seluruh makhluk di alam ini hidup dengan kepatuhan yang sedemikian rupa, bagaimanakah pula dengan manusia? Kemusnahan kaum-kaum yang engkar kepada perintah Allah (melanggar Syaritullah) adalah hukum Allah ke atas manusia (Sunnatullah).

Mampukah dikatakan seseorang itu takutkan Allah, dan dia adalah seorang yang Alim (Ulama), andai dia bersolat khusyu’, menjaga halal dan haram dalam kehidupan tetapi dalam masa yang sama menentang hukum alam?

Dia Syariatik.

Tetapi dia tidak saintifik.

Dengan ilmu Syariat, dilabelkannya manusia yang menolak Syariat sebagai golongan sekular. Tetapi dalam masa yang sama dia menolak hukum Sains (Sunnatullah) yang sebenarnya menjadikan dirinya juga sekular on the other side of the same coin.

KESARJANAAN ERA OTHMANIYYAH

Hal ini sangat ketara pada kaedah pembinaan tsaqafah (ilmu dan pemikiran) seseorang untuk melayakkan dirinya dianggap sebagai Ulama’ di era Othmaniyyah. Taskopruluzade Ahmet (1495 – 1561), seorang encyclopaedist Othmaniyyah yang terkenal dengan kitabnya Shakaik al-Nu’maniya telah menjelaskan klasifikasi ilmu seorang yang diiktiraf sebagai Alim Ulama. Ilmu-ilmu yang perlu dikuasai adalah:

1. The calligraphic sciences: writing implements, styles of writing, etc
2. The oral sciences: the Arabic language amd phonetics, lexicography,
etymology, grammar and syntax, rhetoric, prosody, poetry, composition,
history and other literary sciences.
3. The intellectual sciences: logic and dialectics.
4. The Spiritual sciences:

a. The theoretical rational sciences: general theology, natural sciences,
mathematics.
b. The practical rational sciences: ethics, political sciences.
c. the theoretical religious sciences: the Quran and Sunnah, the sciences
devoted to their interpretation – Quranic exegesis, the study of prophetic
traditions, Islamic theology and the principles of Islamic law and
jurisprudence.
d. The practical religious sciences: practical ethics, etiquette, ihtisab, and
all subjects relating to Muslim life and worship.
o The Ottoman Empire: The Classical Age 1300 -1600 by Halil Inalcik (1997),
page 165.

Inilah kriteria individu yang dikenali sebagai kelompok Sarjana atau Ulama di era Othmaniyyah. Kriteria inilah yang diletakkan untuk kelayakan seseorang itu mengisi jawatan mudarris, kadi, mufti dan seterusnya Sheikh ul-Islam.

Kesimpulannya, seorang saintis yang menolak hukum Syariat bukan sarjana dan bukan Ulama. Manakala seorang ustaz atau tuan guru yang menolak hukum Sains juga bukan sarjana dan bukan Ulama. Kedua-duanya adalah kelompok songsang yang tidak takut kepada Allah.

DEWAN ULAMA DAN INTELEKTUAL ISLAM

Al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa dalam kenangan. Kembali ke Rahmatullah pada April 2000
Semasa Muktamar PAS berlangsung pada tahun 1983, Ustaz Yusuf Rawa yang mempelopori konsep Kepimpinan Ulama sebagai reaksi kepada peralihan era Dato’ Asri Muda kepada kepimpinan yang baru, beliau (Ustaz Yusuf Rawa) telah menukar nama Dewan Ulama PAS kepada Dewan Ulama dan Intelektual Islam.

Katanya:

Pembinaan kembali insan Muslim menerusi program pendidikan dan tarbiyyah akan dikendalikan perlaksanaannya oleh Dewan Ulama dan Intelektual Islam yang akan diberi tugas dan peranan penting dalam penyusunan baru organisasi Parti Islam.

Para Ulama dan intelektual Islam merupakan gabungan tenaga yang penting dalam usaha memupuk dan meningkatkan kesedaran Islam di kalangan ummah. Seluruh tenaga PAS di peringkat ahli-ahli dan pimpinan mestilah turut secara aktif bagi membantu para Ulama dan intelektual Islam itu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dalam suasana baru itu.

Perubahan Dewan Ulama kepada Dewan Ulama dan Intelektual Islam juga bertujuan untuk memadukan Ulama dan intelektual Islam sekali gus menghapuskan jurang perbezaan keilmuan yang wujud di kalangan mereka dan mengadunkan ilmu serta pengalaman masing- masing dalam konsep, matlamat dan peranan ilmu dalam Islam sehingga dualisma yang memisahkan ilmu Syariat dan ilmu akliyyah itu dihapuskan!
-[Kamaruddin Jaafar (ed.) : Memperingati Yusuf Rawa, pp. 55-66]

Sungguh hebat kenyataan Ustaz Yusuf Rawa ini kerana ia sudah pun dibentangkan seawal tahun 1983. Gagasan Kepimpinan Ulama yang diusahakan beliau bukanlah suatu gerakan untuk menghasilkan para MULLAH sebagaimana yang dirisaukan oleh al-Marhum Ustaz Abu Bakar Hamzah. Sebaliknya ia adalah gagasan untuk merawat paradigma sekular sama ada sekular pada menolak agama, atau sekular pada menolak intelektual sains. Ulama yang berkelayakan memimpin ialah ulama yang harmoni pada konsep ini.

Apa yang diperlukan oleh PAS untuk memenangkan Islam, adalah para ideologue yang pemikirannya telah dirawat daripada dualisma sekularisma yang memisahkan di antara ilmu Syariat dan ilmu akliyyah itu tadi.

Tetapi, apa yang berlaku, hanyalah kepada memadukan golongan Ulama dan intelektual ini di dalam kebersamaan mereka bekerja di dalam satu parti, tetapi memadukan pemikiran, paradigma dan pandangan hidup (worldview) masih belum berlangsung dengan baik. Golongan agamawan berjaya duduk semeja dengan golongan profesional tetapi proses memadukan disiplin dan ilmu masing-masing tidak berlaku. Golongan agamawan melihat banyaknya bahagian mereka yang perlu dipelajari oleh golongan profesional, tetapi tidak pula jelas pada melihat apa yang perlu agamawan ini ambil daripada disiplin dan ilmu golongan profesional seperjuangannya itu tadi.

Pergeseran di antara golongan Ulama’ dan profesional, dalam mendefinisikan kelayakan kepimpinan, menunjukkan bahawa cita-cita al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa masih jauh dari realiti yang ada. Golongan profesional yang sekular mungkin tidak akan mendekatkan diri kepada PAS, tetapi masalah yang besar ialah bagaimana pula dengan ustaz sekular yang menolak ilmu aqliyyah, Sunnatullah atau ilmu Sains di dalam PAS?

Justeru, dalam suasana PAS sedang bergerak menuju kepada kepimpinan negara, keperluan untuk menguasai ilmu secara holistik bagi menghasilkan response yang tepat kepada kemajmukan Malaysia, kecamukan ideologi di dalam politik, ekonomi dan sosial serta gelombang globalisasi yang begitu meruncing, sentimen pergeseran di antara golongan agamawan dengan profesional, hanya akan mengheret PAS berpatah balik ke belakang, lebih ke belakang daripada 1983 yang telah didefiniskan dengan tepat dan jelas oleh al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa.

Sesungguhnya kelayakan memimpin bukanlah pada agamawan atau Profesional, tetapi pada kemurnian aqliyyah Islam yang dicernakan di dalam kriteria Nabi Musa dan Nabi Yusuf yang kita warisi perjuangannya itu. Itulah ULAMA yang HAKIKI.

Kepimpinan Ulama bukan slogan atau retorik, tetapi satu agenda yang menuntut perubahan. Mengubah pemikiran agar berubah pendekatan dan kaedah perjuangan.

Selamat maju jaya, buat sekalian pejuang agama!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
(04/05/2009)

Petikan dari laman www.al-fikrah.net

AbuRaihanah
Joined: Oct 14, 2008
Post subject: Re: Ruqyah Syari'ah - Syeikh Naasir al Qatamy
Posted: Mon Oct 12, 2009 6:20 pm
________________________________________
emran_ahmad wrote:

tholibilmi wrote:
Ada sebuah syarikat di Malaysia ni buat cd audio ayat2 ruqyah mcm ni.kata nye ustaz yg bacakan tu ada ijazah dari Syeikh Wahid Abd. Salam Bali. tapi, dalam suatu ceramah, ustaz yang seangkatan dgn ustaz pembaca ruqyah tu (dari syarikat yg menerbitkannya) ajar audien supaya beramal dgn selawat tafrijiyah.

Soalan ana:

-adakah selawat tafrijiyah ni termasuk amalan yang thabit untuk menjauhkan gangguan jin/sihir
-atau adakah ustaz2 ni dah mencampur gaulkan ruqyah syar'iyyah dgn ruqyah yg lain



jangan percaya sangat dengan sanad dan ijazah syuyukh sekarang ini kerana ianya sudah tidak bermanfaat.

Kalau nak kira ana pun ada sanad...macam-macam sanad sampai tak larat nak kira

Agama bila dibuat bisnes macam di atas itu pada saya maka ianya menjadi karut. Ruqyah ini ialah ibadah maka dilakukan kerana Allah dan bukan untuk tujuan bisnes, namun sekiranya orang yang diubati sembuh atau mahu membalas kebaikan pembuat ruqyah tadi dengan menghadiahkan "peha kambing" atau upah tertentu maka ianya boleh diambil.

Minta upah tak boleh tapi jika diberi maka dibolehkan menerimanya.

Selawat tafrijiah ni pun salah satu bentuk bid'ah baru yang digunakan untuk berubat sedangkan bertawasul atas nabi ini sudah banyak para ulama menyebutnya.

Pendek kata, jangka mudah percaya orang yang menjadi murid kepada guru-guru salafi atau sunnah sebagai sunnah sehingga terbukti fahamnya benar kerana ajaran muktazilah (yang diasaskan oleh Wasil bin Atho) pun pernah berguru dengan Hasan Al-Basri (ulama sunnah).

Ramai ustaz-ustaz kita pulang ke Malaysia join persatuan perubatan Islam di sana-sin dengan mengamalkan jampi serapah/ campur aduk di antara ruqyah syar'iyah dan khurafat.

Cuba tanya, dia pakai ibu garam tak halau hantu ? kunyit atau ramuan lain...kalau jenis tabur garam kasar buat pagar hantu tu termasuk jenis ni juga.

p/s :

Sebenarnya ramai orang sebegini cuma mengutip apa yang boleh memanfaatkan mereka tanpa mengira siapa pun dan apa pun ilmu tersebut. Saya ramai berjumpa dengan "pesilat-pesilat kebatinan yang khurafat tapi buku mereka memetik kata-kata Imam Ibnu Taimiyyah."

Seorang wanita yang anti hadis ketika berdebat dengan saya ada memetik ayat-ayat Dr MAZA dan Syeikhul Al-Azhar untuk manfaat beliau sedang kedua-dua tokoh tadi bebas dari kefahamannya.

Wallahualam



Very clear explanation..
_________________
"Demi masa.Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling berpesan agar menurut kebenaran dan berpesan agar bersabar (menghadapi halangan)." (al-'Asr:1-3)

Sunday, October 24, 2010

CETUSAN ALMARHUM PADUKA BAGINDA TOK AYAH SHEIKH MAHMUD LANAI QEDAH




Kami bersyukur kehadrat Allah Ta`ala yang telah memberi taufik dan hidayahnya serta azam yang kuat untuk kami menyempurnakan hasrat yang terpendam bagi menyalin semula, akan kata-kata wasiat serta pesanan Allahyarham Ayahanda Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Osmani, semasa hayatnya dan liku-liku perjalanan Allahyarham semasa hidupnya. Beliau adalah seorang tokoh ulama’ yang sarat dengan ilmu, warak dan tawadhu’. Kisah beliau mendapat perhatian dari seorang tokoh ulama’ yang terkenal pada zaman tersebut, iaitu Tuan Guru Syeikh Othman Jalaluddin, pengasas Madrasah Manabil `Ulum di Penanti, Bukit Mertajam diberi gelaran atau dikenali sebagai Lebai Salam.

Sebaik sahaja Allahyarham kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 28 Safar 1400H bersamaan 16 Januari 1980M ketika usianya 81 tahun, kami asyik teringat kepada wasiat dan pesanannya. Katanya, “Ketahuilah bahawa punca anak-anak Adam itu jadi sesat dalam Aqidah, Syariat, Akhlak, Pengor-banan Diri dan Harta ialah kerana mereka tiada berusaha duduk di atas noktah, permulaan langkahan di atas ilmu dan amalan hidup mereka mengikut Syariat, Tariqat, Hakikat kaedah asal kejadian manusia sebagai Khalifah ke atas dunia; punca mereka tiada mengenali diri mereka sendiri mengikut asal susunan kedudukan manusia baik dan jahat dalam ilmu dan amal di sisi Allah Ta`ala, serta mereka tiada pula mempusakai ilmu dan amal melalui wasilah dan rabitah dari mereka yang sekira-kira soleh pada babnya”.

Maka ramailah manusia diakhir zaman ini yang mengaku Islam tetapi laksana buih, hanya sedikit yang mengambil pengertian makna makni yang tersurat dan tersirat dari ucapan Dua Kalimah Syahadah itu mengikut aliran fahaman Ahli Sunnah. Maka dengan sebab itu ramai yang tiada dapat beza antara intan dan kaca, lalu berleluasalah kesalahan khurafat menjadi amalan harian, sehingga kerja buat mereka menjadi sia-sia, yang mana jahil tersesat dengan kejahilannya manakala yang berilmu pula tersesat dengan ilmunya.

Sebab itulah bagi orang-orang soleh yang ahli pada babnya, mereka ini asyik berusaha memisahkan hati mereka dengan ilmu supaya tercapai cita-citanya untuk musyahadah akan Allah Ta`ala melalui lidah, anggota dan hati. Serentak dengan itu mereka menyalin pakaian Akidah, Syariat, Akhlak, Pengorbanan Diri dan Harta bercontohkan kepada baginda Nabi Muhammad Rasullullah S.A.W. sepenuhnya. Pada bab ini dinasihatkan supaya setiap murid itu mesti berada di atas aliran kefahaman Ahli Sunnah serta menerima dengan yakin, mewarisi Amalan Kalifah Pusaka Wali Agama Islam.

Dan adalah diharap juga kepada seluruh pembaca dan ulama` yang arif pada babnya hendaklah bersama-sama memperbetul yang tiada betul, mentasheh apa yang tiada soheh samada huruf, kalimah, ayat yang menjadi isi kandungan risalah ini di atas jalan taqwa serta memohon keredhaan Allah S.W.T.

Diolah dan Disusun Oleh,
Haji Idris Bin Haji Mahmud Nasri.


NOMBOR PK : 2090 MALAYSIA


GERAKAN ABJAD MELAYU JAWI MALAYSIA

yang diperkenalkan oleh Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani adalah sebagai ganti nama kepada nama asal Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam dan amalan ini beliau terima daripada gurunya Sheikh Yusuf Kenali dan menerima Latihan Langkahan Hulubalang Rohani/Jasmani daripada gurunya Sheikh Muhammad Taib bin Tuan Guru Sheikh Abdul Rahman Jabat. Adapun sebab beliau memperkenalkan di atas nama Gerak Seni Silat Abjad ini mengikut cerita beliau sendiri ialah kerana pada masa itu beliau melihat sendiri akan kedudukan umat Melayu Islam yang terumbang ambing mencari perlindungan setelah Negara menghadapi kelompok perkaum- an hasil percatuan parti, politik, pertubuhan-pertubuhan suka-rela, badan-badan masyarakat dan orang perseorangan sehingga berlakunya pertumpahan darah yang dikenali dengan peristiwa 13 Mei 1969, dan pada ketika itu lahirlah berbagai-bagai ajaran syirik, khurafat dan bid’ah (dikehendakki di sini ialah bidaah dholalah haram yang menjadi murtad dan munafiq atau bidaah dholalah karahah yang menjadi zalim dan fasik) yang berlaku secara berleluasa dalam masyarakat umat Melayu Islam di Negara kita.

Tersebut di dalam kitab Manhalush Shafi karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani bahawa tiada perkara yang lebih besar daripada bahaya kufur melainkan bahaya bid’ah yang dilaknat oleh Allah S.W.T. akan orang-orang yang berbuat akan dia”. Seperti mana sabda Nabi S.A.W.:
ِ
Maksudnya:

“Barangsiapa mengada-ngadakan sesuatu pekerjaan yang tiada ia pada agama, maka Allah S.W.T. melaknat keatasnya”.

Maka pada ketika itu telah melihatlah oleh beliau akan berbagai-bagai macam ragam ilmu, amalan wirid dan jampian yang diada-adakan yang tiada pada asal agama, sebab telah menyangka mereka itu dengan jahilnya bahawa boleh memberi bekas oleh segala sesuatu yang lain daripada Allah Ta`ala dengan waham dan khayal yang fasiq, dengan istidraj Allah Ta`ala akan mereka itu bahawa boleh memberi manfaat akan dia supaya mencapai kehendak mereka itu akan perkara mencarik adat di dalam perkara agama bagi mereka itu, antara perkara-perkara yang diada-adakan ialah umpama lahirnya beberapa kumpulan yang mengadakan kaedah atau petua mengikut logik akal (tahsinul aqli) antaranya :

a. Mengadakan Petua atau satu kaedah bersumpah atau Mubai’ah bertujuan mencari kekuatan atau hikmah yang mencarik adat.
b. Mengadakan petua atau kaedah yang disertakan dengan pantang larang yang menepati hukum syara’ samada harus atau haram.
c. Mengadakan petua atau kaedah marah atau dimarahi bagi menzahirkan sesuatu perkara hikmah luar biasa atau mencarik adat.
d. Mengadakan petua atau kaedah yang mesti berpegang kepada kebesaran ayat, wirid, jampian doa, azimat, tangkal dan lain-lain yang zahir semata-mata atau berpegang kepada mana-mana I’tiqad Qadariah, Jabariah, 25 Mu’tazilah atau istilah baru sekularisme, orientalisme, kapitalisme dan sosialisme.
e. Mengadakan sesuatu perkara yang tiada tahu akan asal usulnya dari mana, di mana dan ke mana

Menyedari betapa gemarnya kehendak umat Melayu kepada kekuatan dan kebenaran Islam itu sendiri sepertimana firman Allah Ta`ala:

Mafhumnya:

“Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasullullah kepada kamu maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya”. (Al-Hasyar ayat 7)

Gerak Seni Silat Abjad diperkenalkan adalah sebagai ganti nama kepada Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam, yang diwarisi daripada gurunya Sheikh Yusuf Al-Kenali Al-Kelantani, serta menerima latihan Ilmu Rahsia dan Petua Hikmah Langkahan Hulubalang Khalifah Allah, daripada gurunya Sheikh Muhammad Taib bin Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jabat yang berwasilah rabitah kepada Nabi Muhammad S.A.W. iaitu yang sampai kepada Hakikat Tauhid serta yang sah i’tiqadnya dan muafakat pula i’tiqadnya itu bagi Ahli Sunnah dan berjalan pada zahirnya dengan Syariat yakni muafakat pada zahir dengan Syariat Muhammadiah dan batin pula dengan Tariqat Ahmadiah yang dikehendaki di sini ialah perjalanan yang mengikut perjalanan yang bercontoh dengan Nabi Muhammad S.A.W. hingga merdeka ia daripada segala barang yang lain daripada Allah dan kepada Allah Ta`ala jua.

Adapun bagi setiap mereka yang bersilat itu ataupun bagi sesiapa yang mempelajari Gerak Seni Silat Abjad mestilah menerima talqin ucapan Dua Kalimah Syahadah serta mem-fardhukan Islam ke atas diri bertujuan memelihara segala anggotanya pada gerak dan diam barang yang di antaranya dan di antara suruhan Allah Ta`ala.

Maka lahirlah kekuatan ke atas dirinya bagi menjaga maruah agama, diri, keturunan, harta benda dan tanah air. Maka bagi setiap persilat itu sudah tentu ia tolak atau buang akan lima perkara yang diada-adakan, yang tiada pada asal agamanya umpama lima perkara yang telah disebut terdahulunya dan ia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh tumpuan menegakkan lima perkara berikut:

a. Iman yang teguh serta beradab mukmin.
b. Sejahtera diri, keluarga, masyarakat dan tanah air.
c. Melazimkan ihsan pada rohani jasmani di setiap tempat, waktu dan masa.
d. Menjadi umat yang diterima.
e. Mati dalam kebajikan (husnul khatimah).

Dan hendaklah ia melazimkan akan lima perkara:

a. Membuat kaifiat adab sebelum melaksanakan apa-apa kerja atau amalan atau latihan.
b. Mengambil langkahan Sunnah atau langkahan hulubalang mempertahankan diri.
c. Membaca Al-Quran, solat sunat, puasa sunat atau apa-apa zikir, wirid yang telah disusun oleh ‘ulama muk-tabar yang ahli pada babnya sebagai zikir taqarrub.
d. Membaca Al-Fatihah hadiah sebagai tabarruk.
e. Menghadiri majlis pengajian agama Islam dengan rupa mengajar, belajar, mendengar, muzakarah, muta-la’ah, muraja’ah dengan mereka yang ahli pada babnya sekiranya ada masalah yang dihadapi atau di musykili.

KATA-KATA WASIAT

Banyak barang tiruan dalam pasaran,
Barang asli dalam rumah ahli,
Dapat beza dalam majlis tandingan,
Datang benar hancur binasa yang bathil,
Benar tetap benar, bathil tetap bathil,
Datanglah kepada kami jika mahu barang yang asli,
Tiada menjadi korban pengorbanan,
Tiada dimahkotakan pahlawan,
Nafsu tujuh rupa tujuh martabat,
Taulannya di luar diatas, rupanya baik atau jahat,
Tiap-tiap bergerak ditanya guru asal,
Dosa pahala dikira melaluinya,
Tiada guru syaitan mengaku jadi guru,
Ahli Sufi palsu berbagai ragam ratib jampian,
Lumrah insan kalah pakai menang beli.

Wahai Saudara,

Pesananku jadikan kepercayaan dan jaminan,
Jalan segera dekat selamat,
Terima dan amal wasilah rabitah asal barang yang seumpamanya,
Tiada bicara barang mana permainan atau aurad lisan jangan menyimpang daripada jalan,
Pasti pangkat yang sama atau yang lebih tinggi,
Hadir majlis pengajian mahir serta beramal ilmu asas,
Mengaku murid bagi Muhyiddin, Khidir dan Rasullullah,
Tiada perlu takut, syak, zhon dan waham walau diatas barang mana alasan,
Yang demikian wasilah rabitah a`la hadratutullah,
Setiap waktu masa berjalan,
Pertolongan segera daripada kejip mata selagi tiada maqtuq
Semua cair beku jadi bala tentera taat serta sujud,
Jika lautan api dihadapan,
Lautan bisa di kanan,
Lautan salji beracun di kiri,
Ribut taufan melanda dari belakang,
Air bah keluar dari bawah,
Gunung masyriq Maghrib di atas kepala,
Musuh disegenap jihak menerpa,
Bilangan mereka seumpama pasir di pantai buih di laut,
Jangan gentar tiada mudharat walau apa kelakuan,
Jadi sia-sia hancur binasa sebelum kejip mata,
Tiada hisab umpama biasa di akhirat,
Walau beberapa banyak dosa tiada taubat,
Maha nyata berkat keagungan mereka melimpah rata-rata,
Bertuah selagi berpegang teguh tiada lekang mengaku murid bagi mereka,
Pekerjaannya Pekerjaan mereka ialah pekerjaan Allah,
Tiap-tiap lulus baginya lulus bagi mereka,
Al-kaun dan mukawwin kepercayannya
Hidup merdeka bahagia sepanjang masa,
Jika cuba jahat adab walau dalam apa jua,
Akan dikaram dalam lautan angan-angan tipu daya syaitan,
Mati seumpama sekam padi dimakan api atau garam kena air mutlak.
Maqtu’ wasilah dengan mereka dan maha agung,
Semua pemberian dirampas iman dicabut,
Selagi tiada dirujuk dan memperbaharui talqin dan taubat nasuha,
Tiada kurnia seperti ini daripada rabbul ‘alamin,
Melainkan yang mengaku murid,
Menjalani jalan mereka dan hilang mazmumah.

AULIYA’ ALLAH TA`ALA

Qutub Iaitu Ketua
Ialah satu perkataan yang dibuat panggilan kepada sese-orang itu yang dia juga sentiasa berada di dalam perhatian Allah Ta`ala pada setiap masa dan zaman, dia itu yang dianu-gerahkan oleh Allah Ta`ala akan Ilmu Laduni. Dia dapat bergerak ke segenap penjuru alam seperti roh atau nyawa seseorang itu bergerak keseluruh anggota badannya. Pergera-kan itu secara zahir ataupun secara batin.
Adapun neraca yang dapat dibuat pertimbangan dengan-nya iaitu pengetahuan secara Laduni itu. Pengetahuan itu adalah mengikut pengetahuan Allah Ta`ala. Maka dengan itu apa yang dikatakan dan apa yang diteroka olehnya adalah benar dan berlaku.
Qutub ini bukan hanya seorang sahaja malah ia banyak dan ia adalah mengikut pergantian banyaknya jenis wali dan mengikut pergantian zaman dan dia juga dinamakan dengan Al-Ghaus.

QUTUB AL-AQTHAB
Ketua Dari Segala Ketua
Ialah satu perkataan yang dibuat panggilan daripada batin kenabian Muhammad S.A.W., tiada penyudah bagi kewalian dan tiada Qutubul Aqtab melainkan tertentu kepada bathin kenabian Muhammad S.A.W. sahaja. Dialah juga yang dinamakan Qutbiyatul Kubra iaitu qutub yang teragung.

WALI AL-AUTAD
Paku/Paku Alam
Ialah satu panggilan ibarat untuk empat orang wali yang berada pada empat penjuru alam, Autad Utara, Autad Selatan, Autad Timur, Autad Barat. Tiap-tiap seorang dari mereka mempunyai tugasnya masing-masing di bahagian yang tersebut dan salah seorang dari mereka adalah dari Wali Qutub (ketua).

WALI BUDALA/AL-ABDAL
Ganti
Ialah satu panggilan ibarat untuk sembilan orang wali yang kesemuanya mempunyai kesempurnaan dan kelebihan yang tetap dalam musyahadah akan Alah Ta`ala. Mereka telah keluar dan lepas dari garis-garis waham dan khayal. Kata setengah ulama`, mereka sebanyak empat puluh orang, mana-kala setengah ulama` yang lain pula mengatakan mereka ini sebanyak tiga puluh orang dan salah seorang daripada mereka adalah Wali Qutub (ada seorang ketua). Andaikata sekiranya mati salah seorang daripada mereka, maka kematiannya tidak dapat diketahui oleh manusia awam (kebanyakan) dan Allah Ta`ala akan menggantikan pula dengan yang lain tiada dijadi kurang.

WALI AN-NUJABAK
Yang Terpuji Dan Yang Termulia
Ialah satu panggilan ibarat kepada orang yang berperibadi mulia, dia berperangai dengan perangai ketuhanan ‘Akhlak Ilahiyah’ ertinya perangainya sudah dijamin dan diakui oleh Allah Ta`ala iaitu akhlak ‘mahmudah’. Mereka bertugas menanggung beban makhluk dan bencana mereka. Andainya satu mala petaka yang diturunkan atau yang akan diturunkan kepada makhluk, maka merekalah orang yang pertama berdoa kepada Allah Ta`ala supaya bencana itu diangkat dan dihindarkan. Mereka terdiri daripada manusia yang berperibadi mulia serta mendapat Ma’rifah (pengenalan) yang bersih.
Mereka tiada mengharap kepada yang lain dan hati mereka tiada memandang kepada yang lain hanya kepada Allah Ta`ala semata-mata. Mereka ini bekerja memerahkan tenaga dengan doa dan sebagainya adalah untuk kepentingan orang lain, bukan untuk diri mereka dan mereka terkenal dengan banyak sabar dan redha.

WALI AN-NUQABAK
Ketua Kecil @ Jawatankuasa
Iaitu satu panggilan ibarat daripada orang yang sudah keluar daripada tekanan nafsu keji (amarah bissu’) disebabkan oleh kuat mujahadah, banyak beribadat, zuhud dan mengo-songkan hati daripada memandang adanya usaha tenaga sendiri. Bilangan mereka ini ialah sebanyak tiga ratus orang dan mereka terkenal dengan banyak tawakkal kepada Allah Ta`ala di dalam segala urusan. Tiap-tiap satu nama wali itu masing-masing mempunyai Qutub (Ketua). Andainya mati sa-lah seorang dari semua jenis wali-wali itu, maka Allah Ta`ala ganti dengan yang lain pula yakni hilang seorang, ganti seorang dan begitulah berkekalan seterusnya, tetapi tiada seorang pun yang tahu atau kenal wali ini melainkan sesama mereka sahaja.

AL-IMAMAIN
Dua Imam/Dua Ikutan
Mereka ini ialah dua orang sahaja. Mereka bertugas selaku setiausaha yakni yang satu bertugas di pihak kanan Qutub dan yang satu lagi bertugas di pihak kiri Qutub.
Adapun yang di pihak kanan Qutub tugasnya ialah sentiasa melihat pada alam malakut (alam ghaib) dan dialah yang menggantikan Qutub dalam urusan yang bersangkut paut dengan alam di sebelah sana.
Adapun yang disebelah kiri Qutub itu tugasnya sentiasa melihat memerhati alam syahadah (alam nyata/alam kebendaan) dan dialah sebagai pengganti Qutub di dalam urusan yang bersangkut paut dengan alam di sebelah sini.

RIJAL AHLILLAH
Lelaki Yang Terpuji/Ketua Daerah
Iaitu satu panggilan ibarat kepada orang yang telah keluar dari tingkatan nafsu keji (amarah bissu’) disebabkan oleh kuat mujahadah, zuhud dan banyak beribadat serta mengkosongkan hati daripada memandang adanya usaha tenaga dirinya. Rijalullah ini bilangannya ialah sebanyak tujuh puluh ribu orang dan mereka terkenal dengan banyak tawakkal kepada Allah Ta`ala. Segala urusan dan setiap mereka mempunyai Wilayah atau Daerah masing-masing yakni setiap satu Rijalullah satu Daerah baginya. Nama Rijalullah ini dipanggil Qutub Wilayah tetapi tiada seorang pun yang tahu atau kenal Rijalullah ini melainkan sesama mereka sahaja.

PENGERTIAN WALI
Iaitu mereka yang diperintahkan segala pekerjaan dan alamat wali itu ialah mereka yang lemah lembut lidahnya, baik perangainya, manis mukanya, murah nafsunya, sedikit perbantahannya, menerima keuzuran orang yang salah kepadanya dan sempurna kasih sayang atas segala makhluk Allah Ta`ala. Kata Muhammad Ibnu Sahl Ibnu Athoillah Rahimahullah Ta`ala alamat wali itu empat perkara:
a. Memelihara Sir antaranya dan diantara Allah Ta`ala.
b. Memelihara segala anggotanya daripada barang yang antaranya dan diantara suruhan Allah Ta`ala.
c. Menanggung kesakitan barang yang diantaranya dan diantara segala makhluk Allah Ta`ala.
d. Meraikan segala makhluk atas kadar bersalah-salahan akal mereka itu.

SIAPA KEKASIH ALLAH
Bahawasanya harus diketahui bahawa segala wali itu ada empat maqam atau pangkat:
a. Pangkat pengganti Nabi (Khilafah An-Nubuwwah)
Mereka ini terdiri daripada golongan ‘Ulama.
b. Pangkat pengganti Rasul (Khilafah Ar-Risalah)
Mereka ini terdiri daripada golongan wali-wali Abdal.
c. Pangkat pengganti Ulul ‘Azmi (Ulul ‘Azmi)
Mereka ini terdiri daripada golongan wali-wali Autad.
e. Pangkat pengganti Ulul Isthifa’ (Ulul Isthifa’)
Mereka ini terdiri daripada golongan wali-wali Qutub.

Bahawasanya harus diketahui juga susunan pemerintahan para-para Auliya`(ahli rohani) ini tiada adalah kurangnya dengan susunan pemerintahan dunia ini malahan lebih teguh dan kuat lagi kerana lantaran pada alam rohani lebih banyak musuh-musuh daripada alam kenyataan ini.

Pemerintahan mereka juga mempunyai Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Setiausaha-Setiausaha, Wakil-Wakil dan Ahli Jawatankuasa. Masing-masing mereka menyusun tugas men-dirikan dunia bumi sebagai sebuah Negara. Mereka ini menjual diri, harta, tenaga, masa dan hidup mereka seluruhmya dan juzu’-juzu’nya kepada Allah Ta`ala dan Rasulnya Nabi Muham-mad S.A.W sebagai Pengorbanan untuk Melaksanakan dan Menegakkan Kedaulatan Kerajaan Iman, Islam, Ihsan, Pengor- banan Diri dan Harta bagi menjaga kemuliaan (maruah) Agama Islam, Diri, Keturunan, Harta Benda dan Tanah Air mengikut ajaran Allah Ta`ala di atas muka bumi Allah Ta`ala yang fana ini.

Begitulah susunan pemerintahan Auliya’ Allah Ta`ala (para-para ahli rohani) yang terdiri dari Qutubul Aqtab, Autad, Abdal, Nujabak, Nuqabak, Imamain dan Rijalullah. Mereka semua menyusun untuk mentadbir serta mentarjihkan segala tariqat dan mentashih segala wirid, jampian serta doa dan susunan langkahan dan usaha kerja buat makhluk manusia semuanya untuk menunaikan hak-hak kehambaan ke arah mengenal dan musyahadah akan Allah Ta`ala dalam semua tempat dan zaman dan mentadbirkan dunia bumi sebagai sebuah negara terlaksana sepenuhnya di dalamnya, masyara-katnya, kedaulatan kerajan Iman Islam Ihsan Pengorbanan Diri dan Harta kepada Allah S.W.T. semata-mata.

Mereka sentiasa mengawasi gangguan-gangguan yang datang daripada musuh-musuh hati yang terdiri daripada maha-raja nafsu dan profesor iblis yang sentiasa mencari peluang untuk merubahkan kota akal dan hati jiwa.

Kita atau sesiapa juga akan dapat mencapai akan nikmat kelazatan di dalam musyahadah akan Allah Ta`ala sekiranya kita mahu untuk mencapainya. Akan tetapi percayalah bahawa nikmat kelazatan musyahadah akan Allah Ta`ala itu tiada dapat digambarkan oleh pengetahuan semata-mata dan tiada dapat dilukis oleh mana-mana pena dan tiada dapat diisyaratkan oleh apa-apa perkataan.

Sesungguhnya ia akan dapat dirasai oleh sesiapa yang telah berusaha untuk sampai kepadanya (musya-hadah akan Allah Ta`ala) itu dengan perasaan dalam ilmu dan amalnya kerana tiada diperolehi akan ilmu pengetahuan yang banyak itu dengan tiada belajar.

Inilah perkara yang pernah dibangkitkan oleh Imam Al-Ghazali dengan katanya: “hakikat ini jika aku nyatakan kepada mereka, maka mereka akan memberi ta’wil kepadaku, dengan ta’wil kafir, yakni mereka tiada akan percaya”.

Sebab itu Imam Al-Ghazali berkata kepada muridnya sebagai tolol, lantaran muridnya bertanya kepadanya tentang hakikat ini, akan tetapi beliau telah membuat perbandingan semula dengan mengata- kan bahawa bukankah tolol namanya jika seseorang itu berta-nya tentang bagaimana kelazatan jima’, kerana jika hendak tahu
bukanlah hakikat hendaklah dirasai dengan sendiri, sebab jika diberitahu itu
kelazatan namanya, bahkan ia hanyalah se-kadar pengetahuan sahaja, sedang orang yang mengetahui itu tiada sama dengan orang yang pernah merasai.
Ya! Jika sekiranya seseorang itu telah putus azamnya untuk sampai ke situ (musyahadah kepada Allah Ta`ala), insya Allah ia akan dapat merasainya.

Akan tetapi dengan adanya pada diri syarat berikut:
Hendaklah ia menjalani tariqat, iaitu jalan yang telah dilalui ahli sufiah yang muktabar yang benar-benar soleh dan mempu-nyai wasilah dan robitah kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W. semata-mata.

Andainya kita telah menjalani tariqat yang telah dipelajari dari guru yang mempunyai susunan wasilah yang muktabar dalam ilmu dan amalan robitah kepada Rasullullah S.A.W. serta dengan adanya susunan zikir-zikir dan wirid-wirid yang tertentu, maka bererti kita telah mempunyai perhubungan dengan guru dikalangan ahli Sufi yang mempunyai wasilah mengikut susunan sufiah kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Mereka itu yang akan memandu muridnya untuk sampai kesana. Murid amat perlu kepada guru untuk mengasuhnya dan membimbingnya kerana pada perjalanan itu banyak sekali musuh-musuh yang akan mengganggu. Maka perhubungan dengan gurunya yang ahli pada babnya itulah yang dikatakan tawassul.

Sebagaimana kita ingin menemui sultan, sedangkan kita adalah orang kampung yang tiada tahu akan peraturan dan adat istiadat istana, maka pada ketika itu amatlah perlu kita kepada seorang pemimpin yang boleh membawa kita untuk menemui sultan tersebut dan jika sekiranya tiada orang untuk memandu, nescaya banyaklah masalah pada perjalanan itu serta berkemungkinan akan ditimpa halangan buruk yang boleh menyebabkan tiada sampai kita kepada menyatakan hasrat atau tiada dapat mengadap sultan tersebut.

Sekiranya seseorang itu mempunyai keazaman yang kuat untuk bermujahadah kepada Allah Ta`ala, sudah tentu ia akan mencari jalan yang sebenarnya yang boleh menyampaikan ia kepadanya dan ketika itu ia akan berusaha dengan sepenuh tenaga yang ada padanya untuk mencapainya dengan mengambil jalan yang paling selamat. Maka usaha pisah untuk mencapainya itulah yang dinamakan murid.

Dari sinilah seseorang murid itu akan menempuh ber-bagai-bagai percubaan dan merasai berbagai-bagai kelakuan serta melazimi beberapa perkara untuk menjalankannya seperti mengetahui dengan sebenar-benarnya kaedah-kaedah yang telah ditetapkan umpamanya taubat, zuhud, tawakkal, qana’ah, sabar, fana dan lain-lain lagi perkara yang mesti diikuti dan dilalui oleh seseorang murid itu.

PENGERTIAN MURID

Murid atau Salik ertinya ialah yang berjalan atau yang berkehendak. Apabila dikatakan Murid atau Salik, maka pada istilah ahli sufiah ialah orang yang dikurniakan oleh Allah Ta`ala untuk berusaha pisah-pisah akan hatinya buat menjalani kepadanya dan untuknya. Sebab itu orang yang ingin sampai hatinya kepada musyahadah akan Allah Ta`ala hendaklah melatih hatinya dengan menafikan segala kemahuan yang dibangsakan kepada dunia kebendaan.

Kemudian langsung menyembunyikan dirinya untuk beribadah, berzikir dan sebagainya bagi menyampaikan dirinya kepada Allah Ta`ala secara zauq (perasaan) dan tiada lagi secara pengetahuan iaitu beredar-edar ia disekitar Allah itu tiada ada menyerupai suatu kuasa dan lain-lain lagi sedangkan secara zauq (perasaan) tiada ada padanya, akan tetapi bagi mereka yang menjadi murid itu telah mengikuti apa yang telah diterangkan oleh Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta`ala Anhu dan mereka itu (murid) telah merasai apa yang dinamakan Bab Al-Asma’ iaitu merasai akan kelazatan dalam zikrullah, usaha dan latihan mereka itu (murid) untuk musyahadah kepada Allah Ta`ala dengan melalui kenikmatan berzikir, beribadat serta pisahan hati.

MAJZUB @ MURAD

Seperkara lagi yang perlu kita ketahui bahawa ada juga setengah manusia yang diangkat terus sampai ke sana dengan semata-mata limpah kurnia Allah Ta`ala. Tiada dengan pisahan usaha dan tiada pula dengan bimbingan gurunya (ahli-ahli kerohanian) yang tertentu. Orang itu dinamakan majzub ataupun murad, perbandingannya ialah seperti ia di temui oleh sultan itu sendiri dengan memegang tangannya lalu membawa kehadapannya tetapi orang ini selalunya akan menerima kesukaran atau kepayahan tatkala menurun nanti. Andainya ia tiada mengawasi, maka ia akan menerima bencana ketika ia bermohon diri kelak.

PENGAKUAN

Pengakuan saya sendiri selaku penulis tiada pernah merasai segala-galanya itu dan boleh dikatakan saya juga ketinggalan kiranya kerana kelazatan zikir pun belum dirasai inikan pula kelazatan musyahadah akan Allah Ta`ala, akan tetapi walaupun demikian saya yakin akan Allah Ta`ala maha luas rahmatnya dan sama-samalah kita berusaha dan berdoa supaya kita ini menjadi murid kepada mereka (ahli-ahli kerohanian) yang benar-benar soleh serta nyata wasilah dan robitah dengan ilmu dan amalnya yang menyampaikan tambatan hati muridnya kepada Baginda Nabi Muhammad Rasullullah S.A.W. dan diterima akan kita menjadi muridnya serta berada di dalam jamaahnya buat selama-lamanya. Amin ya Robbal a`lamin.

KELAKUAN MENJALANI DIRI

Oleh itu marilah kita membicarakan fasal kelakuan yang mesti dilalui dan percubaan yang harus di tempuhi serta yang mesti dialami dan dilalui oleh seseorang murid yang ingin sam-pai kesana untuk menjadi kekasih Allah Ta`ala.
Di samping itu kita juga perlu mengetahui akan syarat-syarat bagi seseorang murid itu untuk menjalani diri kepada Allah Ta`ala. Ketahuilah bahawa segala tunjang bagi mencapai kebahagian dunia dan akhirat itu adalah berpusing di sekitar sejauh mana bagi seseorang murid itu membina taqwa.

Taqwa adalah asas dan pokok serta jalan atau permulaan pekerjaan ibadat dunia dan akhirat. Sesungguhnya kebajikan dan kebaikan dunia dan akhirat tiada akan dapat dicapai begitu juga dengan kejahatan dan kebinasaan tiada akan dapat ditolak melainkan dengan adanya taqwa.

PENGERTIAN TAQWA

Taqwa adalah satu wasiat iaitu satu pesanan dari Allah Ta`ala kepada manusia seluruhnya. Manusia dahulu, sekarang dan akan datang serta banyak lagi keterangan dari ayat-ayat Allah Ta`ala yang telah memberi jaminan kepada orang-orang yang bertaqwa. Firman Allah dalam Surah hujurat ayat 13.
ْ
Mafhumnya:

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah Ta`ala itu adalah orang yang lebih taqwa kepadanya”.

Allah Ta`ala telah menjadikan ukuran serta membuat penilaian kemulian seseorang itu diatas kekuatannya, tiada pada keturunannya, tiada pada harta kekayaan, tiada dengan ilmu, tiada dengan kemegahan atau tiada dengan segala perkara yang pernah dibuat penilaian oleh kebanyakan manu-sia pada zaman ini. Sebab itu kemulian yang dibina di atas asas taqwa ianya tiada boleh dirosakkan dan tiada dapat dijejaskan oleh pemutaran zaman atau perubahan masa.

Bagi memastikan seseorang murid itu menjadi seseorang yang benar-benar bertaqwa, ia mestilah meninggalkan segala jenis dosa, serta menghalangkan diri dari segala jenis kema-huan nafsu disamping mengawasi diri daripada tipu daya syaitan.

KEMAHUAN NAFSU

Andainya seseorang murid itu sentiasa menurut kemahuan nafsunya, maka sampai bila pun dia tiada akan dapat kebahagiaan kerana mengikut kemahuan nafsu adalah pokok bagi segala kejahatan dan kebinasaan. Inilah yang paling ditakuti oleh Rasullullah S.A.W sepertimana di dalam sabdanya yang bermaksud: “seperkara yang paling ditakuti sekali pada umatku ialah mengikut kemahuan nafsu, panjang angan-angan. Kerana pada mengikuti kemahuan nafsu itu adalah menjadi sebesar besar dinding diantara hamba dan Allah S.W.T dan panjang angan-angan adalah melupakan hari pembalasan”.

Dan tipu daya syaitan adalah merupakan perkara kedua yang mesti diawasi kerana dialah sebagai pendukung nafsu. Syaitan dapat masuk menyelinap kedalam badan manusia seperti nafsu juga sepertimana yang diterangkan oleh nabi Muhammad S.A.W didalam sabdanya yang bermaksud: “sepertimana keinginan nafsu yang bercampur dengan darah daging dan urat nadi manusia, maka demikianlah juga syaitan itu dapat berjalan mengikut aliran darah serta bergerak masuk kedalam daging seterusnya kejantung hati manusia”.

Jadi, untuk mengawasi dan menjaga kedua-dua musuh itu dan untuk mendapat hakikat taqwa yang sebenarnya, maka perlulah bagi murid itu berada pada ketiga-tiga jalan ini.

JALAN MENUJU KEPADA ALLAH S.W.T

Pertama : Syariat Kedua : Tariqat Ketiga : Hakikat
Maka ketiga tiga jalan ini yang mesti menjadi landasan utama bagi seseorang murid itu (iaitu orang yang berjalan untuk sampai menuju kepada Allah S.W.T).

Ahli-Ahli Kerohanian atau Ulama`-Ulama` Sufi Muktabar telah membuat perbandingan tentang ketiga-tiga perkara itu dengan katanya:

“Syariat adalah seperti kapal dan tariqat itu adalah seperti lautan manakala hakikat itu adalah seperti permata yang dicari”.

Maka sesiapa sahaja atau mana mana murid yang mahu dan berkehendakkan kepada permata tersebut, maka terpak-salah ia mengharungi lautan seperti menempuh gelombang ombak dan bahtera atau kapal adalah pokok utama yang mesti disediakan bertujuan untuk mengharungi lautan yang besar itu.

Demikianlah juga bagi mana-mana murid atau sesiapa sahaja yang mahukan Hakikat untuk sampai kepada Makrifah Allah, maka terpaksalah mengharungi Lautan Tariqat dan tiada dapat berada di Lautan Tariqat melainkan setelah sempurna syariatnya. Maka, marilah kita mempelajari apakah dia Syariat, Tariqat Dan Hakikat yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

PERTAMA : SYARIAT

Syariat ialah mengikutkan agama Allah S.W.T iaitu Islam sepertimana yang dibawa datang awal oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan erti kata menunaikan segala perintah dan suruhannya dan menjauhi serta meninggalkan segala larangannya.
Maka di dalam perkara menunaikan segala perintah inilah menjadi sebab menentukan hukuman keatas manusia dan jin didalam Islam apabila sempurna akal, sihat ceria, terima seruan Nabi Muhammad S.A.W dan sampai had taklif syara’ (baligh) wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah dengan menyem-purnakan rukunnya, syarat serta sahnya dan mengetahui ia akan perkara-perkara yang membatalkannya bagi memfardhu-kan Islam keatas dirinya untuk memelihara serta menjaga kemuliaan (Maruah) Agama Islam, Diri, Keturunan, Harta Benda Dan Tanah Air.

Sepertimana firman Allah S.W.T:

Baqarah ayat 138
Mafhumnya:

“Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: agama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam)! Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadanya jualah kami beribadat”.

Iaitu Syariat yang sampai pada Maqam Hakikat Tauhid serta yang sah i’tiqadnya itu bagi Ahli Sunnah dan berjalan pada zahirnya jalan Syariat yakni muafakat zahir dengan Syari-at Muhammadiah dan batinnya dengan Tariqat Ahmadiah (yang dikehendaki disini ialah perjalanan yang bercontohkan kepada Nabi Muhammad S.A.W pakaian zahir Uswatun Hasanah, Rahmatun Lil Alamin, Makarimul Akhlak, Khuluqil Adzim hingga merdeka ia daripada segala yang lain daripada Allah kepada Allah Ta`ala semata mata.

Setelah murid itu menjalani akan jalan Syariat, dan sekarang marilah pula kita mempelajari serta mengharungi Lautan Tariqat pula.

KEDUA : TARIQAT

Tariqat ialah bagi memilih jalan yang lebih selamat pada segala amalan dan segala pekerjaan serta meninggalkan perkara-perkara yang dianggap menjadi kesamaran seperti hendaklah kita memilih jalan Wara`. Wara` di sini bukanlah bererti seseorang itu asyik memegang tasbih sahaja sehingga tiada mahu ia berusaha dan bekerja sepertimana yang dikehen-dakki oleh Syariat akan tetapi Wara` yang dikehendaki di sini ialah sepertimana yang telah dijelaskan oleh ulama.

Imam Al-Ghazali telah membahagikan Wara` itu kepada empat bahagian iaitu:

a. Wara` Orang Kebanyakkan. Iaitu Wara’ bagi orang yang meninggalkan segala perkara yang diharamkan oleh Allah Ta`ala dan ini adalah Wara` orang yang sedang berada pada darjat Syariat.

b. Wara` Orang Yang Soleh. Iaitu Wara` bagi orang yang meninggalkan segala perkara yang samar-samar hukumnya (syubhat) perkara ini jika dikerjakan tidaklah menjadi salah bagi orang yang berada pada darjah Syariat akan tetapi menjadi salah bagi orang yang berada pada darjah Tariqat.

c. Wara’ Orang Yang Muttaqin (takut pada Allah Ta`ala) Iaitu Wara’ bagi orang yang meninggalkan barang yang tiada mengapa jika dikerjakan tiada jadi makruh dan tiada pula Khilafu Aula ini adalah kerana takut luput (hilang) barang yang diantaranya dan diantara Allah Ta`ala daripada nur dan cahaya yang berada pada mata hatinya.

d. Wara’ Orang Yang Siddiqin (orang-orang yang benar)
Iaitu Wara’ bagi orang yang meninggalkan segala perkara yang menyebabkan terasing diantaranya dan di antara Allah Ta`ala daripada segala jenis perkara yang membinasakan agama Allah Ta`ala dan hatinya.

KETIGA : HAKIKAT

Apabila seseorang yang menjadi murid itu sampai kepada tujuan makrifah Allah Ta`ala iaitu Musyahadah akan Nur Tajalli Allah. Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa Tajalli itu barang yang nyata bagi hati seseorang itu daripada cahaya Alam Ghaib dan di sana dia dapat faham hakikat segala perkara, seperti musyahadah akan Asma’ Dan Sifat dan juga Zat Allah Ta`ala dan dapat memahami rahsia Al-Quran dan mendapat yang tidak boleh dapat dengan usaha dan belajar.
Ketiga-tiga perkara itu tiada boleh terasing sama sekali iaitu Syariat, Tariqat Dan Hakikat kerana Tariqat Dan Hakikat tiada boleh betul dan boleh didapati dengan tiada adanya Syariat. Begitu juga dengan Syariat, tiada akan adanya nilai sekiranya tiada ada Tariqat Dan Hakikat.

Inilah sebabnya Ulama Muhaqqiqin berwasiat dengan katanya:

“Syariat dengan tiada adanya Tariqat adalah kosong manakala Tariqat dan Hakikat dengan tiada adanya Syariat adalah tiada sah”

Seorang yang beriman itu meskipun tinggi darjatnya dan dia sudah naik ke pangkat wali, maka tiada akan gugur daripa- danya undang-undang Syariat. Dia wajib melaksanakan setiap perkara yang difardhukan ke atas dirinya sepertimana yang ter-kandung dalam ucapan Dua Kalimah Syahadah.

Sesiapa yang menyangka bahawa apabila seseorang itu telah menjadi wali atau telah sampai hatinya kepada Hakikat Musyahadah akan Allah Ta`ala lalu digugurkan baginya segala undang-undang Syariat, maka sesungguhnya sangkaan yang demikian itu adalah sangkaan orang yang sesat dan ia menye-satkan pula orang lain.

Sesungguhnya Nabi-Nabi pun tiada gugur perintah Syara’ daripadanya, masakan pula wali-wali yang darjahnya lebih ren-dah daripada Nabi-Nabi ‘Alaihimus Solatu Wassalam itu sendiri.

====================================================================================

Sesungguhnya Allahyarham Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Osmani pernah mendatangi penulis di dalam mimpi selepas solat Istikharah selama 3 malam berturut-turut untuk mendapat petunjuk akan kebenaran ilmu ini. Kehadiran Tuan Guru bukan sahaja mengesahkan ILMU SILAT ini bahkan diri penulis juga. Al Fatihah untuk Allahyarham.

Sekian, wassalam.

Thursday, October 21, 2010

ILMU SEGALA - TITIK SEGALA ILMU

Salam...


Apakah itu ILMU SEGALA

-ilmu segala adalah titik bermulanya ilmu yang mana menerbitkan pancaran ilmu yang kita boleh pelajari.

-dalam bahasa mudah, ilmu segala ini adalah punca bermulanya ilmu-ilmu

Kenapa di namakan ILMU SEGALA

-ini kerana segala keilmuan itu datang dari satu titik yakni PUNCA ILMU. Dek kerana itulah di namakan ILMU SEGALA


Di mana ILMU SEGALA ini

-Ilmu segala ini berada pada setiap makhluk. Namum, jin dan manusia sajalah yang mampu manipulasi dan aplikasikan pancaran ilmu segala ini.


Jadi, apakah sebenarnya ILMU SEGALA ini

-Ilmu segala ini adalah titik atau 'spot' yang ghaib lagi ghaib yang tak mungkin dapat di ketahui hujung pangkalnya


Jika tiada siapa yang mengetahui hujung pangkal ILMU SEGALA, kenapa orang boleh tahu
-yang tidak di ketahui ialah tentang bagaimana ianya berfungsi dan keadaan ilmu ini. Seperti kita ketahui, jika ilmu sains, keadaannya adalah mengkaji sesuatu. Jika ilmu doktor, keadaannya mengkaji penyakit dan mengubat penyakit. Jika ilmu astronomi, keadaannya mengkaji bintang dan pergerakkannya.

Apa beza ILMU SEGALA dengan ilmu-ilmu lain

-Ilmu segala adalah titik bermulanya ilmu-ilmu lain. Jika mereka yang bijak pandai, mereka akan merasakan titik itu bersifat KOSONG. Tiada apa yang dapat di perkatakan. Tapi, terbit dari situ, ia boleh menjadi berbagai ilmu. Dek kerana itulah ilmu duniawi ini di katakan 'berasal' dari ILMU SEGALA yang kosong itu.

Bagaimana ia terjadi

-bayangkan anda menutup mata dan kosongkan fikiran, tidak lama kemudian, minda anda akan menayangkan visual secara rawak. Pada masa itu anda tidak mengawal minda anda untuk men-visual-kan imej pada otak anda. Tapi ia ada dan anda menikmati visual itu sehingga terbawa, lantas terjadilah MIMPI, ASTRAL TRAVEL dan pelbagai lagi. Begitu jugalah ILMU SEGALA. Ianya terjadi sendiri kerana setiap ilmu yang wujud adalah bersesuaian dengan jasad, diri dan roh anda. Oleh yang demikian, jika anda tidak bijak dalam sesuatu ilmu, maka itu bukan ilmu yang 'fit' untuk anda. Ada ilmu lain yang lebih baik untuk anda.



Jadi, ILMU SEGALA ini adalah titik kosong yang penuh dengan ilmu-ilmu lain

-Ya. Ilmu segala adalah peti kepada ilmu-ilmu lain yang sebenarnya tiada kerana ia 'tercipta' dari kekosongan.


Makanya, dari mana datangnya ILMU SEGALA ini pula

-Sudah tentu dari pada yang maha berkuasa, yang maha berilmu. Muslim akan menyahut ALLAHUAKBAR jika faham tentang konsep ILMU SEGALA ini. Hal ini bersesuai dengan ayat kursi:-

"Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus ; tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."


Kenapa di namakan ILMU SEGALA sedangkan ianya lebih sesuai di namakan TITIK SEGALA

-Benar, tapi biarpun apa namanya, tanpa ilmu, bagaimana kita boleh tahu tentang wujudnya titik segala ilmu ini. Oleh yang demikian, untuk 'melihat' ILMU SEGALA juga perlu ada ilmu untuk itu.


Jadi, di mana ilmu untuk melihat ILMU SEGALA ini

-Jika anda tanya saya, maka jawapan yang saya beri adalah, 'kosong'. Hanya kekosongan berada di dalam ILMU SEGALA. Oleh itu, kosonglah cara untuk melihat ilmu segala ini.


Bagaimana mahu 'kosong' itu

-Biasanya orang akan fikir kosong itu adalah seperti matikan minda, pejamkan mata atau sebagainya. Tapi, sebenarnya kosong yang saya maksudkan ialah kosong yang tumpu pada satu titik. Maksudnya, kosong yang tidak di buat-buat.


Apa maksud kosong yang tidak di buat-buat

-sudahlah kosong, malah bukan di buat-buat. Pening orang nak fahaminya. Inilah 'rare'nya ilmu ini. Bila di bicarakan tentang ini, makanya ia akan pergi kepada konsep kenal diri. Hanya diri sendiri yang tahu bila masa kita 'kosong'.


Apa manfaat ILMU SEGALA

-bila di kata ilmu, semestinya ada manfaat. Tapi Ilmu segala bukanlah sesuatu benda yang anda boleh aplikasikan kerana ianya sekadar punca semata-mata. Bila anda tahu tentang ini, maka anda akan rasa dekatnya ALLAH, empunya ilmu kepada anda.


Jadi, tiada gunalah saya baca perihal ILMU SEGALA ini

-ILMU SEGALA adalah titik pada pancaran ilmu. Bila anda fahami konsep, maka anda mampu mendapatkan ilmu-ilmu yang anda mahukan. Contohnya cendikiawan muslim terdahulu. Daripada ahli falsafah, menjadi sufi dan kemudiannya menjadi ahli sains yang membina macam-macam dan seterusnya menjadi ahli politik dan sebagainya. Satu jasad tapi pelbagai keilmuan. Tidak seperti orang sekarang, satu orang satu expertise saja. Malah ada yang berbangga dengan PHD dan macam-macam. Tapi nak buat macammana, orang sekarang melihat sijil lebih dari kegunaan ilmu itu sendiri.


Apa tujuan memberitahu perihal ILMU SEGALA ini

-tujuannya adalah untuk menyedarkan muslim bahawa mereka mampu jadi lebih dari yang di jangka. KIta bukan hamba pada dunia. Kita adalah hambaNYA yang mana DIA telah berikan segala-galanya pada kita. DIA telah berikan ILMU-ILMUNYA pada kita tapi kita pula 'sombong' tidak mahu menerima ilmu-ilmu itu. Alasannya mudah, 'aku mahu belajar untuk akhirat, dunia kemudian'. Konsep itu salah kerana baik dunia mahupun akhirat adalah ILMU DARINYA. Janganlah kalian sombong dengan ilmu yang di berikan kerana tanpa ILMU, nak makan pun kalian tak tahu.





Ilmu Segala ialah titik kepada segala keilmuan yang ada.

Titik yang bagaimana? Titik ini bukanlah 'dot' seperti kita bayangkan bahkan ianya tidak bertempat dan tidak ternyata. Ini terjadi kerana keilmuan itu sendiri bersifat abstrak.

Percayalah, semakin kita 'korek' semakin banyak ilmu yang keluar. Ianya tak pernah putus. Kenapa ini terjadi? Ini kerana titik atau punca ilmu itu ada pada kita semua yakni manusia. Manusia di cipta 'sempurna' kerana sempurnanya dua perkara.

1- jasad dari ADAM, ADAM dari tanah yang suci dan Tanah yang suci hadirnya dari punca Bumi.
2- Roh dari Nur Muhammad, Nur itu dari CahayaNYA dan CahayaNYA punca segala makhluk.

Di sini ada dua jenis punca yakni zahiriah dan batiniah. Dek kerana itulah keilmuan manusia mampu untuk pergi jauh dari langit dan bumi.

Sebelum ini saya pernah berjanji untuk ceritakan tentang 'kosong' dan cara mendapatkan 'kosong' itu. Sebenarnya inilah paling mudah bagi segalanya. Jadi apakah caranya?!

CARANYA IALAH 'EMPTY YOUR CUP'... Kosongkan diri anda.

Baiklah, kosongkan diri ini bermaksud begini. Jika anda sudah tahu tentang masak ayam goreng dan anda di gelar 'master' dalam masak ayam goreng, bagaimana anda hendak tahu tentang satu lagi jenis masakan yang sama tapi berlainan dari apa yang anda tahu? Agaknya bagaimana hendak masak ayam goreng madu... masak ayam goreng KFC, masak ayam goreng tepung dan sebagainya?!

Jadi, kosongkan diri anda untuk memberi laluan pada ilmu lain hadir pada anda. Kosongkan diri bukan pula bermaksud 'bodohkan diri anda' atau 'jom jadi orang gila'... Tidak, ia tidak bermaksud begitu.

Kosongkan diri ialah sentiasa duduk di dalam ketenangan atau 'tidak menunjuk-nunjuk' atau 'cuba fahami maksud ilmu lain' atau AKU INI INSAN YANG TIDAK TAHU APA-APA, MAKA TIAP YANG DATANG ITU ADALAH ILMU DARINYA MESKIPUN DARI ANJING HITAM YANG BUSUK...


Ilmu SEGALANYA....
INNA LILLAH WA INNA ILAI HI RAJIUN
(dari NYA kita datang, kepadaNYA jualah kita kembali)

Wednesday, October 13, 2010

MISTIK MELAYU VS MISTIK YAHUDI





Artikel menarik ini sebenarnya saya petik dari blog mistisfile , iaitu satu wawancara pihak Mistis Organization dengan seorang penyelidik konspirasi yang bernama Lonecryer.Isi perbincangan adalah berlegar kepada keunikan dan nilai spiritual yang dimiliki oleh Bangsa Melayu yang amat berpotensi dengan kebangkitan akhir zaman.Ikutilah artikel ini seterusnya…..

Semakin hari semakin ganas tindakan Israel ke atas penduduk Islam Gaza.Tidak ada perubahan yang berlaku.Statistik kematian terus meningkat.Pemimpin Arab pula berusaha mengadakan rundingan.Tetapi Israel mahu berunding menggunakan bom berangkai fosforus,kereta kebal dan peluru berpandu.Masyarakat dunia hanya sekadar mengepal-ngepalkan tangan menunjukkan rasa tidak puas hati dan terus berdemontrasi.


MistisFiles telah mengambil inisiatif menemubual seorang penyumbang maklumat dan juga seorang penyelidik konspirasi yang selama ini selalu membantu kami di MistisFiles.Beliau adalah lulusan universiti di Timur Tengah,seorang yang mendalami subjek Social Propaganda,Mindcontrol Subcategory Backward Message,Islamophobia Conspiracy,911 CaseResearch,Paranormal Subcategory Dark Spirit and Alien Camouflage dan Gothic-Victorian Subculture.


Beliau menggunakan codename 'Lonecryer'


Pandangan beliau di dalam temubual ini tidaklah mencerminkan pandangan keseluruhan MistisFiles dan Mistis Organization.


-M.O



Lokasi: Mindcontrol Simulation Studio,Department of Mindcontrol Research (Protocols of The Elders of Mindcontrol),Level -23,Area 13

Masa: 3.00pm


Tarikh:Minggu ketiga Januari 2009.



M:MistisFiles L:'Lonecryer'




M:Terimakasih kerana sudi ditemubual dalam rakaman istimewa sempena kekejaman Israel ke atas Gaza baru-baru ini.Terlalu banyak persoalan yang timbul di sebalik peristiwa yang menyedihkan dan mengundang kemarahan masyarakat dunia terutamanya umat Islam ini.Persoalannya sekarang apakah objektif Israel di sebalik serangan mereka ke atas Gaza?



L:Terimakasih

Untuk menjawab soalan ini perlulah kita mengkaji sejarah bangsa Yahudi,perkembangannya dan tujuan mereka dalam politik dunia.Bangsa Yahudi mengikut lagendanya terdiri daripada 12 suku utama di mana ini disebut dalam kisah Moses (Nabi Musa) yang diberi mukjizat memancarkan mata air yang berjumlah 12 mata air untuk keperluan suku-suku Yahudi.Bangsa Yahudi adalah satu bangsa yang amat degil,keras kepala dan amat kuat perasaan rasis dan kauvinis mereka terhadap bangsa mereka sendiri.Bangsa Yahudi adalah bangsa yang bersifat mistik,suka kepada hal-hal ghaib,sihir dan persoalan ketuhanan sebenarnya dan pada asasnya bolehlah dikatakan mereka tergolong dalam kategori bangsa spiritual di mana bangsa Melayu juga tergolong dalam kelompok ini dan ini adalah kes yang penuh misteri dan amat panjang kronologi konspirasinya dan saya tidak boleh menceritakan di sini kerana ini bukan tempat dan masanya.Dari bangsa Yahudilah orang-orang Eropah yang menganut fahaman pagan dan animisme pada Era Kegelapan mempelajari pelbagai pengetahuan mistik yang bagi mereka amat istimewa dan lebih advance berbanding dewa hutan,tuhan petir,dewa matahari dan lain-lain fahaman pagan bangsa Eropah ketika itu.Pentagram,Magic Number,Sacred Geometry,astrology dan sebagainya adalah berasal dari fahaman sesat Kabbalah Yahudi.Sebenarnya bangsa Yahudi telah melalui pelbagai pengalaman dan sejarah yang panjang dengan bangsa-bangsa yang menakluk mereka seperti Assyria,Babylon,Mesir,Parsi,Rom termasuk Arab (era Islam).



Keistimewaan mereka untuk terus berhidup (survive) dan tidak pupus dalam keganasan penaklukan demi penaklukan adalah disebabkan asas tradisi budaya mereka yang amat kuat dan kuasa intuisi mereka yang istimewa dan ciri ini juga dikesan pada bangsa Melayu yang misteri ini di mana mereka dapat berjuang kekal di peta dunia walaupun dikuasai oleh pelbagai kuasa imperialis sama ada ketika mereka di kawasan-kawasan Asia Jauh sehingga mereka menetap di Kepulauan Melayu.Maafkan saya kerana menyelitkan bangsa Melayu walaupun tajuk kita lebih kepada persoalan Yahudi kerana jika kita hendak mengkaji dan mengenal Yahudi dan sifat mereka,kita hendaklah mempelajari ciri-ciri bangsa spiritual dan alter-alter yang tersembunyi dalam diri mereka.Kita hendaklah tahu perkaitan antara mereka,susur galur keturunan dan asal-usul mereka.Jika tidak bagaimana kita hendak memahami mengapa bangsa Amerika dan Eropah tunduk kepada kehendak Yahudi pada hari ini manakala dunia Arab amat takut dan berperangai seperti seorang pengecut kepada Yahudi ini padahal bangsa Melayu secara aneh amat benci dan fobia dengan nama 'Yahudi' sekalipun bagaikan terpegang najis anjing dan babi.Mengapa?Tidak ada bangsa yang amat berani membenci dan menentang Yahudi melainkan bangsa misteri yang satu ini.Ada rahsia penting di sini yang melangkaui beribu-ribu tahun ke belakang,merentasi era Mesir Firaun,Cyrus The Great,penaklukan Nebuchadnezzar dari Babylon,Sargon dari Akkadia termasuk kerajaan Sulaiman dan Ratu Balqis (King Solomon and Queen Sheba).Sesungguhnya sejarah mungkin berulang.Apa yang berlaku 2000 tahun sebelum Masehi antara bangsa Melayu dan Yahudi?



Jadi semasa hidup berjuang ditengah-tengah bangsa-bangsa yang menakluk mereka,bangsa Yahudi telah berasimilasi dan menyesuaikan diri.Dalam pada ini mereka telah mengambil aspek-aspek mistik dalam bangsa-bangsa 'Tuan' mereka itu.Inilah sifat bangsa Yahudi.Mereka telah mempelajari pelbagai sihir,pengetahuan rahsia dan ajaran suci yang dipunyai oleh bangsa-bangsa yang berbeza,menggabungkan semua pengetahuan ini,mengubahsuai dan mencantumkan dengan kepercayaan mereka sendiri dan akhirnya disesuaikan dengan ajaran Rasul-rasul dan Nabi-nabi yang diangkat dari kalangan mereka.Mengapa terlalu banyak Rasul dan Nabi dari kalangan Yahudi?Terdapat dua sebab mengapa ini terjadi.Pertamanya bangsa Yahudi adalah bangsa yang istimewa.Istimewa tetapi bukanlah hendak mengatakan mereka BANGSA PILIHAN TUHAN.Istimewa disebabkan ciri-ciri mereka yang tidak terdapat pada bangsa lain.Bangsa Yahudi adalah bangsa yang genius dan suka berfikir disertai perasaan ingin tahu yang amat kuat (inkuiri).Jika bangsa ini tidak dipimpin sebaiknya,sudah lama bumi ini musnah hasil kerjatangan dan pemikiran mereka.Jadi Tuhan mengangkat ramai guru suci (Rasul dan Nabi) untuk mendidik mereka supaya bersederhana dalam tindakan dan pemikiran mereka.Kedua,bangsa ini amat teruk perangai dan moral mereka.Jadi ramai Rasul dan Nabi dihantar kepada mereka untuk memperbaiki akhlak mereka.Adakah Nabi Muhammad s.a.w diangkat ketika bangsa Arab amat maju dan bertamadun?Tidak,sebab itu mereka disebut Arab Jahiliyah.



Ketika bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka mula pupus akibat pertelagahan dan peperangan antara mereka,bangsa Yahudi tetap 'survive' bersama-sama pengetahuan rahsia yang diambil dari bangsa-bangsa yang berbeza-beza.Jadi KELEMAHAN DAN KESABARAN mereka serta sifat bijak berasimilasi di antara bangsa-bangsa penakluk ini telah menyelamatkan mereka.Bangsa-bangsa yang menakluk mereka silih berganti sehinggalah bangsa Arab yang dahulunya setaraf dengan mereka malah dipandang lekeh oleh mereka tiba-tiba menjadi bangsa penakluk selepas dimuliakan dengan Islam,setaraf pula dengan bangsa-bangsa penakluk yang lain di dalam sejarah pedih mereka seperti Qibti dari Mesir,Assyria,Chaldea,Akkadia,Parsi,Rom dan sebagainya.



Untuk memahami kekuatan yang tersembunyi dalam alter mereka yang amat dalam dan terahsia ini,kita bolehlah mengkaji satu bangsa lain juga memiliki kekuatan yang sama dan alter yang sama tetapi cuba disembunyikan dan ditidurkan alter ini oleh 'The Hidden Hand',iaitu bangsa Melayu yang saya sentuh tadi.Bangsa ini ditakluk dan dinaungi oleh pelbagai bangsa yang lebih gagah dari mereka.Saya tidak mahu menyentuh era purba tetapi cukuplah semasa bangsa ini memilih Kepulauan Melayu dan Asia Tenggara sebagai 'rumah' mereka yang kekal.Bangsa ini lebih kuat dari bangsa hebat dalam sejarah seperti Assyria,Media atau Babylon kerana tetap bertahan dalam pelbagai peperangan dan pengaruh sama ada dari Tamadun India (Raja Chola sekadar menyebutkan satu contoh),Empirium Cina,Emperialis Eropah yang bersilih ganti sehinggalah penjajahan budaya oleh Yahudi-Amerika.Bangsa ini tidak pupus sepenuhnya budaya dan ciri bangsa seperti mana bangsa-bangsa pribumi lain yang dijajah seperti bangsa Qibti,Assyria,Parsi yang dijajah oleh Arab atau pun bangsa Hawaii,pribumi Australia,pribumi Meso-Amerika (Aztek,Maya,Toltek) serta bangsa Filipina yang dijajah Sepanyol.India jika tidak kerana ia pusat agama Hindu dan Buddha serta memiliki penduduk yang ramai sudah tentu sudah terhapus.Di tempat-tempat yang menjadi pusat pemerintahan British India kita boleh lihat pola masyarakat India di sana lebih kebaratan dan menganut agama Kristian.Bangsa Mongoloid seperti Cina yang amat ramai bilangan mereka juga menjadi mangsa percaturan Illuminati dan 'The Hidden Hand' apabila menganut fahaman Komunis,hasil ajaran Karl Marx seorang rahib Illuminati berpangkat tinggi dan hamba Dajal yang genius.Bangsa Melayu bijak berasimilasi dari segi budaya dan bahasa,pandai menyesuaikan diri dan bersifat mistik.Saya bukan nak menyamakan bangsa Melayu dengan Yahudi tetapi ini kajian ciri-ciri bangsa spiritual dalam subjek Antropologi dan Sosiologi.Bezanya Yahudi dari sisi negatif dan Melayu dari sisi positif.Jika tidak mengapa bangsa Melayu tetap kekal dengan budaya Islam walaupun selepas itu mereka tetap dijajah bersilih ganti?Sesungguhnya bangsa Melayu telah lama menganut agama Buddha lama sebelum bangsa Cina mengenal siapakah Amitabha dan Avalokitesvara lagi.Malah ramai bikkhu dan rahib Buddha Cina belajar dari pendita-pendita Melayu berkenaan agama Buddha dan rahsia Lapan Jalan Utama di universiti-universiti Buddha seluruh Nusantara terutamanya di ketika era gemilang Srivijaya.Hindu?Anda silap jika mengatakan bangsa ini tidak mengenal Brahma dan Siva.Bangsa ini lebih faham hakikat Samadhi dan Karma dari sesetengah orang India.Lihat sahaja candi-candi di Tanah Jawa.Jika anda tahu mendekodkan tulisan-tulisan pada dinding-dinding candi-candi ini,anda akan faham mengapa bangsa ini amat tinggi kefahaman spiritual mereka.




Beribu tahun bangsa ini menganut agama Hindu dan mengetahui rahsia tahap tinggi Yoga sebelum orang-orang Barat baru terpisat-pisat hendak mempelajari kaedah pernafasan asas dalam Yoga dan berbangga-bangga pula walaupun sekadar menahan nafas terutamanya golongan New Age.Tetapi setelah bertemu dengan kebenaran Islam,bangsa ini berhenti di sini setelah mengalami pengembaraan mistik mencari hakikat spiritual yang sebenar yang berusia beribu-ribu tahun.Tidak ada lagi pencarian mistik yang lain setelah menemui cahaya Islam.Bangsa Melayu adalah bangsa terakhir yang memeluk Islam secara beramai-ramai.Sejauh manakah tingginya spiritual bangsa Melayu?Sihir yang paling hebat yang dapat mengalahkan sihir Gematria Yahudi seperti Kultus Pentagram dan Cahaya Lilin Lucifer adalah mistik hitam Melayu seperti ilmu SANTAU tahap tinggi dan polong.Sebab itu hantu dan syaitan dalam istilah dunia Melayu amat banyak (langsuir,pelesit,hantu bungkus dan sebagainya) disebabkan kaedah sihir yang pelbagai dan kreatif serta teknik pemujaan yang lebih dasyat dan sadis setaraf malah lebih merbahaya dari kultus-kultus sihir Pagan-Kabbalah.Ilmu Aleister Crowley dan Kultus The Golden Dawn adalah di tahap budak-budak darjah 6 jika dibandingkan dengan ilmu dukun-dukun mistik Melayu yang lebih ganas pengorbanan dan ritual mereka.




Anda tahu, semakin tinggi tahap pemujaan manusia terhadap roh syaitan,semakin tinggi pula daya kuasa yang diserap oleh jin dan syaitan ini.MANUSIA MENYIMPAN TENAGA DAN KUASA TERPENDAM YANG AMAT DASYAT di dalam tubuh mereka.Inilah yang dimahukan oleh syaitan.Iblis Laknatullah tahu hakikat ini.Sebab itu menurut seorang pakar perubatan Islam telah memberitahu saya,syaitan yang menjadi penaung kepada dewa-dewi Hindu amat berkuasa dan susah untuk ditewaskan kecuali melalui kefahaman yang mendalam terhadap penggunaan ayat-ayat AlQuran,berdasarkan cara dan teknik pemujaan sami Hindu terhadap patung-patung Hindu (deity) mereka.Semakin kuat manusia memuja sesuatu,SEMAKIN BESAR TENAGA YANG DILEPASKAN MEREKA.Jika mereka memuja Pencipta mereka sendiri,sudah tentu tenaga tadi tidak terbuang sia-sia dan dikutip oleh makhluk lain seperti jin dan syaitan sebaliknya Allah Maha Pencipta akan mengembalikan kekuatan tadi ke dalam diri manusia berkat Kasih Sayang-Nya.




Apa yang ingin saya nyatakan di sini,objektif bangsa Yahudi menyerang Gaza adalah berdasarkan KEFAHAMAN MISTIK yang mereka percaya selama beribu-ribu tahun.Sebab-sebab politik mewakili 30 peratus sahaja.Sudah tiba masanya berdasarkan ramalan astrologi sesat mereka bahawa peperangan mesti dimulakan.Kita pun tahu jika sesebuah negara menjajah negara lain, atas alasan ekonomi dan hegemoni tetapi Yahudi memberitahu penduduk Palestin bahawa mereka berhak menduduki tanah mereka sebab Tuhan sudah janjikan tanah itu milik mereka!Ini alasan kebudak-budakan yang amat bingung sama sekali.Apa perasaan anda jika seseorang datang mengetuk pintu rumah anda ketika anda sedang enak menonton tv bersama keluarga.Dan apabila ditanya,orang tadi menerangkan yang anda mesti meninggalkan tanah yang anda duduki sebab Tuhan sudah janjikan orang tadi sebagai pemilik sebenar tanah anda.Sudah tentu anda ketawa terbahak-bahak dan menuduh orang itu sebagai gila kalau tak pun anda akan menghalau orang tadi dengan penyapu atau parang.Yahudi tidak ada undang-undang jika mahu mencapai matlamat mereka.Cuma yang ada adalah peraturan ilmu hitam mereka berdasarkan perkiraan astrologi berdasarkan angka bertuah dan zodiak,pergerakan jasad samawi dilangit dan ramalan pada kitab-kitab tua (Holy Scriptures).Jika ianya menepati semua kehendak dan keperluan ramalan serta hitungan,maka matlamat mesti dilaksanakan tanpa mengira sama ada sasaran adalah Arab atau Caucasian Eropah,di mana semua manusia selain Yahudi adalah Goyyim iaitu haiwan ternakan yang halal dibunuh mengikut fahaman mereka.BANGSA PILIHAN TUHAN MESTI MENGUASAI DUNIA TEPAT PADA MASANYA.




M:Jadi mengapa rakyat Paletin yang menjadi sasaran,tidakkah Amerika Syarikat sudah cukup menjadi hamba mereka?Tidak cukupkah lagi PBB menjadi kuda tunggangan mereka?Mengapa mahu berkeras menguasai dunia di atas penderitaan Palestin?



L:Hmm...sebab itu saya katakan tadi bahawa Yahudi bertindak berdasarkan kepercayaan mistik mereka yang aneh.Sebab itu pakar strategi politik dan ketenteraan antarabangsa juga sukar hendak meramalkan tindakan Yahudi dan proksi mereka seterusnya.Kita tidak akan tahu jika kita tidak belajar ciri-ciri spiritual mereka dan sejarah bangsa mereka.BELAJAR MEMAHAMI SEJARAH adalah teramat penting,lebih penting dari belajar matematik dan sains berjam-jam sampai menjadikan kita dan anak-anak kita robot dan mesin kepada Yahudi yang amat menghargai sejarah bangsa mereka.Orang yang pakar dalam sejarah kemanusian adalah pemimpin dan bos kepada para saintis,jurutera dan doktor,anda sedarkah hakikat ini?Illuminati sebagai jenama komersil 'The Hidden Hand' amat menghargai sejarah sebab sejarah mereka pun merentasi beribu-ribu tahun!Jika anda belajar tentang kronologi sejarah mistik mereka,anda mungkin berasa janggal dengan kisah mereka yang diselubungi dunia sihir seperti dalam kisah Harry Porter dan kisah-kisah epik seperti The Lord of The Rings (Hollywood adalah tempat mereka meluahkan perasaan dan kisah hidup mereka).Sungguh!Jika anda terjebak lebih jauh dalam masalah ini anda akan sampai kepada kenyataan bahawa keturunan Raja-raja Eropah dipilih berdasarkan Darah Naga dan tradisi ini diteruskan kepada pemilihan Presiden Amerika.Sesiapa yang tidak memiliki darah ini adalah tidak layak menduduki takhta pemerintahan.Masalah Darah Naga ini penuh dengan mitos dan dongeng,kuasa mistik dan Iblis,makhluk-makhluk purba seperti naga,garuda berkepala dua atau kuda bertanduk (unicorn).Semua perkara yang tidak masuk akal ini anehnya dianuti oleh kerabat diraja Eropah terutamanya Diraja England,ahli-ahli politik mereka serta pemimpin-pemimpin industri mereka.Ritual-ritual misteri sering dijalankan dan orang-orang terpilih adalah dari keturunan ini kerana darah mereka yang istimewa dan menjadikan sesuatu sihir terlaksana dengan sempurna.DI TAHAP LEBIH TINGGI KITA TIDAK BERMUSUHAN DENGAN PENGANUT YAHUDI DAN KRISTIAN yang dungu tetapi dengan pengikut AGAMA MENYEMBAH SYAITAN.Sebab itu Allah terus terang melarang manusia menyembah syaitan di dalam surah Yasin ayat 60


"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan?Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu"


Allah tidak mengatakan jangan menyembah Kristian atau Yahudi atau lain-lain kerana persoalannya adalah amat kecil dan lekeh jika dibandingkan hakikat bahawa sejarah dunia dicatur secara sistematik oleh para pengikut penyembah Iblis Syaitan.Oleh itu jika ada orang Islam murtad kepada agama Kristian,Hindu atau yang lain-lain teramatlah bodoh mereka itu padahal semua agama tersebut juga adalah sesat dan kesesatan mereka adalah teramat lekeh jika dibandingkan dengan pengikut agama menyembah Iblis yang berusaha BELAJAR MEMAHAMI ZAT ALLAH RABBUL IZZATI yang mencipta mereka dan berusaha memadamkan CAHAYA TUHAN sebagaimana yang telah diyakinkan oleh IBLIS bahawa mereka boleh mengalahkan Allah.Inilah pembohongan tahap elit ke atas manusia yang lemah dan bodoh ini.



M:Tidakkah seluruh umat Islam berdoa dan berdoa akan keselamatan penduduk Palestin?Mengapa Israel dan Amerika semakin hebat dan kuat manakala umat Islam Palestin semakin menderita?


L:Jangan terpedaya dengan situasi.Sesungguhnya tidak sia-sia doa yang dipanjatkan.Allah Maha Penyayang menerima semua doa dan dimakbulkan cuma cepat atau lambat sahaja atau ganjaran doa tadi akan diberikan ketika di akhirat nanti.Ini lebih bermakna memandangkan penderitaan dunia hanyalah sementara dan nilai dunia ini hanyalah tidak lebih dari sebelah kepak lalat pada pandangan Tuhan.Tuhan mahu menguji kita.Adakah kita benar-benar menyembah Dia?Sudah terlampau banyak maksiat dan kemungkaran yang kita lakukan.Lihatlah negara-negara Arab yang semakin hari semakin leka dan lemah dalam keseronokan dan tipu daya Yahudi-Amerika-Illuminati.Mereka kaya dan berkuasa tetapi pengecut dengan Yahudi,nak bersuara membenci Yahudi pun berkias-kias tidak seperti Tun Mahathir dahulu (saya bersangka baik dengan beliau di mana tidak timbul soal adakah beliau juga proksi Yahudi yang dibenarkan memprovok Yahudi) yang berani menyatakan kebenaran tipu muslihat Yahudi di hadapan pak-pak Arab yang bingung lagi pengecut.Jika Nabi Muhammad yang dirindui masih hidup,baginda sudah tentu berasa malu dan marah dengan sikap bangsanya sendiri yang dayus dan bodoh pada hari ini.Bayangkan,saya tidak hairan jika Iran dan Iraq berperang suatu ketika dulu sebab sikap orang Arab yang suka berpuak-puak dan berperang sesama sendiri tetapi saya tidak dapat terima di dalam masyarakat Palestin sendiri yang sudah teruk,kekurangan makanan,dibunuh setiap hari,dipenjara,didera dan ditindas oleh Yahudi Zionis pun masih gemar berpuak-puak dan bergaduh (Hamas dan Fatah).Ini satu kebodohan yang mengelikan hati anjing kurap di tepi-tepi jalan!Satu dunia pun tahu bahawa ahli kabinet PLO di zaman Yasser Arafat (Allahyarham) yang dirasuah oleh ejen Mossad malah isteri Yasser Arafat sendiri adalah berketurunan Yahudi.Betapa peliknya orang Arab zaman ini.Bangsa Arab mulia disebabkan Islam.Tanpa Islam jangan mimpi bangsa Arab dicatat namanya dalam sejarah pernah mempunyai empayar satu pertiga dunia.Bangsa Arab akan menjadi bangsa belasahan dan pengemis dan mungkin tidak bernegara pada hari ini selepas dihalau oleh Yahudi dan bangsa Amerika-Eropah.Islamlah yang memuliakan mereka sehingga bangsa Qibti dan Parsi yang hebat dan menjadi 'tuan' kepada bangsa Arab ketika dulu lenyap dan bertukar menjadi 'kearaban' disebabkan karisma bangsa Arab yang gemilang di bawah payung Islam.Jadi mengapa umat Islam khasnya umat Arab menjadi teramat lemah?Tidakkah anda membaca hadis nabi yang mengatakan pada akhir zaman nanti umat Islam sekadar seolah-olah BUIH-BUIH DI LAUTAN,JUMLAH MEREKA RAMAI TETAPI TIDAK BERGUNA.Inilah jawapannya.


M:Apakah ada konspirasi disebalik serangan ke atas Gaza?Apakah peranan umat Islam khasnya Melayu Nusantara terhadap masalah ini?



L:Konspirasi?Perkataan itu belum kuat lagi,tetapi ini ADALAH PERANCANGAN YANG AMAT RAPI selama beratus tahun.Setiap perkara yang lengkap dengan segala persediannya,dirancang dengan teliti akan membuahkan hasil walaupun ia adalah kejahatan.Perkara kebaikan yang tidak dirancang dengan baik,kurang persediaannya dan tidak lengkap peralatannya akan gagal.Allah tidak MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SELAGI KAUM ITU TIDAK MENGUBAH NASIB MEREKA.Ini adalah asas kepada Hukum Tarik-Menarik (Law of Attraction).Di dalam satu hadis Qudsi,Allah Rabbul Izzati ada menyatakan "Aku adalah mengikut SANGKAAN hambaku".Selagi kita berusaha ke arah positif,Tuhan akan membantu kita.Masalahnya di dalam dunia yang dikuasai Iblis melalui syaitan-syaitan manusia sebagai proksi mereka,umat Islam dilekakan dan segala fikiran mereka yang sepatutnya ditujukan kepada harapan yang lebih baik dilalaikan dengan cinta,gaya hidup hippies dan hiburan yang memabukkan.Akibatnya umat Islam semakin tertekan dan tertindas manakala orang-orang kafir terutamanya Yahudi dan penyembah syaitan semakin yakin diri dan positif dengan matlamat mereka.Tetapi semua itu HANYALAH PERANCANGAN MEREKA.Sebenarnya ALLAH LAH YANG MERANCANG DAN MENENTUKAN SEMUANYA.Perancangan Allah lebih sistematik dari perancangan mereka.Satu hari sikap tenang dan yakin diri mereka itu akan bertukar menjadi teramat serabut dan keliru apabila JANJI ALLAH TIBA.



Di dalam dunia yang penuh konflik hari ini,para pengikut penyembah syaitan mahu menguasai dunia dan mengalahkan Allah.Mereka berusaha siang dan malam selama beribu tahun.Mereka berusaha dari segi spiritual dan material.Secara kerohanian dan sains teknologi.Dan hasilnya seperti hari ini,di mana bola bumi seakan dalam genggaman mereka.Tetapi Iblis masih tidak berpuashati.Iblis mahu penyembah-penyembah mereka menghapuskan satu musuh yang amat degil.PADA PERINGKAT TERTINGGI musuh mereka bukanlah Cina Komunis,Korea Utara atau rangkaian pengganas antarabangsa TETAPI ISLAM SUCI YANG DIANUT OLEH MUKMIN BERIMAN.Siapakah pendukung agama Tuhan yang tunggal ini?Jika anda sedar hakikat misteri ini,terdapat DUA BANGSA TERBESAR YANG MENDUKUNG AGAMA TUHAN INI secara konsisten dan bersungguh-sungguh pada hari ini.Saya katakan dua bangsa ini kerana mereka masih ada kekuatan,negara dan kedaulatan manakala bangsa lain walaupun ada yang memeluk Islam adalah minoriti dan menumpang di negara lain atau tinggal dalam negara mereka yang bermajoritikan agama kafir.Terdapat juga bangsa yang pernah mendaulatkan Islam tetapi hari ini kukunya sudah dicabut dan teramat lemah malah menentang Islam kembali seperti yang terjadi kepada bangsa Turki.Jika dua bangsa utama ini terhapus dari kamus Islam maka 99 peratus dunia di tangan Iblis mengikut perancangan mereka.Ya,sudah pasti yang pertama bangsa Arab yang masih mendominasi sumber-sumber Islam dan memiliki segala relik dan tempat suci Islam.Maka bangsa inilah yang menjadi sasaran hari demi hari para Satanik ini sehingga hari ini gigi-gigi geraham mereka bagaikan mahu tercabut habis dek penangan Yahudi-Amerika.Selepas target pertama,bersedialah target yang kedua.Siapakah bangsa kedua terbesar yang masih mendukung agama Tuhan ini?



Ia adalah BANGSA MELAYU.Bangsa pemalu yang amat bersopan-santun,jujur dan misteri sikap mereka.Para pengikut Satanik sudah lama memerhatikan bangsa misteri ini.Rantau Nusantara termasuklah Kepulauan Melayu di mana termasuk di dalamnya Indonesia,Malaysia,Brunei,Singapura,Filipina dan juga negara-negara Indochina adalah target terbesar mereka ketika ini tetapi dijalankan secara teramat senyap dan rapi,tidak seperti perancangan mereka terhadap bangsa Arab.Lain karakter sesuatu bangsa,maka lainlah pelan tindakan mereka.Tidak boleh sama kerana jika dibuat secara membuta-tuli,alter rahsia bangsa ini akan bangkit secara tiba-tiba dan Empayar Emperialis sekuat British pun tidak dapat menahan gelombangnya seperti yang terjadi ketika Malayan Union.Sebab itu konsep Divide and Rule amat penting di wilayah ini.Orang Melayu tidak menghalau British keluar dari Tanah Melayu dengan senapang dan parang tetapi dengan alter terahsia ini.Illuminati amat berjaga-jaga dengan rantau ini.Anda tahu,setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk mencucuk jarumnya di Malaysia untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia sebagaimana yang terjadi di Iraq dan Afghanistan tetapi ada saja masalah yang timbul dan melambatkan perancangan mereka.Karakter bangsa Arab yang tidak mampu mengawal emosi,panas baran,berpuak-puak dan sukakan harta kekayaan amat senang dijinakkan oleh Illuminati(mewakili kaum penyembah Iblis) dan Yahudi.Pisahkan mereka dari Islam,dan mereka kembali menjadi bangsa hina zaman Jahiliyah dahulu.Amat senang formula ini.Tetapi formula ini tidak boleh semudahnya dipakai terhadap bangsa Melayu yang misteri ini.



Bangsa Melayu bersifat pendiam,sensitif,jujur,menghormati orang luar (sehingga jika nak bercakap dengan Cina atau India pun terpaksa di'slang'kan bahasanya sendiri),banyak memendam rasa,amat kuat kefahaman kerohanian mereka dan mereka juga kreatif.Anda boleh membaca buku The Malay Dilemma karya Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai asas untuk mempelajari karakter bangsa misteri ini.Pakar-pakar strategi Illuminati pun sukar hendak membaca karakter bangsa spiritual ini sama seperti bangsa Yahudi.Saya bukan hendak melebih-lebihkan bangsa ini sebagai sasaran Illuminati tetapi hanya bangsa ini serta bangsa Arablah yang diharap mempertahankan agama Islam di muka bumi ini.Anda boleh fikirkan sendiri.Jika perkara semudah ini pun kita tidak nampak,apatah lagi perancangan tahap sulit Commitee 300 atau Pelan Tindakan Rahsia yang saban tahun dibincangkan di Bohemian Groove dapat difahami?Fikir...fikir.Jadi jaga-jaga bangsa MELAYU ISLAM!Perancangan Illuminati terhadap anda amat rahsia dan sulit sama seperti sifat anda yang pendiam dan pemalu.Tidak terbuka seperti bangsa-bangsa lain termasuk bangsa Arab yang semakin tidak memahami Islam yang dibawa oleh satu-satunya Nabi dari kalangan mereka,Muhammad yang mulia.



M:Ini adalah amat menarik,tetapi apakah yang terjadi terhadap bangsa lain yang hebat dan berkuasa seperti Cina,Jepun atau bangsa Amerika serta Eropah?Apakah ada perancangan juga terhadap mereka berdasarkan karakter seperti yang dikatakan tadi?



L:Hehehe...('Lonecryer' kelihatan lucu sekali dengan soalan yang diutarakan).Bangsa Cina?Amerika?Mereka semuanya adalah 'Pawn of The Game' Iblis dan "The Hidden Hand'.Semuanya menjadi bahan mentah dan hamba tanpa disedari oleh mereka.Memang mereka hebat,rajin dan tangkas mencari kesenangan dunia,tetapi ingat!Wang dan kekayaan dunia adalah dicelah-celah jari kaki para penyembah agama Iblis.Sekatan Ekonomi adalah 'codename' bagi salah satu senjata 'The Hidden Hand' ini.Tanpa disedari bangsa-bangsa ini menjadi bahan mentah dan bekerja sebagai mesin-mesin penjana wang bagi 'The Hidden Hand'.Mengapa Negara Cina dapat ditakluk oleh faham Komunis?Siapakah pemimpin-pemimpin Komunis Cina?Mereka adalah pengikut Illuminati yang TEGAR.Mereka sudah di'mindcontrol' secara terancang.Mereka sanggup membunuh rakyat mereka sendiri yang menentang fahaman mereka.



Apakah komunis?Komunis adalah ideologi ciptaan 'The Hidden Hand' sama seperti Liberalisme,Fasisme dan Nazisme.Kitab ajaran komunis 'Das Kapital' dan 'The Communist Manifesto' sarat dengan perancangan Illuminati dan Freemasonry.Dan 'patsies' dan mangsanya yang menjadi bahan ujikaji adalah rakyat Rusia dan Cina yang berjiran.Mengapa?Kerana mereka mempunyai bilangan penduduk teramai sekali di dunia.Dua bangsa ini,Cina dan Caucasian Eropah berkongsi sifat yang sama;rajin,kuat usahanya,pandai mencari wang (tapi bukan menguasai wang sebagaimana Yahudi),pandai membuat kerja dan barangan serta berminat mempelajari kerohanian (bukan pandai memahami dan mendalaminya seperti bangsa Melayu).Kita boleh lihat pola ini berdasarkan sejarah,bangsa Cina sebelum menganut agama Buddha adalah kaum yang bersifat animisme seperti kaum Eropah Pagan.Ada yang menganut agama Hindu tetapi agama ini kurang popular.Terdapat juga cendekiawan Cina yang mencari-cari Tuhan seperti Lao Tse.Tao adalah kata yang diwakilkan oleh beliau sebagai Tuhan.Tetapi apabila agama Buddha tersebar dari India,maka penambahan rakyat Cina yang memeluk agama ini meningkat begitu drastik sekali.Buddha menjadi agama yang dominan di Tanah Besar Cina.Cina tidak pernah menjadi bangsa yang ditakluki keseluruhannya kecuali serangan-serangan dari Monggol dan pengaruh Imperalisme Barat.Sama seperti Caucasian Eropah,sebelum agama Kristian muncul mereka menganut dewa-dewi masing-masing,malah ada yang mengambil dewa-dewi bangsa Mesir dan Sumeria untuk diubahsuaikan dan disesuaikan dengan budaya mereka.Tetapi apabila agama Kristian muncul mereka pun beramai-ramai memeluk agama tersebut di mana kerajaan Rom selaku kuasa besar ketika itu amat memainkan peranan.Caucasian Eropah sebenarnya adalah patsies yang paling malang sekali dalam sejarah dominasi para pengikut penyembah syaitan.




Mungkin juga faktor geografi di mana lokasi kaum Kabbalah Yahudi adalah berdekatan dengan Mediteranean Eropah,dan hubungan perdagangan,penaklukan serta peperangan antara mereka memungkinkan patsies-patsies caucasian Eropah ini di'mindcontrol' tanpa disedari atau disedari tapi suka pula di'mindcontrol' oleh para guru pengajar silibus penyembahan syaitan ini.Lain pula halnya dengan bangsa Melayu.Mereka menganut ajaran agama dan mistik yang berlegar di seluruh dunia secara bersilih ganti.Pada asasnya mereka telah menganut agama Hindu,Buddha dan akhirnya Islam.Saya berani katakan jika Kristian telah datang awal sebelum agama Islam,orang Melayu di Malaysia dan Indonesia mungkin menganut Kristian beramai-ramai sebelum memilih Islam,seperti yang berlaku di Filipina (orang Melayu yang mempertahankan agama Islam telah terhalau ke wilayah lebih selatan seperti Selatan Mindanao).Yang anehnya selepas Islam,tiada lagi agama yang dianut oleh bangsa ini secara beramai-ramai dan drastik.Bangsa Melayu gemarkan agama dan spiritual melebihi wang dan harta.Mereka tahu mana yang terbaik dan sesuai.Bangsa Arab menganut Islam kerana seorang Rasul Agung diangkat dari kalangan mereka.Jika tidak,saya tidak dapat membayangkan apa yang berlaku pada bangsa Arab pada hari ini.Mungkin mereka sudah lenyap dari peta dunia atau menjadi penganut Kristian.



Illuminati mempergunakan mereka sama seperti bangsa Cina,Jepun dan lain-lain.Perancangan dan strategi ke atas mereka amatlah terbuka dan drastik,tidak seperti bangsa Melayu Islam yang sedang disuntik racun perlahan-lahan.Bangsa Korea adalah paling malang dalam kelompok ras Mongoloid.Karakter bangsa Korea berlainan dari bangsa Cina yang bersatu padu.Karakter bangsa ini berpuak-puak sama seperti bangsa Arab.Sebab itu mereka berjaya dipisahkan menjadi Korea Utara dan Korea Selatan ketika konsep dua negara satu bangsa sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman pada hari ini apabila Tembok Berlin runtuh dan Vietnam telah pun bersatu.Tetapi rakyat Korea masih terpecah-belah.Saya yakin jika bangsa Korea bersatu,maka Naga Cina pun teramat gerun malah Samurai Jepun patah pedangnya lantas melarikan diri jika melihat bangsa Korea yang dua kali lebih hebat dari mereka dari segi teknologi dan ekonomi.Bangsa Amerika pula adalah haiwan ternakan paling jinak milik kaum penyembah syaitan.Mereka sangat berguna.Mereka adalah senang di'mindcontrol',rupa paras yang menarik dan boleh diharap.Kenapa saya katakan 'haiwan ternakan'.Kerana bila-bila masa sahaja mereka akan disembelih mengikut kehendak perancangan Illuminati penyembah Iblis seperti yang terjadi di dalam peristiwa 911.



Nyawa rakyat Yahudi lebih berharga dari nyawa rakyat Amerika yang menangis teresak-esak melambai-lambaikan tangan meminta pertolongan dari orang ramai yang hanya mampu memerhatikan mereka tertanam hidup-hidup selepas sisa bangunan WTC runtuh buat kali terakhir.Rakyat Yahudi?Mereka awal-awal lagi meninggalkan bangunan WTC selepas diberitahu ketika 'The Dumb Blonde' masih leka mengira keuntungan perniagaan dan saham dalam bangunan WTC.Sebab itu bangsa Amerika yang malang ini perlu diberitahu masalah SEBENAR mereka.Amat bertuahlah orang Amerika yang menemui cahaya Islam dan keluar dari bencana yang dasyat ini.



Penjara 'Syaitan Besar' yang mengurung mereka selama ini amat dasyat dan kejam.Askar Amerika adalah kambing-kambing paling malang di antara mereka,dipergunakan dengan kejam tanpa disedari mereka dan mati dengan sia-sia sahaja dalam peperangan yang mereka sendiri pun tidak faham.Bak kata Henry Kissinger "Military men are just DUMB STUPID ANIMALS to be used as pawns in foreign policy."


Bukan saya hendak mengatakan mereka adalah 'innocent' (tidak bersalah) dalam konflik dengan umat Islam,tetapi mereka sendiri adalah terlampau hina dan diperbodohkan hidup-hidup oleh 'The Hidden Hand'.Sebab itu dalam hadis akhir zaman ada menyebutkan pada akhir zaman nanti umat Islam akan bergabung dengan BANGSA ROM, dalam siri peperangan mereka.Siapakah bangsa Rom pada hari ini?Tidak lain adalah bangsa Amerika-Eropah yang ketika itu mungkin sudah pulih dari 'Demam Besar' mereka.Namun yang salah tetap salah.Tuhan akan mengadili siapa yang benci akan agamanya di muka bumi ini.Di akhirat tiada alasan "aku diperbodohkan oleh Dajal" atau "aku pun tak tahu,aku kena mindcontrol".Dalam dunia yang penuh muslihat ini GUNAKAN OTAK ANDA.Maklumat semakin mudah didapati dan DI HUJUNG JARI ANDA.Anda bukan hidup di zaman Paleolitik.Fikir...fikir...Ini KUNCINYA.



M:Jadi apakah penyelesaiannya dan apakah tindakan kita terhadap keganasan Israel ini?



L:Kita mungkin beralasan bahawa kita tidak mungkin berperang jihad dengan Israel.Pelikkan?Saudara kita dibunuh tetapi kita masih mencari-cari alasan dan sebab mengapa kita tidak dapat membantu mereka.Jika kita di zaman Khalifah Islam,kita mungkin akan segera menghantar tentera Islam menyerang Yahudi Israel itu serta-merta.SEBAB KITA HIDUP SECARA TERPECAH-BELAH BERDASARKAN GEOGRAFI DAN NEGARA.Cara hidup sekular juga melemahkan lagi pemikiran dan semangat kita.Hasilnya kita duduk berdiam diri atau paling hebat menjerit mengepalkan tangan berdemonstrasi.Ada yang memboikot barangan Yahudi-Amerika.Ini cara yang mungkin sedikit sebanyak berhasil dan saya setuju dengannya.INGAT!DI AKHIRAT NANTI,SEMUA UMAT ISLAM AKAN DIPERTANGUNGJAWABKAN ATAS PENDERITAAN PALESTIN DAN TEMPAT SUCI KETIGA ISLAM.Jika anda tidak dapat berjihad,buatlah sesuatu seperti menderma atau memboikot barangan Yahudi-Amerika.Ataupun panjatkanlah doa kepada Tuhan Yang Maha Belas Kasihan.Sebutlah nama-NYa yang Maha Agung dan katakan "Ya Tuhan Yang Maha Penyayang,Kasihanilah Mereka...Kasihanilah Mereka..." sekurang-kurangnya,ya...sekurang-kurangnya.Seperti kisah burung yang membawa titisan air untuk dijatuhkan ke dalam api besar yang marak membakar Nabi Ibrahim.Apabila burung itu ditanya berbaloikah usahanya itu,dia menjawab,


"Setidak-tidaknya,di akhirat kelak aku dapat berhujah di hadapan Allah bahawa aku turut membantu semampuku memadamkan api yang membakar Nabi-Nya"


Jadi bantulah semampu anda,JANGAN BERPELUK TUBUH DENGAN SANTAI MENONTON TV DAN MEMBACA AKHBAR berisi kisah-kisah penderitaan Gaza tanpa sedikit simpati pun.Setelah membaca berita tentang kekejaman Israel,boleh pula membeli rokok Dunhill cap Israel buat menghantar wang membeli peluru untuk membunuh seorang kanak-kanak Islam Gaza.Ataupun berkepit-kepit dengan bukan mahram berjoget berdansa di disko-disko atau konsert.Tunggulah jika Israel menghantar peluru berpandunya ke sini maka barulah sibuk hendak sembahyang dan terketar-ketar memegang AlQuran.Peluru Israel tidak mengenal sama ada anda Melayu Pas,Melayu Umno,Melayu Liberal,Melayu Sekular,Melayu Indon,Melayu Malaysia,Melayu Jawa,Melayu Kedah,Melayu Kaki Masjid/Surau tidak...tidak sama sekali.Tepat perhitungan,tepat kiraan astrologi mereka,maka peperangan akan dilancarkan tanpa kompromi.Kita berada di akhir zaman.Sampai masa segala harta,kereta,rumah dan perempuan tidak berguna.Masing-masing akan menyelamatkan diri masing-masing.JIKA ANDA TIDAK DAPAT MEMBANTU MEREKA,MAKA BANTULAH DIRI SENDIRI sebelum bala Allah tiba ke atas anda.Dirikan solat lima waktu,bacalah AlQuran dan ingatlah Allah sentiasa.Itulah cara kita berjihad menyelamatkan diri kita.JIKA ALLAH MAHU,PADA SAAT INI SUDAH HANCUR ISRAEL ZIONIS LAKNAT ITU tetapi adakah kita tahan diuji?Tanya diri sendiri mengapa ini terjadi.Setiap seorang tidak akan terlepas.Allah Maha Bijaksana adalah amat rapi perhitungannya.


Sumber: http://mistisfiles.blogspot.com/2009/01/temubual-sempena-serangan-israel-ke.html