Thursday, October 28, 2010

Petikan dari laman www.al-fikrah.net

AbuRaihanah
Joined: Oct 14, 2008
Post subject: Re: Ruqyah Syari'ah - Syeikh Naasir al Qatamy
Posted: Mon Oct 12, 2009 6:20 pm
________________________________________
emran_ahmad wrote:

tholibilmi wrote:
Ada sebuah syarikat di Malaysia ni buat cd audio ayat2 ruqyah mcm ni.kata nye ustaz yg bacakan tu ada ijazah dari Syeikh Wahid Abd. Salam Bali. tapi, dalam suatu ceramah, ustaz yang seangkatan dgn ustaz pembaca ruqyah tu (dari syarikat yg menerbitkannya) ajar audien supaya beramal dgn selawat tafrijiyah.

Soalan ana:

-adakah selawat tafrijiyah ni termasuk amalan yang thabit untuk menjauhkan gangguan jin/sihir
-atau adakah ustaz2 ni dah mencampur gaulkan ruqyah syar'iyyah dgn ruqyah yg lain



jangan percaya sangat dengan sanad dan ijazah syuyukh sekarang ini kerana ianya sudah tidak bermanfaat.

Kalau nak kira ana pun ada sanad...macam-macam sanad sampai tak larat nak kira

Agama bila dibuat bisnes macam di atas itu pada saya maka ianya menjadi karut. Ruqyah ini ialah ibadah maka dilakukan kerana Allah dan bukan untuk tujuan bisnes, namun sekiranya orang yang diubati sembuh atau mahu membalas kebaikan pembuat ruqyah tadi dengan menghadiahkan "peha kambing" atau upah tertentu maka ianya boleh diambil.

Minta upah tak boleh tapi jika diberi maka dibolehkan menerimanya.

Selawat tafrijiah ni pun salah satu bentuk bid'ah baru yang digunakan untuk berubat sedangkan bertawasul atas nabi ini sudah banyak para ulama menyebutnya.

Pendek kata, jangka mudah percaya orang yang menjadi murid kepada guru-guru salafi atau sunnah sebagai sunnah sehingga terbukti fahamnya benar kerana ajaran muktazilah (yang diasaskan oleh Wasil bin Atho) pun pernah berguru dengan Hasan Al-Basri (ulama sunnah).

Ramai ustaz-ustaz kita pulang ke Malaysia join persatuan perubatan Islam di sana-sin dengan mengamalkan jampi serapah/ campur aduk di antara ruqyah syar'iyah dan khurafat.

Cuba tanya, dia pakai ibu garam tak halau hantu ? kunyit atau ramuan lain...kalau jenis tabur garam kasar buat pagar hantu tu termasuk jenis ni juga.

p/s :

Sebenarnya ramai orang sebegini cuma mengutip apa yang boleh memanfaatkan mereka tanpa mengira siapa pun dan apa pun ilmu tersebut. Saya ramai berjumpa dengan "pesilat-pesilat kebatinan yang khurafat tapi buku mereka memetik kata-kata Imam Ibnu Taimiyyah."

Seorang wanita yang anti hadis ketika berdebat dengan saya ada memetik ayat-ayat Dr MAZA dan Syeikhul Al-Azhar untuk manfaat beliau sedang kedua-dua tokoh tadi bebas dari kefahamannya.

Wallahualam



Very clear explanation..
_________________
"Demi masa.Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling berpesan agar menurut kebenaran dan berpesan agar bersabar (menghadapi halangan)." (al-'Asr:1-3)