Wednesday, April 27, 2011

AHLUL BAYT

PENERANGAN AHLUL BAYT MENGIKUT KEFAHAMAN SAYA.
OLEH : SYED HAMDAN BIN SYED JAAFAR AL-EDDRUCCE

Jawapan yang diberikan dalam Facebook pada Hari Ahad, 20 Jun, 2010 jam 5.05 ptg.

Salam Pok Nik, ana mohon laluan. Ana akan cuba menerangkan mengikut kefahaman ana mengambilkira perbincangan dengan Ustaz Haji Ahmad, Tuan Guru Haji Idris dan Pok Nik sendiri. Kerana kefahaman inilah menjadi penyebab kenapa ana menyertai Abjad Malaysia.

Isu utama perlu disentuh terlebih dahulu ialah isu 'taqwa'.

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai manusia! Kami telah ciptakan kamu lelaki dan wanita, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal".

Pok Nik menafsirkan taqwa (secara am) sebagai :

a) 'takut' (untuk melakukan perkara mungkar iaitu memelihara diri)
b) dari 'takut' akan melahirkan ehsan (ubudiyah seolah-olah kita melihatNya atau Dia Melihat kita)

Ini secara am. Iaitu sinonim dengan 'khauf' dan 'khasha'. Pok Nik juga pernah memaklumkan kepada saya, bahawa secara nahu/tatabahasanya, sinonimnya ialah 'wiqoyah', 'yaqi' atau 'waqa' yang berasal dari perkataan 'memelihara diri, keluarga dan seterusnya perkara-perkara mungkar' sepertimana Firmah Allah SWT dalam surah At Tahrim Ayat 6 mafhumnya :

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

Dalam khutbah Jumaat kalimah 'ittaqullah' (yang juga merupakan rukun khutbah). Allah SWT dalam Al-Qur'an juga menyeru dengan kalimah yang hampir sama (yattaqi atau ittaqu)

Tuan Guru Ustaz Ahmad Junaiddin telah menyimpulkan perbincangan, tafsir dan takrif ini kepada satu lagi persoalan yang paling besar...

"Bagaimana untuk istiqamah dalam taqwa?"



Maka jawapan yang diberikan ialah 'Ittaqullah" yang paling sempurna ialah "hendaklah kamu mengambil Allah sebagai Pelindung/Pembantu/Penolong " (Al-Walliyy)

Maka, taqwa menjadi benteng kepada perkara-perkara keji dan mungkar/mazmumah (rohani dan jasmani) serta mendekatkan kita kepada kebajikan dan kebaikan/makruf/mahmudah. Maka apabila kita mempunyai sifat mahmudah dan sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada perkara-perkara kebaikan (rohani dan jasmani), maka bermulalah perjalanan kita kepada taqwa. (mahmudah : redha, sabar, pemurah dsb - rujuk Ihya Ulumiddin Imam Ghazali rahimahullah)

Ringkasnya taqwa meliputi banyak perkara - paling utama : menjadikan Allah SWT tempat memohon pertolongan, takut dan harap kepadanya, ihsan, melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan, meninggalkan yang haram dan menunaikan yang fardhu, menjauhkan kesyirikan dan taat/beramal, menjauhi kufur dan maksiat dan beriman/taat, melatih diri dengan sifat mahmudah dll.

Berbalik kepada Firman Allah SWT :

"Sesungguhnya yang paling mulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa"

ialah orang Islam dibezakan atas darjat ketaqwaannya dan inilah juga maksud Ustaz Ahmad mengenai 'itrah ahlul bayt' (spt. Firman Allah SWT berikutnya) atau 'pewaris asobah' iaitu manusia yang tanpa 'title' Nik, Wan, Tengku, Syed juga tidak mustahil dikurniakan darjat ketaqwaan yang tinggi dengan bimbingan yang betul (berguru/bersanad) sehingga manusia itu InsyaAllah - dikurniakan darjat kewalian dan kesolehan malah sebaris dengan ahlul bayt/ulama warisatul anbia.

* Firman Allah SWT :

”Dan orang-orang yang beriman dan anak cucu (dzurriyah)nya mengikuti mereka dalam keimanan, maka kami golongkan anak cucu itu kepada mereka (orangtuanya). (QS: Al-Thur :20)

Pok Nik pernah memberitahu saya bahawa :

"Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab dia manusia yang sudah bersifat malaikat (iman dan taat). Sifat malaikat sudah ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan (Ahlillah). Sebab itulah dia dibantu dan dibela oleh Tuhan (NasrunminAllah Al-Waliyy). Orang bertaqwa sahaja yang akan selamat di dunia dan di Akhirat"

Ahlul bayt dan ulama warisatul anbia adalah golongan yang sama malah saling berkait.

a) Ahlul bayt bernasab secara genetik/silsilah atau baka. Bagi yang sedar akan mewarisi sifat-sifat yang ada pada Rasulullah SAW serta mengambil contoh tauladannya termasuk mengamalkan sunnah-sunnahnya dan sentiasa mengingati baginda (rabitah dan wasilah bagi tafsiran ahlul bayt) Ilmu warisan ini dimiliki oleh Ulama Warisatul Anbia dan Ahlul Bayt perlu mencari Ulama Warisatul Anbia untuk mempelajari ilmu seperti ini.

b) Ulama Warisatul Anbia bernasab pada silsilah perguruan dan ilmunya yang juga sampai kepada Rasulullah SAW - juga menerusi Syeikh Zaini Dahlan, Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (yang juga ahlul bayt secara nasab keturunan) dan tiba kepada Sayyidina Hussin dan Hassan r.a. Mereka juga mewarisi ilmu, sifat-sifat, contoh tauladan, sunnah-sunnah dsb sebagaimana ahlul bayt.

(Ana tertarik pada pendapat Pok Nik akan rasional kita memanggil Abuya kepada Ustaz Ahmad Junaiddin (nasab perguruan) Namun ana juga tertarik pada pendapat Pok Nik mengenai ahli yang memanggilnya 'bapa' tetapi derhaka padanya, tidak mematuhi arahannya, merungkai-rungkai secara negatif akan pendapatnya sehingga 'lari maksud sebenar' dll.)

Bezanya kebanyakan mereka yang termasuk dalam ulama warisatul anbia umpamanya ulama muhaqqiqin, waliyullah tidak kira apa pangkatnya mengambil ciri-ciri ini kerana akhlak Rasulullah itu adalah Al-Qur'anul Karim (rujuk Hadis berkaitan) iaitu kalam yang qadim di atas zat yang qadim. Maka ciri-ciri yang dimiliki Rasulullah SAW perlu diikuti.

c) Ahlul bayt dan Ulama Warisatul Anbia adalah mereka yang berpegang kepada iktiqad ahlus sunnah wal jamaah 4 Madzhab yang rojeh.
d) Ahlul bayt dan Ulama Warisatul Anbia perlu memahami dan menghayati kalimat tauhid dan ditahkikkan dengan dua kalimah syahadah.

Jadi jika Abu Jahal disebut ahlul bayt - maka tidak benar sama-sekali kerana tiada pada dirinya ciri-ciri rahmatul alamin, huluqin azhiim, uswatun hasanah dan makarimul akhlak. Tetapi anaknya Ikrimah bin Abu Jahal adalah ahlul bayt kerana menerima dua kalimah syahadah dari Rasulullah SAW. (4 ciri-ciri ini adalah tanda-tanda besar untuk mengenal ulama warisatul anbia atau ulama muhaqqiqin - ada tanda-tanda kecil lagi - itu kena tanya Pok Nik le..)

Tanpa kalimat tauhid dan dua kalimat syahadah, maka pada pendapat ana, orang itu tidak boleh dipanggil ahlul bayt walaupun terdapat pangkat Syed dsb. kerana tidak berakhlak, tidak membawa rahmat pada sekitarnya serta tidak ada contoh teladan dalam kepimpinannya.

d) Zaid bin Haritsah r.a. (yang namanya disebut dalam Al-Qur'anul Karim) dan Salman Al-Farisi r.a. - jika ditanya kepada Rasulullah SAW maka baginda mengelarkan mereka "putera Rasulullah SAW" dengan kata lain, Rasulullah telah mengangkat taraf/darjat kedua mereka menjadi 'ahli rumahnya' (ahlul bayt).

Samalah kesnya DYMM Sultan Muzaffar 1 Phra On Mahawanser yang diberikan gelaran "Sultan" oleh Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (ahlul bayt dan ulama warisatul anbia) - samalah juga dengan kes 'Mala-u' (Milayu/Melayu) - gelaran Syeikh Abdullah Qumairy (ahlul bayt dan ulama warisatul anbia) kepada baginda Sultan Muzaffar dan rakyat baginda. (Rujuk http://www.abjadmalaysia.blogspot.com/ )

Kalau nak dikira berpandukan pada (d), maka hanya dengan menerima kalimah tauhid dan pentahkikan Dua Kalimah Syahadah dari Ulama Warisatul Anbia (boleh dikatakan kebanyakannya adalah ahlul bayt - rujuk silsilah keturunan mereka. - tanya Pok Nik, dia lagi arif tapi berlagak tak pandai...jangan marah Pok Nik :- ) sahaja yang melayakkan kembali seorang ahlul bayt secara nasab keturunan untuk kembali mendapat 'pingat ahlul bayt' yang sejati. Tanpa ikatan dua kalimah syahadah dari pewaris yang betul, maka yang diwariskan mungkin penyakit 'saka'. (dalam FB Abjad pun ada sumbernya mengenai saka)

e) Islam bukan baka tetapi Islam adalah Pusaka (warisan - rujuk kembali kes Ulama Warisatul Anbia) . Jika Islam itu baka, maka logiknya, baka Rasulullah SAW sahajalah yang akan menjadi lebih Islam dari orang lain. Maka perkara ini mustahil!

f) Mengambilkira semua penerangan di atas :

mengenai Imam Mahdi r.a. yang dinanti-nanti - ramai yang masih berhujjah mengenai perkara ini. Ana setuju dengan Pok Nik mengenai kita hanya mampu mengagak-agak menerusi tanda-tanda yang dipaparkan dalam Al-Qur'an dan Hadith namun ianya tetap rahsia dan tuan empunya badan pun tidak tahu tetapi dia diangkat Allah SWT menerusi tangan-tangah orang yang mulia (ada pendapat yang menyatakan golongan ulama warisatul anbia)

Walaupun yang ianya adalah dari golongan ahlul bayt tetapi kita tidak boleh tafsirkan hadith yang menyatakan bahawa orang yang bernama "Muhammad bin Abdullah" sahaja yang akan menjadi Imam Mahdi. Nama Nabi Muhammad SAW ada banyak sekali - Ahmad, Mahmud, Yasin, Amin dsb. Ibnu Abdullah juga boleh dibangsakan sama dengan "Abdul Majid", "Abdul Hamid" dsb. (ini juga nisbahnya sama dengan Abdullah - Hamba Allah)

Lain-lain isu seperti larangan Rasulullah SAW kepada orang yang menasabkan diri pada bukan keturunannya. Inilah sebabnya Ana ada mendengar pendapat Ustaz Ahmad dan tulisan Pok Nik sendiri mengenai pentingnya asbabul wurud dan tidak mentafsir secara literal sesuatu Firman Allah SWT, Hadith, Ijmak dan Qias. Nanti jadi taklid membuta tuli tanpa merujuk kepada ijmak atau bertajdid dengan cara yang salah atau mengikut nafsu.

Larangan Rasulullah SAW sebenarnya merujuk lebih kepada masalah fiqh - seorang anak (contohnya diambil sebagai anak angkat sejak kecil) angkat di 'bin'kan atau di 'binti'kan kepada bukan bapanya - maka ini adalah haram - terutamanya pula jika anak perempuan - haram bagi 'bapa angkatnya' menjadi wali. Juga dalam kes faraid, jika seseorang itu bukan anaknya yang sebenar tetapi di 'bin' atau di 'binti'kan sebagai anaknya tanpa pengetahuan sesiapapun, maka menjadi ketidakadilan akan berlaku dalam pembahagian harta. Apa lagi dalam kes 'anak luar nikah' (anak zina), atau kes menipu mengaku keturunan.

Satu lagi galakan Rasulullah SAW mengenai ciri-ciri wanita adalah pada keturunan, (wajah), harta dan agama. Ini bukanlah bermakna Rasulullah SAW menyatakan keturunan baik-baik spt. Syed perlu menikah dengan Syarifah atau Nik perlu menikah dengan Nik dsb. Dan Rasulullah SAW menggalakkan pula mencari agama pada wanita berkenaan - maka akan dapatlah keturunan, wajah dan harta kerana agama meliputi keseluruhan itu. Jadi kajilah, apa maksud sebenar keturunan/wajah, apa maksud sebenar harta? Jawapannya ada pada yang ana tuliskan dalam artikel ini.

Begitu jugalah pula dengan "Lelaki yang baik untuk Wanita yang baik" dsb. Ini bukanlah bermaksud bahawa 'wanita yang jahat' itu tidak termasuk dalam golongan 'wanita yang baik'. Kerana lihat sahaja Nabi Allah Ayub a.s. Maka kita faham bahawa seorang wanita yang 'kurang baik', jika lelaki itu baik, maka sudah pasti dia akan mendidik wanita itu ke jalan yang baik! Maka jadilah wanita yang baik juga.

Jadi bagi mereka yang masih kurang arif mengenai ahlul bayt, ulama warisatul anbia, khalifah amirul mukminin, mestilah terlebih dahulu menjadi pengikut atau murid dan tidak boleh memimpin sesiapa sehingga beliau mahir dalam hal ini.

Bagi mereka yang memimpin, pimpinlah. Bagi mereka yang menjadi guru, mengajarlah. Bagi mereka yang menjadi Khalifah, tadbirlah, bagi mereka yang jadi pengikut,murid - belajar dan mendengarlah.

Suka ana mengingatkan bahawa inilah sebabnya Tuan Guru Ustaz Ahmad dan Haji Idris bersama-sama dengan ana, Pok Nik, Syed Zul Al-Habsyi bersusah-payah menubuhkan Persatuan Warga Melayu yang saudara-saudara ahli Abjad ikuti sekarang. (Mungkin Pok Nik tidak memberitahu kisah sebenar ini)

Inilah perkara yang kita nanti akan persembahkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. InsyaAllah mendapat darjat yang baik seperti Malikus Soleh dsb.

Setakat inilah dahulu, Pok Nik, ana harap dapat tolong perbetulkan yang silap sebab Pok Nik jauh lebih arif dari saya. Apapun, baginda Rasulullah SAW adalah seorang yang benar BIJAKSANA dan Ana sokong seruan Pok Nik untuk mempertahankan maruah baginda.

Wassalam

Syed Hamdan Syed Jaafar Al-Eddruce

-----------------------------------------------------------------------

Artikel ini telah mendapat perhatian ramai yang kebanyakannya ahlul bayt dan para ulama serta pengkaji. Di antara soalan adalah mengenai Sayyidina Salman Al-Farisi r.a. dan Sayyidina Zaid bin Haritsah r.a. (2 orang sahabat Rasulullah yang terkenal) dan kedudukan mereka sebagai ahlul bayt. Berikut adalah komen Pok Nik :

-----------------------------------------------------------------------

Salam Pak Tuan yang Pok Nik muliakan. Rasanya Pak Tuan dah arif dengan jawapannya kepada persoalan-persoalan berkenaan - cuma ingin pengesahan.

Namun begitu haluan dan niat soalan Pak Tuan itu rasanya Pok Nik dah faham. Biarlah Pok Nik cuba mengagak isu-isu lain dan huraikan secara ringkas.

Secara peribadi, Pok Nik berpendapat :

1. Imam Mahdi r.a. Mujaddid Akhir Zaman yang dinanti-nanti adalah daripada Sayyidina Ali r.a. dan Sayyidatina Fatimah r.a.

At Tabrani menukilkan di dalam Mu’jam Al Ausath daripada Ibnu Umar bahawa Nabi s.a.w. pernah memegang tangan Ali r.a. seraya bersabda,

“AKAN KELUAR DARI SULBI DIA (ALI) INI (dari keturunannya) seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan. Bila kamu lihat keadaan itu hendaklah kamu ikuti pemuda At Tamimi. Dia akan datang dari Timur dan dialah yang memegang bendera Al Mahdi.” (Ibid j.2 ms.62)

Sayyidina Ali pernah memandang kepada anaknya seraya berkata: “Sesungguhnya ANAKKU INI ADALAH PENGHULU sebagaimana telah dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepadanya (Al Hasan)”. “DARIPADA KETURUNANNYA (Hasan) akan lahir seorang yang dinamakan dengan nama Nabi kita. Ia menyerupai Baginda pada budi pekertinya
dan tidak menyerupainya pada rupa parasnya”. (Hadith Riwayat Abu Daud)

Riwayat Ibnu Mas’ud secara marfu’ bahawa, “Sekiranya tidak tinggal kecuali hanya sehari sahaja daripada umur dunia ini nescaya Allah s.w.t. memanjangkan hari itu untuk menghantarkan padanya seorang lelaki DARIKU (dari ahli keluargaku) yang mana namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman”. (Hadith Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

dan banyak lagi hadis-hadis seumpamanya.

Kesimpulannya Imam Mahdi r.a. adalah Ahlul Bait dan dari keturunan Sayyidina Ali r.a. dan Sayyidatina Fatimah r.a.

Tetapi definisi ahlul bait ini mencakupi hampir keseluruhan kerabat Baginda SAW cuma bezanya ialah Imam Mahdi r.a. adalah dari Sayyidina Ali dan Sayyidatina Fatimah dan bukan dari ahlul bait yang lain. Wallahualam

Jadi rasanya kurang tepat memberikan komen bahawa hanya dari keturunan Sayyidina Ali r.a./Sayyidatina Fatimah r.a. sahaja adalah ahlul bait.

Dari hadis di atas kita perlu juga perhatikan frasa "Keadilan dan kesaksamaan" (pada bumi) dan "Budi Pekerti seperti Nabi SAW" iaitu 2 daripada ciri-ciri
yang penting yang melibatkan ahlul bayt secara langsung iaitu Rahmatul Aalamin dan Huluqin Azhiim. Dan banyaklah lagi sifat-sifat yang ada pada Al-Mahdi seperti 'lelaki yang soleh', 'dermawan' dsb.

Mengenai persoalan pengiktirafan ahlul bayt terhadap Sayyidina Salman Al-Farisi r.a. dan Sayyidina Zaid bin Harisah r.a.

Semasa perang Khandaq, kaum Anshar sama berdiri dan berkata:

“Salman r.a. dari golongan kami”.

Bangkitlah pula kaum Muhajirin, kata mereka:

“Tidak, dia (Salman) dari golongan kami!”

Mereka pun dipanggil oleh Rasulullah SAW, dan baginda bersabda:

"SALMAN ADALAH DARI GOLONGAN KAMI (AHLUL BAIT)" (satu riwayat menyatakan Rasulullah menunjukkan kepada dirinya)

Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a (kw) menggelarkan Salman r.a. sebagai “Luqmanul Hakim”. Dan sewaktu ditanya mengenai Salman r.a. semasa kewafatan Salman,

maka jawabnya (Sayyidina Ali r.a.) :


“DIA ADALAH SEORANG YANG DATANG DARI KAMI DAN KEMBALI KEPADA KAMI AHLUL BAIT. Siapa pula di antara kamu yang akan dapat menyamai Luqmanul Hakim. Dia telah beroleh ilmu yang pertama begitu juga ilmu yang terakhir. Dan telah dibacanya kitab yang pertama dan juga kitab yang terakhir. Tidak ubahnya dia bagaikan lautan yang airnya tidak pernah kering”.

Cuma Pok Nik tidak pasti Sayyidina Salman Al-Farisi r.a. adalah juga bergelar putera Baginda SAW tetapi yang pastinya dia telah diangkat sebagai Ahlul Bait dan diiktiraf pula oleh Sayyidina Ali r.a.

Mengenai Sayyidina Zaid bin Haritsah r.a. pula, peristiwa ini berlaku semasa baginda SAW memberikan pilihan kepada Zaid samada memilih untuk terus tinggal bersama Baginda atau kembali kepada keluarga Zaid.

Akhirnya Zaid r.a. tanpa ragu-ragu memilih Rasulullah SAW. Baginda dan Haritsah (ayah kandung Zaid) sama-sama mengalirkan airmata tanda kegembiraan. Rasulullah SAW menarik tangan Zaid dan dibawa ke perkarangan Kaabah, di hadapan orang-orang Quraisy yang ramai berkumpul, baginda mengisytiharkan :

“Saksikan oleh kamu semua (yang hadir) bahawa mulai saat ini ZAID ADALAH PUTERAKU. Yang akan menjadi AHLI WARISKU dan aku jadi AHLI WARISNYA.”

---------------------------------
Bagi penerimaan warisan ilmu dari ulama : lihat hadis tersebut :

Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya ulama adalah pewaris anbia. Sesungguhnya para anbia tidak mewariskan dinar dan dirham (sebaliknya) mereka hanya mewariskan ilmu, maka barangsiapa mengambil warisan tersebut (maka) dia telah mengambil bahagian yang banyak (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud)

Kebanyakan ulama-ulama besar Nusantara juga susurgalurnya datang daripada ahlul bayt yang mendatangi Nusantara.

Diharap kita janganlah mengambil sifat asobiyah sebagaimana segolongan (bukan semua) dari Muhajirin dan Ansar yang mengaku Salman r.a. adalah dari golongan masing-masing. Bukan apa, kalau kita tidak terima hal ini, takut kita jadi Khawarij pula.

Wallahualam.

Pok Nik