RAWATAN PENYAKIT KRONIK & MISTERI
Saturday, April 2, 2011
SALASILAH LAKSAMANA HANG TUAH YANG BERGELAR NARAI DI AYUTHIA
Peta 'Empire of the Great Monggol', meluas hingga ke semenanjung? Raja Monggol India bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia berdasarkan kepada duit-duit syiling yang jelas tercatat gelaran itu. Kenapa ada gelaran Syah Alam kepada raja-raja kita dahulu sepertimana tercatat dimuka surat 2,17 manuskrip Undang-Undang Kedah ? Kenapa gelaran ini langsung tidak disebut dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah negara?
Oleh anaianai
Sila ikuti bersama saya, kisah Laksemana Hang Tuah seperti tertera di bawah ini,
"Barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti patik-patik yang lain, telah maklum ke bawah duli tuanku itu, jikalau ada ampun kurnia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku. Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah di bawah peraduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi."
m/s 25, A. Samad Ahmad, Edisi Pelajar “SULATUS SALATIN SEJARAH MELAYU”, Dewan Bahasa & Pustaka, 2003.Sila semak dilaman sahabat kita di sini, http://www.selftechgroup.blogspot.com/
Laksemana Hang Tuah atau Mahkota Alam juga pernah menjadi Maharaja Benua Islam Siam bergelar Narai di Ayuthia. Walaupu nama baginda berbeza-beza, jawapannya mudah sahaja. Kita perlu melihat contoh pada diri kita sendiri. Kita pun mempunyai banyak nama dan gelaran. Karier kita berkerja pun ada kenaikkan pangkat dan ada posting ke cawangan lain dsbnya. Begitulah juga ahli keluarga Maharaja Benua Islam Siam ini. Seperkara lagi, jika kita tidak melihat sejarah dalam konteks serantau, selagi itulah sejarah bangsa Melayu ini tidak akan terungkai malah akan menjadi lebih kusut lagi.
Berikut adalah salasilah baginda bermula dari Raja Monggol India,
Syah Alam Yang Maha Mulia Zahiruddin Mohd Bahadur Syah, Sultan Akhbar Moghul India, Maha Thammaraja (1483 – 1530) yang berkahwin dengan Mahin Inta Tiral @ Tunku Nur Aisyah ibni Sultan Rijaluddin Muhammad Syah III (Raja Perempuan Ayuthia) Baginda Sultan Rijaluddin (1424 – 1491), ayahanda kepada Puteri Mahin Inta Tiral ini dikenali dengan nama Parameswara Melaka (Boromoraja II)kerana baginda telah membuka perlombongan bijih timah di Lukut berhampiran dengan Melaka dengan bantuan Portugis Islam yang didatangkan dari Khalingga India. Pada masa yang sama orang-orang Minang turut datang untuk melombong dan bekerja di lombong bijih timah disana. Hasil dari perkahwinan ini mereka mendapat empat orang Putera iaitu,
a.Syah Alam yang Maha Mulia, Nai Hisbu Muadzam Syah. Baginda bergelar Intharaja II serta pernah menjadi Raja Kota Beruas, Perak.
b.Paduka Seri Sultan Hassan, Santubong bergelar NaraSuan di Ayuthia.(The Black Prince)
c.Paduka Seri Sultan Alauddin Riayat Syah, Raja Pagoh Johor dan Raja Riau bergelar Ekatotsarot di Ayuthia.
d.Paduka Seri Sultan Mustafa Kecil Bongsu, Raja Brunai (bergelar Penggiran), dikenali sebagai Pharasat Thong di Ayuthia.
Keempat-empat beradik ini, ayahanda mereka Zaharuddin Bahadur Syah sebut/panggil sebagai Sin ga po ra bermaksud, empat laksemana, empat taring bertempat.
Syah Alam yang Maha Mulia, Nai Hisbu Muadzam Syah (Raja Kota Beruas Gangga Nagara) bergelar Intaraja II, Song Tham Ayuthia. Inta Ra ja bermaksud “kamu raja sebar nasihat (dakwah & hukum Islam)”. Adinda-adinda baginda menggelar baginda sebagai phe-raq yang bermaksud, abang yang di kasihi. Baginda telah dikahwinkan dengan Nang (Puteri) Khun Waran Wong Ser, puteri kepada Sultan Jalil Yaacob Syah yang pada masa itu menjadi Syahbandar Kota Setar. Hasil dari perkahwinan tersebut mereka memperolehi tiga orang putera iaitu :-
a.Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka Khalifatullah Akhirul Zaman. Baginda bergelar Sri Su Tammaraja di Ayutthya. Berkahwin dengan Tunku Nur Aisyah, adinda Sultan Muzaffar Syah @ Uthompon, Raja Patani. Mereka keedua beradik adalah anakanda Sultan Ismail Jammu Patani dan Permaisuri Nang Che Yam.
b.Bendahara Tun Saaban bergelar Iskandar Mahkota Alam di Acheh, Laksemana Hang Tuah di Melaka dan Narai di Ayuthia
c.Paduka Seri Sultan Per Abu, pernah menjasi Sultan di negeri Nara Wanara Legeh (Kelantan), sewaktu muda baginda bergelar Hang Kasturi di Melaka dan bergelar Pra Petraraja di Ayuthia. Hingga sekarang di Kelantan, kerabat diraja masih lagi menggunakan gelaran Petra. Salah seorang isteri-isteri baginda adalah dari keturunan Batak dan ini membawa kepada Tengku Sulaiman yang membunuh orang-orang Cina Mancu yang ditugaskan untuk membina Berahman Indera (Balai Besar) dan Balai Nobat di Alor Setar. Semasa pembinaan sedang berjalan orang-orang Cina Manchu ini menetap di Pekan China. Dari sinilah diriwayatkan cerita Raja Bersiong yang menetap di Bukit tinggi (Bukit Pinang).Tengku Sulaiman diburu hingga ke Singgora (Songkhla) dan di bunuh oleh Hang Tuah disana. Dendam pembunuhan Tengku Sulaiman yang disebut sebagai Sultan Sulaiman II (padahal raja daerah, bukan sultan Kedah) dalam salasilah kesultanan Kedah ini, berlarutan hingga ke zaman Paduka Seri Sultan Abdullah, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dan Sultan Abdul Hamid membawa ke hari ini.
Para pembaca dan peminat sejarah yang saya hormati sekelian, begitulah hebatnya Maharaja Benua Islam Siam ini, yang menjadi asal usul keturunan bangsa Melayu hari ini. Sekiranya nama-nama Siam raja-raja kita berada di sini, memang patutlah dari 33 maharaja yang memerentah Ayuthia hanya 3 makam sahaja terdapat disana. Thai mengatakan bahawa mereka tidak pernah dijajah, padahal merekalah bangsa penjajah yang menjajah Siam dan mengambil alih identiti Siam sebagai bangsa mereka. Di Thailand hari ini, yang memerentah bukanlah Raja Siam tetapi Raja Thai dari keturunan Chakri Sukhothai. Ini kenyataan yang benar.
Orang-orang Siam yang beragama Buddha, adalah SEPERTI orang-orang Melayu filipina yang beragama kristian, bumiputra di Sabah dan Sarawak yang tidak beragama Islam, orang-orang melayu Bali dsbnya, sebab itulah mereka ini berstatus Bumiputra, jika menjadi rakyat Malaysia. Akan tetapi selagi mereka tidak beragama Islam, tidak mengamalkan adat resam Melayu dan Islam, maka lupuslah status kemelayuan mereka. Hari ini, di Thailand ada usaha untuk menukar nama Thailand kepada Siam semula kerana kita tahu rahsia raja thai sudah bocor!!!
=====================================================================================
Semuga Allah SWT memberkati ke atas mereka yang telah membongkar kembali realiti sejarah melayu ini dan secara tak langsung telah menemukan juga akan salasilah keluargaku yang telah terputus sekian lama. Hang Tuah dan Adi Putra adalah datuk-datukku.