Tuesday, January 3, 2017

RESPONS DARI PESAKIT PATAH KAKI(PAHA)


1/1/2017 - Pesakit ulangan kali kedua datang dari Felda Sg.Koyan Pahang, selepas kemalangan di langgar Hilux, patah paha dan lebam kepalanya kebiruan. Koma selama 3 hari dan selepas sedar baharu dirawat kepatahan dengan di masukkan besi. Pesakit lupa ingatan kerana hantukan yg kuat, sehingga sebelum di bawa jumpa saya masih belum ingat kejadian dan tidak mengenali sesiapa pun.

Sabtu lepas abang pesakit menalipon dan minta dirawat segera selepas keluar wad. Rupa-rupanya Wad di Hospital Kerajaan Temerloh, sejurus dapat keluar terus di bawa kerumah saya. Keadaan kakinya di biarkan tidak bersimen menyukarkan pesakit utk bergerak. Kepalanya masih ada pendarahan dan ibunya bertanya bagaimana harus dilakukan. Kata abang pula pesakit masih tiada ingatan, asyik meracau bila terjaga dari tidurnya. Saya berpesan, balik nanti cari tuala kecil dan basahkan dengan air yg saya doakan dan letak dikepala. Selepas di rawat mereka terus pulang ke Felda Sg.Koyan.

Hari ini abangnya bercerita, selepas di rawat minggu lepas, ingatan dia terus pulih dan sampai di rumah sanak saudara dan rakan2 pesakit kaget, pesakit pulih begitu cepat. Semua yg datang sudah di kenalinya dan ingatannya terhadap kejadian sudah jelas. Ibunya pun di panggil makcik , kerana hilang ingatan. Ramai sedara2 meminta alamat saya untuk turut mendapat rawatan , puas berubat merata sampai tiada keyakinan lagi....." gara-gara ulama suuk yg menyebarkan ruqyah syariyyah wahabi" yg tidak mampu membuktikan apa-apa malah menjatuhkan martabat Perubatan Islam yg syumul dan aula.

Hari ini cerita si abang menarik minat saya. Rupa-rupanya si abang yg membawa adiknya jauh dari Felda Sg.Koyan ini bukanlah "follower" fb atau blog saya malah ceritanya......

" Semasa sedang sarapan di Serdang bersama kekawan, beliau bercerita dgn kekawannya tentang keadaan adiknya yg kronik dan bertanya jika sesiapa tahu perawat yg boleh membantu memulihkan ingatan adiknya dan merawat patah tulang. Tetiba seorang pemuda yg tidak di kenali datang menghulurkan kertas bertulis nama dan no hp saya. Beliau menceritakan serba sedikit mengenai saya dan terus berlalu. Dgn muka kering berlalu tanpa menjawap ucapan terimakasih dan lambaian tangan si abang pesakit ni. Hairan kata nya. Siapakah hamba allah ini? Kata ibunya, Allah SWT nak tolong, dia datangkan pemuda ini menceritakan pasal tuanhaji. "

Kereta Hilux yg melanggar pemuda ini milik orang kampungnya juga. Selepas melanggar, tidak terus berhenti malah terus kedepan...kemudian baharu berundur, "mungkin tidak dpt elak utk melarikan diri gamaknya". Selepas di marahi orang ramai, baharu dia mengangkat pesakit dan meletakkan di belakang kereta yg terdedah dan berbau dgn kasar dan biadap malah bukan terus ke hospital tetapi balik rumah dahulu. Pesakit terbiar dlm Hilux pengsan, ni melayu kurang ajar yg bernasib baik tidak kena belasah sebab dlm kampung dan orang kampung itu juga.

Di Balai Polis, anggota Polis menolak laporannya dan di suruh datang bersama2 pesakit buat laporan bersama. Yg ni saya puji tindakan anggota Polis yg berhati2 dlm mengambil laporan kemalangan. Kata lawyer pesakit, kes saman ni boleh menang sebab ada saksi melihat driver Hilux sedang menggunakan hp semasa melanggar pesakit.

Cerita si abang pesakit buat saya terfikir siapa pemuda yg memberi maklumat tentang saya. Kata abang pesakit , beritahu Hj. Wan Zul saya hanya hamba Allah. Teringat cerita dulu, ada seorang hamba Allah message dan berkenalan sehingga setahun baharu di beritahu bhw dia dpt no hp saya dari Guru Ghaibnya yg datang bersama Baginda Rasulullah. Guru nyatanya adalah Syeikh Hisham Tariqat Naqsyabandi Haqqani.
Pesakit banyak perubahan kata si ibu dan abang pesakit. Minggu lepas dlm perjalanan pulang sudah terlihat ingatannya pulih serta merta dan kesakitannya berkurangan. Mereka akan datang lagi minggu hadapan, mungkin lebih ramai beserta dgn orang2 kampung yg ingin turut berubat penyakit yg lebih kronik.
Alhamdulillah DIA belaka. Di tunjuki siapa yg di kehendakiNya.....DIA juga menyesatkan siapa yg dikehendakiNya.

27/12/2016 - LAPORAN TERKINI SELEPAS SEMINGGU RAWATAN CYST & FIBROID


Baharu dapat message sebentar tadi, berita gembira dari pesakit yg datang dari jauh. Menyewa homestay berdekatan untuk menjalani rawatan selama 3 hari berturut2.
Hasilnya....kesembuhan. Allah SWT hilangkan punca penyakitnya... di sahkan oleh doktor secara pemeriksaan klinikal pula.
Ada bukti dari doktor pengesahan bertulis yg tidak dpt di nafikan lagi....ketumbuhan yg di kesan pada 3 tahun lepas.
Alhamdulillah. DIA Belaka. Al Maunnah, satu keajaiban pertolongan dari Nya jua.

Ada manusia2 yg tidak peduli samada pertolongan itu dari jin atau dari ilmu sihir atau ilmu2 yg tidak di redhaiNya asal matlamatnya tercapai.
Padanya....Al Maunnah tidak penting apatah lagi Karomah yg memang tidak di ketahui...hanya hikmah dari hikmat yg terzahir.
[27/12, 23:01] ‪ Assalamualaikum Tuan.
[27/12, 23:02] Hj Zul: Waalaikumsalam
[27/12, 23:03] ‪Rentetan sesi rawatan tuan tempoh hari.
[27/12, 23:05] Hj Zul: Ada berita baik?
[27/12, 23:06] ‪Sebenar saya dgerakkan hati ke klinik sebentar tadi. Tanpa sebarang harapan tapi tawakal semata.
[27/12, 23:09] Hj Zul: Ya....hasilnya?
[27/12, 23:10] First scan, doc wanita kata fibroid is getting bigger. 5cm ++, cyst hilang.
Saya terimanya dgn tenang sambil bertanya tentang amalan pemakanan yg sesuai.
[27/12, 23:12] ‪Lepas tu saya k tandas. Selesai je doc lelaki minta masuk buat 2 nd scan
[27/12, 23:12] ‪No at all
[27/12, 23:13] ‪No fibroid
No cyst
[27/12, 23:14] ‪ Saya...terkejut.
Doc bg result berbeza.
[27/12, 23:15] Alhamdulillah.
[27/12, 23:16] Hj Zul: Alhamdulilaaaahhhh. DIA belaka...yakin dan tawakal...DIA mengetahui hati hamba2Nya yg percaya kpd kekuasaanNya yg tiada duanya😁😏
Kerana itu pada saya sekalipun kurniaan Al Maunnah ini pada hamba yg diredhaiNya namun bukan pada pesakit yg mensyirikkanNya.
Bukan semua penyakit dapat di sembuhkan kerana asbabnya dari pesakit...nak cuba2...bukan yakin sebenar2 yakin. Datang mencuba kerana perubatan moden, tradisional dan ruqyah syariyyah dah gagal.
Hasilnya....hikmat tidak mendatangkan hikmah yg diharapkan.

PESAKIT ULANGAN MELAPORKAN KESEMBUHAN


21/12/2016 - Rabu
Pesakit santau 2 beradik melaporkan perkembangan selepas rawatan dan memberitahu muntah sejurus meminum air yg di doakan bagi si adik dan pedih di saluran pemakanan . Si abang pula tersekat-sekat di dada tak mahu keluar. Kedua nya di terapi kali ke 2 dan merasa nyaman.
22/12/2016 - Khamis
Pesakit kulit seminggu lepas datang membuat rawatan ulangan memberitahu kulitnya semakin pulih dan kelihatan subur berbanding sebelum seperti tanah gersang yg merekah.
Pesakit yg di sihir sehingga kurus kering dan sakit kulit menyucuk2 memaklumkan bhw mlm sudah dapat tidor lena dan terasa bisa2 keluar dari hujung kaki.
Pesakit kanser paru-paru (yg di sihir) dari Ipoh setelah 3 kali rawatan memaklumkan telah pergi ke tempat rawatan lain untuk rawatan alternatif dan mrmberitahu perawat tersebut scan dan mendapati paru2 nya ada pemulihan, katanya seperti bisul yg telah terkeluar matanya. Kali ini beliau dtg utk rawatan komplikasi akibat sihir tersebut yg menyebabkan masalah pada usus kecilnya dan boleh menyebabkan penyakit angin pasang. Keyakinannya bertambah dan menyatakan ingin turut belajar ilmu haq ini.
PANDANG SATU KEPADA YG BANYAK. BANYAK KEMBALI PADA YG SATU JUA.