Monday, July 16, 2018

DOA SENJATA MUKMIN














12/7/2018 - Sakit lutut pulih sekelip mata.


Mlm tadi suami pesakit menalifon, memberitakan bahawa sakit lutut isterinya sudah tiada. Tidak sakit lagi katanya, ambo terkejut bangat, baru sekali rawat dgn sentuhan tapak tangan dah pulih.

Suami pesakit adalah mekanik profesional yg pernah bekerja dgn F1 Sepang dan mengalahkan engineer dari German yg tidak tahu mengubah keadaan kereta.

Pesakit sebelumnya berkerusi roda dan di rawat oleh kenalanku, perawat warisan yg byk merujuk pesakitnya kepadaku terutama kes2 sihir kronik.

Dah boleh berjalan pun, beliau menyuruh sahabatnya menemui ku utk rawaran susulan. Suami pesakit tidak keberatan lah sebab di rujuk kpd yg lebih pakar...sebab sendiri kepakarannya " on the top" pasal enjin2 kereta.

Alhamdulillah...DIA SWT belaka.

*KENAPA BANYAK YANG BERDZIKIR TAPI MEMBUAT DIA SEMAKIN DEKAT DENGAN SYAITAN*


Seorang Murid Bertanya Kepada GURUnya (Imam Al Ghazali)

“Syeikh, “ Bukankah Dzikir Bisa Membuat Seorang Beriman Lebih Dekat Dengan Allah Ta’ala 
Dan Syaitan Akan Berlari Jauh Darinya ?

“Benar,” Jawab Imam al-Ghazali.

“Namun Kenapa Ada Orang Yang Semakin Rajin Berdzikir Justeru Malah Semakin Dekat Dengan Syaitan ?” Lanjut Sang Murid.

Gurunya Yang Diberi Gelar Hujjatul Islam Inipun Bertutur.
“Bagaimana Pendapatmu, Jika Ada Orang Yang Mengusir Anjing, Namun Dia Masih Menyimpan Tulang Dan Berbagai Makanan Kesukaan Anjing Disekitarnya ?”

“Tentu, Anjing Itu Akan Kembali Datang Setelah Diusir.”
Jawab Sang Murid.

Imam al-Ghazali Menjelaskan,

Demikian Juga Dengan Orang-Orang Yang Rajin Berdzikir
Tapi Masih Menyimpan Berbagai Penyakit Hati Dalam Dirinya.
Syaitan Akan Terus Datang
Dan Mendekat Bahkan Bersahabat Dengannya.

Penyakit - Penyakit Hati Itu Ialah :
Seperti Kesombongan,
Irihati, Dengki, Syirik,
Bersikap /berucap Kasar, Riya,
Merasa Sholeh, Merasa Suci,
Ghibah, Marah
Dan Berbagai Penyakit Hati Lainnya.

Ketika Penyakit-Penyakit Itu Menghinggapi Diri Seorang Hamba, Maka Syaitan Terlaknat
Akan Senantiasa Datang,
Mengakrabkan Diri,
Kemudian Menjadi Sahabat Karibnya.

11/07/2018 - JIN CABUT LARI MENDENGAR NAMA HJ.WAN ZUL AL QUBRA.


Hari ni rakan perawat melaporkan kes yg dihadapinya selesai dgn mudah tanpa pertempuran bila menyebut nama ambo yg hina dina ni.

"Bila datang yg haq, tenggelam lah yg batil". Ini satu bukti kebenaran hakiki, bukan omong kosong atau teori semata.

Ramai ustaz2, pandai sembang je, ngajar sunnah tapi bila suruh buat ( amalkan apa yg ia ajari) , tak boleh buktikan keberkesanannya. Sebab tu ambo mitok jgn gadoh2 tuduh menuduh, demo belum tentu selamat, nak nuduh orang sesat bagai.

Bersatu kita dok bersaf-saf, raikan khilaf dan beza pendapat. Sama2 kita pertingkatkan amal soleh dan bersihkan hati.

Gigit sunnah kuat-kuat, jauhi syirik dan khurafat. Kembali kpd sumber yg satu.

Ambo tak suka nak tayang video aibkan pesakit. Ambo citer pengalaman ambo dan mereka2 yg bertawasul dgn ambo...sebagai bukti.

Mahu saksikan, sila jemput ambo merawat kes2 kronik seperti ini dgn upah yg setimpal. Jgn ikut hati nanti mati, ikut rasa nanti binasa. Ber muamalah lah sepertimana hal2 keduniaan.


6/7/2018 - Pesakit sihir ulangan dari Langkawi


Temujanji pada mlm ni di tepati. Mereka dtg hampir pukul 10 pm dan kelihatannya pesakit tidak begitu selesa dan ceria.

Katanya dlm perjalanan, badannya mula berbahang dan panas. 2 hari sebelumnya selepas rawatan pertama, boleh tidor lena dan panas walau masih ada tapi berkurangan. Fikirannya juga tidak kacau lagi, dpt la bercuti di KL dalam keadaan tenang.

Macam biasa pesakit berbaring dan saya berdoa dan bacakan Al Quran , surah Al Mulk dan As Sajdah kali ni. Pesakit menyatakan badannya makin panas dan berbahang seolah di panggang. Makin lama makin panas.
Saya terdiam seketika kerana makin berzikir dan membaca Al Quran, dia makin kepanasan. Sambil bertenang saya memberi tazkirah akan keyakinan dan tawakkal sungguh2 dlm berubat cara Sunnah ni. Jgn ada keraguan...tanam keyakinan agar berakar umbi.

Saya memberi contoh kisah seorang wali songo dan AbuNawas yg berkeyakinan bhw, "di mana ada air, pasti ada ikan". Bila sang Khalifah dan Sultan mengugut jika ikan takda dlm buah kelapa muda yg di potong, kepala mereka akan dipenggal. Sang Wali tetap utuh yakin tanpa sedikit pun keraguan. Bila kelapa terbelah dua, meloncat ikan dari dalam kelapa itu. Siapa Yg Berkuasa mendatangkan ikan didlm buah kelapa itu??? Bila engkau yakin bahawa DIA Maha Berkuasa dan Yg Maha Penyembuh, maka DIA akan zahirkan "KekuasaanNya" padamu.

Yg jadi masalah manusia tidak yakin pada kuasa Ketuhanan. Byk berhala dlm diri yg "memuja" pelbagai benda. Paling teruk ulama di "berhalakan". Al Quran dan Sunnah bukan lagi sandaran dan rujukan. Ulama la yg di sembah.

Pesakit kelihatan tunduk dan diam. Tiba-tiba ia bangun dan keluar dari bilik di ikuti oleh suaminya. Seketika kemudian saya pun keluar dan didapati pesakit melarikan diri dan di kejar suaminya.

Saya cari dan melihat si suami terbaring di jalan dan di duduki oleh isterinya yg sedang marah2.

" Aku dah cakap jangan datang sini...." tengking si pesakit. Suaminya kelihatan semput di tindih isterinya.
Saya dan adik pesakit diikuti pelajar saya dan suaminya mengangkat pesakit masuk semula kedlm bilik rawatan dan ketiga2 mereka memegang tangan dan kaki pesakit.

Saya menekan belakang telinga pesakit tanpa membaca apa-apa hanya mengingat Allah SWT dan mengharapkan bantuanNya.

Pesakit meraung kesakitan. " Benci betul aku dgn dia ni, dah lama aku duduk dlmnya nak bagi mati, tak mati2 lagi...." katanya.

" Misi dan matlamat engkau sudah gagal , kau balik aje lah" kataku.

" Mana boleh balik, nanti tuan aku bunuh aku pulak. Engkau pun sama, takde orang boleh kalahkan tuan aku. Esok2 engkau pun dibunuhnya" warning jin tu padaku.

" Sapa tuan engkau?" Tanyaku.

Aku terus menekan tanpa henti dan menangis pulak jin ni. " Engkau hanya tahu sakiti aku, tolongla keluarkan aku dari sini" katanya.

" Aku tak boleh pulang, nanti di bunuh tuanku"

" Engkau keluar aje dan ikut atok2 aku yg ada ni. Mereka akan jaga kamu selagi kamu insaf dan mahu bertaubat. Kamu faham....?" Dia diam dan mengangguk shj.

Saya niat tarik keluar...." tiada mantera khusus" hanya niat dan hantar ke tempat Sunan-sunan Wali. Pesakit kelihatan tenang dan merah mukanya. Saya buatkan air penawar utk di sapu mukanya dan minum.

Rawatan buang jin ni tak sampai 10 minit pun. Tak terdaya jin tu nak bertahan dgn pancaran Cahayaku yg membakarnya. Mantera dan jurusnya takde yg menjadi.

Suami pesakit ceritakan dlm keadaan mcm ni lah selalunya ia cuba bunuh diri samada dgn pisau atau gantung diri. Pesakit pulak cerita yg buat ia lari keluar sebab " rasa nak marah dan nak pukul saya" Jin masa tu masih 50-50 kata suaminya , tu yg ia lari. Bila dah jauh baru 100% pesakit di kontrol jin siam itu.

Tengok aje selepas ini jika si penyihir masih mahu memerangiku yakni si bomoh siam. Bouncer yg ni dah berlepas diri hehehe ... mudah2an kesengsaraan suami ini dah lebih 10 tahun berakhir di sini.

Aamiin Ya Robbal Aalamiin.

Tuesday, July 3, 2018

3/7/2018 – PESAKIT SIHIR DARI LANGKAWI




Pesakit adalah seorang wanita dan suaminya berhajat lama dah nak datang untuk dapatkan rawatan dan tinggal di Langkawi. Sudah lebih 30 perawat katanya di kunjungi dan masalah gangguan dan kesihatan nya masih tak berubah dan semakin kronik. Kesemua yang di kunjungi adalah Pusat Rawatan Darul-Darul …..yang mengamalkan ruqyah. Pernah kesampaian ke tempat bomoh-bomoh tetapi bila melihat permulaan yang mencurigakan, mereka tak jadi berubat. 

Makluman berkenaan gangguan dan sakit yang di alami……….

·         kedua bahu, kawasan rahim, kedua tapak kaki panas... kalau teruk tu hgga 1 badan panas. panas
seperti di salai...
·         tak boleh stress, akan panas bahu dan mudah marah. kadang hingga 'lupa'...
·         solat 5 waktu, zikir harian, quran semua boleh. tapi akan sakit di kawasan pinggang, peranakan... dan panas.
·         kerap mimpi terbang, ada juga mimpi bayi, dan yg peliknya sorang lelaki yg kerap muncul dlm mimpi walhal kenal masa sekolah rendah dan tak rapat pun...
·         bila 'lupa', akan cuba bunuh diri dgn cara jerut leher, gantung diri, kelar dgn pisau.
·         cubaan membunuh sy pun ada sebab rasa benci, marah dan dianggap pengacau (bila 'lupa')
          skrg kerap suka menyendiri...
·         hampir 10 tahun tiada zuriat. tiada nafsu
·         berpuluh perawat tapi belum Allah izin sembuh

Mereka membuat temujanji pada Selasa 3 Julai , 2018 ( Selasa malam) dan menempah tiket kapalterbang menuju KLIA.

Mereka datang seperti di janjikan bersama adik dan bapanya yang turut menemani. Bapanya bertanyakan asal saya dan bila tahu saya orang Kelantan, di tanyakan adakah kenal Jaafar Rawas, pengusaha terkenal di Kelantan. Katanya , Jaafar Rawas adalah saudaranya dan kebetulan saya membuat ibadat Haji pada tahun 2008 bersama anaknya iaitu Abdullah bin Jaafar, Pengusaha Kedai Ubat-ubatan tradisional di Kota Bharu dan kami sama-sama merawat jemaah-jemaah Haji semasa di Mina akibat keletihan dan kecederaan serta sakit-sakit yang bermunculan kerana keadaan di sana .

Suami dan pesakit pula menceritakan keadaan mereka sepertimana di atas dan saya berkata, kalau pesakit boleh berhadapan dengan saya tanpa rasa takut dan boleh bertentangan mata maka ini menunjukkan tiada unsur-unsur negative atau jin didalam badannya sekarang. Kata suami pesakit, semasa dalam perjalanan dari Setapak ke kajang pun Allah SWT permudahkan, tiada halangan dan gangguan.

Pesakit berbaring dan saya mulakan terapi Doa dan Zikir. Tiada kesan ada nya jin buat masa itu dan saya teruskan dengan bacaan Surah Al Mulk buat membersihkan segala kekotoran dan bekas-bekas jin di dalam darahnya.  Selesai dalam 10 minit tanpa ada tindakbalas negatif dari pesakit.

Suami dan pesakit terus bercerita keadaan mereka. Kata si pesakit, ia mula sakit gangguan ini 2 tahun sebelum berkahwin dan berterusan semakin kronik selepas berkahwin.  Mereka mempunyai 3 kedai di langkawi dan gangguan ini menjejaskan perniagaan mereka yang mana pesakit langsung tak boleh dengar pasal kedai apatah lagi untuk duduk di kedainya.
Pesakit tiba-tiba mengadu kepanasan di bahagian rahimnya , mencucuk di bahagian pinggangnya dan kepanasan di tapak kakinya. Dia menyatakan nampak Sami berpakaian kuning sedang memerhatikannya. Kes ni lebih kurang sama dengan kes Imam dari Sepang yg di sihir dengan patung dan di bakar sehingga kepanasan seluruh tubuhnya.

Saya minta pesakit berbaring semula untuk di tarik segala bisa-bisa yang menjalar, mungkin serangan dari Bomoh Siam yang sedang memantau sihirnya dan pesakit. Saya meletakkan tapak tangan di bahagian rahim , pinggang dan tapak kaki dengan niat menarik segala bisa-bisa….kemudian saya ke bahagian kepala semula membaca Surah Yaasin di kepalanya.

Alhamdulillah berkurang sakitnya dan kata saya insyaaAllah bisa-bisa keluar secara perlahan-lahan dan sakit beransur-ansur hilang. Sebelum merawat semula tadi, saya minta pesakit bertawasul dengan saya meminta pertolongan Ilahi agar serangan ini dapat di hentikan dengan segera. Kalau kes Imam dahulu, dengan matabatinnya dia melihat Rohaniah saya pergi bersamanya menyerang penyihir tersebut sehingga terduduk sipenyihir katanya.

Si suami menceritakan bahawa dia ada terbaca artikel saya bagaimana murid saya samada menyebut nama saya dan tunjuk gambar saya yg berserban jubah itu kepada pesakit dan jin-jin tersebut ketakutan dan menyerah serta dengan serta-merta keluar dari tubuh pesakit.  Lalu dia menggunakan kaedah yang sama. Mula-mula di sebutnya nama saya, jin yg menguasai isterinya terdiam. Kemudian di tunjukkan gambar saya, pesakit mula resah. Wataknya yg mula-mula kasar , “ aku engkau sahaja bahasanya” bertukar kepada lemah lembut merayu kepada suaminya dengan baik. Di panggilnya “abang” dan berkata, “ tak payah la bang kita jumpa dia”. Kata suaminya, “ sayang jangan fikir nak berubat, fikirkan kita ke KL nak ke IKEA dan shopping complex yg besar di KL”. Akhirnya sampai juga mereka ke Kajang dan perjalanan di KL ni tiada halangan langsung nampaknya.

Biasa kes jin-jin siam atau sihir dari bomoh siam ni agak menarik pertarungannya. Namun sejak akhir-akhir ini semenjak tai longnya yg berusia hampir 1000 tahun yg sudah 2 kali berhadapan dengan saya dan tak mampu bertarung mengeluarkan jurus-jurus dan mantera saktinya malah dengan kehairanan merenung saya dan berkata…..” Sunan rupanya”.  Kes menjadi mudah dan cepat . Ada yg tak sampai 5 minit sedang sakitnya dah 5 tahun.

Saya minta pesakit untuk datang membuat rawatan susulan seandainya masih lama duduk di KL ni. Pesakit bersetuju untuk membuat follow-up dalam 2 hari lagi. Pesakit bertanya “ada ustaz Darul-darul  kata saka, betul ke ustaz? “ Tampor je muka ustaz tu “ kataku. Scan ni keje jin kataku, nak berubat jgn  minta di scan, takde manusia yg tahu perkara di sebalik alam ghaib kecuali dikhabarkan oleh Jin-jin.

Berlepas diri dari perkara khurafat dan syirik. Gigit sunnah kuat-kuat…..itulah “Cahaya orang-orang mukmin” yang mampu membakar jin-jin , bukan dengan membaca mantera ruqyah sakti yg kononnya membakar jin-jin sedang ia adalah helah dan tipu daya jin belaka.

Bagaimana Jin-jin mampu memeluk agama Islam kalau kitab rujukan ( Al Quran) yg di bacanya boleh membakar dirinya???