RAWATAN PENYAKIT KRONIK & MISTERI
Friday, July 26, 2019
12/07/2019 – Sihir Bomoh Buddha dari majikan dan keluarga
Kes ni berlaku di Peringat, Kota Bharu di mana rawatan ini
adalah susulan ke 4.
Rawatan pertama kali adalah gangguan saka nenek. Susulan
kedua baharu muncul jin-jin sihir dari majikannya.
Susulan ke 3 muncul pula sihir-sihir dari keluarga sendiri
akibat tamakkan harta pusaka. Rawatan kali ke 3 turut di sertai beberapa Jemaah
GFSK yg turut sama membantu mengusir jin-jin saka nenek dari rumahnya dan
jin-jin sihir dari hantaran keluarga sendiri dan sekaligus jin-jin tersebut
mengakui kematian tuan-tuannya iaitu bomoh-bomoh siam Buddha.
Kali ini rawatan susulan ke 4 di mana jin-jin siam majikan
kembali menyerang dengan perantaraan produk-produk jualan yang di sentuhnya.
Walau pesakit dah berhenti kerja namun jin2 tersebut dapat menembusi melalui
produk2 kecantikan yg turut di sihirnya. Pesakit masih berhubung dgn syarikat
tersebut dgn membuat sales online dan akibat nya dinding dapat di tembusi juga.
Rawatan hanya berlangsung selama ½ jam di mana jin2 tersebut
tak mampu bertahan walau datang dari siam dari tokong2 besar namun berdepan
dengan anak cucu keturunan Rasulullah dari Yaman ni dan juga berdarah dari dua
Panglima Agung MELAYU iaitu Tok Tuah dan Tok Jebat dengan di dampingi 10 wali
songo yg di akui jin2 itu sendiri, maka mereka berundur kerana tak mampu
melawan.
Rawatan berlangsung selepas waktu asar sebaik kami sampai
dan berehat sebentar di hotel. Perjalanan jauh membuat badan penat dan bila
jumpa tilam, langsung tak sedar dah…lena sampai pagi di bawah hembusan air cond
yg begitu sejuk. Pagi esoknya saya lihat ada message memberitahu ada “missed
call” dari nombor yg tidak di ketahui. Bila di semak rupa2nya nombor suami
pesakit dan panggilan di buat 3 x. Sahla jin-jin tersebut dah block talian
sehingga panggilan tak sampai , salah satu kemampuan jin selain dapat mematikan
enjin kenderaan juga.
13/07/2019 - Selepas zohor kami kesana dan mendapati
kerasukan semula adalah dari jin-jin yang menghuni tubuh anaknya pula. Selain
jin2 yg di hantar kepada anaknya , ada juga jin2 lain muncul iaitu yang di
hantar oleh keluarganya iaitu pakciknya yang mahukan hartanya. Iaitu jin
“minyak mati terbunuh” yang di calit di dnding rumah dan pokok2 di luar.
Semuanya tak mampu bertahan, saya bagi pilihan samada mati terbakar atau masuk
penjara sunan. Penjara juga menjadi pilihan agar dapat terus hidup. Rawatan
berlangsung pun tak lama, dalam sejam lebih dan kami pulang ke hotel sebelum
asar utk berehat. Malam nanti nak follow up lagi.
Selepas Isyak kami ke sana lagi dan pesakit masih di rasuk
oleh jin-jin yg masih bersembunyi di dalam rumah. Bila pesakit ke dapur utk
menghidangkan minuman tetiba ia kerasukan, jin2 ni gementar tiap kali saya
datang tetapi yg kena cekup yg dekat duulu lah. Jin-jin ni pula memberitahu ada
jin2 lain juga yang di hantar oleh makciknya yg juga tamakkan hartanya. “ Aku
tengok je , aku tak campur. Makcik dia tuang minyak mati bunuh kat pokok luar
tu nak sihir makdia bagi mati. Dia pulak yg kena” kata jin itu.
“ Kau panggil semua jin-jin tu dan ajak lari dari sini”
kataku. “Nahas kalau masih ada , aku akan bakar semua”. Di seru semua jin2 itu
dan mereka lari katanya. “ Mung pung keluar jugak, kalau tak aku bakar”. “
Keluar gi mana” tanya jin tu. “ Masuk penjara Sunan “ kataku.” Mu tipu aku,
ingat aku tolong mung, takyah masuk penjara”. “ Mung dah buat salah kan, 6
tahun kan engkau duk dalam tubuh dia ni kan?”
Takleh ngelak dan takde sebab , samada mati atau penjara.
Mereka keluar juga.
Aku berdepan dengan jin-jin kafir ni takde baca apa-apa
ruqyah atau mantera sakti mahu pun bacaan AL Quran. Jin-jin dah kenal
hamba-hamba Allah yg terpilih yg di damping oleh rijalulghaib yang merupakan
bala tentera Allah yg membantu bila diperlukan. Bukan menyeru Rijalulghaib, “
Allah jua tempat meminta”, di datangkan bala tenteranya membantu.
Baca mantera syirik atau meruqyah dengan iktiqad yg syirik
iatu mantera dan ruqyah berkuasa membakar dan melemahkan jin-jin,akan
mengundang jin-jin datang bukan mengusir. Lihat sahaja ruqyah massal yg di buat
oleh ustaz2 peruqyah, kenapa dah tahu nak di rawat, jin2 tu duduk lagi di situ
kalau tahu perawat tu mampu memusnahkan mereka. Pada hakikatnya bacaan ruqyah
itu lah yg memanggil jin2 tu datang dan berlakon hysteria dan kerasukan bila
iktiqad mereka bahawa bacaan mereka adalah mantera sakti. Sakti sangat pergi
lah ruqyah banduan2 di penjara tu, usir semua jin2 yg menghasut mereka kejalan
maksiat dan kejahatan, baharu aman dunia ni dari jenayah.
Begitu juga kalau sakit, bergantung dengan ubat.
Mensyirikkan Allah dgn benda dgn iktiqad mampu menyembuhkan. Walau pun produk
sunnah tapi tak kena gaya dan iktiqad akan jatuh haram juga. Dalam diam-diam
ustaz2 kita mengajak kita kepada kesyirikan dengan bergantung kepada ubatan ,
bukan terus meminta kepada Allah Azzawajalla bila sakit…….” Apabila aku sakit,
Dia yg menyembuhkan”
DIA tu Allah bukan ubat.
16/07/2019 – ANAK DI SIHIR BAPA SENDIRI ( PINDAH SAKA ) – Siri 14
Message di terima tak sampai sejam untuk pesakit bersama
ibunya berhajat untuk datang. Kata ibunya ada sakit sikit2 lagi dan mimpi
pelik2. Kebetulan saya bersama beberapaorang Jemaah sedang berurusan dengan
ejen hartanah untuk penyewaan rumah dibuat Markas dan Homestay GFSK D’Syifa.
Maka saya mempelawa 3 orang Jemaah ini untuk menjadi saksi
pengubatan ini agar penceritaan saya nanti tidak menjadi tanda tanya bagi
pembaca apatah lagi perawat lain yg memang tidak pernah jumpa kaedah dan cara
yg berbeza kerana saya bisa menundukkan dan mengalahkan jin-jin dengan mudah .
Pesakit dan ibunya sampai pada jam 10 malam dengan wajah yg
ceria keduanya. Si ibu turut membawa tongkat senjata peninggalan arwah bapanya
yg turut di minati oleh bekas suaminya yg merupakan penyihir anaknya. Saya
melihatnya dan membersihkannya dari isian-isian yg batil.
Pesakit berbaring dan saya berdoa di kepalanya macam biasa.
Selepas berdoa, saya membaca ayat-ayat tertentu sementara menunggu jin-jin tu
bangkit.
Jin yang pertama bangkit adalah jin dari Sabah. Bila saya
tekan, dia menjerit memanggil bapanya kemudian ibunya, mereka enggak datang.
Dalam 5 minit dia pun caabut.
Ku seru lagi, bangkit jin yg kedua dari Jawa. “Aku kenal
engkau, aku bukan datang nak lawan engkau tapi nak bertanya khabar je” katanya.
Kami pakat ketawa dengan perkataannya yg lucu itu. “Aku tak mampu nak lawan
engkau dengan 10 wali songo dengan engkau….aku pergi dulu ya”
Ku seru lagi, walau pesakit kelihatan diam dan mengucap 2
kalimah syahadah, ianya bukan boleh di percayai. Ku tekan lagi, kali ini
bangkit bapanya sendiri. Ia marah-marah kerana kerana aku kerap ganggu kerjanya
sehingga ia gagal untuk melaksanakan misinya. “Kalau engkau nak khianati anak
sendiri, biar aku yg jaganya dari kedurjanaan engkau”. “ Mengganggu dia seperti
mencari pasal dengan aku” kataku. Dengan marah dan ancaman nya terhadapku namun
ia nyata keluar juga tak mampu hadapi Cahayaku.
Biasanya kalau bapaknya yg keluar selesailah…..namun
isteriku tahu masih ada yg menyembunyi kat dalam tu. Dia duduk bersila mengadap
Jemaah, aku di belakangnya memeriksa. Rupanya duduk di kepala….ku tekan, degil
tetap degil. Isteriku mencari juga ada di bahagian kakinya. Marahnya bukan main
“ kau tau je kat mana aku duduk ya”. “Kau nak kena bakar ya” kata isteriku.
“Kau mengugut aku” herdiknya pada isteriku. “ Kau nak lawan
aku ke?” Aku pula herdiknya. “ Kau lain la…..” katanya. Akhirnya ia keluar
juga. Takde lah lama sesi ni, mereka and the gang dah berkali-kali kena belasah
dgn aku dan di kurung di penjara sunan. Baharu lah pesakit berkata merasa lega
di bahagian badan dan kepalanya, rasa ringan. SI ibu nya berkata, “ ada hari
itu dia kata nak cekik saya, risau juga kami berdua je, apa jadi kang….”
Selagi bapanya tu masih hidup, dia akan berusaha juga utk
memindahkan dan membunuh anaknya ni, apa lah busuk punya hati manusia ni. Lebih
kurang kes sebelum ni Cuma bezanya yg itu bapanya dah mati tetapi di huni oleh
Iblis Laknatullah yg menyamar sebagai bapanya.
HATI-HATI DENGAN ORANG YG MENYAMAR SEBAGAI SAYA
Hati-hati dengan penipuan ini, wak ni menggunakan gambar saya untuk busines tarik nombor dan harta.
Agaknya jin-jin tu bagi syarat supaya dapat izin saya ke atau wak ni sengaja nak memburukkan saya...
Agaknya jin-jin tu bagi syarat supaya dapat izin saya ke atau wak ni sengaja nak memburukkan saya...
15/07/2019 – ANAK DI SIHIR BAPA SENDIRI ( Siri 3 )
Kes ini merupakan rawatan ulangan kerana selagi penyihir masih
hidup, risiko berulang serangan sihir adalah pasti.
2 beradik yatim piatu yang di sisih keluarga sendiri yakni oleh bapa dan abang2 serta kakak2nya yang memihak kepada bapanya yang sebenarnya tidak mengetahui apa perbuatan jahat bapa mereka ini. Mujur ada dari kalangan saudara iaitu pakcik mereka yang mengetahui perbuatan jahat si bapa dan menasihati kedua beradik ini agar berubat dengan orang yg benar dan arif.
Si abang seorang Jurutera dan si adik masih belajar di UITM
dalam rangka bercuti dan kerana kesibukan masing2, rawatan ulangan ni terlalu
jauh jaraknya dan lambat untuk di selesaikan. Biasanya kes2 saka dan sihir saya
minta rawatan selama 3 hari berturut2 agar dapat di selesaikan terus apatah
lagi jika pesakit datang dari luar kawasan. InsyaaAllah tak lama lagi kami akan
sediakan Homestay, kemudahan bagi pesakit untuk di sewakan yang datang dari
luar KL dan Selangor agar dapat menginap dan meneruskan rawatan selama 3 hari
berturut2. Bagi pesakit yang tak dapat datang dan meminta saya pula untuk
ketempat mereka, insyaaAllah boleh di uruskan dengan pembiayaan yangberpatutan.
Si pesakit berbaring dan saya memulakan Doa dan bertawasul
dengan Nama-Nama Allah Yg Agung. Tak sampai seminit pesakit ( anak gadis
berusia 23 tahun ) menunjukkan reaksi muka yg kurang elok. Jin2 di dalam
badannya mula resah kepanasan dan menunjukkan diri mereka dgn aksi diri mereka
iaitu jin monyet yang pertama muncul.
Seperti biasa lah, saya tekan di tempat tertentu untuk
menyiksanya. Menjerit kesakitan, melolong kuat betul. Risau takut jiran2 datang
bertanya pulak. Kalau tak di sakiti mereka akan diam , nak lari keluar pula
takut melanggar arahan tuannya. Akhirnya keluar juga jin monyet ni dalamasa 5
minit .
Seterusnya saya menyeru lagi, “ siapa lagi yang ada, sila bangkit”. Bangkit lagi jin yang seakan monyet , berbicara…..selepas menanggung kesakitan akhirnya dia berbicara dengan lembut. “ Aku tahu siapa engkau, aku tak mampu nak lawan engkau. Dengan engkau ada 10 Wali-songo yang membantu. Aku takut dengan wali songo” katanya.
Seterusnya saya menyeru lagi, “ siapa lagi yang ada, sila bangkit”. Bangkit lagi jin yang seakan monyet , berbicara…..selepas menanggung kesakitan akhirnya dia berbicara dengan lembut. “ Aku tahu siapa engkau, aku tak mampu nak lawan engkau. Dengan engkau ada 10 Wali-songo yang membantu. Aku takut dengan wali songo” katanya.
Dia dengan sukarela menceritakan asal nya dan kelemahan sihir
ini dan di mana puncanya dan bagaimana untuk di lemahkan dan di hancurkan. Dia
di letakkan bersama anak gadis ini semenjak ia di lahirkan dan di kunci di
beberapa tempat iaitu di kaki, bahu , ubun2 dan bahagian rahimnya. Dia sendiri
benci dengan kezaliman si bapa anak gadis ini namun kerana ia adalah kerjanya
dan mudah , ia laksanakan juga. Namun bila berdepan dengan saya , dia dan jin2
yang lain tak mampu untuk melawan malah menderita jika terus bertahan.
Dia menunjukkan di jari kaki tempat yang perlu di bukakan kunci dan mengeluarkan mereka. Di pandunya saya dengan cara dan kaedah yang betul. “ Tuan syeikh hanya focus dan jangan bimbang Syeikh Siti Jenar bersama tuan membuka kuncian ini”. “ Jika syeikh focus, syeikh akan nampak bahawa bapa anak ini sedang menyucuk2 jari2 itu dan tau apa tuan sedang lakukan”. “ Syeikh boleh nampak mereka dan mereka juga sedang tengok syeikh dengan jin2 sakai ni”. Sementara saya focus mengalirkan energy zikir dan berzikir dengan khusyuk, jin itu berbicara pula dengan si abang dan menasihatinya. Di larangnya kedua beradik ni dari balik ke kampong jumpa bapa mereka kerana si bapa akan menambah lagi kekuatan sihir ini pada anaknya. Sedang si bapa dan adik beradiknya dah fitnah macam2 kepada mereka berdua kerana tidak lagi pulang ke kampong. SI BAPANYA SEBENARNYA TELAH PUN MATI DAN YG HIDUP DI JASADNYA ADALAH SYAITAN DARI KETURUNAN DAJJAL YANG MENGGUNAKAN ILMU SAKAI. Si ibu telah pun di bunuh oleh syaitan ini dengan sentuhan sahaja semasa di hospital akibat kanser payudara, kanser ini adalah sihir yg mana jin2 tersebut duduk di tempat itu bertompok2. Namun rawatan hospital seperti bedah dan kimo belum mampu membunuhnya kerana zikirnya, maka ia sendiri lah yg terpaksa lakukan demi menjaga rahsia ilmunya yang hanya di ketahui oleh kedua beradik ini dan saya.
Kerana saya mempercayai apa yg berlaku berbanding ustaz-ustaz
sebelum ni yg gagal merawatnya kerana tidak percaya apa yg berlaku tu memang
benar2 wujud. Kegagalan rawatan ustaz2 sebelum ni adalah kerana tidak percaya
kpd yg ghaib yg mampu di lakukan oleh syaitan2 ini dan lemahnya iman serta
iktiqad yang salah. “ Kau mampu menyelamatkan anak gadis ini kerana keyakinan
engkau , kepercayaan engkau kepada yg ghaib2 dan sifat engkau sendiri yg tidak
kenal putus asa”. “ Malah bersama engkau 10 wali songo yg tak mampu kami
hadapi”. Pesakit sendiri pernah cerita, rawatan dengan ustaz2 sebelum ni tak
macam ni, seolah tak power langsung. Kini pesakit hanya percayakan saya malahan
segala rahsia terbongkar di ceritakan oleh jin2 itu sendiri malah di nasihati
pula oleh jin2 tu yg kasihan pula akan mereka, walau pun mereka jin tetapi
masih ada hati perut namun syaitan manusia ni memang hilang aqal dan dah tak
waras.
Setelah selesai buka kuncian di jari kakinya, kami berehat
sebentar untuk memberi peluang pesakit memulihkan tenaganya. Jin2 itu bercerita
penuh emosi, sehingga mengalir air mata pesakit dan penuh dengan penyesalan.
Begitu lah bila datang yg Haq, musnah lah yg batil. Perawat lain gagal
menundukkan jin2 tersebut kerana tiada back up dari Rijalul Ghaib, hanya gi
belajar dan kursus tanpa mewarisi apa-apa dari keturunan yg baik2, macamana nak
lawan jin2 yang beratus tahun umurnya? Yg punya ilmu dajjal sedang engkau hanya
membaca ayat2 ruqyah tetapi kemukjizatan AL Quran sendiri tidak terbukti dalam
dirimu baik para ulama sendiri, sakit bergantung dengan ubatan dan doctor,
TUHAN MASIH TIADA DI HATI KALIAN.
Sesi kedua untuk membuka kuncian di bahu kanannya. Kali ini
penghuni jin2 ini lebih kuat dan banyak. Jenuh abangnya sekuat tenaga memegang
adiknya dan saya pula menekan bahunya dengan bacaan zikir yg berterusan.
Rawatan ini tiada bacaan ruqyah mahupun bacaan apa-apa surah dari AL Quran.
Takperlu pun sebab jin2 di dalam badannya segera bangkit kepanasan dengan
sentuhan tangan saya yg mengalir tenaga zikr yg kuat. Terasa kekuatan jin2 ini
bila tangan saya dan pesakit bertaut, kuatnya ia menggenggam tangan saya seolah
tangan seorang bodybuilder.
Setelah gagal melawan dan sengsara kepanasan, ia keluar sedikit
demi sedikit mengambil masa sejam juga . Setelah keluar jin2 itu dari bahagian
ini dan pesakit di sedarkan, saya ke dapur untuk mengambil air sejuk dan doakan
agar dapat memberi kesegaran dan tenaga padanya.
Dalam keadaan duduk , ada jin yg bangkit dengan tenang dan berbicara dengan saya dengan baik. Menasihati saya agar teruskan usaha ini untuk menyelamatkan gadis ini kerana saya punya kemampuan untuk menundukkan mereka dan memusnahkan penyihir itu, katanya sudah terbau kebusukan jasad penyihir yg dah mati lama tu dan si abang juga di nasihati agar menjaga adiknya baik2.
Dalam keadaan duduk , ada jin yg bangkit dengan tenang dan berbicara dengan saya dengan baik. Menasihati saya agar teruskan usaha ini untuk menyelamatkan gadis ini kerana saya punya kemampuan untuk menundukkan mereka dan memusnahkan penyihir itu, katanya sudah terbau kebusukan jasad penyihir yg dah mati lama tu dan si abang juga di nasihati agar menjaga adiknya baik2.
Jin2 ini akhirnya akur dengan saya dan berbicara dengan jujur
walau mereka kafir, kata mereka. Kerana meraka boleh menilai hati-hati manusia
yg jujur dan punya keampuhan ilmu serta ketinggian iman. Malah mereka membantu
saya menunjukkan punca serta mengajar cara mengatasinya.
Alhamdulillah, DIA Belaka. DI tunjuki siapa yg di kehendakiNya
dan di berikanNya bantuan kpd hambaNya yg di kehendakiNya.
Rawatan susulan saya minta datang selepas seminggu agar pesakit
dapat pulih dari kesakitan di tubuhnya. Ada 3 tempat masih perlu di buka
kuncian dan di musnahkan sihir2nya.
*KENAPA BANYAK YANG BERDZIKIR TAPI MEMBUAT DIA SEMAKIN DEKAT DENGAN SYAITAN*
Seorang Murid Bertanya Kepada GURUnya (Imam Al Ghazali)
“Syeikh, “ Bukankah Dzikir Bisa
Membuat Seorang Beriman Lebih Dekat Dengan Allah Ta’ala
Dan Syaitan Akan Berlari Jauh Darinya ?
Membuat Seorang Beriman Lebih Dekat Dengan Allah Ta’ala
Dan Syaitan Akan Berlari Jauh Darinya ?
“Benar,”
Jawab Imam al-Ghazali.
Jawab Imam al-Ghazali.
“Namun Kenapa Ada Orang Yang Semakin Rajin Berdzikir Justeru Malah Semakin Dekat Dengan Syaitan ?” Lanjut Sang Murid.
Gurunya Yang Diberi Gelar
Hujjatul Islam Inipun Bertutur.
Hujjatul Islam Inipun Bertutur.
“Bagaimana Pendapatmu,
Jika Ada Orang Yang Mengusir Anjing, Namun Dia Masih Menyimpan Tulang Dan Berbagai Makanan Kesukaan Anjing Disekitarnya ?”
Jika Ada Orang Yang Mengusir Anjing, Namun Dia Masih Menyimpan Tulang Dan Berbagai Makanan Kesukaan Anjing Disekitarnya ?”
“Tentu, Anjing Itu Akan Kembali
Datang Setelah Diusir.”
Jawab Sang Murid.
Datang Setelah Diusir.”
Jawab Sang Murid.
Imam al-Ghazali Menjelaskan,
Demikian Juga Dengan Orang-Orang Yang Rajin Berdzikir
Tapi Masih Menyimpan Berbagai Penyakit Hati Dalam Dirinya.
Syaitan Akan Terus Datang
Dan Mendekat Bahkan Bersahabat Dengannya.
Demikian Juga Dengan Orang-Orang Yang Rajin Berdzikir
Tapi Masih Menyimpan Berbagai Penyakit Hati Dalam Dirinya.
Syaitan Akan Terus Datang
Dan Mendekat Bahkan Bersahabat Dengannya.
Penyakit - Penyakit Hati Itu Ialah :
Seperti Kesombongan,
Irihati, Dengki, Syirik,
Bersikap /berucap Kasar, Riya,
Merasa Sholeh, Merasa Suci,
Ghibah, Marah
Dan Berbagai Penyakit Hati Lainnya.
Irihati, Dengki, Syirik,
Bersikap /berucap Kasar, Riya,
Merasa Sholeh, Merasa Suci,
Ghibah, Marah
Dan Berbagai Penyakit Hati Lainnya.
Ketika Penyakit-Penyakit Itu Menghinggapi Diri Seorang Hamba, Maka Syaitan Terlaknat
Akan Senantiasa Datang,
Mengakrabkan Diri,
Kemudian Menjadi Sahabat Karibnya
Akan Senantiasa Datang,
Mengakrabkan Diri,
Kemudian Menjadi Sahabat Karibnya
Tuesday, July 9, 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)