Monday, July 17, 2023

16 Julai 2023 – Kes Ketumbuhan di kepala ( Kulai, Johor )


Mulanya temujanji di atur pada mingu hadapan kerana sudah ada temujanji dengan orang Singapura utk berubat namun si suami yang menghubungi saya memberitahu bahawa keadaan isterinya cukup lemah dan hanya mampu berbaring dan tidur shj hampir 4 bulan sejak ia bermula di kesan.
Pesakit adalah seorang peguam kes jenayah dan sudah tidak bekerja semenjak sakit dan suami seorang pegawai Bomba yang telah 4 bulan di tukarkan ke N.Sembilan. Anehnya sejak suaminya di tukarkan , si istri mula sakit.
Temujanji pertama adalah pada hari Jumaat petang ( 14/7/2023 ) selepas waktu Asar. Si suami memberitahu bahawa isterinya tidak mengetahui akan temujanji ini dan membebel bila dapat tahu akan kedatangan saya. Saya hanya tersenyum bersama suaminya kerana si isteri tak tahu dan tak kenal saya namun merupakan kawan baik pelajar saya yg merupakan Doktor Pakar di Hosptal Johor Bahru. Dan si suami juga mengenali pelajar saya yg juga bekas Ketua Balai Bomba yg kini bertugas di Pengerang sebagai trainer .
Pesakit setelah di diagnos oleh doktor bahawa terdapat 2 ketumbuhan di kepalanya terus mendapatkan nasihat Doktor Pakar ini yg juga kenalannya sebelum berkahwin lagi akan pendapatnya bahawa kepalanya harus di bedah. Pesakit dan tak mahu di bedah dan doktor pakar ini pun tidak merekomenkan begitu dan menasihatkan agar berubat kaedah Islam.
Dalam diam si suami menghubungi saya dan membuat temujanji pada minggu hadapan namun melihatkan keadaan pesakit yg makin kronik , saya putuskan utk merawatnya pada minggu ini dan kebetulan pesakit dari Singapura pula menangguhkan pertemuan atas sebab-sebab kerja yg tidak boleh di tinggalkan.
Saya merasakan perlu di segerakan rawatan kerana sebelum ini bahkan pada bulan lepas 2 pesakit Kanser dari Kulai juga ada membuat temujanji namun terpaksa di batalkan , satu pesakit telah meninggal dunia sebelum sempat di rawat dan yg satu lagi memutuskan utk terus di rawat di hospital.
Kedatangan saya pada petang jumaat menyaksikan keadaan pesakit yg memang parah, tidak mampu berjalan dan kepala berat dan pening. Saya memberitahunya juga bahawa saya adalah kawan juga guru kepada kawannya yg merupakan Doktor Pakar tu , kelihatan reaksinya agak positif kerna mungkin kawannya ada pernah menceriatakannya.
Rawatan di mulakan dengan Doa yg tiada hijab “ Anak Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi “ ijazah dan bersanad terus kepada Rasulullah SAW yg saya terima di Malam Lailatul Qadr dan zikir “Ismullah Al Adzham” juga amalan para Nabi dan Ariffin , anugerah di malam seterusnya setelah Malam Qadar…………di susuli bacaan surah2 pendek sunnah Baginda SAW di dalam merawat dan seterusnya saya bacakan Surah AL Mulk guna mengalirkan mukjizat/tenaga zikir ini ke dalam kepalanya melalui2 ubun2nya.
Pesakit merasakan kepanasan di dalam kepalanya, ini adalah kerana tenaga zikir yg memasuki kepalanya membakar penyakit/ketubuhan/tompokan jin-jin yg bersarang di kepalanya. Setelah itu pesakit merasa pusing/pening yg amat dan minta untuk masuk ke bilik. Temujanji pada esoknya di tentukan pada jam 10 am.
Saya bertanyakan keadaan pesakit pada malam tadi dan katanya beliau dapat tidur nyenyak dan bermimpi sehingga mimpi itu bersambung walau dah bangun untuk ke tandas. Memang biasanya selepas di terapi zikir pesakit apa pun dapat tidur nyenyak kerana sel2 penyakit sudah tidak aktif menyakiti pesakit ( sel2 yg merupakan makhluk halus yg tak dapat di lihat oleh mata kasar yg di panggil jin) yg telah terbakar dengan tenaga zikir yg merupakan mukjizat AL Quran yg di nafikan umat masakini.
Saya dan isteri tidak akan memberitahu apa-apa kalau pun ada firasat dan hijab yg terbuka sebelum pesakit di nampakkan apa-apa kepadanya sebagai bukti punca sakitnya itu. Pesakit menceritakan mimpinya dan beliau kaget dapat mengingat kembali peristiwa dan nama2 orang yg muncul di dalam mimpinya yg menjadi punca masalah penyakitnya ini. Ingatan beliau telah hilang dan bila ingatan ini kembali beliau semacam mahu menangis kerana ingatannya benar2 pulih dan dapat mengingat kembali peristiwa2 dahulu serta nama2 dan menceritakannya.
Rupa-rupanya beliau telah di sihir oleh rakan sekerja yg hasad padanya yg cemburu akan kemampuannya dan di sukai oleh bekas bosnya yg ingin ia bekerja dengannya. Saya tau masakini peguam ramai menggunakan khidmat bomoh guna untuk menang kes dan saya telah menangani beberapa kes terdahulu yg di dalangi oleh peguam-peguam yg jahat ini.
Nasib baik beliau telah mengambil tindakan yg bijak untuk tidak membedah tengkorak kepalanya dan juga mendapat nasihat yg baik dari Doktor Pakar dalam usaha merawat penyakitnya agar berubat cara Islam yg di redhai Allah dan Rasul. Kerosakan yg makin kronik dan kecacatan dapat di elakkan dengan menghindari pembedahan.
Petangnya saya di hubungi oleh si suami mengatakan di waktu Asar tiba2 isteri rasa berat kepala dan muntah2. Saya mengatakan mungkin bisa2 sihir nak keluar melalui muntah2 dan minum air yg saya doakan agar bisa2 terus keluar dan mendapat tenaga semula. Kalau ini serangan baru jika keadaan tidak membaik maka kena jemput saya di hotel…
Temujanji pada hari terakhir 16/7/2023 jam 10 am , kelihatan pesakit sudah bertenaga dan ceria. Tidur malamnya amat lena sehingga mendapat rehat yg cukup utk memberi tenaga pada tubuhnya. Terapi pada kali kedua saya bacakan Surah Yaasin dan pada kali ke tiga saya bacakan Surah AL Waqiah. Tiada reaksi negative pada pesakit bila di alirkan tenaga mukjizat Al Quran padanya menunjukkan jin2 sihir penyakit tidak mampu melawan dan melarikan diri tanpa ragu2.
Tak lama kemudian, Doktor Pakar berkenaan kenalannya dan juga pelajar saya sampai seperti di janjikan. Perbualan mereka seperti lama tak jumpa dan pesakit tak kelihatan macam orang sakit pun berbual dan bercerita mcm tak pernah sakit. Namun pesakit ada juga menberitahu bhw ada sedara2 juga nak datang yg nak menasihatkan agar di bedah shj menurut nasihat doctor, payah nak elak katanya nasihat2 mcm ini.
Itu sebab kata saya Nabi SAW suruh amalkan Surah AL Kahfi di akhir zaman sebagai penyelamat fitnah dajjal. Maksudnya kena jadi seperti Pemuda ALKahfi yg merupakan pembesar negara yg lari menyembunyikan diri dari kerosakan Pemerintah dan masyarakat pada masa itu. Kalau ikut nasihat masyarakat yg rosak, diri yg akan rosak tanpa dapat di pulihkan lagi. Doktor dah lepas tangan , takleh dakwa dakwi , penasihat pula mendoakan kebaikan pula setelah mengajak kepada kerosakan tadi.
Mereka berbincang untuk turut berbaiah dan belajar dengan saya guna merawat diri dan keluarga dan boleh menjadi karier selepas pencen atau berhenti kerja nanti. Sambil bergelak ketawa dan bergurau senda seolah menjadi majlis reunion dan bukan nya aktiviti ziarah orang sakit , kerana orang yg sakit pun ceria dan tak macam orang sakit pun hehe.
Pertemuan berakhir dan kami di bawa oleh Doktor Pakar ini untuk makan tengahari sebelum bertolak pulang. Alhamdulillah , segalanya selesai dan berkahir dengan baik.