Sunday, February 13, 2011

LADUNI

Pengertian Ilmu yang digunakan oleh Hujjatul Islam Imam Ghazali dalam sebuah kitabnya yang bernama Al-Risalatul-liduniyyah adalah seperti berikut :

* AL-ULUM AL-MAKTASABAH yang bermaksud ilmu-ilmu yang didapati dengan mencurahkan usaha seperti belajar dan membuat kajian. Dengan kata lainnya ialah ilmu-ilmu yang didapati dengan senang (Al-Ulum Al-Dhoruriyah) maksudnya ilmu-ilmu yang didapati dengan mudah sahaja menerusi salah satu daripada anggota-anggota pancaindera seperti rasa manis melalui lidah, mendengar suara melalui telinga dan lain-lainnya.

* Ilmu GHAIBI LADUNI atau lebih ringkasnya disebut sebagai ilmu laduni yang membawa maksud secara hurfinya 'ILMU KESISIAN' iaitu ilmu disisi tuhan. Sama dengan ILMU ALLAH atau ILMU TUHAN. Sesetengah ahli ilmuan Islam memberikan atau menggunakan berbagai-bagai istilah lain yang sama maksudnya dengan ilmu LADUNI ini dalam usaha mereka untuk mengemukakan pendekatan ilmu masing-masing. Antaranya ialah seperti berikut :

* Ilmu Batin
* Ilmu Qalbi

* Ilmu Mukasafah
* Ilmu Asyror
* Ilmu Maknun
* Ilmu Hakikat
* Ilmu Makrifat

* Ilmu Tasauf

Telah banyak ulama-ulama atau ilmuan zohir terkelincir kerana mereka membantah dan menidakkan ilmu laduni ini. Kita lihat bagaimana satu catatan hal tersebut yang dikemukakan oleh Iman Ghazali yang mengatakan:

" Seorang daripada kawan-kawanku telah menceritakan kepadaku mengenai seorang alim yang mengingkari ILMU GHAIBI LADUNI yang menjadi pegangan pemimpin-pemimpin tasauf dan tumpuan ahli-ahli thorikat yang berpendapat bahawa ilmu laduni adalah lebih kuat dan lebih tepat dari ilmu-ilmu yang didapati dengan usaha yang didapati dengan belajar.




Kawanku juga mengatakan bahawa orang alim itu berkata bahawa aku fikir tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang boleh memperkatakan tentang ilmu yang sebenar dengan fikiran semata-mata tanpa belajar dan tanpa usaha-usaha untuk mendapatkannya. Aku (Ghazali) berkata seolah-olah orang itu tidak tahu tentang cara-cara untuk mendapatkan ilmu dan tidak tahu pula kerja ' JIWA INSANI ', KEMURNIAANNYA DAN CARA-CARA PENERIMAAN DARI ALAM GHAIB DAN ILMU ALAM MALAKUT." Berkata lagi Imam Ghazali..... Sesungguhnya mereka yang hanya menganggap ilmu kalam seperti fekah , tafsir dan sebagainya sebagai satu-satunya ilmu yang mampu diperolehi oleh manusia adalah merupakan mereka yang telah menyimpang dari method hakikat kerana Al-Salmi ( Abdul Rahman Muhammad bin Al-Husain bin Musa Al-Azdi Al-Salmi seorang ahli tasauf, ahli sejarah, ahli hadis dan hadis tafsir yang telah menulis sebuah kitab tafsir yang bernama 'Aqa'ik Al-Tafsir/ Wafat tahun 1021=412 Hijrah) telah mengumpulkan sesuatu dalam tafsirnya yang diambil dari kata-kata orang-orang muhaqiqin, sedangkan kata-kata itu tidak tersebut dalam semua kitab tafsir yang ada. Kata Ghazali lagi .



Ahli tafsir tepi jalan ini seolah-olah tidak tahu :


* Bahagian-bahagian ilmu
* Perincian-perinciannya
* Tingkat-tingkatnya
* Kenyataan-kenyataannya dan

* Batin-batinnya. Memang sudah menjadi adat bahawa orang-orang yang jahil dalam sesuatu akan mengingkari sesuatu itu dan orang yang tersebut itu tidak pernah merasai MINUMAN HAKIKAT dan tidak mengetahui mengetahui mengenai tentang Ilmu Laduni. Definisi Ilmu Dan Kegunaannya



Ketahuilah bahawa ILMU(Pengetahuan) ialah konsep(tasawwur) jiwa berakal yang tenang(Al-Nafsunathokhotul Muthomainnah) terhadap hakikat-hakikat sesuatu (hakho-ikul-asyaai) dan rupa-rupanya(suuraha) yang bersih dari benda-benda dengan 'ainnya(a'yaanaha), kualiti-kualitinnya(kaifayaataha), kuantiti-kuantitinya(kamayaataha), jauhar-jauharnya(jawaaharoha), dan zat-zatnya(zawaataha), kalau ia adalah tunggal (mufrad). A'LIM ialah orang yang mengetahui ialah orang yang meliputi, mencapai, lagi mempunyai konsep; manakala "MA'LUM" (apa yang diketahui) ialah zat sesuatu yang terukir ilmunya pada jiwa. Kemuliaan ilmu itu menurut ukuran kemuliaan maklumat dan darjah seseorang alim itu adalah menurut darjah ilmunya.



Tidak ragu-ragu lagu bahawa di antara maklumat yang paling utama, paling tinggi, paling mulia dan paling besar ialah Allah Pencipta, Al-Haq yang tunggal, ilmu yang berhubung dengannya, ilmu tauhid adalah ilmu yang paling utama, paling besar dan paling sempurna. Ilmu ini adalah sesuatu kepastian. WAJIB mengetahuinya atas sekalian yang berakal sebagaimana sabda rasulullah SAW. yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah fardu atau tiap-tiap orang Islam". Dan baginda rasulullah menyuruh mencari ilmu ini dengan sabdanya yang bermaksud "Carilah ilmu meskipun dinegeri Cina". Orang-orang yang mempunyai ilmu tauhid ini adalah yang paling utama di antara ulama-ulama lain. Sebab inilah Allah Taala menyebut mereka ini secara istimewa pada tingkat yang tertinggi sebagaimana firmannya yang bermaksud: "Allah telah terangkan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia yang berdiri dengan keadilan dan disaksikan oleh malaikat dan ahli-ahli ilmu."(Surah Al-Imran, ayat 18).



Oleh itu ulama-ulama ilmu tauhid secara umumnya adalah Nabi-nabi, selepas mereka barulah ulama-ulamayang menjadi ahli waris Nabi-nabi. Ilmu Tauhid ini meskipun mulia dan sempurna pada dirinya, ia tidak menolak lain-lain ilmu, malah ia tidak akan terdapat tanpa bahan-bahan yang banyak dan bahan-bahan ini tidak kan teratur jika tidak dari pertolongan berbagai-bagai ilmu seperti ilmu-ilmu langit dan falak-falak(astronomi dan kosmologi) dan ilmu seluruh ciptaan. Dari Ilmu Tauhid lahir pula ilmu-ilmu lain seperti yang akan kami(Imam Ghazali) akan sebutkan bahagian-bahagiannya pada tempat-tempatnya. Ketahuilah bahawa ilmu itu sendiri adalah mulia tanpa memandang kepada aspek ma'lum, hingga ilmu sihir adalah mulia pada dirinya meskipun ianya palsu. Ini adalah kerana ilmu lawanya kejahilan dan kejahilan adalah dari kelaziman-kelaziman kegelapan dan kegelapan termasuk dalam lingkungan diam dan diam itu hampir dengan tidak wujud.

Kepalsuan dan kesesatan termasuk dalam bahagian ini. Oleh itu kejahilan itu hukumnya adalah hukum tidak wujud, manakala ilmu hukumnya adalah hukum wujud dan wujud itu lebih baik daripada tidak wujud. Hidayah kebenaran dan cahaya semuanya termasuk dalam lingkungan wujud. Apabila wujud lebih tinggi daripada tidak wujud maka tentulah ilmu lebih tinggi daripada kejahilan, kerana kejahilan serupa dengan kebutaan dan kegelapan, manakala ilmu serupa dengan penglihatan dan cahaya.

TIDAKLAH SAMA ORANG BUTA DENGAN ORANG YANG MELIHAT, juga tidaklah sama gelap dengan cahaya. Allah Taala telah menerangkan mengenai ini dengan firmannya yang bermaksud; "Katakankanlah(hai Muhammad) adakah sama mereka yang tahu dan mereka yang tidak tahu?".(Surah Az-Zumar ayat 9). Berdasarkan perbandingan di atas dapatlah pula dikatakan bahawa KEJAHILAN adalah dari kelaziman-kelaziman jisim, manakala ILMU adalah daripada sifat-sifat JIWA. Oleh itu JIWA LEBIH MULIA DARIPADA JISIM.Ilmu terbahagi kepada beberapa bahagian yang banyak. kita akan menyatakan satu persatu dalam fasal yang lain, sedangkan seorang alim mempunyai berbagai-bagai cara untuk mendapatkan ilmu itu juga kami akan sebutkan dalam fasal yang lain.

Yang perlu bagi anda sekarang selepas mengetahui keutamaan ilmu ialah mengetahui bahawa JIWA YANG MERUPAKAN LUH SEGALA ILMU DAN TEMPATNYA. Jisim bukanlah sesuai untuk tempat ilmu kerana jisim adalah terbatas dan tidak dapat dimuati oleh banyak ilmu, malah ia hanya dapat menanggung ukiran-ukiran dan gurisan-gurisan sahaja, sedangkan JIWA MENERIMA ILMU TANPA SEMPIT, SESAK, JEMU DAN HILANG. Sekarang kita akan memperkatakan tentang jiwa secara ringkas.

Thursday, February 10, 2011

YAHUDI GERUN KETURUNAN RASULULLAH

Oleh Abdurrahman Haqqi, Akhbar Berita Minggu 1 April 2007, ms 15

“SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya mencintainya.” (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35)


Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya tidak lama dulu, penulis terserempak buku bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan Muzaffar Mohammad. Demi kecintaan kepada ahlul-bait, penulis membeli buku berkenaan.

Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat. Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan Rasulullah SAW di seluruh dunia.

Umat Islam merayakannya dengan pelbagai cara, ada dengan perarakan, zikir maulud, bacaan selawat, malah sebagai bukti negara kita adalah negara Islam, hari berkenaan dijadikan cuti umum setiap tahun.

Satu aspek yang jarang disentuh dalam kita memperingati Hari Keputeraan Rasulullah adalah tuntutan agama Islam dalam mencintai keluarga Rasulullah SAW. Dalam hadis disebutkan maksudnya: “Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya sendiri; dan sebelum cinta nya kepada zatku melebihi cinta kepada zatnya sendiri.” (Riwayat at-Tabrani).

Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat al-Quran yang bermaksud: “Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri dan isterinya adalah menjadi ibu mereka.” (Surah al-Ahzab: 6)

Dalam sistem khilafah atau kenegaraan Islam sepanjang sejarah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada umatnya. Nabi bersabda maksudnya: “Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga).” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam sistem itu, seperti ditulis al-Mawardi (w.450H) dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah, hal ehwal ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin seorang Naqib yang bertanggungjawab melindungi keturunan mulia supaya ‘tidak termasuk ke dalamnya orang yang tidak sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang yang daripada keturunannya’.

Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan rumpun ahlul-bait serta memastikan keturunan mereka dilindungi dan tidak bercampur aduk antara satu keturunan dengan keturunan lain.

Seseorang Naqib juga perlu memastikan ahlul-bait Rasulullah SAW di bawah sayapnya mempunyai budi pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka supaya pandangan hormat masyarakat terhadap nama baik zuriat Rasulullah SAW tetap terpelihara.

Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya.” (Surah al-Ahzab: 33)

Dalam hadis ada disebutkan maksudnya: “Bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi. (Hadis riwayat at-Tabrani)

Kecintaan junjungan kepada ahlul-bait tidak perlu dipertikai. Dalam hal ini Ibnu Taimiyyah ada menyebut hadis yang bermaksud: “Janganlah kalian berselawat untukku dengan ‘Selawat Batra’. Sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan ‘Selawat Batra?’. Baginda menjawab: “Kalian mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ. Ucapkanlah: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga (ahlul-bait) Muhamad.

Bagaimanapun, ada juga di kalangan umat Islam yang tidak memahami kedudukan sebenar ahlul-bait sehingga mereka memperkecil bahkan menghina mereka.

Aisyah RA meriwayatkan hadis yang bermaksud: “Enam macam orang yang aku mengutuk kepada mereka dan Allah mengutuk juga padahal setiap Nabi itu diperkenankan permohonannya, iaitu orang yang menambah kitab Allah; orang yang mendustakan ketentuan Allah; orang yang mengalah kepada pemerintah sombong dan kejam lalu dengan itu dia memuliakan orang yang direndahkan Allah dan merendahkan orang yang dimuliakan Allah; orang yang menghalalkan larangan Allah; orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan; dan orang yang meninggalkan sunnahku.” (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Hakim).

Dalam hadis ini disebutkan bahawa antara orang yang mendapat kutukan Baginda adalah orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan atau dengan perkataan lain tidak memberikan hak sepatutnya kepada ahlul-bait, bahkan mengambil hak mereka.

Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-bait kerana mereka gentar pada potensi ahlul-bait yang bakal menjadi lawan setara, bak ‘buku bertemu ruas’ protokol cendekiawan Zionisme nombor satu ada menyatakan: “... anda akan dapat melihat kemudian bahawa ini akan membantu kemenangan kita; ia akan memberikan kita kemungkinan untuk mendapat ‘kad induk’ (iaitu) pembinasaan golongan bangsawan warisan (genealogical aristrocracy) yang juga satu-satunya golongan menjadi pertahanan semula jadi bangsa dan negara daripada serangan kita.

Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan (institusi raja) yang bersifat fitrah itu kita membina golongan ‘bangsawan meritrokasi’ yang diketuai golongan bangsawan berduit (kapitalis). Begitu pula dalam protokol nombor tiga: “Orang yang kita bimbing berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan) yang (sebenarnya) adalah satu-satunya pertahanan rakyat serta ‘ibu angkat’ yang memanfaatkan mereka, atas keterikatan dengan kesejahteraan rakyat di bawah golongan bangsawan (warisan) ini.

Pada hari ini dengan pembinasaan golongan bangsawan (warisan) ini, rakyat jelata jatuh kepada cengkaman kapitalis dengan kezaliman mereka meletakkan rantai yang menjerut leher pekerja.” Kedua-dua protokol ini diterjemahkan dalam buku yang penulis beli.

Sebagai tanda cinta dan kasih sayang Baginda terhadap umatnya yang datang kemudian, maka dijadikan ahlul-bait Baginda penyelamat di bumi seperti dalam hadis di atas.

Bahkan pada akhir zaman, ahlul-bait yang memimpin dunia ini seperti dikatakan Rasulullah bahawa pada zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digembala menjadi budak bermain ular dan kala jengking. Ular dan kala jengking tidak membahayakan sama sekali. Umat manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik hasil 700 mud. Riba, perzinaan dan minuman keras menjadi lenyap. Umat manusia berumur panjang, amanah ditunaikan hal yang keji lenyap dan orang yang benci ahlul-bait Rasulullah binasa.

“Dalam pada umat Islam diperdaya untuk menolak signifikan kepentingan peranan dan relevannya golongan ahlul-bait, Yahudi Zionis khususnya amat percaya sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada potensi mereka. Keyakinan Yahudi Zionis pada potensi ahlul-bait Rasulullah SAW inilah yang menyebabkan mereka mengatur pelbagai perencanaan seperti terkandung dalam Protokol Cendekiawan Zionis untuk menghapuskan potensi ahlul-bait, contohnya mencemarkan nasab mereka, terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat Islam yang dipanggil sebagai geneological aristrocracy atau ‘bangsawan warisan’ itu. (Ahlul-Bait.. 442)

Rasulullah sebagai utusan Ilahi yang membawa rahmat menyelamatkan umat manusia dengan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada terang benderang, daripada kehancuran kepada keselamatan. Dalam tugasnya itu Baginda tidak mengharapkan apa-apa upah daripada manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah (imbalan) mengenai ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra dalam kekeluargaan.” (Surah Asy-Syura: 23).

Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti dikatakan al-Maqrizi: “Aku tidak minta imbalan apa pun jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada kalian itu, kecuali agar kalian berkasih sayang kepada keluargaku.”

Itulah satu kewajipan yang terabaikan dan ia menambah lagi senarai pengabaian kita ke atas kewajipan agama Islam suci lainnya.


www.shiar-islam.com
Dimuatnaik pada: Khamis 24 Rabiulawal 1428 H (12 April 2007)

Wednesday, February 9, 2011

SERUAN BUAT SYIAH PELAMPAU, AHLUS SUNNAH PELAMPAU DAN AHLI BID`AH






Monday, November 8, 2010


Oh syiah pelampau , oh ahlus sunnah pelampau , oh segala ahli bidah yang tersangat melampau apabila sesuatu itu sudah melampaui batas-batas dan ajaran Nabi Saw ianya akan terjerumus kedalam kancah melampau . Maka janganlah kamu melampaui batas-batas Al Quran , Sunnah (bukan hadis) dan Imam Ahlul bait as serta ithrah pewaris.

Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman dan keduanya mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hambanya yang beriman". Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: "Hai ...Manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata". (An Naml: 15-16)

Sulaiman as adalah pewaris Daud as , yang diwarisi oleh Sulaiman as bukanlah harta dan kerajaan tetapi 'ILMU' tentahg segala sesuatu dan 'NUBUWAT' . Ada pun pula Imam AHLUL BAIT as adalalah pewaris Nabi saw, dan yang mereka warisi adalah "ILMU" DAN "IMAMAH' bukan KEKHALIFAHAN seperti yang didakwa oleh golongan syiah pelampau .

Para Imam Ahlul Bait as, merekalah ULAMA' PEWARIS yangg sangat amanah, yang mana Nabi Saw maksudkan "Al Ulama' warisatul Anbia' ". Mereka-mereka yang tidak mempunyai talian keturunan ini dan juga tidak mencapai makam 'Ahlul Bait' dari segi kerohanian tidak termasuk di dalam perjanjian ini kerana mereka hanyalah Ulama' Syariaat yang menyampaikan Syariat Nabi Saw yang zahir. Namun mereka juga patut dimuliakan kerana tigas-tugas mereka itu.

Terdapat perbezaan di antara ILMU YANG DIWARISI dengan ILMU YANG DIAMBIL MELALUI SANAD. Sebab ILMU YG DIWARISI oleh keturunan-keturunan ini adalah sumber Ilmu Hikmah dan Makrifat yang diwarisi secara keturunan walau pun Ahlinya sudah berpindah ke alam baqo' kerana mereka ini hidup di sisi Allah Ta'ala . Dan merekalah yg mengajarkan ilmu kepada pewaris di setiap zaman . Nabi khidir as juga bersama-sama mereka dalam urusan ini.

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon ju......ga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim". (Al Baqarah: 124)

Mereka-mereka inilah Imam-Imam yang Allah Ta'ala telah memperkenankan doa Nabi Ibrahim as yakni untuk menjadikan Imam dari keturunan Ibrahim as dan keturunan Muhammad saw sehingga sampai kepada Imam Al Mahdi. Merekalah dari golongan Imam Ahlul Bait as yang merupakan kembar kepada Al Quran , mereka tidak pernah terpisah dari Al Quran Akhlak Muhammad saw itu Al Quran, dan Imam Ahlul Bait itu kembarnya. Keduanya tidak akan terpisah sehingga bertemu di telaga Al Haud.

Merekalah kitab yang hidup dan bergerak. Kerena ilmu mereka diwarisi terus dari keturunan-keturunan mereka walau pun mereka sudah kembali ke alam baqo' bukan melalui kitab-kitab tetapi melalui lisan An Nur dari pohon Muhammad.

Wama imamuka , Siapakah Imam kamu ? Al Quran dan Ahlul Bait itu imamku ... Barangsiapa yg tidak mengenal Imam Zaman nya akan mati seperti orang jahilliah. Justeru itu perlulah kita smeua mengenali siapa Imam Zaman ini yakni Imam Al Mahdi as bila sampai masa zahirnya.

Perhatikan kesemua isyarat-isyarat ini .. Persiapkan diri kalian untuk mengikuti mereka , berjuang bersama-sama mereka dan menjadi syiah/pengikut mereka yakni 'Syiah Ali' . Jangan kamu bersikap melampau kerana Syiah mereka bukan golongan pelampau. Mereka adalah pembawa Sunnah yg amanah dan mereka berdiri di antara Syiah dan Ahlul Sunnah besederhana dalam semua hal.....menyatukan kesemua aliran ...

Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif" dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. (An Nahl:123)

Fikirkanlah kenapa Imam Syafie rah dipikul dan dituduh syiah hanya kerana dia cintakan ahlul bait ???? Imam Malik rah lepas jumpa Imam Jaafar Sadiq as baru tahu langit ilmu tu tinggi rendah . Imam Shafie rah pula belajar dgn Imam Malik rah mengambil rahsia-rahsia Imam Ahlul Bait. Apa yg Imam-Imam ini bawa sebenarnya , adakah hanya membawa Mazhab2 Feqah seperti apa yang kita baca di dalam kitab selama ini ???? Kalau semua kitab-kitab yang bertimbun membukit tidak ujud adakah agama ini akan terpadam dari pemeliharanya yakni Imam Ahlul bait dan ithrah nya ???? Adakah kita perlukan kitab yang hidup atau kitab yang mati ???? Tuhan tidak mati dan hidup selama-lamanya, Nabi cuma berpindah alam , begitu juga dengan Imam Ahlul bait as, Para sahabat ra yang setia dan Para Wali yg mempunyai tugas, kenapa kita tak jumpa mereka semua semua ni ??? Sebabnya adalah kita tidak berjumpa pewaris yang sebenar ..... kunci kota itu hanya dipegang oleh keturunan ini. Jangan disangsikan lagi ! Hanya meeka yang menemuinya yang arif akan hal ini.

Imam-imam Ahlul bait as , kedudukan mereka adalah di antara Syiah dan Ahlus Sunnah , dan tidak pernah dan tidak akan cenderung kepada mana-mana aliran pun . Merekalah pembela sunnah nabi saw sepanjang zaman sejak di zaman Khulafa Ar Rasyidin sehingga akhir zaman . Mereka tidak pernah melampaui batas dalam semua hal.

Mereka tidak mengambil ilmu dari kitab-kitab, tidak mengarang kitab , tidak menulis kitab , kerana mereka itu adalah pintu kepada kota ilmu dan mereklah kitab yang hidup dan bergerak. Tidak pernah cuba menambah-nambah apa yang Nabi saw ajarkan kepada mereka , mereka juga pencela golongan pelampau dan ahli bid'ah serta menyatukan antara semua aliran yang sedang berpecah-belah.

Merekalah yang Nabi saw berpesan , "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara berharga (tsaqalain) yg akan menyelamatkan kamu dari kesesatan , sealgi kamu berpegang kepadakeduanya ,Al Quran dan ihtrahku ,yakni ahlul bait." (HR Tirmidzi / Sahih)

Imam Ahlul Bait as, merekalah Ahlus Sunnah dan Ahlil Islam yang tulen . Maksud 'ithrah' ialah Imam pewaris setiap zaman , keturunan yg diisucikan apabila Allah mengampuni dosa mereka melalui taubat mereka.

Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim". (Al Baqarah: 124)

Janji Allah berkekalan hingga ke akhir zaman sehingga zahirnya 'khataman Imam' yakni Imam Al Mahdi.

Apabila kamu mencaci para sahabat nabi saw maka jadilah kamu Syiah Pelampau , apabila kamu mencaci mereka yang tak sealiran dengan kamu sebagai ahli bid'ah maka jadilah kamu Ahlus Sunnah Pelampau , apabila kamu memperkata tentang Allah Ta'ala sehingga melampaui batas yang tercatit pada kalamNYA , maka jadilah kamu ahli bid'ah . Sekiranya kamu mengikuti Imam Ahlul Bait as dan bersederhana dalam semua hal barulah kamu 'Syiah Ali' . Ingatlah pesanan Nabi saw agar memperhatikan Ahlul Bait pewaris beliau.

Al 'Ulama' warassatul anbia' ialah mereka-mereka yang menjadi penghuni kota ilmu nabi saw dan pemegang kunci pintu kotanya . Kunci itu diwariskan oleh nabi saw kepada Imam Ali as sehinggalah kepada Imam Al Mahdi as. Setiap zaman , yakni setiap 100 tahuin sentiasa ada Imam pewaris dari Ahlul Bait as tetapi mereka sentiasa diabaikan oleh umat , hanya Syiah Ali sentiasa bersama mereka sepanjang zaman ,bersama2 menyelamatkan mereka dari musuh2 mereka dan akan bangkit bersama Al Mahdi di akhir zaman . Umat tidak menjumpai mereka lalu memberi gelaran mujaddid kepada siapa yang mereka fikir layak lalu Para Imam Ahlul Bait diabaikan.

AlQuran dan ahlul Bait tidak akan terpisah sehingga bertemu nabi sawdi Al haud (telaga nabi) . Syiah Ali dan Ahlul Bait as pewaris juga tidak akan terpisah sehingga bertemu Al Mahdi ,pembawa panji2 hitam dari timur. Umat dan Syiah Ali tidak akan terpisah selagi mereka tidak menjadi golongan pelampau.

Jaminan Nabi saw agar terselamat dari kesesatan cuma 2, Al Quran dan Sunnah serta Al Quran dan Ithrah ahlul bait as , pengamal dan pembawa sunnah yg sangat amanah . Siapa yg berguru dari kitab-kitab selain itu belum ada jaminan dari Nabi saw. Sehari duduk dengan guru yg arif dari keturunan ini , lebih berharga dari membaca beribu2 kitab, sebab inilah kitab yg hidup dan bergerak.

Dihari kiamat semua akan ditanya atas pegangan dan amalan-amalannya , berkatalah orang yang membaca kitab , aku pegang dan faham apa yg aku baca dan aku faham dari kitab, kemudian kamu ditempelak ,

Pegangan dari kitab kamu itu salah pergilah cari si penulisnya . Apabila berjumpa dengan penulis nya si penulis akan menjawab , aku tidak kenal kamu sebab kamu bukan muridku , aku pun sedang mencari syafaat agar terselamat dari hiruk pikuk ini . Di waktu aku menulis ketika itu aku masih muda dan terdapat banyak kesilapan pada fahamanku ketika itu . Aku tidak mampu menasakhkan kitabku sebab ia sudah tersebar luas selepas kematianku . Mungkinkah ini kata-kata dari penulis-penulis agung spt Imam Ghazali , Ibn Hajar , Imam Nawawi dan mana-mana penulis dari kalangan umat ? Sebab Nabi saw tidak pernah mewarisi kitab selain dari Al Quran dan Kitab yang hidup dan bergerak (ahlul bait as). Sekiranya perlu kepada kitab-kitab yang banyak ini sudah pasti Nabi Saw tekankan ,sedangkan Al Quran itu cuma di tulis dan tidak dikumpulkan semasa hidupnya. Adakah Nabi saw sengaja mengabaikan perkara ini . Allah Ta'ala sering menemplak Ahli Kitab di dalamAl Quran , Adakah kita juga akan mengikuti jejak langkah yang sama?

Maka siapa nak menjamin apa yg kamu baca dan faham kalau tersilap ketika itu? Siapa kah guru mu yang akan menjamin kamu dari kesesatan itu. Maka orang-orang berguru pula akan pergi mencari gurunya. Seandainya gurunya tersilap , gurunya yg akan menanggung segala kesilapan pengajarannya dan di dakwa di hadapan mahkamah pengadilan. Mereka yang mengambil ilmu dari guru-guru yang arif dari keturunan ini akan terjamin dari kesesatan . Mereka yg mengambil ilmu dari keturunan ahlul bait Nabi saw akan terjamin dari kesesatan , Nabi saw sendiri memberi jaminan ini . Waspada degan haru biru , hiruk pikuk yaumil mahsyar .

Fahamkan situasi in dimana masing2 akan melepaskan diri masing2 , mencari2 syafaat para rasul dan nabi2 . Dan semua para Rasul dan Nabi juga akan berlepas diri sehinggalah kesumanya mencari Syafaat Nabi Muhammad Saw.

Jangan kamu tanya sumber riwayat dan dari hadis mana atau kitab mana , sebab sumbernya dari kitab yg hidup dan bergerak , jangan mencari ilmu dari orang yang mati dan kitab yang mati .... Tuhan itu tidak mati , Ilmu itu tidak mati dan pintu kota itu sentiasa terbuka untuk semua yg mencari.

Maka kesemua guru 2 tarekat dan sufi akan dipanggil dan ditanya , apakah Nabiku dan ahlul bait kekasihku mengajar seperti apa yg kamu ajarkan .Semua guru2 feqah akan dipanggil dan bertanyakan soalan yg sama .Semua guru2 dari semua bidang ilmu akan dipanggil bertanyakan soalan yg sama .Semua guru2 dari semua aliran juga akan dipersoalankan soalan yg sama .Dalilnya kamu akan disoal atas tiap2 sesuatu perbuatan yg kamu perbuat , tidak ada yg akan terlepas dari soalan ini .

Kamu juga aku juga akan disoal apa yang kita semua telah sibarkan , tak terkecuali !!!!!!!

Semua kitab2 yg dicetakkan dan disebarkan tak terlepas dari di bawah pengaruh sesebuah pemerintahan , sejak Khulafak Rasyidin sehinggalah masa ini . Di zaman Khulafak Ar Rasyidin mana ada kitab pun selain Al quran yang dikumpulkan . Yang ada semua kitab yg hidup , Say Abu Bakar ra dan Say Umar ra juga merujuk kepada Imam Ali as dalam hal-hall yang sulit. Fikirlah kenapa Say abu bakar membakar banyak hadis ??? Kenapa ??? Kalau dia masih hidup mungkin semua kitab-kitab yang ada pun akan dibakar. Apabila manusia mula sibuk menulis dan membaca kitab dan melupakan kitab yg hidup kita akan dapati seperti keadaan yg berlaku sekarang ini .

Hanya Al-Quran sebenar-benar KITAB SEPANJANG ZAMAN, itulah panduan buat umat sekalian alam. Kitab yang HIDUP dan TIADA KERAGUAN padanya.

Sememang kita perlu mencari Ihtrah Ahlul Bait as pun sebab itu jaminan dari nabi saw Ketahuilah Ahlul bait ada 3 golongan :
1. Ada talian darah dan kembar al Quran spt Say Ali , hasan , husin, Imam akhir zaman dll
2. Ada talian darah dari tapi bukan kembar al quran . Ini ithrah yang umum, tidakmemegang sumpah keturunan.
3. Yang tiada talian darah tapi kembar al quran , contoh tuk kenali dan tuk2 wali yg sampai.

Ada suara-suara sumbang yang tidak mengerti lalu bertanyakan soalan sebegini , Ithrah ahlul bait !??? Siapakah mereka ini ? Adakah mereka sekarang ini ? Banyak golongan yang mengaku-aku, terutama para Habaib2 dan mazhab Syi'ah (Imam Ja'far), mereka mengaku-aku keturunan Nabi saw dari Hasan dan Husin. Padahal Hasan dan ...Husin (cucu Nabi saw) adalah anak Ali ra, sementara itu Ali ra sendiri adalah anak Abuthalib bin Abdul Muthalib. Dan harus difahami disini bahwa Islam menganut garis keturunan Bapak/Ayah/bin (patrilinial), dan bukan parental (ayah-ibu). Mungkin hikmah dari diwafatkannya putera-putera Nabi saw semasa kecil adalah untuk menghindari timbulnya perkara ini, karena dienul Islam itu bukanlah berlandaskan sebuah garis keturunan, tetapi berlandaskan ketaqwaan (siapa yang paling bertaqwa).

Aku ingin menjawabnya seperti begini :

kenapa Isa as disebut Isa anak Mariam , dan Nabi saw menyebut Hasan dan Husin sebagai puteraku . Dan mana pula nak letak pesanan nabi saw tentang Al quran dan ithrah ahlul bait . Dan pesanan nabi tentang Imam Mahdi dari keturuanan beliau . Semua ni perlu ada jawapan takkan Nabi saw sengaja suka2 hati pesan kalau tak ujud Ithrah ahlul bait .

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua... orang tuhan selain Allah?". Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib". (Al Maa'idah:116)

Ada juga yang cuba mempertahankan kitab-kitab yang mati seperti begini:

Jangan cepat latah nak bakar semua kitab. Kitab yang muktabar ditulis oleh ulama muktabar sebagai sokongan dan ulasan yang mudah mengikut tahap kecerdikan dan terangnya hati hamba ALLAH SWT bersangkut paut dengan FEKAH, IQTIQAD, TASAUF, FAR...DU AIN & KIFAYAH, ALQURAN HADIS, TAFSIR, BALAGAH, ILMU2 LAIN TIDAK BERTENTANGAN ALQURAN SUNNAH.Takpa berlajar asal masa berlajar kena bersemuka dengan GURU yang pakar ilmunya dan benar ilmunya di sisi ALLAH SWT. Berlajar dan baca kitab tanpa guru sesat jalan dan SYAITAN/IBLIS nanti selewengkan kita. Satu contoh kalau takda penerangan dalam bahasa Melayu Iqtiqad ASWJ oleh KH Sirajuddin Abas susah kita nak kenal Wahabi, Bahai, Qadiani, Mudjasimah dan lain.Ulama2 itu pewaris NABI SAW jadi mereka terpaksa karang kitab sebab ramai penghafaz meninggal dan ilmu itu makin hilang, Imam Ghazali ikhtiar cari Ilmu Akal, Ainul dan Haqqul yakin bersama ilmu agama dalam perjalanan hidupnya.

Maka aku ada jawapannya:
Adakah kamu tidak perhatikan betapa Imam Malik berkata sedangkan dia juga ahli dalam ilmu-ilmu di dalam kitab yang mati apabila bertemu Imam Jaafar sadiq as "Sekiranya aku tidak menemui Imam Jaafar as selama 2 tahun ini , celakalah aku" Siapa kamu dan siapa kita semua berbanding dengan Imam Malik rah. Adakah umat tidak perlu mengambil ilmu dari kitab yang hidup ? Aku menceritakan tentang yang terlebih baik di antara yang baik , kitab yang hidup berbanding dengan kitab yang mati , bukan menyuruh kamu membakar semua kitab yang ada . Jadilah orang yang bijak dan beraqal dan pandai mebuat perbandingan, bukan melulu dan taksub dengan apa yang kamu sudah tahu dan menafikan apa yang kamu belum tahu.

Posted by Syiah Ali (ALAMSUFISM.BLOGSPOT.COM)
Labels: Ahlul Bait

Tuesday, February 8, 2011

MENUNTUT ILMU KETUHANAN YANG TULEN


"Bolehkah wujud bayang tanpa empunya bayang-bayang ?"


Bismillahirahmanirrahim,

Salam dan selawat kepada junjungan Nabi saw dan Ahlul bait dan keturunan yang suci dan dikasihi, Para Sahabat Radiyallahuanhum yang setia dalam perjuangan, serta rahmat Allah swt keatas seluruh umat muslimin muslimat, dan mukminin mukminat.

Ilmu Ketuhanan adalah ilmu yang membicarakan tentang ketuhanan Allah Ta'ala yang merangkumi keesaan ZatNYA, SifatNYA, Asma'NYA dan Af'alNYA. Ia juga dikenali sebagai Ilmu Tauhid, (ilmu mengesakan Allah ) Ilmu Usuluddin (Ilmu Dasar Agama) , ilmu Makrifat (Ilmu Mengenal) ilmu Kalam, (Ilmu Permahasan) ilmu Hakikat (Ilmu Haq/kebnaran) ,Ilmu Tahkik (Ilmu Penetap), Ilmu Aqa'id (Ilmu Simpulan Iman)dan sebagainya.

Orang-orang awam sering kali terkeliru apabila menyebut Ilmu Makrifat sebagai ilmu yang sudah terlalu tinggi dan tak perlu dipelajari oleh mereka-mereka yang di tahap awam. Pendapat itu salah. Sebab hukum mempelajari ilmu ketuhanan itu wajib bukannya sunat . Cuma kita perlu mengetahui had-had pembelajaran di tahap fardhu ain itu berbeza dengan pengetahuan di tahap fardhu kifayah.

Ilmu Makrifat ditahap fardhu ain membicarakan sifat-sifat yg wajib, mustahil dan harus bagi Allah Ta'ala serta sifat-sifat yg wajib , yang mustahil dan yang harus bagi Rasul. Ilmu Makrifat di tahap fardhu kifayah termasuklah pembahasan ilmu kalam yang dapat menghujjah kaum-kaum ahli bid'ah dan golongan-golongan atheis dan penentang ilmu ketuhanan. Ilmu Makrifat di tahap para-para Sufi dan Aulia'-Aulia' Allah ianya mengesakan Allah Ta'ala dalam fana baqobillah. Maka perlu diketahui had-had ilmu itu dan dituntut secara berperingkat-peringkat menurut kadar kemampuan seseorang. Allah swt tidak membebankan hambaNYA dengan perkara-perkara yang kita tidak berkemampuan.

Ilmu Makrifatullah adalah intipati dari kalimah Laailahailallah. Pengajian sifat 20 adalah asas kepada mengenal Allah dan tidak dapat tidak, kita wajib dan perlu mempelajarinya dan ianya termasuk di dalam ilmu fardhu ain bukan fardhu kifayah. Sabda Nabi saw bermaksud, "Menuntut ilmu itu fardhu bagi tiap2 muslimin dan muslimat." dan Ulamak Usuluddin mensyarahkan Ilmu yang fardhu ain ini termasuklah 3 ilmu yang asas iaitu usul , feqah dan tasawuf. Maka barangsiapa meninggalkan tuntutan menuntut ilmu yang fardhu ain ini bermakna meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan dia termasuk di dalam golongan orang yang berdosa meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan beramal tanpa ilmu menjadikan amalannya sia-sia. Beramal tanpa ilmu adalah sia-sia , berilmu tanpa amal juga sia-sia.

"Awwaluddin Makrifatullah" , Ahli hadis tidak menyebutnya sbg hadis sohih akan tetapi Imam Ali as pernah menyebut kata-kata ini di dalam ucapannya yg terkumpul dalam "Nahjul Balaghah". Walau apa pun itu lah isyarat paling penting di mana permulaan daripada mempelajari agama adalah dengan mengenal Allah Ta'ala. Pengenalan kepada Allah Ta'ala adalah berbeza-beza mengikut tingkatan kefahaman masing-masing. Kita tidak boleh menyamakan kefahaman orang awam dengan kefahaman para nabi dan para wali.

Mempelajari ilmu Tauhid ini termasuk di dalam ilmu fardhu ain di samping ilmu feqah dan tasawuf. Setelah selesai mempelajari ilmu ini baru disusuli dengan ilmu-ilmu yang lain. Inilah kaedah yang diikuti para sahabat nabi dan ulama rabbaniyyun dari kalangan salaf maupun khalaf dalam mempelajari agama ini. Tradisi semacam ini sudah ada dari masa Rasulullah, sebagaimana dikatakan sahabat Ibn 'Umar dan sahabat Jundub:

“Kami -selagi remaja saat mendekati baligh- bersama Rasulullah mempelajari iman (tauhid) dan belum mepelajari al-Qur’an. Kemudian kami mempelajari al-Qur’an maka bertambahlah keimanan kami". (H.R. Ibnu Majah dan dishahihkan oleh al-Hafidz al-Bushiri).

Mengenal Allah Ta'ala adalah awal permulaan kita beragama, apakah mungkin kita membawa kehidupan beragama tanpa mengenal Allah? Akan tetapi kita telah lupa akan pesanan Nabi dan Imam Ali as yang sangat penting ini. Apabila ada manusia yang cuba membuka persoalan mengenal Allah atau makrifatullah orang-orang kebanyakan sering memandang sebagai ianya tidak penting. Manusia Islam kebanyakannya mengenepikan ilmu-ilmu tentang makrifatullah ini sedangkan itulah ilmu asas yang menjadi asas pengajian pondok di masa silam.


Orang awam yang belum mencapai tahap wali seringkali membuat kesilapan besar mengambil kata-kata dan kalam-kalam sufi perihal Ketuhanan. Apabila bahasa-bahasa sufi ini difahami secara zahir dan cara kefahaman awam maka seringkali berlaku kesalahan fahaman yg bahaya dari segi aqidah.

Ajaran Wahdatul ujud atau dikenali di Nusantara sebagai martabat 7 bukan mudah untuk difahami secara baca kitab atau mengaji ilmu hakikat. Martabat 7 adalah sebenarnya intipati rasa atau zauk para wali di tahap tertinggi dan hakikatnya adalah berbeza dan bukan sperti yang difahami dengan melalui tulisan dan kata-kata . Jadi tak perlu aku menerangkan apa itu Martabat 7 di sini sebab tak siapa dapat memahaminya kecuali sudah merasainya.

Mereka yang tidak memahami wahdatul ujud akan menolak bulat-bulat kononnya tidak ada nas dari Al quran. sedangkan mereka lupa tentang ilmu laduni dan ilmu mukasyaffah yang diterangkan kewujudannya di dalam Al Quran. Tidakkan mereka mengambil iktibar dari kisah Musa as dan nabi allah Khidir as ??? Maka janganlah kita ikuti dakyah mereka-mereka yg jahil murakkab ini , yakni berhimpun dua jahil, jahil akan dirinya dan jahil akan tuhannya.

Sedih sekali mereka-mereka yang belajar ilmu hakikat merasakan yang mereka sudah memahami sedangkan pepatah sufi mengatakan " Lam ya zuuk , wa lam ya'rif" Barangsiapa tidak merasai zauk tidak akan mengetahunya. Itu isyarat dari para sufi dan wali Allah kenapa tidak kita pegang. Banyak guru yang belum sampai ke maqam tersebut cuba mengajar anak muridnya , kalau seorang guru yang arifbillah dia tahu had pembelajaran yang sepatutnya diberi kepada anak muridnya. Tapi ini bukan alasan buat kamu untuk menolak mencari guru !!!!


Komen aku ini mungkin menyentuh hati sesiapa yang berkenaan tetapi ini lah realiti yang sedang berlaku kepada perguruan-perguruan yang ujud di zaman sekarang, tidak di zaman dahulu. Setiap kali matinya orang alim setiap kalilah ilmu itu diangkat sedikit-demi sedikit sehiggalah ada guru yang mengajar tak faham , murid-murid lagilah tak faham. Kita ketandusan para-para alim yang mahir di dalam bidang ilmu ketuhanan ini dan kita ibarat si buta kehilangan tongkat. Walau bagaimana pun masih terdapat guru-guru mursyid dalam bidang ini dalam bilangan yang sedikit dan mereka bukan golongan yang suka menonjolkan diri. Hanya jauhari yang dapat mengenak manikam. Carilah mereka dan kamu akan mendapatkannya dan jangan mempersia-siakan mereka.


Yang sebenar-benar tuhan itu adalah Zat Laisakamishlihi syaiun. Maka untuk mengenal zat Allah Ta'ala ialah dengan kita mengenal sifatNYA melaui jalan sifat, yakni sifat bagi Zat Allah Ta'ala. Sifat itu adalah Sifat bagi Zat Allah Ta'ala yang berdiri bagi Zat , tidak bercerai dengan ZatNya.

Alam yang baharu ini sebagai tanda dan dalil wujudnya Zat Allah Ta'ala. Zat itu tidak boleh dikaji sebab aqal kita terbatas dan tidak mampu untuk mengkaji Zat , sebab itu hanya kajian Zat diharamkan dan dilarang keras oleh Nabi saw. Kajian Sifat tidak dilarang oleh Nabi saw maka mengapa kita pula yang melarang orang-orang yang mahu mengenal Allah. Buktinya terdapat banyak ayat-ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan tentang sifat bagi Zat Allah swt.

Peringkat-peringkat mengenal Allah itu berbeza-beza menurut tahap seseorang . Ada yang dapat mengenal Allah Ta'ala dengan aqal semata-mata bagi orang awam. Dan ada yang dapat mengenal Allah dengan hati, jiwa, perasaan , ruh, dan sirr. Peringkat tertinggi adalah bagi Nabi saw diikuti oleh para2 Aulia' Allah sepertimana kisah , Zunnun al Misri rth. pernah ditanya tentang bagaimana memperoleh makrifat itu, beliau berkata :” ariftu rabbi bi rabbi” yang artinya aku mengenal Tuhanku dengan Tuhan. Karena mengenal Allah tidak akan bisa dengan logik dan akal, melainkan dengan hati sanubari yang bersih dan selalu diisi dengan Ismul 'Adzham (Asma' Agung Allah Ta'ala)

Beliau mengatakan bahwa akhlak seorang arif billah adalah Allah Ta'ala dan orang yang arif billah akan bersifat seperti Akhlak Allah Ta'ala dan selalu menjaga perilakunya agar tidak terjebak dalam kenistaan dunia yang menghanyutkan dan menghinakan orang yang dekat kepada Allah. Jangan salah faham kenyatan ini sebab Nabi saw apabila ditanya kepada Saydatina Ummul Mukminin tentang akhlak Nabi saw , Aisyah ra menjawab , " Akhlak Nabi saw adalah Al Quran" . Maksud nya di sini mempunyai makna yang sama dengan Akhlak Allah kerana Al Quran itu Kalamullah.

Golongan anti tasawwuf yang tidak mengerti akan senang wenang menuduh kaum sufi sesat , sebenarnya mereka yang tidak faham. Kalau mereka mengkaji kitab-kitab tauhid dan tasawwuf pun mereka tidak akan faham kerana hati mereka telah dibutakan oleh Allah swt. nauzubillahiminzaalik.

Makna "Ariftu Rabbi bi Rabbi" itu "Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku" ialah mengenal Allah Ta'ala dengan pengenalan terus daripada Allah Ta'ala yakni dengan ilmu Allah. Ta'ala. Saat paling sempurna semasa hayat Nabi mengenal Allah Ta'ala adalah semata mikraj Nabi saw. Dan saat paling sempurna baginya adalah sejak azali awal kejadian Hakikat Muhammadiah dan juga selepas wafat Nabi saw. Ia adalah satu pusingan makrifat yang sempurna dari awal hingga ke akhir hayat Nabi saw. Nabi telah menyempurnakan pusingan makrifatnya dengan Allah Ta'ala secara mantap berdasarkan ayat "Innalillahi wainna ilahirojiunn". Makna ini aku sesuaikan dengan kefahaman orang awam. Makna hakikinya hanya mereka yang mengalaminya yang akan memahaminya.

Apakah kita telah menyempurnakan pusingan makrifat kita dengan Allah Ta'ala ? Tanyalah diri masing-masing dan kamu tentu sudah tahu jawapan nya di mana kedudukan kamu. di sisi Allah Ta'ala. Adakah ilmu yang aku bicarakan ini sesat ??? Atau manusia kebanyakkan yang telah jauh tersesat dari landasan makrifatullah . Atau adalah manusia takut untuk mengenal Allah Ta'ala kerana tidak sanggup berjumpa dengan Allah membawa segunung dosa dan melupakan perjanjian dengan Allah di alam Nur dan alam Ruh?


Kalau kamu ingin tahu bagaimana ajaran tauhid yang tulen dan benar kembalilah kepada Allah Ta'ala dengan melalui jalan dan kaedah pengajian orang 2 yang terdahulu. Bacalah kisah Aulia' dan solefussolhin tentang keesaan Tauhid semuanya sangat jelas di dalam Ar Risalah Al Qusyairiah dan didalam Kitab-Kitab Usul dan Tassawuf Muntahi yang muktabar. Tidak ada yang terlepas dari ikatan Al Quran dan Sunnah rasul saw. Cuma manusia kebanyakan yang sengaja berlepas dari ikatan ini. dan tidak mencari sanad ilmu ketuhanan

Maka barangsiapa yang tidak menurut jalan Allah dan Rasul serta orang2 soleh adalah mustahil dapat menemui jalan tauhid ini. Ini lah siratul mustaqim yakni jalan makrifatullah , jalan yang lurus meluruskan kita kepada makrifatulah. Awaluddin makrifatullah, akhir agama dengan kalimah Laailahaillallah . Apakah kita mampu untuk mengucapkannya???? Waktu kita hidup di dunia ini cuma di antara waktu azan serta iqamah dan menunggu waktu disembahyangkan.


Berusahalah mencari guru-guru ilmu tauhid dan mendalami selagi nyawa dikandung badan. Semoga anda semua mendapat menafaat dari perbincangan yang sedikit ini , insyaallah. Mohonlah petunjuk dari Allah Swt , diperlihatkan jalan untuk menghampirinya. Amin

Alamsufism.blogspot.com

Monday, February 7, 2011

"AYAT-AYAT AL QURAN TIDAK MEMBERI BEKAS?"

10.9.09Buek Malu Jo
Pembaca sila baca kekecohan antara perawat darul Hikmah dengan Ridam
( http://darulmanzil.blogspot.com/2009/09/sound-tak-habis-habis.html ) ...

Tengoklah...Perawat Islam pun kena serang camni dan berbagai tuduhan...DEN lagi le banyak...Tapi DEN tak heran pun...Sobab ramai suka mengaku perawat Islam..Islam je yang best...Walhal..ramai dah pesakit2 yang jumpa DEN mengaku dah jumpa pun mereka..habuk...sampai keimanan mereka hampir Goyah..dimana dia yang kata ISLAM itu POWER....Baru kena sihir Tok Cha dah terkentut-kentut...Dengar JIN ulang balik bacaan Al-Quran depa kata JIN Islam...Itu JIN kafir la...lain kali belajar biar habis...

Al-Quran diturunkan bukan untuk membinasakan atau mendera JIN..ia diturunkan sebagai Rahmat kepada seluruh Alam atas kasih sayang Allah pada semua mahkluknya...Kenapa perlu ruqyah...adakah Ayat memberi bekas...Pasti Tidak...

Kita ambil Senario..seorang pesakit dimasuki JIN....Kita pun Ruqyah...dengan harapan mendera JIN dan JIN pun sakit atau mati atau keluar disebabkan sakit...
Apa bezanya dengan orang Yahudi yang hafiz Al-quran dengan niat nak memutarbelitkan fakta..memang ramai pun pihak orientalis yang Hafiz...Kita sibuk duk ruqyah JIN...Mereka ini siap hafal di kepala dah tentu berniat jahat...kenapa tidak meletup kepala mereka...kenapa tidak meletup kepala mereka...kenapa tidak meletup kepala mereka...Jawapannya ialah Ayat tidak memberi bekas...
JIN pun wajib mengikuti syariat Islam..yang tak ikut...maka tergolonglah mereka JIN kafir...
Maka kenapa setengah JIN seolah takut dan keluar bila di Ruqyah...Sila baca komen Hj Nazri didalam ruangan komen di blog ini...

Dalam kelas rawatan Santau...DEN jelaskan pendirian DEN...Kalau nak guna ruqyah sebagai kaedah rawatan..mengajilah setiap hari..jadikan ia rutin..jangan terhad kepada ayat2 Ruqyah aje...Belajar mengikhlaskan diri...Dari berniat untuk melindung diri atau merawat kepada keikhlasan yg mutlak...Yakni dari makam Redho kepada makam Innalillah.....So nanti masa merawat dah tak yah mengaji dah...Jadi cepat sikit nak merawat...
Jangan le kalau tiada buka klinik rawatan pada hari tertentu kita pun tak mengaji...ini yang orang kata mengaji kerana JIN....begitu juga kaedah zikir ke hapa...buat secara istiqomah..so masa rawatan dah tak yah mengaji dan zikir dah...Pergilah bertanya Guru camno nak buek tak yah baca dan zikir dah bila berhadapan dengan the Real Thing...

Pendinding yang terbaik dan ada Guarentee dan Warranty dari ALLAH ada dalam Al-Quran..carilah...

Cuba bezakan rawatan yang dilakukan oleh mereka yang mengikuti jalan kesufian...Cakap melayu je...pun Jin dah gentar...Sebab itu orang melayu dah lama mengkaji dan jumpa berbagai-bagai kaedah mudah menangani makhluk JIN ini....Sejak Orang Melayu di Islamkan 500 tahun dahulu...Ulama2 terdahulu telah lama menggunakan Ruqyah dan kajian demi kajian..ilham demi ilham diberi Allah kepada hambanya...Maka pada DEN sudah sempurna perubatan Islam itu di waktu atuk nenek kita..Cuba perhatikan jampi mereka yang tidak syirik semuanya berakhir dengan berkat Kalimah Syahadah...Itulah yang betul...selagi kita tidak Syirik..selagi itulah JIN Gentar....

Cuma dewasa ini bila Islam konon-kononnya bangkit kembali...Timbullah Darul2 umpama cendawan...Dengan berbekal beberapa potong ayat suci Al-Quran seperti Al-Mathurrat dan Manzil..mereka mendakwa bersanad dengan Rasulullah s.a.w.....INI yang WAHABI suka....sebab mana ada dalil...bersanad pada Rasullullah s.a.w...Nabi sentiasa menyarankan membaca 3 Qul....sebagai ikhtiar ..perlindungan...bukannya membinasakan...Yang ada sanad ialah semua umat Islam yang membaca Al-quran...Yang Ini memang bersanad kepada rasulullah s.a.w kepada Jibrail a.s . Tak mengapalah kalau nak dakwa begitu tapi janganlah JUMUD..mengatakan kaedah lain tidak Islamik...Kena test dengan Tok Cha..dah terkentut-kentut...
Orang tua2 dulu dah faham pengajian sifat 20...mereka berlindung just pakai "serapah" aje..
"Kandung Aku dalam Alif...Binasa Allah binasa Aku " banyak lagi...ini contoh aje...So Keyakinan Mutlak kepada tiada nya ALLAH menerima binasa menyebabkan mana2 JIN pun gentar atau segan...Apa yang DEN perhatikan kita dah terkebelakang balik seolah baru mengenal ISLAM...Ayat2 Al-Quran dah lama diguna pakai dalam rawatan...cuma bila Allah campakan ILHAM...semakin mudah kaedah rawatan...Bayangkan kalau ada 10 pesakit ada JIN..takan nak Ruqyah seorang2..2-3 jam...Macam yang terjadi kat Darul Di Johor tahun lepas..Ruqyah dari 12 pm hingga 6 ptg..last2 Ustaz2 ( bukan sorang tau ) tu give up..suruh pergi tempat lain...Mak bapak budak tu bawak pi jumpa tok batin aje...terus selesai...Buek Malu Jo...Itu baru JIN KANTAN...Kita Islam mesti proof kita No 1....no 2 takda dalam kamus...Agak2 Orang asli golak tak...tgk kita tak mampu..tok batin dia mampu...Silap2 dorang cakap..betulka Islam tu power....DEN perhati orang Malaysia kalau dapat belajar dengan Syeikh Wahab Bali..punya la bangga..Pada DEN biasa aje...Nak buang sekor JIN pun berjam-jam..baik belajar dengan bomoh melayu beragama Islam.....ada yang bawak kapur aje nak pangkah...JIN dah terkentut-kentut lari...Tak payah nak pukul dengan batang paip ke hapa...pakai jari pun boleh..itupun tak yah body contact...

DEN pernah cakap DEN buang saka below 10 second aje...dah proven pun....Cuma disini DEN tegaskan DEN diberi Allah Ilmu membuang saka dengan pantas tanpa mengira keadaan dan tempat...

DEN boleh buang saka walau pun DEN tengah berak...dalam Kuil ...dalam Gereja..dalam Candi atau dalam Mesjid..Begitu juga sedang dalam berwuduk atau tanpa wuduk atau sedang berhadas besar atau kecil..tengah bersama Isteri pun boleh....Den paling banyak buang masa driving....DEN pun makan masa gak bila 2 Sifu DEN pun bicara bab yang sama...Ayat tidak memberi bekas...Bila DEN dah faham dan Jazam..maka bolehlah DEN mengaku dan buek seperti yang DEN cakap di atas...

He..he...lagi sedap le Ustaz2 nak hentam DEN...Dorang yang berwuduk..bilik rawatan penuh ayat2 Al-Quran pun terkial2 nak buang JIN..inikan pula dalam Jamban...berhadas besar pulak tu...dalam kuil pulak tu yang kononnya penuh dengan JIN2 kafir yang menjadi musuh...
Cuma satu perkara DEN nak ingatkan...sebelum jump to any conclusion..pi belajar Sifat 20 tu sampai mahir..Yg Wahabi tak yah le..depa dah tak pakai sifat 20...

DEN suko suruh siapa yang nak mendalami ilmu perubatan atau mengubat diri sendir dari sakit diri, sihir , miskin dll dengan mengamalkan ayat Seribu Dinar..Ayat ini ramai yang salah faham..untuk jalan rezeki sahaja...Sebenarnya ayat ini ada pergantungan Mutlak yakni Tawakal kepada Allah..maka pasti allah akan tunjukan jalan keluar...tak kira apa jua masalah kita...Sebab itu orang tua pesan..kalau terasa nak ada gangguan..bacalah ayat Seribu Dinar..gantungkan harapan pada Allah...nescaya JIN takut..mereka kuatir kalau2 Allah memberi jalan keluar yang dasyat...seperti menghantar Wali2nya..rijalul ghaib, Malaikat, Jin Islam, Jin kafir yang bermusuh dengan JIN yang ingin mengacau kita ..Itu semua dalam IlmuNYA..usah dipersoalkan apakah bentuk jalan keluar tersebut...Ia juga boleh diguna untuk mengharapkan jalan keluar untuk semua permasalahan dunia...Yang Paling Kuat Tawakal ialah Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a...
Maksudnya JIN atau apa jua makhluk tiada akan dapat memudaratkan kita kalau pergantungan kita bulat 100% kepada Allah bukan pada yang lain...

Sebenarnya berwuduk dengan sempurna dan berdoa itu adalah Adap2 seorang hamba kepada Khalik....
Orang Kafir lagile tak mandi hadas ke hapa...mereka berdoa pun Allah makbulkan...
Kita makhluk wajib bersangka baik kepada Allah....Kita sebagai makhluk tidak boleh meletakan syarat...Seperti...aku dah buat solat hajat 20 rakkat ...Allah kan makbulkan..Aku dah baca Ruqyah..Allah akan halau JIN...Ingat kita adalah hamba...tiada boleh meletakan apa-apa syarat...
Bila meletakan syarat maka bila "Tak Makbul"..iman kita sudah goyah....Biasa kedengaran ..Ustaz cakap kalau baca ayat Qursi ..JIN lari..tetapi kenapa JIN buat dek aje...dan bertambah ganas...Pastu ada pulak ustaz cakap..baca tak betul tajwid...tak berhenti pada 9 waqaf....Rosak2...inilah yang dikatakan meletakan Ayat ada Power...Siap cakap..salah maksud bacaan tu pasal JIN tak lari...Rosak2....Apakah Allah The Greatest perlu kepada bacaan Qursi...yang betul tau tak betul...sebab itu jangan meletakan syarat...Allah melindung kita bukan sebab bacaan..tapi atas rahmat dan RahimNya...Kita kalau tersalah baca pun tapi pergantungan kita sebenarnya bukan pada Ayat..tetapi kepada Rabbul Jalil...Jin pasti terkentut-kentut lari...Imam Ahmad bin Hambal..just kirim terompah aje..JIN dah tercirit...
Cuma kita wajib Yakin setiap Doa yang baik..akan Allah tunaikan....dalam 4 keadaan....Pi tanya Ustaz..apa 4 keadaan itu .... Biar DEN yg bukan ustaz ni jawab

a) Dimakbulkan serta merta
b) Dimakbulkan tetapi dilewatkan atas sebab2 tertentu
c) Dimakbulkan tetapi diganti dengan yang lain...
d) Tidak dimakbulkan di dunia...tapi diganti dengan pahala yang melimpah ruah di akhirat kelak

Sobab itu kita tak boleh putus asa berdoa....Tak sio-sio...kata orang Peranchis...

Persoalan DEN boleh buang Saka dalam Jamban sambil Berak..dalam Kuil dalam hadas besar dan apa jua keadaan...Perhatikan persoalan dibawah

Apakah kalau kita masuk Jamban,..Allah hilang...
Apakah kalau kita berhadas Besar atau Kecil, Allah hilang
Apakah kalau kita memasuki Kuil atau Gereja, ...Allah hilang

Bukankah Allah Sediakala wujudnya..Tiada akhirnya
Mahkluk sahaja yang dari tiada menjadi ada menjadi tiada..yakni tiada kekal...
Kecuali 10 makhluk yang ada mula tetapi tiada akhir...seperti ROH...Syurga ..Neraka dan lain2...

Harap2...jangan marah.....nanti cepat mati.....Bertanyalah kepada mereka yang Diberi ILMU....siapa yang beri ILMU...Pastilah Allah yang menurunkan Al-Quran....maksudnya dari sumber yang sama....

Dihantar oleh DARUL SAKA pada 10:38 AM

Sunday, February 6, 2011

KENALI DIRI

TOK GURU PONDOK MENULIS





Sunday, March 21, 2010

Rasulullah bersabda, "Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunahku dengan panduan sunahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (fasik). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan kepada kita pemimpin negara ini perlu ditaati walau apa sekali pun malah sejak merdeka sehingga hari ini, Islam dan ummah dapat berkembang dengan pesat dan wujud dasar-dasar yang berteraskan Islam walaupun tidak sepenuhnya kerana kita harus memahami negara ini bukannya milik umat Islam sahaja, sebahagian kecil daripadanya adalah milik penganut agama lain.


Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.

Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh Pas sejak negara mencapai kemerdekaan, Mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British.


Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.


Untuk pengetahuan umum, institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa yang berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak akan menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini. Selepas penentangan secara terbuka terhadap Nik Abdul Aziz, pelbagai sekatan saya terpaksa lalui. Sebagai contoh ada antara masjid di negeri tidak membenarkan lagi saya menyampaikan kuliah malah sesiapa yang menghadiri kuliah saya tidak akan menerima bantuan seperti biasa.



Sekatan-sekatan itu tidak berkudis pun kepada saya. Pondok Geting semakin padat, menerima murid lebih ramai dari dahulu. Saya amat yakin dengan perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika di bawah kerajaan boneka DAP.

Perlu diingat golongan pondok bukannya jumud dan tertutup seperti mana yang digambarkan. Kami di sini mengikuti perkembangan politik negara secara dekat, cuma tidak bersuara. Saya sendiri membaca sekurang-kurangnya dua akhbar sehari malah kadang kala tujuh akhbar termasuk tabloid parti pembangkang.

Ketika suara saya mula disiarkan di Utusan Malaysia akhir tahun lalu, Persatuan Pondok Berhad telah mengeluarkan kenyataan bahawa saya tidak mewakili mereka malah tidak mempunyai tauliah untuk berceramah agama. Itu semua sandiwara kerana persatuan itu ditekan oleh kerajaan Pas Kelantan. Saya mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan sehingga sekarang masih menjadi pengarah persatuan tersebut serta sentiasa dipanggil untuk menghadiri mesyuarat.


Tulisan Haji Abdullah Sa`amah dipetik dari utusan....di ajust oleh GW




Kerajaan Pas dan Nik Aziz juga menyekat mereka2 yang memberi teguran secara hikmah dalam memberi pandangan dan memberi pendapat kepada pemerintahan mereka. Mereka mula memberi tekanan dan tidak memberi bantuan seperti yang ditulis oleh Tok Guru Haji Abdullah. Rasanya mereka ni pun zalim jugak...tapi ada hati nak mansuhkan ISA yang kononnya zalim bagi mereka. Kerajaan buat semua zalim tapi mereka buat tak zalim elok laa tu....


Jadi apakah kelebihan mereka yang memerintah kononnya cara islam tetapi tidak boleh ditegur ???? Musyawrah kononnya..... maka dengan ini sedar lah wahai manusia2 yang dibuai mimpi yang dijanjikan pemerintahan islam kononnya tetapi hampeh !!!! sampaikan Tok Guru Pondok pun dah mula menentang disebabkan dah tak tahan dengan telatah dan lawak dari Tok Guru Pas yang cuba membodohkan rakyat dan umat islam.


Tetapi bagi penyokong2 Pas hanya Tok Guru dia sahaja yang betul Tok Guru lain semua salah kecuali yang duk ikut Pas aje yang betul......ape-ape ajeee laaa dorang ni.....bila hati dah gelap ini laa jadinya....semoga mereka ini mendapat hidayah dari Yang Maha Esa. Amiinnnnnn...

Di petik dari Blog GAGASAN WARISAN