Monday, March 17, 2014

Al Hasyimi

Siapakah Al Hasyimi


Sebuah hadis meriwayatkan tentang Al- Hasyimi

“Panji-panji Hitam keluar dan menyerang as-Sufyani. Di tengah-tengah pasukan itu adalah Pemuda dari Bani Hasyim yang di tangan kirinya berkibar bendera pasukan, manakala di hadapannya adalah Syuaib bin Saleh at-Tamimi.”

Menurut hadis di atas, Al-Hasyimi merupakan pemegang panji-panji hitam. Panji-panji hitam adalah si...mbolik kepada pasukan imam mahdi. Panji-panji hitam secara fizikalnya merupakan bendera yang digunakan pasukan Rasulullah saw semasa memerangi kaum kuffar. Pada panji-panji hitam tertulis kalimah La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah. Panji-panji ini tidak kelihatan lagi sesudah zaman para sahabat ra.

Panji-panji hitam adalah simbol bagi pasukan Imam Mahdi. Asalnya ia dibawa oleh Pemuda Bani Tamim yakni Syuaib Bin Saleh. Sebenarnya Al-Hasyimi adalah salah seorang pengikut Pemuda Bani Tamim. Hadis menyebut “dihadapannya ialah Syuaib Bin Saleh” menunjukkan bahawa Pemuda Bani Tamim merupakan pemimpin kepada Al-Hasyimi.

Al-Hasyimi dikatakan sebagai pemuda dari Bani Hasyim. Bani Hasyim merupakan kabilah arab yang paling dihormati dikalangan masyarakat Arab Jahiliyah. Nabi kita Muhammad saw merupakan ahli keluarga Bani Hasyim. Jadi Al-Hasyimi merupakan keturunan orang yang mulia yang bersangkut paut dengan Nabi Muhammad saw. Al-Hasyimi sudah pasti merupakan orang terpilih yang lahir dari keturunan yang mulia.



Ciri Fizikal Al-Hasyimi



Said Abu Uthman telah meriwayatkan kepada kami dari Jabir dari Abi Jaa’far Ra katanya

“Akan keluar seorang pemuda dari Bani Hasyim, ditapak tangan kanannya ada tahi lalat dari Khurasan bersama-sama dengan panji panji hitam, bersamanya juga ada Syuaib bin Soleh. Dia memerangi golongan As Sufyani dan mengalahkan mereka”


Al Walid dan Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibni Lahia’h dari Abi Qubail dari Abi Rauman dari Ali Kwj katanya

“Akan keluar panji-panji hitam memerangi golongan As Sufyani, dikalangan mereka ada seorang lelaki dari Bani Hasyim yang mempunyai tahi lalat pada bahu kirinya, mereka dipimpin oleh seorang lelaki dari Bani Tamim yang digelar Syuaib bin Soleh, mereka akan mengalahkan golongan As Sufyani”


Imam Sayuti telah meriwayatkan dari Saidina Ali Kwj katanya

“Akan keluar panji-panji hitam memerangi golongan As Sufyani, padanya ada seorang pemuda dari Bani Hasyim yang ditapak tangan kirinya ada tahi lalat, yang dipimpin oleh seorang lelaki dari Bani Tamim yang digelar syuaib bin Soleh, mereka mengalahkan golongan As Sufyani”


Tiga hadis di atas menceritakan tentang ciri-ciri fizikal Al-Hasyimi

Hadis pertama menceritakan bahawa Al-Hasyimi mempunyai tahi lalat di tapak tangan kanannya mempunyai tahi lalat. Hadis ini sampai sanadnya kepada Jabir dari Abi Jaa’far Ra. Hadis ketiga yang bersanad dari Saidina Ali kwj menyebut bahawa tahi lalat tersebut berada di tapak tangan kirinya. Hadi-hadis ini mungkin kelihatan bercanggah. Kemungkinan Al-Hasyimi mempunyai tahi lalat di kedua-dua tapak tangan tetapi yang pasti tahi lalat di tapak tangan merupakan ciri khas Al-Hasyimi.

Hadis kedua yang bersumber dari Saidina Ali kwj pula menyebut ciri lain pada Al-Hasyimi iaitu tahi lalat di bahu kirinya. Jadi sumber dari saidina Ali kwj menyebutkan bahawa Al-Hasyimi mempunyai tahi lalat di bahu kiri dan tapak tangan kiri. Ciri ini merupakan penanda yang membuktikan sesiapa yang mengaku dirinya Pemuda Bani Hasyim mestilah mempunyai penanda ini untuk membuktikan kebenarannya.

Namun ketiga-tiga hadis ini membenarkan hadis pada bab 1 bahawa Al-Hasyimi dipimpin oleh Pemuda Bani Tamim menentang As-Sufyani.



Hubungan Al-Hasyimi dengan Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim



Kata Al Walid

“Telah sampai kepada aku bahawa Al Hasyimi adalah saudara sebapa dengan Imam Mahdi, kata sebahagian ulamak, dia anak saudara Imam Mahdi dan kata sebahagian yang lain, dia tidak mati tetapi berundur ke Mekah setelah kekalahan itu, bila muncul Imam Mahdi dia keluar semula”

Riwayat di atas menunjukkan Al-Hasyimi merupakan ahli keluarga Imam Mahdi itu sendiri. Al-Hasyimi bersaudara dengan Imam Mahdi di sebelah bapa. Hubungan persaudaraan ini kurang jelas samada mereka merupakan satu generasi atau berbeza generasi. Al-Walid menyatakan bahawa Al-Hasyimi merupakan satu generasi manakala dia mengetahui ulamak lain mengatakan bahawa Al-Hasyimi berbeza generasi.

Istilah saudara merupakan sesuatu yang abstrak. Dalam bahasa Arab ‘saudara’ boleh dipakai untuk adik-beradik, sepupu, dan anak saudara dan ke bawah. Sama seperti perkataan ‘bapa’ yang boleh merujuk kepada bapa kandung, pak cik juga datuk dan moyang. Yang pasti hubungan persaudaraan Al-Hasyimi dan Imam Mahdi bersambung pada sebelah bapa.



Sebuah hadis yang lain menyebut

“Kemudian secara diam-diam At-Tamimi (Pemuda Bani Tamim) menuju ke Baitulmaqdis. Dalam perjalanannya menuju ke Syam, dia menyerahkan jemaahnya kepada Al-Hasyimi. Ketika itu At-Tamimi berkata (kepada Al-Hasyimi), “Wahai anak bapa saudaraku, al-Mahdi akan berada di Makkah setelah kota Madinah runtuh.” Kemudian jika Al-Mahdi muncul, maka Al-Hasyimi juga muncul.”

Hadis ini menceritakan bahawa Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim dan Al-Hasyimi merupakan saudara. Pemuda Bani Tamim memanggil Al-Hasyimi sebagai ‘anak bapa saudaraku’. Jadi Pemuda Bani Tamim boleh jadi merupakan sepupu Al-Hasyimi. Namun istilah ‘anak’ dalam bahasa arab juga abstrak kerana ia boleh merujuk kepada anak, cucu, cicit dan sebagainya. Kaum Yahudi sendiri digelar ‘anak-anak israel’ walaupun mereka bukan anak nabi yaakub (Israel). manusia dipanggil ‘anak-anak Adam’ walaupun kita bukan anak kandung Adam. Apa yang penting ialah Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim dan Al-Hasyimi mempunyai tali persaudaraan.


Al-Hasyimi merupakan Ahlul Bait


Ada atsar menyebut

“Sebelum al-Mahdi muncul, akan ada seorang lelaki dari keturunan Nabi SAW keluar dari Timur, sambil menyandang pedang di bahunya selama 18 tahun. Dia membunuh, mengamuk dan(seterusnya) menuju ke Baitulmaqdis. Namun dia mati sebelum sampai ke sana.”

Atsar lain menyatakan

“Sebelum al-Mahdi (muncul), al-Hasyimi keluar untuk berperang selama 18 bulan. Dia akan menuju Baitulmaqdis tetapi tidak sampai ke sana”

Abdullah bin Amrwan telah meriwayatkan kepada kami dari Al Haitsam bin Abdul Rahman daripada orang yang menceritakan kepadanya dari Saidina Ali bin Abi Thalib RA katanya

“Akan keluar seorang lelaki sebelum Imam Mahdi dari ahli keluarganya di Timur, dia memikul pedang di atas bahunya selama lapan bulan, dia berjuang dan menuju ke Baitul Maqdis tetapi dia meninggal dunia sebelum sampai ke Baitul Maqdis”

Dalam atsar pertama tidak disebut siapa keturunan Nabi saw yang mengamuk namun meninggal sebelum sampai ke Baitul Maqdis. Atsar kedua memyebutkan bahawa Al-Hasyimi merupakan orang yang keluar berperang. ‘Menyandangkan pedang di bahu’, ‘membunuh’, dan ‘mengamuk’ lebih kepada ayat alternatif berkenaan perang. Atsar dari Saidina Ali menyebut tentang lelaki dari ahli keluarga Imam Mahdi yang keluar berperang. Lelaki dimaksudkan layak ditujukan kepada Al-Hasyimi kerana beliau mempunyai hubungan persaudaraan dengan Imam Mahdi. Tiada hadis merekodkan hubungan kekeluargaan antara Pemuda Bani Tamim dengan Imam Mahdi secara langsung. Ketiga-tiga Atsar bersetuju bahawa lelaki yang berperang mestilah mati sebelum sampai di Baitul Maqdis. Atsar kedua menjelaskan bahawa yang mati sebelum tiba di Baitul Maqdis ialah Al-Hasyimi. Jadi boleh disimpulkan bahawa Al-Haysimi merupakan ahlul bait nabi saw.

Semua sedia maklum bahawa Imam Mahdi merupakan keturunan baginda saw. Jika Al-Hasyimi bersaudara dengan Imam Mahdi di sebelah bapa maka sudah tentu Al-Hasyimi merupakan keturunan Baginda Rasulullah saw.

Soal percanggahan tempoh berperang bukan rumit. Mungkin Lapan bulan merupakan tempoh berperang di sesuatu tempat, Lapan belas bulan di tempat lain. Lapan belas tahun mungkin jumlah tempoh peperangan yang ditempuh Al-Hasyimi.



Tempat asal Al-Hasyimi


Imam Suyuti telah meriwayatkan juga dari Dhamrah bin Habib dan guru-gurunya kata mereka

“As Sufyani menghantar tentera berkudanya sehingga sampai keseluruh Timur dari bumi Khurasan dan bumi Parsi, orang orang Timur bangun dan memerangi mereka dan berlaku pertempuran diantara mereka di beberapa tempat. Bilamana peperangan berpanjangan mereka berbaiah kepada seorang lelaki dari Bani Hasyim, mereka ketika itu di hujung Timur lalu dia membawa ahli Khurasan dibawah pimpinan seorang lelaki dari Bani Tamim yang mempunyai darah ajam yang digelar Syuaib Ibnu Soleh berkulit sawo matang dan berbadan sederhana”

Muhammad bin Abdullah At Tiharti telah meriwayatkan kepada kami dari Muawiyah bin Soleh dari Syuraih bin Ubaid dan Rasyij bin Saad dan Dhamrah bin Habib dan guru-guru mereka, kata mereka

“As Sufyani menghantar tenteranya keseluruh Timur di bumi Khurasan dan Parsi, orang-orang Timur bangun dan memerangi mereka dan berlakulah pertempuran di antara mereka di beberapa tempat, bilamana peperangan berpanjangan orang-orang Timur itu berbaiah kepada seorang lelaki dari Bani Hasyim yang datang dari hujung Timur, lalu dia membawa orang-orang Khurasan dibawah pimpinan seorang lelaki dari bani Tamim yang berdarah ajam, berkulit sawo matang, berjanggut nipis”

Hadis yang lain menyebut

“Sebelum (munculnya) al-Mahdi, as-Sufyani mengerahkan pasukan tenteranya sampai ke kawasan timur Khurasan dan Parsi. Mereka akan dilawan oleh penduduk Timur dan ramai (tentera as-Sufyani) yang terbunuh. Kaum dari Timur itu kemudian (bergabung dan) membaiat al-Hasyimi yang mana tangan kanannya memegang bendera. Allah memudahkan urusan dan jalannya. Kemudian dia keluar bersama-sama 5,000 orang penduduk Khurasan yang di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi, seorang bekas hamba berkulit kuning, berjanggut nipis dan tidak berjambang.

Hadis pertama dan kedua menyatakan bahawa Al-Hasyimi itu jelas datang dari hujung timur. Ketiga-tiga hadis menyetujui bahawa bangsa Timur berbaiat kepada Al-Hasyimi setelah diserang oleh As-Sufyani. Bangsa timur bersatu dibawah pimpinan Al-Hasyimi. Jadi Al-Hasyimi bukan sebarang orang bahkan dia merupakan pemimpin. Ada hadis lain menyebutkan hal ini.

“Sebelum Al-Mahdi, Al-Hasyimi akan menjadi penguasa”

Al-Hasyimi akan dilantik sebagai pemimpin bangsa Timur dan dia akan memimpin pengikut Pemuda Bani Tamim yang berada di Khurasan. Pemuda Bani Tamim pula jelas dinyatakan merupakan lelaki yang berkulit sawo matang atau kuning, berjanggut nipis, tidak berjambang dan berdarah ajam (bukan arab). Ciri-ciri pemuda bani tamim ini jelas menunjukkan ciri-ciri yang terdapat kepada bangsa yang tinggal di hujung Timur iaitu bangsa Melayu. Kerana Al-Hasyimi dan Pemuda Bani Tamim bersaudara, maka masuk akal bahawa hujung Timur merupakan Nusantara dan Al-Hasyimi juga berbangsa Melayu juga. Jadi Al-Hasyimi akan diangkat sebagai penguasa Nusantara.

Misteri CodeName “SYUAIB BIN SALEH” bagi Fata At Tamimi

LINKS : FATA AT TAMIMI – WHO IS HE ?



FIGUR : PUTERA BANI TAMIM – Pemimpin Sejati Yang Dinantikan Dunia , Putera Bani Tamim Dalam Hadis – Datangilah Mereka Walau Terpaksa Merangkak Di Atas Salji , Malaysia Daulah Putera Bani Tamim !

Sabda Nabi SAW, “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka... apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan Dialah pemegang Panji Panji Al Mahdi. ”

Sabda Nabi SAW, “Apabila As-Sufyani tiba di Kufah, dia lalu membunuh pengikut-pengikut keluarga Nabi Muhammad SAW, maka Al-Mahdi akan datang dan pembawa Panji-panjinya adalah Syuaib bin Saleh.”

Ammar bin Yasir RA berkata, “Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

Yang ramai menjadi persoalan orang mengenai sifat-sifat peribadi Putera Bani Tamim ( Fata At Tamimi ) adalah mengenai nama yang diberikan oleh Rasulullah kepadanya, iaitu SYUAIB BIN SOLEH. Kenapa Syuaib bin Soleh? apakah ianya nama sebenar ataukah sebuah codename? Berikut penjelasaan serba ringkasnya :

Syuaib bin Soleh iaitu bukan nama sebenarnya tetapi merujuk kepada suku bangsanya (suku kecil dari suatu bangsa), merupakan seorang yang baik dan keluarganya juga adalah orang-orang yang berakhlak baik.

Persoalannya,kenapa nama Pemuda Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Soleh seperti yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Soleh itu adalah nama sebenar Pemuda Bani Tamim itu? Atau apakah hadis Nabi SAW itu palsu atau jika benar, kenapa tidak benar-benar namanya Syuaib bin Soleh?

Sesungguhnya hadis ini adalah benar, bukan hadis palsu. Mustahil pula Nabi SAW berdusta, kerana setiap hadis daripada Nabi SAW adalah datang daripada Allah. Bagaimana pula Nabi SAW boleh berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan).

————————————

Dari segi bahasa Arab, kalimah SYU’BUN, bererti suku bangsa atau puak dari suatu bangsa.

Manakala kalimah SYU’AIBUN, pula bererti suatu suku kecil dari sebuah kabilah.

Lagipun, Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahawa Pemuda Bani Tamim itu, benar-benar bernama Syuaib bin Soleh.

Kalimah BIN itu pula berasal dari IBNUN, ertinya anak lelaki. Atau lebih tepat lagi, seorang lelaki.


Maknanya peribadi SYUAIB itu adalah:

1.Seorang lelaki (benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).

2.Yang memiliki sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai,berjambang dan berserban).

3.Seorang yang berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berfikiran luas, sentiasa bergelumang dengan masyarakat dan jauh langkahnya).

4.Merupakan lelaki Allah (Rijalullah) yakni beliau adalah seorang yang bertaraf wali, ulama tulen, ulama mujahid, mujaddid dan mujtahid.

Jika diperhatikan benar-benar, penggunaan kalimah Bin itu merupakan suatu sebutan yang agak janggal dalam bahasa Arab. Agak jarang orang Arab disebut dengan Bin, yakni disekalikan namanya dengan sebutan Bin. Cuma orang Islam di Nusantara atau di TIMUR ini sahaja yang lazim berbuat demikian.

——————————————-

Kalimah SOLEH pula bermaksud orang yang baik. Baik di sini membawa maksud seperti berikut :


1. Baik namanya, iaitu bukan nama yang bercampur-campur dengan istilah dari bahasa Sanskrit, nama tempatan atau dari bangsa yang bukan Islam.

2. Baik keperibadiannya iaitu dikenali sebagai seorang yang tetap teguh dengan pendiriannya.

3. Baik akidahnya iaitu seorang yang benar-benar mengikut akidah Islam yang sejati.

4. Baik keturunannya iaitu diketahui keturunannya adalah dari yang baik-baik, tidak tercemar dengan akhlak-akhlak yang rendah.

5. Baik agamanya, iaitu beliau dan keturunan sebelah atasnya adalah dari kalangan ahli-ahli agama atau orang yang cintakan agama.

6. Beliau memang seorang yang saleh. Saleh di sini ialah baik dan banyak amalan agamanya. Amalan agama itu sudah sebati dengan dirinya sejak dari beliau kecil lagi.

7. Baik pemikirannya iaitu seorang yang mempunyai idea yang baik untuk merubah masyarakatnya ke arah menghayati ajaran Islam sejati pada ketika mereka sedang hanyut bergelumang dengan arus jahiliyah.

8. Baik akhlaknya. Merupakan seorang yang terpuji akhlaknya di kalangan hamba Allah pada masa itu

.————————————

Jika benar hadis-hadis berkenaan, kenapa namanya disebutkan sebagai Syuaib bin Soleh? Kenapa tidak disebutkan nama sebenarnya?


Jawapannya:


1. Untuk mengelirukan musuh-musuh Islam. Dengan ini, selamatlah beliau daripada diburu, dibunuh, dihalang atau diapa-apakan oleh musuh-musuh Islam yang sememangnya cuba menghalang kebangkitan Islam kali kedua ini dengan segala daya upaya mereka.

2. Supaya umat Islam berusaha mencari siapakah identiti sebenar Syuaib bin Soleh itu. Di sini, umat Islam yang percaya dengan hadis-hadis berkenaan akan berusaha mencari siapakah peribadi yang dikatakan sebagai Pemuda Suku Tamim itu. Setelah bertemu, mereka akan membaiatnya sebagai ketua mereka. Orang yang berusaha, akan diberikan pahala.

3. Untuk menguji keimanan umat Islam terhadap hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan Pemuda Bani Tamim itu. Ada yang percaya dan ada yang tidak mudah percaya, apatah lagi ketika itu memang orang ramai sudah tidak percaya lagi dengan hadis-hadis mengenai Pemuda Bani Tamim.

4. Supaya yang empunya diri itu tidak mengetahui (pada peringkat awalnya)siapa sebenarnya Pemuda Bani Tamim itu sendiri. Beliau tidak menyedari bahawa beliaulah orang yang dimaksudkan oleh hadis-hadis berkenaan sebagai Syuaib bin Soleh. Beliau hanya menyedari tentang peribadi dirinya setelah jauh dan lama berjuang.

5. Untuk menipu pihak musuh Islam. Oleh kerana tiada huraian lanjut para ulama terhadap keperibadian Pemuda Suku Tamim ini, pihak musuh menyangka bahawa namanya menang benar-benar Syuaib bin Soleh seperti yang tersebut di dalam hadis. Kerana itu, mereka sedaya upaya mencari nama berkenaan, bukan peribadi berkenaan.

Berdasarkan huraian yang diberi, jelaslah sebab-sebab sebenar Nabi SAW tidak menyebutkan nama sebenar Pemuda Bani Tamim itu. Adalah diharapkan dengan penjelasan ini, umat Islam tidak akan mempersoalkan lagi mengenai nama sebenar Syuaib bin Soleh itu.

———————————–

Di dalam hadis yang lain secara jelas menunjukkan bahawa Pemuda Bani Tamim itu akan datang dari sebelah Timur bersama jemaahnya memperjuangkan Islam.

Panji-panji hitam yang dimaksudkan itu adalah kekuasaan yang diserahkan kepadanya sebagai tapak kepada membangunkan ummah.

Syirik: Bukan Terletak Pada Benda/Objek, Tetapi Terletak Pada Bagaimana I’tikad (Simpulan-kefahaman) Hati Terhadap Benda/Objek

contoh: besi meleleh dan juga besi kersani.


KISAH sebagaimana diceritakan oleh sahabat yang berpondok ditempat kejadian berlaku:

Pada suatu hari, seorang tuan guru pondok (kini Allahyarham) terletak dekat Kota Bharu telah dikunjungi oleh hamba Allah dari negeri Pantai ...Timur juga. Tujuan kunjungan hamba Allah ini adalah untuk mendapatkan air tawar/doa untuk isterinya yang menderita sejenis penyakit.

Apabila menghadap tuan guru, terlihat olehnya pada jari jari tuan guru tersebut 4 bentuk cincin antaranya Delima Merah, Zamrud, Firuz... Tanpa apa-apa mukaddimah, terpancul pertanyaan daripada hamba Allah ini “Ustaz, bukankah memakai cincin adalah syirik…?”[Reaksi sebegini lantaran seolah-olah objek cincin itu sendiri telah syirik]

Lalu dengan tenang, syarah tuan guru, “jika memakai cincin syirik…samalah makan nasi pun syirik, makan ubat pun syirik,…air tawar pun syirik”. Setelah habis memberi syarah berkaitan, lantas arah tuan guru “pergi ambil air, buat mari kesini….”. Agak terpinga hamba Allah tersebut dengan arahan tersebut, kerana dia belum memberitahu hajat kedatangannya.

Tambahan:• Syirik ialah bab hati. Iaitu berkaitan bagaimana pegangan hati terhadap sesuatu objek/benda/makhluk. Benda/objek/makhluk itu sendiri tidak ada yang syirik. Daripada bagaimana I’tiqad terhadap objek/benda/makhluk tersebut membawa kepada bagaimana seseorang itu berinteraksi, bertindak dan memandang objek/benda/makhluk tersebut.


• Syirik ialah I’tiqad hati yang menyekutukan Allah dengan makhluk-Nya darisegi kuasa. Dalam lain perkataan pegangan hati yang mensejajarkan atau menyamakan makhluk mempunyai kuasa seperti Allah.

• Contoh paling mudah ialah seperti menyimpulkan dalam hati bahawa “ semata-mata nasi itu mengenyangkan dengan sendirinya”.

• Adapun pandangan-simpulan dihati “semata-mata nasi itu mengenyangkan dengan sendirinya” yang bermaksud “semata-mata nasi itu sendiri yang memberi bekas mengenyangkan” yang membawa faham maksud “nasi mempunyai kuasanya sendiri memberi bekas kenyang”, maka disitulah berlaku syirik iaitu menyimpulkan bahawa makhluk nasi mempunyai kuasa memberi bekas “mengenyangkan” sama seperti Allah, sedangkan hak atau kuasa mengenyangkan itu pada Allah bukan pada nasi.

• Berlakunya syirik kerana tiada ilmu dan kefahaman yang asas sebegini, dan memandang makhluk dan perbuatan makhluk tadi setakat semata-mata makhluk sahaja. Tidak ingat kepada Allah pencipta segala Makhluk, dan tidak sedar bahawa makhluk itu dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa, dan tidak tahu dan faham bahawa apa-apa yang ada pada makhluk samada berupa khasiat/kelebihan itu adalah kurnian Allah kepadanya dan berlaku mengikut peraturan-Nya dengan izin-Nya jua. Maka akan dipandang makhluk dan perbuatan makhluk itu dating dari makhluk semata-mata dan memberi kesan/bekas sekian-sekian. Sedangkan makhluk dan perbuatan makhluk itu tiada dapat apa-apa memberi bekas pun tanpa izin Allah.

• Tidak bergerak satu zarah melainkan dengan izin Allah. Maka ingatan “…dengan izin Allah” apabila membicarakan sesuatu khususnya disini dalam bab khasiat/kelebihan sesuatu makhluk tidak boleh ditinggalkan. Ini kerana khasiat/kelebihan yang ada pada sesuatu makhluk itu sebenarnya adalah suatu ketentuan yang diberikan oleh Allah swt kepada makhluk tersebut, dan ia berlaku dengan izin-Nya.

• Kudrat /aura/power/energy yang ada pada makhluk adalah untuk melaksana /berfungsi/bertindak/berusaha dengan izin Allah, Kudrat Allah yang memberi memberi bekas.

• Pandangan dan simpulan pada hati “semata-mata nasi itu mengenyangkan dengan sendirinya” adalah berlainan dengan “nasi mengenyangkan dengan izin Allah” yang bermaksud “nasi itu asbab untuk mengenyangkan dengan izin Allah” yang mana “segala sebab itu tidak boleh memberi bekas melainkan dengan izin Allah”.

• Objek/benda/makhluk samada nasi, ubat, air tawar, batu cincin, keris, tasbih, tongkat, garam, lada hitam dsbnya “bukan benda syirik pada asalnya” dan “hakikat asal objek/benda/makhluk tidak ada yang syirik”.

• Hakikat syirik ialah bagaimana I’tikad atau pegangan hati terhadap objek tadi. Bagaimana pegangan yang menjadi syirik dan bagaimana pegangan yang tidak menjadi syirik?

• Nasi dan ubat tidak syirik. Seseorang yang makan nasi atau minum ubat boleh jadi syrik dan boleh jadi tidak - bergantung kepada bagaimana I’tikad atau pegangan hatinya terhadap objek nasi atau ubat tadi.

• Menjadi syirik jika mengi’tikad atau berpegang semata-mata makhluk nasi tersebutlah yang member kenyang atau semata-mata ubat itu yang menyembuhkan dengan sendirinya. Padahal kerja atau kuasa menyembuhkan itu adalah kerja atau kuasa Allah.

• Apabila bertemu ubat yang tepat/betul dengan sesuatu penyakit sebagaimana telah ditentukan dalam

peraturan-Nya, maka sembuhlah penyakit tersebut dengan izin-Nya.



• Sedangkan makhluk nasi dan ubat itu semua adalah sebagai asbab untuk kenyang atau sembuh dengan izin Allah. Penyakit mengena manusia atau binatang juga dengan sebab-musabbab, hakikatnya daripada-Nya. Manakala ubat pun daripada-Nya, dan kesembuhan juga daripada-Nya. Kesemua itu terkandung dalam peraturan yang telah ditentukan oleh-Nya. Asbab tidak boleh memberi bekas melainkan dengan izin Allah swt.

• I’tiqad dan kefahaman “batu permata mempunyai khasiat kelebihan (yang member bekas/kesan dengan sendirinya)” tidak sama dengan I’tiqad dan kefahaman “batu permata mempunyai khasiat kelebihan yang member bekas/kesan dengan izin Allah”. I’tiqad ialah bab hati.

• I’tiqad dan kefahaman“batu permata mempunyai khasiat kelebihan (yang member bekas/kesan dengan sendirinya)” adalah syirik.

• Manakala I’tiqad dan kefahaman “batu permata mempunyai khasiat kelebihan yang member bekas/kesan dengan izin Allah”adalah tidak syirik.

• Pada sisi ahli tasauf, jika makan nasi semata-mata nampak nasi, atau makan ubat semata-mata nampak ubat, maka seseorang itu masih dikira syirik…kerana tidak ingat pada Allah, seolah-olah makan nasi dan nasi itulah yang member kenyang. Disinilah kepentingan doa dalam kehidupan harian. Maka bila hendak makan baca Bismillah dan doa, selesai makan ucaplah “Alhamdulillah”.

• Bukan ubat, nasi, tasbih, tongkat, permata, garam, lada benar….kereta, motor, kapalterbang juga jika salah I’tiqad boleh jadi syirik. Sebagai contoh I’tiqad hati “semata-mata kereta yang aku naik ini menyampaikan aku ke tempat kerja…” adalah syirik.

• Tidak ada yang ada kecuali Allah. Maksudnya, apabila melihat makhluk/asbab, maka hati-akal teringat akan Allah. Akal-hati adalah tempat untuk mengingat. Bukan bermaksud makhluk/objek tadi adalah Allah atau jelmaan Allah.

• Jika melihat keindahan air terjun yang mengalir terjun sejak dahulu lagi dan airnya pula tidak pernah air yang sama, maka teringat akan Kebesaran Allah yang menjadikan air terjun tersebut nan indah. Maka ucaplah “subhanallah…allahuakbar”.

• Maka, dalam kehidupan seorang ahli tasauf, apa saja dia pandang, dia dengar atau dia rasa dia akan lapik dengan ingatan kepada Allah swt. Ghaib makhluk, yang ada Allah swt. Maka, tidak ada yang ada kecuali Allah swt. Pada sisi ilmu tasauf, pada tahap ini barulah seseorang itu dikira terlepas dari syirik dan dikira calon ahli jannah.



"Khasiat & Kelebihan: Bukan Kerja Kita"


Oleh kerana "khasiat atau kelebihan itu bukan kerja kita", maka hendak jamin tentu jadi tidak boleh dan hendak menafikan juga tidak boleh.

*

2 Asas Penting:

Segala makhluk (zahir atau ghaib) dan segala perbuatan makhluk itu tidak boleh memberi bekas. Maka segala batu/kayu/besi dsbnya dan pemakaiannya dalam bentuk cincin, tasbih, gelang, tongkat dsbnya tidak boleh memberi bekas sebagai penawar, pelindung, penyembuh dsbnya.

Segala khasiat dan kelebihan adalah daripada Allah swt. Tidak bergerak sesuatu zarah melainkan dengan izin Allah swt. Allah-lah yang menawar, melindung dan menyembuhkan segala sesuatu. Segala permohonan dan tawakkal hanya pada Allah swt. Dan segala pujian kesyukuran hanya untuk-Nya.



SEBAB & TAWAKKAL:


Makhluk dan perbuatan makhluk itu sebagai "asbab". "Asbab' ialah jamak/plural bagi 'sebab'. Terdapat 4 kategori umum tindakan manusia terhadap sebab-musabab iaitu:

Golongan yang mensia-siakan sebab.

Golongan yang bersandar kepada sebab dan melupakan kepada "Pembuat Sebab". Golongan ini hanya memandang kepada 'asbab' semata-mata.

Golongan yang mempertaruhkan sebab untuk melakukan kederhakaan.

Golongan yang yang memadukan (asimilasikan) antara sebab dan tawakkal. Golongan inilah yang selamat dan berjaya.

Hakikatnya usaha kita tidak boleh memberi bekas. Usaha sebagai 'asbab'. Kata seseorang kepada tuan_blog beberapa bulan lalu "Allah hendak tengok kita berusaha (atau kita melakukan usaha)..." berhasil atau tidak, berjaya atau tidak adalah dengan izin-Nya...atas kehendak-Nya.



Wallahu a'lam.

JANGAN PERCAYA KEPADA PERAMAL

JANGAN PERCAYA KEPADA PERAMAL




Rasulullah saw bersabda:



“Barang siapa yang mendatangi peramal atau ahli nujum, kemudian ia mempercayai apa yang dikatakannya, bererti ia telah mengingkari apa yang diturunkan kepada Muhammad.” (Hadis sahih riwayat Ahmad)



Haram hukumnya mempercayai ahli nujum, dukun, peramal, tukang sihir, orang yang mengaku mengetahui jiwa manusia atau ... peristiwa-peristiwa yang lalu yang tidak diketahui manusia atau mengetahui apa yang akan terjadi di masa yang akan datang. Sebab hal-hal tersebut hanya Allah SAW yang mengetahuinya, kerana termasuk kekhususan ilmu -Nya semata.



Allah SAW berfirman:



“Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati.”(Q.S; Al Hadiid: 6).



Dan firman-Nya pula:



“Katakanlah: "Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah.” ( Q. S; An Naml : 65).



Rasulullah saw bersabda:



"Barang siapa yang mendatangi seorang peramal dan menanyakan sesuatu hal kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari.” (H.R; Muslim).



Apa yang dikatakan oleh para peramal itu sebenarnya hanyalah dugaan dan kebetulan saja. Umumnya tidak lebih dari dusta. Kerana bisikan syaitan dan tidak ada orang yang terpedaya kecuali orang yang kurang akalnya saja.



Andai kata mereka mengetahui hal -hal yang ghaib, nescaya mereka akan mengambil harta yang tersimpan dalam perut bumi ini sehingga mereka tidak lagi menjadi orang fakir yang kerjanya mengkaburi/menipu orang lain, hanya mencari sesuap nasi dengan cara yang batil.



Kalau mereka benar-benar mengetahui hal -ha l yang ghaib, maka beritahukan lah kepada kami apa rahsia -rahsia Yahudi sehingga dapat ditumbangkan.