Monday, March 17, 2014

Syirik: Bukan Terletak Pada Benda/Objek, Tetapi Terletak Pada Bagaimana I’tikad (Simpulan-kefahaman) Hati Terhadap Benda/Objek

contoh: besi meleleh dan juga besi kersani.


KISAH sebagaimana diceritakan oleh sahabat yang berpondok ditempat kejadian berlaku:

Pada suatu hari, seorang tuan guru pondok (kini Allahyarham) terletak dekat Kota Bharu telah dikunjungi oleh hamba Allah dari negeri Pantai ...Timur juga. Tujuan kunjungan hamba Allah ini adalah untuk mendapatkan air tawar/doa untuk isterinya yang menderita sejenis penyakit.

Apabila menghadap tuan guru, terlihat olehnya pada jari jari tuan guru tersebut 4 bentuk cincin antaranya Delima Merah, Zamrud, Firuz... Tanpa apa-apa mukaddimah, terpancul pertanyaan daripada hamba Allah ini “Ustaz, bukankah memakai cincin adalah syirik…?”[Reaksi sebegini lantaran seolah-olah objek cincin itu sendiri telah syirik]

Lalu dengan tenang, syarah tuan guru, “jika memakai cincin syirik…samalah makan nasi pun syirik, makan ubat pun syirik,…air tawar pun syirik”. Setelah habis memberi syarah berkaitan, lantas arah tuan guru “pergi ambil air, buat mari kesini….”. Agak terpinga hamba Allah tersebut dengan arahan tersebut, kerana dia belum memberitahu hajat kedatangannya.

Tambahan:• Syirik ialah bab hati. Iaitu berkaitan bagaimana pegangan hati terhadap sesuatu objek/benda/makhluk. Benda/objek/makhluk itu sendiri tidak ada yang syirik. Daripada bagaimana I’tiqad terhadap objek/benda/makhluk tersebut membawa kepada bagaimana seseorang itu berinteraksi, bertindak dan memandang objek/benda/makhluk tersebut.


• Syirik ialah I’tiqad hati yang menyekutukan Allah dengan makhluk-Nya darisegi kuasa. Dalam lain perkataan pegangan hati yang mensejajarkan atau menyamakan makhluk mempunyai kuasa seperti Allah.

• Contoh paling mudah ialah seperti menyimpulkan dalam hati bahawa “ semata-mata nasi itu mengenyangkan dengan sendirinya”.

• Adapun pandangan-simpulan dihati “semata-mata nasi itu mengenyangkan dengan sendirinya” yang bermaksud “semata-mata nasi itu sendiri yang memberi bekas mengenyangkan” yang membawa faham maksud “nasi mempunyai kuasanya sendiri memberi bekas kenyang”, maka disitulah berlaku syirik iaitu menyimpulkan bahawa makhluk nasi mempunyai kuasa memberi bekas “mengenyangkan” sama seperti Allah, sedangkan hak atau kuasa mengenyangkan itu pada Allah bukan pada nasi.

• Berlakunya syirik kerana tiada ilmu dan kefahaman yang asas sebegini, dan memandang makhluk dan perbuatan makhluk tadi setakat semata-mata makhluk sahaja. Tidak ingat kepada Allah pencipta segala Makhluk, dan tidak sedar bahawa makhluk itu dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa, dan tidak tahu dan faham bahawa apa-apa yang ada pada makhluk samada berupa khasiat/kelebihan itu adalah kurnian Allah kepadanya dan berlaku mengikut peraturan-Nya dengan izin-Nya jua. Maka akan dipandang makhluk dan perbuatan makhluk itu dating dari makhluk semata-mata dan memberi kesan/bekas sekian-sekian. Sedangkan makhluk dan perbuatan makhluk itu tiada dapat apa-apa memberi bekas pun tanpa izin Allah.

• Tidak bergerak satu zarah melainkan dengan izin Allah. Maka ingatan “…dengan izin Allah” apabila membicarakan sesuatu khususnya disini dalam bab khasiat/kelebihan sesuatu makhluk tidak boleh ditinggalkan. Ini kerana khasiat/kelebihan yang ada pada sesuatu makhluk itu sebenarnya adalah suatu ketentuan yang diberikan oleh Allah swt kepada makhluk tersebut, dan ia berlaku dengan izin-Nya.

• Kudrat /aura/power/energy yang ada pada makhluk adalah untuk melaksana /berfungsi/bertindak/berusaha dengan izin Allah, Kudrat Allah yang memberi memberi bekas.

• Pandangan dan simpulan pada hati “semata-mata nasi itu mengenyangkan dengan sendirinya” adalah berlainan dengan “nasi mengenyangkan dengan izin Allah” yang bermaksud “nasi itu asbab untuk mengenyangkan dengan izin Allah” yang mana “segala sebab itu tidak boleh memberi bekas melainkan dengan izin Allah”.

• Objek/benda/makhluk samada nasi, ubat, air tawar, batu cincin, keris, tasbih, tongkat, garam, lada hitam dsbnya “bukan benda syirik pada asalnya” dan “hakikat asal objek/benda/makhluk tidak ada yang syirik”.

• Hakikat syirik ialah bagaimana I’tikad atau pegangan hati terhadap objek tadi. Bagaimana pegangan yang menjadi syirik dan bagaimana pegangan yang tidak menjadi syirik?

• Nasi dan ubat tidak syirik. Seseorang yang makan nasi atau minum ubat boleh jadi syrik dan boleh jadi tidak - bergantung kepada bagaimana I’tikad atau pegangan hatinya terhadap objek nasi atau ubat tadi.

• Menjadi syirik jika mengi’tikad atau berpegang semata-mata makhluk nasi tersebutlah yang member kenyang atau semata-mata ubat itu yang menyembuhkan dengan sendirinya. Padahal kerja atau kuasa menyembuhkan itu adalah kerja atau kuasa Allah.

• Apabila bertemu ubat yang tepat/betul dengan sesuatu penyakit sebagaimana telah ditentukan dalam

peraturan-Nya, maka sembuhlah penyakit tersebut dengan izin-Nya.



• Sedangkan makhluk nasi dan ubat itu semua adalah sebagai asbab untuk kenyang atau sembuh dengan izin Allah. Penyakit mengena manusia atau binatang juga dengan sebab-musabbab, hakikatnya daripada-Nya. Manakala ubat pun daripada-Nya, dan kesembuhan juga daripada-Nya. Kesemua itu terkandung dalam peraturan yang telah ditentukan oleh-Nya. Asbab tidak boleh memberi bekas melainkan dengan izin Allah swt.

• I’tiqad dan kefahaman “batu permata mempunyai khasiat kelebihan (yang member bekas/kesan dengan sendirinya)” tidak sama dengan I’tiqad dan kefahaman “batu permata mempunyai khasiat kelebihan yang member bekas/kesan dengan izin Allah”. I’tiqad ialah bab hati.

• I’tiqad dan kefahaman“batu permata mempunyai khasiat kelebihan (yang member bekas/kesan dengan sendirinya)” adalah syirik.

• Manakala I’tiqad dan kefahaman “batu permata mempunyai khasiat kelebihan yang member bekas/kesan dengan izin Allah”adalah tidak syirik.

• Pada sisi ahli tasauf, jika makan nasi semata-mata nampak nasi, atau makan ubat semata-mata nampak ubat, maka seseorang itu masih dikira syirik…kerana tidak ingat pada Allah, seolah-olah makan nasi dan nasi itulah yang member kenyang. Disinilah kepentingan doa dalam kehidupan harian. Maka bila hendak makan baca Bismillah dan doa, selesai makan ucaplah “Alhamdulillah”.

• Bukan ubat, nasi, tasbih, tongkat, permata, garam, lada benar….kereta, motor, kapalterbang juga jika salah I’tiqad boleh jadi syirik. Sebagai contoh I’tiqad hati “semata-mata kereta yang aku naik ini menyampaikan aku ke tempat kerja…” adalah syirik.

• Tidak ada yang ada kecuali Allah. Maksudnya, apabila melihat makhluk/asbab, maka hati-akal teringat akan Allah. Akal-hati adalah tempat untuk mengingat. Bukan bermaksud makhluk/objek tadi adalah Allah atau jelmaan Allah.

• Jika melihat keindahan air terjun yang mengalir terjun sejak dahulu lagi dan airnya pula tidak pernah air yang sama, maka teringat akan Kebesaran Allah yang menjadikan air terjun tersebut nan indah. Maka ucaplah “subhanallah…allahuakbar”.

• Maka, dalam kehidupan seorang ahli tasauf, apa saja dia pandang, dia dengar atau dia rasa dia akan lapik dengan ingatan kepada Allah swt. Ghaib makhluk, yang ada Allah swt. Maka, tidak ada yang ada kecuali Allah swt. Pada sisi ilmu tasauf, pada tahap ini barulah seseorang itu dikira terlepas dari syirik dan dikira calon ahli jannah.



"Khasiat & Kelebihan: Bukan Kerja Kita"


Oleh kerana "khasiat atau kelebihan itu bukan kerja kita", maka hendak jamin tentu jadi tidak boleh dan hendak menafikan juga tidak boleh.

*

2 Asas Penting:

Segala makhluk (zahir atau ghaib) dan segala perbuatan makhluk itu tidak boleh memberi bekas. Maka segala batu/kayu/besi dsbnya dan pemakaiannya dalam bentuk cincin, tasbih, gelang, tongkat dsbnya tidak boleh memberi bekas sebagai penawar, pelindung, penyembuh dsbnya.

Segala khasiat dan kelebihan adalah daripada Allah swt. Tidak bergerak sesuatu zarah melainkan dengan izin Allah swt. Allah-lah yang menawar, melindung dan menyembuhkan segala sesuatu. Segala permohonan dan tawakkal hanya pada Allah swt. Dan segala pujian kesyukuran hanya untuk-Nya.



SEBAB & TAWAKKAL:


Makhluk dan perbuatan makhluk itu sebagai "asbab". "Asbab' ialah jamak/plural bagi 'sebab'. Terdapat 4 kategori umum tindakan manusia terhadap sebab-musabab iaitu:

Golongan yang mensia-siakan sebab.

Golongan yang bersandar kepada sebab dan melupakan kepada "Pembuat Sebab". Golongan ini hanya memandang kepada 'asbab' semata-mata.

Golongan yang mempertaruhkan sebab untuk melakukan kederhakaan.

Golongan yang yang memadukan (asimilasikan) antara sebab dan tawakkal. Golongan inilah yang selamat dan berjaya.

Hakikatnya usaha kita tidak boleh memberi bekas. Usaha sebagai 'asbab'. Kata seseorang kepada tuan_blog beberapa bulan lalu "Allah hendak tengok kita berusaha (atau kita melakukan usaha)..." berhasil atau tidak, berjaya atau tidak adalah dengan izin-Nya...atas kehendak-Nya.



Wallahu a'lam.