Adapun makna robitah atau cara
menambat hati seorang murid Tariqat kepada syeikh (Guru Mursyid)nya ialah
sepertimana yang di terangkan oleh Syeikh Daud Al Fathani di dalam kitab
Dhiyaul Murid pada menyatakan adab berzikir yang keempat belas iaitu :
“ Bahawa mengkhayalkan (membayangkan
di dalam hati atau pemikiran) rupa syeikhnya pada antara dua matanya. Maka
iaitu terlebih sangat muakkad bagi memberi bekas.
Maka di hadirkan rupa syeikhnya pada
hatinya , dan menuntut penolong daripadanya.
Dan di lihat bahawasanya ia penolong
daripada penolong nabi kita . Dan hati nabi s.a.w. selama-lamanya berhadap
kepada hadhrat Tuhannya.
Maka apabila di kerjakan yang
demikian itu maka limpah pertolongan ‘al Ilahiyyah’ daripada ‘Hadhrat
Ilahiyyah’ kepada hati penghulu kita (Nabi Muhammad s.a.w.).
Dan daripada hati penghulu kita Nabi
Muhammad s.a.w. kepada segala hati masya’ikh daripada satu kepada satu hingga
sampai kepada yang berzikir itu.
Maka jadi dapat pertolongan dan
mendapat pemberian Allah pada kita jika ada benar hatinya”.
Bagi orang sufi/Tariqat cara mereka
menambat hati dengan syeikhnya ialah dengan menggambarkan atau membayang rupa /
diri syeikhnya sebelum berzikir (secara perseorangan) dengan tujuan mendapat
limpahan ruhaniah dari sekelian syeikhnya yang terdahulu mengikut susur galur
salasilah tariqatnya sehinggalah baginda Rasulullah s.a.w. yang senantiasa
menerima limpahan rahmat dari Allah Ta’ala.
Sebenarnya membayangkan rupa syeikh
adalah salah satu cara dari berbagai cara untuk menambat hati dengan syeikh.
Setengah pendapat cukup dengan niat saja bahawa syeikhnya itu hadhir bersama
dalam berzikir ketika murid berzikir dengan tujuan mendapat keberkatan dari
syeikhnya itu kesemuanya itu adalah tujuan yang sama dan terlingkup dalam makna
rabitah juga.
6.0 Rabitah dan Wasilah dalam ilmu
dan amal itu terjadi keatas seseorang murid kerana
6.1 Perhubungan silaturrahim dan
mesra kasih sayang murid terhadap gurunya selepas murid itu menerima ilmu dan
amal daripada gurunya serta beramal dengan ilmu dan amal itu
bersungguh-sungguh.
6.2 Hati simurid akan sentiasa
teringat akan gurunya di dalam mujahadahnya melalui ilmu dan amal yang
diterimanya itu dan guru juga akan sentiasa teringat muridnya di dalam doanya.
6.3 Syeikhnya atau gurunya itu telah
sampai kepada maqam iman, islam dan ehsan yang kamilah atau kamilatul kamilah
di mana rohani dan jasmani syeikhnya itu ghaib atau ghaibul mutlak di dalam
keagungan, kemuliaan, kebesaran ALLAH rabbul jalil di semua tempat waktu dan
masa dan nyata pada diri syeikh itu berkat, maunnah, karomah di dalam ilmu dan
amalnya.
6.4 Syeikh yang kamil atau kamil
mukamil itu sentiasa dapat berhubung dengan rohani dan jasmani muridnya yang
tidak putus hubungan silaturrahim dengannya diwaktu aman dan dhorurat sehingga
jadilah murid itu sentiasa terbayang akan rupa syeikhnya (gurunya) lebih-lebih
lagi dikala apabila bangkit cita-cita dan kehendak hati murid itu untuk
melaksanakan kufur dan maksiat.
6.5 Ingatan mesra kasih sayang murid
terhadap syeikhnya yang kamil atau kamil mukamil itu akan membuahkan lipat
ganda ingatan kasih sayang murid itu kepada Allah didalam ibadahnya dan
ubudiahnya.
6.6 Terhindar murid itu daripada
rabitah dan wasilah seperti yang dibuat oleh orang kafir, jahil, fasiq, dimana
mereka mengiktiqadkan gambar yang terukir atau terupa didalam ingatan itu
sebagai tuhan dan mereka dzohirkan dengan menempa gambar itu didalam alam ini
dan mereka muliakan gambar yang mereka tempa itu dalam segala rupa bentuk
pemujaan mengikut hawa nafsu yang jahat di dalam khayal syak, dzon dan waham.
Sebagai ubudiah dan mengenang jasa atau mempamirkan rasa cinta atau ingatan
kasih sayang yang mendalam yang ditumpukan kepada gambar yang ditempa itu
sahaja.
7.0 Rabitah Haq
Ialah diatas makna Tabarruk dan
taqarrub diri kehadrat Allah dengan penuh yakin , haqqul yakin, ‘ala yakin,
‘ala haqqul yakin dengan kemuliaan, kebesaran, ketinggian pangkat iman, islam
dan ehsan mereka itu di sisi Allah samada dia seorang ulama’, solihin,
nabi-nabi dan rasul-rasul ‘alaihimussolatuwassalam yang masih hidup atau sudah
mati sebagai jalan pintas supaya segera dikurniakan baik, paling baik, agung
baik, dan maha baik oleh Allah.
Seumpama Allah kurniakan kepada
orang yang Allah jadikan sebagai rabitah dan wasilah itu dan diharap supaya
benar2 nyata maunnah dan karomah yang hakiki yang tiada sangkut paut atau
hubung kait dengan segala rupa bentuk bantuan khadam bersyarat atau yang datang
mengikut jalur keturunan atau pemujaan, walaupun karomah atau maunnah itu bukan
menjadi tujuan dan matlamat di dalam ilmu dan amalnya. Ia suatu pakaian yang
dikurniakan oleh Allah pada ahli-ahlinya sahaja.
Syeikh daud al fathoni menjelaskan
di dalam manhalus sufi..
” orang yang tiada karomah umpama
anak yang tiada bapa”.