Tuesday, May 31, 2016

RAWATAN MEMBUANG SAKA SEMUDAH ABC




28/5/2016 – Didatangi seorang ibu membawa anaknya yang mengadu sakit di bawah dada sehingga semput dan penyakit kulit yang kronik semacam sopak. Ibu ini sudah berkali-kali datang dengan hajat untuk membuang sakanya tetapi asyik tertangguh kerana mendahulukan rawatan untuk anak-anaknya dan sering juga membawa rakan-rakan dan saudaranya yang buta mata hati.

Selepas anaknya di rawat, si ibu ini kemasukan sakanya dan pergi kepada anaknya dan seakan menarik buang penyakit pada anaknya itu. Selepas sakanya keluar dari tubuhnya, dia memberitahu bahawa semasa saya merawat anaknya, sakanya itu yang berupa nenek tua duduk bersebelahan dengan saya. Fikir saya, ini saka ilmu atau keturunan?

Bagaimana pun beliau berhajat juga untuk membuangnya kerana kebolehannya banyak mengganggu kehidupannya yang boleh tahu apa yang di buat suaminya dibelakangnya. Appointment di atur pada 31 Mei 2016.

31/5/2016 – Seperti di janjikan, si ibu ini datang bersama suami dan anak-anaknya dengan niat “buang saka”.  Tanpa membuang masa, saya meminta  siibu berbaring setelah saya  selesai berwuduk. Saksi rawatan selain suami dan anak-anaknya adalah menantu saya yg sering membantu bila di perlukan.
Rawatan Penyembuhan Tapak Tangan (Syahadah Tokku Paloh) di mulakan dengan tangan di kepala , berdoa dan berzikir. Seterusnya di bacakan Surah Al Mulk. Si ibu mula keresahan, sakanya mulai memberi tindakbalas…….

“Kenapa nak buang aku…..mana aku nak pergi..?”

Ku terus habiskan bacaan  Al Mulk tanpa menghiraukan rengetan si saka.

Selesai membaca ku mula melayaninya, “ cucu kamu tak mahu, jadi kamu keluarlah”

“Kenapa tak mahu, bodohnya dia…mana aku nak pergi?

“Pokoknya cucu kamu tak mahu kamu, jadi keluarlah sebelum kamu cedera teruk” sambil aku tekan tempat tertentu yang membuat dia menjerit dan mengalah.

“Macamana aku nak keluar, tak nampak jalan. Tu yang sekeliling rumah ramai pengawal, camna aku nak keluar?” 

“Pandai kau masuk pandai lah keluar” kataku.

“Kau yang panggil……pastu kau tutup jalan. Pengawal pulak ramai, macamana aku nak keluar?”

“Kau keluarkan aku, hantar aku mana-mana, aku tak tahu nak gi mana-mana”

“Baik, aku hantar kau ke Penjara Sunan Kalijaga”

“Tak mau, bukan boleh keluar kalau masuk Penjara Sunan”

“Kau berunding la dengan Sunan, mesti Sunan bagi keluar.”

“Takdenya, aku pun bukan baik sangat….”

Haah, dah terbongkar rahsianya. Dia ngaku pun yang niatnya bukan baik mendampingi anak cucu. Ada udang sebalik batu. 

Aku terus menerus menekan point yang membuat nya menjerit sakit dan mengalah.

“Kau keluarkan aku, tak kisah lah masuk Penjara Sunan pun”

Dengan selawat, aku menarik saka itu keluar dan “niat” menghantarnya ke Penjara Sunan Kalijaga. Aku berpesan kepada pesakit, saka itu takkan datang lagi kerana si saka sendiri  mengakui di Penjara Sunan Kalijaga tidak akan dapat melepaskan diri.Maka kuatkan Rohani dengan Solat Taubat dan Tahajud secara istiqamah.

Monday, May 30, 2016

KES SAKA TERHEBAT & SIHIR PEMISAH TERMUDAH


Dlm minggu ni beberapa kes sihir pemisah dapat diselesaikan dgn mudah dan cepat. Sakit dan emosi yg ditunjukkan sekejapan hilang bila diterapi zikir beberapa minit.
Pesakit kembali normal dan tiada perlu susulan lagi. Alhamdulillah semakin hari semakin mudah, tiada perlawanan dgn jin2 ni, mereka lari terus . Dia belaka apabila Dia kehendaki.
26/01/2016 - Kes Saka kronik yg menyerang seluruh keluarga pesakit. Pesakit dari Kelantan dtg seorang diri tanpa keluarga ditemani 2 sahabat yg tinggal diKL.
Sakit ibu dan adiknya lebih kronik namun kerana susah utk dibawa, beliau dtg seorang diri sebagai wakil.
Di awal di terapi selepas habis bacaan Surah Yaasin, pesakit mula mengerang kesakitan. Bila dah bangkit, saya mula menyerang. Laungan kesakitannya bergema kuat, ku arahkan menantuku tutup pintu sliding bg menghalang suara laungannya menakutkan isi rumah.
Macam biasa bila jin2 bawahan semua surrender, mereka panggil otai yakni ketua mereka.
Ketua Jin ni pun kaget, " mung ni sapo ehh...sapo? Biso sungguh mung ni. Tok jupo lagi aku manusia sebiso mung"
"Oooooo..Sunan Kalijaga. Sunan...mung tok leh wat gapo kat aku" katanya.
Dalam dia mencabar dgn angkuhnya, ku lihat dia kesakitan juga cuma pulihnya cepat benar. Malah mula bertakbir, berzikir dan mengaji.
Semakin ku zikir dan Doa...dia semakin berzikir juga dan membaca surah2 Al Quran dan mengeluh juga akan hal2 manusia masakini.....yg makin jauh dlm kesesatan dan duduk dalam syirik.
Dok citer hal akhir zaman dan sedih dgn manusia loni yg rata2 sesat aqidah. Katanya.....kezahiran Imam Mahdi dah semakin dekat, kerosakan aqidah harus dibanteras samasekali.
Dia mula mencabarku..."mung takleh wat gapo Sunan, gini jah aku buat". Jin itu menunjukkan silang kakinya ...
Oleh kerana jin itu pun berzikir dan tak rasa apa2 dah kesakitan, aku berhenti dan berehat. Sambil2 tgk aksinya.
Pesakit yg dirasuki jin ni walau dah tak sakit tetapi tak meronta dan tak perlu dipegang. Aku berdepan dengannya...sambil2 sembang je. Aku tak tunjukkan permusuhan dan jin itu mula citer asalnya, bagaimana dia dtg dan kenapa menyakiti tubuh pesakit. Dia sedih kerana pesakit tak mahu menerimanya.....
Tetiba ada sahabat perawat msg kerana tiba2 ingatannya padaku kuat. Firasatku Allah SWT hantar bantuan utk scan keadaan. Perawat ni berhajat utk jadi muridku....dia tahu walaupun kebolehan scan ni anugerah Allah, ilmunya masih belum setandingku....kehendak Allah belaka.
Selepas scan, katanya....
"sy nmpk mcm sunan kalijaga..sy x knal tpi sirr kta bgitu bpakaian jawa hitam coklat
dn ada 2 makluk bsayap sperti pari2 halus enrgi nya...pari2 bwarna kristal putih transparent..
sunan bersama tuan.. makluk bsayap bsama psakit..adakah pesakit ini perempuan?
seperti link nya bsama sami2 kot..bpkaian kuning bkepala botak sdang transfer power dri jauh buat pesakit
d pesakit ada 1 lingkaran 3 segi tmpt ia duduk.mcm 1 shield
sunan sdang mengelilingi kawsan pesakit tpi mcm buntu ?
mcm mncri titik kelemahan kot
pesakit byk shield kot.sbb sy trasa skit nya dsini
dlu kwan sy pnah dpt kes hbat dn x dpt settle..pesakit mngaku ia lintah bayan..azazil pnjaga laut
setiap serangan dn energi x smpi pda nya
mcm klaka skit la tuan klau sy ckap.ini bdasar kn pngalaman dn ilmu sy...
makluk azazil..sbb energi nya sgt la halus...hmpir2 tiada energi
setiap serangan ssah kna pda nya
ia bijak dn pesakit se akan2 bzikir
dn makluk d bantu dri jauh dngan transfer energi tnpa putus2..
mnyebab kn pesakit se olah2 healing sgt cpat dn tdak ada effect..
sunan duduk btol2 dhadapan dgn pari2 tpi x de apa2 tndak blas
lpa nk bgtau..apa y d hdapan tuan adalah pancaran dri projector.jika d serang dri pncaran maka sia2 sje.kna cri projector nya..pari itu jelmaan dri 1 pancaran..
sy x dpt detect dri mn pncaran tu..jika sy jejak maka sy nmpk owg bkepala botak bpkaian kuning
" hrap2 info tu dpt mmbantu tuan"
Sambil duduk berehat, saya terus munajat dan berdoa.
" Mung ni degil sungguh Sunan weh....tok jupo lagi aku orhge sedegil mung nih...doh la biso. Biso2 mung pung tokleh wat gapo kat aku"
Aku biarkan aje dia membebel...." aku sedih la, cucu aku ni tokse terima aku. Kalu dia terimo, boleh jadi biso po mung jugok" Sunan...mung tolong la ubat adik dia ni....sakit teruk tuh"
Aku balas, " kata biso...bakpo mung tok ubat sediri?"...
" Hah Sunan...mung balas kat aku balek" katanya.
"Mung nok ngano Sunan, nok main cara baik ko cara jahat.Aku kerah marghi segala bala tentera aku"
Aku cemuih je....."aku bukan nak musoh dgn mung, mung kato nok jaga cucu, bakpo dok bui sakitnya?
Dia doh jammed. Heheh saikologi sikit la. "Puah doh aku dok ghoyat kat dio....dlm mimpi aku bui.....tokse pah sudoh" katanya.
"Doh....mung tinggal la dia. Tubik la...dia tokse ke?"...
Dipendekkan cerita, "kalau aku masok penjara Sunan, buleh tubik ko? Dia bertanya.
Aku pelik....hai mcm surrender pulak. Namun memang dia surrender. Dia minta aku keluarkannya dan memang jin2 yg ku tarik keluar semua disumbat ke penjara Sunan Kalijaga.
Allah belaka. Jin ni keluar sungguh dan pesakit sedar semula. Sambil sembang2 gitu je....jin2 ni mcm sedih dan give up.

Aku serah pada Allah jua.....aku hamba. Tuhanku pasti mendengar Doaku.....dan menghantar bala tenteraNya yg lebih kuat dari jin2 ni, masakan mengalah begitu mudah sedang di awal tadi mencabar juga.
Alhamdulillah...Dia belaka. Bila dtg yg haq, tenggelam yg batil

Sunday, May 29, 2016

Bukti jin-jin adalah penyebab dan punca penyakit selain stroke dan taun


Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s. bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya, dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk, kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.

Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu? Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang yang paling hodoh selain daripada engkau. Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan, aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular.

Aku juga boleh bertukar-tukar wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim perempuan, boleh membunuh anak-anak di dalam kangungan dan mereka semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku memasuki ke dalam rahim orang perempuan dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

Tambahnya lagi : “Aku menyusup masuk kepada kanak-kanak perempuan ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.

Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya. Dengan itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dalam bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga menyekat kanak-kanak kecil dan aku campakkan kepadanya kepanasan yang sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka, dengan itu mengigillah badan mereka sera diconteng-conteng rupa paras mereka supaya dibenci orang”.

Nabi Allah Sulaiman pun menangkapnya sambil berkata : “Wahai perempuan yang celaka! Kamu tidak boleh lari dari genggamanku sehingga berikan satu perjanjian dan sumpah setia kepada anak-anak Adam, lelaki dan perempuan”.

Begitulah kisahnya akan jin yang akan merosakkan anak Adam dengan berbagai cara yang kita tersangka oleh kita yang selama ini tidak mengambil peduli. Makanya apabila jin sudah melakukan peranannya, tentu kita boleh mengagak apakah kesannya kepada kita anak-anak Adam. Tanpa rawatan dari mereka yang benar-benar berilmu haqq dan berkebolehan, tentulah kita anak-anak Adam ini akan merasai kesengsaraan sepanjang kehidupan. Jika rawatan dilakukan oleh mereka yang tidak berada di jalan haqq, penyakit akan tetap datang dan pergi sebagaimana yang pernah di catatkan oleh Prof Shahidan Radiman dari National University of Malaysia, Faculty of Science and Technology.

Prof Shahidan Radiman mencatat:

Sebenarnya orang yang tidak belajar Ilmu Mengenal Diri tak guna mengamalkan perubatan Islam . Banyak kes berlaku dimana seseorang itu “mengubat” si pesakit dengan ayat Al-Quran dan sebagainya, tetapi sakit orang itu tak baik, iaitu sakitnya berulang. Mengapa demikian? Sebab jin yang dia “buang” itu tidak ke mana – ia hanya menyorok dalam badan atau keluar sekejap kemudian masuk balik? Sampai bila pun tak akan baik...

Orang yang tak belajar Ilmu Mengenal Diri amat berbahaya jika “bermain” dengan alam ghaib. Ibarat orang Melayu cuba melintas padang pasir Sahara tanpa unta dan bekal, tanpa “guide” Baduwi, memang pasti akan binasa atau membinasakan orang lain. Bukan saja jin pandai bermain wayang tetapi jenis dan perangainya beribu-ribu. Hanya orang yang sudah mengenal diri dapat mengenali semua makhluk-mahkluk itu . Itu sebabnya Ilmu Mengenal Diri sangat penting, khasnya di waktu sakaratul maut. Ia penting di dunia dan di akhirat. Begitulah perjalanan yang akan kita tempoh – jauh perjalanan, maka oleh itu, saya sarankan kepada semua pembaca, carilah ilmu untuk menyampaikan kita kepada Al-Haqq!...

Bahana Ruqyah Syirik (mantera)


17/5/2016 - 9.30 mlm, Pesakit mengadu di belikatnya ada benda bergerak2. Ku tanya ada.belajar ilmu silat ke atau perubatan. Katanya silat tak pernah belajar. Perubatan pun tak cuma pernah tolong pegang kawan yg dirawat di darul s....selepas kejadian ni berlaku pergerakan dlm belikatnya.

Dulu ada seorang remaja ambik ijazah silat batin dari seorang pawang, hampir merogol adik sendiri.
Yg belajar silat dan perubatan yg dah difatwakan sesat, mengadu perkara yg sama.
Yg menghafal ruqyah dari buku, bunuh ibu sendiri. Yg baru di ijazahkan ruqyah dibangi dulu....esok bunuh anak sendiri.
Byk kes dah...ku terapi zikir, tak sampai 10 minit, pesakit muntah2. Rasa lega bila yg terbuku didada dan belikat keluar semua.


Sebelumnya pada jam 7 mlm, seorang bapa membawa anak perempuannya yg kemurungan , katanya gara-gara menonton CD MUNAFIK. Si anak mengaku selepas ikut baca mantera ( ayat al quran) yg di baca Shamsul Yusof, beliau kemurungan dan tak boleh makan.

14/5/2016 - Pesakit dari Johor anak dara sunti masih belajar di kolej kerap sakit perut seolah gastrik. Bila mula di ruqyah, beliau rasa mual dan trauma. Beliau dah tak boleh duduk dlm majlis zikir, majlis baca Yaasin kerana ada perasaan tak enak dan dtg pening2.

Ku terapi zikir padanya, alhamdulillah tiada reaksi negatif malah beliau tenang. Emaknya menceritakan mereka dah serik di ruqyah, kesemua memberi effect yg sama, menambah sakit bukan menyembuhkan.
Ku hanya menyampaikan. Ini dakwahku dlm mengajak kalian kembali men Tauhidkan Allah Azzawajalla. Hanya hidayah dan taufik dariNya shj dpt menyedarkan kalian.

UMRAH BERSAMA ISTERI 21 APRIL - 2 MEI 2016





Ibadat Tawaf pada jam 2 am





Tawaf Sunat selepas Isyak

 Masjid Nabawi

 Jabal Uhud

Jabal Rahmah


Ladang Kurma Andalusia

Masjid Quba

Di kaki Bukit Jabal Tsur

Jemaah Andalusia dalam rangka ziarah luar Kota Mekah