Sunday, May 29, 2016

Bahana Ruqyah Syirik (mantera)


17/5/2016 - 9.30 mlm, Pesakit mengadu di belikatnya ada benda bergerak2. Ku tanya ada.belajar ilmu silat ke atau perubatan. Katanya silat tak pernah belajar. Perubatan pun tak cuma pernah tolong pegang kawan yg dirawat di darul s....selepas kejadian ni berlaku pergerakan dlm belikatnya.

Dulu ada seorang remaja ambik ijazah silat batin dari seorang pawang, hampir merogol adik sendiri.
Yg belajar silat dan perubatan yg dah difatwakan sesat, mengadu perkara yg sama.
Yg menghafal ruqyah dari buku, bunuh ibu sendiri. Yg baru di ijazahkan ruqyah dibangi dulu....esok bunuh anak sendiri.
Byk kes dah...ku terapi zikir, tak sampai 10 minit, pesakit muntah2. Rasa lega bila yg terbuku didada dan belikat keluar semua.


Sebelumnya pada jam 7 mlm, seorang bapa membawa anak perempuannya yg kemurungan , katanya gara-gara menonton CD MUNAFIK. Si anak mengaku selepas ikut baca mantera ( ayat al quran) yg di baca Shamsul Yusof, beliau kemurungan dan tak boleh makan.

14/5/2016 - Pesakit dari Johor anak dara sunti masih belajar di kolej kerap sakit perut seolah gastrik. Bila mula di ruqyah, beliau rasa mual dan trauma. Beliau dah tak boleh duduk dlm majlis zikir, majlis baca Yaasin kerana ada perasaan tak enak dan dtg pening2.

Ku terapi zikir padanya, alhamdulillah tiada reaksi negatif malah beliau tenang. Emaknya menceritakan mereka dah serik di ruqyah, kesemua memberi effect yg sama, menambah sakit bukan menyembuhkan.
Ku hanya menyampaikan. Ini dakwahku dlm mengajak kalian kembali men Tauhidkan Allah Azzawajalla. Hanya hidayah dan taufik dariNya shj dpt menyedarkan kalian.