Monday, July 17, 2023

16 Julai 2023 – Kes Ketumbuhan di kepala ( Kulai, Johor )


Mulanya temujanji di atur pada mingu hadapan kerana sudah ada temujanji dengan orang Singapura utk berubat namun si suami yang menghubungi saya memberitahu bahawa keadaan isterinya cukup lemah dan hanya mampu berbaring dan tidur shj hampir 4 bulan sejak ia bermula di kesan.
Pesakit adalah seorang peguam kes jenayah dan sudah tidak bekerja semenjak sakit dan suami seorang pegawai Bomba yang telah 4 bulan di tukarkan ke N.Sembilan. Anehnya sejak suaminya di tukarkan , si istri mula sakit.
Temujanji pertama adalah pada hari Jumaat petang ( 14/7/2023 ) selepas waktu Asar. Si suami memberitahu bahawa isterinya tidak mengetahui akan temujanji ini dan membebel bila dapat tahu akan kedatangan saya. Saya hanya tersenyum bersama suaminya kerana si isteri tak tahu dan tak kenal saya namun merupakan kawan baik pelajar saya yg merupakan Doktor Pakar di Hosptal Johor Bahru. Dan si suami juga mengenali pelajar saya yg juga bekas Ketua Balai Bomba yg kini bertugas di Pengerang sebagai trainer .
Pesakit setelah di diagnos oleh doktor bahawa terdapat 2 ketumbuhan di kepalanya terus mendapatkan nasihat Doktor Pakar ini yg juga kenalannya sebelum berkahwin lagi akan pendapatnya bahawa kepalanya harus di bedah. Pesakit dan tak mahu di bedah dan doktor pakar ini pun tidak merekomenkan begitu dan menasihatkan agar berubat kaedah Islam.
Dalam diam si suami menghubungi saya dan membuat temujanji pada minggu hadapan namun melihatkan keadaan pesakit yg makin kronik , saya putuskan utk merawatnya pada minggu ini dan kebetulan pesakit dari Singapura pula menangguhkan pertemuan atas sebab-sebab kerja yg tidak boleh di tinggalkan.
Saya merasakan perlu di segerakan rawatan kerana sebelum ini bahkan pada bulan lepas 2 pesakit Kanser dari Kulai juga ada membuat temujanji namun terpaksa di batalkan , satu pesakit telah meninggal dunia sebelum sempat di rawat dan yg satu lagi memutuskan utk terus di rawat di hospital.
Kedatangan saya pada petang jumaat menyaksikan keadaan pesakit yg memang parah, tidak mampu berjalan dan kepala berat dan pening. Saya memberitahunya juga bahawa saya adalah kawan juga guru kepada kawannya yg merupakan Doktor Pakar tu , kelihatan reaksinya agak positif kerna mungkin kawannya ada pernah menceriatakannya.
Rawatan di mulakan dengan Doa yg tiada hijab “ Anak Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi “ ijazah dan bersanad terus kepada Rasulullah SAW yg saya terima di Malam Lailatul Qadr dan zikir “Ismullah Al Adzham” juga amalan para Nabi dan Ariffin , anugerah di malam seterusnya setelah Malam Qadar…………di susuli bacaan surah2 pendek sunnah Baginda SAW di dalam merawat dan seterusnya saya bacakan Surah AL Mulk guna mengalirkan mukjizat/tenaga zikir ini ke dalam kepalanya melalui2 ubun2nya.
Pesakit merasakan kepanasan di dalam kepalanya, ini adalah kerana tenaga zikir yg memasuki kepalanya membakar penyakit/ketubuhan/tompokan jin-jin yg bersarang di kepalanya. Setelah itu pesakit merasa pusing/pening yg amat dan minta untuk masuk ke bilik. Temujanji pada esoknya di tentukan pada jam 10 am.
Saya bertanyakan keadaan pesakit pada malam tadi dan katanya beliau dapat tidur nyenyak dan bermimpi sehingga mimpi itu bersambung walau dah bangun untuk ke tandas. Memang biasanya selepas di terapi zikir pesakit apa pun dapat tidur nyenyak kerana sel2 penyakit sudah tidak aktif menyakiti pesakit ( sel2 yg merupakan makhluk halus yg tak dapat di lihat oleh mata kasar yg di panggil jin) yg telah terbakar dengan tenaga zikir yg merupakan mukjizat AL Quran yg di nafikan umat masakini.
Saya dan isteri tidak akan memberitahu apa-apa kalau pun ada firasat dan hijab yg terbuka sebelum pesakit di nampakkan apa-apa kepadanya sebagai bukti punca sakitnya itu. Pesakit menceritakan mimpinya dan beliau kaget dapat mengingat kembali peristiwa dan nama2 orang yg muncul di dalam mimpinya yg menjadi punca masalah penyakitnya ini. Ingatan beliau telah hilang dan bila ingatan ini kembali beliau semacam mahu menangis kerana ingatannya benar2 pulih dan dapat mengingat kembali peristiwa2 dahulu serta nama2 dan menceritakannya.
Rupa-rupanya beliau telah di sihir oleh rakan sekerja yg hasad padanya yg cemburu akan kemampuannya dan di sukai oleh bekas bosnya yg ingin ia bekerja dengannya. Saya tau masakini peguam ramai menggunakan khidmat bomoh guna untuk menang kes dan saya telah menangani beberapa kes terdahulu yg di dalangi oleh peguam-peguam yg jahat ini.
Nasib baik beliau telah mengambil tindakan yg bijak untuk tidak membedah tengkorak kepalanya dan juga mendapat nasihat yg baik dari Doktor Pakar dalam usaha merawat penyakitnya agar berubat cara Islam yg di redhai Allah dan Rasul. Kerosakan yg makin kronik dan kecacatan dapat di elakkan dengan menghindari pembedahan.
Petangnya saya di hubungi oleh si suami mengatakan di waktu Asar tiba2 isteri rasa berat kepala dan muntah2. Saya mengatakan mungkin bisa2 sihir nak keluar melalui muntah2 dan minum air yg saya doakan agar bisa2 terus keluar dan mendapat tenaga semula. Kalau ini serangan baru jika keadaan tidak membaik maka kena jemput saya di hotel…
Temujanji pada hari terakhir 16/7/2023 jam 10 am , kelihatan pesakit sudah bertenaga dan ceria. Tidur malamnya amat lena sehingga mendapat rehat yg cukup utk memberi tenaga pada tubuhnya. Terapi pada kali kedua saya bacakan Surah Yaasin dan pada kali ke tiga saya bacakan Surah AL Waqiah. Tiada reaksi negative pada pesakit bila di alirkan tenaga mukjizat Al Quran padanya menunjukkan jin2 sihir penyakit tidak mampu melawan dan melarikan diri tanpa ragu2.
Tak lama kemudian, Doktor Pakar berkenaan kenalannya dan juga pelajar saya sampai seperti di janjikan. Perbualan mereka seperti lama tak jumpa dan pesakit tak kelihatan macam orang sakit pun berbual dan bercerita mcm tak pernah sakit. Namun pesakit ada juga menberitahu bhw ada sedara2 juga nak datang yg nak menasihatkan agar di bedah shj menurut nasihat doctor, payah nak elak katanya nasihat2 mcm ini.
Itu sebab kata saya Nabi SAW suruh amalkan Surah AL Kahfi di akhir zaman sebagai penyelamat fitnah dajjal. Maksudnya kena jadi seperti Pemuda ALKahfi yg merupakan pembesar negara yg lari menyembunyikan diri dari kerosakan Pemerintah dan masyarakat pada masa itu. Kalau ikut nasihat masyarakat yg rosak, diri yg akan rosak tanpa dapat di pulihkan lagi. Doktor dah lepas tangan , takleh dakwa dakwi , penasihat pula mendoakan kebaikan pula setelah mengajak kepada kerosakan tadi.
Mereka berbincang untuk turut berbaiah dan belajar dengan saya guna merawat diri dan keluarga dan boleh menjadi karier selepas pencen atau berhenti kerja nanti. Sambil bergelak ketawa dan bergurau senda seolah menjadi majlis reunion dan bukan nya aktiviti ziarah orang sakit , kerana orang yg sakit pun ceria dan tak macam orang sakit pun hehe.
Pertemuan berakhir dan kami di bawa oleh Doktor Pakar ini untuk makan tengahari sebelum bertolak pulang. Alhamdulillah , segalanya selesai dan berkahir dengan baik.

8 Julai 2023 - Selesai merawat pesakit Breast Cancer ( Baling Kedah )


Rawatan sebyk 3 kali dlm proses membakar, membersih dan membilas kotoran penyakit di dalam darah. Selepas sekali rawatan, pesakit memberitahu sakitnya berkurangan dan sudah boleh bangun utk ke tandas.

Malam pun sudah boleh tido dan tersedar sekali sekala kerana sakit yg masih ada.
Saya di temani jemaah/murid 2 beradik lelaki perawat dari Baling sendiri dan adiknya dari Grik dan 2 beradik perawat wanita dari KL.
Sesampai di rumah pesakit di tepi jalan dan merupakan kawasan kaki bukit, terasa aura negatif yg kuat dan isteri dan murid saya di nampakkan makhluk2 ghaib mungkin jin kawasan sedang memerhati.
Di dalam rumah juga terasa aura negatifnya sehingga jemaah wanita dan isteri saya tersedawa angin2.
Sesungguhnya pemerhatian saya dan pengakuan jin sendiri bahawa kanser adalah penyakit akibat gangguan jin yg duduk bertompok2 di kawasan ketumbuhan berkenaan.
Sesetengah penyakit mungkin akibat gangguan atau sihir dan mungkin juga kifarah akibat dosa2nya menzalimi sesama makhluk. Kerana itu walau di beri kelebihan oleh Allah SWT dan syafaat Rasulullah SAW dalam penyembuhan penyakit, saya tak terasa lagi nak memviralkan atau mempopularkan diri dgn pelbagai cara kerna kesembuhan tetap dari Allah SWT dan hanya manusia terpilih juga di beri kesembuhan.
Manusia2 munafik yg mempertikai dan menolak kaedah Rawatan Islam apalagi memusuhi kerana takjub dan teruja dgn sihir teknologi Mr.D...pasti tiada redha Allah dan syafaat Baginda SAW.
Selepas memastikan keadaan sekeliling rumah yg suram seperti disaksikan isteri dan jemaah,saya menyeru bantuan ghaib agar di bersihkan kawasan rumah berkenaan dan dipindahkan makhluk2 ghaib itu ke kawasan lain.
Hari kedua rawatan sebanyak 2 kali iaitu pagi dan malam kerna ia merupakan hari yg berturutan juga. Tujuannya kerna kalau siang hari sudah kelihatan penghuni ghaib apatah lagi malam hari yg merupakan siang bg mereka.
Kedatangan kedua kali memperlihatkan pesakit yg ceria, mungkin juga sakitnya berkurangan dan mungkin juga kerna kunjungan saudara mara yg turut menyaksikan rawatan kami. Haripertama saya membaca Surah Yaasin dan Al Mulk. Rawatan kedua saya bacakan Surah Al Waqiah guna menyalurkan energi/mukjizat Al Quran melalui ubun2 ke jantung dan jantung mengepamnya keseluruh urat saraf guna membakar penyakit, kuman dan virus didalam darah.
Malamnya kami datang selepas Solat Maghrib dan mendapati aura kawasan sudah terang tiada lagi aura negatif. Rawatan ke3 saya bacakan Surah As Sajadah dan sentuhan di kawasan ketumbuhan dan perut yg penuh angin yg terbakar😁😉.
Kaedah saya merupakan sentuhan tapak tangan shj mengalirkan tenaga zikir dan kejantung....dsn insyaaAllah tenaga ini yg membakar penyakit serta menyembuhkan serta juga mencantumkan tulang yg patah atau retak
Sesungguhnya ilmu Syahadah yg saya bawa merupakan.ilmu tertinggi dari sisiNya dan tiada penyakit yg tak dapat di rawat dgnnya. Hatta jantung berlubang pun bertaut dgn cepat.
Saraf otak yg terganggu pun dapat dipulihkan namun spt yg saya cakap, musibah itu mungkin jufga kifarah dari dosa2 lampaunya, mungkin ibunya atau ayahnya, so tak perlu rekomen berkali2, depa pun tak yakin dgn Allah.
Kali ketiga rawatan baharu terbongkar bhw penyakit ini akibat suntikan vaksin. Bukan beliau shj malah beberapa orang lagi yg bekerja bersamanya.
Malah kawasan tempat kerjanya juga sekeras kawasan peninggalan sejarah.
Semoga Allah SWT memberi kesembuhan total kpd pesakit ini dan menjadi saksi akan kebenaran mukjizat al Quran yg telah hilang dari pegangan ularmak srkarang.
LA ILAHA ILLALLAH
MUHAMMAD RASULULLAH

Tuesday, February 4, 2020

Dr Perubatan Islam Dari Amerika Membuktikan Bacaan Al-Quran Boleh Menyembuhkan Penyakit



Al Quran penyembuh penyakit.


Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr. Al-Qodhi di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat, berhasil membuktikan hanya dengan mendengarkan ayat suci Al Quran, baik mereka yang mengerti Bahasa Arab atau tidak, ternyata memberikan perubahan fisiologi yang sangat besar termasuk salah satunya dapat menangkal berbagai-bagai jenis penyakit.

Mengapa di dalam Islam, ketika kita mengaji disarankan untuk bersuara? Minima untuk diri sendiri @ terdengar oleh telinga kita.

Berikut penjelasannya :

Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama, dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini akan menimbulkan potensi penyakit pada berbagai-bagai bahagian tubuh.

Sel-sel yang rosak ini harus digetarkan kembali untuk mengembalikan keseimbangannya.

Hal tersebut ertinya harus dengan suara. Maka munculah TERAPI SUARA yang ditemukan oleh Dr. Alfred Tomatis, seorang doktor di Perancis.

Sementara Dr. Al-Qodhi menemukan bahawa : 

MEMBACA AL QURAN DENGAN BERSUARA, memberikan pengaruh yang luar biasa terhadap sel-sel otak untuk mengembalikan keseimbangannya.

Penelitian berikutnya membuktikan sel kanser dapat hancur dengan menggunakan FREKUENSI SUARA saja.

Dan kembali terbukti bahawa, membaca Al Quran memiliki kesan hebat dalam proses penyembuhan penyakit kanser.

Virus dan kuman berhenti bergetar saat dibacakan ayat suci Al Quran dan di saat yang sama , sel-sel sihat menjadi aktif.

Mengembalikan keseimbangan program yang terganggu tadi.
Silakan lihat Surah Al-Isro’, ayat 82.

Dan yang lebih menguatkan supaya diri ini semakin rajin dan kerap membaca Al Quran adalah kerana menurut kajian:



SUARA YANG PALING MEMILIKI PENGARUH KUAT TERHADAP SEL-SEL TUBUH, ADALAH SUARA SI PEMILIK TUBUH ITU SENDIRI.
Lihat QS. 7 ayat 55 dan QS. 17 ayat 10.


Mengapa solat berjama’ah lebih dianjurkan?.

Kerana ada do’a yang dilantunkan dengan kuat sehingga terdengar oleh telinga, dan ini akan mengembalikan sistem yang harian rosak.

Mengapa dalam Islam mendengarkan lagu hingar bingar dilarang?

Kerana kajian membuktikan, bahwa getaran suara hingar bingar MEMBUAT TUBUH TIDAK SEIMBANG.

Maka kesimpulannya adalah:

1. Bacalah Al Quran pada pagi hari dan malam hari sebelum tidur untuk mengembalikan sistem tubuh kembali normal.

2. Hilangkan muzik, ganti saja dengan murotal yang jelas-jelas memberikan kesan menyembuhkan.
Siapa tahu kita punya potensi terkena kanser, tapi kerana rajin mendengarkan murotal, penyakit tersebut akan hancur sebelum merebak.

3. Perbaiki baca Al Quran (baca dengan tartil, penuhi Hukum Tajwid), kerana kesan suara kita sendirilah yang paling dasyhat dalam penyembuhan.

RAHSIA PERUBATAN YG DI SOROK OLEH BARAT



MAKAM DATOK LAKSAMANA KIYAI HANG JEBAT DI DEMAK

Alhamdulillah, sahabat Habib dari Demak mengkhabarkan ada Makam Datok Laksamana Hang Jebat di sana. InsyaaAllah ziarah makam wali songo kali ini pasti ziarah ke sana juga. Tak jauh juga dari kompleks pemakaman anak saudaranya Sunan Kalijaga.



Sunday, November 10, 2019

AL HABIB TUN ZULKIFLEE ALHAJ AZMATKHAN ALHUSSAINI

10 Nov 2019 - Menerima nasab secara rasmi dari Ulama Nasab Sedunia Azmatkhan - Prof.Dr.KH.Shohibul Faroji Azmatkhan AlHussaini.

Dokumen berupa passport nasab antarabangsa dan sijil nasab yg lengkap.
Kini secara rasmi bergelar :
AL HABIB TUN ZULKIFLEE AZMATKHAN
AL HUSSAINI.
- nasab ke 41 dari Baginda Rasulullah SAW dari Qabilah AL Hussain.

Gelaran Habib adalah jalur yg sah dari Rasulullah SAW dan lebih tinggi dari gelar Sayyid.
Nasab ini juga membuktikan Datuk Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat memang wujud dan nama Datok Laksamana Hang Jebat ada dalam jalur nasab ini.

Gelar Tun adalah dari jalur nasab Datok Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat.

INGAT - jangan sesiapa cuba memburukkan nama Datuk2ku kerana mereka berdua adalah cucu Rasulullah juga dari Sayyidina Hussain.





Friday, July 26, 2019

MUKJIZAT AIR YANG DI DOAKAN


12/07/2019 – Sihir Bomoh Buddha dari majikan dan keluarga



Kes ni berlaku di Peringat, Kota Bharu di mana rawatan ini adalah susulan ke 4.

Rawatan pertama kali adalah gangguan saka nenek. Susulan kedua baharu muncul jin-jin sihir dari majikannya.

Susulan ke 3 muncul pula sihir-sihir dari keluarga sendiri akibat tamakkan harta pusaka. Rawatan kali ke 3 turut di sertai beberapa Jemaah GFSK yg turut sama membantu mengusir jin-jin saka nenek dari rumahnya dan jin-jin sihir dari hantaran keluarga sendiri dan sekaligus jin-jin tersebut mengakui kematian tuan-tuannya iaitu bomoh-bomoh siam Buddha.

Kali ini rawatan susulan ke 4 di mana jin-jin siam majikan kembali menyerang dengan perantaraan produk-produk jualan yang di sentuhnya. Walau pesakit dah berhenti kerja namun jin2 tersebut dapat menembusi melalui produk2 kecantikan yg turut di sihirnya. Pesakit masih berhubung dgn syarikat tersebut dgn membuat sales online dan akibat nya dinding dapat di tembusi juga.

Rawatan hanya berlangsung selama ½ jam di mana jin2 tersebut tak mampu bertahan walau datang dari siam dari tokong2 besar namun berdepan dengan anak cucu keturunan Rasulullah dari Yaman ni dan juga berdarah dari dua Panglima Agung MELAYU iaitu Tok Tuah dan Tok Jebat dengan di dampingi 10 wali songo yg di akui jin2 itu sendiri, maka mereka berundur kerana tak mampu melawan.

Rawatan berlangsung selepas waktu asar sebaik kami sampai dan berehat sebentar di hotel. Perjalanan jauh membuat badan penat dan bila jumpa tilam, langsung tak sedar dah…lena sampai pagi di bawah hembusan air cond yg begitu sejuk. Pagi esoknya saya lihat ada message memberitahu ada “missed call” dari nombor yg tidak di ketahui. Bila di semak rupa2nya nombor suami pesakit dan panggilan di buat 3 x. Sahla jin-jin tersebut dah block talian sehingga panggilan tak sampai , salah satu kemampuan jin selain dapat mematikan enjin kenderaan juga.

13/07/2019 - Selepas zohor kami kesana dan mendapati kerasukan semula adalah dari jin-jin yang menghuni tubuh anaknya pula. Selain jin2 yg di hantar kepada anaknya , ada juga jin2 lain muncul iaitu yang di hantar oleh keluarganya iaitu pakciknya yang mahukan hartanya. Iaitu jin “minyak mati terbunuh” yang di calit di dnding rumah dan pokok2 di luar. Semuanya tak mampu bertahan, saya bagi pilihan samada mati terbakar atau masuk penjara sunan. Penjara juga menjadi pilihan agar dapat terus hidup. Rawatan berlangsung pun tak lama, dalam sejam lebih dan kami pulang ke hotel sebelum asar utk berehat. Malam nanti nak follow up lagi.

Selepas Isyak kami ke sana lagi dan pesakit masih di rasuk oleh jin-jin yg masih bersembunyi di dalam rumah. Bila pesakit ke dapur utk menghidangkan minuman tetiba ia kerasukan, jin2 ni gementar tiap kali saya datang tetapi yg kena cekup yg dekat duulu lah. Jin-jin ni pula memberitahu ada jin2 lain juga yang di hantar oleh makciknya yg juga tamakkan hartanya. “ Aku tengok je , aku tak campur. Makcik dia tuang minyak mati bunuh kat pokok luar tu nak sihir makdia bagi mati. Dia pulak yg kena” kata jin itu.

“ Kau panggil semua jin-jin tu dan ajak lari dari sini” kataku. “Nahas kalau masih ada , aku akan bakar semua”. Di seru semua jin2 itu dan mereka lari katanya. “ Mung pung keluar jugak, kalau tak aku bakar”. “ Keluar gi mana” tanya jin tu. “ Masuk penjara Sunan “ kataku.” Mu tipu aku, ingat aku tolong mung, takyah masuk penjara”. “ Mung dah buat salah kan, 6 tahun kan engkau duk dalam tubuh dia ni kan?”

Takleh ngelak dan takde sebab , samada mati atau penjara. Mereka keluar juga.

Aku berdepan dengan jin-jin kafir ni takde baca apa-apa ruqyah atau mantera sakti mahu pun bacaan AL Quran. Jin-jin dah kenal hamba-hamba Allah yg terpilih yg di damping oleh rijalulghaib yang merupakan bala tentera Allah yg membantu bila diperlukan. Bukan menyeru Rijalulghaib, “ Allah jua tempat meminta”, di datangkan bala tenteranya membantu.

Baca mantera syirik atau meruqyah dengan iktiqad yg syirik iatu mantera dan ruqyah berkuasa membakar dan melemahkan jin-jin,akan mengundang jin-jin datang bukan mengusir. Lihat sahaja ruqyah massal yg di buat oleh ustaz2 peruqyah, kenapa dah tahu nak di rawat, jin2 tu duduk lagi di situ kalau tahu perawat tu mampu memusnahkan mereka. Pada hakikatnya bacaan ruqyah itu lah yg memanggil jin2 tu datang dan berlakon hysteria dan kerasukan bila iktiqad mereka bahawa bacaan mereka adalah mantera sakti. Sakti sangat pergi lah ruqyah banduan2 di penjara tu, usir semua jin2 yg menghasut mereka kejalan maksiat dan kejahatan, baharu aman dunia ni dari jenayah.

Begitu juga kalau sakit, bergantung dengan ubat. Mensyirikkan Allah dgn benda dgn iktiqad mampu menyembuhkan. Walau pun produk sunnah tapi tak kena gaya dan iktiqad akan jatuh haram juga. Dalam diam-diam ustaz2 kita mengajak kita kepada kesyirikan dengan bergantung kepada ubatan , bukan terus meminta kepada Allah Azzawajalla bila sakit…….” Apabila aku sakit, Dia yg menyembuhkan”

DIA tu Allah bukan ubat.

16/07/2019 – ANAK DI SIHIR BAPA SENDIRI ( PINDAH SAKA ) – Siri 14



Message di terima tak sampai sejam untuk pesakit bersama ibunya berhajat untuk datang. Kata ibunya ada sakit sikit2 lagi dan mimpi pelik2. Kebetulan saya bersama beberapaorang Jemaah sedang berurusan dengan ejen hartanah untuk penyewaan rumah dibuat Markas dan Homestay GFSK D’Syifa.

Maka saya mempelawa 3 orang Jemaah ini untuk menjadi saksi pengubatan ini agar penceritaan saya nanti tidak menjadi tanda tanya bagi pembaca apatah lagi perawat lain yg memang tidak pernah jumpa kaedah dan cara yg berbeza kerana saya bisa menundukkan dan mengalahkan jin-jin dengan mudah .

Pesakit dan ibunya sampai pada jam 10 malam dengan wajah yg ceria keduanya. Si ibu turut membawa tongkat senjata peninggalan arwah bapanya yg turut di minati oleh bekas suaminya yg merupakan penyihir anaknya. Saya melihatnya dan membersihkannya dari isian-isian yg batil.

Pesakit berbaring dan saya berdoa di kepalanya macam biasa. Selepas berdoa, saya membaca ayat-ayat tertentu sementara menunggu jin-jin tu bangkit.

Jin yang pertama bangkit adalah jin dari Sabah. Bila saya tekan, dia menjerit memanggil bapanya kemudian ibunya, mereka enggak datang. Dalam 5 minit dia pun caabut.

Ku seru lagi, bangkit jin yg kedua dari Jawa. “Aku kenal engkau, aku bukan datang nak lawan engkau tapi nak bertanya khabar je” katanya. Kami pakat ketawa dengan perkataannya yg lucu itu. “Aku tak mampu nak lawan engkau dengan 10 wali songo dengan engkau….aku pergi dulu ya”

Ku seru lagi, walau pesakit kelihatan diam dan mengucap 2 kalimah syahadah, ianya bukan boleh di percayai. Ku tekan lagi, kali ini bangkit bapanya sendiri. Ia marah-marah kerana kerana aku kerap ganggu kerjanya sehingga ia gagal untuk melaksanakan misinya. “Kalau engkau nak khianati anak sendiri, biar aku yg jaganya dari kedurjanaan engkau”. “ Mengganggu dia seperti mencari pasal dengan aku” kataku. Dengan marah dan ancaman nya terhadapku namun ia nyata keluar juga tak mampu hadapi Cahayaku.

Biasanya kalau bapaknya yg keluar selesailah…..namun isteriku tahu masih ada yg menyembunyi kat dalam tu. Dia duduk bersila mengadap Jemaah, aku di belakangnya memeriksa. Rupanya duduk di kepala….ku tekan, degil tetap degil. Isteriku mencari juga ada di bahagian kakinya. Marahnya bukan main “ kau tau je kat mana aku duduk ya”. “Kau nak kena bakar ya” kata isteriku.

“Kau mengugut aku” herdiknya pada isteriku. “ Kau nak lawan aku ke?” Aku pula herdiknya. “ Kau lain la…..” katanya. Akhirnya ia keluar juga. Takde lah lama sesi ni, mereka and the gang dah berkali-kali kena belasah dgn aku dan di kurung di penjara sunan. Baharu lah pesakit berkata merasa lega di bahagian badan dan kepalanya, rasa ringan. SI ibu nya berkata, “ ada hari itu dia kata nak cekik saya, risau juga kami berdua je, apa jadi kang….”

Selagi bapanya tu masih hidup, dia akan berusaha juga utk memindahkan dan membunuh anaknya ni, apa lah busuk punya hati manusia ni. Lebih kurang kes sebelum ni Cuma bezanya yg itu bapanya dah mati tetapi di huni oleh Iblis Laknatullah yg menyamar sebagai bapanya.

HATI-HATI DENGAN ORANG YG MENYAMAR SEBAGAI SAYA

Hati-hati dengan penipuan ini, wak ni menggunakan gambar saya untuk busines tarik nombor dan harta.
Agaknya jin-jin tu bagi syarat supaya dapat izin saya ke atau wak ni sengaja nak memburukkan saya...



15/07/2019 – ANAK DI SIHIR BAPA SENDIRI ( Siri 3 )



Kes ini merupakan rawatan ulangan kerana selagi penyihir masih hidup, risiko berulang serangan sihir adalah pasti.

2 beradik yatim piatu yang di sisih keluarga sendiri yakni oleh bapa dan abang2 serta kakak2nya yang memihak kepada bapanya yang sebenarnya tidak mengetahui apa perbuatan jahat bapa mereka ini. Mujur ada dari kalangan saudara iaitu pakcik mereka yang mengetahui perbuatan jahat si bapa dan menasihati kedua beradik ini agar berubat dengan orang yg benar dan arif.
Si abang seorang Jurutera dan si adik masih belajar di UITM dalam rangka bercuti dan kerana kesibukan masing2, rawatan ulangan ni terlalu jauh jaraknya dan lambat untuk di selesaikan. Biasanya kes2 saka dan sihir saya minta rawatan selama 3 hari berturut2 agar dapat di selesaikan terus apatah lagi jika pesakit datang dari luar kawasan. InsyaaAllah tak lama lagi kami akan sediakan Homestay, kemudahan bagi pesakit untuk di sewakan yang datang dari luar KL dan Selangor agar dapat menginap dan meneruskan rawatan selama 3 hari berturut2. Bagi pesakit yang tak dapat datang dan meminta saya pula untuk ketempat mereka, insyaaAllah boleh di uruskan dengan pembiayaan yangberpatutan.
Si pesakit berbaring dan saya memulakan Doa dan bertawasul dengan Nama-Nama Allah Yg Agung. Tak sampai seminit pesakit ( anak gadis berusia 23 tahun ) menunjukkan reaksi muka yg kurang elok. Jin2 di dalam badannya mula resah kepanasan dan menunjukkan diri mereka dgn aksi diri mereka iaitu jin monyet yang pertama muncul.
Seperti biasa lah, saya tekan di tempat tertentu untuk menyiksanya. Menjerit kesakitan, melolong kuat betul. Risau takut jiran2 datang bertanya pulak. Kalau tak di sakiti mereka akan diam , nak lari keluar pula takut melanggar arahan tuannya. Akhirnya keluar juga jin monyet ni dalamasa 5 minit .
Seterusnya saya menyeru lagi, “ siapa lagi yang ada, sila bangkit”. Bangkit lagi jin yang seakan monyet , berbicara…..selepas menanggung kesakitan akhirnya dia berbicara dengan lembut. “ Aku tahu siapa engkau, aku tak mampu nak lawan engkau. Dengan engkau ada 10 Wali-songo yang membantu. Aku takut dengan wali songo” katanya.
Dia dengan sukarela menceritakan asal nya dan kelemahan sihir ini dan di mana puncanya dan bagaimana untuk di lemahkan dan di hancurkan. Dia di letakkan bersama anak gadis ini semenjak ia di lahirkan dan di kunci di beberapa tempat iaitu di kaki, bahu , ubun2 dan bahagian rahimnya. Dia sendiri benci dengan kezaliman si bapa anak gadis ini namun kerana ia adalah kerjanya dan mudah , ia laksanakan juga. Namun bila berdepan dengan saya , dia dan jin2 yang lain tak mampu untuk melawan malah menderita jika terus bertahan.

Dia menunjukkan di jari kaki tempat yang perlu di bukakan kunci dan mengeluarkan mereka. Di pandunya saya dengan cara dan kaedah yang betul. “ Tuan syeikh hanya focus dan jangan bimbang Syeikh Siti Jenar bersama tuan membuka kuncian ini”. “ Jika syeikh focus, syeikh akan nampak bahawa bapa anak ini sedang menyucuk2 jari2 itu dan tau apa tuan sedang lakukan”. “ Syeikh boleh nampak mereka dan mereka juga sedang tengok syeikh dengan jin2 sakai ni”. Sementara saya focus mengalirkan energy zikir dan berzikir dengan khusyuk, jin itu berbicara pula dengan si abang dan menasihatinya. Di larangnya kedua beradik ni dari balik ke kampong jumpa bapa mereka kerana si bapa akan menambah lagi kekuatan sihir ini pada anaknya. Sedang si bapa dan adik beradiknya dah fitnah macam2 kepada mereka berdua kerana tidak lagi pulang ke kampong. SI BAPANYA SEBENARNYA TELAH PUN MATI DAN YG HIDUP DI JASADNYA ADALAH SYAITAN DARI KETURUNAN DAJJAL YANG MENGGUNAKAN ILMU SAKAI. Si ibu telah pun di bunuh oleh syaitan ini dengan sentuhan sahaja semasa di hospital akibat kanser payudara, kanser ini adalah sihir yg mana jin2 tersebut duduk di tempat itu bertompok2. Namun rawatan hospital seperti bedah dan kimo belum mampu membunuhnya kerana zikirnya, maka ia sendiri lah yg terpaksa lakukan demi menjaga rahsia ilmunya yang hanya di ketahui oleh kedua beradik ini dan saya.
Kerana saya mempercayai apa yg berlaku berbanding ustaz-ustaz sebelum ni yg gagal merawatnya kerana tidak percaya apa yg berlaku tu memang benar2 wujud. Kegagalan rawatan ustaz2 sebelum ni adalah kerana tidak percaya kpd yg ghaib yg mampu di lakukan oleh syaitan2 ini dan lemahnya iman serta iktiqad yang salah. “ Kau mampu menyelamatkan anak gadis ini kerana keyakinan engkau , kepercayaan engkau kepada yg ghaib2 dan sifat engkau sendiri yg tidak kenal putus asa”. “ Malah bersama engkau 10 wali songo yg tak mampu kami hadapi”. Pesakit sendiri pernah cerita, rawatan dengan ustaz2 sebelum ni tak macam ni, seolah tak power langsung. Kini pesakit hanya percayakan saya malahan segala rahsia terbongkar di ceritakan oleh jin2 itu sendiri malah di nasihati pula oleh jin2 tu yg kasihan pula akan mereka, walau pun mereka jin tetapi masih ada hati perut namun syaitan manusia ni memang hilang aqal dan dah tak waras.
Setelah selesai buka kuncian di jari kakinya, kami berehat sebentar untuk memberi peluang pesakit memulihkan tenaganya. Jin2 itu bercerita penuh emosi, sehingga mengalir air mata pesakit dan penuh dengan penyesalan. Begitu lah bila datang yg Haq, musnah lah yg batil. Perawat lain gagal menundukkan jin2 tersebut kerana tiada back up dari Rijalul Ghaib, hanya gi belajar dan kursus tanpa mewarisi apa-apa dari keturunan yg baik2, macamana nak lawan jin2 yang beratus tahun umurnya? Yg punya ilmu dajjal sedang engkau hanya membaca ayat2 ruqyah tetapi kemukjizatan AL Quran sendiri tidak terbukti dalam dirimu baik para ulama sendiri, sakit bergantung dengan ubatan dan doctor, TUHAN MASIH TIADA DI HATI KALIAN.
Sesi kedua untuk membuka kuncian di bahu kanannya. Kali ini penghuni jin2 ini lebih kuat dan banyak. Jenuh abangnya sekuat tenaga memegang adiknya dan saya pula menekan bahunya dengan bacaan zikir yg berterusan. Rawatan ini tiada bacaan ruqyah mahupun bacaan apa-apa surah dari AL Quran. Takperlu pun sebab jin2 di dalam badannya segera bangkit kepanasan dengan sentuhan tangan saya yg mengalir tenaga zikr yg kuat. Terasa kekuatan jin2 ini bila tangan saya dan pesakit bertaut, kuatnya ia menggenggam tangan saya seolah tangan seorang bodybuilder.
Setelah gagal melawan dan sengsara kepanasan, ia keluar sedikit demi sedikit mengambil masa sejam juga . Setelah keluar jin2 itu dari bahagian ini dan pesakit di sedarkan, saya ke dapur untuk mengambil air sejuk dan doakan agar dapat memberi kesegaran dan tenaga padanya.
Dalam keadaan duduk , ada jin yg bangkit dengan tenang dan berbicara dengan saya dengan baik. Menasihati saya agar teruskan usaha ini untuk menyelamatkan gadis ini kerana saya punya kemampuan untuk menundukkan mereka dan memusnahkan penyihir itu, katanya sudah terbau kebusukan jasad penyihir yg dah mati lama tu dan si abang juga di nasihati agar menjaga adiknya baik2.
Jin2 ini akhirnya akur dengan saya dan berbicara dengan jujur walau mereka kafir, kata mereka. Kerana meraka boleh menilai hati-hati manusia yg jujur dan punya keampuhan ilmu serta ketinggian iman. Malah mereka membantu saya menunjukkan punca serta mengajar cara mengatasinya.
Alhamdulillah, DIA Belaka. DI tunjuki siapa yg di kehendakiNya dan di berikanNya bantuan kpd hambaNya yg di kehendakiNya.
Rawatan susulan saya minta datang selepas seminggu agar pesakit dapat pulih dari kesakitan di tubuhnya. Ada 3 tempat masih perlu di buka kuncian dan di musnahkan sihir2nya.

*KENAPA BANYAK YANG BERDZIKIR TAPI MEMBUAT DIA SEMAKIN DEKAT DENGAN SYAITAN*


Seorang Murid Bertanya Kepada GURUnya (Imam Al Ghazali)
“Syeikh, “ Bukankah Dzikir Bisa
Membuat Seorang Beriman Lebih Dekat Dengan Allah Ta’ala
Dan Syaitan Akan Berlari Jauh Darinya ?
“Benar,”
Jawab Imam al-Ghazali.
“Namun Kenapa Ada Orang Yang Semakin Rajin Berdzikir Justeru Malah Semakin Dekat Dengan Syaitan ?” Lanjut Sang Murid.
Gurunya Yang Diberi Gelar
Hujjatul Islam Inipun Bertutur.
“Bagaimana Pendapatmu,
Jika Ada Orang Yang Mengusir Anjing, Namun Dia Masih Menyimpan Tulang Dan Berbagai Makanan Kesukaan Anjing Disekitarnya ?”
“Tentu, Anjing Itu Akan Kembali
Datang Setelah Diusir.”
Jawab Sang Murid.
Imam al-Ghazali Menjelaskan,
Demikian Juga Dengan Orang-Orang Yang Rajin Berdzikir
Tapi Masih Menyimpan Berbagai Penyakit Hati Dalam Dirinya.
Syaitan Akan Terus Datang
Dan Mendekat Bahkan Bersahabat Dengannya.
Penyakit - Penyakit Hati Itu Ialah :
Seperti Kesombongan,
Irihati, Dengki, Syirik,
Bersikap /berucap Kasar, Riya,
Merasa Sholeh, Merasa Suci,
Ghibah, Marah
Dan Berbagai Penyakit Hati Lainnya.
Ketika Penyakit-Penyakit Itu Menghinggapi Diri Seorang Hamba, Maka Syaitan Terlaknat
Akan Senantiasa Datang,
Mengakrabkan Diri,
Kemudian Menjadi Sahabat Karibnya

Sunday, May 19, 2019

25 Feb.2019 – PESAKIT DI SIHIR BAPA SENDIRI (7)



Malam tadi si ibu message ada gangguan lagi pada tengah malam pada jam 12.00. Dah takboleh buat apa, set temujanji selepas zohor.

Kata ibu dan mertua adiknya seorang doktor yang turut menemani memberitahu dari dalam kereta pesakit diam dan keras je badannya. Pesakit tak banyak cakap kerana menanggung sakit dan terus baring.

Selepas membaca Doa Pembuka, saya menekan bahagian2 tertentu agar jin2 tu bangkit. Bermula di bahu nampak ketidakselesaannya. Saya beralih ke sisinya dan memicit setiap sendi tangan dan kakinya yang keras dan kejang.

Berikut messaga pada ibunya yg ambil half day kerja bersama doktor tu :

* Ni area yg sakit kat badan i
* Seems that kaki kiri i tak leh angkat higher than knee level,
sakit
* Tgn kanan sakit dia if tido pon kena luruskan, if not susah
nak luruskan
* Tekak kiri dgn blkg tengkuk sakit
* Tulang dayung both
* Perut and dada tu forever cramp, takleh nak tegakkan bdn
terus, kena slowly.. tu pon sakit
* Sakit here bukan sakit luka tu, but sakit lenguh teramat sgt
mcm dh nak cramp
* Kaki kiri i kalo baring, tak leh angkat sbb peha kiri i dh mcm
cramp
* So if nak bgn katil, i kena roll abit and bgn slowly
* Muka i smlm menjelang magrib panas sblh kanan, tapak
kaki kiri kanan terasa panas
* Paha kanan pon terasa panas smlm
* Smlm masa i tido mlm, ada 2 kali i rasa mcm jarum dicuck
ibu jari kaki kanan i dgn tumit kiri i
* Tumit kiri dua kali dicucuk
* Ada muka baru muncul mlm smlm
* Muka lebar mcm jawa, pakai topi jawa, ada misai
* Yg pendekar thghri tu malamnya dia dh ketawa
* Then appear yg jawa tu

Ada di sertakan lakaran tempat sakit seperti di lampiran.

Saya picit tempat berkenaan dengan "niat" membuka segala kuncian dan pasak. Niat je ....baca BISMILLAH sahaja takde ruqyah bagai pun.

Marah makhluk tu . " Ko tak habis-habis kacau aku"

"Kau ni siapa pulak?"

"Aku dari Jawa.....dihantar untuk membunuhnya"

" Lupakan la...selagi aku ada, kau takkan mampu apa-apakan dia. Walau silih berganti tuan kau hantar pembunuh upahannya, kau takkan mampu apa-apakan dia kerana kau tak mampu hadapi aku"

Sambil melayannya, aku tekan je perutnya dengan ibu jari, kuasa elektrik voltan tinggi mengalir masuk merenjatnya. Takde baca apa-apa pun macam puak syirik peruqyah bingai.

" Tapi aku dah ambik upahnya, aku mesti bunuh dia sebelum harijadinya pada 1hb Mac" katanya sambil menangis.

" Jika kau berkeras, aku juga. Kau tak keluar kau yang akan terbunuh...." kataku.

" Baik....aku akan keluar tapi tuan aku akan hantar yang lebih kuat" katanya.

" Takde hal....biar aku yang uruskan, selamatkan dirimu dulu"

" Mengaku kalah dengan mudah je, berapa minit?" tanyaku pada ibunya. " Tak sampai 10 minit ustaz"

Pesakit sedar dan bangun duduk dengan agak selesa, dah hilang segala sakit2 dan dapat duduk dah. Isteriku dari bilik sebelah memberi isyarat dan ibunya juga berkata, kita tunggu dulu kot2 ada lagi.

Ku picit2 lagi dan bangkit yang lain pula. Tapi yg ini tak ingin berbicara , hanya bertahan dan akhirnya keluar.

Pesakit bangun dan duduk sambil bersembang ceritakan kesakitannya semalam yg dah hilang. Saya duduk di sisinya dan berkata pada ibunya untuk provoke jika ada jin2 lagi.

Bila tgk mukanya semacam saya tolak badannya berbaring dan tekan perutnya. Pompuan pulak menari2 ....
" Oooo ini yg dulu masa dengan cikgu tu. ada lagi"kata ibunya.

" Kau hendak apa ni, keluar aje lah" kataku

" Aku keluar, aku keluar "katanya

Aku provoke lagi dengan menekan2 perutnya. Bangkit pula "bapanya " sendiri.

" Anak sial, tak guna . Aku nak bunuh ko , bagi makan jin2 aku" katanya. " F......... mana anak-anak aku, semua melarikan diri dari aku" katanya pada isterinya.

" Anak mana nak duduk dengan kau, macam ni punya jahat. Patutnya kau bertaubat dan baiki diri, baharu anak-anak kau akan cari kau" kata ku.

" Mana anak jantan aku F......... mana waris aku. Aku sakit ni, takde sapa anak-anak aku nak tengok aku" katanya sambil nangis. Mengalir airmata dari mata pesakit (anaknya).

" Kan dah makan diri kau....." kataku.

" Mana anak-anak aku ......." ini pertanyaan untukku sebab semua pembunuh upahan belaannya hilang tak kembali. Aku telah menghantar mereka ke penjara ghaib Sunan.

" Kalau aku tak bagi mereka makan kau, aku yg kena makan" katanya . Mungkin ni akibat perjanjian tarik duit yg melibatkan nyawa dengan seorang USTAZ. Ustaz tu....ingat korang. Sebelum berubat dengan muridku di Jengka, si ibu berulang setiap minggu ke Darul Syifa tetapi tade apa-apa kesan dan berulang sakit tak hilang pun. Orang berpelajaran memang akan mencari Ostaz jugak tapi bila "indah khabar dari rupa" pasti semua lari dan mencari YG Haq. Muridku di Pantai Timur pula merawat satu kes, pesakit yg ku hantar padanya. Semua dah ok tapi perawat Darul Syifa yg dah gagal, perasan bagus datang kerumah pesakit utk merawat, tak tergamak untuk di halaunya. Sejurus itu jin2 masuk kembali selepas mereka membaca ruqyah memanggil jin2 tersebut kembali. Perawat ini memberitahu ku jika dia layan lagi Perawat Darul Syifa tu dia akan lepas tangan. Ketara ruqyah syariyyah menyeru jin.

Bapanya pun tak mampu hadapi aku. Menangis seolah merayu bila semua belaannya hilang......ilmunya akan makan dirinya bila " buku bertemu ruas" Yg batil takkan dapat mengalahkan Yg HAQ.

Akhirnya bapanya (JIN) keluar juga, tak tahan arus elektrik dari jariku merenjatnya. Pesakit agak sedih kerana dia mendengar perkataan bapanya tadi yg tergamak mahu membunuhnya sebelum tarikh lahirnya.

Ada 3 hari lagi dan kata ibunya selagi di ganggu, akan di bawanya kepada saya. InsyaaAllah.....ilmu sihir bapa pesakit telah nampak mula memakan dirinya sendiri.






28 Feb.2019 – PESAKIT DI SIHIR BAPA SENDIRI (8)



Malam ni siri ke 8 rawatan untuk anak gadis ini yang mahu di bunuh oleh bapanya sendiri setelah enggan mewarisi sakanya.

Seperti biasanya, setelah saya sentuh tempat duduknya, tunggu je muncul sekor2 jin di dalam badannya.

Pertama : Jin dari Sabah, jauh datangnya merayu supaya jangan di ganggu kerjanya kerana upahnya sudah di ambil. Tak mampu bertahan, tak sampai 5 minit keluar.

Kedua : Entah jin mana pulak, menari2 dengan lenggok tangannya, talk sampai 5 minit juga keluar.

Ketiga : Jin Harimau yg tak bertenaga kena karan dari sentuhan jejariku, lembik je nampak tangan nya ....keluar juga tak sampai 5 minit.

Keempat : Jin Pawang dari Jawa Barat, di upah untuk membunuh anak gadis ini. Merayu juga sebab dah terima upahnya. Tak tahan dia nak lawan den, keluar juga tak sampai 5 minit.

Ke lima : Ku seru bapaknya datang. Marah bebenor nampaknya. Kalau saka ni tak di pindahkan kepada anaknya ni, dia akan mati. Katanya " kalau dia ambik, keje engkau selesai, kerja aku selesai" katanya. Dulu katanya sampai 1 hb Mac je aje tempohnya, kali ni katanya ada seminggu lagi. Dia dah sakit tapi masih mengupah bomoh2 untuk membunuh anaknya ni. Kata maknya, " dia tak putus asa, kita pun takkan putus asa melawan". Dengan den, mudah sahaja jin2 ini di tumbangkan, tak macam Ustaz Eri yg glamour tu sembang je lebih, Darul Syifa pulak, cakap je besar tapi tong kosong. Den marah sebab ustaz2 ni menyusahkan orang ramai dengan ilmu batil mereka, menyalahgunakan ayat2 suci Al Quran untuk di jaja ilmunya dan mensyirikkan Allah SWT dengan kekuatan ayat2 AL Quran.
Bengap sangat ustaz2 ni sampai tak boleh beza, mukjizat, karomah, maunnah dan sihir. Mukjizat pada Rasul, Karomah pada Waliyullah, maunnah pada golongan mukmin dan soddiqqin dan sihir pada korang la yang mensyirikkan Allah Azzawajalla.

Bila tuan punya jin2 ni dan samseng2 upahannya dah datang, bermakna dah habis lari lah semuanya. Terpaksa lah bossnya datang ngadap ambo, merayu agar tidak di ganggu kerjanya. Ambo seksa jugak dgn karan ambo ni....bagi warning "jangan cari sakit dan jgn cari penyakit".

Selesai tak sampai sejam. Dah lemah sangat dah tapi bapaknya takde pilihan, untuk terus hidup kena korbankan anak2nya. Tu la....main lagi ilmu2 berkhadam. Tanggung la akibatnya dunia akhirat.

1HB.Mac 2019 - DI SIHIR RAKAN SEPEJABAT



Malam ni kes baru, katanya dah lama follow saya dan yakin kemampuan saya untuk mengatasi masalah gangguannya yang menguasainya sekian lama.

Untuk datang sahaja bermacam dugaan, terutama dari si suami yang mungkin fed up dengan cara dan kegagalan ustaz2 terdahulu.Janjinya pagi tetapi suaminya terpaksa masuk kerja dahulu dan tiba2 terpaksa masuk mesyuarat. Lalu saya tetapkan sebelah malam pula sebab ada urusan anak-anak2.

Masa di bacakan Doa Pembuka sahaja, pesakit dah semacam yakni jin2 badannya terus bangkit. Meraung menjerit sakit dan buat macam2 gaya .....saya melihat dengan perasaan tidak senang, firasat hati mengatakan ia adalah lakonan semata.

Pelbagai tempat saya cucuk dengan jari , dia menjerit dan marah2 dengan kuat. Risau saya kot jiran2 datang menjenguk tengah2 malam ni.....

" Kau jangan berlakon la..." kataku.

"Kau ni memang tau ye, dah ramai ustaz2 terpedaya dengan lakonan ku. Mereka ingat aku dah keluar ha ha"
"Aku memang degil, takkan keluar, ko nak buat apa?
" Kau bunuh je aku, kalau aku keluar pun kena marah dengan tuan aku" katanya.

"Siapa tuan kau" aku bertanya.

" .......... kerja setempat dengan dia. Dah ada bini, anak tapi bodah nakkan bini orang"

Pelbagai kenyataan jin2 ni berkenaan penyihir, suami dan keadaan pesakit yang di ceritakannya. Pasal penyihir tu saya nampak kebenarannya kerana walau pesakit isteri orang namun kecantikannya memang mempersonakan lelaki gatal. Tentang suaminya, sama sahaja dengan orang lain, kadang2 fed up dan tak percaya kerana situasi yg sama dan kadang-kadang buat pasangan marah dengan keadaan sakit dan mood nya yang tak menentu.

Pasal saya pun di ceritakannya. Pesakit dah baca dan follow artikel saya dah lama. Di mohonnya petunjuk dan di yakini saya lah jalan penyelesaian untuk belenggu masalahnya ni. Pesakit rajin membaca Quran, rajin Solat Tahajud dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan orang di sekelilingnya, iaitu suami, anak-anak dan ibunya. Si jin ni memuji ketaatannya pada si suami dan kesabarannya menghadapi situasi sakit dan mood suaminya yang tak menentu.

Dan lakonannya seolah sakit dan membuat gaya mcm terseksa buat saya rasa nak marah pun ada. Firasat saya kuat mengatakan semuanya lakonan semata.

"Kau memang tak tahu putus asa ya dan tau aku berlakon ya. Kau nak tunggu sampai bila...bunuh je aku" katanya." Ustaz2 lain mudah je aku tipu pastu suruh balik, datang hari lain"

"Aku tunggu bantuan Allah swt. Kau pun Islam juga, tak terkesan dengan zikir dan bacaan ayat2 suci. Bantuan Allah pasti datang untuk menangkap dan mengurung kau" kataku." Tak payah la berlakon dengan aku....."

" Kau berundur lah dahulu, biar pesakit ni balik dahulu. Dia ada anak kecil yg di jaga orang. Mlm esok kita jumpa lagi, aku pun nak tengok sejauh mana kau dapat bertahan" kataku.

Sekejapan pesakit sedar dan normal. Arahan ku yg ni dia ikut pula. Pesakit sedar dan senyum dan berkata mendengar segalanya. Mereka akan datang lagi dan terus berusaha....

Ini lah cabaran merawat kes-kes sihir, cabaran dan dugaannya. Tetapi kalau pergantungan hati takde pada Allah Azzawajalla, nescaya akan gagal . Bersandar pada ayat-ayat dan benda2 yg mempunyai kuasa. Konon kayu ranting nona, garam, kayu kokka , air bidara dan bagai " berkuasa" melumpuhkan makhluk2 halus. Halusnya syirik yg tersembunyi.

Jangan kemana-mana , ikuti sambungan kes ini nanti

2 Mac. 2019 - SYAITAN BERSARUNG MANUSIA MENYIHIR ISTERI DAN ANAK SENDIRI (3)



PERBUALAN DGN IBLIS LANGIT KE 7

Malam ni sambungan rawatan kali ke 3 anak gadis dari Perak ni, di temani abangnya. Pada sesi lepas, kehadiran 10 wali songo yg menemani saya membuatkan jin2 dlm badannya surrender tanpa melawan, "bangkit" utk mengenalkan diri dan keluar mengikut arahan saya tanpa soal. Malam ni 10 iblis, jin2 dan siluman bangkit dengan bantuan Syeikh Siti Jenar yang amat di takuti para makhluk halus ini dan ke 9 Wali2 Songo.

Setelah Doa pembuka di baca....ku teruskan dengan membaca Surah AL Mulk. Aku penat dah melayan makhluk2 halus ni berborak dan bercadang menyeksanya terus dengan aliran gelombang Nur Syifa ( tenaga Ilahiyyah) yg berkuasa voltan tinggi membakar dan menyeksa makhluk2 halus di dalam tubuhnya. Bukan ayat-ayat ruqyah yang membakar jin2 kafir tu tetapi Saintis telah membuktikan gelombang bacaan ayat-ayat suci Al Quran mempunyai pengaruh untuk "restructured" atau membina atau membaikpulih sel-sel yang rosak secara fizikalnya dan secara hakikatnya , penyakit2 ini adalah di sebabkan duduknya jin2 di tempat2 yang berpenyakit dan bila ayat-ayat suci AL Quran yg "khusus" di baca kepada pesakit , gelombang bacaan itu menyerap masuk dan kepanasannya membakar penyakit dan mengusir jin2 tersebut dan seterusnya sel2 tubuh sendiri memulihkan tempat2 tersebut dengan keajaiban sistem yg telah di cipta oleh Maha Pencipta.

Ku lihat perutnya makin membesar. Pesakit ada cakap kemudianya bahawa perut mula membusung. Ku bangkit dan duduk di sisinya dan menekan bahagian perut tersebut.

(1) Lantas bangkit makhluk pertama berupa siluman babi.

Memek mukanya dan hengusan nafasnya memang seperti babi. Hanya meraung kesakitan yg amat. Ku bertanya tak nak jawab lalu ku suruh keluar je. Tak sampai 5 minit, keluar.

(2) Bangkit yang kedua , siluman juga. Tak lama keluar juga.

(3) Ku mula tekan bahagian sensitif dengan siku. Bangkit yang ganas betul. Meraungnya sakit teramat sakit, bukan seperti jin semalam yang berlakon sakit memperdaya setiap perawat sebelum. Dengan ambo, dah boleh beza antara lakonan dan realiti insyaaAllah.
"Bakriiiiiiiii...mana kau. Kau yang letak aku di sini....mana kau" katnya.
"Kau tak habis kacau aku. Aku dah duduk dengan budak ni dari darah merah lagi" katanya.
"Kau siapa?" tanyaku
"Aku iblis.......pengikut dajjal" katanya
"Aaahhhh...sakit Syeikh Siti Jenar...."katanya.

Pesakit memberitahu kemudiannya bahawa dia nampak dan merasa tangan S.Siti Jenar masuk ke dalam badannya merentap dan menarik makhluk ni keluar.

(4) Keluar si iblis ni...bangkit pula yang lain di bahagian ni juga. " Kerja aku merosakkan bahagian ini. Bapak budak ni nak rogol anak dia ni"
"Bapak dia masa hidup lagi dah amal ilmu perosak perempuan ni. Anak sendiri pun jadi mangsa" katanya.
"Kome lihat dia ni alim, pergi surau dan solat, ngaji , pakai songkok bagai tetapi akulah tu. "
"Bapak budak ni dah lama mati. Sekarang ni dok memerhatikan ko."
"Aku tengok jasad dia dah mula membusuk" katanya.

Nah...bila datang yg haq, maka musnahlah yg batil.

" Budak ni sorang yang tak pernah was-was dengan setiap kebenaran yang datang padanya. Memang Allah SWT jaga budak ni dan bawa pada engkau yang di jaga 10 wali-wali songo yang banyak membantu mcm budak ini juga, di bantu oleh wali-wali keturunannya. Itu sebab dia di bawa kepada engkau, Allah SWT menjaganya dan menyelamatkannya dari tipudaya aku, tak seperti 3 abang2nya yg dah dalam genggaman aku.

Akhirnya ia keluar dengan arahan aku. SSJenar amat di takutinya, yang di tuduh sesat oleh masyarakat Jawa ( sebenarnya fitnah penjajah) sedang SSJenar punya ilmu yang lebih tinggi dari wali lainnya.

(5) Aku tanya bahagian mana lagi yang sakit. Katanya di pinggang. Ku picit2 pinggangnya...
"Sakit lah......aku duduk sini nak rosakkan buah pinggangnya dan hampir berjaya dah kalau ko tak kacau"
Ku tekan2 bagi menyeksanya dan menyuruhnya keluar. Tak sampai 5 minit keluar.

(6) Aku tanya bahagian mana lagi, katanya di tulang belakang. Ku tekan tulang belakangnya.
Bangkit sakanya dari Gajah Putih, keluar juga tak mampu bertahan.

(7) Katanya ada lagi....ku tekan lagi bahagian tulang belakangnya. Bangkit pula siluman babi , memek mukanya menyerupai babi. Keluar juga sekejapan.

(8) Bahagian bawah leher.
"Aku lah Iblis yg duduk dalam jasadnya berlakon sebagai Bakri. Dia dah lama mati, aku lah yang duduk dengan jasadnya yang pergi surau solat dan ngaji." katanya .

Saya agak lupa perbualan dengan Iblis ni, dia marah2 juga dan mencabar aku. Dia mencabar akan memusnahkan budak ini bukan aku, dia tahu tak mampu nak apa-apakan aku namun dia cuba juga nak musnah budak ini walau di jaga wali-wali keturunannya.

Aku suruh keluar dengan pelbagai cabaran, keluar juga. Cakap je besar Iblis ni.....

(9) Bahagian leher. Tak lama keluar tak dapat bertahan.

(10) Bahagian ubun-ubun.
Kata pesakit nampak macam wali-wali songo jolok dan tolak makhluk ni keluar. Sekejapan sahaja.

Pesakit rasa nak muntah dan ku suruhnya ke tandas. Muntah sikit je , sisa-sisa yang ada. Kami dah keluar dari bilik dan cucu perempuan aku pun ada melayan adiknya yg di dukung ayahnya.
Ku tanya cucuku, " Aqish, tengok kakak ni, ada lagi tak hantu tadi?"
Cucu buat gaya simbol "takde" pusing2 tangannya. 3 kali ku tanya jawapan cucuku sama "takde dah".

Ku pesan kepada pesakit, kembali susulan rawatan pada malam sabtu depan. Ku invite pelajar2 ku untuk menyaksikan rawatan ini sebagai saksi ku dan melihat bagaimana Iblis dan Jin dapat di kalahkan dengan Rohani yg dah sedia "kuat" dan "bertenaga" bukan dengan bacaan ruqyah yang tidak memberi bekas dan mensyirikkanNya dengan benda2 yang dianggap berkuasa.