Wednesday, February 29, 2012

REALITI PERUBATAN BERLEBELKAN ISLAM

AMARAN : Artikal ini serba sedikit menyingkap bagaimana realiti yg sebenar terjadi apabila perawat-perawat yg berlebelkan Islam dan menggunakan ayat Al Quran beraksi . Ambilah pengajarannya .Sesungguhnya Tiada seorang pun perawat Islam yg tidak menggunakan khadam JIN kecuali hamba Allah yg dipilih olehNYA- Artikal oleh Sang Panglipur Setia


TANDA SYUKURNYA HAMBA KEPADA TUHAN: ALHAMDULILLAH -MUKADIMAH



Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, begitulah ucapan yang dapat diterjemahkan dalam makna bahasa Melayunya. Ucapan syukur hamba kepada Tuhannya yang banyak memberikan nikmat dan petunjuk yang berterusan dari semenjak dipertemukan antara ayah dan ibu, maka melahirkan benih yang membentuk lembaga dan seterusnya lahirnya kita ke dunia ini dengan jerih payah ibunda yang tercinta. Kalimah alhamdulillah jugalah yang diucapkan oleh Nabi Adam apabila ditiupkan roh ke tubuhnya melalui ubun-ubun lalu terbersinlah akan Nabi Adam, menandakan tanda syukurnya dia sebagai hamba kepada tuhannya yang telah hidup lagi bernyawa.


Begitu juga kita yang sentiasa perlu memberikan perhatian kepada nikmat Allah dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya. Dengan mengucapkan kalimah singkat ini, menambahkan lagi ruang ketundukan serta kedaifan diri sebagai hamba yang sangat memerlukan kepada petunjuknya.


Melalui ubun-ubun kepala sebagai jalan pintu untuk didownloadkan akan segala ilmu dan hikmah turun ke tengkorak kepala yang terisi padanya pendengaran, penglihatan, dan akal fikiran lalu turun ke hati sanubari memerangkap mesej Tuhan yang perlu dilaksanakan. Keperluan untuk sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah naluri yang diberikan Allah secara berperingkat-peringkat.


Daripada kekosongan mutlak (tiada apa-apa) kepada keberadaannya yang bersifat ilmu, hayyan, sama’, basar dan kalam maka terurai sekalian ilmu memenuhi sarung sang hamba dengan ilmu yang bermanfaat untuk mengenali alam ini melalui nama-nama yang diajarkan oleh Allah melalui transformasi yang dikehendakinya sehinggalah kembali kepada kosong kembali. Pastinya manusia tidak akan boleh berfikir dan berinteraksi dengan ilmu NYA yang hakiki seandainya diri itu terdiri daripada unsur—unsur nafsu yang bervolume tinggi.

Segala pergerakan dan kata-katanya akan dipenuhi dengan kesombongan dan kebiadapan terhadap tuhannya. Meskipun kopiah dan serban di kepala, berdebat kata merungkai firman dan hadis, menegakkan agama melalui siaraya dan medan permusuhan dan sebagainya maka ketulenan dalam menghayatinya akan tersasar dari erti kata sebenarnya.


DUA ILHAM : BURUK DAN BAIK


Dengan ilham yang diberi melalui firmannya “fa alhamaha fujuraha wa taqwaha” akan berlaku dua jalan dalam membentuk kefahaman ilmu, sama ada ilham yang buruk membawa kepada kedurjanaan atau ilham yang baik membawa kepada ketaqwaan. Manusia diberikan hati nurani dan aqal yang dapat menimbang tara akan mesej yang disampaikan sama ada daripada Allah dan Rasulnya atau iblis laknatullah serta jin syaitan.


Dari tiupan rohaniah pertama kalinya kepada nabi Adam menusuk ke setiap pelosok urat dan darah lalu mengalir deras menghidupkan jantung serta hati yang kaku sebelum ini mengisyaratkan kepada kita akan bermulanya hamba yang mampu untuk mengagungkan Nya dalam setiap detik dan tarikan nafas yang diberikan..begitu juga jin yang juga mengambil tanggungjawab untuk sentiasa bertuhankan Allah. “Tidak Aku jadikan Jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada Aku yakni Allah. Mudah sahaja para ilmuan memberikan panduan dan tafsirannya namun ianya sering diperlakukan dengan tidak selayaknya untuk penghayatan dan pelaksanaan.


Manusia akan mula condong untuk mengingkari akan tujuan kehidupannya di bumi ini, Manusia diciptakan hanya untuk menyembah, mengesakan, ibadah kepadaNYA, dijelaskan lagi “SEMATA-MATA UNTUK BERIBADAH KEPADA ALLAH” tidak lain daripada itu. Maka akan kedapatan manusia yang lupa dengan perjanjian dengan Tuhannya mula menyalahi akan kewujudannya di alam ini dengan bersekongkol dengan Syaitan dan Iblis untuk mewujudkan ketegangan antara rohaniah dan nafsu dalam melalui perjalanan untuk kembali kepadanya.

Justeru itu kecekalan dan kematangan dalam menilai semula akan tujuan lahirnya kita ke bumi ini dapat disimpulkan sebagai berikut:

1. Untuk beribadah, berbakti, taat dan sebagainya hanya untuk mendapat keredaannya serta memenuhi tuntutan syariat Rasulullah.

2. Hanya layak selaku hamba Allah, ialah mengesakanNYA dalam ibadah semata-mata kepada Allah sahaja, bukan kerana yang lain.

3. Dalam skop yang lebih luas, ibadah itu adalah dengan bertawajuh dan bermuraqabah kepada-Nya setiap masa dan detik..walaupun kita berkerjaya sebagai peladang, jurutera, guru, peniaga dan apa sahaja keadaan pun yang mengikut syariat akan hal pekerjaannya.

4. Maka hendaklah sentiasa merasai akan kewujudan Allah dalam pandangan, pergerakan, percakapan serta menghayati akan firman Nya : “Ingatlah Aku (Allah), nescaya akan Aku ingat Dikau”.

5. Bersyukur setiap masa dengan mengucapkan Alhamdulillah dan melaksanakan ibadah bagi menyatakan tanda kesyukuran kita kepada Nya. Walaupun sebenarnya Allah itu tidak memerlukan pujian makhluknya kerana Dia sangat terkaya dan tidak mengambil faedah dari hambanya. Maka di sana akan terdapat natijah yang berhikmah lagi tajam pandagngan mata hatinya.


CABARAN DAN MEHNAH BERDURI UNTUK JOYO


Hamba disuakan dengan sebuah kisah perjalanan seorang hamba Allah yang cukup dramatik. Joyo sebagai nama samarannya, mempunyai keluarga yang bahagia dan bertoleransi sebelum ini… dia merasakan perlu ‘bersekolah’ kembali dalam mencari jalan pulang untuk bertaubat. Maka diberi jalan oleh Allah untuk bertemu dengan Sang Perabu lalu dinyatakan hasratnya…..

Setiap dua kali seminggu, dia bersama keluarga akan sama-sama masuk kelas intensif malam yang sangat memeritkan dan menguji jati dirinya selama ini. Walaupun masanya hanya 5 jam bagi satu sesi, dia merasakan sangat berbaloi untuk berada di dalam posisi tersebut. Semua jadual kehidupannya mula bertukar rentak. Mata yang selama ini lelap dan bernafsu tinggi untuk merehatkan diri mula berang kerana rutin harian diganggu kehendak rohaniah yang ingin maju ke hadapan, apa tidaknya waktu tidur bertukar kepada pengisian rohani dan latihan focus mengingat Allah…

Joyo serta keluarganya selama ini tinggal bersama keluarga mertuanya. Dan Isterinya si Joyah adalah anak tunggal perempuan kesayangan ibunya...maka sejak dia terlibat bersama si Joyah dalam meniti jalan ketuhanan ini berbagai-bagai kerenah datang menerjah dalam rencam hidupnya sebagai seorang bergelar parya hamba abdi lagi hina dina (meminjam kata Sang Perabu)..kawan, masyarakat, keluarga dan individu menjadi hidangan yang meloyakan, bagi seorang ibu akan memberikan ceramahnya bab anak derhaka, kawan pula dengan tazkirah ringkasnya memberikan hidangan bercampur darah dan nanah,

Manakala masyarakat menuduhnya gila, sesat dan ahli sihir…manakan tidak banyak perkara yang tak masuk aqal di luar adat kelihatannya sebagai menyesatkan…jika membaca Quran berjam-jam lamanya akan dikata tidak releven, berzikir tahmid, tasbih dan takbir sebanyak 33 x 3 = 99 kali selepas solat di kata bidaah, solat tasbih, tahajud dan witir hingga ke subuh katanya tidak bertimbang rasa dengan tubuh dan akan meletihkan belum lagi berzikir 5000 x sehari semalam dan berdiam diri mengunci mulut menjaga lidah pasti dikata sombong dan tidak selari dengan ajaran Islam sebenar…dan bermacam lagi anggapan dan tarian wayang kulit yang tidak sejajar dengan kehidupan sebenar salik kepada tuhannya. Sedangkan Rasulullah dan para sahabat bertungkus lumus untuk memahamkan ilmu tauhid, ketuhanan memakan masa selama 13 tahun kemudian barulah bermulanya syariat dilaksanakan.


Apakah dengan beribadah melakukan solat sunat sebelum dan selepas zuhur 3 minit mampu menarik hidayah tuhan kepada hambanya, bagaimana pula seorang hafiz Quran yang membaca al-Quran dengan mengharapkan pujian mampu menarik keredaan Allah sedangkan hatinya hanya mengharapkan belaian pujian manusia, “Owh sedapnya bacaan tuan, seperti berada di Mekah… bila tuan membaca surah al-Baqarah tadi…kami terasa begitu terkesima….” apatah lagi sang ustaz yang bergelar al-hafiz dan al-Muqri yang mampu mengalunkan bacaan al-Quran ala Qari Syuraim Sudais dan Rashid Masyaari al-Afsi sedangkan solat itu sebenarnya bertawajuh kepada Allah sebagaimana

Firmannya : Fa ainama tu wallu Fathamma waj hu Allah…( ke mana anda menghadap di situlah wajah Allah)

maka perkara yang rumit seperti ini tidak pula dikatakan bidaah dan sesat sedangkan perlakuan seperti ini seolah-olah mengenepikan Kewujudan Allah berzat Mutlaq… ini lah realiti kehidupan masa kini yang ramai manusia terkeliru kerana tidak menganggap perkara kerohanian sebagai jalan utama dalam menyampaikan maksud ibadah. Dan ada kalanya terdapat pula manusia yang mengamalkan bacaan tertentu untuk perubatan agar kelihatan hebat dalam menyelesaikan masalah penyakit misteri.

Mereka berkata bacaan mereka warid dalam al-Quran sedangkan mempunyai pendamping jin yang sedia berkhidmat atas arahan Tuhan. Kadang-kadang jin-jin khadam ayat itu tak berselera untuk membantu perawat menyelesaikan masalah pesakit kerana khadam ayat itu tahu si pembacanya tidak mempunyai rohaniah yang cukup tinggi dalam memberikan ‘order’ kepada khadam ayat untuk rawatan pesakit. Kemukjizatan Al-Quran sering kali disalah ertikan dalam penggunaanya, terutamanya dalam perubatan, penghuraian ilmu dan sebagainya. (hamba pun sama tak pandai langsung dalam bab seperti ini).

Bagi yang pakar tajwid al-Quran pula mereka sentiasa menjadi juri awam tidak bertauliah mencari kesalahan imam dan pembaca al-Quran. Bagaimana dengan pakcik tua yang tidak bergigi membaca al-Quran bukankah mereka perlu dimaafkan…

Si joyo yang penat dengan kerenah masyarakat mula mencari jalan kebenaran dan meninggalkan kepura-puraan hidupnya. Maka ditanggalkan kopiah putih tanda kebanggaan dan disematkan kopiah hitam tanda kebodohan…di tanggalkan jubah putih kain linen bertukar kepada kain pelikat cap gajah menangis berbaju Melayu…tanda menghinakan diri di hadapan guru dan Tuhannya..maka dia pun dapat melihat bahawa alam ini penuh dengan tanda kepura-puraan sang manusia di luar sana….


KHADAM AYAT BERSANTAI DI BELAKANG PERAWAT


Satu hari si joyo didatangi dua geng perubatan alternatif yang cukup terkenal di Malaysia ini, kerana untuk mengubat neneknya yang sakit…kaki dan meracau-racau tidak karuan, maka geng pertama melaksanakan tugasnya. Dibacakanlah ayat-ayat ruqiyah (pengubatan) dengan nada taranum ala Syuraim bermula dari atas kepala hinggalah kehujug kakinya….ketika itu si joyo yang baru sahaja selesai solat isyak di biliknya tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam akan peranan ayat Quran yang dibacakan oleh geng perawat tadi…maka dia pun bermohon kepada Allah agar diberi petunjuk kebenaran di sebalik rawatan mereka itu…terbukalah pintu ‘pandangan’ melalui kanta pembesar anugerah tuhan…

Kelihatannya ramai makhluq berjubah putih sedang duduk berbaris bagaikan sedang menunggu arahan dari ketua mereka. “Mungkinkah mereka ini khadam ayat…” bisik Joyo dalam hati. Maka si Joyo pun cuba berinteraksi dengan mereka melalui ketua atau wakil jurucakap untuk kepastian:


Joyo: “Assalamualaikum tuan-tuan sekalian”


Khadam Ayat: “walaikum salam tuan…” sambil mereka berdiri memberikan tanda hormat…


Joyo; “siapakah kalian? Adakah kalian ini khadam ayat ruqiyyah seperti yang dibacakan oleh perawat itu?”


Khadam ayat: “ Ya kami adalah jin khadam ayat..dan akan melaksanakan rawatan jika ayat-ayat dibacakan kepada pesakit dengan melaksanakan kerja-kerja perubatan…”


Joyo: “Kelihatannya kalian duduk sahaja tidak buat kerja seperti yang dikatakan tadi semata untuk melaksanakan tugasan…mengapa?” tanya Joyo..


Khadam ayat: “Kami duduk kerana arahan perawat tidak sampai… untuk kami bertugas, betullah ayat yang dibacakan itu, tapi ……. Seperti tidak sampai hasrat dan tujuannya…tali wasilah tiada…”


Joyo: “ Adakah Kalian kenal akan Sang Perabu?”


Khadam ayat: “Ya kami kenal!”


Joyo : “Adakah Kalian kenal akan Gusti sang Perabu?”


Khadam ayat: “ Ya kami kenal!” sambil berdiri tegak sebagai tanda hormat…ketika mendengar dua nama itu disebut seolah-olah mereka gementar…


Joyo: “ Baiklah oleh kerana kalian sudah datang dari jauh dan kelihatannya hanya duduk sahaja tidak melakukan kerja pun..sudikah kalian bertugas bagi pihak Sang Perabu merawat penyakit nenek hamba dengan izin Allah?”


Khadam ayat: “Baik tuan, kami sedia berkhidmat…!” tegas sekali bunyinya…


Joyo: “ Dengan Izin Allah, wahai jin khadam ayat laksanakanlah tugas penyembuhan kepada nenek hamba…”


Khadam ayat: “kami bertugas tuan….” Ketika itu, khadam ayat yang paling besar sekitar 5 khadam sedang bertungkus-lumus mengikat seekor gunduk (jin ifrit ) yang amat besar sedang berlegar-legar di samping tubuh nenek yang separuh sedar…yang lain pula mengutip gunduk-gunduk kecil yang mendiami kaki nenek yang sakit… lalu mereka menghumbankan gunduk ifrit ke dalam peti besi yang tersedia sedari tadi entah dari mana…. Sang Perabu hanya melihat dan memantau akan tugasan mereka…setelah selesai mereka pun kembali kepada Joyo melaporkan status tugasan mereka


Khadam ayat: “telah selesai kerja kami …izinkan kami pergi”


Joyo: “ya silakan…mudah-mudahan khidmat anda diredai Tuhan…terima kasih..”


ketika itu perawat alternatif sudah mulai mengakhiri ayat ruqiyah mereka…. Dan akhirnya khadam ayat pun ghaib…


IFRIT ALADDIN MELEPAK BEREHAT


Perut si Joyo mula berkeroncong menyanyi tanda lapar mula menjalar di segenap pelosok ruang ususnya, lalu dia mengangkat kaki dan pergi ke meja makan. Kebetulan perawat masih berada di tepi katil masih melihat-lihat reaksi nenek joyo..kalau-kalau ada ngauman atau jeritan racau …namun keadaan seperti biasa…seperti tiada apa yang berlaku. Sambil Joyo menyuap nasi ke mulutnya, datang pula geng rawatan kedua mengambil alih tugas…

Kali ini mereka menggunakan kaedah aura atau gelombang…dan bermulalah episode kedua rawatan…tanpa membaca apa-apa ayat Quran mereka mula menjalankan tugas …seolah-olah sedang merawat. Ketika ini mata Joyo mula terpasang ‘teropong night visionnya’… maka kelihatanlah di belakang perawat itu akan gunduk yang sangat besar berwarna hijau seperti jin asap Aladdin, buncit dan tidak berbaju hanya duduk diam tidak buat kerja…hanya memerhati dan bersantai-santai…

.puas perawat membuang dan menarik sakit yang menjalar di tubuh nenek …rupa-rupanya hanya lakonan semata…apa kerja yang perlu di buat sedangkan tiada lagi jin ifrit yang perlu ditangkap kerana Joyo sudah menangkapnya tadi melalui khadam ayat atas izin Allah….

Setelah geng gelombang ini balik…joyo pun duduk di tepi beranda sambil teringat akan kata-kata Sang Perabu “Setiap huruf dalam al-Quran pasti mempunyai khadamnya tersendiri, khadam-khadam ini bertugas atas perintah Allah iaitu khadam golongan malaikat dan khadam dari golongan jin.

Jika diamalkan membaca 1000x surah al-ikhlas setiap hari akan datang Syeikh Abdul Samad memberikan bantuan…dan syeikh ini di bawahnya mempunyai rangkaian ribuan khadam yang bersedia menjalankan tugas…..” katanya lagi… “ ilmu hikmah ini (rawatan) kadang-kadang jadi dan banyaknya tidak jadi (mujarab)…dan yang biasanya jadi ialah ilmu menggunakan khidmat jin dan yang paling cepat berkesannya ialah ilmu sihir atau santet….”


“Jika tidak jadi atas ikhtiar yang diusahakan maka ucapkanlah Alhamdulilllah…dan sekiranya mujarab… juga ucapkan Alhamdulillah…” kerana bukan kita yang menyembuhkan sebaliknya Allah S.W.T lah saja yang layak sebagai penyembuhnya….manusia tiada apa-apa kecuali lemah dan faqir dari memakbulkan hajat manusia lain.


REALITI DI SEBALIK PERUBATAN BERLEBELKAN ISLAM


Cerita di atas bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, …tetapi ramai pengamal perubatan yang tidak perasaan bahawa mereka telah menggunakan khidmat jin khadam ayat….dan yang lebih lancangnya mereka terkadang menuduh orang lain menggunakan jin semata dalam rawatan. Apakah Rasulullah menapakan dirinya di gua Hira’ dengan mengamalkan ayat Quran untuk mendapatkan hikmah untuk rawatan, pernahkah kita dengar baginda menyibukkan diri mengamalkan ayat ruqiyah sepanjang waktu dalam waktu tertentu sepanjang hidupnya?

Yang biasa baginda lakukan adalah hanya membacakan doa nya sahaja lalu menggunakan isyarat tangan untuk penyembuhan…inilah ilmu para nabi yang tidak perlu kepada pertapaan perubatan…malah yang disuruh dan dituntut adalah membesarkan rohaniah dengan syarat berwasilah sehinggalah sanadnya sampai kepada baginda Rasulullah seperti juga sanad Al-Quran dan Hadis.

Bukan ayat al-Quran itu yang salah kerana ia mukjizat…tetapi niat perawat itu berkemungkinan tidak memenuhi kouta wasilah dan berkehendak kepada publisiti murahan….. Jadi berhati-hatilah ketika membuat kenyataan dengan pertuduhan yang tidak berasas, kerana jika kita merasakan berilmu, sebenarnya ada lagi orang yang berilmu…seperti kisahnya nabi Musa bergurukan nabi Khidir a.s…..

Wassalam.

Thursday, February 16, 2012

ILMU GHAIB DI AJAR OLEH GURU-GURU GHAIB

Ilmu ghaib adalah merupakan suatu ilmu yang dapat menerangkan sesuatu yang tidak dapat diterangkan oleh ilmu kalam. Ilmu ghaib hanya dapat diajar sepenuhnya oleh guru ghaib(batin) dan tidak dapat diajarkan oleh guru zahir. Biasanya guru ghaib (batin) yang mengajarkan ilmu ghaib ini adalah terdiri dari wali-wali Allah, para nabi dan rasul-rasul. Ilmu ghaib biasanya hanya diajar dan diperoleh oleh orang-orang tertentu saja yaitu orang-orang yang dianugerahkan oleh Allah untuk menerimanya atau kepada orang-orang yang sedang menjalani jalan hakekat dan makrifat melalui jalan tasawuf atau sufi.




Ilmu ghaib adalah suatu ilmu yang pengetahuannnya amat luas sekali sehingga tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia. Daya pengetahuan ilmu ini adalah terlampau amat luas. Baik dibidang dunia, alam ghaib dan di semua bidang-bidang yang berkaitan dengan ketuhanan dan diri manusia. Pendek kata ilmu ghaib ini adalah suatu ilmu yang meliputi alam shoghir atau alam kabir.



Ia hanya boleh diterima oleh alat yang bernama aqal dan iman seseorang itu. Tahap kekuatan ilmu ghaib adalah menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta apa apa saja yang ada diantara kedua dua nya.



Ilmu Ghaib hanya boleh di ajar sepenuhnya oleh guru ghaib. Dalam hal pengajaran dan pengajian ilmu ini, guru zahir hanya bertindak sebagai penasihat mengikut pengalaman mursyidnya di dalam bidang ilmu hakikat dan makrifat terhadap seseorang yang menerima Ilmu Ghaib.



Guru ghaib yang mengajarkan ilmu ghaib ini adalah terdiri dari wali wali Allah yang ghaib, para nabi dan rasul rasul.



Ilmu Ghaib hanya di ajar dan diperolehi oleh dua golongan manusia:



1. Manusia yang dipilih sendiri oleh Allah untuk dikurniakan dengan ilmu ghaib melalui satu cara penyampaian yang diberi nama LADUNI. Bagi mereka ini mereka akan terus diajar akan ilmu ghaib oleh guru guru ghaib.

2. Mereka yang menemui jalan hakikat kepada Allah swt menerusi dengan cara berguru dengan guru guru hakikat dan makrifat serta mursyid yang mengetahui akan hakikat dan makrifat dan kemudiannya semasa menerima petua petua dari guru (penasihat) nya tadi serta pula beramal dengan segala petua gurunya itu. Maka orang tersebut kemudiannya mendapati LADUNI melalui perantaraan guru ghaib yang terdiri daripada wali wali Allah, nabi nabi dan rasul rasul.



Bermula cara untuk mendapatkan ilmu ini, maka seseorang itu hendaklah menyucikan jiwanya dan membersihkan diri terhadap Allah swt, melalui mengamalkan kaedah kaedah ilmu hakikat, iaitu jalan menuju kepada Allah swt dan dengan cara jalan mengenal diri mengikut kaedah kaedah tasauf atau jalan jalan orang orang saufi.

Oleh kerana ilmu ini hanya boleh dicapai oleh aqal dan iman sahaja, maka seseorang murid hendaklah mendapat aqal terlebih dahulu dalam hidup nya. Aqal ini hanya boleh di hasilkan oleh hati orang orang mukmin terhadap Allah swt sahaja, dengan menghancurkan ketulan darah kotor di hujung jantung mereka yang menjadi tempat istana iblis. Maka akan terpancarlah satu Nur dari dalam jantung iaitu Nurkalbun. Sesungguhnya cahaya ini sebenarnya adalah qalbu orang mukmin, Qalbul Mukminu Baitullah, (ertinya hati orang orang mukmin itu adalah Istana Allah).



Yang bernama Aqal dan dengan adanya Aqal ini maka manusia tersebut akan mempunyai Iman iaitu keyakinan hakiki terhadap sesuatu atau penerimaannya secara mutlak tanpa sifat was was syak dan waham terhadap sesuatu yang diterima melalui ilmu ghaib. Walaupun ianya itu tidak boleh diterima oleh logik fikiran manusia.



Kadar kuasa penerimaan terhadap ilmu ghaib yang luas ini adalah bergantung terus kepada kadar tahap kesucian hati dan jiwa manusia tersebut disamping mengikut kadar yang dikurniakan sendiri oleh Allah terhadap mereka. Makin suci hati seseorang itu dengan Allah, semakin tinggilah pula tahap penerimaan ilmu ghaib ini.



Pengetahuan ilmu ghaib ini dapat dilihat dengan mata basir dan dapat mendengar dengan telinga batin dan dapat pula kelazatan ilmu ini dirasai oleh hati (qalbu) hakiki yang dimilikki oleh orang orang ariffinbillah.



Bagi mereka yang dapat menguasai dan menyelami sendiri alam ilmu Ghaib, maka sudah pasti mereka dapat menjelajahi seluruh Alam Maya. Tujuh petala Langit dan tujuh petala Bumi. Mereka juga diberi peluang untuk menjelajahi di alam lain termasuk alam Barzah, Syurga dan Neraka, Arash dan Qursi Allah swt. Ini adalah alam alam yang jauh terkeluar daripada garis garis tahap fikiran manusia. Rasulullah saw menyifatkan orang yang berjaya mencapai peringkat Ghaib ke jalan Hakiki dan Makrifat dengan Allah ini sebagai orang Mati Sebelum Mati. Jiwa mereka sering tenang di samping Tuhannya semasa hidup nya di dunia dan di alam Akhirat nanti.



Jikalau nabi dan rasul rasul Allah menerima wahyu dari Tuhannya dengan 9 cara, maka ilmu ghaib diajar kepada orang orang tertentu melalui jalan LADUNI dengan 5 cara:-



1. Dengan cara Nor

2. Tajali

3. Sir

4. Sirusir

5. Tawassul





1. Cara Nor



Cara ini biasanya dapat diterima oleh seseorang yang sedang menjalani Tarikat Tasauf. Biasanya ianya dihantar melalui sebuah mimpi yang dialami seseorang yang mengamal Tarikat Tasauf. Mimpi ini dihantar secara kiasan ataupun secara terang terang.



Bila seseorang murid didalam tidurnya bermimpi maka adalah menjadi kewajipan nya merujukkan hal mimpinya kepada gurunya untuk mendapatkan pentafsiran.



Dan bagi seorang guru yang mursyid dan berpengalaman sudah tentu dapat menerangkan maksudnya, makna dan hujung jatuh sebuah mimpi yang diterima oleh anak muridnya.



Didalam sebuah mimpi tersebut, orang orang Tasauf telah diberi kiasan dengan satu peristiwa yag berlaku didalam mimpinya ataupun guru Ghaib yang terdiri dari Rasul Rasul Nabi dan Wali Wali Allah datang mengajar sesuatu kepadanya didalam mimpi tersebut.



Maka dengan jalan mendapatkan mimpi tersebut orang orang yang menjalani Tasauf dapat menerima ilmu Ghaib.



2. Cara Tajali



Tajali bolehlah ditaarifkan sebagai penjelmaan buah fikiran daripada perasaan “Zauk” semasa mereka menjalani latihan Tarikat Tasauf.



Dengan mengalami “Zauk” terhadap Allah swt tersebut maka terlatahlah dari mulut atau terbit daripada akalnya suatu pengetahuan baru yang tidak pernah didengar dan diperkatakan oleh mereka sendiri sebelumnya.



Misalnya terbacalah dia sepotong doa, sedangkan selama ini orang tersebut tidak pernah pun membaca doa sedemikian.



Biasanya seseorang yang sedang mengalami tajalli, sering timbul dikepalanya banyak persoalan dan dikemukakan soalan soalan tersebut kepada dirinya sendiri, kemudian didapatinya satu satu jawapan yang tepat dan memuaskan hatinya, walaupun soalan dan jawapan yang diperolehinya itu tidak pernah dialaminya sebelum ini. Malahan bila dilihatnya sesuatu, maka secara tidak di sengajakannya timbul dihatinya suatu ilham dan minat untuk mengkajinya. Maka disinilah terbitnya soalan, kajian dan jawapan dari akalnya sendiri.



Di dalam menghadapi Tajali ini seseorang itu hendaklah merujuk hal itu kepada gurunya bagi mendapat penerangan yang lebih jelas. Dengan rasa Tajali ini seseorang itu akan memperolehi ilmu Ghaib.



3. Cara Sir



Adapun Sir itu adalah satu jalan penyampaian ilmu Ghaib secara rahsia. Ianya hanya dapat di rasai dan didengar oleh seseorang itu secara mutlak.



Biasanya seseorang yang sedang menjalani alam Tasauf dapat menerima sir ini dari masa ke semasa. Lazimnya melalui pendengaran Telinga Batin.

Dimana seseorang itu akan mendengar suatu suara yang datang kepadanya. Suara tersebut akan memberitahu sesuatu yang mengajar ilmu Ghaib dengan terang dan jelas. Bisikan tersebut akan dirasai berserta dengan satu kelazatan nya tersendiri.



Cara Sir ini biasanya juga dinamakan Radio atau Telefon. Suara suara tersebut adalah daripada suara Wali Wali Allah yang agung. Yang mengajar seseorang itu tentang ilmu Ghaib.



Bila sahaja Sir diterima, murid hendaklah membentangkan hal ini kepada gurunya bagi tujuan penerangan yang lebih jelas terhadap apa yang diperolehi dari guru Ghaib tadi.



4. Cara Sirusir



Cara Sirusir adalah merupakan satu jalan penyampaian ilmu Ghaib dengan cara rahsia di dalam rahsia.



Murid dapat melihat dengan Mata Basir dan dapat mendengar dengan Telinga Batin tentang satu satu peristiwa yang berlaku atau telah berlaku, atau pengajaran ilmu Ghaib mereka, dan menikmati satu kelazatan tersendiri. Ianya boleh diibaratkan seperti TV atau TV Phone.



Hendaklah murid merujukkan hal ini kepada gurunya supaya satu penerangan dapat diberikan.



5. Cara Tawassul



Cara Tawassul adalah dengan cara penjelmaan oleh guru atau Wali Wali Allah yang Ghaib kepada murid yang menjalani Tasauf. Mereka bertemu dalam keadaan hidup hidup. Bukan dalam mimpi tidur atau sebagainya.



Mereka datang memperkenalkan diri dan tujuan, dan akan mengajar ilmu Ghaib secara langsung, jelas dan terang. Murid dapat memahaminya tanpa ragu ragu, dan boleh berinteraksi dengan guru Ghaib ini.



Kadang kadang penjelmaan ini boleh dilihat oleh orang ramai yang berdekatan.



Kedatangan mereka adalah merupakan satu penghormatan kepada ahli Tasauf atau Saufi dan dengan itu terbentuklah satu perhubungan diantara dua dua pihak.



Dimana seseorang itu akan mendengar suatu suara yang datang kepadanya. Suara tersebut akan memberitahu sesuatu yang mengajar ilmu Ghaib dengan terang dan jelas. Bisikan tersebut akan dirasai berserta dengan satu kelazatan nya tersendiri.



Cara Sir ini biasanya juga dinamakan Radio atau Telefon. Suara suara tersebut adalah daripada suara Wali Wali Allah yang agung. Yang mengajar seseorang itu tentang ilmu Ghaib.



Bila sahaja Sir diterima, murid hendaklah membentangkan hal ini kepada gurunya bagi tujuan penerangan yang lebih jelas terhadap apa yang diperolehi dari guru Ghaib tadi.

ILMU SYAHADAH - TINGKATAN ILMU TERTINGGI ANUGERAH ALLAH

Ilmu syahadah adalah suatu ilmu yang paling tinggi didalam tingkatan pelajaran ilmu Allah yang dapat dikuasi oleh manusia. Ia merupakan martabat ilmu yang tertinggi. Ilmu ini adalah suatu ilmu makrifat dan syahadah secara sebenar-benar kepada Allah swt. Ilmu ini, Tuhan sendiri akan mengajar manusia mengenai diriNya. Dengan lain perkataan bolehlah ditegaskan disini bahwa ilmu syahadah adalah ilmu untuk menyatakan diri Allah itu sendiri. Hanya orang-orang yang mencapai martabat ilmu ghaib yang paling tinggi saja yang dapat menguasai ilmu syahadah ini.




Sedangkan Ilmu Ghaib dan Ilmu Syahadah tidak mungkin bisa dikuasai oleh orang-orang yang non muslim, ilmu ini hanya bisa dikuasai oleh orang Islam tapi mengapa orang Islam di zaman ini ketinggalan sekali disemua bidang ? pastilah ada penyebabnya………….!!!!!

Hal ini tidak terlepas dari beberapa faktor penyebab kelemahan umat Islam di zaman ini untuk menguasai thecnologi dan Ilmu Allah yang tinggi ini antara lain :

1. Jatuhnya beberapa kerajaan Islam termasyur di dunia misalnya : Kerajaan

Islam di Bakdad yang diserang oleh tentara Monghul yang menyebabkan :



• Banyak beberapa ulama tasauf dibunuh dan berkorban dalam peperangan

• Banyak kitab tasauf yang dibakar

• Banyak bangunan-bangunan/ gedung-gedung yang bertechnologi Islam tinggi dibakar dan dimusnahkan.



2. Timbulnya pertentangan antara ahli syari’at dengan ahli tasauf yang

menyebabkan ;

• Banyak para ahli tasauf yang dibunuh oleh golongan syari’at antara lain ahli tasauf termasyur bernama Khalat.

• Banyak ahli-ahli tasauf yang difitnah dan dikatakan membawa ajaran sesat

• Para ahli syari’at mendakwa dan menyebarkan isu bahwa ilmu tasauf, ilmu para wali dan orang awam tidak perlu mempelajarinya, orang awam cukup belajar masalah dosa dan pahala saja.



3. Banyak dikalangan ahli tasauf bersikap pengecut, malu untuk berterus

terang dan membuka ilmunya kepada masyarakat dengan dalih rahasia sehingga masyarakat dan generasi muda banyak yang awam atau buta tentang ilmu ini



4. Kurangnya minat umat islam untuk mempelajari. Mendalami ilmu tasauf

karena dianggap sulit dan yang mempelajarinya bisa gila, karena masyarakat menganggap ilmu ini aneh.

Empat faktor inilah yang menyebabkan ilmu tasauf dizaman sekarang ini tidak dapat dikuasai oleh umat islam.

Beruntunglah orang yang dapat menguasai ilmu ini sesuai dengan firman Allah dalam surat Al-Hasyr : 22



“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” (Q.S. Al- Hasyr : 22)



Jika ilmu qalam diajar guru zahir dan ilmu ghaib diajar oleh guru-guru ghaib maka ilmu syahadah hanya boleh diajar oleh guru batin saja yaitu diri batin kita sendiri yang telah mencapai makrifat kepada Allah. Dengan lain perkataan Tuhan sajalah yang mengajar diri kita akan rahasia ilmu ini.



Memang hanya orang-orang pilihanNYA yang dapat mencapai tingkat penguasaan ilmu yang demikian. Sebab untuk dapat menguasai ilmu-ilmu tersebut (ilmu ghaib) seseorang perlu menyucikan jiwanya dengan mengamalkan kaedah-kaedah tarekat. Yaitu jalan menuju kepada Allah SWT dan dengan cara jalan mengenal diri mengikut kaedah-kaedah tasawuf atau jalan-jalan orang sufi.



Orang yang mencapai tingkat ilmu seperti itu terlebih dahulu telah membersihkan diri dan jiwa raganya. Makin suci hati seseorang itu dengan Allah semakin tinggilah tahap penerimaan ilmu ghaib ini.



Firman Allah dalam AlQuran, Surah Attaghaabun ayat 11 yang bermaksud: “Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan petunjuk kepada hatinya. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu”.



Penguasaan ilmu yang sedemikian luas dan mendalam tersebut InsyaAllah terjadi bagi siapapun yang telah sampai makrifah kepada Allah.



Sebagaimana perkataan Arifin Billah:

“Barang siapa yang telah mengenal Allah, maka tidak ada sesuatu apapun yang tersembunyi baginya”.



Allah akan memberikan anugerah kepada mereka Ilmu Ladunni, yaitu ilmu yang diilhamkan oleh Allah kedalam hati hambanya dengan tanpa perantaraan. Ilmu ini akan tetap bersemayam, tidak akan hilang dan tidak akan lupa.



Menurut Abu Yazid Al Busthami dan para masayikh lainnya, orang yang mempunyai ilmu yang demikian itu adalah orang yang alim sebenarnya. Bukannya orang yang alim itu adalah orang yang proses mendapatkan ilmunya dengan cara menghafal dari kitab-kitab, apabila yang dihafalkan lupa, maka dia bodoh dan tidak mengerti.



Sesungguhnya orang yang alim adalah orang yang mengambil ilmunya langsung dari Tuhannya, pada waktu yang dikehendaki dengan tiada sebab menghafalkan dan belajar, maka orang yang demikian itu di sebut Al-Alim Al-Robbany. Sebagaimana telah diisyaratkan didalam firman Allah dalam Al Qur’an:



“Kami telah memberikan pengetahuan (kepadanya) berupa ilmu dari sisi-Ku”



Maksudnya adalah tanpa wasitoh (perantaraan) apapun dalam mendapatkan ilmu. Apabila dalam mendapatkan ilmu dengan proses belajar kepada makhluk, maka tidak disebut ilmu ladunni. Karena ilmu ladunni itu terbuka di dalam sir hati tanpa ada sebab yang menghasilkan dalam kenyataannya.



Adapun pada maqam ini, akan melihat segala hal baik yang dlahir maupun yang batin, dan akan terbuka segala hakikat sesuatu dengan cahaya yang nyata yang telah dianugerahkan Allah, tiada terlindung seberat zarrah pun segala alam ini dengan sesuatu yang sesuai dengan keadaannya, dan sesuai anugerah Allah yang diberikan kepadanya. Yang demikian itu, tidak dapat dicari dan tidak dapat dikehendaki oleh siapapun, seperti penjelasan dalam Al Qur’an:



“Sekalian kami anugerahi mereka dan mereka mendapatkan dari pemberian Tuhanmu, dan pemberian Tuhanmu tiada terhalang”



Dan pada maqam ini, mereka mendengar akan segala perintah, baik melalui lidah batin maupun lahir, yaitu khatir di dalam hatinya, baik itu dari tempat yang jauh maupun di balik gunung qaf sekalipun, semua seruan atau perintah dapat didengarnya, karena pendengarannya meliputi alam semesta. Dan diterangkan dalam hadits bahwasanya alam semesta ini ada pada genggaman para Auliya’ seperti telapak kaki jua dengan semata-mata anugerah Allah dan Rahmat-Nya.



Sesungguhnya ilmu hakekat dan ilmu makrifat adalah ilmu rasa..

Setakat hendak rasa saja belum cukup…

Mesti nak kena ada rasa dalam rasa itu…

Dan sebenarnya manusia itu tiada rasa…

Hanya Allah lah yang memberi rasa...

Kerana DIA yang punya rasa…





Sabda Nabi saw

Sampaikan ajaranku walaupun satu ayat. (At-Termize)



“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya. Pengetahuan batin tentang hakikat roh adalah rahsia kepada rahsia-rahsia-Ku. Aku campakkan ke dalam hati hamba-hamba-Ku yang baik-baik dan tiada siapa tahu Keadaannya melainkan Aku.” “Aku adalah sebagaimana hamba-Ku mengenali Daku. Bila dia mencari-Ku dan ingat kepada-Ku, Aku besertanya. Jika dia mencari-Ku di dalam, Aku mendapatkannya dengan Zat-Ku. Jika dia ingat dan menyebut-Ku di dalam jemaah yang baik, Aku ingat dan menyebutnya di dalam jemaah yang lebih baik”.



Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani

Telah berkata al-Allamah al-Alimah al-Fahimah Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani dalam kitab Aqidatun Najin Fi Ilmi Usuluddin pada m/s 85-86,

“Faidatun, ini suatu faedah, adalah setengah daripada negeri Jawi banyak kedatangan bala’ dan fitnah amat besar pada membinasakan agama Islam dan beberapa manusia yang sudah murtad, masuk agama kafir, istimewa pula kebanyakkan orang yang jahil yang mendakwa dirinya alim lagi sufi yang mengajar ia akan manusia akan ilmu batin (keyakinan ghaib atau tauhid), maka yang benarnya tiada yang dinamakan dia sufi, hanya dinamakan dia kafir dan mulhid.

Maka murad (yang dikehendaki) daripada jahil itu orang yang tiada mengenal ia akan iktiqad yang sebenar seperti tiada dapat dibezakan akannya iktiqad Ahlusunnah dan antara iktiqad Jabariyah dan Qadariah, istimewa pula jahil ia akan barang yang wajib bagi Allah dan barang yang mustahil atas-Nya dan barang yang harus bagi-Nya.

Dan jika tiada mengenal akan sifat Ketuhanan, maka betapa boleh ia tawajjih (mengenal) kepada Tuhan yang ia tiada kenal-Nya sekali-kali. Maka setengah daripada mereka itu yang mendakwa akan sekalian makhluk ini sifat Allah, maka tiadakah ia masuk kepada kafir dan meninggalkan yang sebenarnya dan jikalau benar pada ta’wil mereka itu sekalipun, tiada sunyi daripada jatuh didalam bida’ah yang haram lagi dosa besar kerana perkataan yang demikian itu syubahat dan banyaklah pengajaran yang mengkhilaf/bersalahan dengan syariat Muhammadiyah (yakni syariat ummat Muhammad saw, bukan Muhammadiyyah Wahabi”.



Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani juga menyatakan pada kitab yang sama, pada m/s 13, 14 baris daripada atas,

“Syahdan, telah berkata ulama’: “Haram belajar ilmu usuluddin daripada orang yang tiada mahir ilmunya dan tiada mengambil daripada gurunya, maka adalah pada zaman sekarang ini beberapa daripada manusia yang mendakwa dirinya alim yang mengajar ia akan manusia yang awam dengan pengajaran yang menyesatkan hamba Allah.

Dan setengah daripada mereka itu yang berpegang dengan ayat al-Quran yang mutasyabihat/samar atau sunnah yang mutasyabihat, pada hal tiada dilintangkan dengan quwati’ aqliyah (pemutus hukum akal) dan naqliyah yang muhkamat/terang, tetapi mengambil mereka itu dengan zahir ayat yang mutasyabihat.

Maka jadi jahat mereka itu pada laut kafir. Maka sesat mereka itu dan menyesatkan mereka itu akan manusia yang awam, A’uzubillah min zalik. Maka adalah mereka itu seperti dajjal atau terlebih jahat lagi daripada dajjal”.

TAUHID MENENTANG SYIRIK DALAM FAHAMAN DAN AMALAN

OLEH: MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY

Insha’ Allah dalam nota ringkas ini akan dibicarakan pengertian tauhid dan ciri-cirinya, aspek-aspek fahaman dan amalan yang timbul daripadanya, samaada pada paras individu atau kolektif; demikian pula akan dibicarakan kesyirikan dengan pengertian-pengertian dan ciri-cirinya dalam fahaman dan amalan dari perspektif epistemologi Islam Sunni sebagai hakikat yang berlawanan dengan tauhid.Akan dibicarakan bagaimana ini semua memberi kesan dalam individu manusia dan kehidupannya.

Tauhid Dalam Fahaman

Tauhid berdasarkan kepada “la ilaha illa’ Llah, Muhammadur-Rasulullah”: “Tidak ada tuhan yang wajib disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, dan Muhammad adalah Rasulullah”. Atau “asyhadu an la ilaha illa’Llah, wa asyhadu anna Muhammadar-Rasulullah”: “Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan yang wajib disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah Rasulullah”. Ianya diwajibkan dalam ayat, antaranya, yang bermaksud: "Ketahuilah bahawa tiada tuhan melainkan Allah …". (Surah Muhammad: Ayat 19).

Penyaksian itu adalah hasil daripada keyakinan iman tanpa syak dan ragu tentang hakikat keTuhanan yang Maha Esa, yang merupakan paksi bagi segalanya. Keyakinan ini datang daripada ilmu dan juga kesedaran batin orang yang berkenaan yang disebutkan sebagai ilmul-yakin, atau ‘ainul-yaqin atau haqqul-yaqin. Ilmul-yaqin datang daripada tahap keyakinan yang timbul daripada ilmu berkenaan dengan kebenaran tauhid hasil daripada pengetahuannya, dengan berdasarkan bokti-bokti, samaada yang berifat nakli atau akli atau intelektuil. ‘Ainul-yaqin timbul daripada tahap tertentu dalam kesedaran batin berkenaan dengan hakikat tauhid. Haqqul-yaqin merujuk kepada pengenalan hakikat tauhid berdasarkan kepada “penyaksian batin” - musyahadah - tentang kebenaran itu yang tidak meninggalkan apa-apa keraguan lagi.

Keimanan tentang ketauhidan ini berkembang menjadi keimanan terhadap “rukun-rukun iman” yang lain- keimanan tentang para malaikat dengan tugas-tugasnya, para rasul a.s.s. dengan tugas-tugas mereka, kitab samawi dengan ajaran-ajarannya, terakhir ialah al-Qur’anul-Karim, tentang akhirat dan akhirnya qadha’ dan qadar.Semuanya dihuraikan oleh para ulama Ahlis-Sunnah dalam teks-teks usulud-din mereka, Allah memberi rahmat kepada mereka.

Keimanan terhadap Allah dan mentauhidkannya dengan huraian-huraian tentang sifat-sifatNya yang tidak terkira, dan kemudian dibicarakan sebagai kunci kepada pengenalanNya dua puluh sifat atau tiga belas, itu berdasarkan dalil-dalil akal atau dalil nakal, yang kita tidak bicarakan secara terperinci di sini. Bagaimanapun memadailah kalau kita sebutkan sifat-sifat itu - untuk memperbaharukan ingatan kita tentangnya - sebagai wujud, qidam atau sediakala, baqa’ atau kekal, menyalahi sekelian makhluk, berdiri sendiri, esa, hayat atau hidup, ilmu, qudrat atau kuasa, kehendak, mendengar, melihat, dan berkata-kata yang semuanya dirumuskan ulama berdasarkan Qur’an dan Sunnah, bukan sebagaimana dituduh oleh setengah pihak,daripada falsafah Yunani Purba; kemudian ditambah dengan perbincangan tentang sifat-sifat hal keadaanNya hidup, berilmu, berkuasa, berkehendak, mendengar, melihat dan berkata-kata.

Perbincangan tentang mentauhidkan Allah juga dilakukan dengan membicarakan nama-namaNya yang sembilan puluh sembilan itu dengan menyebut nama-namaNya: Allah, ar-Rahman, ar-Rahim, al-Malik, al-Quddus, as-Salam, al-Mu’min, al-Muhaimin, al-‘Aziz, al-Jabbar, al-Mutakabbir, dan seterusnya dengan huraian-huraian maknanya sebagaimana yang ada misalnya dalam “Tafsir al-Jamal” dalam huraiannya berkenaan dengan maksud ayat yang bererti: "Dan bagi Allah Sifat-Sifat Yang Paling Indah, maka kamu serulah Ia dengan menyebutnya …".

Mentauhidkan Allah dan beriman kepada rukun-rukun iman yang lainnya sebagai natijah daripada beriman kepada ketauhidan Allah itu menimbulkan kesan dalam kehidupan manusia yang disebut dalam setengah hadith sebagai “cawangan-cawangan iman” (‘shu’ab al-iman’).Sebagai contoh dalam “Fathul-Bari” dihuraikan hadith:

الايمان بضع وستون شعبة والحياء شعبة من الايمان

Yang bermaksud: “Iman ada enam puluh lebih cawangannya, dan malu bertempat adalah satu cawangan daripada keimanan”.

Dalam hadith sahih riwayat Bukhari yang lain dinyatakan keimanan itu lebih daripada tujuh puluh cawangan, dan yang tertingginya ialah mengucap “tiada tuhan melainkan Allah”, yang paling rendah sekali ialah membuang duri atau sesuatu yang menyakitkan dari jalan.

Dalam “Fahul-Bari” dalam memberi huraian berkenaan dengan “cawangan-cawangan” iman hasil daripada tauhid dan keyakikan iman, pengarangnya membahagikan kesan-kesan itu kepada beberapa bahagian seperti “amalan-amalan hati”. Dinyatakannya bahawa amalan-amalan hati terdiri daripada: keimanan terhadap Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, QadarNya, Hari Akhirat. Alam Kubur, Bangkit sesudah mati, Berhimpun di Akhirat, Hitungan amal, Neraca Timbangan Amal, Titian Sirat, Syurga, Neraka; kasih dan benci kerana Allah, kasihkan rasul, iktikad tentang keagungan Rasul dan kemuliannya, berselawat terhadapnya, mengikut sunnahnya, mengamallkan sifat ikhlas dalam amalan, tidak bersikap riya dalam amalan, meninggalkan kemunafikan, bertaubat, takut kepada Allah, berharap kepadaNya, bersyukur kepadaNya, menunaikan janji dan amanah semuanya, sabar, redha dengan ketetapan dan hukumNya, bertawakkal kepadaNya, bersikap dengan sifat kasih sayang (rahmah), tawadhu’, memuliakan orang tua, kasihkan orang muda,tidak takabur, tidak ‘ujub, tidak hasad dengki, tidak berdendam, tidak marah bukan pada tempatnya.

“Amalan lidah” terdiri daripada: berlafaz dengan kalimah tauhid, membaca Qur’an, mempelajari ilmu, mengajarkan ilmu, berdo’a, berzikir mengingat dan menyebut nama-nama Allah, beristighfar,dan menjauhi perbuatan dan percakapan yang sia-sia (ijtinab al-laghw).

“Amalan badan” disebutkan:berada dalam keadaan suci bersih dari segi lahir dan pada hukumnya, menjauhi najis-najis, menutup aurat, melakukan sembahyang yang wajib dan sunat, juga menunaikan zakat, membebaskan hamba abdi (boleh dikiaskan dengan keadaan moden dengan “hamba-hamba abdi ekonomi” dan sebagainya), mengamalkan sifat pemurah (al-jud), memberi makan kepada mereka yang memerlukannya, memuliakan para dhif, melakukan puasa yang wajib dan sunatnya, demikian pula menunaikan haji, dan umrahnya, melakukan tawaf, dan beriktikaf, berusaha untuk menghayati malam lailatul-qadar, berpindah untuk menyelamatkan agama bila itu dituntut oleh agama, berhijrah dari negeri syirik (dengan syarat-syaratnya), menunaikan nazar, bersungguh-sunguh menjaga iman dengan teguhnya, menunaikan kaffarah, mengawal diri daripada kejahatan dengan berkahwin, melaksanakan hak-hak keluarga, mentaati para ketua dan bersikap lemah lembut kepada para hamba (termasuk orang-orang bawahan).

Berkenaan dengan kehidupan dan pergaulan dengan orang ramai: mengikut jama’ah Muslimin, mentaati waliyul-amri, mendamaikan mereka yang berkelahi, berperang melawan mereka yang memberontak dan golongan Khawarij (yang menentang waliyul-amri), bertolong-bantu dalam melakukan kebaikan, menyuruh perkara-perkara yang baik dan melarang perkara-perkara yang mungkar, mengamalkan aturan-aturan jenayah berat mengikut Islam, melakukan jihad, termasuk ke dalamnya menjaga sempadan untuk menyelamatkannya daripada para seteru, menunaikan amanah-amanah, termasuk menunaikan “khumus” (dari rampasan perang), memberi orang berhutang, dan membayar hutang, memuliakan tamu, bergaul dengan akhlak yang baik (‘husn al-mu’amalah’), termasuk ke dalamnya menghimpunkan harta dari punca-punca yang halal, membelanjakan harta pada tempatnya yang hak, tidak bersikap membazir, dan tidak melampau-lampau dalam perbelanjaan (termasuk kalau sekarang “conspicuous consumerism”: berbelanja kerana menunjuk-nunjuk bukan kerana keperluan yang menasabah), menjawab orang memberi salam, mendoakan orang yang bersin, menahan diri daripada menyakiti orang lain, menjauhkan diri daripada kesia-siaan, membuang duri (atau apa-apa yang memudaratkan) dari jalan.
Beliau menyatakan mungkin cawangannya itu tujuh puluh sembilan sifat dengan mengambil kira menceraikan setengah daripada apa yang digandingkan dan tidak diasingkan.
Amalan-amalan, sifat-sifat serta sikap yang timbul itu semuanya daripada ketauhidan kepada Allah yang ada dalam diri manusia. Kesannya jelas kelihatan dalam kehidupan keluarga dan masyarakat serta negara dan umat bila ketauhidan itu mantap.

Kesan Tauhid Dalam Fahaman Orang Yang Beriman:

Kalau dilihat dari segi yang berbeza, boleh disebutkan bahawa implikasi tauhid ke atas manusia dan kehidupannya boleh dilihat dari beberapa segi, antaranya ialah:

Dari segi fahamannya tauhid memaksudkan bahawa yang diyakini sebagai kebenaran tanpa tara ialah Keesaan Allah; tidak ada syak dan ragu lagi padanya. Buktinya samaada yang bersifat akli atau nakli menjadi dalil tentang kebenarannya; dalil dari pengalaman dan kesedaran batin itu merupakan bukti yang paling kuat untuk diri seseorang berpegang kepada kebenarannya. Itulah maksud tertinggi dari ayat yang bererti: "Ini adalah jalanku; aku menyeru manusia kepada Allah berdasarkan kepada 'basirah' (dalil yang nyata) ataupun pemandangan matahati, aku dan mereka yang mengikutku". (Surah Yusuf: Ayat 108). Ini memberi paksi kepada manusia, peribadi, dan hidup serta tamadunnya. Ini boleh dimisalkan sebagai adanya tempat duduki yang tetap dan teguh, tidak kucar kacir, bukan tidak stabil.

Sebagai contoh kita boleh sebutkan bagaimana kita ini tetap atas kerusi, kerusi tetap demikian kerana ada lantai bangunan, bangunan itu tetap atas asasnya, asas bangunan itu tetap kerana ada bumi yang tetap, bumi tetap kerana ianya berada dalam sistem solar yang dengan gravitinya dan lain-lainnya menyebabkan ia tetap.Demikianlah manusia merasa tetap teguh dengan keyakinannya kepada tauhid; dengannya ia merasa tetap ada tempat berpijak bagi jiwa, hati dan akalnya.

Tauhid pada fahaman juga memaksudkan bahawa yang disembah dengan sebenarnya hanyalah Allah Yang Esa sahaja, tidak ada yang lain lagi. Penyembahan dalam erti pengabdian - ‘ubudiyyah - hanyalah untuk Allah sebagaimana yangg dinyatakan dalam al-Fatihah, “Engkaulah sahaja Yang kami sembah, dan kepada Engkalah sahaja kami meminta pertolongan”. Hakikat ini ternyata dalam ayat yang bermaksud: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu".

Fahaman tauhid yang mendalam menyebabkan tidak ada lagi kuasa-kuasa lain yang dinisbahkan Kuasa Tuhan padanya; hilang takhyul, fahaman syirik, dan sihir, hilang amalan bernujum yang disalahkan Syara’, dan hilang pemujaan yang dilarang Syara’ terhadap jin-jin dan lain-lainnya. Termasuk hilang pemujaan kepada perkara-perkara maknawi seperti akal, kecerdasan manusia, atau mana-mana aspek kepandaian atau ilmu manusia.Semuanya natijah daripada keyakinan terhadap KeEsaan Allah.

Tauhid pada fahaman ini memberi kepada insan matlamat hidup yang terakhir yang memberi makna kepada segala kegiatan. Manusia yang beriman kepada tauhid bertugas dan berusaha dalam konteks mencari keredhaan Allah di dunia ini, yang membawa kepada kebahagiaan yang kekal abadi. Ini jelas dalam pembacaan doa si mukmin selepas daripada takbir sembahyang, iaitu do’a yang bermaksud: "Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku (termasuk perjuanganku, profesiku, perlaksanaan tugasku) adalah bagi Allah Tuhan Yang mentadbir sekelian alam". Dengan ini tidak ada kekosongan atau kehilangan makna - “loss of meaning” - dalam hidupnya. Semuanya mendapat makna dalam konteks mencari keredhaan Tuhan. Dalam konteks seperti inilah Nabi s.a.w. menyatakan keheranannya tentang hidup si mukmin sampaikan bila kakinya terkena duripun ada mempunyai makna. Penyakit “kehilangan makna” tidak akan berlaku atas si mukmin yang berkesan keimanannya dalam membentuk jiwa dan kablbunya.

Keimanan tentang tauhid menjadikan si mukmin tidak putus asa dalam hidupnya walau bagaimamanapun teruknya cabaran yang dihadapi dan walau bagaimana negatifnya suasana yang dihadapi, sehinggakan kalau dilihat dari segi perkiraan duniawi tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan sekalipun, ia tidak berputus asa. Inilah antaranya yang dimaksudkan oleh ayat Qur’an yang bermaksud “Jangan kamu berputus asa daripada pertolongan Allah, sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat (atau pertolongan) Allah melainkan orang-orang kafir” (Surah Yusuf: Ayat 87). Di sinilah tauhid memberi asas kepada aksiologi si mukmin, sehingga sistem nilainya lengkap dan tinggi.


Aksiologi Daripada al-Asma’-al-Husna:

Tauhid pada fahaman menjadikan insan yang yakin kepada tauhid itu mendapat "peta" pembangungan peribadinya pada “Diri Tuhan Sendiri Dengan Sifat-SifatNya Yang Maha Sempurna dan Nama-NamaNya Yang Maha Indah” (al-Kamalat wa’l-Asma’ al-Husna). Maksudnya, sebagaimana yang dihuraikan antaranya dalam “Tafsir al-Jamal” dalam hubungan dengan hadith Tirmidi yang bermaksud: “Tuhanmu mempunyai sembilan puluh sembilan Nama, maka sesiapa yang membilangnya ia masyuk ke dalam Syurga”. Maksudnya, antaranya, dihuraikan bahawa hendaklah insan yang beriman itu menjadikan peribadinya terbentuk mengikut pengajaran yang boleh didapati daripada maksud nama-nama Tuhannya.

Misalnya kalau Allah bersifat dengan sifat Kasihan Belas - dengan NamaNya al-Rahim - maka si mukmin sebagai hamba Tuhannya hendaklah bersifat dengan sifat kasihan belas pada paras manusiawinya. Dengan itu maka ia “hampir” kepada Tuhannya melalui sifat itu. Dengan itu ianya lebih hampir kepada kesempurnaannya sebagai manusia yang beriman. Kalau Tuhan bernama al-Malik - Raja dengan sifat-sifatNya sesuai dengan Nama “al-Malik” itu, maka hendaklah si hamba membentuk peribadi sesuai dengan kedudukan sebagai ”raja” yang menguasai dirinya supaya taat kepada Tuhan dan menjalankan KehendakNya, jangan membiarkan dirinya menjadi rendah dan berkhidmat kepada Setan. Kalau Allah bernama al-‘Alim - Yang Maha Mengetahui - maka manusia yang beriman hendaklah membentuk dirinya menjadi orang yang berilmu, yang mengenal Tuhannya, ajaran Tuhannya, dan mengetahui ilmu-ilmu lain dalam konteks ketauhidan Tuhannya serta mengetahui ilmu-ilmu untuk menjadikan dirinya dan hidupnya bermaruah dalam dunia ini. Dengan itu jadilah ianya hampir kepada Tuhannya melalui sifatnya berilmu itu.Kalau dikiaskan kepada bangsa, maka bangsa itu bangsa yang berilmu yang martabatnya mulia kerana ilmunya. Di sini keimanan kepada Tauhid membawa implikasi dalam bidang epistemologi atau faham ilmu dan aksiologi atau faham nilai yang sangat diperlukan kejelasannya.

Di sini kita lihat bagaimana kepentingan ilmu diberikan perhatian yang sangat pokok oleh para ulama Islam, seperti Imam al-Ghazali rd dan Ibn Khaldun rh antara yang sekian ramai itu. Dan Ibn Khaldun rh menghendaki supaya ahli ilmu itu mencapai kemahiran yang memuncak dalam bidang ilmunya sampai menjadi sebagai sepertri tabiat yang kedua bagi dirinya, seolah-olah seperti terbang burung di angkasa dan bernang ikan dalam air. Kata-kata bandingan itu bukan dari Ibn Khaldun tetapi dari penulis ini. Beliau menggunakan istilah “malakah” untuk mengungkapkan kemahiran tertinggi dalam ilmu itu.

Sebab sedemikian pentingnya ilmu ini maka Imam al-Ghazali rd menghuraikan bagaimana ahli ilmu yang berkhidmat dengan baik dalam pengembangan ilmunya berdamping diri dengan Tuhan - bertaqarrub- melalui kegiatannya itu; demikian pula pelajar yang mempalajari ilmu yang berguna - ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu umum kerana Tuhan dan kerana berkhidmat kepada umat dalam fardhu kifayah - bertaqarrub kepada Tuhan dalam kegiatan pembelajarannya.

Selain dari itu beliau menghuraikan bagaimana dalam konteks tauhid semuanya berkhidmat kepada Tuhan, mulai daripada ahli ibadat semata (‘abid), sampai kepada pengajar ilmu, penuntut ilmu, petugas menjaga keluarga (muhtarif), peribadi yang berkhidmat untuk masyarakat (walin), dan ahli tauhid taraf tertinggi yang tenggelam dalam pengalaman tauhidnya yang memuncak (muwahhid) semuanya berfungsi dalam menjayakan tauhid dalam hidupnya masing-masing - mulai dari orang biasa sampai kepada petugas masyarakat dan penjaga keluarga juga ahli rohaniah yang tertinmggi sekali dalam umat.Dalam konteks masyarakat moden kitra boleh kiaskan mereka yang terlibat di dalamnya dengan tugas-tugas mereka masing-masing.
Kalau Tuhan bernama dengan nama as-Sattar - Yang menutup aib hambanya, kemudian di akhirat bila ia beruntung Ia ampunkan aib itu- maka hendaklah si mukmin itu menutup aib jirannya dan kenalannya supaya dengan itu aib dirinya tidak di"buka" oleh Tuhan di hadapan sekalian makhluk di Akhirat nanti. Allahumma salimna.

Kalau Tuhan bernama al-Mutakabbir - Yang membesarkan DiriNya, Yang Takburr, kerana Ia berhak dengan perbuatan demikian - maka hendaklah si mukmin berendah diri kepada Tuhannya dan kepada sekelian mukminin, tetapi bertakabur dengan Setan supaya dengan itu ia tidak membiarkan dirinya menjadi “khadam” kepada Setan, yang meruntuhkan kemuliaan dirinya, sampai dirinya akan menjadi “yang sehina-hinanya”.

Dengan ini si hamba mempunyai sifat kemuliaan diri atau harga diri yang sebaiknya sebagai khalifah Tuhan di bumi dan hambaNya.

Bila Tuhan bernama dengan Nama an-Nafi’ - Yang Memberi Menfaat kepada sekalian akhlukNya - maka si mukmin hendaklah membentuk peribadi sebagai orang yang mendatangkan kemanafaatan kepada orang lain, bukan sebaliknya. Ini jelas pula daripada hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Manusia yang sebaik-baiknya ialah orang yang paling mendatangkan faedah kepada manusia".

Kalau Allah bernama dengan Nama al-Muhaimin - Yang Menjaga - maka para hamba hendaklah pada paras manusawinya menjadi penjaga sekalian yang mesti dijaga dirinya, keluarganya, bangsanya, umatnya, agamanya, demikian seterusnya dan janganlah ia menjadi perosak. Demikianlah apa yang disebut sebagai “bahagian hamba” - hazz al-‘abd - oleh pengarang “Tafsir al-Jamal” dalam hubungan dengan Nama-Nama Allah yang menjadi penentu dalam hidupnya dari segi metafisikanya, faham alamnya, aksiologi atau faham nilainya, epistemologi atau faham ilmunya.



Tauhid Dalam Amalan:

Bila kita menjurus kepada amalan, maka tauhid menjadikan manusia itu menunaikan ibadatnya, seperti sembahyangnya - sebab itu pengabdian kemuncak, terlambang dengan hakikat ianya dikurniakan waktu mi’raj Rasul s.a.w. - puasanya, zakatnya, hajinya, nazarnya, kafarahnya, membaca Qur’an, wirid dan zikirnya, do’anya, bahkan, sebagaimana yang diajarkan oleh Imam al-Ghazali rd dalam "Ihya’"nya, “Hendaklah semua gerak-geri hidup kamu dan diam kamu menjadi ibadat atau penolong kepada ibadat kepada Tuhan,” sampaikan Imam utama ini rd menyatakan bahawa bermainpun biarlah berlaku dalam konteks pengabdian atau ibadat kepada Tuhan!

Tauhid pada amalan menyebabkan manusia berakhlak dengan akhlak yang mulia seperti bersifat benar, amanah, ikhlas, kasihan belas, bertimbang rasa, bersaudara, berkasih sayang dalam keluarga dan masyarakat, bermaaf-maafan bukan berdendam, pemurah bukan bakhil dalam kebajikan, bukan membazir, bukan melampau dalam berbelanja,berhemat dan cermat, bukan hanya waktu ekonomi gawat sahaja, menjaga perpaduan bukan mengusahakan perpecahan, apa lagi dalam umat menghadapi ancaman, berkerjasama dalam kebajikan, iaitu berkerjasama dalam keluarga, dalam masyarakat, bangsa dan umat, antara rakyat dengan rakyat, antara rakyat dengan pihak penganjur, berkerjasama antara ulama, cendekiawan, para pemimpin, hartawan dan orang awam. Bersifat gigih dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kebaikan dan jasa kepada manusia semuanya.

Tauhid menyebabkan berlaku perpaduan dalam keluarga dan timbulnya keluarga bahagia dan perkasa yang membantu dalam membina masyarakat yang beradab, berilmu, dan perkasa dengan amalan-amalan “budaya perkasa” atau “strong culture”. Ini boleh dikaitkan dengan kata-kata terkenal “Hidup bersendikan adat, adat bersendikan Syara’ dan Syara’ bersendikan Kitab” yang melambangkan kesepaduan hidup ketamadunan yang terbimbing oleh wahyu dan ajaran agama dengan dibantu oleh keupayaan dan akal manusiawi.
Tauhid dalam amalan ditimbulkan dalam hidup manusia dengan penuh ketaatan kepada Kehendak Tuhan yang terjelma dalam ketaatan kepada Hukum Syara’Nya dalam ibadatnya, hidup keluarganya, mu’amalahnya, hidup kenegaraannya, budayanya, ilmu pengetahuan dan sainsnya, teknologi dan penyelidikan serta maklumatnya. Ketaatan kepada Tuhan dalam semua perkara inilah merupakan manifestasi tauhid dalam tamadun manusia selain daripada tauhid yang nyata dalam hidup peribadi dan keluarga serta masyarakatnya. Adanya kederhakaan dalam masyarakat manusia - kerana dunia bukan akhirat- adalah kerana kelemahan-kelemahan manusiawi - “human failings” - bukan kerana agamaa bukan praktikal atau “above human”. Sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur’an dalam ayat yang bermaksud “Tuhan tidak membebankan diri manusia melainkan setakat apa yang termampu olehnya”, dan dalam konteks yang lain Allah berfirman, maksudnya “Allah tidak membebankan sesuatu diri manusia melainkan daripada apa yang dikurniakan kepadanya (daripada Ni’matNya)”.

Tauhid pada amalan membawa manusia membina hidup ketamadunan mengikut apa yang diajarkan oleh Tuhan dalam budaya ilmunya, siasahnya, ekonominya, hidup kemasyarakatannya, keseniannya dan budayanya, perang dan damainya. Penyelewengan-penyelewengan yang berlaku adalah kerana kelemahan-kelemahan manusiawi dari segi individu dan kelompoknya. Agama datang untuk menyembuhkan manusia dan tamadun daripada “kelemahan-kelemahan manusiawinya” bukannya untuk mengazabkan manusia atau menghalangnya bersuka-suka secara rasional dan menasabah serta sejahtera dalam dunia ini.
Sebab itu dalam sejarah dan realiti kehidupan mengikut kadar yang berbeza-beza tauhid dan prinsipnya terbayang dalam hidup mereka yang beriman dalam keyakinannya kepada tauhid, ibadatnya, hidup akhlaknya, keluarganya, mayarakatnya, dan umatnya. Terbayang hakikat ini dalam sistem ilmunya - hubungan harmonis antara ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu umumnya sebagaimana yang terbayang dalam huraian Ibn Khaldun rh dalam “al-Muqaddimahnya”, dalam persuratan Islam, seni benanya, perancangan bandarnya, serta keharmonian antara alam tabi’I dan alam binaan manusia (“human built environment”).
Al-Marhum Prof Ismail Raji al-Faruqi dalam buku terkenalnya “Tawhid: Its Implications For Thought and Life” berbicara dengan meluasnya aspek-aspek dan implikasi tauhid ini dengan menyebut tentang tauhid sebagai inti pengenalan agama, sebagai intisari Islam, sebagai prinsip sejarah, prinsip metafisika, prinsip etika, susunan sosial, prinsip ummah, prinsip keluarga, prinsip susunan siasah, prinsip susunan ekonomi, prinsip susunan hidup seluruh dunia, serta prinsip estetika.


Kesyirikan Yang Bercanggah Dengan Tauhid Pada Fahaman

Dilihat dari segi fahamannya, kesyirikan ialah menisbahkan kuasa atau Sifat-sifat Tuhan kepada makhluk-makhluk atau kuasa-kuasa selain daripada Allah Tuhan Yang Sebenarnya.

Kesyirikan bermakna menyembah yang selain daripada Allah atau kuasa-kuasa yang selain daripadanya; atau memuja yang lain selain daripadanya sebagaimana Ianya disembah dan dipuja, atau sebagaimana IaNya dimuliakan dan disanjungi. Ini disebutkan sebagai syirik yang besar dan nyata (syirik akbar atau syirik jaliy). Syirik ini kalau orang yang berkenaan tidak bertaubat daripadanya, ia akan menyebabkan azab yang berkekalan. Nau’udhu billahi min dhalik.

Syirik yang satu lagi ialah syirik kecil atau syirik yang tersembunyi (syirik asghar atau syirik khafy). Syirik kecil ialah syirik dalam erti misalnya melakukan kebaikan kerana lain daripada berniat mencari keredhaan Tuhan, seperti seseorang melakukan ibadat kerana hendak mencari pengaruh; atau memberi sedekah dengan niat supaya disanjung dan diterima sebagai peribadi yang mempunyai keutamaan; demikian seterusnya; itu syirik kecil atau syirik tersembunyi yang membatalkan pahala amalkan dan kebajikan; ianya bukan menyebabkan kekal dalam azab di Akhirat; bagaimanapun ia menyebabkan amalan menjadi sia-sia tanpa pahala, bahkan menyebabkan azab sesuai dengan keadaan berat atau ringannya kesalahan orang yang berkenaan.

Dalam hubungan dengan syirik yang sedemikian Allah menyoal dalam al-Qur’an dalam ayat yang bermaksud: "Adakah kamu melihat orang yang menjadikan keinginan nafsunya sendiri (“hawahu”) sebagai tuhan?" (Surah al-Furqan: Ayat 43).

Adapun amalan duniawi, seperti pertukangan atau sesuatu kemahiran yang dimiliki, bila seseorang itu melakukan usahanya dengan baik dan bahkan cemerlang supaya amalannya diberikan nilaian dan prestasi yang baik, dengan itu ianya menjadi popular, dengan itu ia mendapat rezeki yang halal, itu tidak termasuk ke dalam perkara keji yang disebut di atas. Bahkan orang yang berkenaan, kalau ia orang yang beriman, boleh memasang niat bahawa ia sedang melakukan kerja untuk menguatkan ekonomi umat, untuk memberi kekuatan kepadanya, sebagaimana yang dianjurkan oleh Ibn al-Hajj rh dalam kitabnya yang terkenal “al-Madkhal” itu. Bahkan ini boleh termasuk ke dalam maksud hadith nabi yang bererti: "Sesiapa yang menuntut dunia yang halal kerana hendak mengelak dirinya daripada meminta-minta dari orang lain, kerana memenuhkan keperluan keluarganya, dan kerana kasihan belas kepada jirannya (dan ia membantu mereka dengan hartanya itu), maka ia datang ke Ahirat pada Hari Kiamat dengan wajahnya gemilang seperti bulan pernama empat belas hari bulan".

Seorang ahli sains yang membuat penyelidikan membina senjata yang ampuh yang boleh mempertahankan bangsanya daripada diceroboh oleh pihak musuh, dengan itu ia menjaga agamanya dan bangsanya serta negaranya, atau ia boleh memberi kekuatan kepada saudaranya Muslimin dalam negeri lain supaya tidak dianiayai oleh pihak lain, maka itu adalah perbuatan yang paling bermakna dalam khidmat kepada umat. Boleh diingatkan pada zaman klasik bagaimana al-Baghdadi rh menyebut bahawa satu daripada golongan Ahlis-Sunnah wal-Jama’ah yang berjasa kepada umat yang menentukan kedudukan umat ialah orang-orang yang menjaga sempadan negeri umat Islam supaya tidak diceroboh oleh musuh (“al-murabitun”). Maka maksudnya termasuklah golongan yang menjayakan fungsi demikian dengan mengadakan senjata yang berkesan untuk tujuan itu. Dengan itu maka terlaksanalah juga suruhan dalam al-Qur’an yang bermaksud: "Bersiap sedialah kamu bagi menghadapi para musuh dengan pelbagai jenis kekuatan" (Surah al-Anfal: Ayat 61) sesuai dengan keadaan dan zaman berkenaan; kalau pada zaman kita ini ianya merujuk kepada kekuatan senjata yang sesuai dengannya.

Dan tidaklah boleh dikatakan syirik orang yang mempertahankan negara itu, kecualilah ia menganggap negera itu seperti Tuhan baginya! Dijauhkan Allah dari yang demikian itu!



Syirik Dalam Perbuatan:

Ringkasnya syirik besar dan nyata dalam perbuatan merujuk kepada perbuatan memuja apa-apa selain dari Allah sebagaimana memuja Allah; termasuk ke dalamnya memuja makhluk-makhluk halus atau manusia melebihi batasan; adapun sifat kasihkan seseorang kerana ia melakukan kebaikan kepada orang ramai, itu adalah perkara yang baik yang termasuk ke dalam maksud hadith Nabi saw yang bererti: "Sesiapa yang tidak mengenang budi kepada manusia (yang melakukan kebaikan kepadanya), maka orang itu tidak sempurna dalam perbuatannya bersyukur kepada Allah".

Termasuk amalan yang mesti dielakkan ialah sihir sebab ia memusnahkan keimanan manusia dan boleh memnbawa kepada kesyirikan. Dalam media amalan sihir dilaporkan membawa kepada pembunuhan selain daripada akibat-akibat lain yang membahayakan serta memusnahkan hubungan baik ahli masyarakat.
Syirik kecil dan tersembunyi ialah sifat ria, iaitu melakukan kebaikan dalam agama kerana mengharapkan perhatian dan sanjungan manusia; itu membatalkan amalan dan kebajikan seseorang; adapun perbuatan yang bersifat duniawi, seperti pertukangan dan kemahiran maka itu tidak mengapa, walaupun yang lebih baiknya ialah seseorang itu menjalankan profesinya dan kemahirannya dengan niat menguatkan umat dalam rangka menjalankan fardhu kifayahnya, seperti yang tersebut dalam kitab Imam al-Ghazali rd atau kitab Ibn al-Hajj rh.

Dalam ajaran Ahlis-Sunnah wal-Jama’ah bertawassul adalah harus, samaada pada orang yang hidup atau orang yang sudah meninggal dunia. Tidak perlu dijadikan masalah bila ada setengah kalangan yang menganggap itu kesyirikan; sebab yang diminta ialah dari Allah; orang yang mulia itu disebut kedudukannya yang mulia di sisi Allah. Dengan itu maka permohonan itu cepat makbulnya.

Perbuatan melawat makam mereka yang utama dan menghadiahkan pahala amalan juga perbuatan yang mulia di sisi Ahlis-Sunnah, dan berdo’a di makam orang itu, dengan barakahnya, maka do’a itu boleh dikabulkan dengan segera. Itupun amalan yang bukan dilarang dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah, walaupun ada pihak-pihak yang melarangnya seperti Muhammad bin ‘Abdul Wahhab dan Ibn Taimiyyah. Itu adalah pandangan mereka, yang berlawanan dengan pandangan jumhur. Allahumma sallimna wal-Muslimin. Mereka yang mahu menganggap pandangan mereka berdua itu lebih utama dari jumhur, itu adalah pilihan masing-masing. Hendaklah diamalkan adab dalam berbeza pendapat dalkam perkara-perkara seperti ini dan jangan dijadikan isu sampai sesuatu puak melemparkan tuduhan bid’ah dan sesat kepada pihak lain. Apa lagi kalau sampai timbul sikap menghalalkan darah dan berperang sama Islam, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab yang berperang menjatuhkan Turki ‘Uthmaniah yang menyebabkan sampai sekarang umat tidak mempunyai khilafah seperti anak-anak tanpa bapa. Dan pihak musuh cenderung untuk membiarkan pemikiran seperti ini supaya Islam hancur dari dalam, asalkan pihak mereka pula tidak terjejas. Lain halnya kalau sesuatu perkara itu sudah diijma’kan salahnya, maka perlulah itu dinyatakan dengan terang.

Demikian pula tidak perlu dikatakan syirik kepada mereka yang mengadakan aturan-aturan duniawi dalam mana-mana bidang kegiatan seperti komunikasi, pengangkutan, pertanian, dan yang sepertinya yang berupa aturan-aturan profesi yang menjayakan bidang yang berkenaan sesuai dengan tabiat kemahiran demikian itu. Mereka yang mengadakan aturan-aturan itu demi untuk menjaga kejayaan bidang-bidang itu – asalkan ianya tidak berlawanan dengan kehendak agama yang mahu menjaga kemaslahatan nyawa, agama, maruah, harta, keturunan manusia, keamanan dan apa juga yang diperlukan - bukannya boleh ditafsirkan sebagai “merampas” Hakimiyyatu’Llah atau Kuasa membentuk Aturan yang ada pada Allah - oleh itu perbuatan mereka itu berupa kesyirikan. Kita perlu mengelak diri daripada kecenderungan Khawarij yang sedemikian itu yang telahpun mengakibatkan kegetiran dalam sejarah da’wah di setengah negara di Asia Barat. Perkara sedemikian tidak perlu kita mengulanginya di tempat lain.

Perkara yang seperti ini disentuh dengan baiknya oleh Hasan al-Hudaibi rh dalam bukunya yang terkenal itu iaitu “Du’atun la Qudah” (Pendakwah Bukan Penghukum).

Perbincangan tentang kesyirikan tidaklah perlu terlanjur sampai timbul dakwaan-dakwaan dan tuduhan-tuduhan, antaranya seperti:

• syirik kecil itu sebahagian yang tidak terpisah daripada syirik besar, yang membawa kepada menghalalkan darah orang yang terlibat di dalamnya;
• atau tuduhan bahawa kefahaman ulama Ahlis-Sunnah tentang tauhid umumnya salah;
• atau Abu Jahal lebih mengetahui tentang la ilaha illa’Llah daripada ulama Islam;
• atau tuduhan bahawa kesyirikan di muka bumi bermula dengan perbuatan ahli ilmu dan agama, kerana mereka cinta kepada para wali;
• atau tuduhan bahawa para kufar yang mengetahui tentang kekufuran mereka adalah lebih baik terbimbing daripada orang-orang yang beriman -inna’l-kuffara ‘lladhina ya’rifuna kufran ahda sabilan minal-mu’minin
• atau tuduhan “Keadaan sedemikian merusutnya sehingga sampai, di kalangan kebanyakan manusia, menyembah orang-orang agama adalah amalan yang paling baik, disebutkan sebagai kewalian, manakala menyembah ulama fikah dikatakan sebagai ‘pengetahuan dan ilmu fikah’. Kemudian keadaan menjadi merusut lagi sampai orang-orang yang tidak auliya’ pun disembah selain dari Allah, dan pada darjah kedua pula, mereka yang jahil”
• Juga tuduhan yang menyatakan bahawa sya’ir Burdah oleh al-Busiri sebagai sesuatu yang berupa kesyirikan (kerana memuji nabi s.a.w. -p).
• atau tuduhan bahawa panggilan “qadil-qudah” - kadhi dari sekelian kadhi - sama dengan “Syahin-syah- raja sekelian raja” (yang membawa kepada menghukumkan orang yang berkenaan kafir)
• atau sampai membawa kepada fahaman bahawa Allah s.w.t. mempunyai Dua Tangan, tangan kanan memegang langit dan yang satu lagi memegang bumi.”


Kesimpulan:

Sebagai kesimpulannya kita melihat bahawa tauhid yang berasaskan kenyataan:

لا اله الا الله

atau kenyataan:

اشهد ان لا اله الا الله و اشهد ان محمدا رسول الله

“tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, dan Muhammad adalah Rasulullah” atau “aku menyaksikan bahawa tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, dan aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah” itu membawa maksud dan keyakinan bahawa hakikat yang sebenar-benarnya hanya satu sahaja, iaitu Allah, dan Ia Tuhan Yang Maha Esa, yang kita sembah. Keredhaan Dia sahaja terakhirnya yang kita cari; KehendakNya sahaja yang kita ikut; hakikat ini mendatangkan kesan pada faham alam kita, faham ilmu, dan faham nilai. Ini yang menentukan konsep kita tentang kehidupan, budaya, tamadun, ilmu, dan nilai. Inilah yang menentukan ibadat, hidup rohani, akhlak, peraturan hidup, serta perjuangan dalam kehidupan individu, dan kolektif serta ketamadunan kita. Sepatutnya inilah hakikat dan prinsip yang memartabatkan dan memuliakan kita dari dunia sampai ke alam yang kekal abadi. Inilah yang menyatupadukan serta menguatkan kita dalam percaturan hidup, bukan sebaliknya. Kesyirikan ialah mempelbagaikan Tuhan yang berupa dosa dan jenayah terbesar, diikuti oleh syirik kecil memuja nafsu dan keinginan sendiri yang membawa kepada penyelewengan hidup dengan pelbagai perkara negatif dalam hidup individu, kolektif serta budaya dan ketamadunan. Pengembalian semula kepada kefahaman yang tepat dan meluas tentang tauhid serta penghayatannya yang menyeluruh dengan implikasi-implikasinya, dengan penolakan syirik dalam fahaman dan amalan sejauh-jauhnya, dalam rangka fahaman dan amalan hidup Sunni, inilah yang menjamin kejayaan dan kebahagiaan sesungguhnya; dan inilah yang menentukan nasib sebenarnya bagi diri dan umat kita.

Wallahu a’lam.

Friday, February 10, 2012

GURU YANG BENAR DI SISI ALLAH TAALA DGN ILMU HAQ

BISMILLAH AR RAHMAN AR RAHIM

Huraian dan penjelasan ini sedikit sebanyak memberi anda penerangan tentang “kesesatan” dan “kebenaran” di antara dakwaan Mas Reno dari Yayasan Nur Syifa Jakarta yang mendakwa saya menciplak ilmu dari blognya dan melakukan penipuan . Manakala dakwaan saya ke atas Mas Reno adalah beliau merupakan seorang guru yang sesat lagi menyesatkan kerana mendakwa Ilmu Allah (Nur Syifa) miliknya dan hanya dia sahaja yang benar di sisi Allah.

Bagi mereka yang telah mengenal Allah SWT dengan sebenar-benarnya ada tanda dan pengesahan dari Allah, Tuhan sekalian alam dan dari baginda Rasulullah sendiri yang merupakan Guru sekalian guru. Tanda mengenal Allah adalah pertemuan dengan malam Lailatul Qadar dan tanda ilmu yang benar di sisi Allah adalah pengesahan dari Baginda Rasul melalui pertemuan dengan baginda sendiri melalui mimpi. Inilah golongan yang selamat dan benar ilmunya.

Mereka yang telah mengenal Allah, kosong hatinya dari segala sesuatu selain Allah. Dia telah memulangkan kembali 7 Sifat Allah (Ma’ani) kepada Yang Empunya iaitu Sifat Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’, Basar dan Kalam. Lalu dia merasa tidak berkuasa dan berkehendak melainkan dengan Qudrat dan Iradat Allah.. Dia telah merasai mati (mati sebelum mati) dan kosong dari segala sesuatu (ilmu), maka dengan Ilmu Allah lah dia mengetahui dan dengan hayat Allah lah dia hidup. Dia telah menjadi pekak, buta dan bisu lalu dengan Sama’ Allah lah dia mendengar, dengan Basar Allah lah dia melihat dan dengan Kalam Allah lah dia bercakap.

Tetapi manusia sesat lagi menyesatkan, saya boleh mencontohkan Mas Reno dari Yayasan Nur Syifa. Beliau mendakwa, Nur Syifa dia punya dan orang lain hanya menipu dan hanya tahu menciplak ilmu miliknya. Dia telah mempertuhankan dirinya sendiri , mengaku berilmu dengan Ilmu Allah. Mereka seperti inilah yang selalu di datangi syaitan jin dan iblis yang menyamar dan mengaku sebagai wali-wali serta memberikan Ilmu yang memperagakan kehebatan. Ilmu yang bersandar kepada Jin dan Iblis.

Manakala saya hanya pernah bertemu Baginda Rasul di malam Lailatul Qadar dan baginda mengijazahkan saya amalan para Ariffin ( bukankah ini pengiktirafan baginda kepada saya yang telah sampai kepada maqam orang Arif ?) Maqam orang Arif adalah di atas maqam ulama dan di bawah maqam Waliullah. Ulama menghafal pelbagai kitab (sumber yang mati) manakala orang Arif menerima Ilmu terus dari Allah (Ilmu Laduni) kerana jiwanya telah kosong dari segala sesuatu lalu bersandar kepada Sumber Yang Maha Hidup.

Di bawah ini adalah sumber-sumber yang saya petik dari pelbagai laman sebagai hujah dan keterangan yang jelas mengenai Mimpi Bertemu Rasulullah, Malam Lailatul Qadar, Anugerah Ismullah AL A’dzham dan Amalan Anak Kunci Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi yg merupakan ANUGERAH ALLAH UNTUK HAMBA YANG HINA.

----------------------------------------------------------------------------------

Telah diriwayatkan dalam beberapa hadis berkaitan mimpi bertemu Rasulullah salah satunya ialah, berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Tafsir Mimpi Menurut Al-Qur`an dan As-Sunnah

Ustadz Abu Sa’ad al-Wa’izh berkata, “Pada prinsipnya mimpi yang baik itu bersumber dari aneka amal yang benar dan mengingatkan akan aneka akibat dari berbagai urusan. Dari mimpi yang baik itu muncullah aneka perintah, larangan, berita gembira, dan peringatan.

Dikatakan demikian karena mimpi yang baik merupakan sisa dan bagian dari kenabian, bahkan ia merupakan satu dari dua bagian kenabian, sebab ada nabi yang wahyunya berupa mimpi. Orang yang menerima wahyu melalui mimpi disebut Nabi. Adapun orang yang menerima ucapan malaikat saat dia terjaga disebut Rasul. Inilah yang membedakan antara nabi dan rasul.”

Abu Ali Hamid bin Muhammad bin Abdullah ar-Rafa` memberitahukan kepada kami, dari
Muhammad ibnul-Mughirah, dari Makki bin Ibrahim, dari Hisyam bin Hasan, dari Muhammad bin Sirin, dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda,

Jika masa semakin dekat, mimpi seorang muslim nyaris tidak pernah dusta. Muslim yang paling benar mimpinya adalah yang paling jujur perkataannya. Mimpi seorang mukmin merupakan satu bagian dari 46 bagian kenabian. Mimpi ada tiga macam: mimpi yang baik sebagai berita gembira dari Allah ‘azza wa jalla, mimpi seorang muslim yang dialami oleh dirinya sendiri, dan mimpi sedih yang berasal dari setan. Jika salah seorang di antara kamu mengalami mimpi yang tidak disukai, janganlah menceritakannya kepada orang lain, bangunlah, kemudian shalatlah.”
(Muttafaq ‘alaih)

Beliau bersabda,
“Aku menyukai mimpi ihwal rantai, tetapi tidak menyukai mimpi ihwal belenggu.” (Shahih al-Jami’)

Rantai ditakwilkan dengan keteguhan pada agama.

Abu Abdullah al-Mahlabi dan Muhammad bin Ya’qub bin Yusuf menceritakan kepada kami
dari al-‘Abbas ibnul-Walid bin Mazid, dari ‘Uqbah bin ‘Alqamah al-Mu’arifi, dari al-Auza’i, dari Yahya bin Abi Katsir, dari Abi Salamah bin Abdurrahman, dari ‘Ubadah ibnush-Shamit bahwa ia bertanya kepada Rasulullah tentang ayat 63-63 surah Yunus,

“Yaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan dalam kehidupan di akhirat.”

Maka, Rasulullah menjawab,

Sungguh kamu telah menanyakan sesuatu kepadaku yang belum pernah ditanyakan oleh
seorang pun selainmu. Al-busyra ialah mimpi yang baik yang dialami oleh seseorang atau dianugerahkan Allah kepadanya
.” (As-Silsilah ash-Shahihah)


Ustadz Abu Sa’ad berkata, “Hadits-hadits yang kami riwayatkan tersebut menunjukkan bahwa mimpi itu memang sesuatu yang benar secara substansial dan bahwa mimpi itu memiliki ketentuan dan dampak.”

Di antara dalil yang menunjukkan kebenaran mimpi ialah bahwa saat Ibrahim tidur, Allah memperlihatkan kepadanya seolah-olah dia menyembelih putranya. Setelah bangun, dia pun melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya saat tidur. Allah Ta’ala mengisahkan kejadian tersebut,

“Maka tatkala anak itu mencapai kesanggupan berusaha bersama-sama Ibrahim,Ibrahim
berkata, ‘Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka, pikirkanlah apa pendapatmu!’ Dia menjawab, ‘Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.
’” (ash-Shaaffat: 102)

Setelah Ibrahim a.s. memahami mimpinya dan berupaya melaksanakannya, lalu Allah
memberinya jalan keluar karena kasih-sayang-Nya, dia mengetahui bahwa mimpi itu merupakan hukum. Demikian pula halnya dengan mimpi yang dialami Yusuf a.s., yang dikisahkan Allah dalam Al-Qur`an sebagai kisah yang populer dan terkenal.

Abu Sa’id Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami dari Ali bin
Muhammad al-Waraq, dari Ahmad bin Muhammad bin Nashr, dari Yusuf bin Bilal, dariMuhammad bin Marwan al-Kalbi, dari Abu Shalih, dari Ibnu Abbas bahwa Aisyah berkata, “Rasulullah terkena sihir. Maka, beliau jatuh sakit, sehingga kami mengkhawatirkannya. Ketika beliau berada antara tidur dan terjaga, tiba-tiba turun dua malaikat: yang satu berada di dekat kepala Rasulullah dan yang lain
berada di dekat kaki beliau. Malaikat yang berada dekat kepala berkata kepada malaikat yang berada dekat kaki, ‘Mengapa dia sakit?’ Malaikat bertanya demikian supaya Nabi saw. memahami persoalannya.

Temannya menjawab, ‘Terkena sihir.’

‘Siapa yang melakukannya?’

‘Lubaid bin A’sham, orang Yahudi.’

‘Di mana dia melakukannya?’

‘Di sumur Dzarwan.’

‘Bagaimana mengobatinya?’

‘Kirimlah orang ke sumur itu dan keringkan airnya. Jika tampak sebuah batu besar,
singkirkanlah karena di bawahnya terdapat tali busur yang berpintal sebelas dan diletakkan di dalam kantong. Setelah itu bakarlah ia. Insya Allah dia sembuh. Jika dia menyuruh orang, hendaknya dia mengeluarkan kantong itu.’”

Ibnu Abbas melanjutkan, “Nabi pun bangun dan beliau telah memahami apa yang dikatakan kepadanya oleh malaikat. Beliau menyuruh ‘Ammar bin Yasir dan sekelompok sahabatnya ke sumur tersebut yang airnya telah berubah seperti inai. Kemudian sumur itu dikeringkan. Setelah tampak batu besar, ia pun digulingkan, dan tampaklah di bawahnya kantong yang berisikan tali busur bersimpul sebelas. Kemudian mereka membawanya kepada Rasulullah. Maka, turunlah surah al-Falaq dan surah an-Naas.

Kedua surah ini berjumlah 11 ayat dan sama dengan banyaknya buhul yang berjumlah 11
pula. Setiap kali beliau membaca satu ayat, lepaslah satu buhul. Setelah seluruh buhulnya terbuka, Rasulullah dapat bangkit dan seolah-olah terlepas dari ikatan. Buhul itu pun dibakar. Nabi menyuruh kita berlindung kepada Allah melalui kedua surah tersebut. Lubaid mengunjungi Rasulullah. Meskipun beliau menceritakan kejadian di atas, pada wajah Lubaid tidak tampak perubahan apa pun.”

Hadits di atas menunjukkan kebenaran masalah mimpi dan keberadaannya di dalam banyak
hadits, sehingga terlampau panjang untuk menceritakannya.

Ustadz Abu Sa’ad berkata, “Aku melihat bahwa ilmu itu terdiri atas beberapa jenis, di antaranya ada yang bermanfaat bagi dunia, tetapi tidak bermanfaat bagi agama; ada yang bermanfaat bagi dunia dan agama. Ilmu tentang mimpi termasuk ilmu yang bermanfaat bagi dunia dan agama.

Kemudian aku shalat istikharah sebelum mengumpulkan apa yang berasal dari Allah dan menempuh metode peringkasan seraya memohon pertolongan kepada-Nya dalam menyempurnakan apa yang diridhai dan dicintai-Nya. Juga berlindung kepada-Nya dari ujian dan fitnah-Nya. Allahlah Pemilik taufik. Cukuplah Dia bagi kami. Dia adalah sebaik-baik Pelindung.”

Ustadz Abu Sa’ad berkata, “Orang perlu menegakkan tata kesopanan agar mimpinya mendekati kebenaran. Di antara adab kesopanan itu ialah membiasakan diri berkata jujur. Nabi bersabda dalam hadits muttafaq alaih, ‘Orang yang paling benar mimpinya ialah yang paling benar perkataannya.’”

Adab lainnya ialah tidur dengan punya wudhu. Abu Dzar berkata, “Kekasihku (Muhammad
saw.) memberikan tiga pesan kepadaku yang tidak pernah aku tinggalkan hingga mati. Yaitu, puasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat shalat fajar, dan tidak tidur kecuali punya wudhu.” Demikian yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim.

Adab lainnya ialah tidur dengan berbaring ke sisi kanan tubuh karena Nabi saw. menyukai bagian kanan dalam segala hal. Diriwayatkan bahwa beliau tidur pada sisi kanan tubuhnya seraya meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanan, lalu berdoa,
“Ya Allah, lindungilah aku dari azab-Mu pada saat Engkau mengumpulkan hamba-hamba-
Mu.” (HR Tirmidzi dan Abu Dawud)
___________________________________________________________________________
Atabah / Tafsir Mimpi / m.s 3 dari108
--------------------------------------

Mimpi terbagi dua: mimpi yang benar dan yang batil. Mimpi yang benar ialah yang dialami manusia tatkala kondisi psikologisnya seimbang dan keadaan cuaca sedang seperti ditandai oleh bergoyangnya pepohonan hingga berjatuhannya dedaunan. Mimpi yang benar tidak didahului dengan adanya pikiran dan keinginan akan sesuatu yang kemudian muncul dalam mimpi.

Kebenaran mimpi juga tidak ternodai oleh peristiwa junub dan haid.

Adapun mimpi yang batil ialah yang ditimbulkan oleh bisikan nafsu, keinginan, dan hasrat. Mimpi demikian tidak dapat ditakwilkan. Demikian pula mimpi “basah” dan mimpi lain yang mewajibkan mandi dikategorikan sebagai mimpi yang batil karena tidak mengandung makna. Sama halnya dengan mimpi yang menakutkan dan menyedihkan karena berasal dari setan. Allah Ta’ala berfirman,

“Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari setan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicarana itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allahlah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.
(al-Mujaadilah: 10)

Jika seseorang mengalami mimpi yang tidak disukai, disunnahkan melakukan lima
perbuatan. Yaitu, mengubah posisi tidur, meludah ke kiri sebanyak tiga kali, memohon perlindungan kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk, bangun dan shalat, dan tidak menceritakan mimpinya kepada siapa pun.

Ustadz Abu Sa’ad berkata, “Pelaku mimpi hendaknya memelihara etika yang perlu dipegang teguh dan memiliki batasan-batasan yang selayaknya tidak dilampaui. Demikian pula halnya dengan pentakwil.”

Etika pelaku mimpi ialah, pertama, dia tidak menceritakan mimpinya kepada orang yang hasud sebagaimana dikatakan Ya’kub kepada Yusuf,

“Ayahnya berkata, ‘Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka akan membuat makar untuk membinasakanmu.’” (Yusuf: 5)

Kedua, jangan menceritakan mimpinya kepada orang yang bodoh. Nabi saw. bersabda,
“Janganlah kamu menceritakan mimpimu kecuali kepada orang yang dicintai atau kepada orang yang pandai.”

Ketiga, janganlah menceritakan mimpi kecuali secara rahasia karena dia pun melihatnya secara rahasia pula. Jangan menceritakannya kepada anak-anak dan wanita. Sebaiknya mimpi itu diceritakan menjelang awal tahun dan pada pagi hari, bukan sesudah keduanya lewat.

Adapun etika pentakwil ialah sebagai berikut.

Pertama, jika saudaranya menceritakan mimpi kepadanya, maka katakanlah, “Aku kira
mimpi itu baik.”

Kedua, hendaknya menakwilkan mimpi dengan cara yang paling baik. Diriwayatkan bahwa
Nabi saw. bersabda, “Mimpi akan terjadi sebagaimana ia ditakwilkan.” Juga diriwayatkan bahwa beliau bersabda, “Mimpi itu bagaikan kaki yang menggantung selama belum diungkapkan. Jika telah diungkapkan, maka terjadilah.” Demikian yang disebut dalam as-Silsilah ash-Shahihah.

Ketiga, menyimak mimpi dengan baik, kemudian menjawab si penanya dengan jawaban
yang mudah dipahami.

Keempat, jangan tergesa-gesa menakwilkan mimpi. Lakukanlah dengan hati-hati.

Kelima, menyembunyikan mimpi dan tidak menyebarkannya sebab ia merupakan amanat.
Jangan menakwilkan mimpi ketika matahari terbit, ketika tergelincir, dan ketika terbenam.

Keenam, memperlakukan pelaku mimpi secara berbeda. Janganlah menakwilkan mimpi raja
seperti menakwilkan mimpi rakyat, sebab mimpi itu berbeda karena perbedaan kondisi pelakunya.

Ketujuh, merenungkan mimpi yang dikemukakan kepadanya. Jika mimpi itu baik, maka
takwilkanlah dan sampaikanlah kabar gembira kepada pelakunya sebelum mimpi itu ditakwilkan. Jika mimpi itu buruk, maka janganlah menakwillkannya atau takwilkanlah bagian mimpi yang takwilnya paling baik. Jika sebagian mimpi itu merupakan kebaikan dan sebagian lagi keburukan, maka bandingkanlah keduanya, lalu ambillah mimpi yang paling tepat dan paling kuat pokoknya. Jika pentakwil mengalami kesulitan, bertanyalah kepada pelaku mimpi ihwal namanya, lalu takwilkannya
berdasarkan namanya itu.
___________________________________________________________________________
Atabah / Tafsir Mimpi / m.s 4 dari108

Paparan singkat ini cukup kaya bagi orang yang mau merenungkannya dan mencermati
maknanya. Kalaulah kami memaparkannya secara panjang lebar, niscaya menimbulkan kebosanan dan kejemuan. Kami berharap kepada Allah Ta’ala kiranya buku ini bermanfaat bagi kita dan kiranya Dia melindungi kita dari ilmu yang tidak bermanfaat, perut yang tidak pernah kenyang, nafsu yang tidak mau tunduk, doa yang tidak diterima, tabiat yang menyeret kepada ketamakan, dan ketamakan yang tidak pernah berakhir. Sesungguhnya Allah Ta’ala Mahakuasa atas segala yang dikehendaki-
Nya, serta Maha melakukan apa yang dituju-Nya. Cukuplah bagiku Allah. Dialah sebaik-baik Pelindung



------------------------------------------------------------------------------------
Lailatul Qadar Dalam Suluhan Ilmu Makrifat
(Petikan dari kitab Kasyaf al Haq oleh Tuan Guru Hj Mohd Yusoff Che WooK)


Mengikut pengertian bahasa, perkataan laila bermaksud malam manakala perkataan qadar pula bermaksud mubarakatin (keberkatan) atau saat yang diperingati. Jika kedua dua perkataan itu digabungkan, ianya membawa maksud lailatul qadar iaitu malam keberkatan atau malam yang diperingati.


Mengikut tafsiran ilmu makrifat, perkataan laila merujuk kepada jahil, manakala perkataan qadar pula merujuk kepada berilmu (alim). Jika kedua dua perkataan tersebut digabungkan, ianya membawa maksud iaitu dari bersifat seorang yang jahil kembali bertukar kepada seorang yang alim yang berilmu. Iaitu terbuka hijab pintu hatinya daripada seorang yang tidak mengenal Allah, ianya berubah kepada seorang yang mengenal Allah swt. Saat mengenal Allah itulah yang dikatakan saat keberkatan dan saat saat yang tidak akan di lupakan buat selama lamanya.


Ia juga membawa maksud, daripada suasana gelap zulmat, hitam kotor dan jahil fasiq hatinya dari ilmu makrifat, bertukar kepada suasana yang gemilang sirna cahaya keberkatan yang amat terang benderang hatinya setelah mendapat ilmu mengenal Allah. Daripada bersifat jahil bertukar kepada sifat mengenal dirinya dan bertukar kepada mengenal Allah. Dari asalnya bersifat fasik(tidak mengenal Allah), kini bertukar dan berubah kepada seorang yang bersifat alim(mengenal Allah). Inilah pengertian malam lailalatul qadar yang sebenar.


Kebanyakkan dari kita bila sebut sahaja malam lailatul qadar, yang mereka ingat hanya keajaiban pada bulan Ramadan. Seumpama air perigi kering akan menjadi penuh(melimpah). Pokok kayu kayan akan jadi tunduk(rebah) menyembah bumi dan macam-macam lagi perkara pelik-pelik dan sebagainya. Sedangkan intisari daripada maksud lailatul qadar itu, sebenarnya adalah bermaksud; “dari sifat seorang yang buta matahatinya bertukar kepada cerah mata hatinya kerana memandang dan mengenal Allah swt.” Menurut Imam Asy Syarani,menterjemahkan erti dan makna lailatul qadar itu sebagai “suasana hati”. Berkata beliau lagi:

“Apabila engkau ingin hati mu hidup, iaitu hidup yang tidak ada matinya sesudahnya lagi, maka keluarkanlah engkau dari menyandarkan harapan kepada makhluk. Matikan hawamu dan iradatmu. Di waktu itulah engkau mulai akan diberi oleh Allah hidup yang sejati, hidup yang tak ada mati sesudahnya lagi. Kaya yang tak ada miskin sesudahnya lagi. Pemberian yang tak ada henti-hentinya lagi. Lalu diangkat nilai engkau dalam hati hamba-hambaNya. Sehingga engkau tidak akan sesat untuk selama lamanya”

Apakah erti hidup yang tiada mati sesudahnya? Artinya adalah merujuk kepada ilmu mengenal Allah. Sesudah kita berjaya sampai kepada tahap ilmu mengenal Allah, ilmu itu akan hidup di dalam hati hati kita selama lamanya, yang tidak akan ada kesudahannya dan tidak akan pernah padam dan terhapus selama lamanya. Wajah Allah inilah yang akan kita bawa, sampai hari kiamat dan hari menghadap Allah swt. Apabila kita telah berjumpa dengan ilmu mengenal Allah, ingatan hati kita kepada Allah tidak akan pernah terlupus walaupun sesaat, walaupun ketika jasad sedang tidur.

Sesudah kita mengenal Allah (mendapat lailatul qadar) iktikad atau pegangan hati kita, akan berubah sepenuhnya, daripada bersifat gelap kepada terang, daripada bersifat mati bertukar kepada hati yang sentiasa hidup. Yang tetap hidup dan tiada mati itu, adalah ingatan kita kepada Allah, ianya akan tetap hidup dihati kita, yang tidak akan ada matinya, bukan bermakna tidak mati jasad, tetapi tidak mati ingatan kita kepada Allah. Bagi yang mendapat lailatul qadar, ia juga tidak akan sesat selamanya.


Apabila ingatan kita kepada Allah tidak pernah mati dan tidak pernah padam, disitulah segala kebesaran Allah akan dapat kita miliki dan menjiwainya dengan penuh pengertian. Pengertian itu nantinya akan terzahir keluar, sehingga melimpah ruah. Rasanya seumpama kita ini kaya, yang kekayaan itu, tidak akan menemui jalan kemiskinan. Kelazatan zhauq yang tidak pernah menemui jalan luntur, iaitu kaya dengan sifat sabar, taat, patuh, tawakkal, taqwa dan sebagainya. Pemberian kekayaan seumpama itu akan berterusan dan berpanjangan hidupnya di dalam hati hati kita, selagi akal bersifat waras terhadap Allah.


Inilah intisari maksud lailatul qadar yang sebenarnya. Perjalanan dari bersifat gelap menuju kepada yang bersifat terang. Dari bersifat mati ingatan bertukar kepada bersifat ingatan kepada Allah sentiasa hidup. Ingatan kepada makhluk dengan sendirinya akan mati dan terpadam. Mati hawa nafsu. Mati kehendak dan mati keinginan selain Allah. Mati harapan kepada makhluk, bertukar harapan kepada Allah. Dari bersifat sayangkan makhluk, menuju bersifat sayangkan Allah. Menurut Ar Rumi pula, menterjemahkan lailatul qadar itu sebagai; “Diri yang telah terjual” Berkata lagi beliau; “Allah telah membeli jiwa kita,untuk Dia. Bayarannya adalah syurga. Sebab itu tidak seorang pun yang dapat membelinya dan menawarnya sampai akhir zaman. Suatu barang yang tidak boleh di jual dua kali”


Bagi yang mendapat lailatul qadar, diumpamakan dirinya telah terjual dan telah tergadai kepada Allah. Setelah kita serahkan dan mengembalikan diri kita kepada Allah, ianya tidak lagi boleh diambil balik. Setelah pertama kali dijual, ia tidak boleh dijual buat kali kedua. Inilah kedudukan iktikad atau pegangan hati orang makrifat, yang tidak ada duanya berbanding Allah. Sekali kita berserah diri kepada Allah, jangan hendaknya berpatah balik. Pupuklah hati supaya buah tawakkal dan buah berserah boleh bertambah dengan subur.


Bagi yang mengenal Allah (yang mendapat anugerah lailatul qadar)mereka tidak akan berpaling lagi dari Allah. Walaupun didatangi musibah, penyakit, kemiskinan, dan kepayahan hidup, mereka tidak akan berpaling dari berserah diri dan bertawakkal kepada Allah. Tidak ada lagi erti kecewa dan erti penyesalan dihati mereka yang mengenal Allah. Hatinya kepada Allah tetap utuh dan tidak mudah terpesong dengan kekayaan dan kemewahan. Mereka sedar yang diri mereka telah dibeli oleh Allah dan kita telah menjualkannya kepada Allah. Akad jualbeli, antara kita dengan Allah telah dikira selesai. Segala sifat, kelakuan, asma dan zat yang mendatang di atas diri kita ini, dianggap telah terjual dan bukan lagi menjadi milik kita. Semua sifat yang mendatang, telah dianggap seumpama anugerah dari Allah kepada kita, kita ini tidak ubah seperti pelakon yang cuma sekadar melakonkan saja dari apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.


Oleh itu terimalah segalanya dengan ucapan terima kasih atau syukur. Inilah pengertian lailatul qadar menurut kacamata ilmu makrifat. Kita sebenarnya telah mati dan telah menjual sifat perangai, sifat jasad, sifat nama dan sifat zat kita kepada Allah. Jual sifat ego, sifat marah, tinggi diri, dengki, tamak harta dunia, putus asa dan sebagainya. Kita serahkan segala galanya ke atas kebijaksanaan Allah, Allahlah yang menentu dan mengatur kehidupan kita.


Firman Allah;

“Turun malaikat dan roh padanya, dengan izin Tuhan mereka membawa dari tiap-tiap perintah.”(Al qadar :4)


Roh kita telah ditugaskan bagi membawa perintah Allah. Di antara perintah itu, adalah supaya roh membawa segala sifat anggota pancaindera, perangai yang dilakukan oleh anggota. Nama yang di panggil anggota dan zat roh itu sendiri supaya dapat dikembalikan semula hak Allah kepadaNya. Bermula lailatul qadar itu, adalah disaat diri kita di jual dan diserahkan kembali kepada Allah. Dengan ini jugalah bermulanya sejarah diri(roh)kita telah dibeli dan terjual kepada Allah. Iaitu disaat kita mengenal roh dan mengenal Allah.



Malam lailatul qadar juga, lebih dikenali sebagai malam seribu bulan(1000 bulan). Seribu bulan itu bermaksud terang benderang, seumpama malam yang gelap gelita telah diterangi, disuluh dan telah ditemani oleh seribu biji bulan, cuba bayangkan betapa terangnya bumi ini, apabila ianya diterangi dan disuluh oleh seribu biji bulan. Begitulah terangnya hati mereka yang mendapat cahaya lailatul qadar Allah dengan hanya membaca sepotong ayat dari ayat-ayat Allah, barakahnya seumpama hati kita telah diterangi dan disuluh oleh seribu bulan. Cuba bayangkan nilaian kematangan akal semasa berumur satu tahun, dibandingkan akal mereka yang berumur seribu tahun. Inilah kelebihan dan kematangan akal bagi yang mendapat malam lailatul qadar (malam seribu bulan). Secara tiba-tiba boleh mengubah akal yang jahil dalam sekelip mata kepada akal yang berilmu, Mengenal Allah.


Begitulah nilai terangnya hati mereka yang mendapat anugerah lailatul qadar. Dari bersifat lalai bertukar kepada yang bersifat ingat kepada Allah. Dari berilmu syariat ,akan bertukar kepada hati yang berilmu makrifat. Bagi mereka yang buta mati hatinya, walaupun dengan kehadiran seribu bulan dan sejuta bintang sekalipun, akal dan hati mereka akan tetap berada dalam kegelapan. Manakala bagi mereka yang mengenal Allah(mendapat anugerah lailatul qadar), walau alam tidak diterangi bulan dan tidak diterangi sekalipun, hati mereka sudah cukup terang oleh cahaya Allah (cahaya makrifat kepada Allah). Inilah pengertian lailatul qadar mengikut suluhan makrifat.


Kisah bagaimana Saidina Umar Al Khatab memeluk Islam. Pada zaman Rasulullah, ada seorang hamba Allah, yang terkenal dengan ganas dan bengisnya, telah pergi untuk membunuh Baginda Rasulullah. Di dapati adik perempuan kandungnya dan suaminya sendiri telah memeluk islam secara diam-diam, bertambah marah dan lebih membakar hatinya untuk membunuh Baginda Rasulullah. Beliau telah mendatangi rumah adiknya dengan tujuan mencari Baginda Rasulullah, bila tiba ke rumah adik perempuannya, didapati adik dan suaminya sedang membaca sesuatu. Beliau cuba merampasnya dengan tujuan ingin membuang potongan bacaan itu, tetapi dihalang oleh adiknya, sehingga beliau terpaksa bersikap kasar dengan menampar pipi adiknya sehingga terjatuh. Dengan terjatuh adiknya tadi, sehingga terlepas cebisan potongan ayat dari gengamannya. Lalu dirampas dan dicubanya untuk membacanya. Setelah membaca, beliau pun menangis, bergenang air mata, bercucuran jatuh membasahi pipinya. Secara tiba tiba didatangi suasana yang luar biasa, dari bengis bertukar baik, dari panas bertukar sejuk dan dari jahil bertukar alim. Dalam masa sesaat, suasananya telah berubah dan mengubah hatinya yang gelap itu, seumpama diterangi oleh seribu bulan. Dengan hanya sepotong ayat sahaja, telah membuka pintu hatinya secara mendadak, dari hatinya bersifat panas, kini kembali bertukar menjadi sejuk.


Ayat itu telah meresap ke dalam lubuk dada yang membuatkan hatinya berubah secara tiba-tiba. Lalu beliau bertanya “di mana Muhammad sekarang? Bawa aku kepadanya!Aku akan masuk Islam”. Itulah kisah Umar bin Al khattab (Panglima Islam yang tersohor) Saidina Umar merasa hatinya telah di pukul oleh ayat berkenaan. Inilah hakikat lailatul qadar yang membawa perubahan yang mendadak, kenikmatan dan keberkatan secara tiba tiba bagi menggambarkan dan menunjukkan maksud lailatu qadar yang sebenar.


Dengan hanya sekelip mata, beliau sudah dapat merasai dan menikmati keberkatan lailatul qadar, sudah dapat mengubah sifat kerohaniannya. Inilah yang dikatakan hari lailatul qadar, iaitu hari yang di peringati. Hari yang indah dan saat-saat yang paling bersejarah dan yang paling diingati dalam kehidupan seseorang insan menuju Allah swt.

----------------------------------------------------------------------------------


Ismullah Al-A’dzham

Asmaul Husna dan Ismullah al-a’zam

Asmaul Husna

Al-Hashr [24] Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya

Taha [8] Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.

Tuhan kita ini mempunyai 1,000 nama. 300 nama terdapat dalam Taurat, 300 dalam Zabur, 300 dalam Injil, 99 dalam Al-Quran dan 1 nama yang tersembunyi. Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda:

”Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga.” (Muslim)

Al-A’raf [180] Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu…

Al-Isra [110] Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama “Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia…

Ismullah Al-A’zam

Diantara nama-nama itu terdapat 1 nama yang teragung dikenali sebagai ismullah al-a’zam”, yang bila diucapkan dalam doa, Allah akan mengabulkannya (disebut di dalam hadith).

Daripada Abdullah ibn Buraidah dari¬pada bapanya, bahawa Rasulullah s.a.w. telah mendengar seorang lelaki berkata di dalam doanya yang bermaksud: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan bersaksi bahawa sesungguhnya Engkau adalah Allah. Tiada Tuhan selain Engkau Yang Maha Esa, yang menjadi tempat bergantungnya segala sesuatu, yang tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan dan tidak ada yang menandingi-Nya.”

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Demi zat yang aku ada dalam kekuasaannya, Sesungguhnya anda telah meminta kepada Allah dengan nama-Nya yang paling Agung yang bilamana Dia dimintai dengan nama (asma)-Nya itu, Dia pasti akan memberi dan jika dimintai dengannya pasti akan dikabulkan“.

Cuma cara untuk berdoa dengan nama itu tidak diketahui. Ulama nahu (grammar) mengatakan nama itu ialah Allah kerana ia adalah satu perkataan tunggal, perkataan yang merdeka iaitu tidak berasal dari perkataan lain. Ada juga ahli tarikat dan sufi seperti Muinuddin Chisti yang mengatakan nama itu ialah “Ya Hayyu Ya Qayyum“. Oleh itu disyorkan agar berdoa dan berzikir dengan menggabungkan keduanya iaitu “Allahu Lailaha illa Huwal Hayyul Qayyum“.

Dari Asma Binti Yazid, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Nama Allah yang paling agung adalah yang ada pada dua ayat berikut. Baqarah [163]Dan tuhan kamu ialah tuhan Yang maha Esa; tiada tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah Yang maha Pemurah, lagi maha Mengasihani. Ali-Imran [1-2] Alif, Laam, Miim. Allah tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya

Sentiasalah sebut nama Allah, sepertimana orang yang menyayangi sesuatu atau seseorang selalu menyebut namanya.

“Tidaklah duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah ‘Azza wa Jalla melainkan dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmizi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri r.a.)

-----------------------------------------------------------------------------------

ANAK KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT DAN BUMI

" Jika kamu hitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya "

(Al-Quran : Ibrahim ; 14:34)

Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang-orang Sufi, namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manfaatnya, seperti yang dikemukakan disini, yang digelar "Maqalad as-Samawi wal-Ard" yang bererti "Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi". Meskipun khas untuk menyembuhkan penyakit - mengelakkan penyakit pada sehari bacaan itu diamalkan - faedah dari sebutan itu bukan terhad kepada penyakit badan sahaja tetapi juga penyakit yang lain, seperti tersebut dalam hadith.

Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Afan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah langit dan bumi ( yang tersebut beberapa kali dalam al-Quran), Nabi Muhammad s.a.w berkata kepadanya : ” Kamu bertanya kepada saya , yang orang lain belum bertanya, kunci pembuka khazanah Langit dan Bumi itu adalah sebagai berikut:-

Lailaha illa llahu wa-llahu akbar
Wa subhan Allahi wal-hamdulillahi
Wastaghfirullah alladhi la illaha illa hu
Wal awwalu, wal-akhiru, waz-zahiru wal batinu
Yuhyi wa yumit Wa Hua Hayyun la yumutu
Bi-yadihil-khayr wa huwa ala kulli shay’in Qadir

Ertinya :

Tiada yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar,Maha Suci engkau segala puji bagi Allah. Aku mohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan dia. Dia yang awal, dia yang akhir, dia yang zahir,dia yang bathin, yang menghidupkan, yang mematikan. Dia yang hidup tanpa mati, padanya segala kebaikan dan ia berkuasa atas segala sesuatu.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda. ” Wahai Uthman ! – Barang siapa membacanya 100 kali sehari akan dikurnia 10 faedah:-

PERTAMA : Segala dosanya yang lalu akan diampun.

KEDUA : Terlepas dari siksaan neraka.

KETIGA : Dua orang Malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan kesiksaan.

KEEMPAT : Dia dikurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat.

KELIMA: Dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a.

KEENAM : Dia diberi pahala seperti membaca seluruh al-Quran, Zabur, Taurat dan Injil.

KETUJUH : Sebuah rumah akan didirikan untuknya disyurga.

KELAPAN : Dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga.

KESEMBILAN : Dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan.

KESEPULUH : Permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

Wahai Uthman !, kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari, kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu.


===================================================================================

Seruan saya kepada mereka-mereka yang pernah menuntut ilmu dari Mas Reno, bertaubatlah dan buangkalah segala ilmu yang telah anda pelajari dari Guru sesat ini. Segala ilmu yang tidak membawa kepada mengenal Allah SWT adalah ilmu yang tidak bermanafaat, melalaikan malah menjauhkan anda dari Allah SWT. Malah ilmu ini menjadi hijab kepada anda untuk mengenal Allah kerana tiada keberkatan di dalamnya.

BAGAIMANA PULA DENGAN GURU-GURU LAIN , DI MALAYSIA TERUTAMANYA?