Friday, February 10, 2012

YAYASAN NUR SYIFA (JAKARTA) SESAT LAGI MENYESATKAN

PERHATIAN : Laman yang menyesatkan umat Islam http://auranursyifa.blogspot.com

Kenapa demikian? Cuba perhatikan setiap posting di dalam blog tersebut , di manakah guru sesat Mas Reno ini mengajak anda untuk Mengenal Tuhan? Setiap Ilmu Allah yang hendak di sebarkan atau di dakwahkan mesti lah terlebih dahulu di ajar atau di perkenalkan akan Tuhan Yang Maha Esa, pemilik segala ILMU dan Tuhan sekalian alam.

“ AWWALUDDIN MAKRIFATULLAH”

Orang-orang yang berilmu dengan Allah (Al-A’limuna Billah) itu ialah orang-orang yang mengenal Zat Allah, sifat-sifat-Nya, nama-nama-Nya dan segala perbuatan-Nya malah ilmu mereka beserta dengan Allah Taala dan mengamalkan apa yang diketahuinya tanpa mencederakannya walau sedikitpun.

Perkara-perkara yang menghalang si Salik sampai kepada Allah Taala,antaranya ialah :

1. Syirik khafi - iaitu syirik yang tersembunyi, dengan mengatakan semua perbuatan makhluk itu adalah terbit daripada makhluk tanpa daripada Allah Taala. Sedangkan pada hakikatnya segala perbuatan itu semuanya terbit daripada Allah Taala. Semua perbuatan makhluk itu seolah-olah alat perbuatan Alalah Taala. Maha suci Allah Taala mengadakan sesuatu dengan alat.

2. Riak - ertinya menunjuk-nunjuk ibadatnya kepada orang lain atau ada udang di sebalik batu selain daripada Allah Taala meskipun syurga.

3. Sum’ah - ertinya memberitahu ibadahnya yang ikhlas kerana Allah Taala kepada orang lain untuk mendapatkan sanjungan dan kemuliaan.

4. Ujub - ertinya memperbesar dan memperbanyakkan ibadahnya, padahal ia lupa bahawa perbuatannya itu adalah nikmat daripada Allah Taala.

5. Suqud - oleh sebab wukuf maal ibadah ertinya terdinding dan terhenti kerana memandang ibadat yang di lakukannya itu daripada dirinya tanpa melihat bahawa perbuatannya itu adalah nikmat daripada Allah Taala.

6. Hujub - ertinya terdinding kepada cahaya, perhiasan, dan keelukan ibadatnya kerana setiap amal ibadat mempunyai cahaya perhiasan, dan keelukkannya. Maka si Salik hanya berhenti setakat itu sahaja kerana memandang perhiasan dan keelukan amal ibadatnya. Malahan ia berasa gembira dengan amal ibadatnya itu sehingga lupa kepada Allah Taala.

Tegasnya, si Salik tidak akan terlepas daripada perkara-perkara yang berbahaya itu melainkan dengan syuhud dan memandang bahawa semua perbuatan itu terbit daripada Allah Taala.

--------------------------------------------------------------------------------

Cuba perhatikan pula keangkuhan Mas Reno dalam mempertuhankan dirinya sepertimana Firaun dan menafikan keilmuan dari Perubatan Islam Nur Syifa malah menyatakan serta mewar-warkan bahawa ianya suatu penipuan dan hanya menciplak tulisan dari Yayasan Nur Syifa Jakarta.

Perhatikan kesemua 6 perkara di atas yang menghalang si Salik (anda semua) untuk sampai kepada Allah Taala. Sikap beliau menunjukkan beliau (Mas Reno) mmemiliki kesemua cirri-ciri di atas dan ini menunjukkan beliau lah guru sesat yang hanya tahu menciplak Ilmu Allah tanpa memahaminya barang sedikit pun. Beliau sendiri belum kenal akan Tuhan yang di sembahnya, namun berani-berani mendakwa dan mengajar umat akan Ilmu Islam yang tidak di fahaminya.

Beliau tidak lain membawa anda jauh dari Tuhan malah sesiapa yang berguru dengannya akan terlebih sesat dalam terang kerana mempertuhankan diri dengan Ilmu Allah. Mensyirikkan Allah secara terang-terangan dengan mengajar anda segala kehebatan ilmu tanpa bersandar sedikit pun kepada Allah Yang Esa.