Thursday, March 29, 2012

CATATAN PENGALAMAN PADA 24 HB MAC 2012 (KES SIHIR DAN GANGGUAN JIN)

Temujanji telah di buat oleh ketiga-tiga pesakit saya pada hari-hari sebelumnya. Waktu yang di janjikan adalah selepas solat Asar yakni dalam jam 5 petang.

  Pesakit pertama adalah seorang Anggota Polis yang bertugas di Ibukota Kuala Lumpur. Beliau sudah sekian lama tidak dapat tidur dan  kakinya sudah di cungkil sebahagian isinya oleh Doktor di bahagian ibujari kerana luka yang sedikit namun kini semakin parah. Oleh kerana pihak doktor sendiri tidak dapat mengesan punca sakit dan penyakitnya, akhirnya dia ingin mencuba kaedah Perubatan Islam. Menurut nya, dia di beritahu oleh adik saya sendiri bahawa kaedah Ilmu Perubatan Islam yang di amalkan oleh saya (abangnya) adalah syumul dan mampu mengubati apa jua penyakit dan bukan sekadar gangguan makhluk, sihir dan saka sahaja.

  Bila rawatan di mulakan di bahagian kepala , kelihatan seluruh badannya menggigil dan menggeliat menunjukkan rasa tidak selesa. Saya mulakan dengan mengucap 2 Kalimah Syahadah, berdoa dan berzikir dengan Nama-Nama Allah Yang Agung. Seterusnya membaca Surah Yaasin sepertimana di sarankan Baginda Rasul bila melawat dan merawat orang sakit. Dengan mengamalkan konsep Nafi dan Isbat dalam 2 Kalimah Syahadah tadi, yakni menafikan Wujud Diri dan mengisbatkan hanya Wujud Allah, maka di sini Allah SWT akan datangkan GERAK dari DIA , gerak yang membawa tangan yang tertulis Nama-Nama Nya iaitu AL-FATAH (18) DI TANGAN KANAN DAN AL-MUNTAQIM (81) DI TANGAN KIRI, lalu di GERAK kan oleh Allah SWT tangan kanan ke bahagian kepala (untuk menyalurkan tenaga/energy gelombang Nur atau kekuatan Rohani melalui ubun-ubun ke jantung dan seterusnya jantung akan mengepam tenaga ini kesetiap salur darah melalui urat saraf. Jika ada saraf yang tersumbat terutama di bahagian jantung, energy rohani ini lah yang akan memecahkannya terlebih dahulu agar seluruh energi ini dapat di salurkan keseluruh urat saraf lalu memecahkan setiap sumbatan baik dari sumbatan yang nyata seperti kolestrol mahu pun akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Ini yang menyebabkan seluruh badan pesakit ini menggigil kerana menjalarnya energy ini ke setiap urat saraf yang berjumlah 360 di seluruh badan. Ada pun kerana makhluk-makhluk halus berkenaan telah terbakar kepanasan oleh tenaga ini lah maka badan pesakit menggigil dan menggeletar.

   Seterusnya, tangan kiri pula bergerak mengarah ke bahagian kaki iaitu bahagian yang luka dan sakit itu. Apabila sahaja tapak tangan kiri di letakkan ke bahagian luka tersebut , pesakit terus menggeliat menahan kesakitan yang amat ketara , namun beliau dapat menahan suaranya dari kedengaran. Saya terus-menerus berzikir sambil memerhatikan pesakit , ini adalah kerana hanya Aura Nur Syifa (pancaran gelombang tenaga rohani) sahaja yang terpancar dari tapak tangan saya tanpa menyentuh pun kaki pesakit namun kesakitan pesakit amat jelas ketara. Setelah ada GERAKAN dari tangan kiri untuk berhenti dan menutup maka tangan saya terangkat meraut wajah dan mengucap syukur dan beristighfar.

   Pesakit ini memerlukan rawatan ulangan sehingga setiap virus dan kuman termasuk makhluk-makhluk halus di dalam badannya dapat di singkirkan sama sekali namun saraf yang telah di putuskan oleh pihak doktor (daging kakinya telah di cungkil sedikit) tidak akan dapat di pulihkan dan di akhirat nanti pabila bangkit di Padang Mahsyar pun, keadaannya begitu juga. Allah SWT tidak akan memulangkan anggota badan yang telah kamu potong kerana DIA tidak pernah member IZIN kepada sesiapa untuk mengusik jasad ciptaan Nya.

  Pesakit kedua pula merupakan rawatan ulangan terhadap gangguan sihir yang di kenakan ke atasnya. Pada kali pertama di rawat pesakit ini muntah –muntah yang agak banyak, mengeluarkan batuk angin dan lendir-lendir. Habis tenaga di keluarkan oleh pesakit untuk menghamburkan segala racun atau angin yang telah meledak di dalam badan yang meletus melalui mulutnya. Setelah habis segala lendir dan muntah angin di keluarkan. Wajah pesakit kelihatan ceria dan nampak agak bertenaga.

   Pesakit telah menceritakan kepada kawannya yang juga merupakan murid saya yang menyarankan beliau bertemu saya terhadap apa yg berlaku semasa sesi rawatan. Katanya, jin-jin di dalam tubuhnya telah terperangkap dan terkurung serta terbakar dengan kepanasan gelombang Nur Syifa yang saya alirkan melalui ubun-ubun-nya. Badannya tidak dapat meronta dan bergerak kerana telah terkunci. Maka jin-jin penyihir itu tiada jalan lain selain keluar dari bahagian mulut yang sedia terbuka untuk melarikan diri. Beliau juga menyatakan bahawa telah nampak siapa yang telah menyihirnya semasa saya dalam proses menyalurkan energy gelombang Nur Syifa pada kepada dan belakang badannya.

   Pada kali kedua rawatan di lakukan , bahagian kepala dan belakang badan sudah “clear”, tiada lagi muntah racun dan lendir keluar. Jadi kami berbual seketika untuk mengenal pasti apa kaedah si penyihir guna untuk membuat pesakit rasa sakit-sakit . Lalu pesakit teringat bahawa penyihir yang juga rakan sepejabat selalu membawa makanan yang di masaknya sendiri untuk hidangan sepejabat terutamanya Ketua Jabatannya lah.

   Jadi rawatan di teruskan dengan saya menumpukan di bahagian perut pula. Dalam 5 minit tangan saya mengalirkan gelombang Nur Syifa di perutnya, beliau mula muntah-muntah semula. Kali ini lebih banyak dan lebih kuat ledakan batuknya. Alhamdulillah, baharu lah pesakit dan saya yakin bahawa segala racun dan bisa telah habis keluar dari badan.



   Kes yang ke tiga pula merupakan susulan cerita di Majalah Mastika April 2012, di mana Din sahabat saya yang telah di buang saka keturunannya, merasakan sakit-sakitnya kembali semula. Sebaik sahaja tangan kanan saya di letakkan di kepalanya, tangan Din mula bergerak dan menarikan tarian Makyung sambil baring. Bila berpeluang menangkap kedua tangannya dan saya tekan ke tilam agar tidak dapat bergerak , mulutnya tiba-tiba mengeluarkan suara berbahasa tamil. Tanpa menghiraukan suara itu, saya meneruskan zikir Nama-Nama Allah Yang Agung, yang mana seolah-olah zikir yang berterusan itu menambah lagi tenaga/gelombang Nur Syifa yang menyerap masuk ke dalam tubuhnya melalui setiap urat sarafnya. Beliau (Din) seolah melekat di tilam tetapi berusaha meronta dan akhirnya beliau dapat memusingkan diri dan tertiarap. Dengan cepat saya bangun dan menekan pinggang nya dengan lutut , tangan kiri saya di belikatnya dan tangan kanan tetap di ubun-ubunnya. Jin itu akhirnya bersuara dalam bahasa Melayu dan membebel (bercerita)……… ……

 “ Dia ni hari-hari lalu depan tempat aku, aku tengok dia kosong , aku masuk lah”

 “Selalu buat overtime tapi dok tengok internet, blog Sunan Kalijaga. Blog PENIPU yang lain tak nak tengok.”

 “Baik betul ko dengan Haji Zul ye….habis kuasa aku. Aku nak balik KUIL. Aku nak sedut semula kuasa orang yang menyembah aku. “

 “Dia ni beramal main-main, buat Solat Taubat 2-3 kali pastu tak buat dah…..mana nak kuat.”

 Saya lihat tiba-tiba isteri saya muncul berdiri di depan pintu bilik sambil memerhatikan kami dengan wajah serius tanpa rasa takut. Kemudian isteri saya duduk bersimpuh bersebelahan isteri Din dan amat dekat . Tiba-tiba tangan Din rapat menyembah……….



“AMPUN SUNAN……………..”
 Saya memandang wajah isteri…….beliau nampak sedang berzikir…….

 “Sunan mana pulak ni!” Tanya saya pada Jin di dalam badan Din. “Ampun Sunan……….Sunan Bonang, Sunan Ampel, Sunan Muria, Sunan Kalijaga , Syeikh Siti Jenar!”

 “Tau kamu takut pada Sunan ye……mahu kamu lawan Sunan?” Kata ku.

 “Saya takkan ganggu lagi, saya nak balik KUIL.”

 Sejurus selepas itu Din mula batuk dengan kuat menandakan kesemua Jin Kuil tadi telah keluar semuanya. Din merasa agak malu bila tembelangnya telah di pecahkan oleh para jin-jin kuil tadi. Isterinya hanya tersenyum sinis.

   Isteri ku bercerita selepas Din dan isteri pulang, katanya Sunan-Sunan tadi telah membisiknya dan menggerakkannya supaya masuk tengok keadaan Din. Patut lah dia memandang dengan wajah serius kerana isteri ku bukan orang yang berani . Kata ku pula, sudah sampai masa awak meneruskan tugas Datuk-Datuk awak sayang, Sunan- Sunan itu telah memberi isyarat bahawa mereka akan sentiasa bersama awak bila awak sudah mula bersedia untuk menjadi Perawat Islam, Pewaris Ilmu Wali Songo.