Penguasaan manusia tentang ilmu tidak hanya terbatas pada ilmu agama (akhirat) tetapi juga mencakupi ilmu-ilmu lain yang bersifat keduniaan. Pada dasarnya semua ilmu yang ada pada makhluk yang dijeniskan manusia adalah milik Allah jua sehingga tidak sukar bagi Allah swt untuk menganugerah segala macam ilmu tersebut. Kekadang ilmu itu perlu dicari, dipelajari dan digali hatta melibatkan wang-ringgit, jarak masa dan waktu. Kekadang pula ilmu itu dengan mudah diperolehi tanpa perlu dicari, dipelajari ataa digali. Inilah ilmu anugerah Allah swt yang hanya diperolehi oleh insan pilihanNYA.
Ramai ulama-ulama terdahulu dianugerahkan Allah akan ilmuNYA dan dengan ilmu tersebut mereka menulis kitab-kitab muktabar yang hingga kini masih diajari kerana ketinggian isi ilmu tersebut. Mereka menulis kitab-kitab bukan hanya berkisar pada hukum-hakam yang disebut ilmu fekah bahkan menjangkau pada ilmu-ilmu yang tinggi dan mendalam yang sukar difahami yang memerlukan guru untuk ditafsir untuk mencapai tahap ilmunya. Ilmu-ilmu tersebut menjirus kepada ilmu tasawwuf, hakekat dan makrifat. Contoh seperti kitab Syarah Hikam oleh Ibnu 'Atailah dan banyak lagi oleh ulamak-ulama lain seperti Imam AlGhazali dan sebagainya.
Begitu juga dengan ulama nusantara seperti Syeikh Daud Fathani, Syeikh Arshad Albanjari, Syeikh Abdul Samad Falimbani, Syeikh Muhammad Nafis, Syeikh Abd Rauf Singkli, Hamzah Fansuri dan ramai lagi ulama terbelakang dari mereka. Sesatkah taraf dan tahap keilmuanan mereka dalam menghabiskan masa mengarang kitab-kitab tertentu untuk syiar islami ketika itu? Kemudian ramai dari mereka dituduh sesat pulak, menyeleweng dan sebagainya oleh orang-orang tertentu yang mengaku bijak pandai dalam hal-ehwal agama masakini. Bolehkah yang menuduh itu berbuat satu kitab seumpama mereka?...Jangan hanya tau mencari kesalahan orang atau tidak faham maksud tesirat disebalik zohir ayat yang memerlukan kupasan yang mendalam sesuatu permasaalahan itu. Siapa yang sesat sebenarnya???
Mengapa jadi demikian?
Jawabnya kerana yang tiada merasa sesuatu itu tidak akan tahu sesuatu, maka sesuatu yang tidak tahu bukan dicari atau dipelajari hanya dicapkan atau dituduh sahaja dengan kata-kata :
Bidaah
Zindik
Allah berfirman : “Apa yang Aku beri ilmu itu hanya sedikit.” Lantas dari itu Nabi saw berkata “ Carilah ilmu walaupun ke negeri China sekalipun.” Kata-kata tuntut cari ilmu itu adalah dorongan Nabi saw, maka ilmu dunia untuk dunia dan ilmu akhirat untuk akhirat, oleh kerana itu ilmu akhirat itu pokok segala yang penting pada manusia. Ilmu dunia adalah cabang, dahan, bunga dan buah. Maka tidak ada bunga dan buah sekiranya tidak ada pokok.
Seluas-luas dan setinggi manapun ilmu dunia tidak akan memberi kesan di akhirat dan tidak memberi pertolongan juga di akhirat. Dan adapun kitab-kitab karangan ulama-ulama pun semuanya berkisar pada ilmu akhirat yang ilmu mereka diperolehi dari titik peloh mereka sendiri belajar, mengaji, berguru dan mengembara mencari ilmu juga anugerah Allah pada mereka. Mereka telah melepasi “rasa” ilmu itu dan mana mungkin mereka mereka-reka untuk menyesatkan orangramai.
Anggota mulut yang dianugerah Allah bukan hanya untuk bertekak, menuduh dan sebagainya. Akal pemikiran pula bukan hanya untuk mengatakan apa yang benar dan apa yang salah sahaja. Kekadang diam sahaja dengan apa yang kita tahu itu lebih baik. Yakini apa yang kita fahami dan amalkan apa yang kita yakini dan jangan kita lalai melupaiNya walaupun sesaat. Kerana masing-masing akan mati dengan membawa ilmu masing-masing.
Biasanya manusia yang memperhambakan dirinya pada ALLAH ia akan sering difitnah dan diuji untuk mencapai ke sesuatu makam atau mertabat di sis Allah swt. Contoh seperti Almarhum Haji Ahmad Laksamana. Datuknya sendiri Almarhum Tuan Guru Haji Othman Yaakub yang pernah mendapat didikan dari Tok Kenali dan Tok Kemuning, pernah berwasiat padanya seperti yang ada pada buku karangannya Hakekat Insan:
“Bongsu, aku tegaskan padamu apa saja yang ada padaku adalah sama dengan ilmu yang ada pada dadamu, pegangilah ianya walaupun sejuta manusia menuduh kamu kafir, gila dan fasik, sesungguhnya ilmumu dan ilmuku adalah benar.”
Sesungguhnya pencapaian ilmu Allah adalah lebih tinggi dan menjangkau jauh sehingga ianya tidak boleh diterima oleh daya pemikiran manusia. Pencapaian teknologi zaman ini semata mata berlandaskan kepada kajian dan kepintaran otak fikiran ke tahap ilmu Qalam. Ilmu Allah menjangkau lebih tinggi ke tahap ilmu Ghaib dan ilmu Syuhadah.
Ilmu Qalam boleh di kuasai oleh seluruh manusia, Islam, Kafir, Kufur atau Murtad. Tetapi melalui mengenali diri dan mengenali Allah dengan sebenar benarnya, umat Islam boleh menguasai ilmu yang lebih tinggi ya’ni ilmu Ghaib dan ilmu Syahadah. Peluang teristimewa yang di kurniakan Allah kepada Islam inilah yang sebenarnya meletakkan tahap umat Islam kesuatu darjat yang paling tinggi. Kemuliaan yang teragung jika dibandingkan dengan manusia kafir dan kufur.
Sabda Rasulullah: - “Bermula awal agama itu adalah dengan mengenal Allah.”
Oleh itu untuk mengetahui makrifat Allah, maka diberiNya ilmu kepada manusia melalui aqal dan iman, dengan satu harapan supaya manusia mengetahui akan hakikat sebenar tujuan zahirnya ke dunia ini, yaitu untuk berbakti kepada Nya dan untuk menyatakan dirinya sendiri pada zat, sifat asma’ dan afa’alNya.
Sesungguhnya semua ilmu yang ada pada manusia adalah ilmu Allah semata mata, sedangkan pada hakikatnya manusia itu adalah kosong tidak bermaya. Manusia sebenarnya tidak berhak ke atas sesuatu atau dirinya, hanya Allah saja yang empunya.
Syari’at hidup Islam, teknologi Islam dan Ilmu-ilmu Allah turut berkembang seiring dengan kemajuan zaman. Keagungan islam dalam bidang ilmu dan pencapaian teknologi telah terbukti di zaman silam sebagai contoh :
Di zaman Nabi sulaiman AS, manusia mampu membangun istana di atas air berdagang dengan jin, menggunakan tenaga buruh yaitu bangsa jin untuk membina jalan raya, berbicara dengan binatang serta manusia dapat berjalan di atas air, terbang di udara tanpa menggunakan alatan.
Dizaman Nabi Yusuf AS manusia dapat menguasai ilmu teknologi tinggi yaitu penafsiran mimpi dan hanya dengan tafsir mimpi Nabi Yusuf dapat menerangkan dasar ekonomi negara mesir didalam usaha untuk menghadapi kemarau panjang, sehingga dengan ilmu mimpi ini selamatlah negara mesir dari penderitaan kemarau panjang.
Di zaman Nabi Musa AS yang terkenal dengan tongkatnya yang dapat membuat air laut menjadi beku dan manusia boleh berjalan diatasnya.
Di Zaman Nabi Daud AS manusia dapat mencairkan logam dengan tangan tanpa menggunakan api, sehingga sanggup membuat senjata pedang hanya dengan tangan
Di zaman Nabi Ilyas AS, manusia dapat menguasai ilmu kedokteran dan Farmasi sehingga mampu membuat beranekaragam obat dan menyembuhkan berbagai penyakit.
Di zaman Nabi Isa AS. Manusia dapat menguasai ilmu menghidupkan orang mati dan ilmu membaca bisikan hati manusia serta ilmu menyembuhkan orang buta.
Dan ilmu-ilmu tersebut di atas pernah juga dikuasai oleh para wali-wali Allah seperti Syeikh Abdul Qadir Al Jailani, Wali Songo dan lain-lain.
Persoalannya mengapa ilmu-ilmu ini tidak dapat dikuasai oleh manusia di zaman sekarang ? dan dimana letak kelemahannya ? untuk menjawab pertanyaan ini, mari kita lihat dulu pembagian ilmu yang ada dapat/ boleh/ bisa dikuasai oleh manusia :
Secara umumnya ilmu Allah terbagi dalam tiga kelompok yaitu:
(a) ilmu kalam; (b) ilmu ghaib, dan; (c) ilmu syahadah.
Berkaitan dengan ilmu kalam, Al-Quran dalam Surah Al Alaq ayat 3-5 menerangkan “Bacalah bahwa Tuhanmu Amat Pemurah yang mengajar kamu dengan (ilmu) kalam dan Tuhanmu mengajar kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya”.
Sedang mengenai ilmu ghaib dan ilmu syahadah diterangkan dalam Al Quran, Surah Al Hasyr ayat 22 yang bermaksud “Dialah Allah, yang tiada tuhan kecuali Dia, Mengetahui yang (ilmu) ghaib dan (ilmu)syahadah. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”.
Dalam bukunya Hakikat Insan, Haji Ahmad Laksamana bin Omar menerangkan pengertian masing-masing ilmu tersebut sebagai berikut:
Ilmu Kalam adalah suatu ilmu yang dipelajari oleh manusia biasa bagi tujuan untuk memahami sesuatu di alam ini. Ilmu tersebut difahami dan diterima oleh pancaindera kita yang tujuh. Ilmu kalam diajar di sekolah secara formal atau informal dalam masyarakat dan makhluk manusia dalam kehidupan sehari-hari.
Ilmu Qalam ialah ilmu yang paling sederhana yang dapat dikuasai oleh manusia contoh : ilmu kedokteran, ilmu farmasi, ilmu ekonomi, ilmu antrofologi, ilmu hukum dan lain-lain. Ilmu yang demikian dapat dikuasai siapa saja yang mau belajar tidak terkecuali dia orang Islam, Kristen, Yahudi maupun Nasrani.
Satu ilmu yang boleh dipelajari oleh manusia biasa untuk memahami sesuatu hal yang zahir dan logik semata mata di alam maya. Tahap ilmu ini hanya boleh di kuasai oleh pancaindera yang tujuh, dan di fahami hanya oleh diri manusia itu sendiri sahaja. Ia tidak boleh menerangkan hal pengalaman ilmunya ini kepada orang lain. Contohnya menerangkan bagaimana rupa warna merah kepada orang buta. Manusia yang berjaya membuat kajian atom tidak mengerti apa dia atom itu sebenarnya.
Sebenarnya Ilmu Qalam adalah satu ilmu perhubungan manusia dengan manusia sahaja di dalam menghadapi kehidupan seharian. Dan ilmu Qalam di ajar oleh guru zahir sahaja.
Jadi bagaimana halnya untuk memperkenalkan diri Allah swt yang bersifat bersalahan dengan benda benda lain. Memandangkan hal ini Allah telah mengujudkan Ilmu Ghaib yang mempunyai daya untuk menerangkan sesuatu yang tidak boleh diterangkan oleh ilmu Qalam.
** SILA RUJUK ARTIKEL ILMU GHAIB DAN ILMU SYAHADAH UNTUK PEMAHAMAN SETERUSNYA.