Wednesday, May 2, 2012

ZIARAH KOTA PARA WALI

MASJID AGUNG DEMAK







Keajaiban yang berlaku di sini adalah sebaik sahaja kami memasuki kawasan pemakaman Sultan Demak Raden Fatah, pintu pagar makam telah terbuka. Pintu ini tidak pernah di buka kecuali setahun sekali pada hari haul , memperingati tarikh wafat para syuhada di sini. Tiba-tiba bila berada di hadapan pintu pagar, kami di datangi Penjaga Kunci dan di jemput masuk ke dalam kawasan pemakamam di mana hanya kami sahaja sedang pelawat yang lain hanya berkumpul dan berwirid dan berdoa di kawasan luar kawasan makam. Terdengar sedikit kekecohan semasa kami sedang berzikir dan berdoa namun hanya untuk seketika. Benarkah hanya kerabat keluarga sahaja yang hanya di benarkan memasuki kawasan makam ini? Sebaik sahaja kami keluar, pintu pagar di kunci semula.


 MAKAM SUNAN KALIJAGA




Di sini kami bergambar di sekeliling penjuru makam selepas berwirid, berzikir dan berdoa. Kemudian meminum air dari kentong Sunan Kalijaga yang di tinggalkan sejak beliau masih hidup. Khabarnya barang siapa ada masalah kesihatan meminum air dari kentong ini dapat sembuh dengan izin Allah berkat Karomah Sunan Kalijaga



 MAKAM SUNAN GIRI




Agak penat memanjat tangga untuk sampai ke Makam Sunan Giri. Isteri saya adalah keturunan Sunan Giri yang terakhir dapat di kesan oleh pihak Indonesia yang telah berhijrah ke Tanah Melayu setelah rumah dan ahli keluarga mereka telah musnah dan terkorban.




 MAKAM SUNAN BONANG




Guru kepada Sunan Kalijaga, anak kepada Sunan Ampel dan abang sedara kepada Sunan Giri. Ada 3 tempat yang terdapat makam Sunan Bonang di mana ceritanya anak murid beliau telah melarikan beliau ke Pulau Bali dan di makamkan di sana kemudiannya di larikan semula oleh murid Sunan Bonang dan di makamkan di tempat yang ada sekarang di Tuban.




MAKAM SUNAN AMPEL




Panas nya cuaca pada ketika itu sehingga gambar-gambar yang di ambil di penuhi cahaya sehingga tidak nampak dengan jelas suasana makam itu sendiri. Di sini isteri saya begitu sebak dan menangis semasa berzikir dan berdoa semasa berada di hadapan Makam Sunan.




 MAKAM MAULANA MALIK IBRAHIM




Ketua Wali Songo