Kitab Usul At-Tahqiq
Ini Kitab ” Syarah Usul Al-Tahqiq 
“ Pada bicara Usuluddin diterjemahkan dia dengan bahasa Melayu oleh setengah 
daripada Al-Ulama’ as-sohlihin dan tiada hamba dapat akan ketentuan namanya 
dengan nas, tetapi telah dikhbarkan hamba oleh “Ba’dha saqata” bahawa yang 
menterjemahkan Kitab ini daripada ahli negeri Patthani.
“Bismillah 
hirrahmanirrahim”
Dengan tolong Allah Ta’ala ku...
mulai Kitab ini. Ia lah Tuhan Yang Maha Pemurah 
didalam negeri dunia ini pada mengurniakan rezeki hambaNya zahir dan batin, Jin 
dan Manusia, Binatang dan Malaikat, Islam dan kafir dan lagi amat sangat 
mengasihi akan segala hambaNya yang beriman Jin dan Manusia didalam negeri 
akhirat kemudian.
” Segala puji-pujian itu milik bagi Allah Ta’ala, Tuhan 
seru oleh sekelian alam “
” Dan kebajikan akhirat itu tertentu bagi segala 
orang yang takut mereka itu akan Allah Ta’ala “
” Dan Rahmat Allah Ta’ala dan 
Salam Allah Ta’ala lagi tetap Ia atas Nabi Muhammad iaitu penghulu segala Rasul 
“
” Dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya yang baik lagi suci 
mereka itu daripada salah “
Dan adapun kemudian daripada itu, maka inilah 
suatu Risalah Usul Tahqiq; ertinya Persuruhan yang melengkapi ia atas pohon 
Agama.
Sabda Nabi s.a.w: “Awalluddin Ma’rifatullah” Ertinya: 
‘Pertama-tama ugama itu “Mengenal Allah”..
Maka adalah makna ‘Ma’rifat’ 
ertinya “Mengenal” itu ;
Ertinya: “Simpulan yang putus; yakni pegangan yang 
teguh, yang berbetulan ia dengan yang sebenar daripada dalil.”
Maka 
adalah dalil itu 2 perkara:-
Pertama-dalil Naqli namanya iaitu firman 
Allah Ta’ala dan Hadis Rasulullah.
Kedua -dalil ‘Aqli namanya iaitu 
menyatakan ia akan keadaan Allah Ta’ala itu.
‘Itiqad atau Pegangan Yang Salah 
:
Jikalau ada seseorang ‘itiqadnya putus tetapi tiada berbetulan ia yang 
benar, maka BUKAN ia bernama ‘Ma’rifat’ ,maka adalah namanya itu seperti itiqad 
Falsafah; – yang mengatakan alam ini Qadim (Sedia atau jadi dengan 
sendirinya).
‘Itiqad Qadariah – Qudrat hamba yang baharu ini boleh memberi 
bekas.
‘Itiqad Nasrani – Mengatakan Nabi Allah Isa a.s itu anak Allah Ta’ala. 
Dan berbagai-bagai lagi ‘itiqad yang tiada berbetulan bagi yang 
benar.
Jikalau ada seseorang itu ‘itiqadnya putus lagi berbetulan bagi yang 
benar tetapi TIADA padanya dalil Naqli dan dalil Aqli (akal) maka BUKAN ia 
dikatakan ‘Ma’rifat’ , sebaliknya itu ‘Taklid’ namanya, ertinya mengikut-ikut 
perkataan orang sahaja.‘Itiqad Yang Benar :
Yang dikatakan ‘Ma’rifat’ ialah 
seseorang itu ‘itiqadnya putus berbetulan yang benar dan ADA padanya 2 dalil 
iaitu Firman Allah Ta’ala (Al-Quran) dan Hadis Rasulullah saw.
Asal makna 
‘MAKRIFAT’ itu – ialah “Membezakan antara yang Qadim dengan Muhadas”
Yang 
Qadim itu :- Zat Allah Ta’ala, Sifat-sifatNya, Efeil-Nya (Perbuatan) dan Asma’ 
(Sempurna Nama atau Kata-kata Allah Ta’ala), yang terkandung pada Kalimah 
Syahadah Tauhid yakni Kalimah pengakuan mengEsakan Allah Ta’ala iaitu :
” AS 
HADU AL LAA ILAHA ILLALLAH “
Ertinya: ” Aku ketahuilah bahawasanya Tiada 
Tuhan Melainkan Allah; itulah Tuhan “
Rukun Syahadah itu terbahagi kepada 
4 perkara :
1. Mengisbatkan ada Zat Allah Ta’ala.
2. Mengisbatkan ada 
Sifat (Kelakuan) Allah Ta’ala.
3. Mengisbatkan ada Efeil (Perbuatan) Allah 
Ta’ala iaitu mengadakan segala
“Mumkin” (alam dunia) atau tidak mengadakan 
segala “Mumkinat” itu.
4. Mengisbatkan ada Asma’ Allah – (Sempurna Nama atau 
Kata-kata bagi Zat)
iaitu segala 25 para Rasul itu dari Nabi Allah Adam 
hingga Nabi Muhammad
saw. adalah Kata-kata bagi Zat Allah Ta’ala.
- 
membenarkan segala Perkataan, Perbuatan, Kelakuan dan segala diamnya
tiada 
menyalahi akan Rasul Allah.
Fardhu Syahadah terbahagi kepada 2 perkara 
:
Melafazkan Dua Kalimah Syahadah itu dengan lidah pada sekali seumur 
hidupnya.
Menyungguhkan maknanya didalam hati sentiasa selama hidupnya; harus 
jangan berkata putusan selagi ia berakal.
Itulah pertama-tama Fardhu 
daripada segala fardhu ‘Ain; dahulunya daripada segala ibadat seperti sembahyang 
lima waktu, puasa bulan Ramadhan, Zakat dan Mengerjakan Haji ke Baitullah dan 
merupakan SYARAT pada MENGESAHKAN segala ibadah dan jikalau tiada mengetahuinya 
makna Dua Kalimah Syahadah itu, maka belum lagi dikatakan SAH amal ibadat yang 
lain itu.
Hendaklah kita bersungguh-sungguh memahamkan makna Dua Kalimah 
Syahadah itu dan untuk memahaminya perlulah terlebih dahulu mengetahui segala 
Sifat yang WAJIB bagi Allah Ta’ala dan para Rasul-Nya serta segala Sifat yang 
MUSTAHIL pada keduanya dan segala yang HARUS pada keduanya itu.
Oleh yang 
sedemikian wajiblah segala orang yang akhil baligh, laki-laki dan perempuan, 
merdeka atau hamba sahaya dan sebagainya mengenal segala Sifat yang wajib, yang 
mustahil dan yang harus pada Allah Ta’ala serta segala Rasul Allah itu 
sebagaimana sabda Nabi saw.: ‘ Awaluddin Ma’rifatullah ‘;
Ertinya : ” 
Pertama-tama Agama itu mengenal Allah .”
Yakni mengenal segala yang 
wajib, yang mustahil dan yang harus bagi Zat dan Sifat Allah Ta’ala. Bukannya 
mengenal kepada diri Zat Allah dan ketentuan daerahNya dan tempatNya dan 
rupaNya, mustahil demikian itu dan adalah ditegah oleh Allah Ta’ala seperti 
firmanNya dalam Al-Quran Surah ‘Ali Imran ayat ke 30 ;
Ertinya: “..telah 
dipertakuti Allah akan kamu pada mendapatkan kepada ZatNya itu..”
Dan 
firmanNya dalam Surah Al-An’aam, ayat ke 103 ;
Ertinya: “..Tiada mendapat 
akan Dia segala penglihatannya dan DiaNya yang boleh mendapat akan segala 
penglihatanNya. “
Dan sabda Nabi saw:
Ertinya: “..Maha Suci 
Tuhanku, tiadalah ku kenal Tuhanku akan sebenar-benar pengenal kami akan Tuhan 
ku..”
Dan kata Saidina Abu Bakar;
Ertinya: “..Lemah pendapat 
daripada yang mendapat akan yang didapat, itulah pendapat.”
Kata setengah 
Ulama’;
Ertinya: ” Tiap-tiap barang yang tersangka-sangka ia dengan 
segala sangka kamu itu dan kamu dapat akan dia dengan segala akal kamu 
itu,
maka ia itu baharu jua seperti kamu.”
Maka nyatalah segala 
pengetahuan orang yang sesat itu yang menyangka-nyangka ia pada ‘itiqadnya Allah 
Ta’ala itu bertempat atau berupa atau boleh menyamakan Dia dengan sesuatu 
disangkakannya benar-benar DIRINYA itulah ALLAH TA’ALA. Maka ‘itiqad ilmu orang 
itu salah; yang lemah, besar menjadi kafir.(Na’uzubillah..)
Maka 
hendaklah engkau fahamkan ia akan makna Kalimah Syahadah ini baik-baik dengan 
dalil Naqli iaitu dalil Al-Quran dan Hadis serta dalil Aqli’ iaitu akal yang 
nurani pada mengambil nazar yang sahih pada menilik kejadian 7 petala langit dan 
7 petala bumi.
Siapa yang menjadikan dianya itu ? Bolehkah ia jadi dengan 
sendiri atau adakah ada orang lain yang boleh menjadikan dia atau tidak boleh 
menjadikan dia ? Demikian juga tilik pula oleh mu pada kejadian diri kita ini 
seperti firman Allah Ta’ala :
Ertinya :”Katakanlah ya, Muhammad (kepada 
mereka) : ‘ Tilik oleh kamu semuanya apa-apa yang ada didalam tujuh petala 
langit dan bumi “.
Maka adalah yang nyata kepada segala orang yang 
berakal itu tanda bekas Qudrat dan Iradat Allah Ta’ala jua yang nyata; yakni 
bekas tanda Kuasa Allah dan KehendakNya juga yang nyata. Bukan langit dan bumi 
sahaja yang Allah Ta’ala suruh tilik, bahkan pada diri kita ini pun disuruh 
tilik sebagaimana firmanNya dalam Al-Quran :
Ertinya: ” Pada diri kamu 
itu, mengapakah tiada kamu tilik..? “
Yakni pada kejadian diri kamu ini 
mengapakah maka tiada kamu membicarakan. Dan lagi firman Allah Ta’ala 
:
Ertinya: ” Lagi akan Kami perlihatkan akan segala tanda Kami taraf alam 
ini dan pada diri mereka itu hingga nyatalah bagi mereka itu 
bahawasanya
Allah itu ADA (Ujud) sebenarnya “.
Dan lagi firman-Nya 
:
Ertinya: ” Maka hendaklah dibicarakan oleh manusia itu daripada apa ia 
dijadikan itu; iaitu ia dijadikan daripada air yang terpancar keluar daripada 
antara sulbi bapanya dan antara tara’ib ibunya”.
Bukannya keluar itu daripada 
sulbi dan tara’ib yang (tanyir) ia keduanya itu iaitu Qudrat Allah Ta’ala dan 
Iradat juga kerana keduanya didalam perintah Qudart dan Iradat Allah 
Ta’ala.
Maka adalah Qudrat Allah itu suatu SifatNya yang ‘Maudud’ dengan 
dia mengadakan mumkin; daripada tidak ada kepada adanya dan daripada adanya 
kepada tidak ada.
Dan Iradat Allah itu suatu SifatNya yang maudud dengan 
dia menentukan mumkin dengan setengah barang yang harus atau mumkin itu. Bukan 
semuanya yang harus itu ditentukan oleh Iradat itu seperti gerak dan diam; ada 
dengan tiada; panjang dengan pendek; besar dengan kecil; tebal dengan nipis; 
atas dengan bawah; kiri dengan kanan; hadapan dengan belakang dan 
lainnya.
Maka semuanya itu harus balik bagi ‘semumkin’ ini tetapi 
mustahil boleh berhimpun dua yang berlawanan kepada ‘semumkin’ ini kerana yang 
ditentukan oleh Iradat Allah itu suatu daripada keduanya bukan 
keduanya.
Demikian juga Firman Allah :
Ertinya: “Maka tidakkah 
dilihat oleh kamu yakni tidakkah kamu lihat dan kamu bicarakan akan air mani 
yang kamu tempuhkan ke dalam rahim perempuan itu, kamukah menjadikan akan dia 
itu atau Kamikah yang menjadikan anak itu ?”
Dan Firman-Nya :
Ertinya: 
“Maka tiadakah kamu lihat akan benih yang kamu tanam itu, adakah kamu 
menumbuhkan akan dia atau Kamikah menumbuhkan akan dia ?”
Dan lagi Firman-Nya 
:
Ertinya: ” Mengapa tiada menilik, membicarakan akan mereka itu kepada unta 
itu betapa dijadikan Allah akan dia dan tiada ditilik mereka itu kepada segala 
langit yang tujuh
betapa ditinggikan akan dia dan tiadakah ditilik mereka itu 
kepada gunung,
betapakah didirikan akan dia dan tiadakah ditilik mereka 
itu
kepada bumi, betapakah dihamparkan akan dia.
Maka ingatkan olehmu 
(ya, Muhammad) hanya sesungguhnya engkau itu mengingatkan saja tiada boleh kuasa 
engkau itu dengan mengerasi atas mereka itu. “
Kata Syeikh Ibrahim 
Al-Qani didalam Kitabnya yang bernama :
Ertinya: ” Tilik olehmu kepada dirimu 
yakni bicarakan olehmu dahulu kepada kejadian dirimu kerana dirimu itu yang 
terlebih hampir tempat menilik.”
Perintah Allah Ta’ala darpada yan 
lainnya kemudian daripada sudah menilik kepada kejadian dirimu itu, maka 
berpindahlah engkau bagi menilik alam yang tinggi iaitu segala langit. Kemudian 
maka berpindahlah engkau bagi menilik alam yang indah itu.
Ertinya: “Engkau 
dapatlah dengan menilik sekelian itu akan perbuatan tukang yang indah-indah 
perbuatannya tetapi dengan dialah berdiri tanda tidaknya dahulu dan baharu 
adanya ini.”
Ertinya: ” Dan tiap-tiap barang yang harus itu baharu adanya 
daripada dahulu, niscaya mustahil atasnya itu sedia sekali-kali.”
Kerana 
itulah Hadis Nabi saw:
Ertinya: ” Fikirkan oleh kamu pada segala yang 
dijadikan Allah Ta’ala dan jangan kamu fikirkan pada diri Zat Allah Ta’ala 
“.
Inilah kata Imam Sanusi….
Ertinya: ” Bermula perbuatan itu baharu 
dan ia itulah bekas menunjukkan ia atas 4 nama :-
i) Zat yang Hidup. ii) 
Zat yang Tahu iii) Zat yang Kuasa. iv) Zat yang Berkehendak.
Ertinya: ” Dan 
nama itu menunjukkan ia atas segala sifat; dan iaitu Hidup – dan jikalau tiada 
ZatNya itu Hidup, tiadalah bersifat Yang Hidup. Jikalau tiada ZatNya itu 
bersifat dengan Tahu, tiadalah bernama Zat Yang Tahu dan; Kuasa, jikalau tiada 
ZatNya itu bersifat dengan Kuasa, tiadalah bernama Zat Yang Kuasa dan; 
Mengkehendaki, jikalau tiada ZatNya bersifat dengan Mengkehendaki niscaya 
tiadalah bernama Zat Yang Mengkehendaki.”
Ertinya: ” Dan segala sifat itu 
menunjukkan ia atas ZatNya kerana tiada berdiri segala sifat itu dengan 
sendirinya “.
Maka nyatalah dengan firman Allah Ta’ala dan Hadis 
Rasulullah s.a.w. kata segala ulama’ yang besar-besar itu bahawasanya Allah 
Ta’ala itulah menjadikan alam ini.
Maka wajiblah kita ketahui akan wajib 
lagi nyata Ujud Zat Allah Ta’ala itu dan wajib Zat itu ersifat Qidam, ertinya 
Sedia adanya; Baqa’ ertinya Kekal adanya Zat Allah Ta’ala; dan Mukhalafah 
tuhulilhawadis ertinya Menyalahi ada Zat Allah Ta’ala itu bagi segala yang 
baharu ini; Wahdaniah ertinya Esa Zat Allah Ta’ala itu ertinya ‘Tiada menduai 
bagi ZatNya dan Tiada yang menduai SifatNya dan Tiada yang menduai bagi 
PerbuatanNya.
(Ketahui olehmu) hai segala orang yang belajar maka dengan 
kata kita serta ‘itiqadkan Nabi Muhammad itu Persuruh Allah wajib padanya 
siddiq, ertinya benar.
Terkandunglah Iman kita aka segala malaikat dan 
Iman kita akan segala Nabi dan Iman kita akan segala Rasul dan akan segala Kitab 
yang diturunkan Allah kepada setengah Rasul itu iaitu 104 Kitab dan Iman kita 
kepada Hari yang kemudian iaitu Hari Qiamat.
Maka terkandunglah sekelian 
yang tersebut itu semuanya pada kata kita: “MUHAMMAD RASULLAH”, ertinya Muhammad 
itu Persuruh Allah Ta’ala, kerana Nabi Muhammad itu membenarkan ia akan sekelian 
itu.
Maka nyatalah yang terkandung pada kata kita: ‘Muhammad itu Persuruh 
Allah Ta’ala ‘.
Dan 18 Simpulan Iman kita dan ;
4 daripada yang wajib 
dan;
4 daripada yang mustahil lawan yang wajib itu menjadi ;
—-
8 
dan;
2 harus menjadi;
====
10 dan;
4 – Iman kita akan segala 
Malaikat dan segala Rasul dan akan segala Kitab
____ dan akan segala Hari 
Qiamat, menjadi;
14 dan;
4 segala lawannya menjadi;
—-
18 (Lapan 
Belas).
====
Maka 18 ini dengan 50 dahulu pada kata; ” LA ILLAHA 
ILLALLAH “, itu menjadi
68 Simpulan Iman kita.
Maka terkandunglah pula 
sekelian itu pada kata ;
” LA ILLAHA ILLALLAH , MUHAMMAD RASULULLAH 
“
Ertinya: “Tiada Tuhan Melainkan Allah”,” Nabi Muhammad itu Persuruh Allah 
“
Maka tatkala sudah kita ketahui dan faham kita akan sekelian itu maka 
sempurnalah, sahlah kita kata ;
“Asy-hadu al-La illa haillallah Wa-asy 
haduan-na Muhammaddar-Rasulullah”
Ertinya: “Aku ketahuilah akan bahawasanya 
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar sembah, Melainkan Allah dan Aku 
ketahui akan bahawasanya Nabi Muhammad Rasulullah itu Persuruh 
Allah.”
Dan jikalau belum kita ketahui maknanya sekeliannya itu adalah 
perkataan kita itu berdusta juga adanya belum lagi ada pada kita Ma’rifat, 
ertinya ‘ Mengenal ‘. Maksiat lagi taklid juga, ertinya mengikut-ikut kata orang 
jua. Seperti Sabda Nabi s.a.w :
Ertinya: ” Apabila kamu ketahuilah terang 
seperti matahari nyatanya, maka naik saksilah kamu.”
Yakni tiada lagi syak 
dan tiada zan dan tiada waham, semata-mata yakinlah kamu. Maka daripada Nabi 
diambil qias oleh segala Ahli Sufi r.a pada bicara Zikirullah itu hendaklah 
dilihat nyata cahayanya terang didalam hati seperti cahaya matahari atau cahya 
bulan atau seperti emas atau seperti perak yang baru tiada karatan lagi; yakni 
tiada syak dan tiada zan dan tiada waham ertinya tiada {kuras}dan sangka lagi 
didalam hati.
Nyata tersurat didalam hati itu yakni tetap teguhlah 
yakinnya dan pengenalannya akan imannya pada ” La illaha illallah, Muhammad 
Rasulullah “ itu yakni tasdiqnya akan dia didalam hatinya teguhlah dan tetaplah 
tiada berubah-ubah lagi kehendaknya itu. Telah diketahuilah serta fahamlah ia 
akan sekelian itu didalam hatinya.
Bukannya ada tersurat, yang 
tersuratnya didalam hatinya daging sekepal yang bernama jantung itu ada Kalimat 
Allah atau Muhammad didalam jantung ia seperti ambilan orang salah.
** 
WALLAHHU ALAM **
RUJUKAN : DARIPADA KITAB USUL TAHQIQ