Thursday, September 13, 2012

PENGESAHAN GURU MURSYIDKU AL ARIFBILLAH



Sekeping kertas yg menghuraikan KeEsaan Zat, Sifat, Asma`dan Af`al Allah Subhanahu Wa Taala dimana kupasan yang lebih mendalam boleh di dapati dari Kitab Usul Tahqiq.dan A-Durun Nafs. Ini lah tahap Ilmu Martabat Tujuh sepertimana telah di sahkan oleh seorang tuan guru wakil dari sebuah pondok pengajian Tauhid Tasawwuf dari Pantai Timur Semenanjung.

Hamba petik "ulasan dari sebuah laman web berkenaan Ilmu Martabat 7 ini." . Jangan lah menganggap sesuatu Ilu itu sesat kalau tidak memahaminya. Bertanya pada yg tahu. 

"Biarlah kita cuma berkenalan secara sepintas lalu sahaja mengenai Ilmu Martabat Tujuh ini. Selebihnya, InsyaAllah jika ada rezeki,kita akan ditemukan dengan kefahaman terhadapnya nanti. "
  1. Ketahuilah saudara; telah dibuktikan oleh semua ahli-ahli ilmu bahawa Ilmu yang paling mulia dan tertinggi di antara semua ilmu yang ada di dunia ini ialah Ilmu Tentang Allah atau pun Ilmu Tauhid. Orang-orang yang mempunyai Ilmu Tauhid itu adalah yang paling utama di antara ulama-ulama lain. Sebab inilah Allah Taala menyebut mereka ini secara istimewa pada tingkat yang tertinggi sebagaimana firmannya yang bermaksud:


    "Allah telah terangkan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia yang berdiri dengan keadilan dan disaksikan oleh malaikat dan ahli-ahli ilmu."(Surah Al-Imran, ayat 18).

    Ini bermakna tidak ada siapa yang boleh sampai ke peringkat "menyaksikan" Allah melainkan mereka yang ahli dalam Ilmu Tauhid. Persoalannya Ilmu Tauhid yang bagaimana????????? sedangkan saudara rasa saudara telahpun belajar dan faham tentang Ilmu Sifat Dua Puluh atau Ilmu Usuluddin dan Ilmu Tasauf di mana dengan ilmu-ilmu yang tersebut saudara merasakan saudara telah pun faham dan jelas mengenai Sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna dan penafian yang di Itiqadkan dalam Kalimah Syahadat telah pun disempurnakan mengikut Nafi dan Isbat. Terhadap pandangan mengenai Keesaan Allah telah pun saudara yakini bahawa Allahlah yang meliputi pada tiap-tiap sesuatu.

    Ketahuilah bahawa sebenarnya saudara hanya berkenalan secara jauh lagi dengan Ilmu Tauhid yang sebenarnya. Ini adalah kerana saudara belum lagi menguasai pati Ilmu Tauhid ini yang akan menjejaki Ilmu Hakikat atau Ilmu Tahqiq atau Ilmu Martabat Tujuh ini. Ilmu ini dikatakan juga sebagai satu "HAL" golongan ahli sufiah di mana keperihalannya adalah berkaitan dengan Musyahadah dan Mukasyafah mereka dengan Allah Taala.

    Jika diaturkan pendakian ilmu untuk sampai dan faham mengenai Martabat Tujuh ini saudara mestilah terlebih menguasai Ilmu-ilmu asasnya yang terdiri dari;

    Ilmu Usuluddin mengikut kitab-kitab lama karangan Aulia Allah seperti "Faridatul Faraid Fi Ilmil 'Aqaaid" atau "Usul Tahqiq" atau laun-lain kitab Ussuluddin

    seterusnya

    Asas Ilmu Syuhud seperti yang terdapat dalam Kitab "A-Durul Nafs" (Kitab ini telah diharamkan oleh Kerajaan Malaysia)


    di samping

    mengenal thoriq(perjalanan keruhanian) dan hal kaum sufiah dalam Kitab-Kitab Hikmah seperti "Hikam Ibn Athoillah" yang dikarang oleh seorang Wali Allah yang masyhur dengan panggilan Tok Pulau Manis atau "Hikam Abu Madyan" yang diterjemahkan oleh Sheikh Daud Abdullah Fatoni atau mana-mana sahaja kitab berkaitan dengan Ilmu Tasauf.

    Setelah mengutip segala butir-butir ilmu tersebut yang boleh dijadikan asas kepada memaknakan Tauhid maka layaklah anda untuk mempelajari ilmu ini iaitu Ilmu Martabat Tujuh atau dinamakan juga sebagai Ilmu Tahqiq atau Ilmu Hakikat atau Ilmu Musyahadah. Ilmu inilah merupakan pati dari ilmu-ilmu di atas dan boleh dikatakan sebagai puncak dari segala Ilmu yang ada di dunia ini. Antara Kitab yang baik mengenai Ilmu ini ialah "Kitab Manhalus Shofi Fi Bayaani Rumu Zi Ahli Ssufi" atau lain-lain kitab yang berkenaan dengannya

    Bicara dan bahasannya berkisar kepada membersihkan tauhid dari cemar-cemar keliru dan kesamaran. Menggunakan istilah-istilah yang tersendiri yang halus di mana ianya merupakan isyarat-isyarat kepada sesuatu yang berada di Alam Ghaib. Sebab itulah kata-kata seperti yang diutarakan oleh Sheikh Muhyidin Ibn 'Arabi tidak akan dapat difahami dan ditafsirkan isyaratnya tanpa pengetahuan yang sampai kepada Ilmu Martabat Tujuh ini.


    Telah ada kita sekelian beberapa huruf yang amat tinggi, belum lagi dijadikan kita dengan firmanNya KUN dan adalah kita Mut'aluq dengan segala hal kita, dan adalah yang demikian itu dalam kepala-kepala segala bukit, yakni kemunncak Aku Engkau di dalamnya dan Kami Engkau dan Engkau Ia dan sekelian pada Hu itu Ia jua; maka tanya olehmu akan orang yang Wasil.

    Perhatikan kata-katanya dan pasti sekali anda tidak akan dapat memahami apa-apa mengenai maksudnya yang sebenar kecuali dengan penerangan orang yang sampai pengetahuannya mengenai Ilmu Tahqiq atau Ilmu Martabat Tujuh ini.

    Oleh itu wahai saudara-saudaraku, hanya sekadar ini sahajalah rezeki yang telah diqadarkan buat kita. Tidak usah kita panjang-panjangkan di sini kerana apa yang terlebih baiknya bagi kita ialah melengkapi diri dengan Ilmu-ilmu lain dahulu seperti yang telah disinggung di atas.

    Lihatlah juga pada bicara Suluk mengenai dengan Makrifatullah dan Asal Ilmu Tasauf yang dilampirkan. Mungkin boleh meneguhkan pengetahuan saudara betapa istimewanya kedudukan Ilmu Tasauf.(Bicara sepenuhnya sila ke website Suluk di http://members.tripod.com/~suluk98/indexilmu.html)

    "IA(Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki dan sesiapa yang dikurnia hikmah maka sesungguhnya(bererti) ia telah dikurniakan kebajikan yang banyak dan tidak akan ingat melainkan orang-orang yang berfikiran".Surah Al-Baqarah;269

    Allahu A'lam
    Suluk