Saturday, October 5, 2013

PENGALAMAN BERTEMPUR DGN JIN PELAJAR GERAK FAQIR SUNAN KALIJAGA

PENCAPAIAN MENAKJUBKAN
----------------------------------------------------------------------------
11/11/2012 - Saya mendapat mesej dari pelajar saya yg duduk di Putrajaya , menceritakan pengalamannya dalam mempraktikkan Silat Rohani GERAK FAQIR SUNAN KALIJAGA. Sila amati pengalaman beliau...........

# Salam pekaba tuan, sy skkrg... ni siang mlm dok perang ngan jin2 kt cni, diorg serang ramai2.

# Putrajaya...rumah sy tmpt laluan mereka, diorg kacau attack sy n anak sy. sy lawan balik..tu yg jd perang tu, mula2 serg x ramai skrg diorg serang keliling ramai2

# Serangan ni dh dekat 2 bulan dh sy dok bertahan.dlm masa tu ada gak la yg denga ckp n dh d islamkan. alhamdulillah...kt cni diorg ada kerajaan

# Dlm masa perang tu ada senjata2ghaib dtg mmbntu dn ramai juga org2 ghaib dtg membntu..

# Pernah beberapa kali bila sy wat latihan gerak diorg dtg berlatih sama2 ngn sy

# Sy penah di hadiahkan beberapa senjata ghaib n selendang ghaib yg selalu sy gunakan ketika perang ngan jin.alhamdulillah

# Sy juga di ajar beberapa zikir amalan perang.setiap zikir mempunyai jurus trsndr.dngn 1 pukulan boleh menjd beratus ke beribu pukulan.penagj juga masa dok perang tetiba roh sy brpecah kepad banyk dn sama2 brperang...btol ke tu Tuan

# Sy juga d ajar beberapa ilmu perang Alfatihah, gayoman waliyullah & gerak hulubalang Allah...walllahu a`lam.

---------------------------------------------------------------------------
Amalan yg berkat dan istiqamah.......ni pengalaman beliau dalam meraga sukma berkat ilmu Sunan Kalijaga yg dtg secara tetiba dan bukan meraga guna khadam. Beliau semasa mengamalkan zikir La Ilaha Illallah, dgn sendiri rohnya terbang keluar dgn Gerak dari Allah................amalan kami dalam Gerak Faqir tiada meminta selain ALlah. ALLAH belako......tidak mencari kekeramatan tetapi IA dtg dgn izin Allah jua

PERAWAT RUQYAH MENYAMUN PESAKIT SENDIRI

Sabtu 27/04/2013, didatangi pesakit 2 beradik yg menghadapi masalah saka. Bukan shj mereka berdua tetapi juga adik beradik yg ain yg jelas nampak dari sikap panas baran dan pakcik mereka yg kelihatan "tak betul" dgn sentiasa berbau busuk dan menyendiri didalam gelap.

Sudah merata dan puas dah gi berubat tetapi tidak ada kesudahan. Masalah sama tetap wujud dan muncul. Perawat yg ditemui berpaksika...n nama hebat2 tetapi macam-macam komplen dari pesakit terhadap mrk. Kalau pesakit tu jahil agama, kita boleh faham itu bukan salah perawat tetapi kalau dah barang-barang pesakit 6 bilah keris dan pedang serta satu cincin delima di sapu, atas alasan tak boleh disimpan kerana ada jin dalamnya, apa citernya.

Dahla kaki kelentong , kaki samun juga anak murid Dr.H ni. Buang ajelah khadam2 jin tu, biarlah pesakit simpan hartanya sendiri. Dah la diambilnya dan tidak pula dipulangkan malah dah takde katanya. Nampak sangat Ustaz ni menyamun pesakit sendiri.

Begitu lah kalau IKHLAS tidak wujud dalam diri. Konon ini jalan dakwah tetapi jalannya bengkang bengkok. Kalau belum berada dijalan yg lurus memang hanyut, inilah yg ditakuiti Nabi kita "ulama suk" yg sesat lagi menyesatkan. Kalau sudah berada dijalan yg lurus, sekali terbabas cepat tersedar dan terus naik kembali dijalan yg asal , kerana manusia bukan maksum namun kelalaian yg menempa menutup mata.

Guru yg ikhlas adalah guru yg "tidak suka dipuja" maksudnya tidak suka duduk dalam ramai orang, bukan asyik2 nampak dalam ceramah, forum dan TV apatah lagi mencalonkan diri untik jadi pemimpin pujaan. Dia suka menyendiri kerana disitu dia bersama Tuhannya, berbicara dalam tafakur. Dia tidak memakai kenderaan mewah mercedes dan BMW yg dibeli dengan hutang, tetapi kereta biasa yg dibeli dengan tunai.

Hidupnya dari Allah, kerana Allah dan semata-mata untuk ALlah.

PRTUNJUK ILAHI MELALUI MIMPI

Message yg baharu diperolehi : (17 Jun 2013)

"Asalamulaikum datuk saya ingin menjadi murid dtk krn sy sudah lama ikut perkembangan datuk hingga sy dah mimpi duduk dgn datuk mimpi sy datuk mandi kan dgn air limau dan 7jenis bunga wangi lepas tu sy di beri pakaian putih dan hijau utk dipilih sy memilih hijau lalu datuk suruh duduk dibawah sebatang pokok besar di tepi sungai lalu datuk suruh tunggu hingga datuk s...ampai"

Satu lagi hamba Allah yg ikhlas mencari Tuhannya mendapat petunjuk. Alhamdulillah. Ilmu yg hamba warisi untuk semua, jgn risau jika anda belum cukup persediaan (mengikut penilaian anda sendiri), tugas hamba menunnuk ajar agar anda dapat bersihkan diri, sucikan hati agar anda dapat mengenali Dia dgn sebenar-benarnya. "Sesungguhny aku mengenal Tuahnku dengan Tuahku jua".

SELEPAS 9 TAHUN BARU HAMIL & PESAKIT DOWNSYNDROME

28 Ogos 2013 - Alhamdulillah dalam seminggu dua ini ada 2 khabar gembira yg kuterima iaitu : Pertama - sepasang suami isteri yg sudah 9 tahun mendirikan rumahtangga sepi dari tangisan anak-anak kini akan dapat mendengarnya dalam tempoh 8 bulan, diukur dari harinya sejurus selepas kali terakhir rawatan.

Kedua, khabar dari Johor Bharu, pesakit Downsyndrome berumur hampir setahun kini mengalami perubahan ketara .....sudah boleh bergerak seperi bayi-bayi lain yg mana sebelumnya ia hanya terlantar shj seperti pesakit koma.

Syukur Ya Allah, semuga ramai lagi yang akan tampil bagi yg mengalami pelbagai masalah kronik dan penyakit kronik yg mana tidak dapat di sembuhkan oleh doktor atau telah berikhtiar di mana-mana....semuga Allah SWT sentiasa mengizinkan keajaiban (AL Maunnah) berlaku dengan doaku........agar dapat aku yg hina membuka mata-mata hati hambaMu akan KebesaranMu Ya ALlah
DILEMA SEORANG ISTERI DALAM MENCARI TUHANNYA

20 September 2013 - Aku dihubungi seorang pesakitku yg kini dah berkahwin telah menyatakan hajat untuk berguru namun niatnya dihalang suami sebab "takut tersesat" kalu mengaji Ilmu agama tinggi2 ni (ilmu tauhid).

Saya bertanya apa pekerjaan suaminya, rupanya orang ngaji tinggi, bekas Dekan IPTS. Tak mahu ikut berubat cara Islamic sebab hanya percaya k...epada doktor sahaja dan........disuruhnya isterinya ngaji kat masjid sudahlah ikut macam orang lain (dijamin tak sesat???)

Berbeza dgn pelajarku terdahulu, direstui oleh suaminya seorang muallaf yg masih jahil bangat tentang islam. Tetapi bila bertemu dgn ku, keserasian memang ada antara kami (mungkin sebab dia takde ilmu agama tinggi kot). Mereka kemudian bertanyaku, bagaimana setelah bertemu mereka "dilihatkan oleh Allah SWT" akan jasadku yg bertukar pada penglihatan mereka. Suaminya melihat daku dalam 2 jasad berbeza berjubah serban sedang dia sendiri dilihatkan 4 jasadku berbeza dan saling betukar. Jasad yg hanya dikenalinya adalah Sunan Kalijaga.

Bagaimana ya? Kata sahabat yg mengkaji kehidupan para wali di alam ghaib, itulah para wali pembimbing. Hmmmm......daku sendiri tak pernah melihatnya dan sahabat ini pula tahu segalanya namun dia diminta berahsia.

Pesakitku pula sering bercerita bila mereka berubat dgn ustaz-ustaz berkenaan, ada yg dapat melihat menyatakan bhw ustaz yg merawatnya dilihatnya bertanduk 2. Namun dgnku beza berbeza.....kenapa begitu ya?

YG MEMBEZAKAN ADALAH JALAN (THORIQ) YG DIIKUTI, ITU PENGAKUAN SAQJ SENDIRI MELALUI SESEORANG YG DIHANTAR UNTUK BERGURU DGNKU.

Thursday, October 3, 2013

Penyakit-Penyakit Gangguan Saraf.



Dalam huraian yang bterdahulu,jelas menunjukkan betapa pentingnya saraf dalam menggerakkan semua bahagian badan.Oleh itu,sekiranya perjalanan fungsi saraf kurang lancar,badan akan menjadi dingin,menyebabkan daya ketahanan tubuh menjadi lemah dan tidak bertenaga.Akibatnya badan akan mudah menerima gangguan penyakit.Terjadi demikian kerana kesihatan tubuh seseorang bergantung kepada keadaan perjalananan  saraf,yang berfungsi sebagai alat komunikasi.

Penyakit tidak hanya berpunca daripada kuman,seperti bakteria dan virus,kekurangan zat makanan,kelebihan zat makanan,keracunan makanan (food poisoning) atau akibat sampingan ubat yang dimakan,tetapi disebabkan oleh gangguan saraf (Terjodiprono).Dalam banyak kes,penyakit gangguan saraf selalunya berbeza dengan penyakit gangguan psikologi,meskipun kedua-dua penyakit ini berpunca daripada gangguan saraf.Penyakit gangguan saraf biasa seperti tersalah urat,lemah alat kelamin (impotency),kelumpuhan dan sebagainya,memerlukan rawatan pakar urat saraf (neurologi).Sementara pesakit saraf otak yang membawa seseorang hilang ingatan atau gila,memerlukan rawatan pakar psikiatri.

Penyakit gangguan saraf mungkin berpunca daripada amalan pemakanan,perlakuan atau kecederaan akibat kemalangan,menyebabkan saraf putus,disaluti lemak atau lendir,menyebabkan tidak dapat berfungsi normal.Kerosakan saraf misalnya mungkin menyebabkan darah tidak dapat berjalan dengan baik ke bahagian-bahagian tertentu di badan.Apabila saraf tidak berfungsi seperti biasa,badan terdedah kepada berbagai jenis penyakit saraf seperti krem(kreme),sakit sendi,sengal-sengal tulang(rheumatism),lenguh-lenguh badan,kebas kaki tangan(numbness),sakit kepala(headache),sakit pinggang(lumbago),lemah alat kelamin(impotency),lemah urat peranakan,lumpuh(paralysis),tergeliat(streaching) dan lain-lain.

Penyakit lumpuh pada kebiasaannya terjadi pada orang dewasa,yang mencapai umur lebih daripada 40 tahun.Pada kebiasaannya penyakit ini dikaitkan dengan lemah jantung.Lumpuh juga berpunca daripada darah beku di bahagian tertentu otak,yang berkaitan dengan bahagian-bahagian tertentu pada badan.Keadaan ini menyebabkan impuls saraf yang menguasai kegiatan,tidak dapat diteruskan ke hujung saraf sehingga otot-otot tidak dapat bergerak atau berfungsi.Inilah antara sebab-sebab berlakunya kelumpuhan,samada lumpuh seluruh badan,separuh badan atau mana-mana anggota badan tertentu.

Amalan perlakuan dan pemakanan harian seseorang juga boleh mengakibatkan penyakit gangguan saraf.Amalan menahan kencing misalnya,jikalau dilakukan secara berterusan,menjadi punca sakit karang(gonorrhoea), atau sakit uluran(testicular swelling) di kalangan kaum laki-laki.Amalan ini juga boleh menyebabkan terjadi bengkak di bahagian pundi-pundi kencing yang mengakibatkan seseorang kerap kencing.Lama kelamaan tabiat ini boleh menyebabkan sakit kencing bernanah.Pundi-pundi kencing yang membengkak,boleh menyebabkan merebaknya lain-lain penyakit gangguan saraf,seperti lemah alat kelamin,sakit pinggang(lumbago),sakit kepala,darah tinggi dsb.

Menurut seorang bomoh yang juga tukang urut tradisional,penyakit ini lebih mudah merebak sekiranya seseorang itu memakan makanan yang dianggap sejuk seperti pisang,tembikai,nangka,bayam dan beberapa jenis sayuran lain,meminum minuman sejuk atau yang mengandungi air batu.

Oleh kerana kesempurnaan saraf itu penting,berbagai-bagai cara dilakukan oleh orang Melayu tradisional untuk menjaga dan memulihkannya,sekiranya ia tidak berfungsi normal.Salah satu cara yang diamalkan ialah dengan mendapatkan rawatan urut tradisional yang dilakukan oleh orang yang pakar mengenainya.Ketika rawatan urut tradisional,tukang-tukang urut tradisional juga menggunakan bahan-bahan bantuan seperti minyak urut atau air yang telah didoakan atau dijampi.Minyak urut tradisional digunakan untuk melicinkan proses rawatan urut tradisional,selain mengelakkan kesan sakit akibat urutan dari rawatan urut tradisional tersebut.

Selain mendapatkan rawatan urut tradisional,pantang larang amalan-amalan tertentu juga perlu dipatuhi,samada pantang larang perlakuan mahupun pemakanan.Pesakit gangguan saraf ditegah melakukan kerja-kerja berat dan pantang memakan bahan-bahan yang dikategorikan sebagai sejuk.Sebaliknya pesakit digalakkan memakan makanan yang dianggap panas,seperti halia (Zinglber officinale),lengkuas(Alpinia),lada hitam(Piper nigrum) dsb.

Salah satu bahan yang elok dimakan untuk memanaskan badan ialah jintan hitam,atau yang juga dikenali sebagai “habbah sauda”(Nigella sativa).Ianya disarankan ole Rasulallah s.a.w dalam sabdanya.

Cara terbaik untuk memakan ramuan ini ialah dengan menjadikannya serbuk dan dimasukkan dalam kapsul,ataupun dijadikan makjun.Untuk menjadikannya ubat dalam kapsul,setengah kilo jintan hitam diperlukan.Pilih jintan hitam yang masih segar,iaitu yang tidak dimakan ulat ataupun terlalu lama dalam simpanan.Jemur dan ayak untuk mengasingkannya daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti pasir,habuk juga lain-lain campuran.Kemudian digoreng tanpa minyak dalam kuali,di atas api yang sederhana besarnya sambil membalik-balikkan bahan tadi dengan sudip terus menerus.Pastikan bahan ini tidak terlalu garing di atas kuali.Ia memerlukan tiga suku masak sahaja.

Tumbuk atau mesin bahan ini sehingga halus setelah sejuk.Kemudian dimasukkan dalam kapsul.Ambil 3 biji kapsul setiap hari pagi dan petang selepas sarapan atau makan malam.Bahan ini boleh juga dimakan begitu sahaja tanpa memasukkan dalam kapsul,iaitu dengan mengambilnya sebanyak 2 sudu camca dengan mencampurkannya dengan air setengah gelas untuk diminum setiap pagi dan petang.



Untuk menjadikannya makjun,serbuk jintan hitam yang telah cukup halus dicampur dengan buah kurma yang telah ditumbuk lumat dan diuli,dengan memcampurkannya sedikit madu asli.Kemudian digintil bulat sebesar ibu jari setiap satu.Lumurkan sedikit minyak kelapa asli sebelum disimpan dalam bekas.

Pesakit juga perlu melakukan senaman ringan selepas diurut dengan rawatan urut tradisional.Pantang larang,petua dan amalan perlakuan pemakanan ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada kaedah perubatan Melayu tradisional.Malah ianya dianggap satu kemestian untuk membantu memulihkan sesuatu penyakit,termasuklah pemulihan urat saraf.

SISTEM SARAF DALAM TUBUH MANUSIA


 

 


 
Manusia sebagaimana yang tercatat dalam al-Quran adalah makhluk tuhan yang paling mulia dan paling elok kejadiannya.Keelokan dan kesempurnaan manusia tidak terbatas pada bentuk fizikal,tetapi dari segi kejiwaan,seperti tersebut dalam al-Quran,surah al-Infitar ayat 7 dan 8.

 
Jasad manusia adalah terdiri daripada sel-sel,otot(muscle),tulang(anatomy),saraf(nerve),darah(blood) dll.Jasad manusia pula diibaratkan sebagai sebuah jentera automatik yang sentiasa bertugas siang dan malam tanpa mengira waktu secara berterusan sehinga ke akhir hayat.

Sistem saraf untuk kesejahteraan badan manusia.Tugas utama saraf ialah menyelaraskan kerja-kerja dalam badan,seperti pengaliran darah, pernafasan dan sebagainya.Segala tugas ini dikawal oleh sistem saraf agar dapat berfungsi dengan sempurna.Organisasi badan manusia terdiri daripada beribu-ribu urat saraf samada yang kecil mahupun yang besar.Organisasi saraf manusia dapat dibahagikan kepada 2 bahagian,iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf pinggir.Sistem saraf ini pula terdiri daripada 2 jenis sel iaitu sel biasa yang berfungsi untuk pertumbuhan tubuh manusia dan sel saraf atau neuron yang berfungsi untuk menyampaikan mesej dari lain-lain bahagian badan manusia ke otak.Dalam kajian ini,tumpuan perbincangan hanya kepada hubungan sel saraf kepada manusia.

Sel saraf terdiri daripada berjuta-juta sel yang menghubungkan otak dengan lain-lain bahagian badan.Setiap badan sel terdiri daripada 3 bahagian,iaitu badan sel yang berisi dengan sitoplasma,akson satu tunjalan terpanjang dan dendrit yang merupakan tunjalan-tunjalan pendek.

Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang,yang bertugas sebagai pengawal dan penyelaras segala aktiviti badan.Sementara sistem saraf pinggir pula bertugas sebagai sistem yang menghubungkan sistem saraf pusat dengan penerima dan penjejas atau dikenali juga sebagai saraf yang mrnghubungkan organ-organ deria,kelenjar dan otot dengan sistem saraf pusat.Misalnya penerima organ-organ deria sentiasa memberi maklumat dari otak mengenai keadaan yang berlaku di dalam dan di luar badan.Organ-organ deria ini peka terhadap rasa sakit,sentuhan,bunyi,suhu dan cahaya.Sementara penjejas pula termasuklah semua struktur yang bergerak balas terhadap maklumat yang diterima dari sistem saraf,seperti otot dan kelenjar.
 

Hubungan Otot Dan Saraf.
 

 

Otot dan saraf mempunyai kaitan rapat dari segi susunan dan fungsinya.Setiap pergerakan yang dilakukan oleh tubuh organisma menggunakan otot dan saraf.Tindakan antara otot dan saraf adalah saling berkaitan antara satu sama lain,tidak dapat dipisahkan.Bahagian-bahagian otot utama ialah urat belikat(the dorsal muscle),urat amris(otot pada leher),otot jantung betis(anjing-anjing),jantung paha dan jantung atau buah lengan(otot besar di bahagian depan lengan dari siku ke pergelangan tangan).

Terdapat 3 jenis otot iaitu otot rangka,otot licin(polos),dan otot kardiak.Hampir semua otot rangka yang juga dikenali sebagai otot berjalur terlekat pada tulang-tulang rangka melalui jalur yang berupa tali yang disebut tendon.Tendon ialah urat yang menghubungkan sendi ke tulang seperti urat keting,urat pengandar dan urat pengetul iaitu urat di belakang lutut.

Dalam otot rangka terdapat otot fleksor dan otot ekstensor.Otot-otot ini terdapat pada setiap sendi tubuh,seperti otot pada sendi lutut,tumit dan di setiap sendi jari kaki dan tangan.Kedua-dua jenis otot ini bekerja secara berlawanan antara satu sama lain.Setiap otot boleh menyebabkan organ membengkok dan satu organ lagi melurus.Otot-otot yang membengkokkan sendi siku disebut fleksor,sementara otot yang meluruskan sendi siku disebut ekstensor.Otot-otot ini akan terus berperanan,kecuali sekiranya berlaku gangguan pada sistem saraf dan otot akibat kecederaan atau penyakit.

Otot licin,yang juga dikenali sebagai otot polos ialah otot yang melapisi sebahagian besar daripada internal tubuh,seperti usus,pundi kencing dan rahim.Otot licin ini juga melapisi salur darah.Otot licin adalah otot luar kawal,kerana ia bergerak tanpa kawalan otak.Otot kordiak pula ialah otot jantung yang juga merupakan otot luar kawal.Walau bagaimanapun otot licin berbeza dengan otot kordiak,kerana ia akan bergerak meskipun tanpa ransangan daripada saraf.Dalam kebanyakan pergerakan badan,saraf akan menghantar utusan(impuls) di sepanjang sistem saraf.Otot yang menerima impuls saraf dari otak akan dirangsangkan untuk bergerak.



 
Fungsi Saraf.

Saraf memainkan peranan penting untuk mengalirkan impuls dari satu neuron ke satu neuron yang lain,di samping berperanan menyempurnakan aktiviti badan.Saraf juga menyatukan berbagai maklumat yang sampai kepadanya dan mengakibatkan gerakbalas untuk kebaikan organisma.Penyatuan ini berlaku di kesemua peringkat dalam sistem saraf.Dalam bentuk yang paling ringkas,saraf ini terdapat dalam batang spina yang kebetulannya merupakan pusat bagi beberapa tindakan refleks.

Pada manusia,sentakan lutut adalah contoh tindakan refleks.Kadang-kadang doktor melakukan sentakan lutut untuk menentukan samada seseorang itu normal atau tidak.Doktor akan mengetuk lutut seseorang ketika duduk dengan kaki terlepas bebas.Keadaan ini boleh merenggangkan otot.Suatu isyarat disampaikan di sepanjang saraf deria ke saraf tunjang.Neuron-neuron lain akan menyampaikan isyarat itu kepada neuron-neuron motor,sehinggalah sampai ke otot yang sama.Kemudian sel saraf motor di saraf-saraf tunjang dirangsangkan,menyebabkan otot kaki mengecut,sehinggalah lutut tersentak.

Tubuh manusia terdiri daripada sel-sel yang bergabung bersama untuk membentuk tisu-tisu badan.Setiap jenis tisu mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.Saraf kranium terbahagi kepada 12 pasang saraf,yang bermula di otak dan menular ke bahagian lain di tubuh.Antaranya ialah menghala ke organ bau di hidung dan sebagainya.Sementara saraf spinal pula terbahagi kepada 31 pasang,yang berasal dari saraf tunjang di bahagian belikat.

Kebanyakan aktiviti badan berpusat di otak.Dari otak,impuls bergerak ke bahagian bawah mengikut saraf tunjang dan di sepanjang saraf ke tisu-tisu badan,menyebabkan tindakbalas akan berlaku.Otot akan bergerak apabila dirangsangkan oleh saraf yang membawa utusan dari otak,hasil daripada keputusan secara sedar.Walaubagaimanapun,tidak semua otot bergerak di bawah kawalan otak.Tisu jantung misalnya bergerak,tanpa kawalan otak kerana tisu ini mengandungi otot luar kawal.Begitu juga dengan otot yang melapisi dinding perut dan usus yang sentiasa bergerak menolak makanan di sepanjang salurannya,ketika makanan dicernakan.Kedua-dua gerakbalas tadi berlaku secara luar kawal saraf.