Thursday, October 3, 2013

SISTEM SARAF DALAM TUBUH MANUSIA


 

 


 
Manusia sebagaimana yang tercatat dalam al-Quran adalah makhluk tuhan yang paling mulia dan paling elok kejadiannya.Keelokan dan kesempurnaan manusia tidak terbatas pada bentuk fizikal,tetapi dari segi kejiwaan,seperti tersebut dalam al-Quran,surah al-Infitar ayat 7 dan 8.

 
Jasad manusia adalah terdiri daripada sel-sel,otot(muscle),tulang(anatomy),saraf(nerve),darah(blood) dll.Jasad manusia pula diibaratkan sebagai sebuah jentera automatik yang sentiasa bertugas siang dan malam tanpa mengira waktu secara berterusan sehinga ke akhir hayat.

Sistem saraf untuk kesejahteraan badan manusia.Tugas utama saraf ialah menyelaraskan kerja-kerja dalam badan,seperti pengaliran darah, pernafasan dan sebagainya.Segala tugas ini dikawal oleh sistem saraf agar dapat berfungsi dengan sempurna.Organisasi badan manusia terdiri daripada beribu-ribu urat saraf samada yang kecil mahupun yang besar.Organisasi saraf manusia dapat dibahagikan kepada 2 bahagian,iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf pinggir.Sistem saraf ini pula terdiri daripada 2 jenis sel iaitu sel biasa yang berfungsi untuk pertumbuhan tubuh manusia dan sel saraf atau neuron yang berfungsi untuk menyampaikan mesej dari lain-lain bahagian badan manusia ke otak.Dalam kajian ini,tumpuan perbincangan hanya kepada hubungan sel saraf kepada manusia.

Sel saraf terdiri daripada berjuta-juta sel yang menghubungkan otak dengan lain-lain bahagian badan.Setiap badan sel terdiri daripada 3 bahagian,iaitu badan sel yang berisi dengan sitoplasma,akson satu tunjalan terpanjang dan dendrit yang merupakan tunjalan-tunjalan pendek.

Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang,yang bertugas sebagai pengawal dan penyelaras segala aktiviti badan.Sementara sistem saraf pinggir pula bertugas sebagai sistem yang menghubungkan sistem saraf pusat dengan penerima dan penjejas atau dikenali juga sebagai saraf yang mrnghubungkan organ-organ deria,kelenjar dan otot dengan sistem saraf pusat.Misalnya penerima organ-organ deria sentiasa memberi maklumat dari otak mengenai keadaan yang berlaku di dalam dan di luar badan.Organ-organ deria ini peka terhadap rasa sakit,sentuhan,bunyi,suhu dan cahaya.Sementara penjejas pula termasuklah semua struktur yang bergerak balas terhadap maklumat yang diterima dari sistem saraf,seperti otot dan kelenjar.
 

Hubungan Otot Dan Saraf.
 

 

Otot dan saraf mempunyai kaitan rapat dari segi susunan dan fungsinya.Setiap pergerakan yang dilakukan oleh tubuh organisma menggunakan otot dan saraf.Tindakan antara otot dan saraf adalah saling berkaitan antara satu sama lain,tidak dapat dipisahkan.Bahagian-bahagian otot utama ialah urat belikat(the dorsal muscle),urat amris(otot pada leher),otot jantung betis(anjing-anjing),jantung paha dan jantung atau buah lengan(otot besar di bahagian depan lengan dari siku ke pergelangan tangan).

Terdapat 3 jenis otot iaitu otot rangka,otot licin(polos),dan otot kardiak.Hampir semua otot rangka yang juga dikenali sebagai otot berjalur terlekat pada tulang-tulang rangka melalui jalur yang berupa tali yang disebut tendon.Tendon ialah urat yang menghubungkan sendi ke tulang seperti urat keting,urat pengandar dan urat pengetul iaitu urat di belakang lutut.

Dalam otot rangka terdapat otot fleksor dan otot ekstensor.Otot-otot ini terdapat pada setiap sendi tubuh,seperti otot pada sendi lutut,tumit dan di setiap sendi jari kaki dan tangan.Kedua-dua jenis otot ini bekerja secara berlawanan antara satu sama lain.Setiap otot boleh menyebabkan organ membengkok dan satu organ lagi melurus.Otot-otot yang membengkokkan sendi siku disebut fleksor,sementara otot yang meluruskan sendi siku disebut ekstensor.Otot-otot ini akan terus berperanan,kecuali sekiranya berlaku gangguan pada sistem saraf dan otot akibat kecederaan atau penyakit.

Otot licin,yang juga dikenali sebagai otot polos ialah otot yang melapisi sebahagian besar daripada internal tubuh,seperti usus,pundi kencing dan rahim.Otot licin ini juga melapisi salur darah.Otot licin adalah otot luar kawal,kerana ia bergerak tanpa kawalan otak.Otot kordiak pula ialah otot jantung yang juga merupakan otot luar kawal.Walau bagaimanapun otot licin berbeza dengan otot kordiak,kerana ia akan bergerak meskipun tanpa ransangan daripada saraf.Dalam kebanyakan pergerakan badan,saraf akan menghantar utusan(impuls) di sepanjang sistem saraf.Otot yang menerima impuls saraf dari otak akan dirangsangkan untuk bergerak.



 
Fungsi Saraf.

Saraf memainkan peranan penting untuk mengalirkan impuls dari satu neuron ke satu neuron yang lain,di samping berperanan menyempurnakan aktiviti badan.Saraf juga menyatukan berbagai maklumat yang sampai kepadanya dan mengakibatkan gerakbalas untuk kebaikan organisma.Penyatuan ini berlaku di kesemua peringkat dalam sistem saraf.Dalam bentuk yang paling ringkas,saraf ini terdapat dalam batang spina yang kebetulannya merupakan pusat bagi beberapa tindakan refleks.

Pada manusia,sentakan lutut adalah contoh tindakan refleks.Kadang-kadang doktor melakukan sentakan lutut untuk menentukan samada seseorang itu normal atau tidak.Doktor akan mengetuk lutut seseorang ketika duduk dengan kaki terlepas bebas.Keadaan ini boleh merenggangkan otot.Suatu isyarat disampaikan di sepanjang saraf deria ke saraf tunjang.Neuron-neuron lain akan menyampaikan isyarat itu kepada neuron-neuron motor,sehinggalah sampai ke otot yang sama.Kemudian sel saraf motor di saraf-saraf tunjang dirangsangkan,menyebabkan otot kaki mengecut,sehinggalah lutut tersentak.

Tubuh manusia terdiri daripada sel-sel yang bergabung bersama untuk membentuk tisu-tisu badan.Setiap jenis tisu mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.Saraf kranium terbahagi kepada 12 pasang saraf,yang bermula di otak dan menular ke bahagian lain di tubuh.Antaranya ialah menghala ke organ bau di hidung dan sebagainya.Sementara saraf spinal pula terbahagi kepada 31 pasang,yang berasal dari saraf tunjang di bahagian belikat.

Kebanyakan aktiviti badan berpusat di otak.Dari otak,impuls bergerak ke bahagian bawah mengikut saraf tunjang dan di sepanjang saraf ke tisu-tisu badan,menyebabkan tindakbalas akan berlaku.Otot akan bergerak apabila dirangsangkan oleh saraf yang membawa utusan dari otak,hasil daripada keputusan secara sedar.Walaubagaimanapun,tidak semua otot bergerak di bawah kawalan otak.Tisu jantung misalnya bergerak,tanpa kawalan otak kerana tisu ini mengandungi otot luar kawal.Begitu juga dengan otot yang melapisi dinding perut dan usus yang sentiasa bergerak menolak makanan di sepanjang salurannya,ketika makanan dicernakan.Kedua-dua gerakbalas tadi berlaku secara luar kawal saraf.