Wednesday, October 9, 2013

KEKUASAAN ALLAH MENGALIR DALAM TUBUH PENGAMAL GERAK FAQIR

6/10/2013 – Mengunjungi seorang kerabat diraja yg telah menjadi muridku dan telah pun menamatkan amalan Gerak Faqir Sunan Kalijaga dan kini menemui ku lagi untuk mengambil amalan yg lain pula.




Beliau sebenarnya tidak sabar-sabar untuk menceritakan pengalamannya setelah khatam amalan ini. Katanya semasa di negerinya, berlaku hysteria di 2 ...buah sekolah agama dan mereka telah memanggil perawat dari Darul Sxxxx namun tidak berhasil. 7 orang kuat Darul Sxxxx telah diwakilkan oleh Tuan Gurunya namun tidak mampu menggugat jin-jin yg merasuk pelajar-pelajar tersebut.



Beliau dipanggil kemudiannya setelah kegagalan perawat dari Darul yg tersohor ini. Beliau hanya seorang kerabat diraja yg juga rapat dgn pihak istana dan Jabatan Agama. Namun bila beliau memulakan membaca amalan Gerak Faqir, belum habis dibaca dan belum masuk “berdoa” pelajar-pelajar tersebut seramai 19 orang tumbang satu demi satu. Beliau mendapat gerak hati (ilham) dan meminta satu jag air dan mendoakannya serta merenjis pelajar-pelajar tadi. Serta merta mereka sedar kesemuanya.



Pengalaman ke 2 nya adalah semasa menemani ibunya menjalani cityscan kerana ada ketulan didalam paru-parunya. Malam sebelum itu, beliau telah mengamalkan Gerak Faqir dan didatangi ilham berzikir dgn asma` Ya Latif selama 3 jam. Esoknya setelah proses cityscan berlangsung , keputusannya kata doctor, ketulan itu telah tiada.



Mereka pulang dan mengadakan kenduri kesyukuran. Selepas membaca doa dan mengaminkannya, beliau didatangi siibu dan dipeluk dan dicium oleh siibu. Kata si ibu, “Ibu bermimpi malam tadi, kamu yg datang kepada ibu dan membuang ketulan itu sambil berzikir Ya Latif”.



Pengalaman lalu yg berkait dgn saya adalah, kecenderungannya untuk mengambil ijazah amalan Nabi Allah Sulaiman ada kaitan dgn peristiwa dimasa kecilnya. Saya ada menceritakan bhw Syeikh Suhaimi@ Embah Agung (ditemani Rasulullah) pernah memberikan no hp saya kepada muridnya yg merupakan guru silat sunda dan pengamal Tariqat Naqsyabandi Haqqani agar bertaaruf. Kata Syeikh Suhaimi, saya sudah boleh “mengijazah orang awam”. Beliau sendiri pernah didatangi Syeikh Suhaimi dan diijazahkan satu amalan, dan kata ahli keluarga Syeikh, amalan itu adalah amalan pengijazahan Silat Sunda.



Satu ketika nenek beliau yg merupakan pewaris Silat Istana telah dicabar oleh seorang Guru Silat dan beliau yg mengambil cabaran itu kerana neneknya telah berusia. Dgn membaca amalan pengijazahan Silat Sunda tadi, guru silat itu menjadi kaku dan tidak mampu bergerak. Amalan ini ada menyebut, “Innahu min Sulaiman……..