.AKIBAT BISA-BISA , KAKI TAK BOLEH BERPIJAK BUMI
5/10/2013 – Didatangi sepasang suami isteri dalam pukul 8 malam secara mengejut. Mereka memohon maaf terlebih dahulu dan menyatakan bahawa mereka adalah jiran dan tinggal selang beberapa buah rumah . Mereka membawa seorang cucu perempuan yang berusia 7 tahun yang menangis kesakitan kerana tak mampu berdiri kerana kesakitan kaki menyentuh bumi. Si at...ok terpaksa mendukung cucunya ini memasuki kamar rawatan.
Si atok menceritakan bahawa ia berpunca selepas pulang dari Raub dan tinggal di Homestay kerana menghadiri Majlis Perkahwinan cucu mereka di sana. Entah apa gerangan tetiba kaki cucnya ini merasa sakit kedua belah dan tak mampu berdiri sebaik pulang dari sekolah pada keesokkannya. Ke klinik sudah namun kesakitan tidak berkurang.
Sepertimana biasa saya merawat dan mengurut kaki anak ini setelah mengalirkan Aura Penyembuhan melalui ubun-ubun nya. Hari ini (9/10/2013), saya menemui si atok , si cucu dan ibunya di kedai runcit. Si cucu berjalan dan bermain dgn riang, wajahnya ceria. Lalu si atok berkata, “Salam dengan Ustaz cepat.” Dan memberitahu si ibunya bahawa ini lah orangnya yg telah memulihkan kaki anaknya.
7/10/2013 – Selepas solat maghrib, jiran di hadapan rumah tetiba menelefon nak jumpa. Saya menunggu di luar rumah dan beliau datang. Katanya isterinya tiba-tiba dari malam tadi sakit kaki tak boleh berpijak bumi, belakang tumitnya bengkak. Ke klinik sudah, pain killer pun tak mampu menghilangkan sakit. Pergi berurut, sakit makin merebak. Kalau sakit2 akibat bisa memang tiada ubat mampu memulihkan dan kalau di urut, bisa akan menyebar ketempat lain. Sama juga kalau kes pembedahan, kuman@virus (adalah Jin) akan menebak kalau di rodok dgn besi (pisau pembedahan). Dalam hadis menyebut “besi panas”. Jin cukup pantang dengan besi….itu terhasil nya cerita “Ghost Busters”. Jin-jin ditembak dgn karan dan di masukkan kedalam bekas besi yg kukuh.
Selepas di terapi dan di buang bisa secara “makrifat”, beliau tetido selepas sejam saya follow-up. Mudah aje tido kalau tiada kesakitan mengganggu saraf. Petang semalam (8/10/2013), saya lihat dia sedang mengutip jemuran di luar rumah. “Bagaimana kaki?” tanyaku. “Alhamdulillah, dah hilang sakit” katanya.