6/10/2013 – Pesakit gangguan sihir dari bomoh Jawa diserang kembali. Hampir 2 bulan pesakit ini sudah sembuh, tiada lagi gangguan dan kesakitan mahupun kerasukan namun bila suaminya pula mula berubat untuk memulihkan gangguan dalam dirinya, tetiba pada masa itu jin-jin itu mula memasuki semula dan mengganggu kembali pesakit ini.
Puncanya dar...i diri suami kerana ia yg membawa sihir itu dari isteri tuanya untuk isteri muda tanpa ia sedari. Setelah beberapa perawat mengatakan sihir ini dari isteri tua dan bertujuan memisahkannya dgn isteri muda dan pengakuan jin-jin itu sendiri dari mulut isterinya, ia mula dapat menerima hakikat ini dan mula menjauhkan diri pula dari isteri tua. Sebelumnya ia selalu tidak dapat mendekati isteri yg muda atas desakan isteri tua yg tidak mahu memberi peluang ia menunaikan tanggungjawabnya. Alhamdulillah pesakit ini hatinya baik dan sentiasa mendapat pertolongan dari para-para wali yg mendampingi saya.
Isteri muda ini juga kakaknya , kedua isteri no. 2 namun kedua mereka tidak kisah dan tidak berkira sedang madu mereka adalah pada zahirnya kelihatan seperti orang baik-baik (ustazah lagi gitu) namun menggunakan bomoh untuk memisahkan mereka. Sebelum ini kedua mereka mendapat bantuan dari Sunan Kalijaga yg turut merawat serta ditemani SAQJ semasa pulang.
Setelah mula merawat sisuami , pesakit ini mula didatangi kembali jin-jin bomoh Jawa itu (selagi belum mati bomoh ini agakanya) apatah lagi si suami tidak lagi pulang ke rumah isteri tua. Sudah tentunya dendamnya makin membara dan terus mengupah bomoh ini meneruskan kerjanya.
Pesakit ini selalu sesak nafas , sakit dada dan kepala dan pabila maghrib selalu kerasukan. Sesampainya dirumah saya, anaknya tetiba menangis tak mahu masuk rumah. Firasatku dia nampak siapa yg ada bersama saya menunggu kedatangan mereka. Setelah dipujuk dan masuk kerumah anak itu tenang seketika.
Rawatan bermula seperti biasa dan tetiba kali lain pula suara yg keluar. Lembut, tenang dan seolah menceritakan dimana tempat yg sakit dan bagaimana ia disakiti. Saya tidak mahu lagi melayan karenah suara ini , hanya konsentrate menyalurkan arus penyembuhan sekaligus menyiksa jin-jin itu dgn Aura Ilahiah.
Rupanya si suami ada bertanya siapa ni dan dia menunjukkan gambar Sunan kalijaga didinding. Katanya, “jgn risau saya datang untuk membantu”. Bagaimana Embah Sunan bercakap melalui mulut pesakit tidaklah saya ketahui dan tetiba suara jin pula yg keluar dan marah2. “Ni siapa ni, ni duduk sini, sapa ni?” Ia tunjukkan Embah Sunan duduk disebelah kiri pesakit. “Jaga kau” kata jin tu.
Embah Sunan dgn tenang merawat, membuang bisa dan menyebut Allahu Akbar sambil berdoa, “Ya Allah, Kau bantu lah anak ini, kasihan dia”. Saya pula terus mengalirkan Aura Ilahiah dan tetiba tangan saya terangkat dan saya niat menyerang balas sang bomoh. “Ya begitu” Kata Sunan, dia sudah kepanasan. Akhirnya…….segala bisa sudah dibuang Sunan, “hanya tinggal bekas2 shj yg masih sakit ni.”
Embah Sunan melalui tubuh isteri bangkit dan menyuruh pula si suami baring. “Kamu baring, biar saya juga rawat kamu”kata Sunan. Anak kecil tadi berpindah ke ibunya dan si ayah mula baring. Si anak pula tetiba menangis, “ dia nampak saya, takpe biar saya tutup pandangannya” kata Sunan.
Saya pula diarah Sunan terapi di bahagian perut dan kebawahnya , Sunan pula merawat bahagian atas. Alhamdulillah selesai, saya mengucapkan terimakasih kepada Embah Sunan. Rupanya jin tadi ada berkata Embah Sunan memang menunggu ketibaan sepasang suami isteri ini tadi , itu yg dilihat oleh anak ini dan ketakutan akan kehadiran lelaki berpakaian Jawa yg tidak dikenali.
Untuk makluman pembaca, saya tidak pernah memanggil para wali atau sesiapa dalam merawat pesakit-pesakit saya. Siapalah saya untuk memanggil mereka, mereka pun ada byk keje lain nak dibuat atas urusan Allah. Namun bila kita hanya berserah semata-mata hanya kepada Allah, tiada sandaran selainnya maka Allah datangkan para tenteranya untuk membantu dan biasa bantuan datang keatas hamba-hamba yg teraniaya dan yg tulus hatinya. Bukan semua kes rawatan saya , para wali datang membantu. Saya tidak tahu dan saya tidak nampak, mungkin sentiasa ada juga kerana segalanya berjalan dgn mudah dan cepat.
Allah segalanya….nafikan wujud diri, isbatkan hanya Wujud Allah. DIA belaka