RAWATAN PENYAKIT KRONIK & MISTERI
Wednesday, October 30, 2013
ENERGY HEALING - APA KATA DOKTOR
Penulisan ini untuk interview with TV3 on 14 March . For program Wanita Hari Ini on 21st March..... Format lisan .
wasallam.
Suriya
1. Apakah dia energy healing ?
EH adalah system penyembuhan yang mengunakan tenaga yang semulajadi wujud di dalam badan kita. Theory Einstein yang mengatakan e bersaman dengan mc kuasa 2 di mana E adalah tenaga dan M adalah benda dan c adalah kelajuan cahaya , memberi erti bahawa benda dan tenaga adalah dua manifestasi perkara yang sama. Ini bererti badan manusia juga sebagai sebuah objek yang ada kepadatan (mass) adalah juga tenaga! Maka fahaman terhadap ilmu fiziks quantum adalah asas kepada semua jenis Energy Healing atau Penyembuhan melalui tenaga. Modaliti energy healing berusaha untuk mengimbangkan tenaga badan seorang yang sakit dengan mengandaikan bahawa sakit disebabkan tenaga yang tidak seimbang. Banyak bukti telah menunjukkan bahawa ada berbagai medan tenaga elektric yang boleh diukur di dalam badan. Medan elektric digunakan semasa ujian ECG untuk menilai status jantung. Termasuk di dalam kumpulan energy healing modaliti rawatan seperti akupuncture, homeopathy,, penyembuhan Islam dengan solat hajat dan ayat ayat Quran ( Rukyah) serta sufi healing , kepawangan,, (teknik Kebebasan Emosi,(Emotional Freedom Technique) Kaedah Polariti Stone, dan banyak lagi cara rawatan yang tidak disebut disini.
2.Apakah dia magnetism?
Ini satu istilah yang banyak digunakan oleh para healers untuk menceritakan tentang tenaga yang mengalir dari badan seseorang dan juga kedalam badan seseorang dari alam sekeliling,. Seorang yang mengamalkan latihan nafas dan jenis senaman yang mengerakan tenaga ini akan dapat merasakannya. Senaman yang saya maskudkan termasuklah taichi dan chikung, juga zikir-zikir yang mengunakan kawalan nafas. Sebenarnya magnetism ini boleh diukur, sebagai contoh alat ecg mengukur medan tenaga sekeling jantung.Ada juga sebuah alat ciptaan Jepun yang dipanggil neurometer yang boleh mengukur medan elektric seseroang, cara alat ini berfungsi serupa dengan meter yang mengukur voltage elektrik. Orang yang mempelajari ilmu fisiks akan dapat faham kaitan di antara magnetism dan tenaga elektrik
3. Bagaimana untuk merasa magnetism ini? ( boleh buat demo yang boleh di ikut oleh orang di rumah.)
Kalau ada orang dibelakang kita, misalnya, walaupun kia tak dengar orang tu datang, kita akan dapat suatu sensasi yang memberitahu kita ada orang dibelakang kita. Dan kadang-kadang ada orang kata," hai tiba-tiba meremang bulu roma." Sebenarnya apa yang kita dapat rasa adalah medan magnetik makhluk lain. Cuba kita gosok tangan kita, , lepas ni kita letak tangan kita jauh-jauh begini, dan perlahan-lahan bawa kedepan sehingga dapat rasa sesuau yang menolak ia itu tentangan (resistance). Maka itu adalah kuasa magnetik dari tangan kita. Cuba letak tangan lebih kurang 4 inci dari permukaan kulit kawan kita dan gerakkan tangan itu kedepan dan kebelakang, kitas akan dapat rasa geli geli atau macam karan elektrik.
Tarik nafas, bayangkan kita ni macam jag air, dan ada air mengalir masuk kedalam kepala kita semasa tarik nafas, dan air ini mengalir kedua tangan bila kita hembus nafas, cuba buat 5 kali. Lepas itu cuba kita rasa tapak tangan kita, ada beza tak? Sekarang kita cuba du'a dengan membayangkan rahmat Allah sedang menghujani kita., dan kita baca "Rabana Atina fidunya hasanatan wa fil akhirati hasanatan waqina azababnnar".. Cuba telitikan tapak tangan, dapat rasa tak? Ada rasa geli-geli, atau ada rasa seperti ada gelombang dan tangan terasa seolah-olah kita memegang sesuatu .ie tangan rasa ada benda berat di atasnya.
4.Apakah latihan untuk meningkatkan magnetism ini?
Cara yang saya ajar adalah mengunakan latihan nafas sambil memikirkan nama-nama Allah, apa yang disebutkan dengan fikir..(ada zikir, kita sebut kuat kuat, ada fikr , kita sebut dalam hati.) Latihan ini dinamakan Nafas Element dan dia telah diajarakan oleh seorang guru tasauf dari India, Hazrat Inayat Khan yang meninggal pada tahun 1927. Kita juga gunakan zikir yang bergema didalam badan untuk membersihkan pusat-pusat tenaga di dalam badan.Solat, dan membaca quran serta berdoa dan berzikir juga menambahkan magnetism. Tentang amal kebajikan. setiap amal kebajikan yang dilakukan ikhlas kerana Allah akan meningkatkan magnetism ini. Tentang Zikir, bila kita sebut Allah, aaaaa di dalam Allah boleh bergema dan pengamal ilmu spritual sepakat mengatakan bunyi aa ini bergema di bahagian dada begini .Allaaaaah...
5. Apa kegunaan energy healing dan penyakit macam mana yang boleh di ubat?
Sebagaimana yang disebutkan awal tadi, oleh kerana badan ini adalah tenaga, maka , ia boleh disembuhkan dengan memperbetulkan aliran tenaga di dalamnya. Maka mengamalkan latihan energy healing dengan sendirinya akan menyebabkan badan kita menjadi lebih sihat. Dan apabila magnetism kita sudah bertambah dengan amalan kita kita juga dapat menolong orang dengan energy healing. Kesemua penyakit boleh dicubakan dengan energy healing. Saya pernah mengunakannya untuk merawat sakit kulit, cancer, sakit kepala, kencing manis , sakit sendi...kesemuanya boleh tetapi tidak pula kita kata cara ini boleh sembuhkan terus. Kita gunakannya disamping ubat-ubat yang lain. Contohnya ada seorang pesakit mengidap darah tinggi, bagi ubat macam mana pun masih tinggi. Dah periksa buah pinggang, cholesterol semuanya normal, jadi saya merumuskan tekanan darahnya berpunca dari perasaanya , dia ni jenis suka risau. Maka saya berikan dia zikr dan amalan-amalan nafas, untuk diamalkan dan dengan ini, tekanan darahnya sudah boleh turun ketahap normal , berserta dengan ubat juga lah. Sudah tentulah dia menjadi lebih ceria. Ada kes pada zaman Rasuh SAW, orangnya bernama Saad, bila dia mengadu sakit dada, Rasul SAW letak tangan ke dadanya dan Saas terasa sejuk dari tangan Rasul SAW tusuk masuk kedalam dadanya seolah pergi ketempat yang sakit. Langsung Nabi dapat adak sakitnya berpunca dari mana, dan di dalam kes Saad, Nabi kata ini masaalah jauntung dan Nabi beritahu siapa yang ada ubat yang boleh merawat Saad. Dari riwayat hadith dari Book of Healing, ie vol 28 ini kita dapati Nabi melakukan healing dan scanning sekali gus tetapi juga menyuruh bantu dengan ubat .Bila saya baca Hadith ini, saya mengenali cara rawatan ini sebagai kaedah energy healing, cuma zaman Nabi tak pula ada istilah untuk menyebutnya.
7. Bagaimana kita dapat kaitkan dengan cara rawatan Nabi SAW?
Ada banyak hadith yang menunjukkan bahawa Rasul mengajar energy healing kepada kita dan mengunakanya untuk memahami penyakit.
Dalam buku 28 juga, Aishah menceritakan bahawa kalau ada orang yang cast evil spell, ini energy healing cara negative la ni, maka dia disuruh berwuduk dan orang yang terkena spell dia tu, disuruh minum air wudhu itu. Ini contoh energy healing juga
Dan ramai dari kita tahu sebelum tidor baca Fatihah, Ayat Kursi, 3 Qul hembus kat tangan sapu kat badan. Ini juga contoh energy healing.
Juga do'a Nabi, Auzu biklalimatillahi tamatin etc adalah meminta perlindungan dengan Kalimah Allah dan in juga energy .
Book 28, Number 3887: Narrated Alaqah ibn Sahar at-Tamimi:
Dia merawat orang gila dari suatu kaum dengan mengunakan Al Fatihah dan diberikan upah seratus kambing. Beliau pergi berjumpa Rasul SAW untuk bertanya sama ada boleh terima upah tersebut dan Nabi SAW kata boleh sebab healing yang dilakukannya itu betul dan berkesan. Dari Hadith ini selain dari kita faham kaedah rawatan Islam sebagai energy healing, kita juga dapati bahawa kita layak menerima upah apabilah kita menjalankan healing ini walaupun pada hakikatnya kita tidak menyembuhkan pesakit , disebaliknya kita hanya meminta Allah menyembuhkan, kita sebagai alat sahaja, atau apa yang disebutkan kita sebagai saluran ( chanell for healing)
8.Apakah kelebihan mengamalkan latihan-latihan yang berkaitan dengan healing ini?
Latihan-latihan yang berkaitan dengan energy healing boleh mengerakkan badan kearah kesihatan rohani dan jasmani, emosi dan mental.Malahan jika didalami, amalan-amalan yang menuju kearah tasauf ini bertujuan untuk pembersihan dan pencerahan jiwa seseroang . Jiwa yang bersih dan cerah akan mengalami sifat-sifat nurani seperti perasaan aman damai dan bahagia serta cinta kasih. Perasaan yang tercetus dari jiwa yang bersih ini tidak tertakluk kepada situasi luaran dan tidak bergantung kepada rangsangan-rangsangan luaran untuk mewujudkannya. Bila jiwa bebas dari pemikiran negatif , jasmani juga akan kearah kesihatan. Penyakit-penyakit tidak akan terus hilang, sebab Allah telah jadikan penyakit itu sebahagian dari dugaan untuk kita tetapi kita akan dapat hadapi dan tangani dan mungkin juga atasi apa saja yang timpa.
Bukan itu saja, kita boleh mengunakan kaedah energy healing untuk meninjau kedalam jiwa kita untuk memeriksa pemikiran kita, kerisauan kita, pemikiran kita dan segala-gala proses yang sedang berlaku di dalam diri kita , insya allah ini akan membawa kita lebih memahami diri sendiri, perasaan kita, reaksi kita, aksi kita,dan cara kita sendiri berfikir, kita boleh memeriksa tanggapan tanggapan kita dan mengukurnya dengan kebenaran. Latihan ini saya panggil latihan ruang ( dada heart space exercise). Latihan ini membawa kepada keadaan presence atau hati yang hadhir.
10. Apa dia ruang dada (heart space) (ruang qalbu) yang puan sebutkan dan apa yang dimaskudkan dengan menghadhirkan hati ( presence)
Bahasa kita ni ada sikit silap , bila kita sebut hati, kita maksudkan jantung (heart ) sedangkan hati maknanya liver. Walaubagaimanapun, ruang hati atau Qalbu terletak di dada dan banyak ayat Quran menyebutkan tentang ruang ini sebagai sadr. Jadi ada ayat,
Rabishruhlie sadri..Tuanku , Lapangkanlah dadaku, dan ada "Alam Nasyrah Laka Sadrak".."Bukankah Kami telah lapangkan dada kamu?"
Lepas iitu ada lagi ayat Surah Annas" Ia itu ia membisik kedalam dada manusia".Sadr yang disebut di dalam kesemua ayat ini lah yang dimaksudkan dengan ruang dada. Ungkapan Melayu pula berlapang dada membayangkan keadaan ruang ini yang boleh mebesar dan menjadi lapang. Ada latihan yang saya ajarkan untuk merasa sendiri ruang dada ini dan juga untuk merasa keadaan ruang ini. Bila saya mengajar cara untuk merasa ruang ini, ada yang akan terasa ruang ini menjadi panas dan kita boleh kaitkan dengan ungkapan Ingeris Warm hearted, kadangkala ada yang akan terasa nyamun..boleh dikaitkan dengan ungkapan sejuk hati, dan ada yang terasa berat (berat hati) ..dan ada yang akan terasa ruang ini mengembang dan menjadi lapang. Bila kita mula sensitif terhadap sadr kita ini kita akan dapat faham gerak hati kita dan ini akan membawa kita kepada hati yang hadhir, ia itu hati yang sentiasa sedar akan gerak hatinya dan dengan bermujahadah, berdu'a dan bertafakur , kita dapat pula bezakan was-was Syaitan dan ilham malaikat yang dibisik kedalam ruang ini.
wasallam
Suriya
copyright Dr Suriyakhatun Osman 2006