Saturday, October 5, 2013

PENGALAMAN BERTEMPUR DGN JIN UTK RENUNGAN BERSAMA


16/12/12 - Di datangi pesakit yg mendakwa angin terlalu byk di dalam badan sehingga sukar tidor apatah lagi utk bersama suaminya yg baru shj diijabkabul September lepas. Baru seminit hamba meletak tangan hamba di kepalanya, beliau sudah menunjukkan tanda2 gangguan.....membuat bunyi seperti memanggil kucing, menjelir lidah seperti ular atau kucing dan isyarat menghalau kucing. Dalam 10 minit memuntahkan angin dan isi perutnya. Sebelum itu beliau menggelupur seperti haiwan yg hampir mati.

KEDUA - didatangi seorang pegawai polis yg membawa anaknya yg menghidap kegatalan kulit. Ini bukan kali pertama malah beliau yg terdahulu sakit tangan tak boleh diangkat, ini ada kena mengena dgn tugasnya. Yg membuat hamba seronok bertemu dgnnya adalah kerana beliau dianggap sebagai anak oleh Arwah Syeikh Mahmud AL Majzub. Menurut beliau Arwah sendiri yg datang kerumahnya di Pasir Tumboh utk menemui ibunya yg menurut Arwah, beliau di suruh oleh Allah SWt agar menemui hamba Allah ini, sehingga keluarga beliau dianggap keluarga Arwah juga.

Pastinya pegawai polis ini sering menemui hamba kerana kaedah hamba sama seperti ayah angkatnya Arwah Syeih Mahmud Al Majzub dan pastinya ilmu dan perjuangan hamba adalah seperti Arwah juga.

17/11/12 - seorang anak muda mendakwa di dalam badan beliau ada jin yg menguasai dan mengawalnya. Beliau menceritakan bahawa jin itu berkomunikasi dengannya melalui mulutnya sendiri menjadikan 2 jiwa sedang berkomunikasi didalam satu jasad. Dgn hamba setakat ini dgn izin Allah, tiada Jin yg mampu melawan kekuatan Ruhaniah hamba yg bercahaya dgn Nur ALlah, kekuatan Asma AL Husna dan pengembalian Sifat Maani yg milik ALlah, maka bila penyerahan dilakukan dgn ikhlas maka Allah lah yg melakukan segalanya bukan diri hamba yg lemah lagi hina , daif lagi faqir. Fi`il Allah jua.

Bukan main marah Jin Ifrit yg menjadi ketua didalam tubuhnya. Jin-jin lain adalah jin yg seperti digelar oleh orang melayu kita yg beranak pinak dialam tubuhnya. Hari ini hari kedua rawatan dan kali ini selepas hamba membuka langkah, pesakit ini sudah punya kekuatan untuk melawan sendiri, hamba cuma memerhati dan dapat melihat beliau telah mengislamkan byk jin didlam tubuhnya bila tgnnya menunjukkan syahadah. Ifrit ini sejak awal sudah mengakui bhw kali ini dia takkan menang (mungkin dia tahu takkan dapat mengalahkan hamba dgn izin ALlah) tetapi berkeras mahu melawan juga......dalam masa rawatan ini, kalau dapat dilihat oleh mata zahir, kelihatan cahaya keluar dari mulutnya tidak putus2 seperti mana di gambarkan di dalam filem keluarnya jin dari tuboh dengan dada ketas melendik dan mulut ternganga.

Akhirnya............hamba dengar Jin Ifrit ini berkata , "ajar aku syahadah".....dan dua jiwa didalam satu jasad ini bersyahadah . Maka islamlah Ifrt yg kalah tadi dgn pesakit hamba ini .

Geram juga hamba bila beliau menceritakan bagaimana rawatan di buat di Darul Syifa, Darul Salam dan di darul Ruqyah (awal2 lagi perawatnya angkat tangan surrender). Kata beliau mereka ini semuanya ilmu tahap asas sahaja, tahap sekolah rendah.....menyusahkan orang aje membuka pusat rawatan dgn ilmu yg sedikit dan Ketauhidan yg amat lemah, bertuhan kan ayat-ayat ALlah. Rupa-rupanya asas agama hamba Allah ini tinggi jua, bekas pelajar terbaik sebuah sekolah agama .....

Kata Ifrit ini, beliau dihantar oleh Dajjal untuk menguasai pesakit hamba ini agar beliau tidak dapat didampingi Sunan Ampel leluhurnya dan tidak dapat bertemu dgn Imam Mahdi yg kononnya ada di Selangor, kajang juga dan kini baharu berumur 30an....hamba hanya tersenyum dgn kelentong Ifrit ini mengenai Imam Mahdi.

Katanya lagi kalau pesakit hamba ini sudah didampingi Wali Songo Sunan Ampel , maka tiada jin yg dapat mengalahkannya. Hamba tersenyum lagi, yg ini bukan kelentong, memang benar jua pengakuannya.

PESAKIT KEDUA - Rawatan ulangan kali ke 3 untuk pesakit yg byk angin dan berbunyi dan berkelakuan seperti kucing. Hari ini dia mengaku bahawa dia pernah menyiksa kucing dengan menekup mulut kucing yg telah muntah di rumahnya hingga mati dan kelakuan dia semasa rawatan di buat adalah seperti kelakuan kucing itu sebelum mati di bunuhnya. Pengajarannya.......balasan Allah diatas dosanya membunuh kucing, maka tiada kesembuhan kecuali ampunan dari Ilahi jua.