Friday, July 15, 2011

PERGURUAN GERAK FAQIR

GERAK FAQIR adalah silat yang diasaskan sebagai dakwah untuk para pemuda kepada tauhid, syariat dan pembinaan akhlak.

Dasar Gerak Faqir :

1. Memelihara Agama
2. Menjaga Negara
3. Adabiah
4. Persaudaraan
5. Amal Ma’ruf Nahi Mungkar

Prinsip Rohani

1. KEHAMBAAN, yakni sentiasa merendah diri dan menjauhi sombong dengan
kelebihan
2. KESYUKURAN, yakni sentiasa mentaati Allah dan Rasul dimana berada
3. KECINTAAN, yakni menghulurkan persaudaraan dan mengelakkan permusuhan

Mereka perlu menjaga akidah dan syariat serta menjaga adab yang baik dengan Guru agar firasat yang dimiliki tiada putus sanadnya.

Para murid yang melanggar syariat, tiada menjaga batin daripada sifat mazmumah dan adab, boleh menyebabkan sanadnya terputus dan dengan sendirinya segala firasat pada qalbinya adalah batil. Semakin baik seorang penuntut itu dengan syariat, pembersihan jiwa dan adab, maka firasatnya semakin tajam sehingga dapat mencapai pandangan kasyaf. Kebolehan tersebut bukan sahaja boleh digunakan pada pergerakan silat, tetapi juga dalam urusan yang lain seperti perubatan, mengesan sesuatu dan lainnya.

Rahsia Diri Manusia

Badan manusia adalah aliran tenaga yang bergerak di seluruh badan yang menggabungkan unsur api, air, angin dan tanah. Aliran tenaga berlaku daripada sistem permakanan, oksigen dan nasma. Nasma adalah gabungan antara jasad dan ruh.

Tenaga Dalam adalah mengaktifkan Tenaga Nasma dengan latihan pernafasan yang teratur sehingga ia sendirinya akan mengaktifkan empat unsur dalam badan. Manakala Gerak Faqir adalah mengaktifkan tenaga rohani melalui jalan penyucian jiwa dan makrifat .

Bagaimana mengaktifkan Tenaga Rohani?

Seorang Muslim sebenarnya tanpa disedari telah mengaktifkan tenaga rohani dalam diri dalam kehidupan mereka. Dengan tenaga itu, mereka memiliki jiwa yang kuat, berani, sihat, memiliki keindahan cahaya wajah, dapat makrifat dengan Allah, menghancurkan kejahatan nafsu dan bisikan iblis dalam diri mereka, mempunyai gelombang perasaaan yang halus, mempunyai aura pendinding daripada sihir, jin dan iblis serta pelbagai lagi. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa di sebalik latihan spiritual (ibadah) dan peraturan syariat, tenaga rohani dalam diri mereka sebenarnya telah diaktifkan.

Syarat untuk mengaktifkan tenaga rohani secara teratur :

1. Memiliki aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah
2. Memelihara ibadah
3. Memelihara syariat
4. Memelihara adab
5. Mencari Guru untuk untuk membuka pernafasan serta jaluran tenaga dalam
diri.

Tenaga perlu diaktifkan untuk digunakan dengan pelbagai manfaat.

Empat latihan yang asas biasa digunakan dalan pengaktifan Tenaga Dalam :

1. Dengan aturan pernafasan
2. Dengan mengeraskan otot-otot
3. Dengan Latihan Jurus
4. Dengan latihan Minda



Dalam solat sebenarnya empat perkara tersebut telah diaktifkan :

1. Bacaan dalam solat adalah aturan pernafasan
2. Setiap rukun memerlukan diam seperti berdiri dengan tegak dan diam
adalah pengerasan otot
3. Pergerakan rukun-rukun solat berdiri, rukuk, sujud, duduk adalah
latihan jurus
4. Khusyu’ yakni konsentrasi dalam solat adalah latihan minda

Hal ini hanya ada pada orang Muslim yakni menghubungkan jiwa dengan Allah dan Rasul, dan ia adalah pembuka kekuatan tenaga Al-Qudsi.

Syarat seorang Guru Gerak Faqir :

1. Sebagaimana syarat murid di atas.
2. Memiliki pengetahuan dan pandangan dalam ilmu makrifat
3. Memiliki rahsia pembukaan nafas kepada rohani
4. Cahaya rohani benar-benar aktif pada dirinya
5. Mereka mesti memiliki sanad perguruan yang sahih
6. Mereka yang mendapat izin dari Gurunya.