RAWATAN PENYAKIT KRONIK & MISTERI
Wednesday, May 29, 2013
KEMBARA KE KOTA PARA WALI 2
SULTAN DEMAK DAN KETURUNAN RADEN FATAH
Mei 24, 2013 (Jumaat) kami mula bertolak dari LCCT jam 7 am menuju ke Semarang, Jawa Tengah dalam expedisi melawat makam-makam para wali songo yang juga merupakan leluhur kami di Pulau Jawa. Saya mulakan expedisi ini dengan pertemuan bersejarah bersama Sultan Demak pada malam 25 Mei 2013.
Gambar pertama - bersama isteri dan YM Sultan Demak.
Gambar kedua - bersama Pangeran Shah Alam (Kesultanan Jambi) dan YM Sultan.
Gambar ketiga - bersama Senopati YM Sultan dan Pangeran Shah Alam.
Perbincangan isteri dengan Sultan Demak berkenaan salasilah dirinya serta penyerahan nasab yang telah diserahkan oleh Ulama Nasab Indonesia kepada kami (juga nasab diri saya) yang telah didaftarkan di dalam Rabitah Azmatkhan Indonesia. YM Sultan mengakui salah satu dari jalur di dalam nasab itu tidak dapat di kesan di Indonesia.
Batu Peringatan (Pernyataan) Makam Syeikh Subakir di luar pintu makam berhadapan Balai Mengadap.
Makam Syeikh Subakir di dalam bilik ini. Dikatakan Syeikh Subakir kembali ke tempat asalnya dan meninggal di sana dan bukan di Tanah Jawa namun makam peringatan di buat untuk memperingati jasa beliau yang telah mengembangkan Islam di Tanah Jawa dan juga anak cucu keturunannya yang menyambung perjuangan dakwahnya secara rasmi atau tidak rasmi.
Makam Syeikh Siti Jenar berada di luar bilik makam Syeikh Subakir.
Balai Persidangan Wali Songo (tapak asal) yang merupakan penasihat/menteri kepada Kerajaan Islam Demak pertama di Nusantara.
Papantanda di luar kawasan makam tetapi di dalam kawasan Keraton Sultan Demak berhadapan Balai Mengadap .