Tuesday, May 14, 2013

PAHLAWAN PEDANG MENCARI GURU

19/11/12 - Selepas dikunjungi pesakit jantung berlubang ( 8 bulan) dan pesakit saraf, orang ke 3 menunggu giliran adalah seorang yg berumur 50an datang ingin berguru dan mengambil baiah serta ijazah Gerak Faqir Sunan kaliajaga.

Hamba memberi kefahaman secukupnya dalam Mengenal Allah SWT dan kaedah-kaedahnya untuk sampai kepadaNya. Cara beramal dan seterusnya membuat amalan Gerak Faqir hingga sampai tahap "melihat ALlah" (makam Ihsan)

Alhamdulillah, beliau mudah faham kerana sudah pun mempelajari tasauf dan jalan mengenal diri.

Namun sesudah membaiah dan diijazahkan amalan ini, beliau mula membuat pengakuan. Beliau sebenarnya sudah sampai kepada "tahap mengenal" kerana sudah dibimbing secara rohani oleh Nabi Zakaria. Ujian berat yg menimpa dalam perjalanannya membuatnya berdoa kepada Allah SWT agar memberi petunjuk agar dapat bertemu guru zahir sebagai pembimbing.

Maka yg ditunjukkan oleh Allah SWT adalah hamba yg hina. Beliau tak semena menjumpai blog hamba , menelitinya dan terus menelefon dan tak sabar2 nak dtg berguru. Beliau juga berkata, dibuka penglihatan mata batin dan dapat berkomunikasi dengan para Jin serta Wali Ghaib.

Kata beliau, banyak sudah jin-jin kafir dibunuhnya dengan pedang ghaib anugerah ALlah. Beliau turut didemdami dengan para musuh Allah dari kalangan jin dan syaitan. Kata beliau, masa ini (waktu beliau bersama hamba) , ramai para wali Allah hadir sama. Antara yg hadir beliau sebut adalah Sunan kalijaga. Sunan Gunung Jati dan Syeikh Abdul Qodir AL Jailani.

Hamba bertanya, "kenapa begiitu ramai para wali hadir sehingga turut dihadiri Ketua Para Wali SAQJ?" Kata beliau selepas bertafakur, dalam keadaan sedih beliau menyuarakan, "Para Wali yg hadir juga sedih dan menangis, pada siapa lagi yg mereka harapkan. Umat sekarang rosak teruk, ulama juga rosak" ."mereka berpesan kepada tuan agar teruskan perjuangan tuan dalam membawa umat kembali mengenal Allah". Sunan Kalijaga juga menyampaikan pesan agar Gerak Faqir jgn di perturunkan kepada sebarangan orang.

Alhamdulillah, perjuangan hamba mendapat dokongan dan sokongan para wali2 ghaib terutama SAQJ sendiri, itu membenarkan mengapa baginda sering dilihat bersama hamba yg hina. Hamba terfikir kenapa hamba bermimpi duduk di rumah Syeih Mahmud AL Majzub seolah berada dirumah sendiri.....