PENGALAMAN MERAWAT PESAKIT KANSER OVARI
1hb
Januari - menerima panggilan dari seorang wanita mahukan dirawat
kakaknya yg berada dihospital , selepas pembedahan kanser ovari.
Saya memberi syarat bhw mesti keluar hospital dahulu jika mahu dirawat.
2hb. Januari - Pesakit sudah keluar dari hospital dan wanita tadi
menelefon lagi , mendesak untuk mendapatkan rawatan dari saya.
Saya menduga lagi dgn memberi syarat fidyahnya, dan wanita ini serta
keluarganya bersetuju. Ini adalah sebagai perjanjian dan bila ada
mutual aggrement, barulah lahir keikhlasan dari kedua belah pihak. Saya
mahu lihat sejauh mana keluarga ini mempercayai kaedah rawatan Islam dan
mereka mmeyakinkan saya.
5hb januari - Jam 9.45 sampai dirumah
pesakit. Sebuah keluarga India Muslim dan ahli keluarganya sudah
menanti, ramai sekali. Menurut ceritanya, pesakit telah 5 tahun
menderita kanser ovari dan telah melakukan pembedahan "membuangnya" dan
telah buat kimoterapi. Wanita tadi bercerita bhw baharu semalam pesakit
bersuara, "aku kena buat dek orang".
Saya menjengok masuk
kebilik, wahhh...sudah tinggal tulang, langsung tak bergerak. Tidak
makan selama beberapa hari dan asyik muntah pabila disuakan apa-apa
makanan.
Saya mulakan terapi, diubun-ubun dibacakan, Surah
yaasin, di bahagian abdomen dibacakan Al Mulk dan dinahagian kaki yg
bebgkak di zikirkan sahaja., kesemua tempat ini adalah berdasar kepada
Gerakan dari Allah ke atas tanganku jua. Saya hanya berserah diri,
tawakal selepas berdoa. Pesakit muntah tiba-tiba....sedikit shj kerana
tidak makan apa-apa.
Sesudah selesai, kami berborak bercerita
tentang tanda-tanda dan mimpi yg dialami pesakit. Tiba-tiba sianak
berkata, "sudah dapat gerakkan kaki", "sudah boleh angkat tangan""mak
dah senyum".
Kata maknya pula (pesakit), mak rasa ringan dan
sedikit bertenaga dan melontarkan senyuman kepada saya. Mereka
mengangkat pesakit membetulkan kedudukannya, :Ustaz, dah ringanla badan
mak, sebelum ni kami empat orang angkat , berat giler" Semua ahli
keluarga menunjukkan riak wajah yg gembira.
Wanita itu
bercerita, sebelum ini ahli keluarga tidak yakin dgn Perubatan Islam,
puas dia menjelaskan dan menunjukkan laman web saya. Hmmm....itu sebab
saya duga dulu, saya letak syarat, dan mereka setuju.
Alhamdulillah, Allah jua tempat meminta. Yg Menyembuhkan adalah Allah
jua, saya hanya meminta danberdoa padaNya. Namun usaha saya menaiki
motosikal dimalam hari meredah kegelapan malam, dgn hujan renyai-renyai,
sesat mencari jalan, dihargainya oleh ahli keluarga dgn fidyah yg
ditetapkan.
Ya Allah, Engkau shj Yg Mengetahui hati-hati hambaMu