Selepas selesai melawat museum kami sekali lagi memasuki kawasan makam dan mencari makam Sultan Trenggono yg tidak kami lawati pada tahun sebelumnya kerana nasab isteri saya belum jelas. Kini jelas bahawa jalur keturunan isteri saya melalui Sultan Trenggono dan kami akan sering datang kesini lagi kerana jelas bahawa nasab saya dan nasab isteri ada kaitan satu sama lain iaitu berketurunan Raden Fatah dan Sunan Kalijaga.
Makam Sultan Trenggono adalah di dalam rumah makam di belakang makam Raden Fatah ini.
Di dalam ini makamnya Sultan Trenggono dan ini lah anak cucunya yang hilang ke Malaysia.