Thursday, January 1, 2015

Hadis Pengubatan Mustaqim ( No. Hadis: 5273 )



Bab: ubat yang dimasukkan lewat mulut (Alladud)

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Sufyan dia berkata; telah menceritakan kepadaku Musa bin Abu 'Aisyah dari 'Ubaidullah bin Abdullah dari Ibnu Abbas dan 'Aisyah bahawa Abu Bakar radiallahuanhu pernah mencium nabi sallallahu 'alaihi wasallam ketika beliau wafat, selanjutnya Aisyah berkata; "Kami memasukkan ubat melalui mulut beliau ketika beliau sakit, lalu beliau memberi isyarat kepada kami dengan mengatakan: "Janganlah kalian memasukkan ubat lewat mulutku (dengan paksa)." Maka kami berkata; "Ah, itu biasa, memang orang sakit tidak suka ubat." Ketika beliau tersadar, beliau bersabda: "Tidakkah aku telah melarang kalian memasukkan ubat kedalam mulutku!, janganlah kalian memasukkan ubat ke dalam mulutku." Kami pun berkata; "Ah biasa, memang orang sakit tidak suka ubat." Lalu beliau bersabda: "Tidak ada seorangpun dalam rumah kecuali dirinya harus di ubati (dengan paksa) melalui mulutnya kecuali Abbas, kerana ia tidak bersama kalian."